bab 1 kepentingan pertanian di malaysia
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Kepentingan Pertanian di Malaysia Hasil Pembelajaran 1. Menyatakan kepentingan kepada negara.2. Menghuraikan kepentingan kepada negara. Nota Kepentingan Pertanian di Malaysia a. Pengeluaran bahan makanan Memenuhi keperluan bekalan makanan penduduk Kurang kos import bahan makanan Memenuhi keperluan keselamatan negara b. Pengeluaran bahan mentah Bahan mentah untuk keperluan industri Contoh : getah – tayar ; kelapa sawit – minyak masak dll. c. Pendapatan eksport Jualan hasil pertanian seperti getah, kelapa sawit, koko dll. Sumber aliran masuk wang asing Meningkatkan KDNK Negara d. Peluang pekerjaan Melibatkan bilangan tenaga kerja yang besar Tiga kumpulan utama pekerjaan bidang pertanian ialah kumpulan pengeluaran, perkhidmatan dan pembuatan Tanaman dan Ternakan di Malaysia Hasil Pembelajaran 1. Memerihalkan taburan tanaman dan ternakan yang utama.2. Menyatakan faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan yang utama.3. Menghubungkait faktor-faktor iklim, perkembangan sejarah, ekonomi dan dasar kerajaan dengan taburan tanaman dan ternakan utama. Nota Tanaman dan Ternakan di Malaysia Tanaman Kawasan utamaKelapa sawit
Johor (Rancangan Johor Tenggara, Rancangan Johor Selatan, Segamat) Pahang (Jengka, Pahang Tenggara) Perak (Teluk Intan,sungai Siput, Trolak)
Selangor (Klang, Kampar, Batang berjuntai) Sabah (Sandakan, Lahad Datu, Tawau)
Getah Johor, Pahang, Perak, Kedah, Perlis, Sarawak, Sabah
Koko Perak (Teluk Intan) Selangor (Sabak Bernam) Johor (Batu Pahat, Muar)
Kelapa Selangor (Sabak Bernam) Perak (Teluk Intan,Bagan Datoh) Johor (Batu Pahat) Sabah (Lahat Datu, Tawau, Kudat) Sarawak (Mukah, Kucing)
Padi MUDA (Kedah-Perlis) Dataran Kelantan Seberang Perak Krian-Sungai Manik Barat Laut Selangor
Sayuran
Cameron Highlands, Banting, Lembah Kinta, Wakaf Stan dan Kundasang
Buah-buahan Durian - Batu Kurau, Bukit Gantang, Segamat Rambutan - P. Pinang, Muar Limau - Jerantut, Ulu Terangganu Limau bali - Ipoh
Teh Teh tanah tinggi - Cameron Highlands dan Kundasang Teh tanah pamah - Banting dan Bukit Cheding
Tebu Kedah (Padang Terap) Perlis (Chuping)
Kopi Kedah – Kopi Robusta Cameron Highlands – Kopi Arabica
Florikultur Cameron Highlands, Johor, Perak ,Selangor
Lembu dan Kerbau Kedah, Kelantan, Sabah, Pahang
Kambing & biri-biri Kelantan, Kedah, Perak, Negeri Sembilan
Ayam Pulau Pinang, Perak, Johor, Selangor, Prai
Khinzir Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Sarawak
`Faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan a. Faktor Iklim Kawasan tanah pamah/rendah – suhu tinggi sesuai untuk tanaman getah, padi dll. Kawasan tanah tinggi - suhu rendah sesuai untuk tanaman kubis, tomato dll. Ternakan baka tropika sesuai diternak di Malaysia. b. Faktor Sejarah Zaman sebelum penjajahan Inggeris – tanaman sara diri seperti padi, kelapa dll. Zaman penjajahan Inggeris - getah dan kelapa sawit. - Imigran Cina membawa masuk ayam dan khinzir - Imigran India membawa masuk lembu LID Selepas merdeka pelbagai tanaman diusahakan c. Faktor Ekonomi Pasaran dan infrastruktur mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan Pasaran baru perlu untuk memudahkan hasil dipasarkan. Infrastruktur ialah kemudahan dan perkhidmatan asas (pengangkutan, bekalan elektrik dll.) untuk membangunkan sektor pertanian. d. Faktor Dasar Kerajaan Kerajaan melancarkan DPN dan RRJP3 Peningkatan pengeluaran makanan dengan cara pembukaan kawasan baru dan guna tanah secara intensif. Peningkatan kecekapan dan produktiviti sektor pertanian Memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optimum Kerajaan telah memajukan semula sektor pertanian secara sistematik
Trend Pertanian di Malaysia Hasil Pembelajaran
1. Menyatakan trend pertanian di Malaysia.2. Menjelaskan trend pertanian di Malaysia. Nota Trend Pertanian di Malaysia a. Mempelbagaikan tanaman dan ternakan Matlamat - untuk mengelakkan negara bergantung kepada satu jenis tanaman atau ternakan sebagai punca pendapatan. Faedah - menambah dan mempelbagaikan jenis tanaman dan ternakan - menambah pendapatan petani - mempelbagaikan ekonomi negara - meluaskan pasaran hasil pertanian Bidang usaha yang berpotensi maju - lebah madu, daging rusa, burung unta, puyuh, buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman herba. b. Pertanian berorientasikan eksport dan komersial Matlamat - untuk mendapatkan pendapatan eksport - untuk memperolehi tukaran wang asing Bidang usaha yang berpotensi untuk dieksport - belimbing, manggis, jambu batu, petola segi, keledek, serai, orkid, kekwa dan ros Masalah pemasaran: - Cukai import lebih tinggi- Persaingan dengan hasil serupa dengan keluaran negara pengimport- Kos penghantaran yang tinggi- Bentuk sekatan seperti peraturan kasihatan, keperluan sijil import dan keperluan pembungkusan c. Hubungkait pertanian dengan pelancongan Agrotourism merupakan program pelancongan berasaskan pertanian Contoh program agrotourism seperti homestay, farmstay, hutan rekreasi dan kolam memancing ikan. Kaedah untuk memajukan sektor agrotourism secara mengadakan ladang komersial, lebuhraya merentasi kawasan perladangan, muzium atau taman pertanian dan promosi melalui media massa.
d. Hubungkait pertanian dengan landskap Landskap - pemandangan di atas daratan termasuk bentuk mukabumi, bangunan, jalanraya dan tumbuh-tumbuhan Perlandskapan - kegiatan merancang, merekabentuk dan menguruskan landskap untuk tujuan rekreasi, keselesaan dan keselamatan manusia Tujuan - menghasilkan pemandangan yang menarik, nilai estetika dan mendapatkan hasil yang lumayan Contoh - getah dan kelapa sawit ditanam berdasarkan susunan dan corak tertentu. e. Ladang kontrak Perjanjian secara rasmi di antara pengusaha pertanian dengan pembeli. Tujuan - mengurangkan risiko kerugian dan menyediakan pasaran hasil pertanian yang tetap Faedah:
Pengusaha Pertanian Pembeli
- Tidak bimbang pemasaran hasil- Tidak memerlukan modal yang banyak bagi memulakan perusahaan- Mendapat latihan, khidmat nasihat dan kemudahan lain dari pembeli
- Mendapat bekalan pada masa ditetapkan - Mendapat bekalan pada harga dipersetujui- Mendapat bekalan mengikut kuantiti dan kualiti yang ditetapkan
Contoh ladang kontrak - ayam pedaging untuk restoran KFC, ikan keli dan siakap untuk restoran dan bunga untuk hotel f. Penggabungan ladang kecil Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok Contohnya ladang getah, kelapa sawit dan sawah padi Mempastikan keberkesanan penggunaan sumber sedia ada Agensi pertanian seperti LPP membekalkan input pertanian dan pemasaran Ahli menjaga dan menguruskan ladang mereka Tujuan - meningkatkan produktiviti ladang dan pendapatan petani melalui pembangunan komoditi dalam jumlah yang besar dan tersusun. g. Perhutani
Maksud - Kegiatan pertanian dan perhutanan dibangunkan bersama-sama - Beberapa jenis tanaman yang sesuai digabungkan dalam satu kawasan Tujuan - memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal Contoh - tanaman rotan di dalam kebun getah, ladang pokok jati dan sentang Manfaat integrasi pertanian dan perhutanan: - Mewujudkan ruang untuk gabungan perusahaan perhutanan dan pertanian.- Mengoptimumkan penggunaan sumber terutama tanah.- Menyokong pelbagai perhubungan simbiotik seperti penanaman spesis pokok hutan dengan tanaman industri pertanian.- Membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan dari tanah yang sama.- Mengurangkan permintaan untuk tanah pertanian yang baru.- Meningkatkan pendapatan dari pelaburan.
Isu Pertanian di Malaysia
Hasil Pembelajaran 1. Menyatakan isu pertanian di Malaysia. 2. Menjelaskan isu pertanian di Malaysia.
3. Mencadangkan cara-cara mengatasi masalah berkaitan isu pertanian di Malaysia.
Nota Isu Pertanian di Malaysia
a. Produktiviti
Kecekapan menggunakan input pengeluaran untuk mengeluarkan hasil yang maksimum.
Kekangan meningkatkan produktiviti sektor pertanian:
i. Sektor pertanian tidak diusahakan dengan cekap- penggunaan tenaga buruh yang masih tinggi
ii. Daya pengeluaran yang rendah
- permintaan kelapa tinggi tetapi pengeluaran rendah
iii. Saiz ladang terlalu kecil- keluasan yang kecil menyukarkan penggunaan teknologi dan amalan yang ekonomikal
- hasil rendah
iv. Kurang penggunaan teknologi yang lebih berkesan- petani kurang menggunakan teknologi moden
- cara meningkatkan produktiviti - pekebun kecil menggunakan klon-klon getah baru, teknik penorehan ‘puncture tapping’ dan sistem pengairan moden dalam penanaman sayur-sayuran. v. Perubahan cuaca dan iklim
- kesan cuaca seperti musim hujan dan panas menjejaskan produktiviti Langkah mengatasi kekangan produktiviti: i. Ladang kelompok
- ladang-ladang kecil digabungkan untuk memastikan keberkesanan penggunaan sumber sedia ada.
- Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok - Contohnya ladang getah, kelapa sawit dan sawah padi
ii. Perladangan campuran
- menanam lebih dari satu jenis tanaman dalam satu kawasan penanaman.
- dapat menambah pendapatan petanicontoh : menanam pisang dalam kebun kelapa atau kebun getah dan menanam koko dalam kebun kelapa sawit
iii. Penggunaan teknologi- kaedah kultur tisu dapat menghasilkan lebih banyak bahan penanaman yang berkualiti dan tahan penyakit dalam masa singkat.
- guna jentera atau teknologi pengairan titisan dan percikan
b. Ketidakstabilan harga
- Pengeluaran hasil sukar disesuaikan dengan permintaan pasaran.- Hasil pertanian cepat rosak dan teknik penyimpanan terhad menyebabkan hasil pertanian tidak dapat disimpan sementara menunggu harga meningkat.- Kos pengeluaran semakin meningkat membebankan petani. - Bekalan yang berlebihan juga menyebabkan ketidakstabilan harga.- Langkah mengatasi ketidakstabilan harga:
- Memproses hasil tanaman- Agensi kerajaan membeli hasil yang berlebihan- Menghapuskan penggunaan orang tengah- Memperkenalkan harga minimum terjamin- Mencari bahan alternatif untuk makanan ternakan
c. Penyebaran Dan Pengamalan Teknologi Baru
Teknologi baru penggerak negara mengeksport lebih banyak bahan pertanian. Amalan teknologi baru seperti pertanian persekitaran terkawal dan penanaman
sayuran secara fertigasi
d. Pendidikan Dan Latihan
melahirkan petani dan penternak yang berdaya maju dan inovatif. Kementerian Pertanian menjalankan program latihan dan bimbingan, penyelidikan
dalam teknologi makanan dan industri herba berasaskan pertanian.
e. Penghijrahan Penduduk
Hijrah dari desa ke bandar Kerana faktor:
i. Sosial - gaya hidup di bandar, mobiliti sosial dan infrastruktur moden ii. Ekonomi - pendapatan yang kurang lumayan / rendah di desa, pertanian
banyak risiko Kesan penghijrahan - pertanian tidak dapat diusahakan secara efisien Langkah mengatasi - membawa industri ke desa, menggalakkan belia
mengusahakan pertanian secara professional dan komersial
f. Pencemaran Alam Sekitar
Punca pencemaran:- sisa bahan pertanian contohnya sisa getah dan kelapa sawit- sisa toksik dari racun makhluk perosak- asap dari pembakaran- pembuangan najis yang tidak terkawal dari industri ternakan- penghasilan gas metana melalui pereputan sisa pertanian- hakisan kawasan penanaman
Cara mengatasi pencemaran:
- guna semula sisa pertanian untuk makanan ternakan dan medium penanaman
- guna kaedah biologi untuk merawat air tercemar- penguatkuasaan undang-undang- mengurangkan penggunaan racun perosak - rumah jaring kalis serangga,
kawalan perosak bersepadu, kawalan biologi dan menanam secara organik
g. Kekurangan Buruh
Punca kekurangan buruh:- penduduk tempatan tidak berminat bekerja di ladang menyebabkan buruh
asing dibawa masuk - golongan muda berhijrah ke bandar - pendapatan kurang lumayan- pulangan pertanian rendah- perusahaan pertanian berisiko- perbezaan taraf hidup penduduk desa dan bandar
Langkah-langkah mengatasi kekurangan buruh :- Penggunaan teknologi baru- Penggunaan mekanisasi ladang- Aplikasi penggunaan bioteknologi- Pertanian persis
Peranan institusi dalam pembangunan pertanian a. Menyediakan infrastruktur Sistem pengairan dan saliran, sistem jalan raya, sistem komunikasi, bekalan elektrik dan air
Institusi terlibat JPS, FELDA, RISDA, JKR b. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan Meliputi pengeluaran, lepas tuai dan aktiviti hiliran (pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan,pengangkutan) Institusi terlibat seperti MARDI, RRIM, MCB, Guthri, Sime Darby c. Memberi khidmat nasihat dan latihan Lawatan dan latihan oleh agen pengembangan Institusi terlibat seperti Jabatan Pertanian, JPH, LPP,RISDA dll d. Menyediakan peluang pekerjaan Penyelidik, pegawai pengembangan, perunding, agen pemasaran dll Institusi terlibat seperti MARDI, RRIM, LPP, dll e. Menyediakan bantuan kewangan Perkhidmatan memberi kredit Institusi terlibat seperti BPM, LPP, Jabatan Pertanian dll. f. Membuat penyeliaan Menentukan prosedur dan undang-undang dipatuhi (penggunaan racun, pencegahan penyakit, pemeriksaan mutu hasil pertanian) Institusi terlibat seperti Jabatan Pertanian, JPH, MPOB, BERNAS, dll g. Membantu pemasaran hasil Mendapatkan pembeli, menyediakan kemudahan pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan dan pemasaran. Institusi terlibat seperti FAMA, MARDEC, LTN, BERNAS dll.