bab 1 : faktor yang mempengaruhi tumbesaran · pdf filemenghidapi gangguan sistem pernafasan....

37

Click here to load reader

Upload: votu

Post on 05-Feb-2018

327 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

1

BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN DAN PENGELUARAN TERNAKAN

1.1 PengenalanKeperluan pengeluaran ternakan yang berbeza memerlukan cara pengurusan yang berbeza.Tumbesaran dan pengeluaran haiwan sangat bergantung kepada iklim, corak permakanan, taraf kesihatan dan baka.Pemakanan yang lengkap sangat diperlukan untuk mengekalkan kesihatan, memenuhi keperluan tumbesaran, pengeluaran dan pembiakan.Selain pengurusan makanan, pengurusan kesihatan yang sistematik dapat mengurangkan kadar kematian, menghasilkan pengeluaran yang tinggi dan mengurangkan kos pengeluaran.Ternakan hendaklah dipilih daripada baka yang cepat membesar dan kuantiti hasil tinggi, resistan terhadap penyakit, cepat mengeluarkan hasil dan toleran terhadap persekitaran.

1.2 Iklim1.2.1 Unsur iklimSuhu, hujan atau kelembapan dan cahaya adalah unsur-unsur iklim yang mempengaruhi ternakan.

SuhuPurata suhu badan kebanyakan ternakan adalah antara 36°C hingga 41°C dan berbeza-beza mengikut jenis ternakan serta aktiviti yang dilakukan.Pada suhu yang terlalu rendah, ternakan tidak dapat mengawal keseimbangan suhu badannya dan ini akan menganggu semua proses metabolisme dalam badan ternakan. Ternakan akana mati kesejukkan atau kepanasan.

KelembapanPertumbuhan dan pengeluaran ternakan yang optimum memerlukan kelembapan yang berbeza-beza mengikut jenis dan sepsis ternakan.Pada kelembapan yang terlalu rendah ternakan akan kehilangan air dari badanya (pengwapan). Pada kelembapan yang terlalu tinggi pula wap air di udara akan disedut semasa pernafasan. Paru-paru akan dipenuhi wap air yang menganggu proses pernafasan ternakan.

CahayaCahaya memainkan peranan yang kecil sahaja dalam pertumbuhan dan pengeluaran ternakan iaitu dalam aspek pembiakan ternakan.Keberkesanan cahaya ke atas ternakan bergantung kepada intensiti dan tempoh siang dan malam.Kesan pancaran cahaya amatahari bergantung kepada faktor seperti keluasan bahagian badan ternakan yang terdedah kepada cahaya matahari, tempoh pendedahan, warna dan tebal bulu badan ternakan.

1.2.2 Kesan iklim ke atas Pengeluaran Ternakan Himpitan iklim adalah keadaan alam yang boleh menyebabkan gangguan keseimbangan fisiologi ternakan.Terdapat dua kesan iklim ke atas pengeluaran ternakan iaitu :

1. Kesan himpitan iklim secara langsung ke atas pengeluaran ternakan.2. Kesan himpitan secara tidak langsung ke atas pengeluaran ternakan

Kesan himpitan iklim secara langsung ke atas pengeluaran ternakana. perlakuan semasa meragut

Page 2: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

2

Suhu yang tinggi dan pancaran matahari yang terik mengurangkan selera makan dan ketahanan badan ternakan semasa meragut. Ini menyebabkan jangka masa meragut ternakan akan berkurangan.

b. pengambilan makananPeningkatan suhu persekitaran akan menyebabkan ternakan mengambil air belebihan berbanding makanan.Pada suhu rendah ternakan akan menambahkan pengambilan makanan untuk memenuhi keperluan kenaikan kadar metabolisme tubuh.

c. TumbesaranSuhu persekitaran yang menurun, ternakan perlu menggunakan makanan yang diambil untuk bekalan haba tubuh. Penukaran makanan kepada simpana lemak dan pembentukan rangka tubuh akan berkurangan, kadar tumbesaran akan terjejas.Apabila suhu meningkat ternakan akan mengalami tekanan haba yang menyebakan kurang selera makan. Ini akan mengurangkan kadar tumbesaran ternakan.

d. Pengeluaran hasilSuhu persekitaran 20 - 34°C dan kelembapan 60 - 98% mempengaruhi pengeluaran hasil ternakan.Peningkatan suhu persekitaran akan menyebabkan tekanan dan akibatnya proses fisiologo tubuh terganggu yang boleh mempengaruhi pengeluaran ovum, pembentukan cengkerang dan penghasilan susu.

e. PembiakanSuhu persekitaran yang tinggi akan menjejaskan kesuburan ternakan, kematian embrio dan merencatkan janin. Keadaan lembap akan memudahkan anak ternakan yang baru dilahirkan menghidapi gangguan sistem pernafasan.

Kesan himpitan secara tidak langsung ke atas pengeluaran ternakana. Penghasilan bahan makanan ternakan

Taburan hujan yang tinggi akan menggalakkan pertumbuhan foraj yang banyak dan subur di padang ragut. Ini akan membekalkan makanan yang banyak kepada ternakan.Iklim yang lembap pula akan menggalakkan pertumbuhan kulat (Aspergillus flavus) pada maakanan ternakan dan jika ternakan termakan makanan yang dicemari oleh kulat ini ternakan akan mengalami keracunan alatoksin.

b. Serangan parasit dan penyakit ternakanSuhu dan kelembapan yang tinggi sering menimbulkan jangkitan mikrob pada ternakan. Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini boleh menyerang sistem pencernaan ternakan semasa meragut.

c. Pengendalian dan penyimpanan hasil ternakanHasil ternakan seperti susu, daging dan telur perlu disimpan pada suhu dan kelembapan yang sesuai supaya tidak rosak. Apabila kelembapan udara tinggi, mikroogranisma akan membiak dan menjalankan proses penapaian kesannya susu dan daging segar akan busuk atau berkulat.

Cara mengurangkan kesan himpitan iklimTekanan akibat himpitan iklim dapat dikurangkan melalui :1. mengadakan perumahan yang sempurna2. menanam pokok naungan3. mengamalkan ragutan pada waktu malam4. memilih baka yang toleran terhadap haba5. memberi makanan bernutrien tinggi

Mengadakan perumahan yang sempurnaPerumahan yang sempurna melindungi ternakan daripada iklim melampau seperti suhu, hujan, tiupan angina, cahaya matahari dan kelembapan, serangan musuh, mengawal pemberian

Page 3: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

3

makanan, mengawal penyakit dan parasit, memgawal pergerakkan, mengawal pembaian secara bebas dan memudahkan rawatan.Ciri sistem perumahan yang sempurna ialaha. ruang lantai yang mencukupib. pengaliran udara dalam rebanc. kedudukan banguanan dengan prasaranad. bekalan cahayae. mudah dibersihkan

Menanam pokok naungan Tekanan haba dapat dikurangkan melalui penanaman pokok naungan terutama yang mempunyai knopi besar di kawasan meragut. Selain melindungi pancaran terik matahari, pokok akan membebeaskan oksigen dan memberikan teduhan semasa ternakan berehat.

Mengamalkan ragutan waktu malam Pada waktu malam, suhu sekitar lebih sejuk ini akan mengurangkan tekanan semasa haiwan Meragut. Justeru ternakan meragut lebih banyak berbanding pengambilan air. Tumbesaran Ternakan lebih baik kerana kesan himpitan iklim telah dapat dikurangkan.

Memilih baka yang toleran haba Pemilihan baka yang tahan tekanan haba boleh dihasilkan daripada kacukan baka tempatan dengan baka iklim sederhana. Contoh baka Kedah – Kelantan dikacukan dengan baka Frisien. Anak yang dihasilkan mewarisi ciri ketahanan tekanan haba ( diwarisi dari baka Kedah – Kelantan ) dan pengeluaran susu yang lebih tinggi ( diwarisi dari baka Frisien ).

Memberi makanan bernutrien tinggi Lazimnya setiap ternakan memerlukan karbohidrat, mineral, vitamin dan protein. Oleh itu makanan yang diberi mestilah mengandungi semua unsur pemakanan yang diperlukan dengan kadar yang seimbang, formulasi makanan sesuai dengan peringkat umur ternakan

1.3 Pemakanan

Page 4: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

4

Peakanan seimbang ialah pemberian sajian makanan yang mengandungi semua kelas makanan yang diperlukan oleh haiwan dalam kuantiti dan kadar yang betul untuk keperluan tenaga dan fisiologi tubuh. Perumusan makanan hendaklah berasaskan kos bahan yang murah, kemampuan meningkatkan pencapaian ternakan dan kandungan bahan kering. Faktor yang perlu dipertimbangkan semasa membuat satu rumusan pemakanan ialah a. kandungan nutrien dalam bahan makanan b. keperluan harian untuk sesuatu nutrien c. jumlah makanan yang diambil d. prestasi ternakan.

1.3.1 Kepentingan pemakanan

1. Mengekalkan kesihatanTiga faktor penting berkait dengan taraf kesihatan ternakan ialah agen penyakit, persekitaran dan pemakanan.Ternakan memerlukan semua kelas pemakanan dalam kadar dan kuantiti yang betul untuk mengelakkan keadaan hiper atau hipo.Air dan lemak diperlukan untuk membantu mengawal suhu badan ternakan. Air, mineral dan vitamin sangat diperlukan kerana semua makanan ini adalah komponen yang mempengaruhi tindakbalas kimia biokimia tubuh.

2. Memenuhi keperluan pertumbuhanPertumbuhan ialah pertambahan saiz tubuh atau pertamabahan sabarang bahagian yang terlibat dalam pembesaran. Proses pertumbuhan amat memerlukan karbohidrat, protein, kalsium, kuprum, zink dan pelbagai vitamin.Lemak membantu pembentukan lapisan baru pada kulit, kalsium membantu pembentukan tisu tulang, natrium dan air membantu pembentukan bahan interselular

3. Memenuhi keperluan pengeluaran dan pembiakan.Pengeluaran susu memerlukan karbohidrat, protein, kalsium dan fosforus dalam kuantiti yang lebih daripada biasa.Fosforus yang mencukupi dalam diet ruminant akan mempercepatkan umur kematangan seks, mengatur kedatangan estrus dengan teratur, mempercepatkan kebuntingan, menambah kesuburan.

1.3.2 Kelas makanan Kelas makanan terdiri daripada karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral, air dan bahan aditif.Karbohidrat, protein dan lemak diperlukan dengan banyak untuk memberi tenaga dan keperluan tumbesaran. Vitamin dan mineral hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit .

1. KarbohidratKarbohidrat adalah sebatian organik yang terdiri daripada unsur karbon, nitrogen dan oksigen.Karbohidrat diperlukan untuk memberi tenaga dalam menjalankan aktiviti fizikal dan fungsi badan, tumbesaran dan pengeluaran susu.Sumber karbohidrat didapati daripada gula, molasses dan kanji.Kekurangannya menyebabkan kadar tumbesaran terencat, berat badan menurun, pembiakan terganggu, tempoh pengeluaran susu pendek, toleransi terhadap parasit dan penyakit merosot

Page 5: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

5

2. LemakLemak merupakan sebatian organik kompleks yang terdiri daripada unsur karbon, hydrogen dan oksigen.Sangat diperlukan sebagai sumber tenaga, sumber makanan simpanan, pembentukan tisu di bawah kulit sebagai penebat haba dan sebagai pelarut bagi vitamin A, D, E dan K.Sumber lemak boleh didapati daripada minyak dan daging hancur.Kekurangan lemak menyebabkan ternakan letih lesu, kurus, tidak tahan sejuk .

3. Protein Protein adalah sebatian kompleks yang terdiri daripada unsur karbon, hydrogen, nitrogen, Sulfur dan kadangkala mengandugi fosforus dan ferum. Protein diperlukan bagi pembinaan otot, pemulihan tisu, tumbesaran badan dan pengeluaran Susu,membentuk enzim dan antibody, hormon dan hemoglobin bagi sistem imun tubuh, juga merupakan pembekal tenaga. Sumber protein boleh didapati daripada kacang soya, kacang panjang, daging hancur dan ikan. Kekurangannya menyebabkan marasmus (kurus dan lemah ), peka kepada aflatoksin, terencat Tumbesaran, kecekapan penukaran makanan menurun dan rendah kadar pembiakan.

4. MineralMineral merupakan bahan tak organik untuk menjalankan fungsi badan dengan sempurna. Mineral terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu garam mineral yang terkandung dalam tisu badan, garam terlarut dalam bendalir badan dan garam mineral dalam tulang dan gigi.Sumber mineral boleh didapati dalam dua bentuk iaitu campuran atau batu garam. Campuran yang biasa diberi mengandungi Tricalsium phosphate (TCP), trace elemen dan garam biasa.

5. Vitamin Vitamin ialah sebatian organik yang mengandungi unsure karbon, hydrogen dan oksigen. Vitamin dikelaskan kepada larut lemak dan larut air. Vitamin larut lemak ialah vitamin A, D, E dan K. Vitamin B kompleks dan C adalah vitamin larut air. Sumber vitamin boleh terbina sendiri dalam badan ternakan ( vitamin B kompleks dan K ) dan melalui pemberian makanan. Setiap vitamin mempunyai fungsi tersendiri dan kekurangannya menyebabkan fungsi badan terganggu.

6. Air Air berfungsi sebagai pelarut dan pengangkut bahan-bahan ke seluruh anggota badan. Air diperlukan untuk mengawal suhu badan, perjalanan dan pengambilan zat oleh badan, pengeluaran susu, tindakbalas biokimia dan membantu kesegaran sel badan. Haiwan ternakan boleh bertahan tanpa bekalan air dalam tempoh 24 jam. Sumber air boleh didapati daripada bekalan air bersih yang disediakan untuk diminum atau melalui air yang terkandung dalam makanan seperti rumput basah Kehilangan air daripada badan haiwan berlaku melalui urin, tinja, perpeluhan, pernafasan, pengeluaran telur dan susu.

7. Aditif

Page 6: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

6

Aditif ialah bahan bukan nutrien yang ditambahkan ke dalam formulasi makanan ternakan. Aditif terbahagi kepada kumpulan:

a. Antibiotik dan probiotikb. Antioksidan dan antikulatc. Vitamin dan minerald. Agen pewarna, pigmen dan hormon.

1.3.3 Sistem PencernaanPencernaan ialah satu proses penguraian bahan makanan daripada bentuk kasar kepada bentuk yang mudah diserap oleh sel haiwan.Proses penguraian makanan ini melibatkan aktiviti mekanikal (pengunyahan dan gerak peristalsis usus ), aktiviti kimia ( tindakbalas enzim untuk menukarkan bahan makanan) dan aktiviti mikrob ( proses fermantasi mikrob untuk menghasilkan protein, vitamin dan tenaga).Struktur sistem pencernaan haiwan dapat dikelaskan kepada dua kelas iaitu haiwan ruminan dan haiwan bukan ruminan.

Sistem pencernaan ruminanHaiwan ruminan ialah haiwan yang meluahkan semula makanan daripada perut ke dalam mulut untuk dikunyah berulangkali.Perut haiwan ruminan terbahagi kepada empat ruangan iaitu rumen, retikulum, omasum dan abomasum.

1. RumenBahagian perut yang terbesar. Apabila makanan ditelan makanan ini akan disimpan di dalam rumen.Makanan yang disimpan ini akan menjalani proses fermantasi (selulosa) menghasilkan protein dan vitamin.

2. RetikulumOrgan pencernaan yang menyimpan air yang diminum oleh ternakan ruminan. Cecair di dalam reticulum digunakan untuk membasahkan bahan makanan supaya memudahkan regurgitasi atau pemuntahan bahan makanan belum cerna ke dalam mulut untuk dikunyah.Retikulum juga memisahkan bahan makanan kasar supaya tidak memasuki omasum.

3. OmasumOrgan pencernaan yang menyimpan bahan makanan yang telah dikunyah halus dan ditelan. Di dalam omasum bahan makanan yang masih kasar diasingkan supaya tidak dapat memasuki abomasum digaul sehingga sebati dan air dalam bahan makanan tersebut diserap semula.

4. AbomasumMerupakan perut sebenar kerana proses pencernaan yang sebenar berlaku di dalamnya. Abomasum mengeluarkan asid hidroklorik, enzim pepsin dan rennin.Asid hirdoklorik digunakan untuk membunuh bacteria dan protozoa yang menganggu fungsi tubuh. Enzim pepsin memangkin hidrolisis protein kepada polipetida. Enzim rennin membantu menguraikan susu.

Sistem pencernaan bukan ruminanOrgan sistem pencernaan bukan ruminan terdiri daripada paruh, esophagus, tembolok, proventrikulus, hempedal, duodenum, usus, sekum dan kloaka.Ayam menggunakan paruh untuk mematuk makanan. Air liur di dalam mulut akan membasah dan melembutkan makanan. Enzim ptyalin dalam air liur menukarkan kanji kepada gula.Melalui esophagus makanan yang ditelan disimpan sementara di dalam tembolok sebelum dihantar ke dalam proventrikulus (perut sebenar).Pada hujung proventrikulus terdapat hempedal yang mempunyai dinding yang kasar dan berotot untuk mengisar makanan kepada butiran halus seterusnya di disalurkan ke usus untuk dicerna.Proses pencernaan dilakukan oleh tindakan enzim yang dirembeskan oleh kelenjar pada dinding usus, rembesan pankreas dan hempedu.Bahan tidak dicerna dikumpulkan di dalam sekum sebelum dikeluarkan sebagai tinja melalui kloaka.

Page 7: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

7

1.3.4 Bahan Makanan Ternakan Makanan ternakan boleh diberikan dalam bentuk kering, segar dan berkelembapan tinggi (high moisture). Sumber makanan ternakan dapat digolongkan kepada foraj dan kosentrat

ForajForaj ialah tumbuhan hijau yang menjadi bahan makanan untuk ternakan ruminan. Foraj terdiri daripada rumput ternak, kekacang, tumbuhan renik dan rumpai.

1. KekacangKekacang mengandungi protein dan mineral yang lebih tinggi berbanding rumput ternak kerana keupayaannya mengikat nitrogen daripada udara. Ini menjadikan kekacang sangat sesuai sebagai makanan kerana dapat meningkatkan aktiviti mikrob dalam sistem pencernaan.Contoh kekacang ialah Centro, Stylo, petai belalang, Desmo dan Calapo.

2. Rumput ternakMerupakan suber makanan ruminan yang murah dan bermutu. Pemilihan rumput ternak yang sesuai mestilah mengandungi protein, mineral dan tenaga yang tinggi, kandungan serabut rendah, bebas daripada unsur keracunan, duri, daun yang tajam dan rasa yang tidak digemari ternakan.Rumput ternak terbahagi kepada jenis kelompok (Guinea, Napier dan Setaria ) dan jenis menjalar (African Star, Digitaria, Para dan Signal).

Foraj boleh dimakan oleh ternakan secara pastura atau foder.

1. Pastura Pastura ialah rumput bermutu tinggi yang ditanam untuk diragut. Kadar muatan (bilangan ternak yang optimum untuk seuatu kawasan ragutan) adalah sangat penting untuk mengawal pertumbuhan dan pengeluaran ternakan. Pengamalan ragutan pusingan dan pembajaan juga dapat mengawal pertumbuhan rumput ternak. Untuk mengekalkan mutu nutrien rumput ternak perlu satu program pembajaan.

3. FoderFoder ialah rumput atau tumbuhan bermutu tinggi yang ditanam untuk dipotong dan diangkut.Foder boleh diberikan dalam bentuk segar atau awetan.Foder awetan terdapat dalam bentuk :a. rumput kering

disediakan secara menjemur atau menggunakan pegering tiruan (mengurangkan kandungan air suaya rumput tahan disimpan lama)

b. silajfoder yang tinggi kandungan airnya diperam dalam keadaan anaerob menggunakan silo. Mutu silaj dipengaruhi oleh udara, panjang keratin, kandungan air dan kandungan gula dalam rumput.Mutu silaj yang baik adalah seperti berikut :i. nilai pemakanan hampir menyamai bahan asalii. berwarna hijau kekuninganiii. pH kurang daripada 4.5iv. disukai ternakan.

KonsentratKonsentrat ialah makanan ternakan yang mengandugi fiber yang rendah tetapi tinggi nutriennya.Konsentrat didapati daripada bijirin, sisa industri, sisa makanan dan bahan tambahan makanan.,Konsentrat diberikan dalam bentuk until, wafer, kiub atau serbuk. Konsentrat hendaklah ditambah dengan molas untuk meningkatkan selera dan nilai pemakanan.

Page 8: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

8

Rumput baik pilihRumput pastura yang sesuai ditanam dipilih berdasarkan ciri berikut :

1. Pengeluaran hasil yang tinggi Oleh kerana kos makanan dianggarkan sebanyak 70% daripada kos keseluruhan maka bekalan rumput yang berterusan adalam sumber makanan yang paling murah. Penternak mestilah menguatamakan rumput yang memberikan hasil tertinggi seperti Napier dan Guinea.

2. Nilai nutrien yang tinggi Penanam rumput yang membekalkan tenaga metabolisme yang tinggi dan kaya dengan nutrien hendaklah diutamakan.

3. Kadar tumbesaran dan pertumbuhan semula cepat Pertumbuhan semula yang cepat membolehkan sistem ragutan secara pusingan dapat diamalkan dengan sempurna oleh penternak.

4. Cepat tindakbalas terhadap baja nitrogen Kadar cepat tindakbalas nitrogen ini membolehkan ternakan mendapat bekalan nitrogen yang mencukupi untuk membantu pertambahan berat badan ternakan.

5. Jenis Saka Pemilihan pastura jenis saka penting supaya kos penanaman semula dan amsa menunggu untuk pastura matang dapat dikurangkan, hasil juga boleh dipungut berterusan dan ini menjamin bekalan yang sentiasa ada dan mencukupi.

6. Ketahanan tinggi Rumput yang baik mestilah tahan suhu tinggi, keadaan kering, dipijak, diragut, kelembapan tinggi dan serangan perosak. Rumput yang tahan faktor itu akan mempunyai kemandirian yang tinggi.

7. Kecernaan yang baik Kandungan air dan struktur tisu lembut yang ada di dalam foraj memudahkan pencernaan oleh haiwan. Kandungan lignin yang minimum juga memudahkan rumput dicerna.

8. Kadar daun kepada batang tinggi Daun adalah bahagian yang paling digemari ternakan kerana ia rapuh dan mudah diragut berbanding bahagian batang.

9. Digemari ternakan Rumput yang digemari ternakan mempunyai daun yang lembut, segar, berperisa dan disukai oleh ternakan serta rapuh untuk memudahkan pengunyahan.

1.3.5 Catuan Makanan Ternakan

Page 9: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

9

Catuan makanan ternakan ialah pemberian makanan yang mengandungi semua kelas makanan mengikut keperluan dan kuantiti yang betul.Keperluan terhadap formulasi makanan bergantung kepada bentuk pengeluaran, peringkat umur, jenis baka dan persekitaran.Dalam menentukan satu formulasi makanan, sumber makanan yang diberi mestilah dikira dari segi tenaga metabolisme, kandungan protein, mineral dan aditif, kebolehdapatan dan kos penyediaan.Selain catuan makanan ternakan, makanan tambahan juga sangat diperlukan. Makanan tambahan perlu diberi mengikut peringkat pengeluaran ternakan seperti :

betina sedang bunting betina sedang menyusukan penggemukan penjantan yang sering digunakan anak yang baru cerai susu

Nisbah penukaran makananNisbah penukaran makanan (NPN) ialah unit pengeluaran yang diperolehi daripada satu unit pengambilan makanan.Bagi ternakan daripada baka yang baik, makanan yang diambil dapat ditukarkan kepada pertambahan berat badan dengan cekap.Kualiti makanan yang baik juga dapat menukarkan pertambahan berat dengan cekap.Tujuan mengira nisbah penukaran makanan ialah untuk mengetahui taraf ekonomik sesuatu ternakan. Pada satu peringkat umur ternakan, jumlah makanan yang diberi tidak banyak mendatangkan perbezaan pada pertambahan berat badan

NPM = Jumlah makanan diberi ------------------------------- Jumlah pertambahan berat badan

Contoh pengiraanBerat permulaan = 1.0 kgBerat akhir = 1.2 kgBerat makanan diberi = 450 gNPM = 450 200 = 2.25Ini bermakna 2.25 g makanan dapat ditukarkan kepada daging sebanyak 1 g

Page 10: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

10

1.4 KesihatanKesihatan sangat penting untuk tumbesaran, pengeluaran dan pembiakan. Sihat dapat diertikan sebagai keupayaan badan menjalnkan fungsi tubuh dan mengekalkan kesimbangan badan.Kesihatan dipengaruhi oleh pemakanan, pathogen dan parasit, genetik, keracunan dan persekitaran.

1.4.1 Kepentingan Kesihatan Ternakan 1. Mengurangkan kadar kematian Ternakan di peringkat anak masih belum mempunyai antibodi yang kuat untuk melawan pelbagai pathogen, parasit dan gangguan persekitaran. Oleh itu kesihatan sangat perlu dijaga supaya kadar kematian ternakan dapat dikurangkan. Amalan sanitasi dapat memastikan ternakan terhindar daripada penyakit dan wabak. 2. Mencapai keupayaan tumbesaran dan pengeluaran yang maksimum Ternakan yang sihat dapat menukarkan makanan kepada tenaga lemak dan susu. Penukaran bentuk ini penting untuk tumbesaran dan pengeluaran yang maksimum. 3. Mengelakkan jangkitan penyakit dari ternakan lain Sistem perkumuhan, sistem limfa dan antibodi berfungsi dengan baik hanya pada ternakan yang sihat. Oleh itu kesihatan penting untuk mengelakkan jangkitan penyakit.

4. Mendapatkan keupayaan penukaran makanan yang optimumMakanan yang diambil oleh ternakan perlu dicerna dan diserap oleh badan untuk ditukar kepada keperluan tubuh. Dalam keadaan tidak sihat seperti cirit birit, segala makanan yang diambil akan keluar semula sebagai najis. Ini menandakan ternakan tidak upaya membuat penukaran makanan.

1.4.2 Penyakit Ternakan 1. Tiada selera makan 2. Cirit birit 3. Suhu badan tinggi 4. Mata kuyu dan berair 5. Tidak aktif 6. Pengeluaran berkurangan 7. Bulu kasar dan kusut 8. Penurunan berat badan

Tiada selera makan Tanda tiada selera makan perlu dikenal pasti untuk mengesan serangan penyakit yang sedang dialami. Jika simtom tiada selera makan disertai dengan cirit atau sebarang pengeluaran mukus yang berlebihan menunjukkan ternakan sedang sakit.

Cirit birit Cirit birit ialah pembuangan tinja yang kerap ataupun perkumuhan tinja yang lembut atau cair. Cirit birit berlaku akibat pemakanan tidak sesuai, pencemaran peralatan dan sumber makanan atau minuman, jangkitan cacing, radang usus disebabkan bacteria, virus atau protozoa dan keracunan makanan.Ternakan akan lemah, lesu, hilang selera makan dan sakit abdomen.

Page 11: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

11

Suhu badan tinggi Suhu maksimum badan normal pada ternakan ayam ialah 43 °C, kambing 40.5 °C dan lembu 39.5 °C. Jika suhu melebihi paras tersebut ternakan akan mengalami keadaan demam dengan suhu badan tinggi. Pengesanan kenaikan suhu badan boleh dilakukan dengan memasukkan thermometer ke dalam dubur atau meletakkannya di celah kepak.

Mata kuyu dan berair Apabila mata ternakan kuyu atau mengeluarkan mukus yang melebihi paras biasa menandakan ternakan sedang sakit. Ternakan yang sihat mempunyai mata yang bersinar.

Tidak aktif Jika ternakan sering duduk atau baring, sukar berjalan atau berjalan dalam keadaan tidak seimbang dan sering tertinggal daripada kumpulannya, ini menunjukkan ternakan tersebut sedang sakit. Gangguan ini akan menyekat pergerakkanya dan menjadikan ternakan tidak aktif.

Pengeluaran hasil berkurangan Pengeluaran susu, telur atau keupayaan membuat kerja yang menurun adalah simtom ternakan sakit. Simtom ini dapat dikesan jika penternak membuat catatan pengeluaran harian.

Bulu kasar dan kusut Ternakan yang sihat mempunyai bulu yang kemas, berkilat dan bersih. Ternakan yang mempunyai bulu yang kusut dan kasar biasanya mengalami gangguan jangkitan cacing atau kekurangan mineral dalam makanan.

Penurunan berat badan Penurunan berat badan dapat dikesan apabila timbangan dibuat dan dicatatkan. Penurunan berat badan yang berterusan atau mendadak menandakan ternakan sedang sakit.

Punca penyakit ternakan1. Serangan pathogen dan parasit

Parasit ialah organisma yang menumpang hidup dan mendapat faedah daripada perumah. Parasit terdapat dalam dua bentuk iaitu Endoparasit dan Ektoparasit.a. Endoparasit Endoparasit ialah organisma yang hidup dalam badan ternakan terutama pada sistem pencernaan. Endoparasit boleh menyerang usus, hati, peparu, pembuluh darah dan sistem pencernaan ternakan.Terdapat empat kumpulan endoparasit yang sering menyerang ternakan ruminan iaitu :i. nematod seperti Hemonchus contortusii. sestod (cacing pita) seperti Hemoniesia expansaiii. trematod seperti Faciola spiv. protozoa seperti koksidia dari sepsis Eimeria zurniib. Ektoparasit Ektoparasit pula ialah organisma yang terdapat pada kulit dan memudaratkan ternakan yang dijangkiti. Antara kesan jangkitan ektoparasit ialah berat badan menurun.Patogen ialah mikroorganisma yang hidup secara pasif pada ternakan. Contoh patogen ialah bacteria, virus, protozoa dan kulat.

Page 12: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

12

2. Kekurangan nutrienKekurangan nutrien akan menyebabkan kurang daya ketahanan badan dan akhirnya menyebabkan penyakit.Ternakan memerlukan makronutrien dalam jumlah yang lebih besar berbanding mikronutrien.

3. Kecederaan fizikalKecederaan fizikal disebabkan oleh :

a. pemangasaan sejenisb. serangan binatang liarc. terjatuhd. tertusuk benda tajam

Kecederaan fizikal yang biasa dialami ialah luka kulit luar. Ternakan yang mengalami kecederaan fizikal yang tidak serius perlu diasingkan daripada kumpulan sehingga sembuh.

4. Kecacatan kongenitalKecacatan konginetal atau cacat sejak lahir meliputi kecacatan bentuk tubuh, bilangan anggota yang abnormal dan kebutaan. Kecacatan konginetal juga disebabkan oleh kekurangan vitamin, mineral dan mutasi kromosom semasa peringkat janin. Ternakan ini tidak ekonomik untuk diternak dan perlu dihapuskan.

5. Pencemaran makanan dan minumanMakanan dan minuman yang tercemar boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada ternakan. Pencemaran makanan boleh disebakan oleh bahan beracun semula jadi seperti keracunan mimosin, hydrogen sianida dan oksalat atau anasir luar.

Pencegahan dan pengawalan penyakitPenyakit perlu dicegah dan dikawal supaya tidak merebak dan menjadi wabak. Langkah pencegahan dan pengawal penyakit yang boleh diambil ialah :

1. KuarantinKuarintin ialah menahan sementara atau mengasingkan ternakan yang dibawa masuk daripada negara asing ke dalam satu tempat khas untuk mencegah kemasukan penyakit eksotik ke Malaysia.Antara penyakit eksotik yang sangat dilindungi ialah antraks, rabies, rinderpest, equine ensefalitis dan sebagainya.Kuarantin dijalankan ke atas semua jenis haiwan import kecuali daripada negara Brunei, Singapura, United Kingdom, Eire, Northern Ireland, Australia dan New Zealand.Bidang kuasa kuarantin dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Kementerian Pertanian Malaysia.

2. PenghapusanJika serangan agak kronik ternakan yang dijangkiti penyakit perlu dihapuskan. Penghapusan dilakukan secara membunuh dan bangkai ditanam atau dibakar dalam insinerator bagi mengelakkan patogen merebak kepada ternakan lain.

3. PemvaksinanPemvaksianan ialah pemberian vaksin kepada ternakan. Vaksin ialah suatu bahan antigen yang digunakan untuk merangsang perkembangan antibody bagi memberikan keimunan terhadap penyakit tertentu.Vaksin dihasilkan daripada kultur bacteria atau virus yang telah hilang kemudaratannya tetapi sifat antigen masih dikekalkan.Pemvaksinan boleh dijalankan secara :

Page 13: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

13

a. pemberian melalui mulutb. calaran pada ototc. suntikan subkuteneusd. dicampur dalam makananPemvaksinan digunakan untuk mengawal :a. penyakit kuku dan mulutb. Salmonelosisc. Brucelosisd. Purue. Samparf. Bronkitis

4. Penggunaan baka yang resistanSetiap baka ternakan mempunyai ketahanan tersendiri terhadap iklim, patogen dan parasit. Jika baka import hendak digunakan, sebaiknya baka ini dikacukkan dengan baka tempatan untuk menghasilkan baka yang resistan kepada halangan yang sedia ada.

5. Pengawalan vektorVektor ialah organisma seperti lalat, tikus, lipas dan burung yang membawa mikroorganisma berparasit. Akibatnya penyakit akan berjangkit daripada seekor ternakan kepada ternakan yang lain atau kepada manusia.Kawalan vektor dijalankan dengan mengamalkan sanitasi, reban yang tertutup dan semburan ubat pencegah.

6. Amalan sanitasiAmalan sanitasi atau menjaga kebersihan hendaklah dilakukan pada peringkat sebelum memasukkan ternakan, semasa menternak dan selepas musim menternak

a. Sebelum memasukkan ternakanReban, peralatan dan ruang yang boleh dijadikan perumah oleh parasit atau patogen hendaklah dibersihkan. Selepas dibersihkan jalankan program pembasmian kuman.

b. Semasa menternakReban sentiasa bersih daripada tinja, air kencing atau sisa makanan. Air kencing dan tinja haiwan akan membebaskan gas ammonia dan hydrogen sulfid yang boleh menganggu sistem pernafasan. Sisa makanan juga boleh menarik perhatian haiwanpembawa penyakit seperti tikus dan lalat.

c. Selepas musim menternakBersihkan reban daripada tinja, sisa makanan dan kotoran lain. Peralatan yang telah digunakan, dibersihkan dan disimpan dalam satu tempat simpanan.

7. PenakaianPenakaian ialah pengasingan ternakan berpenyakit daripada kelompok ternakan (mengelakkan penyakit berjangkit).

8. Pemberian makanan seimbangMakanan yang diberikan mestilah mengandungi semua kelas makanan dalam kuantiti yang betul. Apabila ternakan mendapat semua zat makanan yang diperlukan, tubuh badannya akan dapat menghasilkan antibody untuk melawan penyakit.

Bahan untuk merawat penyakitTernakan yang sakit perlu menerima rawatan dengan segera. Tindakan ini boleh mengelakkan penyakit ternakan daripada menjadi kronik dan mengakibatkan kematian.Kaedah rawatan meliputi :

1. AntiseptikAntiseptik merupakan bahan kimia yang memusnah atau merencatkan pertumbuhan bacteria penyebab penyakit. Antiseptik digunakan secara luaran dan dalaman.

Page 14: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

14

Antiseptik luaran digunakan untuk merawat luka atau kudis (iodin dan benzyl benzoate). Antiseptik dalaman pula digunakan untuk merawat infeksi usus dan urinary.

2. AntibiotikAntibiotik ialah sebatian kimia hasil fermentasi mikrob seperti kulat dan bacteria bagi tujuan menghalang pertumbuhan mikrob lain.Antibiotik digunakan sebagai dadah terapi, mengawal atau merendahkan jangkitan penyakit yang teruk dan bahan penggalak pertumbuhan ternakan.Antibiotik boleh diberikan secara suntikan atau sebagai bahan aditif dalam makanan.

3. Racun cacingRacun cacing atau anthehelmintik perlu diberikan bagi kawalan serangan cacing terhadap ternakan khasnya yang meragut bebas. Contoh seperti albendazol, fenbendazol, ivermektin dan levamisol.Terdapat lima kaedah pemberian iaitu :a. pemberian secara mulut

Dilakukan sebelum musim hujan, awal musim kemarau, ternakan bunting 4 bulan dan anak berumur 4-6 minggu. Alat yang digunakan ialah “drenching gun” dan kaedah ini sesuai bagi perladangan komersial dalam sistem “feed lot”.

b. suntikan melalui kulit atau ototAlat yang digunakana ialah jarum suntikan yang diisi dengan racun cacing.

c. Aditif dalam bahan makananRacun cacing atau vaksin pencegah cacing dicampurkan dalam bahan makanan ternakan.Aditif akan dicampur ke dalam konsentrat bagi tujuan mengelakkan kerosakkan, menambah vitamin dan mineral serta mengawal jangkitan penyakit.

d. GenutGenut yang mengandungi racun cacing diikat pada pokok dalam kawasan ternakan meragut. Ternakan akan menjilat genut untuk mendapatkan garam dan pada masa yang sama menelan racun cacing.Kaedah ini sesuai digunakan bagi kawasan sistem ekstensif dan perladangan komersial.

e. Kapsul lepas lambatRacun cacing yang terkandung dalam kapsul diberikan melalui mulut dan masuk ke dalam sistem pencernaan ruminan. Kapsul akan hadam dan racun cacing yang terkandung di dalamnya akan membunuh cacing secara perlahan.

f. Racun parasit luarRacun parasit luar ialah bahan kimia ayang digunakan untuk mengawal dan membunuh endoparasit . Penggunaan racun parasit luar boleh dilakukan secara :i. semburanii. celupaniii. sapuaniv. suntikanv. mandianContoh racun parasit luar ialah Retenone, benzyl benzoate, Asuntol dan BHC (benzin Heksaklorida).

Page 15: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

15

1.5 GenetikGenetik ialah kajian tentang baka dan ciri organisma diwarisi. Ciri yang boleh diwarisi terkandung di dalam gen. Gen ialah sebahagian juzuk daripada sel dalam benda hidup yang menentukan baka.Apabila sepasang ternakan menjalani program pembiakbakaan, anak yang akan dilahirkan mengandungi gen kedua-dua induknya.

1.5.1 Ciri Ternakan yang DikehendakiPembiakbakaan ternakan dilakukan untuk memperoleh ternakan yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki. Antara ciri-ciri ternakan yang dikehendaki ialah :1. Cepat membesar

Ternakan perlu membesar dalam masa yangs ingkat. Ini dapat mengurangkan kos makanan dan penjagaan. Ciri ini juga membolehkan ternakan cepat dipasarkan dan tempoh pusingan penternakan disingkatkan.

2. Cepat megeluarkan hasilCiri ternakan yang baik adalah cepat mengeluarkan hasil seperti susu, daging dan telur.Contoh lembu tenusu akan mula mengeluarkan hasil susu selepas beranak pertama. Tempoh masa beranak pertama dan selang masa beranak yang singkat menunjukkan lembu ternakan yang dikehendaki.

3. Berupaya melahirkan banyak anakKeupayaan melahirkan banyak anak, kadar bunting, peratus kematian anak semasa dilahirkan rendah dan tempoh bunting semula yang cepat ciri baka baik yang perlu dipertimbangkan.

4. Hasil tinggiHasil yang tinggi meliputi pengeluaran daging, susu atau telur. Baka yang menghasilkan berat dewasa yang tinggi akan menjadi keutamaan pilihan.

5. Hasil berkualitiHasil karkas (meliputi bahagian yang boleh dimakan, nisbah daging dengan tulang dan jumlah daging yang dihasilkan) yang tinggi adalah ciri yang perlu diutamakan.Contoh hasil telur yang berkualiti dapat ditentukan melalui ciri luaran dan mutu isi telur.

6. Kecekapan penukaran makanan yang baikTernakan yang mempunyai kecekapan penukaran makanan yang baik secara tidak langsung telah menjimatkan kos pengeluaran penternak. Ini kerana makanan ditukarkan kepada bentuk hasil seperti telur, daging dan susu.

7. Resistan terhadap penyakitBaka ternakan yang baik semestinya resistan terhadap penyakit terutamanya penyakit yang disebakan oleh serangan parasit. Baka Brahaman, LID dan Draughtmaster baka yang resistan terhadap endoparasit.

8. Toleran terhadap persekitaranTekanan persekitaran seperti pancaran cahaya matahari yang berlebihan, tekanan haba serta suhu dan kelembapan tinggi memerlukan baka tertentu untuk diternak. Contoh baka kambing Saanen toleran terhadap cahaya matahari berlebihan, baka lembu Kedah-Kelantan toleran terhadap suhu dan kelembapan tinggi.

Page 16: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

16

1.5.2 Memperbaiki Baka yang Sedia AdaDalam usaha memperbaiki baka yang sedia ada, terdapat dua kaedah pembiakbakaan yang lazim digunakan oleh penternak. Kaedah tersebut ialah :

1. Pembiakbakaan kacukPembiakbakaan kacuk ialah pembiakan antara ternakan daripada dua baka yang berlainan. Contoh lembu baka Bos indicus dikacukkan dengan baka Bos taurus untuk mendapatkan genotip gabungan daripada kedua-dua baka.Kelebihan pembiakbakaan kacuk ialah :a. menghasilkan anak yang mempunyai pencapaian yang lebih baik daripada indukb. menghasilkan anak yang mempunyai tahap kecergasan yang lebih tinggi berbanding

purata prestasi induk. Keadaan ini dipanggil heterosisc. mempunyai ciri kemandirian yang lebih tinggi.

2. Pembiakbakaan seturunanPembiakbakaan seturunan ialah pengawanan antara ternakan yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat untuk mendapatkan genotip asal keturunannya.Hasil daripada pembiakbakaan seturunan, anak akan mewarisi 50% genotip F1, 75% genotip induk pada generasi F2, 87.25% genotip induk pada generasi F3, 93.7% genotip induk pada generasi F4. Akhirnya 98.87% genotip pada generasi F5.Kelebihan pembiakbakaan seturunan ialah :a. mengekalkan ciri dalaman baka

Setelah kacukan seturunan sebanyak lima generasi genotip asal hampir diperolehi secara tidak langsung ciri dalaman baka telah dapat dikekalkan

b. mewujudkan satu kumpulan yang mempunyai ciri luaran yang seragamMelalui pembiakbakaan seturunan generasi F5 mempunyai ciri luaran seragam kerana genotip yang terkandung adalah menyamai antara satu sama lain

Kekurangan pembiakbakaan seturunan ialah :a. pengurangan kecergasan

Oleh kerana pembiakan ini melibatkan keluarga rapat, anak daripada generasi berikutnya mengandungi genotip yang resesif. Gen resesif ini akan menyebabkan pengurangan kecergasan terhadap anak-anak yang dilahirkan.

b. penurunan keupayaan membiakPembiakbakaan seturunan juga akan menyebabkan keupayaan membiak yang semakin menurun. Fenomena ini disebabkan oleh gen yang diwarisi oleh anak pada generasi berikutnya.

1.5.3 Pembiakan TernakanHaiwan mempunyai sistem pembiakan yang berlainan berdasarkan jantina. Haiwan jantan menghasilkan sperma dan betina menghasilkan ovum.

Sistem pembiakan jantan

Organ FungsiTestis Mengeluarkan sperma melalui proses spermatogenesis

Mengeluarkan hormone testoteranSkrotum Pelindung, penahan dan pengawal suhu testisEpididimis Menatang, memekat dan menyimpan sperma

Sebagai saluran keluar sperma daripada testisVas deferens Sebagai salur keluar sperma daripada epididimisPundi sperma Mengeluarkan bendalir yang melindungi dan memudahkan pergerakan

sperma

Page 17: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

17

Kelenjar prostat Mengeluarkan bendalir yang mengandungi mineralKelenjar Cowper Mengeluarkan bendalir untuk membersihkan uretaUretra Saluran keluar semenZakar Menyalurkan semen ke dalam organ pembiakan betina

Sistem pembiakan betina

Organ FungsiOvari Mengeluarkan ovum

Mengeluarkan hormon estrogen dan progestronOviduktus Menghubungkan uterus dengan ovari

Menerima ovumTanduk rahim Tempat ovum yang tersenyawa bergerak ke uterusUterus Menyalurkan sperma ke tempat persenyawaan

Menampung perkembangan zaigotMenyediakan nutrien untuk perkembangan zaigotMerembes hormone prostaglandin

Serviks Menyalurkan sperma ke dalam uterusSaluran kelahiran anakMengeluarkan lender semasa estrusTempat pemancutan semenMenghindari jangkitan kuman daripada faraj semasa bunting

Faraj Menyalurkan semenSaluran kelahiran

Vulva Mengelilingi bukaan faraj dan uretra

Tanda biangBiang atau estrus ialah fasa kesediaan betina untuk dikahwini. Tanda estrus pada lembu betina dapat dikesan melalui perlakuan dan keadaan faraj.Tanda biang yang diperlihatkan melalui pelakuan ialah :1. Membenarkan dirinya dipanjat Pada kebiasaannya pada peringkat kemuncak estrus, lembu akan berdiri setempat dan membiarkan dirinya di panjat.2. Kerap kencing Lembu betina akan kerap kencing walaupun kuantiti urinya sedikit.3. Sentiasa menegakkan ekor Lembu yang estrus akan kerap menegakkan ekornya.4. Mengasingkan diri Lembu yang estrus akan mengasingkan diri daripada kumpulannya5. Kurang selera makan Selera makan lembu estrus akan berkurangan sehingga peringkat akhir estrus.6. Gelisah dan membising Lembu yang estrus akan kelihatan gelisah dan sentiasa membising memanggil pasangannya.Tanda biang yang diperlihatkan melalui keadaan faraj ialah :1. Pengeluaran mukus

Lendir atau mukus akan sentiasa meleleh keluar daripada faraj dan bertukar menjadi pekat.2. Vulva merah dan bengkak

Vulva lembu yang estrus akan menjadi merah dan membengkak

Teknik pembiakanHaiwan dapat dibiakan secara in-vivo atau in-vitro. In-vitro ialah kaedah pembiakan yang menggunakan radas makmal dan boleh dilakukan di luar uterus.Pembiakan secara in-vitro memerlukan kepakaran manusia untuk melakukannya.

Page 18: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

18

Teknik pembiakan in-vitro merangkumi permanian beradas, pemindahan embrio dan persenyawaan luar-pemindahan embrio (IVF-ET).Teknik pemindahan embrioTeknik pemindahan embrio ialah embrio dipindahkan daripada penderma terpilih dan dimasukkan ke dalam uterus penerima untuk dibuntingkan.Teknik IVF-ETTeknik IVF-ET ialah oosit diambil daripada uterus dan disenyawakan di dalam makmal. Setelah berkembang, embrio akan dimasukkan ke dalam uterus betina terpilih untuk dibuntingkan.

Pengawanan semula jadiPengawanan semula jadi atau in-vivo ialah penjantan dan betina induk dibiarkan bersama semasa tempoh estrus untuk menghasilkan kehamilan.Kaedah ini mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan.Kelebihan

a. Tidak memerlukan kepakaran manusiaKepakaran manusia tidak diperlukan untuk menjalankan proses permanian kerana pejantan dan betina akan melakukannya sendiri.

b. Penternak tidak perlu mengesan estrusPejantan akan mengesan lembu betina yang estrus dan terus menjalankan pengawanan semula jadi.

Kelemahana. Baka pejantan terpilih sukar ditentukan

Oleh kerana pengawanan semula jadi ini tiada pengawasan baka pejantan terpilih yang dikehendaki adalah sukar untuk ditentukan.

b. Kadar pejantan dengan betina terhadKemampuan sekor pejantan untuk mengawan dengan betina adalah terhad mengikut faktor masa. Pejantan diperlukan dengan banyak jika bilangan betina adalah banyak.

c. Boleh menimbulkan kerakusan pejantan yang menyebabkan kecederaan betinaPengawanan semula jadi boleh menjadikan pejantan rakus dan mengakibatkan kecederaan kepada induk betina.

d. Seekor pejantan hanya dapat melakukan proses permanian pada seekor betina pada satu masa.Jika bilangan betina banyak proses pemanian semula jadi memerlukan masa yang panjang

e. Data pembiakan sukar ditentukanOleh kerana pejantan bebas bergaul dengan induk betina, pengawanan semula jadi berlaku dengan bebas dan data pembiakan sukar ditentukan

f. Penghasilan baka baru memerlukan kos yang tinggi terutama melibatkan baka luar negeriPenternak perlu menanggung kos untuk membeli, membawa dan meyelenggara baka pejantan import.

Permanian beradasPermanian beradas ialah satu kaedah pembiakan dengana cara menyuntik semen daripada pejantan terpilih ke dalam uterus induk terpilih dengan menggunakan alat khas seperti pistolette / French Gun.Permanian beradas memberi banyak kelebihan, antaranya ialah :

a. Data pembiakan dapat dikumpul dengan berkesanAnak yang dilahirkan dapat dikenalpasti keturunannya dan sifat-sifat yang dikehendaki juga dapat ditentukan.

b. Baka baru dapat dihasilkan dengan lebih mudah dam murahOleh sebab semen boleh didapati secara beku, semen dari pejantan terpilih yang mungkin didapati di luar negara dapat disuntik ke uterus betina tempatan.

c. Mengurangkan masalah kecederaan induk betina akibat kerakusan baka pejantand. Kos pengenadalian murah

Page 19: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

19

Melalui kaedah ini, baka pejantan tidak perlu disimpan, hanya memadai menyimpan semen beku.

e. Penggandaan pembiakan lebih cepat berlaku. Semen beku daripada seekor pejantan dapat disuntik kepada beberapa ekor betina pada satu-satu masa.

Walaupun begitu teknik ini masih mempunyai kelemahan, antaranya ialah :a. Memerlukan kemahiran teknik menyuntik

Kemahiaran ini faktor penentu kejayaan kaedah ini.b. Memerlukan kemahiran memerhatikan estrus.

Esterus berlaku dalam tempoh yang singkat antara 8 hingga 12 jam.c. Sesetengah kecacatan baka pejantan hanya dapat dikesan setelah semennya digunakan

untuk beribu betina.

Amalan permanian beradas melibatkan dua proses utama iaitu persediaan semen dan penyuntikan semen.Penyediaan semen melibatkan beberapa langkah iaitu :1. Penyediaan semen

Semen ialah lendir yang dipancutkan oleh pejantan semasa ejakulasi. Semen berwarna kekuningan, likat dan terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian bersel (sperma) dan bahagian cecair.Kuantiti semen bagi setiap ejaklulasi bergantung kepada jenis haiwan, tahap kesuburan dan tahap kesihatan.a. Mengumpul semen

Terdapat dua acara mengumpul semen daripada pejantan terpilihi. mengurut Pengumpul semen perlu memasukkan tangan ke dalam usus hujung dan mengurut pundi sperma sehingga ejakulasi berlaku. Teknik mengurut kelenjar vaskular sesuai untuk ternakan keceil seperti ayam

ii. Menggunakan faraj palsu Faraj palsu terdiri daripada suatu silinder getah keras berukuran 35 hingga 40 cm.Pada bahagian dalamnya disaluti dengan lapisan getah lembut. Pada satu hujung faraj palsu disediakan silinder pengumpul. Faraj palsu perlu dipam sehingga saiznya sesuai dengan saiz zakar pejantan. Air suam 42°– 45 ° C diisikan supaya suhu dalam faraj palsu menyamai suhu dalam faraj. iii. Diagnos mutu semen

Diagnos ialah proses mengenal pasti kualiti semen dan dapat dikesan melalui :a. pemeriksaan status kualiti fizikal semen

sukat isipadu semen yang dikumpulkan bandingkan warna semen - terima semen berwarna kelabu, putih, krim dan kuning uji kelikatan semen- terima semen yang alirannya sederhana perlahan, perlahan dan

sangat perlahan uji kandungan pencemaran periksa morfologi sperma- terima sperma normal

b. mengira peratus sperma hidup pemeriksaan dan penilaian motaliti semen hidup sperma pada suhu 37 °C pemeriksaan dan penilaian motaliti semen pada suhu 4 °C pemeriksaan dan penilaian motaliti semen beku

b. mencairkan semen Semen yang telah dikumpul perlu dicairkan sebelum disimpan atau disuntik kepada induk betina. Tujuan mencairkan semen ialah untuk mendapatkan isipadu semen yang lebih banyak dan cairan

Page 20: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

20

yang sesuai untuk permanian. Semen yang dicairkan dengan menggunakan bahan seperti : @ pencair sitrat kuning telur @ pencair posfat kuning telur @ susu segar @ santan kelapa Pemilihan bahan yang digunakan sebagai pencair adalah berdasarkan : # berdaya mengekalkan keupayaan persenyawaan bagi jangka masa lama # mudah dan murah untuk disediakan # mudah didapati # tidak memberi kesan negatif terhadap induk betina

i. Bancuhan dengan karioawetan Semen yang diterima mestilah melebihi 115.6 juta sperma bagi setiap satu ml. Oleh itu semen perlu dicairkan dengan bahan khas supaya setiap straw semen terisi 0.25 ml atau 0.5 ml semen yang mengandungi 23 juta sperma. Semen disukat menggunakan alat hemositometer.

c. Menyimpan semen i. Mengisi semen ke dalam straw Semen boleh diisi ke dalam straw secara manual, semi automatik dan automatik. Straw yang telah diisi dicetak pengenalannya seperti nama pejantan, no kod pejantan, tarikh pengeluaran. ii. Kariobekuan dalam cecair nitrogen Semen yang telah diisi ke dalam straw dimasukkan ke dalam blok aluminium dan direndam dalam cecair nitrogen yang bersuhu -120 °C selama sembilam minit. Selepas semen membeku keluarkan dan simpan dalam tangki nitrogen yang bersuhu -196°C.

d. Penyuntik semen Penyuntikan semen ialah proses memasukkan semen ke dalam serviks. i. Pemilihan induk betina Induk betina yang dalam keadaan estrus dikenal pasti Kemudian induk itu dipasungkan. ii. Mengenyah beku semen Proses mengenyah beku ialah proses mengeluarkan semen sejukbeku daripada tangki cecair nitrogen dan dibiarkan semen dalam straw mencair semula. Proses ini dilakukan dengan merendam semen beku ke dalam air suam bersuhu 35 °C. Selepas semen cair, masukkan straw ke dalam pistolette iii.Menyuntik semen ke dalam serviks

Masukkan tangan kiri ke dalam dubur lembu betina sehingga kedudukan serviks dapat dikesan

Apabila kedudukan serviks telah dikenal pasti rasa dengan jari kedudukan uterus dan tanduk uterus

Bersihkan bibir faraj Masukkan pistolette ke dalam faraj menggunakan tangan kanan dengan

kecondongan 30 ° sehingga hujung pistolette terkena serviks Suntik semen perlahan-lahan ke bahagian uterus dan bahagian tengah serviks Bersihkan semua peralatan selepas diguna Lepaskan lembu daripada pasung dan beri makanan kepadanya.

BAB 2 PERLADANGAN SEBAGAI SUATU PERNIAGAAN

Page 21: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

21

2.1 Perladangan Sebagai Suatu PerladanganPerladangan ialah suatu perusahaan untuk mengeluarkan hasil pertanian. Kejayaan perladangan dipengaruhi oleh faktor modal, pekerja, tanah, teknologi dan pengurusan.Perniagaan ialah satu urusan yang melibatkan penjualan atau pembelian barangan dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan maksimum dan memenuhi tanggungjawab social.Oleh itu perladangan sebagai perniagaan melibatkan pengurusan aktiviti pertanian yang melibatkan penjualan, pembelian dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan maksimum.

2.1.1 Prinsip Pengurusan LadangEmpat langkah dalam prinsip pengurusan ladang ialah :

PERANCANGAN

PELAKSANAAN

PENGAWALAN

PENILAIAN

PerancanganPerancangan adalah proses menentukan matlamat, membuat jangkaan masa hadapan dan merangka strategi bagi mencapai matlamat atau menghadapi risiko.Perancangan penting dalam perniagaan untuk mengekalkan daya saing, mengkaji kelemahan dan kekuatan organisasi ladang, menyediakan pelan tindakan alternatif serta menggunakan sumber organisasi dengan efisien.Empat langkah membuat perancangan :

LANGKAH 1Menetapkan objektif, contoh : sara diri atau komersial

LANGKAH 2Mentaksir kedudukan semasa prospek perladanganMengkaji : kehendak pengguna, harga pasaran, persaingan, permintaan

LANKAH 3 Mentaksir keadaan persekitaran ; keadaan cuaca, bentuk muka bumi, bekalan tenaga buruh, infrastruktur, kestabilan polotik

LANGKAH 4Merangka pelan tindakan ; setelah selesai menjalankan langkah 1, 2 dan 3 pelan tindakan perlu dirangkan supaya apa yang dirancang dapat dilaksanakan sebaik mungkin.PelaksanaanPelaksanaan adalah proses mengaplikasi aktiviti yang telah dirancang. Perkara yang penting samasa pelaksanaan adalah pemerolehan sumber pengeluaran yang mencukupi pada masa dan tempat yangsesuai.

Page 22: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

22

PengawalanPengawalan adalah proses memastikan sumber pengeluaran dan aktiviti dirancang serta diguna secara tetap. Tujuan pengawalan ialah untuk mencapai matlamat organisasi di samping mencegah dan memperbetulkan sebarang penyelewengan. Pengawalan dilakukan dengan memeriksa rekod fizikal dan rekod kewangan ladang.Proses pengawalan dapat digambar seperti rajah di bawah

Menilai prestasi Tindakan pembetulan dan Pencegahan penyelewengan Menentukan piawai

Kajian semula piawaian Membanding dan menganalisis

PenilaianPenilaian adalah proses mengkaji status sesuatu projek sebelum dan selepas sesuatu bidang usaha dijalankan. Penilaian sering dilakukan secara mengira anggaran aliran tunai. Anggaran aliran tunai dibuat dengan mengira wang tunai yang mengalir masuk dan mengalir keluar. Aliran masuk dikenali sebagai pendapatan dan aliran keluar disebut perbelanjaan.Jadual di bawah menunjukkan satu contoh penilaian secara aliran tunai:

Aliran wang tunaiTahun 0 1 2 3 4 5Pendapatan (RM) - 7 000 7 200 7 500 8 000 8 400Perbelanjaan (RM) ( 15 000 ) ( 5 000 ) ( 4 700 ) (4 900 ) (5 100 ) ( 5 200 )Untung (RM) ( 15 000 ) 2 000 2 500 2 600 2 900 3 200

Daripada jadual di atas modal yang dikeluarkan oleh peladang untuk memulakan perniagaannya ialah RM 15 000. Pada tahun pertama, pendapatan yang diperolehi ialah RM 7 000 dan perbelanjaannya ialah RM 4 000 . Keuntungan yang diperoleh adalah RM 2 000. Pada tahun kelima, pendapatan peladang dan keuntungan terus meningkat kepada RM 8 400 dan RM 3 200.Selepas membuat penilaian, peladang boleh membuat keputusan sama ada meneruskan, menukar, membubar atau mengubahsuai bidang usaha.

2.2 Perancangan Untuk Memulakan LadangPerancangan untuk memulakan ladang merangkumi penyediaan belanjawan bidang usaha dan rancangan operasi ladang seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah:

Page 23: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

23

Perancangan Memulakan Ladang

Merancang Belanjawan Merancang Operasi Ladang

Mengkaji Harga Pasaran Hasil Menyedia Pelan Susun Atur Ladang Mengenal pasti Sumber Pengeluaran Menyedia Jadual Kerja

Menentukan Kos Sumber Pengeluaran Menyedia Rekod Fizikal dan Kewangan

Menyediakan belanjawan adalah tugas utama yang perlu dilakukan sebelum melaksanakan sesuatu bidangusaha. Belanjawan yang telah disediakan perlu dipatuhi sedapat mungkin mengikut keuntungan yang dianggar dapat dicapai. Apabila sesuatu bidang usaha itu telah dilaksanakan, pengusaha perlu menganalisis dan membandingkannya dengan data kewangan sebenar untuk menilai prestasi bidang usahanya.

2.2.1 Belanjawan Bidang UsahaBelanjawan ladang ialah rancangan untuk menggunakan sumber pengeluaran yang terhad supaya bidang usaha yang diceburi mendapat keuntungan maksimum.Belanjawan ladang juga merupakan perancangan yang menunjukkan perbelanjaan pendapatan, keuntungan dan pulangan setiap ringgit yang dilabur.Seseorang peladang yang menyediakan belanjawan akan mendapat faedah seperti :

Membuat perbandingan anatara beberapa alternative bidang usaha Membuat perkiraan yang lebih sistematik Mengelakkan sesuatu perkara penting tertinggal Mengawal kewangan bidang usaha Mengurangkan risiko kerugian Menganggar kesan sesuatu teknologi atau tindakan dan seterusnya membantu peladang

memilih teknologi atau tindakan yang sesuai.

Maklumat Yang Perlu Untuk Menyediakan Belanjawan LadangSebelum menyediakan belanjawan, pengusaha perlu menentukan beberapa maklumat yang berkaitan dengan perbelanjaan dan pendapatan.

1. Harga pasaran beberapa hasilPengusaha perlu mendapatkan harga pasaran beberapa hasil di pelbagai peringkat pemasaran seperti harga di ladang, harga borong dan harga runcit.Harga pasaran boleh diperoleh daripada beberapa agensi seperti Pertubuhan Peladang kawasan (PPK), Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) serta pemborong dan pengguna.

2. Sumber pengeluaran yang adaSumber pengeluaran terdiri daripada tanah, pekerja, modal dan pengurusan. Setiap sumber pengeluaran perlu ditentukan cara perolehan atau pemilikan, kos yang ditanggung dan cara mengatasi sumber yang terhad.

TANAH PEKERJA

Page 24: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

24

FAKTOR PENGELUARAN

MODAL PENGURUS

Tanah merupakan kawasan atau ruang yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu bidang usaha perladangan. Tanah diperlukan bagi penyediaan tapak semaian, kawasan penanaman, premis pentadbiran, kandang ternakan, kilang dan pelbagai infrastruktur. Tanah boleh dibeli, meyewa atau memohon tanah kerajaan.Pekerja merujuk kepada usaha manusia secara fizikal atau mental yang terlibat dalam proses pengeluaran. Buruh terbahagi kepada kumpulan mahir, separa mahir dan tidak mahir. Sumber buruh boleh diperoleh daripada keluarga, buruh tempatan atau buruh asing.Modal ialah sumber kewangan atau asset yang digunakan untuk membantu proses pengeluaran. Modal merangkumi bahan mentah, stok yang dimiliki, wang, bangunan, mesin dan jentera.Pengurusan ialah pihak yang mentadbir dan mengambil risiko daripada perancangan perniagaan yang telah disediakan.Pengurus yang efektif mestilah mempunyai ciri-ciri seperti :

Sanggup bekerja lebih masa Bijak mengenal dan merebut peluang – peka terhadap peluang perniagaan dan sentiasa

bersikap kreatif dan inovatif Berpandangan jauh – berada selangkah di hadapan daripada pesaingnnya untuk melihat

potensi dan peluang perniagaan yang ditinggalkan oleh orang lain Berkebolehan mengurus – mempunyai tahap ilmu mengurus yang tinggi Tegas dan berdisiplin – tegas dan mengikut peraturan serta bersungguh-sungguh dalam

melakukan kerja

3. Kos sumber pengeluaranKos setiap sumber pengeluaran ditentukan mengikut cara perolehan seperti sewa, beli, pinjaman atau berkongsi.Jadual di bawah adalah contoh kos sumber pengeluaran mengikut cara perolehan.

Sumber pengeluaran Cara perolehan Kos

TanahSewa RM 2 000.00 / musimBeli RM 100,000.00 / hektar

ModalPinjaman institusional 7 % setahunSendiri -Berkongsi -

PekerjaGaji bulanan RM 500. 00Upah tenaga hari RM 15.00 / tenaga hari

Menghitung anggaran pendapatanAnggaran pendapatan ialah pendapatan yang dijangkakan akan diperoleh oleh peladang bagi satu jangka masa pengeluaran. Angggaran pendapatan dikira berdasarkan rumus berikut :

Anggaran pendapatan= angggaran hasil diperoleh x harga seunit

Contoh Pengiraan Anggaran Pendapatan : Bidang usaha : Timun Keluasan : 1 hektar Angggaran hasil : 22 000 kg/hektar Anggaran harga : RM 0.40 /kg

Page 25: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

25

Angggaran pendapatan = anggaran hasil diperoleh x harga seunit = 22 000 kg x RM 0.40 = RM 8 800.00

Menghitung anggaran perbelanjaanAnggaran perbelanjaan ialah kos yang dijangkakan dikeluarkan untuk membiayai sesuatu bidang usaha. Anggaran pendapat meliputi kos tetap dan kos berubah.Kos berubah ialah kos yang beubah secara langsung dengan tingkat output. Kos berubah akan menjadi sifar apabila pengeluaran ladang dihentikan.Kos tetap merupakan bayaran terhadap penggunaan input tetap. Kos tetap mesti ditanggung oleh peladang walaupun pengeluaran dihentikan.Anggaran perbelanjaan dikira berdasarkan rumus berikut :

Anggaran perbelanjaan = kos berubah + kos tetapJadual di bawah menunjukkan kos berubah dan kos tetap bagi bidang usaha tanaman timun sehektar.

Kos berubahItem Kuantiti Harga seunit Amaun (RM)

Kos bahan input(a) Biji benih 1.5 kg 100.00 150.00(b) Baja tahi ayam 5 tan 120.00 600.00(c) Baja NPK 12:12:17:2 20 beg 43.00 860.00(d) Kapur 3 tan 100.00 300.00(e) Racun perosak(f) Plastik Silver Shine 40 gulung 70.00 2 800.00(g) Kayu penyokong 650 batang 2.00 1 300.00(h) Dawai no. 10 3 gulung 100.00 315.00(i) Dawai no. 18 15 gulung 43.00 645.00

Jumlah 7 367.00

Kos Input tenaga hari (th) / RM 15.00

15.00

(a) Penyediaan tanah dan batas Kontrak 230.00(b) Merata dan membaiki batas 6 th 90.00(c) Menanam 8 th 15.00 120.00(d) Membuat junjung 20 th 15.00 300.00(e) Menyelenggara sistem pengairan

10 th 15.00 150.00

(f) Membaja 8 th 15.00 120.00(g) Meracun rumput 8 th 15.00 120.00(h) Meracun serangga 12 th 15.00 180.00(i) Menjalarkan pokok 6 th 15.00 90.00(j) Memungut hasil 50 th 15.00 750.00

JUMLAH 2 150.00Kos Tetap

Item Kuantiti Harga seunit (RM) Amaun (RM)(a) Cukai tanah 15.00(b) Susut nilai sistem pengairan 120.00 120.00

JUMLAH 135.00

Berdasarkan jadual di atas anggaran perbelanjaan bagi bidang usaha timun untuk kawasan seluas satu hektar ialah

Page 26: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

26

Anggaran perbelanjaan = Kos Berubah + Kos Tetap = Kos bahan input + kos input tenaga hari + kos tetap = (RM 7 367.00 + RM 2 150.00 ) + RM 135.00 = 9 652.00

Menghitung keuntunganKeuntungan ialah pendapatan yang diperoleh setelah ditolak dengan jumlah perbelanjaan. Keuntungan terbahagi kepada untung kasar dan untung bersih. Cara mengira untung kasar adalah berdasarkan rumus berikut :

Keuntungan kasar = Pendapatan – Kos berubah

Contoh Jenis bidang usaha : timun Anggaran hasil : 20 000 kg Anggaran harga : RM 0.50 / kg

Keuntungan kasar = Pendapatan – Kos berubah Keuntungan kasar = ( 20 000 kg x RM 0.50 /kg) - (RM 7 367.00 + 2 150.00) = RM 10 000.00 - RM 9 517.00 = RM 483.00

Rumus untuk mengira untung bersih ialah :

Keuntungan bersih = Pendapatan – Jumlah kos

Contoh Jenis bidang usaha : timun Anggaran hasil : 20 000 kg Anggaran harga : RM 0.50 / kg

Kos bahan input = RM 7 367.00 Kos buruh tenaga hari = RM 2 150.00 Kos tetap = RM 135.00 Keuntungan bersih = Pendapatan – Jumlah Kos Keuntungan bersih = (20 000 kg x RM0.50/kg) – (RM 7 367.00 + RM 2 150.00 + RM 135.00) = RM 10 000.00 - RM 9 652.00

= RM 348.00

Page 27: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

27

Menghitung kos luar jangkaKos luar jangka ialah perbelanjaan tambahan selain daripada perbelanjaan jangkaan yang perlu ditanggung. Kebiasannya pengusaha memperuntukkan 10% daripada jumlah kos sebagai kos luar jangka.Kos luar jangka berkemungkinan disebabkan oleh serangan penyakit, bencana alam dan kenaikan mendadak harga barang.

Rumus untuk mengira kos luar jangka ialah :

Kos luar jangka = 10 x Jumlah Kos 100

Contoh : Kos luar jangka = 10 x RM 9 6 52.00 = RM 965.20 100

Menghitung pulangan setiap ringgit dilaburPulangan setiap ringgit yang dilabur ialah pendapatan yang diperoleh daripada setiap ringgit yang dilaburkan oleh pengusaha.Pulangan setiap ringgit dilabur dikira berdasarkan rumus :

Pulangan setiap ringgit dilabur = Jumlah pendapatan Jumlah perbelanjaan

Contoh pengiraan pulangan setiap ringgit dilabur dalam bidang usaha timun Jumlah pendapatan = (24 000 kg x RM 0.50/kg) = RM 12 000.00 Jumlah perbelanjaan = Jumlah kos + Kos luar jangka = RM9 652.00 + RM965.20 = RM10 617.20 Pulangan setiap ringgit dilabur bidangusaha timun = Jumlah Pendapatan = 12 000 = 1.13 Jumlah Perbelanjaan = 10 617.20 Daripada contoh di atas, bagi setiap RM1.00 yang dilaburkan peladang akan memperoleh pulngan sebanyak RM1.13.Menyediakan belanjawanBelanjawan ladang boleh disediakan seperti format berikut :

Item Kuantiti Harga seunit (RM)

Amaun (RM)

PENDAPATAN KASAR = HASIL X HARGAJUMLAH

KOS BERUBAHJUMLAH

KOS TETAPJUMLAH

JUMLAH KOS = KOS TETAP + KOS BERUBAHKOS LUAR JANGKA = % DIJANGKA X JUMLAH KOSJUMLAH PERBELANJAAN = JUMLAH KOS + KOS LUAR JANGKAKEUNTUNGAN = PENDAPATAN – JUMLAH PERBELANJAANPULANGAN SETIAP RINGGIT DILABUR = JUMLAH PENDAPATAN JUMLAH PERBELANJAAN

Page 28: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

28

Belanjawan lengkap melibatkan anggaran perbelanjaan pendapatan dan pulangan setiap ringgit yang dilabur bagi setiap bidang usaha yang dijalankan dalam ladangJadual di bawah menunjukkan satu contoh belanjawan lengkap tanaman timun bagi keluasan satu hektar

Belanjawan bidang usaha timun sehektarItem Kuantiti Harga seunit

(RM)Amaun (RM)

PENDAPATAN KASAR 24 000 kg 0.50 12 000.00Kos bahan input(a) Biji benih(b) Baja tahi ayam(c) Baja NPK 12:12:17:2(d) Kapur(e) Racun perosak(f) Platik Silver Shine(g) Kayu penyokong(h) Dawai no.10(i) Dawai no. 18

1.5 kg5 tan

20 beg3 tan

-40 gulung

650 batang3 gulung15 gulung

100.00120.0043.00100.00

-70.002.00

105.0043.00

150.00600.00860.00300.00397.00

2 800.001 300.00315.00645.00

JUMLAH 7 367.00Kos input tenaga hari (th) /RM15.00(a) Penyediaan tanah dan batas(b) Merata dan membaiki batas(c) Menanam(d) Membuat junjung(e) Menyelenggara sistem pengairan(f) Membaja(g) Meracun rumpai(h) Meracung serangga(i) Mmenjalarkan pokok(j) Memungut hasil

Kontrak6 th8 th20 th10 th8 th8 th12 th 6 th50 th

15.0015.0015.0015.0015.0015.0015.0015.0015.00

230.0090.00120.00300.00150.00120.00120.00180.0090.00750.00

JUMLAH 2 150.00Kos tetap(a) Cukai tanah(b) Susut nilai sistem pengairan RM120.00/tahun

15.00120.00

JUMLAH 135.00JUMLAH KOSKOS LUAR JANGKA (10%)JUMLAH PERBELANJAAN (7 367.00 + 2 150.00 + 135.00 + 965.20 )KEUNTUNGAN (RM 12 000.00 – 10 617.20)PULANGAN SETIAP RINGGIT DILABUR = 12 000.00 = 1.13 10 617.20

9 652.00 965.20 10 617.20 1 382.80

Oleh itu, bidang usaha yang meberi pulangan setiap ringgit dilabur yang lebih tinggi wajar dipilih.Belanjawan separa digunakan untuk membuat keputusan terhadap satu perubahan kecil pada bidang usaha. Contoh dalam bidang usaha timun, pengusaha ingin menukar penggunaan dawai no. 18 kepada tali raffia.

Item Kuantiti Harga seunit RM(a) Dawai no. 18 3 gulung RM 105.00 315.00(b) Tali rafia 10 gulung RM 4.50 45.00

PERBEZAAN 270.00

Daripada jadual di atas didapati penggunaan tali rafia lebih menguntungkan kerana dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM 270.00. Walau bagaimanapun dawai no.18 boleh digunakan selama enam kali penanaman tetapi tali rafaia terhad kepada satu atau dua kali penanaman sahaja.

2.2.2 Rancangan Operasi LadangSebelum melaksanakan bidangusaha, rancangan operasi ladang hendaklah dibuat dahulu. Rancangan operasi ladang meliputi penyediaan pelan susun atur ladang, jadual kerja dan format rekod berkaitan.

Pelan susun atur ladang

Page 29: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

29

Pelan susun atur ladang ialah satu lakaran untuk menggambarkan kedudukan bagunan, kawasan tanaman dan infrastruktur lain di ladang. Susun atur ladang ditentukan berdasarkan lokasi, keperluan dan pengendalian trafik.

Menyediakan jadual kerjaJadual kerja ialah satu bentuk panduan melaksanakan kerja mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Jadual kerja mengandungi maklumat jenis kerja, tarikh mula, tarikh tamat, tindakan dan catatan.

Menyediakan format rekod berkaitanPeladang perlu menyediakan rekod fizikal dan kewangan untuk mengawal operasi ladangnya. Penyediaan rekod ladang berguna untuk : Merancang susunan ladang pada masa hadapan Rekod, input, penggunaan tenaga buruh dan hasil pengeluaran beguna untuk peladang menyesuaikan sesuatu bidang usaha, mengurus tanah dan penjadualan kerja dengan lebih cekap. Petunjuk kemajuan ladang Prestadi ladang dapat dikesan daripada data rekod ladang dan peladang dapat mengenal pasti kelemahan atau kekuatan yang terdapat dalam pengfurusan operasi ladangnya. Sokongan mendapatkan pinjaman Peladang yang ingin membesarkan saiz operasi aldangnya mungkin memerlukan pinjaman daripada institusi kewangan. Semasa mengemukakan permohonan pinjaman, butiran daripada rekod fizikal dan kewangan akan diteliti oleh institusi kewangan bagi mengetahui prestasi sebenar ladang tersebut.

REKOD LADANG

REKOD FIZIKAL REKOD KEWANGAN

Rekod Tanaman

Rekod Ternakan Rekod Pendapatan

Rekod Tenaga Buruh Rekod Perbelanjaan

Rekod Hasil Ladang

Page 30: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

30

Rekod fizikal ialah catatan tentang barangan dan perkhidmatan yang digunakan untuk pengeluaran sesuatu hasil ladang. Rekod fizikal mencatatkan segala operasi ladang yang tidak melibatkan kewangan. Rekod fizikal terbahagi kepada rekod tanaman, rekod ternakan, rekod tenaga buruh dan rekod hasil ladang.Rekod kewangan yang perlu disediakan oleh peladang ialah rekod pendapatan dan rekod perbelanjaan.Jadual di bawah menunjukkan contoh format rekod fizikal dan contoh format rekod kewangan.

Contoh format rekod fizikal – rekod tanamanTARIKH ITEM KUANTITI HARGA CATATAM

Contoh format rekod harian ayam pedagingBaka : No. Reban :Tarikh Memasukan ayam : Bil. Masuk :

Hari

Bilangan Pemberian makanan (kg) Pengeluaran NotaMati Takai Baki Jumlah Purata

SetiapPurata

berat (kg) ekor

NIsbah penukaran makanan

1234567

Contoh format rekod pengeluaran telur

TarikhGred telur Bilangan

pecah/cacatJumlah

A B C D1234567

Contoh firmat rekod kewangan – rekod jualan ternakan

NAMA LADANG :KUMPULAN TERNAKAN :TARIKH MASUK :

TARIKH NO. TAG JANTINA BERAT HARGA PEMBELI CATATAN

Page 31: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

31

BADAN (KG) JUALAN (NAMA DAN ALAMAT)

Contoh format pendapatan atau perbelanjaan

Tarikh Item Kuantiti Harga/unit Jumlah (RM)

Contoh format rekod kewangan – Penyata Jualan dan Belian Tunai

ITEMJAN FEB MAC APRIL MEI JUNRM RM RM RM RM RM

Jualan tunaiBelian tunaiBaki akhir tunai

Merangka rancangan operasi ladang

Melakar pelan susun atur ladang

Menyediakan jadual kerja

Menyediakan format rekod berkaitan2.3 Pelaksanaan Operasi LadangPelaksanaan operasi ladang melibatkan aktiviti pemerolehan sumber pengeluaran, operasi permulaan ladang, pengurusan sumber pengeluaran, mengurus rekod dan memasarkan hasil.

2.3.1 Pemerolehan Sumber PengeluaranSumber pengeluaran terdiri daripada tanah, modal, pekerja dan pengurusan. Sumber pengeluaran yang mencukupi dan berterusan membolehkan sesuatu bidang usaha itu mendapat keuntungan dan menjamin kemandirian bidang usaha.

TanahTanah ialah sumber semulajadi yang terdapat di permukaan bumi, dalam perut bumi atau lautan. Tanah adalah asset tidak alih dan tidak mengalami susut nilai. Nilaian tanah akan berubah berdasarkan lokasi, jenis keggunaan, infrastruktur dan jenis pegangan.Sumber tanah untuk tujuan perladangan boleh diperoleh secara : Memohon tanah kerajaan Membeli tanah bergeran Memajak atau menyewa tanah Membeli ladang yang telah diusahakan

ModalModal ialah wang tunai atau gabungan wang tunai dan asset tetap yang digemblengan untuk membiayai urusniaga atau perladangan. Modal terbahagi kepada modal fizikal dan modal kerja. Modal

Page 32: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

32

fizikal meliputi jentera, bangunan pentadbiran ladang, tanah dan kilang. Modal kerja meliputi wang, bahan mentah dan stok.Modal boleh diperoleh daripada : Simpanan sendiri seperti wang pencen dan wang simpanan Harta pusaka Pinjaman Perkongsian Jualan asset Subsidi kerajaan seperti subsidi baja, benih dan bantuan tanaman.

PekerjaPekerja ialah sekumpulan manusia yang mempunyai keupayaan mental, fizikal dan kemahiran untuk dimanfaatkan bagi proses pengeluaran.

Kategori pekerja

Kategori pekerja Huraian ContohPekerja mahir Pekerja yang telah memperoleh

kelayakan ikhtisas, latihan khusus dan pengalaman yang luas dalam bidang tertentu

Jurutera, pengurus ladang

Pekerja separa mahir Pekerja yang bermobiliti sederhana dan menjalankan tugas mengikut arahan

Juruteknik, mandur

Pekerja tidak mahir Pekerja yang tidak bermobiliti dan melakukan kerja yang mudah

Pemetik buah kelapa sawit, operator traktor empat roda

Sumber pekerja dalam perladangan dapat diperolehi melalui : Tenaga kerja keluarga

Sumber tenaga kerja daripada keluarga sesuai jika saiz ladang yang diusahakan tidak besar. Pekerja upahan

Pekerja upahan boleh didapati daripada pekerja tempatan atau pekerja asing. Sesuai bagi bidang usaha yang bersaiz besar

Kekurangan pekerja boleh diatasi dengan cara : Menambah pekerja upahan bergantung kepada keperluan tugasan Melakukan kerja secara kontrak Menjayakan bidang usaha yang memerlukan kurang tenaga buruh Menggunakan jentera atau mekanisasi.

PengurusanPengurusan melibatkan kerja merancang, mengawal, memimpin dan membuat keputusan. Bidang pengurusan melibatkan pengurusan sumber manusia, kewangan, asset, peralatan, teknologi dan pemasaran.Proses pengurusan merangkumi aktiviti :

Merancang – proses menetapkan matlamat, membuat jangkaan dan membentuk strategi Memimpin – proses membimbing, mendorong dan memberi nasihat untuk mencapai matlamat

yang telah ditentukan. Mengawal – proses memastikan input pengeluaran digunakan dengan efisien. Aktiviti

mengawal dapat dilakukan secara memeriksa rekod kewangan, inventori dan sumber manusia Membuat kepututusan – proses memilih pelbagai alternative yang telah dirancang. Membuat

keputusan yang betul adalah penting bagi menentukan kejayaan sesuatu bidang usaha.

Page 33: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

33

Sumber pengurusan

Bidang pengurusan Sumber pengurusan ContohSumber manusia Pekerja mahir PengurusKewangan Pekerja mahir

Pekerja separa mahirPegawai kewanganKerani kewangan

Aset Pekerja separa mahir Penyelenggara storTeknologi Pekerja separa mahir JuruteknikPemasaran Pekerja mahir Pengurus jualan

2.3.2 Langkah Operasi PermulaanOperasi permulaan melibatkan tiga langkah iaitu :

Menyediakan kawasanPenyediaan kawasan adalah langkah pertama dalam operasi ladang. Proses menyediakan ladang merangkumi kerja membersih, mengukur, merata dan menyediakan tapak.

Membina struktur ladangStruktur ladang terdiri daripada stor simpanan baja, pagar, jalan, jambatan, reban ayam dan kolam air.Faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membina struktur ladang ialah :

Jenis strukturJenis struktur perlu dipertimbangkan sama ada struktur kekal, sementara, konkrit atau kayu.

Susun aturSusun atur melibatkan keperluan dan pengendalian trafik. Contoh bagunan pentadbiran ladang didirikan berhampiran jalan raya utama supaya mudah dihubungi dan memberikan satu pandangan yang menarik.

Menyediakan infrastrukturInfrastruktur ialah kemudahan yang menyokong operasi ladang seperti bekalan elektrik, bekalan air paip dan kemudahan perhubungan komunikasi. Bekalan elektrik diperlukan untuk menjana alat elektrik. Bekalan air paip untuk menyiram tanaman dan nurseri.

2.3.3 Aspek Pengurusan LadangTerdapat empat aspek pengurusan yang perlu diberi perhatian :

PekerjaSemua kumpulan pekerja sama ada kumpulan pengurusan, pentadbiran atau buruh mestilah mempunyai jalinan kerja yang mesra dan berkesan untuk mencapai matlamat organisasi. Pihak pengurusan hendaklah berusaha untuk meningkatkan profesionalisme dan kehendak social pekerja.

JenteraJentera ialah satu alat yang dapat membantu peladang meningkatkan produktiviti, mengurangkan bilangan tenaga buruh dan mencepatkan kerja. Jentera perlu dikendali dan diselenggara dengan betul untuk mengurangkan keroskan. Sebuah jentera hendaklah digunakan sepenuhnya untuk mengelakkan pembaziran kerana kos pembelian jentera yang mahal.

TanamanPengurusan tanaman yang cekap akan meningkatkan hasil dan menambahkan keuntungan ladang. Aspek pengurusan tanaman yang perlu diuruskan ialah :

Kawalan penyakit dan perosak

Page 34: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

34

Tanaman perlu dikawal daripada penyakit dan perosak dengan menggunakan pelbagai kaedah kawalan .

PembajaanBaja perlu diberikan kepada tanaman mengikut aturan dan sukatan yang betul

Kawalan rumpaiRumpai perlu dikawal untuk mengurangkan persaingan mendapatkan baja dan tempat pembiakan serangga perosak. Rumpai boleh dikawal menggunakan herbisid atau ditebas.

Mengadakan pengairan dan saliranPengairan diperlukan untuk menyirami tanaman dan saliran diperlukan untuk mengurangkan air yang bertakung dalam kawasan tanaman.

Pengutipan hasilPengutipan hasil perlu dijalankan mengikut tempoh kematangan sesuatu tanaman.

TernakanAspek yang perlu diberi perhatian ialah :

Pemberian makanan dan minumanMakanan yang diberi mestilah mengikut catuan makanan seimbang dan bekalan air bersih yang mencukupi

Rawatan dan pencegahan penyakitProgram pemvaksinan, pemberian antibiotik, penakaian dan amalan sanitasi perlu dijalankan untuk merawat atau mencegah penyakit.

Penggunaan baka yang baikBaka yang baik akan memberi pulangan yang tinggi di samping mengurangkan kos pengurusan

Perumahan yang sesuaiPerumahan sangat penting untuk tempat berteduh, tempat memberi makan dan rawatan.

Pengutipan hasilPengutipan hasil seperti telur dan susu perlu dilakukan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang segar dan berkualiti.

2.3.4 Rekod PengurusanRekod pengurusan ialah catatan berkaitan aktiviti mengurus asset, sumber manusia, kewangan, peralatan, teknologi dan pemasaran. Kesemua catatan ini dicatatkan dalam rekod fizikal dan rekod kewangan.Rekod pengurusan membantu pengusaha dalam pelbagai aspek seperti :

Merancang masa depan ladangData terdahulu mengenai kadar hasil, amalan perladangan, kuantiti input yang digunakan dan harga hasil membantu merancang ladang pada masa hadap[an

Mengira pendapatan bersihRekod mengenai input fizikal, buruh, pengeluaran dan jualan boleh meramalkan pendapatan bersih ladang

Mengubahsuai ladangRekod fizikal dan kewangan boleh digunakan untuk mengesan sebarang masalah dan kelemahan bidang usaha. Jika didapati bidang usaha tidak menguntungkan, pengubahsuaian bidang usaha dapat dibuat dengan berkesan.

Rekod fizikalRekod fizikal ialah catatan input pengeluaran, kelengkapan ladang dan penggunaan buruh. Rekod fizikal yang perlu disediakan oleh peladang meliputi modal kerja, rekod modal tetap tanaman, ternakan, tenaga buruh dan hasil ladang. Tujuan setiap rekod disimpan ialah bagi membantu peladang meningkatkan keuntungan dan pengeluaran.

Page 35: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

35

Contoh rekod fizikal pengeluaran ayam pedaging

Umur Berat badan mingguan

(gm)

Kenaian berat badan mingguan

(gm)

Makanan yang dimakan

mingguan(gm)

Penambahan makanan mingguan

(gm)

Nisbah penukaran makanan mingguan

(gm)1 120 80 151 151 1.262 320 200 309 460 1.443 545 225 400 860 1.584 920 375 703 1563 1.705 1295 375 837 2400 1.856 1670 375 850 3250 1.957 1970 300 887 4137 2.108 2270 300 925 5062 2.23

Contoh rekod fizikal – penggunaan tenaga buruh

Tarikh Jenis kerja Bil Tenaga Buruh Bil Hari Bekerja Kadar upah (RM/tenaga hari)

Kos(RM)

16.4.2004 Penyediaan tanah dan batas (kontrak)

- - - 230.00

17.4.2004 Merata dan membaiki batas

3 2 15.00 90.00

19.4.2004 Menanam 4 2 15.00 120.0021.4.2004 Membuat

junjung5 4 15.00 300.00

25.4.2004 Membaja 5 2 15.00 150.0027.4.2004 Memungut

hasil5 10 15.00 750.00

Page 36: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

36

3.1 MEKANISASI LADANG

Hasil Pembelajaran :Setelah mempelajari topik ini, murid akan dapat :

Menyatakan pengertian mekanisasi ladang Menyatakan dan menerangkan faedah-faedah mekanisasi ladang Menghuraikan faktor yang perlu dipertimbangkan dalam penggunaan mekanisasi ladang Menghuraikan penggunaan mekanisasi ladang dalam aktiviti tanaman dan ternakan Mengenal pasti dan membandingbeza jenis sistem pengairan titisan dengan pengairan

percikan. Memasang dan menyelenggara sistem pengairan titisan dan percikan.

PengenalanPenggunaan cangkul dan pembajak yang ditarik dengan kerbau merupakan evolusi mekanisasi dalam kerja perladangan. Pada hari ini manusia menggunakan traktor, jentera dan pelbagai mesin canggih untuk membantu membuat kerja perladangan.Mekanisasi ladang ialah penggunaan jentera atau mesin untuk membantu melakukan kerja perladangan seperti pemugaran tanah, pengawalan perosak dan rumpai, pembajaan dan pemungutan hasil.

3.1.1 Faedah Mekanisasi LadangFaedah yang boleh didapati dengan menggunakan mekanisasi ladang adalah seperti berikut :

a. Menjimatkan masab. Menjimatkan tenaga pekerjac. Menghasilkan kerja dengan lebih berkesand. Menepati masae. Memudahkan kerja

Menjimatkan masaApabila mekanisasi digunakan dalam pertanian, jam bekerja dapat dikurangkan. Seorang buruh yang bekerja tanpa mikanisasi, mungkin mengambil masa selama empat jam untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Melalui penggunaan jentera, tugasan tersebut dapat disiapkan kurang daripada empat jam dan buruh tersebut telah menjimatkan masa.

Menjimatkan tenaga pekerjaJika sesuatu beban tugas disempurnakan secara insani, bilangan tenaga kerja yang diperlukan lebih tinggi berbanding menggunakan mekanisasi.

Page 37: BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN · PDF filemenghidapi gangguan sistem pernafasan. ... Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini ... Ayam

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

37

Menghasilkan kerja dengan lebih berkesan Penggunaan mikanisasi dapat menghasilkan kerja dengan lebih berksan seperti gemburan tanah, penyiraman dan penanaman. Apabila sistem pengairan percikan digunakan untuk menyirami tanaman, kadar siraman adalah lebih sekata berbanding dengan menggunakan tenaga manusia.

Menetapi masaPeladang perlu menepati masa supaya tanaman sesuai dengan musim dan cuaca. Pengeluaran yang dihasilkan dalam amsa yang ditetapkan juga dapat mengelakkan kerugian dan kerosakan. Dengan penggunaan mekanisasi segala kerja dapat dirancang dan dijalan dalam masa yang telah dijadualkan.

Memudahkan kerjaPenggunaan mekanisasi akan mengurangkan beban dan seksa kerja. Contohnya kerja-kerja pemugaran tanah boleh dipermudahkan dengan menggunakan bajak putar.

3.1.2 Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Dalam Penggunaan Mekanisasi LadangFaktor yang perlu dipertimbangkan oleh peladang dalam penggunaan mekanisasi ladang adalah seperti berikut:

a. Fizikal tanahb. Kosc. Teknikal

Fizikal tanahFizikal tanah meliputi topografi, keluasan tanah dan jenis tanah