bab 1 1.1.pdf

1

Click here to load reader

Upload: lim-kai-yee

Post on 26-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1 1.1.pdf

www.sagadbl.com Nota SainsTingkatan 2 CREATED BY : CIKGU IRWAN

Bab 1 – Dunia Melalui Deria Kita

CIKGU IRWAN@2013 Page 1

2.1 Organ Deria dan Fungsinya

• Manusia mempunyai lima organ deria utama iaitu, kulit, hidung, lidah, telinga dan mata.

• Organ-organ deria berfungsi untuk mengesan rangsangan (stimuli), yang merupakan

perubahan di sekeliling kita.

• Sebagai contoh, kita menggunakan kulit sebagai deria sentuhan, hidung sebagai deria

bau, lidah sebagai deria rasa, telinga sebagai deria pendengaran dan mata sebagai deria

penglihatan.

• Rangsangan (stimulus) ialah perubahan yang terhasil oleh sumber-sumber tertentu dan ia

boleh menyebabkan organ-organ deria untuk bertindak balas kepadanya.

• Contoh rangsangan yang boleh dikesan oleh manusia ialah - sentuhan, tekanan, sakit,

sejuk, haba, bahan kimia, bunyi dan cahaya.

• Setiap satu daripada organ deria kita sensitif terhadap hanya satu jenis rangsangan.

• Semua organ-organ deria yang lengkap dengan penerima / reseptor deria (sensory

receptors) iaitu hujung saraf (nerve endings), yang boleh mengesan rangsangan.

Organ deria Jenis deria Ransangan dikesan

Kulit Sentuhan Sentuh, tekanan, sakit,

sejuk & panas

Hidung Bau Bahan-bahan kimia

Lidah Rasa Kimia

Telinga Pendengaran &

keseimbangan

Bunyi

Mata Penglihatan Cahaya

RANGSANGAN RESEPTOR SARAF OTAK