bab 08_kerja luar

7
BAB 8 : KERJA LUAR 8.1 PENGENALAN Kerja luar merupakan kerja-kerja pembinaan seperti longkang, jalan raya, bekalan elektrik, pagar, lanskap dan sebagainya. Kerja-kerja ini dilakukan setelah kerja-kerja melepa dan mengecat siap dibuat. 8.2 PEMBINAAN PERPARITAN Pembinaan perparitan amat penting dalam sesebuah pembinaan perumahan yang bertujuan untuk mengalirkan air bagi mengelakkan daripada berlakunya banjir. Sistem perparitan seharusnya dibina dengan sempurna dan mengikut piawai yang betul kerana sistem perparitan yang tidak sempurna akan menyebabkan pelbagai masalah. Sistem perparitan yang baik adalah perparitan yang dapat mengawal banjir secara ekonomik dan efektif. Terdapat beberapa jenis perparitan yang digunakan iaitu :- a) Parit Tanah :- Parit tanah merupakan saliran sementara dan memerlukan penyelenggaraan yang kerap. Kos pembinaan adalah rendah jika dibandingkan dengan jenis yang lain.

Upload: hafiz-nurahim

Post on 09-Feb-2016

209 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 08_Kerja Luar

BAB 8 : KERJA LUAR

8.1 PENGENALAN

Kerja luar merupakan kerja-kerja pembinaan seperti longkang, jalan raya,

bekalan elektrik, pagar, lanskap dan sebagainya. Kerja-kerja ini dilakukan setelah

kerja-kerja melepa dan mengecat siap dibuat.

8.2 PEMBINAAN PERPARITAN

Pembinaan perparitan amat penting dalam sesebuah pembinaan perumahan

yang bertujuan untuk mengalirkan air bagi mengelakkan daripada berlakunya banjir.

Sistem perparitan seharusnya dibina dengan sempurna dan mengikut piawai yang

betul kerana sistem perparitan yang tidak sempurna akan menyebabkan pelbagai

masalah. Sistem perparitan yang baik adalah perparitan yang dapat mengawal

banjir secara ekonomik dan efektif. Terdapat beberapa jenis perparitan yang

digunakan iaitu :-

a) Parit Tanah :-

Parit tanah merupakan saliran sementara dan memerlukan penyelenggaraan

yang kerap. Kos pembinaan adalah rendah jika dibandingkan dengan jenis

yang lain.

Page 2: Bab 08_Kerja Luar

b) Longkang Konkrit Tuang Dulu:-

Longkang jenis ini digunakan dengan meluasnya. Kos pembinaannya adalah

sederhana kerana ia hanya memerlukan penyelenggaraan yang minima, jika

direkabentuk dengan sempurna.

c) Longkang Konkrit Tuang Disitu:-

Jenis ini biasanya digunakan di mana pemendapan yang tidak setara

dijangka akan berlaku seperti longkang di atas cerun tambun

d) Longkang Batu Rubble:-

Longkang ini dibina dari blok - blok batu dan juga berfungsi sebagai dinding

penahan.

e) Longkang Bertingkat:-

Longkang ini dibina di mana cerun tanah adalah agak curam. Pehatian khas

hendaklah diberikan kepada sambungan dan tapak longkang ini. Kuasa

hakisan air adalah sangat kuat dan tidak harus di pandang mudah.

8.3 PEMBINAAN LONGKANG KONKRIT PRA-TUANG

Dalam pembinaan longkang ini, minyak akan disapu pada

permukaan acuan longkang jenis keluli terlebih dahulu dengan

menggunakan ‘roler pengecat’ sebelum penempatan dawai BRC dijalankan

di dalam acuan

Rajah 8.3.1 : Konkrit dimasukkan ke dalam acuan.

Page 3: Bab 08_Kerja Luar

Seterusnya konkrit akan dimasukkan dan dipadat dengan

menggunakan rod pemadat. Tujuannya adalah untuk mengelakkan daripada

berlakunya ‘honey comb’ pada konkrit tersebut. Konkrit dibiarkan mengering

mengikut masa yang dikehendaki. Apabila konkrit mengering di dalam

acuan, kerja penanggalan acuan dijalankan bagi dan seterusnya dibawa ke

tapak untuk kerja pemasangan longkang.

Rajah 8.3.2 : Kerja pemadatan konkrit menngunakan rod keluli.

Rajah 8.3.3 : Longkang konkrit pratuang.

Page 4: Bab 08_Kerja Luar

8.4 PEMASANGAN LONGKANG

Sebelum kerja pemasangan longkang dapat dijalankan, pihak yang

terlibat perlu memastikan mutu longkang yang hendak dipasang mengikut

jenis, saiz dan dimensi yang telah ditentukan.

Rajah 8.4.1 : Perparitan yang telah digali

Perparitan digali pada kedalaman 150mm kurang dari yang

dikehendaki. Bakinya akan digali sebelum lapisan kedap dibina. Pengalas

konkrit atau lapis kedap perlulah dibina dengan sempurna mengikut cerun

yang telah ditetapkan. Sambungan-sambungan perlulah dibuat lurus dan

selari supaya pengaliran air tidak terganggu atau tersekat.

Rajah 8.4.2 : Penempatan paip pada celah bata

Ruang-ruang di celah longkang akan diletakkan simen mortar dengan

menggunakan sudip. Sebelum itu, ia hendaklah dimampatkan dengan

sempurna supaya hakisan dan pemendapan tanah dapat dikurangkan.

Page 5: Bab 08_Kerja Luar

Pembinaan dinding penahan dijalankan selepas itu bertujuan untuk mengelakkan

daripada berlakunya tanah runtuh. Tapak akan dibina bersebelahan dengan

longkang pada ketebalan 100mm dan lebarnya 225mm menggunakan konkrit yang

bernisbah 1:3:6.

Susunan bata di atas tapak dijalankan pada ketinggian tidak kurang

daripada 300mm. Paip PVC yang berdiameter 75mm akan ditempatkan

pada celahan bata seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah. Paip yang

dibina bertujuan untuk mengalirkan air di bawah permukaan tanah dimana

jarak antara setiap paip ialah lebih kurang 3000mm. Seterusnya, permukaan

sebelah dalam akan dilepa pada ketebalan 19mm.

Rajah 8.4.3 : Kerja melepa dinding penahan dilakukan.

Page 6: Bab 08_Kerja Luar

8.5 PEMBINAAN JALAN

Lapisan tanah asal akan diratakan terlebih dahulu. Lapisan tanah asal ini

dikenali sebagai lapisan subgred. Selepas mencapai aras formasi yang

dikehendaki, lapisan subgred akan dikamberkan (dicerunkan). Kamber merupakan

cerun lintang yang landai pada permukaan dan bahu jalan. Tujuannya adalah untuk

mengalirkan air larian permukaan ke parit jalan. Nisbah kamber yang digunakan

bagi permukaan jalan yang lurus adalah 1:40.

Lapisan subtapak akan dibina di mana ia melibatkan proses meratakan lapisan

pasir di atas subgred setebal 50mm dan dikamberkan. Kemudian, lapisan tapak

pula akan disediakan pada ketebalan 300mm di atas lapisan subtapak. Lapisan ini

dibina menggunakan crusher-run dan lapisan ini akan dikamberkan.

Rajah 8.5.1 : Pembinaan lapisan subgred.

Penyediaan lapisan permukaan di atas lapisan tapak dijalankan selepas

itu dimana lapisan permukaan terdiri daripada dua lapisan iaitu lapisan

pengikat dan lapisan haus. Lapisan pengikat dibina pada ketebalan 60mm

dengan menyembur salut perdana dimana terdiri daripada bitumen emulsi

yang lambat membeku. Ia berfungsi untuk mengikat lapisan batu baur tapak

di samping sebagai lapisan kalis air. Salut perdana akan dibiarkan selama

24 jam untuk memastikan bitumen meresap dan mengikat batu baur lapisan

tapak.

Page 7: Bab 08_Kerja Luar

Setelah selesai penyediaan lapisan pengikat, lapisan haus mula dibina.

Salut jelujur akan disemburkan di atas lapisan pengikat. Salut jelujur terdiri

daripada bitumen emulsi yang cepat membeku. Kemudian, kerja pemadatan

akan dilakukan dengan suhu antara 110°C hingga 135°C. Lapisan haus

dibina pada ketebalan 40mm.

Rajah 8.5.2 : Proses meratakan lapisan subgred

8.5 KOMEN DAN CADANGAN

Secara keseluruhannya, pekerja binaan dapat melaksanakan kerja tanpa

berlakunya sebarang kemalangan. Walaubagaimanapun, pemakaian topi

keselamatan perlu diaplikasikan dalam kerja pembinaan bagi mengelakkan

sebarang kemungkin yang akan berlaku.