b04 cadangan penambahbaikan

2
B04 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Melalui refleksi daripada internship ini, beberapa cadangan perlu dibuat untuk memperbaiki dan meningkatkan penggunaan modul ini. Antara cadangan tersebut adalah seperti berikut: 1. Membuat penambahbaikan terhadap modul ini dari semasa ke semasa dan melengkapkan lagi modul ini dengan grafik yang lebih menarik, kreatif dan mempelbagaikan bentuk latihan seperti peta minda, aktiviti memadankan dan lain- lain lagi. 2. Memberi motivasi kepada murid-murid yang menggunakan modul ini dengan menyediakan hadiah atau insentif menarik bagi yang mendapat markah penuh/ tertinggi/ melepasi target dalam setiap set latihan yang diberi. 3. Saya berharap agar kajian akan datang penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dapat digunakan sebagai alat intervensi. 4. Membawa ke Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu dan membincangkan penggunaan modul ini secara rasmi untuk digunapakai oleh semua murid tahap 2 di sekolah saya. 5. Membahagikan tugas kepada guru-guru lain untuk menambah set latihan bagi modul supaya dapat dibukukan untuk manfaat bersama. Secara keseluruhan, kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian murid semakin baik walaupun bukan 100%. Namun begitu, usaha diteruskan agar murid mahir sehingga mereka boleh membuat ulasan berkaitan nilai murni dengan gramatis semasa UPSR nanti. Saya juga akan 1

Upload: michael-reed

Post on 27-Sep-2015

27 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

B04 CADANGAN PENAMBAHBAIKANMelalui refleksi daripada internship ini, beberapa cadangan perlu dibuat untuk memperbaiki dan meningkatkan penggunaan modul ini. Antara cadangan tersebut adalah seperti berikut:1. Membuat penambahbaikan terhadap modul ini dari semasa ke semasa dan melengkapkan lagi modul ini dengan grafik yang lebih menarik, kreatif dan mempelbagaikanbentuk latihan seperti peta minda, aktiviti memadankan dan lain-lain lagi.2. Memberi motivasi kepada murid-murid yang menggunakan modul ini dengan menyediakan hadiah atau insentif menarik bagi yang mendapat markah penuh/ tertinggi/ melepasi target dalam setiap set latihan yang diberi.3. Saya berharap agar kajian akan datang penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dapat digunakan sebagai alat intervensi.4. Membawa ke MesyuaratPanitia Bahasa Melayu dan membincangkan penggunaan modulinisecara rasmi untuk digunapakai oleh semua murid tahap 2 di sekolah saya.5. Membahagikan tugas kepada guru-guru lain untuk menambah set latihan bagi modul supaya dapat dibukukan untuk manfaat bersama.Secara keseluruhan, kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian murid semakin baik walaupun bukan 100%. Namun begitu, usaha diteruskan agar murid mahir sehingga mereka boleh membuat ulasan berkaitan nilai murni dengan gramatis semasa UPSR nanti. Saya juga akan menggunakan pendekatan ini untuk membimbing murid dalam penulisan bahagian B. Ini kerana langkah dan caranya sama iaitu untuk membina ayat dengan baik dan gramatis. Saya berharap hasil kajian saya ini boleh diguna pakai akan memberi manfaat kepada murid untuk meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya Penulisan.Kajian ini juga diharapkan dapat memberikan kepekaan dan rangsangan kepada pihak sekolah dan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah saya. Semoga hasil kajian ini dapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Sebagai guru, kita seharusnya peka dengan masalah dan keperluan murid dan bertanggungjawab menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi. Kepentingan dalam membantu dan mendidik murid supaya menjadi lebih baik adalah satu kemestian dan amanah. Kita juga haruslah mempunyai ilmu pendidikan yang kreatif dan inovatif bagi menjayakan hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

1

1