ayat

Upload: chen-peck-lian

Post on 01-Mar-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ayat

TRANSCRIPT

AYAT

AYAT- Ayat mengandungi unsur klausa, manakala klausa terbentuk daripada unsur frasa, dan frasa pula terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan.

- Jadi ayat terletak pada peringkat susunan yang tertinggi dalam tatabahasa, manakala perkataan pula terletak pada peringkat susunan yang paling bawah.

Ayat- Anak orang itu sedang tidur.

Klausa anak orang itu sedang tidur

Frasa anak orang itu / sedang tidur

Perkataan anak / orang / itu / sedang / tidurAyat juga unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonansi yang sempurna.

Setiap bahasa mempunyai jumlah ayat yang tidak terhad bilangannya Ayat lazimnya terdiri daripada sekumpulan perkataan yang membawa makna.

Ayat juga mengandungi dua bahagian, iaitu subjek dan predikat

Subjek terdiri daripada perkataan nama, gantinama, kata kerja dan kata sifat. Subjek adalah mengenai sesuatu hal manakala predikat adalah perihal atau cerita mengenai subjek.

Binaan ayat boleh terdiri daripada:-A. ayat selapis - ayat mudah yang terbentuk subjek nama dan predikat yang boleh terdiri daripada nama,sifat,rangkaikata.

B. ayat berlapis ayat gabungan yang terdiri daripada dua atau lebih ayat selapis dengan menggunakan kata sendi.

C. ayat berkait ayat yang subjeknya atau predikatnya mengandungi ayat kecil.Ayat kecil berfungsi menerangkan perkataan yang menjadi subjek atau predikat setelah dikaitkan dengan kata sendi.Pada umumnya,ayat berkait boleh dibahagikan kepada dua jenis:-

a. Ayat berkait dengan ayat kecilnya menjadi keterangan.b. Ayat berkait dengan ayat kecilnya berfungsi sebagai subjek. Contoh ayat selapis atau ayat mudah:-1. Mereka sedang makan nasi goreng.2. Sekolah itu sangat cantik.3. Budak itu sangat gemuk.4. Rumah itu telah roboh.5. Adik suka makan buah jambu.

Contoh ayat berlapis:-a. Pola yang subjeknya sama, tetapi berlainan predikat:-

i.Sabrilah mengajar dan membimbing saya.ii.Budak itu kecil tetapi berani menjawab soalan.

b. Pola yang predikatnya sama tetapi subjeknya berlainan:-

i. Menyelidik dan menghebahkannya adalah tugas seorang saintis.ii. Sama ada dia atau Sudin mesti bertanggungjawab terhadap pembayaran balik kerugian ini.

Contoh ayat berkait:-a. keterangan subjek:-

Ayat berkait jenis ini mengandungi ayat kecil yang menerangkan subjek kepada ayat itu setelah dikaitkan.Ayat kecil dalam ayat ini boleh mengambil gantinama hubungan yang untuk berfungsi sebagai pengait antara subjek dan ayat kecil yang memberi keterangan kepada subjek.Contoh ayat:-

i.Buah rambutan yang kita petik kelmarin telah habis dimakan.ii.Harimau ganas yang kita buru tempoh hari telah masuk hutan semula.Contoh ayat berkait:-b.keterangan predikat:-

Ayat berkait jenis ini mengandungi ayat kecil yang menerangkan predikat setelah dikaitkan. Ayat kecil jenis ini juga menjadi unsur atau pelengkap makna kepada ayat berkait tersebut. Ia bergantung kepada ayat yang dilengkapkan. Ayat kecil ini mesti mengambil salah satu daripada kata sendi penambat seperti jika,kalau,kerana,sebab dan lain-lain lagi.Contoh ayat:-

i. Sungguhpun dia seorang yang kaya, dia tidak pernah mendermakan wangnya.ii.Kamu akan terlepas bas, kalau kamu tidak bertolak sekarang juga.Jenis ayat pula terdiri daripada:-A. ayat penyata

B. ayat tanya

C. ayat arahan

D. ayat seruanKlausa-Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat.-Sebagai konstituen dalam pembentukan ayat, klausa terbahagi kepada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.-Klausa bebas dapat berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila dilafazkan dengan intonansi yang sempurna.Contoh:-i.kamu pandaiii.saya akan hadiriii.mereka mogokKlausa-Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak boleh berdiri sendiri. -Dalam ayat yang mengandungi klausa bebas dan tak bebas, klausa bebas disebut klausa utama.-Klausa tak bebas disebut klausa kecilFrasa-Unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.-Frasa berbeza daripada klausa kerana binaan frasa boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat, dan dalam suatu susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri.Contoh:-i.Burung merpati terbang melayang.ii.Anak kecil itu sedang tidur.iii. Polis memburu penjenayah di hutan rimba itu.Perkataan-Jikalau konstituen klausa ialah frasa, maka konstituen frasa ialah perkataan.-Perkataan boleh ditakrifkan sebagai bentuk bebas yang terkecil yang boleh berdiri sendiri dan binaannya tidak boleh dibahagikan atau dipisahkan kepada bentuk tatabahasa yang lebih kecil.-Sebagai contoh, bentuk seperti baju,orang,negeri,mana,dia dan itu masing-masing merupakan bentuk perkataan oleh sebab sifatnya sebagai bentuk tatabahasa yang bebas dan terkecil serta mengandungi erti.

Binaan AyatAyat-ayat dalam bahasa Melayu mempunyai binaan dan pola yang tersendiri.

Pada dasarnya, sesuatu ayat mesti mempunyai dua bahagian yang dikenali sebagai subjek dan predikat.

Ayat mungkin terdiri daripada dua perkataan sahaja manakala pada masa yang sama terdapat ayat yang berlapis-lapis.Ayat DasarAyat dasar ialah ayat pokok atau ayat inti yang terbentuk daripada unsur-unsur penting yang wajib ada dan tidak mengandungi sebarang keterangan di dalamnya.

Setiap ayat dasar mesti mengandungi satu subjek dan satu predikat. Subjek sesuatu ayat boleh terdiri daripada jenis nama , gantinama, kata sifat dan kata kerja.

Kata sifat dan kata kerja yang berfungsi sebagai subjek ini memainkan peranan sebagai nama.Contoh:-a. Dia / menangis.

b. Melukis / hobinya.

c. Bercerita / kerjanya.

d. Gadis itu / Melayu.POLA AYATBahasa Melayu mempunyai pola-pola ayat tersendiri.Ayat-ayat dalam bahasa Melayu mempunyai pelbagai bentuk.Ayat-ayat itu boleh berbentuk ayat-ayat mudah, yang merupakan ayat dasar yang terdiri dari satu perkataan yang merupakan subjek dan satu perkataan lagi yang membentuk predikat.Ayat-ayat jenis ini dikenali sebagai ayat selapis.Ayat-ayat yang lebih panjang dikenali sebagai ayat berlapis atau ayat majmuk.Kita akan melihat pola-pola ayat yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Pola 1- Frasa Nama+Frasa NamaBinaan ayat-ayat dengan pola itu terdiri daripada frasa nama sebagai subjek dan frasa nama nama sebagai predikat.Contoh:1.Dia guru2.Ahmad guru pelatih.3.Itu hospital.4.Budak-budak itu anak Pak Mat.5.Yang ini saudaranya.Pola 2- Frasa Nama+Frasa KerjaAyat-ayat dengan pola ini mengandungi frasa nama sebagai subjek dan frasa kerja sebagai predikat.Contoh:1.Orang itu mesti berehat.2.Juliet ingin menjadi guru.3.Mutu sedang menendang bola.4.Guru-guru pelatih menyanyikan kami sebuah lagu.5.Murid-murid bermain di padang.Pola 3-Frasa Nama+Frasa AdjektifPola 3 terdiri daripada frasa nama sebagai subjek dan frasa adjektif sebagai unsur predikat.Frasa adjektif boleh mengandungi kata bantu dan kata penguat.Contoh:1.Buku itu tebal.2.Anaknya sudah sihat.3.Pelajar itu amat bijak.4.Gadis itu cantik sungguh.5.Air dalam kolam sangat sejuk.Pola 4-Frasa Nama+Frasa Sendi NamaPola 4 ini terdiri daripada binaan frasa nama yang bercantum dengan frasa sendi nama.Frasa sendi nama ini berfungsi sebagai predikat ayat.Contoh:1.Surat ini dari sabah.2.Mereka ke sekolah.3.Kertas itu di dalam laci.4.Wang saya di bank.5.Pujian itu daripada mereka.tqJenis-jenis AyatBerdasarkan maknanya, ayat boleh dibahagikan kepada empat jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.Ayat PenyataAyat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sesuatu pernyataan atau memberi keterangan sesuatu hal, biasanya diakhiri dengan tanda noktah(.)Contoh:1.Ah Seng sedang tidur.2.Emaknya guru.3.Dia di kedai buku.Ayat TanyaAyat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanya seseorang atau untuk menanyakan sesuatu.Berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya boleh digolongkan kepada dua jenis, iaitu:-i. Ayat tanya kata tanyaa.Dia terkejut?b.Madu ini masam?c. Dia ke masjidkah?d.Kamukah yang menconteng buku itu?ii.Ayat tanya dengan kata tanyaa.Itu apa?b.Orang itu siapa?c.Ibu bapa awak mana?d.Bilakah kita hendak bertolak ke Thailand?Ayat PerintahAyat perintah ialah ayat digunakan untuk menyuruh atau memerintah seseorang supaya berbuat sesuatu atau melakukan sesuatu.Berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu:-A. Ayat suruhanAyat suruhan merupakan ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau suruhan. Subjek yang berupa ganti nama kedua seperti anak, kamu, engkau dan lain-lain lagi lazimnya digugurkan.Contoh:-1.Tembak anjing gila itu.2.Pergi dari sin!3.Basuh pinggan mangkuk! B.Ayat laranganAyat larangan sering menggunakan kata-kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan maksud menegah atau melarang seseorang melakukan sesuatu.Contoh:-1. Jangan memandai-mandai!2.Usah dikenang peristiwa lalu.3. Tak usah kau datang lagi.C.Ayat silaanAyat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti jemput, mari, sila dan sebagainya dengan maksud mempersilakan atau menjemput seseorang.Contoh:-1.Jemput makan.2.Mari masuk.3.Sila duduk.D.Ayat permintaanAyat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata-kata permintaan seperti minta atau tolong dengan maksud memohon bantuan atau meminta suatu.Contoh:-1.Minta murid-murid semua bertenang.2.Tolong angkat sampah ini.3.Tolong tutup pintu depan.Ayat seruanAyat seruan ialah ayat yang disertai kata seru seperti ah, amboi, cis, adoi, syabas, wah, nah dan lain-lain serta diakhiri tanda seru(!)apabila dituliskan.Contoh:1.Amboi, cantik betul!2.Cis, terimalah tikaman aku ini!3.Syabas, engkau telah berjaya!4.Wah, besar sungguh keretamu!TQ