ayat songsang

19

Click here to load reader

Upload: husna-sofiy

Post on 18-Dec-2015

127 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

spm

TRANSCRIPT

  • Ayat Susunan Biasa dan Ayat SongsangBahasa MelayuTAABAHASA

    RPS

  • Pecahan Tajuk

    Ayat susunan biasa Ayat susunan songsang Jenis-jenis ayat susunan songsang Latihan pengukuhan

    RPS

  • Susunan AyatAyat tunggal dibina oleh dua konstituen:SubjekPredikat

    Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan: i) susunan biasa ii) sussunan songsang

    RPS

  • Ayat Susunan BiasaAyat susunan biasa bagi ayat tunggal, kedudukan subjek adalah di hadapan predikat.

    RPS

  • Contoh Ayat Susunan Biasa

    RPS

  • Ayat Susunan SongsangAyat susunan songsang ialah ayat yang telah melalui proses pendepanan predikat.

    Unsur yang dikedepankan itulah yang hendak diberi penegasan

    RPS

  • 2 jenis pedepanan predikat1. Pendepanan seluruh predikat

    2. Pendepanan sebahagian daripada predikat

    RPS

  • 1. Pendepanan Seluruh PredikatSeluruh predikat dalam ayat dibawa ke hadapan mendahului subjek.

    RPS

  • Contoh : Pendepanan Seluruh Predikat

    RPS

  • 2. Pendepanan Sebahagian PredikatPredikat boleh mengalami pendepanansecara berasingan:

    Pendepanan frasa kerjaPendepanan frasa adjektifPendepanan frasa sendi nama

    RPS

  • a) Pendepanan frasa kerjaPendepanan kata kerja sahaja:

    i) Kanak-kanak itu berkejar-kejaran di padang. Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang.

    ii) Ayah bekerja setiap hari. Bekerja ayah setiap hari.

    iii) Bayi itu menangis setiap malam. Menangis bayi itu setiap malam.

    RPS

  • a) Pendepanan frasa kerjaPendepanan kata kerja dengan objek:

    i) Dia membaca buku di pusat sumber. Membaca buku dia di pusat sumber.

    ii) Budak-budak itu kena pukul kelmarin. Kena pukul budak-budak itu kelmarin.

    iii) Sampah sarap itu dibakar oleh ibu. Dibakar oleh ibu sampah sarap itu.

    RPS

  • a) Pendepanan frasa kerjaPendepanan kata bantu dengan kata kerja:

    i) Budak-budak itu masih bermain. Masih bermain budak-budak itu.

    ii) Ramli belum sampai ke sekolah. Belum sampai Ramli ke sekolah.

    iii) Mereka akan pergi ke Melaka esok. Akan pergi mereka ke Melaka esok.

    RPS

  • b) Pendepanan frasa adjektifi) Dia sakit pada masa itu. Sakit dia pada masa itu.

    ii) Pesakit itu lumpuh dengan tiba-tiba. Lumpuh pesakit itu dengan tiba-tiba.

    iii) Badannya lesu sepanjang masa. Lesu badannya sepanjang masa.

    RPS

  • c) Pendepanan frasa sendi nama1. Frasa sendi nama sebagai predikatHadiah itu untuk ibu.Untuk ibu hadiah ituFrasa sendi nama sbg. keterangan dalam predikat Saya berpegang pada janji. Pada janji saya berpegang.

    RPS

  • Latihan Pengukuhan(a) Tukarkan ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang.

    1. Dia pergi ke Pulau Langkawi petang kelmarin.2. Mereka bekerja dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.00 petang.3. Cikgu Rosmah mengajar Bahasa Melayu kepada pelajar Tingkatan Lima Mawar.4. Anak kucing kakak saya comel sungguh.5. Pengetua yang baru pindah ke sekolah itu masih muda.6. Lelaki yang berbaju merah itu guru sekolah ini yang baru tiba.

    RPS

  • Latihan Pengukuhan(b) Tukarkan ayat susunan songsang di bawah ini kepada ayat susunan biasa.

    1. Rajin sungguh budak itu membersihkan kawasan rumahnya.2. Sudah satu minggu dia tidak datang ke sekolah.3. Sayang sungguh kawan kawannya kepada Jasmin.4. Dengan cermatnya, dia memandu kereta baru itu.5. Sudah pukul 12.00 dia sampai di sini malam tadi.6. Ditulis oleh pelajar itu karangannya dalam tulisan jawi.

    RPS

  • Latihan Pengukuhan(c) Tukarkan ayat susunan biasa di bawah ini kepada ayat susunan songsang

    1. Nama adik kamu yang belajar di sekolah itu siapa?2. Abangnya Encik Zainal mana?3. Zarina mempelajari tatabahasa?4. Julaihi berasal dari Sarawak?5. Hadiah yang baru dibeli Salmah itu untuk siapa?6. Pelancong-pelancong dari Sabah tiba dari Pulau Langkawi bila?

    RPS

  • SEKIAN

    TERIMA KASIH

    RPS