ayat salah

27
KESALAHAN DALAM AYAT Disediakan: Rozilawati bt Jidin

Upload: syazieyla-azie

Post on 24-Jun-2015

149 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

mencari kesalahan dalam ayat dan membetulkannya

TRANSCRIPT

Page 1: Ayat salah

KESALAHAN DALAM AYAT

Disediakan: Rozilawati bt Jidin

Page 2: Ayat salah

Kenapa ayat ini salah?

Page 3: Ayat salah

1. Longkang besar ini tercemar berpunca dari sikap penduduk

setempat.

1. Longkang besar ini tercemar berpunca daripada sikap

penduduk setempat.

Page 4: Ayat salah

2.Hamdan belajar tarian zapin dengan menyanyi semasa di

Kelantan.

2.Hamdan belajar tarian zapin dan menyanyi semasa di

Kelantan.

Page 5: Ayat salah

3.Sekolah itu sangat terkenal di dalam sukan sepak takraw.

3.Sekolah itu sangat terkenal dalam sukan sepak takraw.

Page 6: Ayat salah

4.Julia belajar bersungguh-sungguh demi untuk berjaya dalam

peperiksaan.

4.Julia belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam peperiksaan.

Page 7: Ayat salah

5.Siapa sahaja dibenarkan menyertai peraduan ini.

5.Sesiapa sahaja dibenarkan menyertai peraduan ini.

Page 8: Ayat salah

6.Ahli unit beruniform masuk ke dalam dewan sebaris dan sebaris.

6.Ahli unit beruniform masuk ke dalam dewan sebaris demi sebaris.

Page 9: Ayat salah

7.Semua guru-guru diwajibkan menghadiri mesyuarat itu.

7.Semua guru diwajibkan menghadiri mesyuarat itu.

Page 10: Ayat salah

8.Kakak menghidangkan pelbagai-bagai juadah untuk berbuka puasa.

8.Kakak menghidangkan pelbagai juadah untuk berbuka puasa.

Page 11: Ayat salah

9.Pelumba-pelumba motorsikal itu saling potong-memotong untuk

menang.

9.Pelumba-pelumba motorsikal itu saling memotong untuk menang.

Page 12: Ayat salah

10.Roslan membisu sahaja bila disoal oleh guru disiplin.

10.Roslan membisu sahaja apabila disoal oleh guru disiplin.

Page 13: Ayat salah

11.Tolong jangan sentuh lukisan-lukisan pada dinding itu.

11. Jangan sentuh lukisan-lukisan pada dinding itu.

Page 14: Ayat salah

12.Para pendaki itu sedang menuruni bukit yang curang.

12.Para pendaki itu sedang menuruni bukit yang curam.

Page 15: Ayat salah

13.Semua ahli kelab budaya diminta hadir di dalam perjumpaan itu.

13.Semua ahli kelab budaya diminta hadir dalam perjumpaan itu.

Page 16: Ayat salah

14.Laila sedang mengemas bilik namun adiknya mencuci kasut.

14.Laila sedang mengemas bilik manakala adiknya mencuci kasut.

Page 17: Ayat salah

15.Dia tidak anak Pak Cik Hasim walaupun mereka rapat.

15.Dia bukan anak Pak Cik Hasim walaupun mereka rapat.

Page 18: Ayat salah

16.Salmah amat sayang pada anak-anak saudaranya.

16.Salmah amat sayang akan anak-anak saudaranya.

Page 19: Ayat salah

17.Pilihlah mana buku ulang kaji yang kamu suka.

17.Pilihlah mana-mana buku ulang kaji yang kamu suka.

Page 20: Ayat salah

18.Kamil telah mendapat tempat yang ketiga-tiga dalam ujian yang lalu.

18.Kamil telah mendapat tempat yang ketiga dalam ujian yang lalu.

Page 21: Ayat salah

19.Bintang-bintang kelihatan berkerlipan di waktu malam.

19.Bintang-bintang kelihatan berkerlipan pada waktu malam.

Page 22: Ayat salah

20.Pak hasan mengucapkan terima kasih ke atas pertolongan mereka.

20.Pak hasan mengucapkan terima kasih atas pertolongan mereka.

Page 23: Ayat salah

21. Noraini tidak tahu apabila lawatan itu akan diadakan.

21. Noraini tidak tahu bila lawatan itu akan diadakan.

Page 24: Ayat salah

22. Ibu membubuh ubat di kaki adik yang luka.

22. Ibu membubuh ubat pada kaki adik yang luka.

Page 25: Ayat salah

23.Tolong jangan menconteng dinding kelas.

23. Jangan menconteng dinding kelas.

Page 26: Ayat salah

24. Adik Salmi sangat-sangat bijak dalam mata pelajaran Matematik.

24. Adik Salmi sangat bijak dalam mata pelajaran Matematik.

Page 27: Ayat salah

Terima kasih……..

Cikgu Rozilawati binti jidin