ebooktarbiyahebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/tafsir_al_wadhih_3_qul.pdf · enam ayat....

33
Terima kasih kerana memuat turun sampel ebook daripada: EbookTarbiyah.Com

Upload: lequynh

Post on 12-Mar-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Terima kasih kerana memuat turun sampelebook daripada:

EbookTarbiyah.Com

114. SURAH AN-NAAS

Objektif Surah:

Selepas mengkaji surah ini, mutarabbi dapat:

1. Merasakan bantuan & pertolongan Allah SWTkepada orang-orang yang menyembahNya,serta kebinasaan terhadap musuh-musuhNya.

2. Menilai diri melalui pengajaran-pengajarandaripada surah ini.

3. Sentiasa memohon perlindungan Allah SWTdaripada kejahatan jin & manusia.

4. Bertawakkal kepada Allah SWT & bergantungkepada bantuanNya.

Pengenalan Surah:

Surah An-Naas adalah surah ke-114 dalam Al-Quran,tergolong dalam kategori Makkiyah & mengandungienam ayat.

Ia merupakan salah satu daripada dua surah memohonpelindungan (mu’awwizatain) selain Surah Al-Falaq.

Ia mengandungi permohonan perlindungan Allah SWTdaripada gangguan musuh manusia, iaitu iblis sertapara pembantu atau penyokongnya daripada kalanganjin & manusia.

Golongan ini sentiasa memperdayakan manusia denganberbagai bentuk perasaan was-was & gangguan.

Kelebihan Surah:

Daripada ‘Uqbah bin 'Amir RA bahawa Nabi SAWbersabda:

Apakah kamu tidak melihat bahawa ada ayatdiwahyukan kepadaku pada malam ini yang belumpernah dilihat sebelum ini? “Qul a’uzubirabbilfalaq & Qul a’uzubirabbin naas.”

(Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan An-Nasa’i)

Daripada Aisyah RHA, bahawa setiap kali RasulullahSAW menderita sakit, baginda akan membacaMu’awwizatain pada dirinya sendiri dan meniupkan(pada seluruh badannya).

Dan ketika sakitnya semakin parah, maka Aisyah RHAmembacakan Mu’awwizatain pada baginda sertamengunakan tangan baginda untuk mengusapnya keseluruh badan bagi mengambil berkat dari keduasurah itu.

(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud & An-Nasa’i)

Keterangan Ayat 1-3:

# " !Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha

Mengasihani.

PQRST1. Katakanlah: “Aku berlindung dengan (Allah)

Pemelihara Manusia.”

UVW2. Raja (yang menguasai ) sekalian manusia.

XYZ3. Tuhan sekalian manusia.

( ( ُقلْ Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW & umatIslam agar mengatakan:

Aku berlindung dengan Tuhan manusia yang menjaga &memeliharaku ketika aku masih kanak-kanak & lemah.Sesungguhnya Dia pemilik segala urusanku. Dia jugalahyang menguasai apa jua situasi yang aku hadapi.

Ar-Rab ialah sifat Allah yang Maha Memelihara,Mengasuh, Mengarah, Menjaga & Melindungi.

Al-Malik ialah sifat Allah yang Maha Memiliki,Memerintah & Mentadbir.

Al-Ilah ialah sifat Allah yang Maha Menguasaisegala-galanya.

(Fi Zhilalil Quran, Syed Qutb)

Aku berlindung kepada-Mu ya Allah, kerana Engkau-lahRaja yang menguasai manusia. Engkau-lah Tuhanmanusia, dan aku pula adalah hamba-Nya. HanyaEngkau yang layak disembah, diberi ketundukan &tempat tumpuan.

Allah SWT yang telah menciptakan manusia & menjagakita. Dia merupakan Pemilik urusan manusia & Dia-lahyang menguasai kita. Dia-lah tempat berlindung, yangmemberi perlindungan, & juga tempat kita memintabantuan.

Di kalangan manusia ada yang memerintah &berkuasa, maka Allah SWT memberikanperingatan bahawa Dia-lah yang sebenarnyapaling berkuasa, yang mesti dimohon pertolonganserta perlindungan, bukan raja-raja dan parapembesar.

(Imam al-Qurtubi)

Keterangan Ayat 4-6:

_ ^ ] \ [4. Daripada kejahatan bisikan syaitan yang

bersembunyi.

`abcde5. Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada

(hati) manusia.

i h g f6. Daripada bangsa-bangsa jin dan manusia.

Kalimah Maksud

]Bisikan.Yang membisikkan kepada manusia. Iamencampakkan ke dalam hati manusiaberbagai bisikan jahat.

^Syaitan yang bersembunyi.Asal kalimah al-Khannus iaitu kembalidan ke belakang. Ini adalah keranaapabila disergah, ia berhenti danberpatah balik.

Ibnu ‘Abbas RA berkata:“Iaitu syaitan yang selalu bercokol didalam hati manusia. Di mana jikamanusia lengah & lalai, maka ia akanmemberikan bisikan. Dan jika manusiamengingati Allah, maka syaitan ituakan bersembunyi.”

gBangsa-bangsa jin.Jin adalah makhluk tersembunyi yangtidak dapat diketahui hakikat sebenarpenciptaannya melainkan Pencipta.

Sesungguhnya aku berserah & berlindung kepada-Muya Allah, agar Engkau menjagaku daripada kejahatanyang dibisikkan kepadaku. Aku berserah kepada-Mudaripada kejahatan para pembisik jiwa.

Pembisik tersebut memperhias perbuatan yang buruk;perkara yang jahat digambarkan sebagai baik. Bisikan-bisikan tersebut akan berpaling jika ia dihalang.

Syaitan sentiasa menghasut & membisikkan supayamanusia mematuhi & mentaatinya di sampingmenurut perintah serta suruhannya dengan carayang sulit, lalu terus menembusi lubuk hati tanpadidengari oleh telinganya.

(Imam al-Qurtubi)

T U V W X Y Z [ \ ] ^

Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telahmenjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnyaaku akan memperelokkan segala jenis maksiatkepada Adam & zuriatnya di dunia ini, & aku akanmenyesatkan mereka semuanya,

_ ` a b cKecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.

(al-Hijr 15: 39-40)

Firman Allah SWT:

Tadinya hati kita telah bulat untuk berjihad fisabilillah, namun kerana bisikan yang menembushati itu, kita tidak jadi berjihad. Kita akan jadiragu akan maju ke muka (depan).

Bisikan dalam hati yang menghasilkan ragu-ragu itusangatlah menurunkan mutu kita sebagai manusia.Dan perasaan yang dibisikkan sesuatu di dalam dadaitu telah diberi nama dalam ayat-ayat ini, iaituwaswas.

(Tafsir Al-Azhar, HAMKA)

Walaupun Allah membenarkan Iblis melancarkanpeperangan menentang manusia, tetapi Dia tetapmenguasai Iblis itu.

Dia hanya membiarkan Syaitan itu menakluk orang-orang yang lalai dari Tuhan mereka sahaja,sedangkan orang-orang yang mengingati Allah akanterselamat daripada kejahatan dan bisikan Syaitanyang halus.

Kini jelaslah bahawa kebaikan itu haruslahbersandar kepada kekuatan & hakikat Ilahi yangsejati yang tiada kekuatan & hakikat yang selaindaripadanya, & pastilah bersandar kepada AllahTuhan yang memelihara, Tuhan yang memerintah &Tuhan yang disembah.

Sedangkan kejahatan pula bersandar kepadabisikan Iblis yang datang & menghilang, yanglemah apabila ditentang, yang mundur ke belakangapabila ditempur & yang tewas di hadapanperlindungan & naungan Allah.

(Fi Zhilalil Quran, Syed Qutb)

Ia dibisikkan oleh kalangan jin atau makhluk yangtidak dapat dilihat oleh mata; mereka merupakantentera iblis & anak-anaknya.

Atau mungkin juga oleh syaitan daripada kalanganmanusia, iaitu seperti teman-teman yang jahat.

Di kalangan jin ada syaitan. Dari kalangan manusiajuga ada syaitan. Maka, hendaklah kamu memohonperlindungan dari syaitan manusia & jin.

(Qatadah)

Saranan Tarbawi:

Daripada surah ini, dapat dipetik beberapa saranantarbawi seperti berikut:

1. Memohon perlindungan Allah SWT daripada bahayayang bersifat batiniah, iaitu perasaan ragu-ragu &ingatan buruk yang akan merosakkan iktikad, amalibadah & akhlak.

2. Memperbanyakkan zikrullah & amal soleh, sebagaibenteng yang dapat melemahkan ganguan syaitan.

3. Melindungi diri daripada syaitan dengan caramenjauhi & meninggalkan segala sesuatu (aktivitiatau tempat) yang disukai oleh syaitan.

4. Memilih rakan-rakan baik, serta berada dalambi’ah yang selalu mengajak kepada kebaikan &ketaatan kepada Allah SWT.

Wallahu a’lam. Selamat beramal!

113. SURAH AL-FALAQ

Objektif Surah:

Selepas mengkaji surah ini, mutarabbi dapat:

1. Merasakan bantuan & pertolongan Allah SWTkepada orang-orang yang menyembahNya,serta kebinasaan terhadap musuh-musuhNya.

2. Menilai diri melalui pengajaran-pengajarandaripada surah ini.

3. Meminta perlindungan Allah SWT daripadakejahatan makhluk, sihir & hasad (dengki).

4. Bertawakkal kepada Allah SWT & bergantungkepada bantuanNya.

Pengenalan Surah:

Surah Al-Falaq adalah surah ke-113 dalam Al-Quran,tergolong dalam kategori Makkiyah & mengandungilima ayat.

Ia merupakan salah satu daripada dua surah memohonpelindungan (mu’awwizatain) selain Surah An-Naas.

Ia mengandungi permohonan perlindungan Allah SWTdengan kemuliaan & kekuasaan-Nya daripada:

i. gangguan seluruh makhlukii. kejahatan & gangguan di waktu malamiii. gangguan para pendengki & ahli-ahli sihir

Kelebihan Surah:

Daripada ‘Uqbah bin 'Amir RA bahawa Nabi SAWbersabda:

Apakah kamu tidak melihat bahawa ada ayatdiwahyukan kepadaku pada malam ini yang belumpernah dilihat sebelum ini? “Qul a’uzubirabbilfalaq & Qul a’uzubirabbin naas.”

(Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan An-Nasa’i)

Daripada Aisyah RHA, bahawa setiap kali RasulullahSAW menderita sakit, baginda akan membacaMu’awwizatain pada dirinya sendiri dan meniupkan(pada seluruh badannya).

Dan ketika sakitnya semakin parah, maka Aisyah RHAmembacakan Mu’awwizatain pada baginda sertamengunakan tangan baginda untuk mengusapnya keseluruh badan bagi mengambil berkat dari keduasurah itu.

(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud & An-Nasa’i)

Keterangan Ayat 1-2:

# " !Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha

Mengasihani.

45678(1) Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan

yang menciptakan sekalian makhluk.”

9:;<=(2) Dari kejahatan makhluk yang Dia jadikan.

Kalimah Maksud

7

Menjadikan belahan.Membelah & menampakkan sesuatu.Maksudnya, semua benda yang dibelaholeh Allah. Allah membelah bumidengan tumbuh-tumbuhan, gunungdengan mata air, awan dengan hujan,rahim dengan anak.

Ibnu ‘Abbas RA mentafsirkan al-Falaqsebagai waktu subuh.

( ( ُقلْ Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW & umatIslam agar mengatakan:

Aku berlindung dengan Tuhan semua makhluk yangterbit daripada belahan langit & bumi, daripada segalakejahatan & kemudaratan yang disebabkan mereka.

Mufassir mengatakan:“Waktu subuh disebut secara khususdalam ayat ini kerana cahaya subuhterbit sesudah berlalunya suasanamalam yang gelap yang begitu lama,memberikan harapan akan datangnyahari siang dengan suasana yangbersinar dengan cahaya mentari.”

Semua makhluk ini, Allah-lah yang menciptakannya;baik langit dengan segala matahari, bulangemintangnya, sampai kepada awan-awannya yangberarak. Atau bumi dengan segala isi penghuninya,lautnya & daratnya, bukitnya & lurahnya.

Semuanya adalah ciptaan Tuhan, sedang kitamanusia ini adalah satu makhluk kecil saja yangterselit di dalamnya. Dan segala yang dijadikanoleh Allah itu, bisa saja membahayakan bagimanusia, meskipun sepintas lalu kelihatan tidakapa-apa.

(Tafsir Al-Azhar, HAMKA)

…setiap makhluk itu ada buruknya, & ada baiknyadalam keadaan-keadaan tertentu. Yang dipohonperlindungan di sini ialah daripada keburukan &kejahatannya agar kebaikannya sahaja yang tinggal.

Allah yang menciptakan seluruh makhluk itu adalahberkuasa pula mengarah & mentadbirkan keadaan-keadaan makhluk-makhluk itu supaya timbul yangbaiknya, bukan yang buruknya.

(Fi Zhilalil Quran, Syed Qutb)

Aku berlindung dengan-Mu daripada segala kejahatan& penyakit yang menimpa diriku, keluarga, dakwah& teman-temanku.

Keterangan Ayat 3:

>?@ABC(3) Dan daripada kejahatan malam apabila telah

gelap gelita.

Kalimah Maksud

@ Malam. Malam yang gelap gelita.

BApabila telah gelap gelita.Bila malam menyelubungi dan melitupisemua hidupan.

Aku juga berlindung dengan-Mu ya Allah daripadakejahatan malam, apabila ia gelap gelita &menyelubungi semua hidupan. Sesungguhnyakegelapannya menjadi tirai kepada semuapenceroboh yang jahat.

Dinyatakan supaya memohon perlindungan daripadagangguan malam adalah kerana pada waktumalamlah binatang-binatang buas keluar darisarang & tempat persembunyian masing-masing.Demikian juga pencuri & penyamun yang biasanyamelakukan kegiatan jahat mereka pada waktumalam.

(ar-Razi)

…pada malam hari juga timbulnya berbagai-bagaifikiran karut & berbagai-bagai perasaan dukanestapa yang mencekik & melemaskan. Kegelapanmalam menolong Syaitan untuk bertindak &menggoda. Kegelapan malam & keseorangan padamalam hari juga menggerakkan nafsu syahwatmanusia…

(Fi Zhilalil Quran, Syed Qutb)

Keterangan Ayat 4-5:

Kalimah Maksud

HPada simpulan-simpulan.Samada bermaksud simpulan tali,ataupun hubungan kasih sayang &hubungan antara manusia.

Aku berlindung dengan-Mu ya Allah, daripada jampiserapah yang dihembuskan kepada simpulan-simpulan.

Maksud lain adalah; aku berlindung dengan-Mu yaAllah, daripada kejahatan manusia pengadu dombayang memutuskan ikatan kasih sayang.

DEFGHI(4) Dan daripada kejahatan wanita-wanita (tukang

sihir) yang menghembus (menjampi) pada simpulan-simpulan.

JKLMNO(5) Dan daripada orang yang dengki apabila dia

telah dengki.

Huruf (ت) pada kalimah (F) ditafsirkan untukmenunjukkan hiperbola (exaggeration - mubalaghah)bukannya untuk menunjukkan feminin (ta’nits).

Ia bermaksud, manusia pengadu domba berusaha &memerah fikiran kerana ingin menimpakankeburukan terhadap orang yang didengkinya. Diaberusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakannya.

Hasad atau dengki dosa kepada Allah yang muladibuat di langit, & dengki juga dosa yang mula-mula dibuat orang di bumi. Dosa di langit adalahdengki Iblis kepada Adam AS. Dosa di bumi adalahdengki Qabil kepada Habil.

(Tafsir Al-Azhar, HAMKA)

Hasad dengki ialah perasaan cemburu hati terhadapsesuatu nikmat yang dikurniakan Allah kepadahamba-hamba-Nya yang tertentu, serta bercita-citasupaya nikmat itu musnah & hilang samada sipendengki yang merasa cemburu hati itu bertindakuntuk memusnahkan nikmat itu kerana ditekandendam kesumat atau dia hanya sekadar menaruhperasaan cemburu hati sahaja, namun sesuatukejahatan tetap akan berlaku selepas wujudnyaperasaan cemburu hati itu.

(Fi Zhilalil Quran, Syed Qutb)

Saranan Tarbawi:

Daripada surah ini, dapat dipetik beberapa saranantarbawi seperti berikut:

1. Memohon perlindungan Allah SWT daripada bahayazahir segala makhluk, supaya hanya kebaikan yangmuncul daripadanya.

2. Memanfaatkan setiap alat atau kemudahan yangada dengan sesuatu yang membawa kebaikan,bukannya ke arah keburukan & kemudaratan.

3. Memanfaatkan waktu malam sebagai waktu untukberehat & beribadah kepada Allah.

4. Mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakanAllah SWT kepada kita, & turut bergembira dengannikmat yang diterima oleh orang lain.

Wallahu a’lam. Selamat beramal!

112. SURAH AL-IKHLAS

Objektif Surah:

Selepas mengkaji surah ini, mutarabbi dapat:

1. Menilai diri melalui pengajaran-pengajarandaripada surah ini.

2. Memantapkan diri dengan nilai-nilai rabbaniyah(ketuhanan), serta memerangi nilai-nilaimaddiyah (materialisme).

3. Sentiasa mentauhidkan Allah SWT.

4. Bertawakkal kepada Allah SWT & bergantungkepada bantuanNya.

Pengenalan Surah:

Surah Al-Ikhlas adalah surah ke-112 dalam Al-Quran,tergolong dalam kategori Makkiyah & mengandungiempat ayat.

Surah ini mengesakan & menyucikan Allah SWT,kerana inilah asas pertama & tonggak utama bagiIslam.

Ia membincangkan beberapa sifat Allah SWT yangsempurna untuk menjadi pegangan kita sebagaikhalifah di muka bumi.

Ia juga menolak kepercayaan orang Kristian yangmengatakan Allah itu tiga (konsep triniti), sertakepercayaan musyrikin bahawa Dia mempunyai zuriat& anak.

Kelebihan Surah:

Daripada Abu Said Al-Khudori RA, bahawa RasulullahSAW bersabda kepada para Sahabat RA: “Tiadakahseorang daripada kamu yang mampu membaca 1/3daripada Al-Quran dalam semalam?”

Mereka menjawab: “Siapakah yang mampu yaRasulullah?” Baginda SAW menjawab: “Allahu Ahad,As-Somad (Surah Al-Ikhlas) merupakan 1/3 Al-Quran!"

(Riwayat Bukhari)

Surah ini sama dengan 1/3 Al-Quran kerana terdapattiga asas umum di dalam Al-Quran iaitu:

i. Tauhidii. Batas-batas perlakuan makhlukiii. Perihal kiamat

Tiada siapa yang boleh menghalang anugerah AllahSWT. Dia berhak mengurniakan pahala membaca 1/3Al-Quran bagi sesiapa yang membaca, menghayati &memahami isi kandungan surah ini.

Sebab Turun Ayat:

Daripada Ubai bin Kaab RA, bahawa orang-orangmusyrik pernah berkata kepada Nabi SAW, “WahaiMuhammad, terangkan kepada kami nasab Tuhan-mu!”

Maka Allah SWT pun menurunkan surah Al-Ikhlas inisebagai jawapan.

(Riwayat Imam Ahmad)

Keterangan Ayat 1:

# " !Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha

Mengasihani.

!"#$%(1) Katakanlah; “Dia-lah Allah Yang Esa.”

Kalimah Maksud

$ Esa. Tunggal pada dzat, sifat &perbuatan-Nya.

( ( ُقلْ Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW & umatIslam agar mengatakan:

Dia; Allah yang Esa! Yakni melalui berita pasti yangdisokong kebenaran, & bukti yang tidak diragui.

Allah Esa pada dzat-Nya; yakni bukan berkomponen &berbilang-bilang.

Allah Esa pada sifat-Nya; yakni tiada sesiapa yangmenyerupai sifat-Nya.

Allah Esa pada perbuatan-Nya, maka tiada perbuatanmakhluk yang menandingi atau hampir-hampirmenyerupai perbuatan-Nya.

Boleh jadi penggunaan gantinama “Dia” ( ( ُهوَ adalahuntuk memperingatkan sejak awal lagi tentang peripenting & menariknya perbincangan yang akan dibawa.

Ini menjadikan kita tercari-cari & terus berpalingkepada-Nya. Seterusnya mengajak kita memerhatikanapa pula yang dinyatakan selepas ayat tersebut.

Maka, setelah ditampilkan tafsiran & penerangannya,maka ia akan menjadi lebih mantap di dalam jiwa.

Soalan: Mengapakah digunakan lafaz nakirah ( أحد اهللا ),tidak digunakan lafaz ma’rifah ( األحد اهللا )?

Tujuan ayat ini adalah untuk membuktikan bahawa“Allah SWT itu Esa” ,(اهللا أحد) & dzat-Nya tidak berbilang-bilang.

Jika menggunakan ( األحد اهللا ), ia difahami bahawa kitaberiktikad dengan keesaan Allah SWT, namun ragu-raguuntuk mensabitkannya kepada-Nya.

Sedangkan maksud yang dikehendaki adalah penafianbilangan, kerana orang musyrik beriktikad bahawa Tuhanberbilang-bilang.

Maka Allah SWT berfirman; “Allah itu Esa!” (اهللا أحد)

Kalimah Ahad lebih halus daripada kalimah Waahid,kerana Ahad menambahkan kepada Waahidpengertian tiada suatu yang lain bersama Allah, &tiada suatu yang setanding dengan Allah.

(Fi Zhilalil Quran, Syed Qutb)

Keterangan Ayat 2:

&'((2) Allah itu tempat meminta.

Kalimah Maksud

'

Tempat meminta.Hanya Dia yang memenuhi segalapermintaan & keperluan.

Ibnu ‘Abbas RA mengatakan: “YakniRabb yang bergantung kepada-Nyasemua makhluk dalam memenuhisegala keperluan & permintaanmereka.”

Tiada siapa yang mengatasi-Nya & Dia tidakmemerlukan sesiapa. Bahkan semua makhluk yangmemerlukan-Nya.

Hanya kepada-Nya tempat makhluk berserah ketikasusah & menghadapi krisis. Maha Agung Allah SWT, &penuh berkah nikmat-Nya.

“Dia adalah Tunggal dalam ketuhanan-Nya & semuayang lain adalah hamba-Nya belaka. Dia-lah sahajayang ditujukan untuk memenuhi hajat-hajat & Dia-lah sahaja yang menyahut seruan hamba-hamba-Nyayang mempunyai hajat. Dia-lah sahaja yangmemutuskan segala perkara dengan keizinan-Nya &tiada siapa yang turut membuat keputusan bersama-sama-Nya.”

(Fi Zhilalil Quran, Syed Qutb)

Ayat ini membersihkan Allah SWT daripada sifat beranakdan diperanakkan. Ini menolak pandangan:

Orang musyrik yang mengatakan bahawa: Malaikatmerupakan anak perempuan Allah. (Al-Isra’ 17: 40)

Orang Yahudi yang mengatakan: Uzair anak Allah;Orang Kristian mengatakan: Al-Masih (Isa AS) anakAllah. (At-Taubah 9: 30)

Allah SWT tidak dilahirkan seperti dakwaan Kristian yangmengatakan Nabi Isa AS ‘anak’ Allah, kemudian merekamenyembahnya seperti menyembah ‘bapa’nya.

Mustahil Allah SWT mempunyai anak, kerana anakmerupakan pecahan daripada bapanya. Ini tidak syaklagi membawa maksud berbilang-bilang, baharu &penyerupaan dengan makhluk.

Sedangkan Allah SWT tidak perlu kepada anak, lantaranDia-lah Pencipta serta Penguasa alam semesta, langit &bumi ini.

Keterangan Ayat 3:

)*+,-(3) Tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Mustahil Allah diperanakkan, kerana ini jelas dan mudahtanpa perlu sebarang perbahasan lagi. Perkara yangtidak boleh disangkal bahawa anak memerlukan ayahdan ibu, susu dan penyusuan. Sedangkan Allah SWTbersih daripada segala unsur-unsur tersebut.

Keterangan Ayat 4:

./0123(4) Dan tidak ada sesuatu yang menyerupai-Nya.

Kalimah Maksud

1 Menyerupai.Setara, serupa & seumpama.

Ya, selagi Allah itu Esa pada Dzat-Nya, tidak berbilang-bilang, & tidak menjadi bapa atau anak kepadasesiapapun, maka tiada makhluk yang menyerupai-Nya!Tiada yang sama, setara atau sekutu. Maha Suci Allahdaripada segala apa yang mereka sekutukan.

Tuhan itu mutlak kuasa-Nya, tiada terbahagi,tiada separuh seorang, tiada gandingan, tiadabandingan dan tiada tandingan. Dan tiada pulaTuhan yang menganggur, belum bertugas sebabbapanya masih ada!

Itulah yang diterima oleh perasaan bersih &murni. Itulah yang dirasakan oleh akal cerdasyang tulus. Kalau tidak demikian, kacaulah diadan tidak bersih lagi. Itu sebabnya maka surah inidinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya sesuai denganjiwa murni manusia, dengan logika, denganberfikir teratur.

(Tafsir Al-Azhar, HAMKA)

Surah ini sekalipun ringkas, tetapi telah menolakpandangan serta pegangan orang Arab musyrik,Kristian & Yahudi.

Ia dinamakan surah Al-Ikhlas kerana mengandungibukti keesaan Allah yang tidak mempunyai sekutu.Hanya Dia tempat mengadu & menunaikanpermintaan, Dia tidak beranak & diperanakkan, sertatiada yang menyaingi & setara dengan-Nya.

Semua ini menuntut keikhlasan beribadah &menghadap hanya kepada Allah SWT.

Rumusan Surah:

Saranan Tarbawi:

Daripada surah ini, dapat dipetik beberapa saranantarbawi seperti berikut:

1. Mengesakan & mensucikan Allah SWT daripadasebarang iktikad & perbuatan yang bolehmempersekutukan-Nya.

2. Mengikhlaskan niat dalam setiap perbuatan &pekerjaan hanya untuk Allah SWT.

3. Menghindari diri daripada amalan khurafat sepertimeminta hajat di kuburan, meminta bantuan jin &orang yang berhubung dengan jin, memintadaripada keramat & sebagainya.

4. Mengajak keluarga & sahabat handai mengesakanAllah SWT & menjauhi syirik.

Wallahu a’lam. Selamat beramal!