ayat majmuk.doc

5
AYAT MAJMUK 1 Definisi Ayat Majmuk. Menurut buku Tatabahasa Dewan edisi ketiga (2008), ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat 1,(a) , dengan ayat 1.(b); 1. Ali sedang membaca buku dan Fatimah sedang membuat latihan matematik. (a) Ali sedang membaca buku. (b) Fatimah sedang membuat latihan matematik. Terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu: 1 Ayat majmuk gabungan 2 Ayat majmuk pancangan 3 Ayat majmuk campuran Ayat Majmuk Gabungan Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua ayat atau lebih yang menjadikan satu dengan cara mengabungkan atau mencantumkan ayat- ayat tersebut dengan kata hubung seperti ,dan,atau, tetapi, dan sebagainya. Contoh: 1 Rokiah pandai menyanyi dan menari. 2 Abu kurus tetapi kuat makan. Ayat 1 dihubungkan dengan kata hubung dan manakala ayat 2 dihubungkan dengan kata hubung tetapi. Ayat Majmuk Pancangan

Upload: mhamdi2808405

Post on 13-Apr-2016

38 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AYAT MAJMUK.doc

AYAT MAJMUK1   Definisi Ayat Majmuk.

Menurut buku Tatabahasa Dewan edisi ketiga (2008), ayat majmuk ialah ayat yang

dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-

ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya  ayat  1,(a) ,

dengan ayat 1.(b);

            1. Ali sedang membaca buku dan Fatimah sedang membuat

latihan matematik.

             (a) Ali sedang membaca buku.

             (b) Fatimah sedang membuat latihan matematik.

  

Terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu:

1                    Ayat majmuk gabungan

2                    Ayat majmuk pancangan

3                    Ayat majmuk campuran

Ayat Majmuk Gabungan

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua ayat atau lebih yang

menjadikan satu dengan cara mengabungkan atau mencantumkan ayat-ayat

tersebut dengan kata hubung seperti ,dan,atau, tetapi, dan sebagainya.

Contoh:

1                    Rokiah pandai menyanyi dan menari.

2                    Abu kurus tetapi kuat makan.

 Ayat 1 dihubungkan dengan kata hubung dan manakala ayat 2 dihubungkan

dengan kata hubung tetapi.

Ayat Majmuk Pancangan 

Page 2: AYAT MAJMUK.doc

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.Ini

bermakna dalam ayat berkenaan terdapatsatu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat  kecil.Ayat kecil

dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan

seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.Dalam

bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu

ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat Relatif Ayat Komplemen Ayat Keterangan

Ayat relatif ialah ayat yang

ditandai dengan penggunaan

perkataan yang seperti

contoh di bawah:

1) Kanak-

kanakyang cedera itu

rupa-rupanya anak

Leman.

(2) Kanak-kanak itu rupa-

rupanya anak Pak Leman

(3) Kanak-kanak itu

cedera

Ayat (3) telah

dipancangkan

kepada subjek ayat

utama dan dijadikan ayat

kecildengan

menggugurkan ``kanak-

kanak itu'' dan

menggunakan kata

Ayat majmuk komplemen

ialah ayat utama yang

dipancangkan dengan ayat

kecil yang seterusnya

menjadi komplemen

kepada ayat. Ayat

komplemen dapat dibentuk

dengan menggunakan

kata

hubung bahawaatau yang.

Contoh:

1.Bahawa mancis api telah

menyebabkan kebakaran

itu.

2.Bahawa pembuangan

puntung rokok merata-rata

telah menyebabkan

kebakaran.

Ayat majmuk keterangan

ialah ayat majmuk yang

terdiri daripada satu ayat

utama dan satu atau lebih

ayat kecil yang bertugas

sebagai keterangan

kepada predikat.

Contoh:

Pemain hoki negara

gagal kerana tidak

bersedia.

Ayat kecil dalam ayat

majmuk keterangan

menerangkan kata kerja

dalam ayat utama,

iaitu Pemain hoki negara

gagalAyat majmuk

keterangan dibina untuk

pelbagai tujuan dengan

menggunakan kata hubung

yang tertentu.

-kerana, oleh, sebab,

lantaran, hingga sehingga,

Page 3: AYAT MAJMUK.doc

hubung yang. jika, kalau, sekiranya,

andainya, setelah, tatkala,

sementara, ketika, sambil,

agar, supaya, kalau-kalau,

untuk, bagi, demi, dengan,

sungguhpun, walaupun,

meskipun, sekalipun,

seperti, bagai, macam,

bak, umpama.

 Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis

ayat.Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau

ayat majmuk pancangan.Biasanya, ayat jenis ini panjang.Panjang pendek bukanlah

kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan

klausanya.

Contoh 1:

Mereka mendaftarkan kanak-kanak yang lahir dalam tahun 2002, yang telah

menerima suntikan tersebut.

            

Dalam ayat ini terdapat dua ayat relatif yang dipancangkan ke dalam ayat induk iaitu

yang lahir dalam tahun 2002 dan yang mereka menerima suntikan tersebut. Subjek

ayat majmuk ialah mereka, katakerjanya mendaftarkan dan objek tepat kanak-

kanak.Kedua-dua ayat relatif itu merupakan penerang kepada objek tepat

2. Dengan berdasarkan petikan dari buku teks Tahun 6 muka surat 23 dan 63 

setelah dianalisis petikan tersebut dan telah mendapati beberapa contoh mengikut

perkara  berikut:

i)          Ayat majmuk gabungan.            Lampu bercahaya dan berwarna-warni.

Page 4: AYAT MAJMUK.doc

ii)         Ayat majmuk pancangan

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat Relatif Ayat Komplemen Ayat Keterangan

Contoh 1:

Madu tersebut dijual  

dengan

harga yang tinggi.

Contoh 2:

Di negara kita juga

banyak kraf

tanganyang dihasilkan

daripada buluh.

Contoh 1:

Sesetengah penduduk

kampung mencari madu

lebah di hutan untuk dijual.

Contoh 2:

Tahukah kamubahawa huta

n merupakan sumber

pendapatan kepada

sesetengah penduduk di

negara kita?

Contoh 1

Hani sekeluarga berasa

bertuahkerana dapat

menyaksikan konsert itu.

Contoh 2:

Kraf tangan ini

dipasarkan denganmeluas

.

iii)        Ayat majmuk campuranContoh 1:

Terdapat pelbagai jenis rotan seperti rotan manau atau nama saintifiknya, Calamus

conioastris, rotan semang dan rotan paku atau Calamus exilis.

Contoh 2:

Apabila menyebut perkataan hutan, tergambar dalam fikiran kita akan pokok-

pokok yang besar dan pelbagai jenis mergastua.