ayat majmuk gabungan final 1

15
Ayat Majmuk Ayat Majmuk Gabungan Ayat Majmuk Campuran Ayat Majmuk Pancangan

Upload: mohd-fithri-bin-jemari

Post on 24-May-2015

2.900 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ayat majmuk gabungan final 1

Ayat Majmuk

Ayat Majmuk Gabungan

Ayat Majmuk Campuran

Ayat Majmuk Pancangan

Page 2: Ayat majmuk gabungan final 1

Ayat Majmuk Gabungan

Page 3: Ayat majmuk gabungan final 1

Makna Ayat Majmuk Gabungan

Dua atau lebih ayat tunggal yang disambungkan dengan menggugurkan subjek, predikat, objek atau keterangan yang sama.

Ayat disambungkan menggunakan kata hubung.

Page 4: Ayat majmuk gabungan final 1

Ayat Majmuk Gabungan- Pengguguran Subjek

Subjek Predikat

Amri memerhatikan keadaan di sekelilingnya.

Subjek (gugur) Predikat

Amri menikmati udara segar.

Ayat Majmuk: Amri memerhatikan keadaan di sekelilingnya sambil menikmati udara segar.

Page 5: Ayat majmuk gabungan final 1

Ayat Majmuk Gabungan- Pengguguran Predikat

Subjek Predikat

Haiza teringin sekali melihat pertunjukan bunga api di Marina.

Subjek Predikat (gugur)

Jufri teringin sekali melihat pertunjukan bunga api di Marina.

Ayat Majmuk: Haiza dan Jufri teringin sekali melihat pertunjukan bunga api di Marina.

Page 6: Ayat majmuk gabungan final 1

Ayat Majmuk Gabungan- Pengguguran Objek

Subjek Kata kerja Objek (gugur)

Pak Mail menyiang ikan parang.

Subjek Kata kerja Objek

Cik Salma menggoreng ikan parang.

Ayat Majmuk: Pak Mail menyiang sementara Cik Salma menggoreng ikan parang.

Page 7: Ayat majmuk gabungan final 1

Ayat Majmuk Gabungan- Pengguguran Keterangan

Subjek Kata kerja Keterangan

Fatin bertungkus-lumus belajar sejak petang semalam.

Subjek Kata kerja Keterangan (gugur)

Rafiq bermain komputer sejak petang semalam.

Ayat Majmuk:

Fatin bertungkus-lumus belajar tetapi Rafiq bermain komputer sejak petang semalam.

Page 8: Ayat majmuk gabungan final 1

Kuiz Bahasa

Siapa cepat dia dapat…..

Cari seorang pasangan di dalam kelas sekarang. Kamu dikehendaki mengenal pasti sama ada ayat ini ayat majmuk gabungan yang mengalami pengguguran:

– Subjek– Predikat– Objek– Keterangan

Sudah bersedia???

Page 9: Ayat majmuk gabungan final 1

Soalan 1

Halimah memilih bunga ros manakala Zahidah mengambil bunga orkid untuk hiasan rumah mereka.

Halimah memilih bunga ros untuk hiasan rumahnya.

Zahidah mengambil bunga orkid untuk hiasan rumahnya.

Jawapan: Pengguguran Keterangan

Page 10: Ayat majmuk gabungan final 1

Soalan 2Shafie atau Rizwan akan dipilih untuk menyertai pertandingan bola sepak peringkat antarabangsa minggu depan.

Shafie akan dipilih untuk menyertai pertandingan bola sepak peringkat antarabangsa minggu depan.

Rizwan akan dipilih untuk menyertai pertandingan bola sepak peringkat antarabangsa minggu depan.

Jawapan: Pengguguran Predikat

Page 11: Ayat majmuk gabungan final 1

Soalan 3

Nurin mengangkat dulang yang berisi pinggan mangkuk lalu meletakkannya di atas meja.

Nurin mengangkat dulang yang berisi pinggan mangkuk.

Nurin meletakkannya di atas meja.

Jawapan: Pengguguran Subjek

Page 12: Ayat majmuk gabungan final 1

Soalan 4

Kakak memandu setelah ayah membersihkan kereta.

Kakak memandu kereta.

Ayah membersihkan kereta.

Jawapan: Pengguguran Objek

Page 13: Ayat majmuk gabungan final 1

Soalan-soalan Lain

1. Para pelajar dan guru telah bercadang untuk berjumpa di muzium.

2. Ayah menikmati keindahan alam sambil mendengar kicauan burung.

3. Adik menari sementara abang menyanyikan lagu ‘Pencinta Wanita’.

4. Adilah membeli baju baru lalu membayarnya di kedai.

5. Safri membuat tugasan kemudian menghantarnya pada petang hari.

6. Umairah membaca buku sementara menunggu suaminya pulang.

7. Ammar atau Huzaifah pasti akan memenangi peraduan melukis.

8. Hanis melukis lalu Haslin mewarnai gambar itu.

Page 14: Ayat majmuk gabungan final 1

Latihan selanjutnya:

1) Latihan 1 :Latihan Ayat Majmuk Gabungan dari buku teks m/s 22 (5 ayat).

2) Latihan secara individu.

3) Salin ayat dan tulis jawapan di kertas f/s.

4) Latihan 2 : Cari 5 Ayat Majmuk Gabungan dari satu artikel di akhbar Berita Harian (13/07/09).

5) Gariskan ayat-ayat tersebut kemudian salinkan ayat-ayat tersebut di kertas f/s. Kokot artikel tersebut.

6) Hantar kepada Cg Rabia minggu hadapan (Isnin). Ketua kumpulan harap kumpulkan latihan tersebut .

Page 15: Ayat majmuk gabungan final 1

• Penghargaan kepada :• Ishare portal, Cikgu Nurul Farhanah (East View Sec)