ayat at tahthir

11
Syi’ah telah lama diisytiharkan sebagai aliran yang terkeluar daripada pegangan aqidah ‘Ahlus Sunnah Wal Jamaah’ kerana pegangan aqidah mereka yang berasaskan kepada ‘al-Wilayah’ atau lebih dikenali sebagai kepercayaan terhadap 12 Imam yang mana Imam-imam mereka terdiri daripada kumpulan ‘ahlul bait’. Antara asas yang membawa kepada pegangan aqidah mereka yakni ‘al-Wilayah’ salah satunya adalah ayat al-Qur’an yang berkonsepkan ‘at-Tahthir’ yang berasal perkataan “wa yuthah-hirukum tath-hiran” dalam firman Allah swt; “Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” [al-Ahzab 33:33] Ayat at-Tahthir antara hujah Syi’ah yang paling rajih lagi masyhur daripada al-Qur’an. Bahkan ayat ini juga menjadi ijma yakni kesepakatan di sisi ulama Syi’ah untuk digunakan sebagai hujah. Bagaiaman ayat ‘at-tahthir’ ini memainkan peranan penting di sisi Syi’ah? Jawapannya adalah seperti yang tertera di bawah; 1. Membataskan istilah “Ahlul-bait” kepada empat orang sahaja iaitu ‘Ali, Fatimah, Hassan dan Husain ra.hum. 2. Menetapkan sifat ma’sum dan hujah kebenaran kepada keempat-empat ‘Ahlul-bait’ seperti yang telah dinyatakan di atas. 3. Menetapkan kebenaran hanya pada berasaskan keempat-empat ‘ahlul Bait’ terutamanya dalam konteks pentafsiran al-Quran, al-hadith, hukum dan hak kekhalifahan Muhammad Mar‘i al-Amin dalam bukunya “Mengapa Aku Memilih ‘ahlul- Bait’?” telah menulis; “al-‘Ismah yakni kemaksuman adalah syarat pada seorang imam menurut Syi‘ah kerana imam yang diikuti selepas Nabi saw apabila tidak maksum, maka tidak boleh dipercayai kata-katanya. Oleh itu tsabitnya ‘al-‘ismah’ imam adalah seperti tsabitnya ‘al-‘ismah’ Nabi saw. Ayat

Upload: hafiz-nurahim

Post on 27-Sep-2015

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Menjawab Syi'ah

TRANSCRIPT

Syiah telah lama diisytiharkan sebagai aliran yang terkeluar daripada pegangan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah kerana pegangan aqidah mereka yang berasaskan kepada al-Wilayah atau lebih dikenali sebagai kepercayaan terhadap 12 Imam yang mana Imam-imam mereka terdiri daripada kumpulan ahlul bait. Antara asas yang membawa kepada pegangan aqidah mereka yakni al-Wilayah salah satunya adalah ayat al-Quran yang berkonsepkan at-Tahthir yang berasal perkataan wa yuthah-hirukum tath-hiran dalam firman Allah swt;

Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya. [al-Ahzab 33:33]

Ayat at-Tahthir antara hujah Syiah yang paling rajih lagi masyhur daripada al-Quran. Bahkan ayat ini juga menjadi ijma yakni kesepakatan di sisi ulama Syiah untuk digunakan sebagai hujah. Bagaiaman ayat at-tahthir ini memainkan peranan penting di sisi Syiah? Jawapannya adalah seperti yang tertera di bawah;1. Membataskan istilah Ahlul-bait kepada empat orang sahaja iaitu Ali, Fatimah, Hassan dan Husain ra.hum. 2. Menetapkan sifat masum dan hujah kebenaran kepada keempat-empat Ahlul-bait seperti yang telah dinyatakan di atas.3. Menetapkan kebenaran hanya pada berasaskan keempat-empat ahlul Bait terutamanya dalam konteks pentafsiran al-Quran, al-hadith, hukum dan hak kekhalifahan

Muhammad Mari al-Amin dalam bukunya Mengapa Aku Memilih ahlul-Bait? telah menulis;al-Ismah yakni kemaksuman adalah syarat pada seorang imam menurut Syiah kerana imam yang diikuti selepas Nabi saw apabila tidak maksum, maka tidak boleh dipercayai kata-katanya. Oleh itu tsabitnya al-ismah imam adalah seperti tsabitnya al-ismah Nabi saw. Ayat tersebut juga (al-Ahzab 33:33) menunjukkan kemaksuman Amirul Mukminin (Ali) dan dua anaknya, Hasan dan Husain as. Justeru terbukti bahawa jawatan khalifah adalah untuk mereka dan bukan selain mereka. Oleh itu, berpegang kepada pendapat mereka adalah wajib kerana orang lain tidak maksum. Hal ini kerana apabila tidak wujudnya al-Ismah maka akan berlakulah kesalahan. Oleh itu tidak sah untuk sesiapa menjadi khalifah yang mengendalikan syariat Rasulullah saw tanpa al-Ismah ( m/s 66, Limaza Akhtartu Mazhab al-Syiah, Muassasah al-Alami, Beirut )

Demikianlah betapa pentingnya ayat al-tahthir sehingga tidak berlebihan untuk dikatakan bahawa ayat ini membentuk tulang belakang kepada aqidah al-Wilayah Syiah. Seandainya ia ditegakkan maka tertegaklah Syiah, seandainya ia runtuh maka runtuhlah juga mazhab Syiah.

HUJAH SYIAH

Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya. [al-Ahzab 33:33]

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, Syiah menggunakan hujah ayat at-tahthir bagi menetapkan al-Ismah yakni kemaksuman hanya kepada keempat-empat ahlul-bait iaitu Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain ra.hum. Dalam waktu yang sama, mereka mengecualikan isteri-isteri Rasulullah saw daripada sifat al-Ismah ini. Dalam erti kata lain, isteri-isteri Rasulullah saw dikecualikan daripada perbahasan ayat 33 Surah al-Ahzab.

Syiah menggunakan beberapa petunjuk daripada al-Quran dan al-Sunnah untuk menjadikan Ayat al-Tath-hir sebagai hujah menetapkan sifat maksum kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain radhiallahu anhum. Pada waktu yang sama Syiah mengecualikan para isteri Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, radhiallahu anhum daripada sifat maksum ini. Yakni mereka para isteri Rasulullah tidak termasuk dalam perbahasan ayat 33 surah al-Ahzab. Berikut adalah petunjuk daripada al-Quran berkenaan dengan pemahaman Syiah terhadap ayat at-tahthir ini

a. Rasulullah saw mempunyai dua keluarga iaitu ikatan pernikahan yang difahami mereka sebagai Bait Zawjiyyah dan ikatan nasab yang merujuk kepada ahlul-Bait. Maka istilah ahlul Bait inilah yang mereka fahami merujuk kepada Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain ra.hum. Ini amat berbeza dengan ayat-ayat sebelum dan selepas ayat 33 di mana ia merujuk kepada isteri-isteri Rasulullah saw tanpa menggunakan istilah ahlul baitb. Dalam konteks Bahasa Arab, Syiah memahami ayat 33 surah al-Ahzab bersifat muzakkar di mana ia merujuk kepada Ali, Fatimah, Hassan dan Husain ra.hum. Sekiranya ayat tersebut merujuk kepada isteri-isteri Rasulullah saw sahaja, maka sifat ayat tersebut pasti akan menjadi muannas. Oleh itu, kemaksuman yang ditetapkan dalam ayat 33 surah al-Ahzab hanya terbatas kepada Ali, Fatimah, Hassan dan Husain ra.hum sahaja.c. Isteri-isteri Rasulullah saw dianggap Syiah sebagai tidak maksum kerana pernah menyakiti hati Rasulullah saw sehingga menyebabkan Allah swt menurunkan ayat berikut menegur mereka:

Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi); dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya; dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang salih dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat - juga menjadi penolongnya.[ Surah at-Tahrim 66:04]

Penerangan tentang ketidakmaksuman isteri-isteri Rasulullah saw ini dikuatkan lagi dengan hujah daripada hadith al-kisa yang diriwayatkan oleh jumhur ulama ahlul hadis wa atsar di mana hadith tersebut disandarkan kepada Umm Salamah ra.ha;

Telah diturunkan ayat ini kepada Rasulullah saw Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai ahlul-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya di dalam rumah Umm Salamah ra.ha.

Lalu Nabi saw memanggil Fatimah, Hasan dan Hussain dan menyelimuti mereka dengan kisa iaitu kain manakala Ali berada di belakangnya, lalu diselimuti juga dengan kain.

Kemudian Nabi berdoa: Ya Allah ! mereka adalah ahlul-Bait aku maka hilangkanlah dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya.

Berkata Umm Salamah: Dan aku bersama mereka wahai Nabi Allah?

Rasulullah menjawab: Engkau tetap pada kedudukan engkau dan engkau selalu dalam kebaikan.

( HR al-Hakim )

Maka apabila melihat beberapa hujah Syiah seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, timbul persoalan yang mungkin akan terbenak dalam pemikiran masyarakat awam terutamanya. Adakah ayat Surah al-Ahzab 33 merujuk kepada kemaksuman ahlul bait yang merujuk kepada Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain ra.hum? Benarkah hadith berkenaan dengan al-Kisa merujuk kepada ayat surah al-Ahzab 33 seperti yang didakwa Syiah? Maka disinilah bermulanya untuk kita menjawab segala kekeliruan yang ditimbulkan Syiah?JAWAPAN AHLUS SUNAH

Pertama: Adakah ayat 33 surah al-Ahzab membicara subjek kemaksuman?Jawapannya tidak. Para pembaca dijemput memerhatikan semula ayat 33 surah al-Ahzab:Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya.[al-Ahzab 33:33][3]Perhatikan bahawa AllahAzza wa Jalla menggunakan perkataanYuridu() yang bererti kehendak atau keinginan atau bermaksud. Kemudian diikuti dengan perkataanYuzhiba() yang didahului dengan hurufLam() yang bererti untuk atau supaya. Maka ini menunjukkan Allah swt dalam petikan ayat hanyalah bertujuan untuk menerangkan kehendak Allah untuk menghilangkan dosa ahlul-Bait.Seandainya Allah swt ingin menetapkan sifat kemaksuman yakni bebas daripada dosa dan suci, nescaya sudah tentu Allah swt akan berfirman dengan sesuatu yang bersifat menetapkan:Sesungguhnya Allahtelahmenghilangkan dosa kamu wahaiahlul-Baitdantelah membersihkan kamu sebersih-bersihnya.Oleh ituSyiahtelah melakukan satu kesalahan dalam konteks istidlal yang amat besar lagifatalapabila mereka mendakwa ayat 33 surah al-Ahzab merujuk kepada kemaksuman. Yang benar di sisi Ahlus Sunah, ayat 33 surah al-Azhab tidak merujuk kepada kemaksumam, bahkan ianya jauh sekali daripada berperanan menetapkan sifat maksum kepada sesiapa, sama ada kepada isteri Rasulullah saw atau kepada Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain ra.hum.[4]Timbul soalan seterusnya, apakah maksud sebenar firman Allah dalam ayat 33 surah al-Ahzab? Jawapannya akan diperolehi dalam perbahasan kedua seterus ini.Sebelum itu untuk memantapkan fahaman para pembaca, berikut dikemukakan contoh sebuah ayat yang juga menggunakan perkataan () dan (). Ia adalah ayat berkenaan perintah wudhu, firman AllahSubhanahu wa Taala:Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu.Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi berkehendak untuk membersihkan()kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.[al-Maidah 5:06]Perhatikan perenggan kedua ayat di atas. SeandainyaSyiahmenafsirkan ayat 33 surah al-Ahzab sebagai menetapkan sifat maksum kepadaAhl al-Bait,maka dengan itu juga setiap orang beriman yang berwudhu akan memiliki sifat maksum juga. Ini kerana kedua-dua ayat 33 surah al-Ahzab dan ayat kelima surah al-Maidah mengunakan istilahTahara() yang bermaksud bersih atau suci.Di sisiAhl al-Sunnah,kedua-dua ayat 33 surah al-Ahzab dan ayat kelima surah al-Maidah tidak membicarakan sifat maksum mahupun menetapkan sifat maksum kepada orang yang dirujuk olehnya. Perhatikan, sebagaimana ayat 33 surah al-Ahzab, ayat di atas juga menggunakan perkataanYuridudan tambahan hurufLam:tetapi (Allah) berkehendak()untuk membersihkan( + = )kamu danBerdasarkan penggunaan perkataanYuridu() dan tambahan hurufLam(), maka ayat kelima surah al-Maidah ini tidak berperanan menetapkan sifat maksum kepada setiap orang beriman yang berwudhu. Demikianlah juga bagi ayat 33 surah al-Ahzab, ia tidak berperanan menetapkan sifat maksum kepadaAhl al-Bait.JawapanKedua: Adakah istilahAhl al-Baitdalam ayat 33 surah al-Ahzab merujuk kepada para isteri Rasulullah atau 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain?Jawapannya akan diperolehi dengan mengkaji keseluruhan konteks perbincangan ayat dari mula hingga akhir. Ia bermula dengan ayat 28 surah al-Ahzab:Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.[al-Ahzab 33:28]Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan Rasul-Nya serta (nikmat kemewahan) di Negeri Akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu: pahala yang besar.[al-Ahzab 33:29]Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.[al-Ahzab 33:30]Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan Rasul-Nya serta mengerjakan amal yang salih, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda, dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia.[al-Ahzab 33:31]Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).[al-Ahzab 33:32]Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu; dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya.Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya.[al-Ahzab 33:33][5]Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus Tadbir-Nya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.[al-Ahzab 33:34]Jelas daripada ayat-ayat di atas bahawa yang menjadi konteks perbincangan ialah tunjuk ajar serta perintah dan larangan AllahAzza wa Jallakepada para isteri Rasulullahshallallahu alaihi wasallam, radhiallahu anhum.Firman Allah dalam ayat 33Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnyabukan suatu ayat yang terpisah daripada rangkaian ayat 28 hingga 34. Akan tetapi ia termasuk sebahagian daripada ayat-ayat tersebut. Ia berperanan menerangkantujuan atau hasil yang ingin dikurniakanoleh Allah kepada para isteri Rasulullah dengan segala tunjuk ajar, perintah dan larangan tersebut.Oleh itu perkataanAhl al-Baitdalam ayat 33 surah al-Ahzab tetap merujuk kepada para isteri Rasulullahshallallahu alaihi wasallam, radhiallahu anhum.Jika ditafsirkan ayat 33 ini merujuk kepada Ali, Fathimah, Hasan dan Husain, ia bererti Ali, Hasan dan Husain diperintahkan untuk tetap berada di dalam rumah. Seterusnya mereka dilarang berhias (tabarruj) apabila berada di luar rumah. Ini adalah tafsiran yang menjauhi fakta yang benar dan pemikiran yang sihat kerana sedia diketahui bahawa Ali, Hasan dan Husain sentiasa bergiat aktif di luar rumah dalam ekspedisi dakwah dan jihad. Lebih dari itu mereka terdiri daripada kaum lelaki yang tidak berhias sebagaimana kaum wanita. Justeru tidak mungkin menafsirkan perkataanAhl al-Baitdalam ayat di atas sebagai merujuk kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain.Adapun beberapa petunjuk daripada al-Quran yang dikemukakan olehSyiahsebagai bukti bahawa ayat 33 surah al-Ahzab hanya merujuk kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husainradhiallahu anhum,ia dapat dijawab dengan mudah seperti berikut:Jawapan Kepada Petunjuk Pertama:IstilahAhl al-Baittidaklah mutlak merujuk kepada keluarga yang memiliki ikatan nasab sahaja. Ia juga merujuk kepada keluarga yang memiliki ikatan pernikahan. Berikut adalah satu contoh ayat al-Quran yang menggunakan istilahAhl al-Baitketikamerujuk kepada isteriNabi Ibrahimalaihi salam.Isteri (Nabi Ibrahim) berkata: Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan.Malaikat-malaikat itu berkata: Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkat-Nya melimpah-limpah kepada kamu,wahai Ahl al-Bait. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya.[Hud 11:72-73]Jawapan Kepada Petunjuk Kedua:Ayat 33 surah al-Ahzab yang bersifat maskulin (muzakkar) bukan kerana ia mengecualikan para isteri Rasulullah tetapi kerana ia merujuk kepada perkataanAhl() yang sememangnya bersifat maskulin. Dalam kaedah bahasa Arab:1.Apabila istilahAhlbersifat maskulin, maka seluruh ayat akan bersifat maskulin juga sekalipun yang dibicarakan ialah berkenaan kaum wanita.2.Ayat yang bersifat maskulin tidak mengecualikan kaum wanita kerana lafaz mazkulin boleh mewakili kedua-dua lelaki dan wanita.[6]Kedua-dua poin di atas merupakan kaedah yang amat asas dalam ilmu bahasa Arab. Hal ini mendapat perhatian Wan Zahidi Wan Teh di dalam tulisannya:Ahlul Bait Menurut Pandangan Sunnah dan Syiahsehingga beliau mengulas:[7]Hujah ini sebenarnya menunjukkan kejahilan mereka (Syiah) dalam bahasa Arab kerana kebanyakan mereka daripada bangsa Parsi tidak memahami bahasa Arab secara mendalam.Jawapan Kepada Petunjuk Ketiga:Syiahmenggunakan teguran Allah kepada para isteri Rasulullahshallallahu alaihi wasallam, radhiallahu anhumdalam ayat 4 surah al-Tahrim sebagai hujah bahawa mereka (para isteri) tidak termasuk dalam ciri-ciri kemaksuman yang ditetapkan dalam ayat 33 surah al-Ahzab. Hujah ini tertolak dengan dua sebab:1.Teguran Allah kepada para isteri Rasulullah bukanlah untuk merendahkan mereka tetapi kerana ingin memelihara mereka daripada sifat-sifat yang tidak baik. Para isteri Rasulullahradhiallahu anhumadalah ibu kepada umat Islam seluruhnya sebagaimana firman AllahSubhanahu wa Taala:Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka.[al-Ahzab 33:06]Sebagai ibu umat Islam, para isteri Rasulullah menjadi teladan kepada para isteri orang beriman seluruhnya. Justeru apabila Allah menegur dan memberi tunjuk ajar, ia bukanlah kerana keburukan yang ada pada para isteri Rasulullah tetapi kerana Allah ingin menjadikan mereka sumber teladan atau rujukan kepada para isteri umat Islam seluruhnya.2.Ayat 33 surah al-Ahzab tidak menetapkan sifat maksum kepada sesiapa, sama ada kepada para isteri Rasulullah mahupun 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain. Oleh itu sia-sia sahaja penghujahanSyiahini.Demikianlah jawapanAhl al-Sunnahkepada petunjuk-petunjuk al-Quran yang dikemukakan olehSyiahuntuk mengecualikan para isteri Rasulullah daripada istilahAhl al-Bait.Kembali kita kepada persoalan asal yang sedang dibahas:Adakah istilahAhl al-Baitdalam ayat 33 surah al-Ahzab merujuk kepada para isteri Rasulullah atau 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain?Jawapannya: IstilahAhl al-Baitdalam ayat 33 surah al-Ahzab merujuk kepada para isteri Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallamsahajaradhiallahu anhum..