atur cara profil majlis · pdf fileatur cara profil reka bentuk dan dicetak oleh: ... laman...

2
Profil Atur Cara Reka bentuk dan dicetak oleh: Program Penerbitan & Pengurusan Ilmu • Mac 2016 Dr. Omran Hashim Pusat Penyelidikan Tanaman dan Sains Tanah 29 Mac 2016 (Selasa) Ibu Pejabat MARDI, Serdang Majlis 2.30 petang • Pendaftaran • Ketibaan jemputan 3.00 petang • Ketibaan Ketua Pengarah MARDI dan barisan JPKM serta pembentang syarahan • Nyanyian lagu oleh Koir MARDI - Negaraku - Lagu Pemimpin Agroteknologi • Bacaan doa • Sesi memperkenalkan pembentang • Pembentangan oleh Dr. Omran Hashim Tajuk Laman Edibel: Konsep, Realiti dan Cabaran Semasa 4.30 petang • Minum petang/bersurai Laman Edibel: Konsep, Realiti dan Cabaran Semasa Dr. Omran Hashim Dilahirkan pada 17 Mac 1958 di Jelebu, Negeri Sembilan Pendidikan: Sekolah Rendah dan Menengah • Sekolah Kebangsaan Sendayan, Negeri Sembilan (1965 – 1970) • Sekolah Menengah Seri Sendayan, Negeri Sembilan (1971 – 1973) • Sekolah Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur (1974 – 1975) Institusi Pengajian Tinggi • Ijazah Sains Pertanian, Universiti Pertanian Malaysia (1977 – 1981) • Doktor Falsafah, Wye College, University of London, United Kingdom (1986 – 1989)

Upload: vuliem

Post on 18-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Atur Cara Profil Majlis · PDF fileAtur Cara Profil Reka bentuk dan dicetak oleh: ... Laman Edibel: Konsep, Realiti dan Cabaran Semasa Dr. Omran Hashim Dilahirkan pada 17 Mac 1958

ProfilAtur Cara

Reka bentuk dan dicetak oleh:Program Penerbitan & Pengurusan Ilmu• Mac 2016

Dr. Omran HashimPusat Penyelidikan Tanaman dan Sains Tanah

29 Mac 2016 (Selasa)Ibu Pejabat MARDI, Serdang

Majlis2.30 petang• Pendaftaran• Ketibaan jemputan

3.00 petang• Ketibaan Ketua Pengarah MARDI

dan barisan JPKM serta pembentang syarahan

• Nyanyian lagu oleh Koir MARDI - Negaraku - Lagu Pemimpin Agroteknologi • Bacaan doa• Sesi memperkenalkan pembentang• Pembentangan oleh Dr. Omran Hashim Tajuk “Laman Edibel: Konsep,

Realiti dan Cabaran Semasa

4.30 petang• Minum petang/bersurai

Laman Edibel: Konsep, Realiti dan Cabaran Semasa

Dr. Omran HashimDilahirkan pada 17 Mac 1958 di Jelebu, Negeri Sembilan

Pendidikan:Sekolah Rendah dan Menengah• Sekolah Kebangsaan Sendayan,

Negeri Sembilan (1965 – 1970)• Sekolah Menengah

Seri Sendayan, Negeri Sembilan (1971 – 1973)

• Sekolah Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur (1974 – 1975)

Institusi Pengajian Tinggi• Ijazah Sains Pertanian, Universiti

Pertanian Malaysia (1977 – 1981)• Doktor Falsafah, Wye College,

University of London, United Kingdom (1986 – 1989)

Page 2: Atur Cara Profil Majlis · PDF fileAtur Cara Profil Reka bentuk dan dicetak oleh: ... Laman Edibel: Konsep, Realiti dan Cabaran Semasa Dr. Omran Hashim Dilahirkan pada 17 Mac 1958

Profil Sinopsis

Laman Edibel: Konsep, Realiti dan Cabaran Semasa (Edible Garden: Concept, Reality and Present Challenges)

komuniti dalam bandar. Secara realiti, pembangunan laman edibel tidak memerlukan ruang atau halaman yang luas. Pembangunan di ruang yang terhad masih boleh dilaksanakan dengan menggunakan teknologi dan inovasi terkini serta bergantung kepada kreativiti. Pemilihan tanaman edibel bagi menghasilkan kombinasi tanaman yang berfungsi dan lestari perlu mengambil kira ciri-ciri dan sifat pertumbuhan seperti saiz dan keperluan spesies tanaman serta kesesuaian dengan ruang persekitaran yang akan dibangunkan. Kewujudan laman edibel juga perlu mengambil kira aspek keperluan dan kehendak pengguna dan seisi keluarga. Tanaman edibel boleh ditanam secara kombinasi mengikut model tertentu bagi menampung keperluan pengguna dalam masakan seharian. Selain itu, ia juga dapat memenuhi keperluan harian bagi membekalkan sumber makanan yang mempunyai nutrisi, segar dan bebas daripada racun.

Malaysia kini berdepan dengan proses urbanisasi yang pesat sebagaimana berlaku di negara membangun yang lain. Senario sebegini telah menjadikan aktiviti pertanian di bandar diberi keutamaan pada masa hadapan. Namun begitu, terdapat beberapa kekangan dalam melaksanakan aktiviti pertanian bandar seperti ruang tanah yang semakin berkurangan, masalah kekurangan air, kesuburan tanah, kekerapan penggunaan bahan kimia yang tinggi dan perubahan cuaca. Strategi bagi membekalkan nutrisi makanan yang secukupnya kepada masyarakat seharusnya dibangunkan. Terdapat beberapa pendekatan pertanian bandar yang dipraktikkan di seluruh dunia sama ada berskala besar atau kecil. Pembangunan laman edibel merupakan pendekatan yang sering dipraktikkan di negara ini. Laman edibel amat penting kerana ia membekalkan keperluan makanan kepada penghuni rumah seisi keluarga dan komuniti bandar. Laman edibel juga dapat memberikan impak kehijauan landskap dan kelestarian

Pengalaman Kerja dan PencapaianDr. Omran Hashim memulakan kerjaya sebagai Pegawai Penyelidik pada 01 Jun 1986 di MARDI Hilir Perak. Beliau telah bertugas di Bahagian Koko-Kelapa dalam bidang fisiologi tanaman. Pada 1986, Dr. Omran telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di United Kingdom dan telah dianugerahkan Ijazah Kedoktoran pada 1989. Sekembalinya ke MARDI, Dr. Omran bertugas di Bahagian Buah-buahan, MARDI Bukit Tangga (Sintok). Dr. Omran sangat aktif menjalankan penyelidikan dalam bidang manipulasi pembungaan dan pengeluaran buah pada pokok mangga, belimbing dan manggis. Beliau bersama-sama pasukan penyelidik lain telah menerbitkan Manual Teknologi Merancang Pengeluaran Buah Mangga Sala pada Luar Musim. Teknologi tersebut telah memberi lonjakan pendapatan kepada penanam pokok mangga Sala di Perlis. Teknologi tersebut juga boleh diguna pakai untuk mengaruh pengeluaran buah mangga varieti lain berdasarkan kesesuaian dan persekitaraan setempat. Pada Mei 2006, beliau mula diberi amanah dalam pengurusan dan dilantik sebagai Pengurus Stesen MARDI Jelebu. Pada 2010, beliau telah dilantik sebagai Pengarah MARDI Negeri

Sembilan. Pada 2014, Dr. Omran diberi tugas untuk menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengarah, Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi sehingga Mei 2015. Kemudiannya beliau dilantik pula sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Hortikultur. Kini, Dr. Omran memegang jawatan sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Tanaman dan Sains Tanah sejak Februari 2016.

PenerbitanSehingga kini beliau telah menghasilkan lebih 80 artikel yang diterbitkan di dalam jurnal/prosiding tempatan dan antarabangsa, majalah dan buletin. Beliau juga aktif membentangkan kertas kerja di seminar di dalam dan luar negara.

Tanggungjawab LainDr. Omran juga merupakan Juruaudit Kualiti Dalaman MS ISO 9001:2008 sehingga 2015. Disamping itu, beliau juga merupakan penyelia bersama dan pemeriksa luar kepada pelajar pasca ijazah di Universiti Putra Malaysia.

AnugerahAtas dedikasi dalam perkhidmatan, Dr. Omran telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARDI pada 2002 dan 2012