astrak

2
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah penggunaan peralatan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani memberi kesan terhadap penglibatan pelajar semasa menjalankan aktiviti. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 20 orang pelajar dari Tahun empat seroja Sekolah Kebangsaan Bukit Teh, Peulau Pinang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga dan juga akademik. Responden dalam kajian ini berumur 10 tahun. Pengkaji menggunakan instrumen pemerhatian dan borang soal selidik untuk memperoleh data kajian. Pengkaji telah menghasilkan peralatan reka ganti bagi tujuan mengatasi masalah yang timbul semasa melaksanakan tindakan kajian. Hasil analisis data mendapati bahawa responden menunjukkan peningkatan penguasaan kemahiran yang diajar dan juga melibatkan diri secara aktif semasa menjalankan aktiviti. Selain itu, responden turut menunjukkan perubahan sikap yang positif sepanjang kajian dijalankan. Keputusan kajian menunjukkan 75 peratus responden menyatakan bahawa guru menggunakan lebih daripada satu jenis peralatan semasa menjalankan aktiviti bagi mengatasi masalah

Upload: khairil-anwar-bin-muktar

Post on 14-Nov-2015

241 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

d

TRANSCRIPT

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah penggunaan peralatan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani memberi kesan terhadap penglibatan pelajar semasa menjalankan aktiviti. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 20 orang pelajar dari Tahun empat seroja Sekolah Kebangsaan Bukit Teh, Peulau Pinang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga dan juga akademik. Responden dalam kajian ini berumur 10 tahun. Pengkaji menggunakan instrumen pemerhatian dan borang soal selidik untuk memperoleh data kajian. Pengkaji telah menghasilkan peralatan reka ganti bagi tujuan mengatasi masalah yang timbul semasa melaksanakan tindakan kajian. Hasil analisis data mendapati bahawa responden menunjukkan peningkatan penguasaan kemahiran yang diajar dan juga melibatkan diri secara aktif semasa menjalankan aktiviti. Selain itu, responden turut menunjukkan perubahan sikap yang positif sepanjang kajian dijalankan. Keputusan kajian menunjukkan 75 peratus responden menyatakan bahawa guru menggunakan lebih daripada satu jenis peralatan semasa menjalankan aktiviti bagi mengatasi masalah kekurangan peralatan. Sebanyak 81 peratus responden pula menyatakan mereka berkongsi peralatan bersama rakan semasa menjalankan aktiviti. Ini menunjukkan bahawa penggunaan peralatan sangat mempengaruhi penglibatan pelajar semasa menjalankan aktiviti dan juga meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap kemahiran yang diajar.