assigmennt aplikasi komputer dlm b.melayu-eed3214 (dr. azhar md. sabil) (1) (1)

3
EED 3214 APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU SEMESTER 7 TAHUN 2015 PENSYARAH : Dr. Azhar !" M#. Sa!$ TA%UK : Apakah benar bahawa teknologi masa kini akan merevolusikan cara guru mengajar, murid belajar dan cara pendidikan dikendalikan ? OLEH :

Upload: jasmineteong

Post on 07-Oct-2015

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

EED 3214APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYUSEMESTER 7 TAHUN 2015

PENSYARAH :

Dr. Azhar bin Md. Sabil

TAJUK :

Apakah benar bahawa teknologi masa kini akan merevolusikan cara guru mengajar, murid belajar dan cara pendidikan dikendalikan ?

OLEH :

Penggunaan teknologi baru semakin penting dan meluas. Salah satu teknologi terkini adalah komputer. Komputer bukan sahaja digunakan untuk tujuan kajian, ciptaan dan rekaan sahaja, malahan ia menjurus kepada kaedah penyampaian dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) merupakan satu kaedah pengajaran yang menggunakan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Penggunaannya kini dilihat menjadi semakin penting khususnya dalam meningkatkan kefahaman murid dalam P&P. Pada peringkat awal, kemunculan teknologikomputer secara tradisinya digunakan sebagai alat pemprosesan data atau menaip tekssemata-mata.

Kini, penggunaannya telah diperluaskan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Corak penyampaian komputer pada satu ketika dahulu hanya terhad kepada penggunaan teks, numerik, grafik dan animasi mudah sahaja. Namun dengan kemajuan teknologi multimedia telah berupaya untuk mempersembahkan video bergerak, animasi yang canggih dan grafik warna.

Bagi murid-murid pula mereka akan lebih berminat dengan pembelajaran bilamenggunakan komputer. Ini kerana bukan sahaja persembahan pengajaran yang bolehmereka tonton, malahan mereka juga boleh turut serta dalam penggunaan komputer, bagi meningkatkan pemahaman dalam pembelajaran mereka.