assig_cakap ketidaklangsungan

Upload: jasmine-eng

Post on 04-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 ASSIG_cakap ketidaklangsungan

    1/14

    PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN

    KOLEJ SASTERA DAN SAINS

    UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

    SGRM3083 SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU

    KOHORT 1 KUMPULAN B

    TAJUK TUGASAN

    ANALISIS ASPEK KETIDAKLANGSUNGAN DALAM

    PERTUTURAN BERDASARKAN SEBUAH NOVEL

    DISEDIAKAN OLEH:

    NAMA PELAJAR NO KAD PENGENALAN NO MATRIK

    CHEW LI LI 740502085184 210462

    TAN SOO LEAN 740915075574 210463

    TEH CHING HOOI 831125025314 210464

    ENG BEE LENG 840805035238 210465

    LIM AI POH 720228025278 210466

    EMAIL:[email protected]/[email protected]

    DISEDIAKAN UNTUK:

    PUAN YUSNIZA YAAKUB

    TARIKH SERAHAN

    13 OKTOBER 2012

    mailto:[email protected]/mailto:[email protected]/mailto:[email protected]/mailto:[email protected]/mailto:[email protected]/
  • 7/30/2019 ASSIG_cakap ketidaklangsungan

    2/14

    1

    1.0 PengenalanMasyarakat Melayu amat menitikberatkan kesopanan dan kesantunan dalam amalan

    hidup.Justeru, ketidaklangsungan (indirectness) menyampaikan mesej dalam pertuturan

    merupakan satu aspek penting dalam komunikasi orang Melayu.Ketidaklangsungan

    adalah berdasarkan implikatur dalam perbualan.Implikatur ialah satu aspek penting

    dalam bidang pragmatik, iaitu satu bidang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan

    konteks.

    Menurut Nor Hasyimah Jalaluddin (1992:677), implikatur dalam erti kata yang mudah

    ialah mesej yang tersirat dan cuba disampaikan dalam perbualan.Jamaliah Mohd Ali

    (1996) pula mendefinisikan implikatur sebagai kajian yang melibatkan aspek-aspek

    makna yang tidak diliputi oleh bidang sematik. Leech (1993) telah memperluas bidang

    ini dengan membuat perbandingan antara makna yang disampaikan dengan makna yang

    dimaksudkan. Ini bermaksud setiap ujaran yang disampaikan perlu dikaji tentang

    tekanan pragmatik yang terkandung di sebalik ujaran yang tersurat.

    2.0 Aspek-aspek ketidaklangsungan

    2.1 Beating About the Bush

    Beating About the Bush merujuk kepada perbualan apabila seorang penutur mengambil

    masa untuk bercakap benda--benda lain sebelum memasuki topik perbualan yang utama.

    Biasanya penutur bertujuan meminta sesuatu atau mencapai objektif tertentu tetapi tidak

    bercakap secara terus- terang. Sebaliknya penutur akan mengujarkan sesuatu perkara

    yang mungkin tidak berkaitan dengan perkara yang hendak disampaikan

  • 7/30/2019 ASSIG_cakap ketidaklangsungan

    3/14

    2

    Jenis implikatur ini dapat dilihat pada kanak-kanak yang inginkan sesuatu

    daripada kedua orang tuanya. Dia tidak akan meminta sesuatu secara terus, tetapi akan

    menggunakan alternatif iaitu cara lain. Mereka selalunya bermain dengan perasaan

    sendiri. Contohnya, Abu inginkan jam tangan, dia tidak memintanya secara terus

    daripada bapanya, ikuti perbualan di bawah :

    Abu : Ayah, cantiknya jam tangan Ali.

    Ayah : Betullah cantik, kenapa?

    Abu : Kan senang kalau ada jam. Bolehlah tahu masa, taklah terlambat

    lagi ke sekolah.

    Ayah : (hanya tersenyum)

    2.2 Metafora

    Menurut Kamus Dewan, Metafora ialah pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu

    makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang

    berkenaan. Iaitu sebagai perbandingan atau kiasan.Ini bermaksudpenggunaan kata-

    katanya yang tidak mendukung makna sebenar, sebaliknyadilukiskan secara persamaan

    dan perbandingan.Digunakan dalam bahasa harian danbanyak digunakan dalam tulisan

    kreatif.Terdapat tiga bahagian di dalamnya, iaituabstrak, perlambangan dan juga

    personafikasi.

    Abstrak digunakan dalam bahasa harian yang berkaitan dengan kiasan atau peribahasa.

    Contohnya Haruan makan anak yang membawa maksud bapa yang melakukan perkara tidak

    senonoh terhadap anaknya.

    Perlambangan merupakan sesuatu yang tidak wujud di dunia nyata, tetapi digunakan untuk

    menunjukkan sesuatu maksud. Contohnya Cantikumpama bulan mengambang.

  • 7/30/2019 ASSIG_cakap ketidaklangsungan

    4/14

    3

    Personafikasi ialah pemberian sifat manusia kepada sesuatu objek yang abstrak.ContohnyaSiang

    merangkak-rangkak.

    2.3 Cakap Berlawanan

    Cakap berlawanan merupakan kata-kata yang mempunyai makna yang lain seperti

    yang diujarkan. Iaitu makna yang bertentangan dengan makna literalnya. Kadangkala

    ianya mempunyai ironi, iaitu bentuk penyebutan sesuatu kenyataan yang umumnya

    berbeza dengan realiti. Ironi melibatkan penggunaan kata yang bertujuan memberi

    balasan, atau timbal balik yang merupakan sindiran. Penutur menggunakan maksud yang

    implisit untuk tujuan menyindir. Apa yang dipertuturkan secara verbal, iaitu lisan tidak

    menggambarkan isi hati penutur yang sebenarnya. Contohnya :

    Ha, pergi panjat pokok itu tinggi-tinggi lagi (kata seorang Ibu kepada anaknya

    yang jatuh pokok)

    Melalui contoh di atas, kata-kata ibunya bukanlah bertujuan menyuruh anak

    memanjat pokok tersebut dengan lebih tinggi lagi, tetapi adalah untuk menyindir

    perbuatan anaknya. Si anak secara tidak langsungnya menyedari ibunya yang marah

    dengan perbuatannya.

    2.4 Cakap Perantara

    Cakap perantara bermaksud menggunakan khidmat orang ketiga untuk

    menyampaikan sesuatu maksud. Contohnya perbualan semasa merisik:

    Kami ni datang bagi pihak Encik Hassan dengan satu hajat.Hajatnya nak bertanya,

    bunga di taman Encik itu sudahkah dipetik orang?

  • 7/30/2019 ASSIG_cakap ketidaklangsungan

    5/14

    4

    3.0 Pengenalan Novel Azfa Hanani

    Azfa Hanani merupakan novel karangan asli yang diterbitkan oleh Utusan Publications

    & Distributors.Novel ini merupakan Pemenang Hadiah Utama Peraduan Novel Remaja

    anjuran Utusan Melayu & Public Bank.

    Novel ini menggantikan novel yang telah digunakan di sekolah sejak tahun 2000 hingga

    tahun 2009.Novel ini merupakan novel baharu untuk pengajaran dan pembelajaran di

    sekolah mulai tahun 2010.

    Novel ini mengisahkan kehidupan seorang gadis yatim piatu yang terpaksa mengharungi

    hidupnya yang serba kekurangan. Dia terpaksa menjadi orang lain demi cita-cita dan

    keluarga Pak Longnya.

    4.0 Aspek-aspek ketidaklangsungan dalam novel Azfa Hanani

    4.1 Beating About the Bush (B.A.B)

    Dalam novelAzfa Hanani, banyak aspek ketidaklangsungan diutarakan dalam pertuturan.

    Antarnya ialah Beating about the bush.kita dapat melihat contoh-contoh berikut:

    Marilah, Kak Nani... temankan adik ke dusun tu. Kak Rina dan Abang Acir tak bagi adik

    ikut tadi,ajak Zahidin.(h.193)

    Sebenarnya tujuan sepupu manja Hanani yang berumur lima tahun itu bukan ke dusun,

    tetapi hendak main air di jeram yang tidak jauh dari dusun.Dia tidak menyatakan tujuan

    sebenarnya kerana dia tahu ibu bapanya memang tidak mengizinkan.Apabila Hanani

    bertanya,Sebenarnya, adik nak main air di jeram, kan? sepupunya yang masih mentah

    itu terus tersenyum dan mengangguk.

  • 7/30/2019 ASSIG_cakap ketidaklangsungan

    6/14

    5

    Contoh yang lain ialah semasa mak long menjawab soalan anak kecilnya, Zahidin yang

    kehairanan melihat Hanani tidak ke sekolah pada awal pagi.

    Kak Nani nak pergi jauh, dik. Dia nak belajar di sekolah yang lebih bagus.Kalau adik

    belajar rajin-rajin macam Kak Nani, tentu adik pun dapat belajar di KL ,kata mak long

    perlahan.(h.28)

    Daripada ujaran Mak Long, persoalan Hanani terjawab, iaitu mak longnya telah

    mengizinkan pemergiannya ke kota mengikut Abang Mazran danKak Finaz. Padahal mak

    long tidak berkata secara terus-terang kerana ingin menjaga perasaan Hanani. Secara

    tidak langsung, mak long juga menyatakan keizinan ini adalah demi masa depan Hanani.

    Dalam novel Azfa Hanani, Hanani memainkan perwatakan yang teguh

    pendirian.Walaupun raut mukanya mirip Murni, tetapi pada pendapatnya banyak

    ketidaksamaan dalam keserupaan.Dia sebenarnya ingin membuat perubahan di bilik

    Murni tetapi tidak berani menyuarakan memandangkan dia hanya menumpang.Oleh itu,

    apabila Kak Finaz memberi penjelasan Adik ipar kakak itu suka sangat dengan kartun.

    Sebab itulah bilik ini banyak sangat hiasan macam itu, Hanani terus menjawab, Saya

    tak berapa minat dengan patung bentuk kartunlah kak..( h.39)

    Semasa Hanani ingin memenuhi permintaan Ellina untuk bertandang ke rumahnya,

    Abang Muzaffar cuba membantu Hanani untuk memujuk Datin Maziah yang membantah

    kerana Hanani sepatutnya menghadiri tuisyen pada petang itu.

    Kalau abang tak silap, ikut jadual... petang ni Nini ada kelas Bahasa Inggeris, kan?

    Satu subjek lagi, Biologi.Betul tak?

  • 7/30/2019 ASSIG_cakap ketidaklangsungan

    7/14

    6

    Abang Muzzafar menyuarakan sesuatu yang seolah-olah tidak berkaitan dengan

    permintaan Hanani untuk ke rumah kawannya. Tetapi daripada ujaran seterusnya kita

    mendapati Abang Muzafgar sebenarnya cuba membantu Hanani memujuk ibunya

    membenarkan Hanani ke rumah kawannya.

    Kalau dua subjek tu, biarlah Nini tinggalkan kelas tuisyen dia, mama. Sesekali

    apasalahnya. Nini memang pandai dalam subjek Bahasa Inggeris danMuz ingatlah

    keputusan subjek Biologi dia pun memang bagus,tokokmnya lagi. (h.114)

    4.2 Metafora

    Unsur metafora memang banyak terdapat dalam novel Azfa Hanani, terutamanya

    bahagian abstrak yang mendukung maksud kiasan dan peribahasa.

    Disebabkan belenggu perasaan rasa bersalah kerana telah mengambil buku dari

    perpustakaan, hati Hanani berbisik:

    Siapa yang makan lada, dialah terasa pedas (h. 6)

    Dalam contoh di atas, tiada orang yang makan lada di situ. Mesej yang hendak

    disampaikan ialah sesiapa yang membuat salah, dialah yang terasa meskipun nama tidak

    disebut.

    Sekali arang tercalit di muka, selautan air tidak akan mampu mencucinya.(h.9)

    Hanani mengatakan demikian kerana sebelum ini dia belum memiliki sebarang rekod

    kesalahan disiplin.

  • 7/30/2019 ASSIG_cakap ketidaklangsungan

    8/14

    7

    Penulis menerusi watak utama Hanani, menyifatkan budi pekerti Nordin yang mulia

    adalah mewarisi ayahnya, Pak Haji Arshad umpamaKe manalah tumpahnya kuah

    kalau tidak ke nasi (h.14)

    Apabila Hanani ditawarkan ke rumah Murni, untuk membahagiakan seorang ibu

    yang kehilangan anak kesayangannya, Hanani menyindir diri sendirinya Siapa sangka,

    cempedak menjadi nangka (h.20)

    Rasa bosan tidak terelak daripada menjengah minda (h.82).Penulis mengutarakan

    unsur personafikasi dengan memberi nyawa kepada rasa bosan.

    Pucuk dicita, ulam mendatangAku bagaikan orang mengantuk disorongkam bantal.(h.

    91) Penulis menggunakan perlambangan untuk menyatakan perasaan Hanani yang lega

    dan senang apabila Muzzafar yang sebelum ini suka menyindirnya, menawarkan dirinya

    untuk mengajar Hanani menggunakan komputer.

    Hanani berasa kecil hati apabila Ekran membandingkannya dengan Murni.Dia

    menyuarakan pendirian dengan berkata,kita hidup mesti berpijak di bumi nyata,

    Ekran.Saya dan Murni tidak boleh disamakan.(h.103).

    Berpijak di bumi nyata di sini bukan bermaksud berdiri di atas bumi atau tanah.Mesej

    yang hendak disampaikan oleh Hanani ialah dia menerima hakikat dan sentiasa ingat dia

    merupakan anak yatim piatu yang miskin, bukannya Murni yang merupakan anak emas

    Datin Maziah.

    Dalam novel ini, Muzzafar cuba memprotes apabila Hanani menuduhnya

    menghalang persahabatan antara Murni dan Ekran semata-mata kerana darjat.

  • 7/30/2019 ASSIG_cakap ketidaklangsungan

    9/14

    8

    Aku tidak mungkin akan berjaya menarik rambut dari dalam tepung tanpa sebarang

    serakan. (h.189)

    .Maksud Muzzafar di sini, sebijak manapun, dia tidak mungkin dapat melindungi

    adiknya Murni tanpa melukakan sesiapa.

    Penulis juga menggunakan pepatah seperti dalam bisikan hati Hanani Hujan emas

    di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. (h.194)

    Hanani patah hati apabila diusir dari rumah Murni dan menyifatkan dirinya seperti

    melukut di tepi gantang.Penulis melalui Hanani, menyifatkan orang yang tidak dihargai

    adalah seperti melukut yang tidak bernilai.Ini merupakan unsur perlambangan yang

    diselitkan dalam novel ini.

    4.3Cakap Berlawanan

    Kamus Dewan Edisi Ketiga menyatakan bahawa salah satu maksud berlawanan

    ialah bertentangan, tidak sehaluan atau sama. Maka Penulis novel Afza Hanani ,Halis

    Azhan Mohd Hanafiah menggunakan Cakap berlawanan untuk menyampaikan mesej

    yang bertentangan maksudnya dengan yang realiti di dalam novelnya. Antara contoh

    cakap berlawanan yang terdapat dalam novelAfza Hanani ialah seperti di bawah:

    Kamu ni macam kembar Murni, tapi dia sangat bagus dalam subjek Bahasa

    Inggeris,komen Cikgu Ramzan setelah kami selesai bersoal jawab.Maksud yang ingin

    disampaikan oleh Cikgu Ramzan ialah walaupun muka Afza Hanani dan muka Tengku

    Murni seiras, namun tahap penguasaan Bahasa Inggeris Afza Hanani tidak sebaik Tengku

    Murni.(h.52)

  • 7/30/2019 ASSIG_cakap ketidaklangsungan

    10/14

    9

    Awak kan murid baru?Inilah peluang paling baik untuk memperkenalkan

    diriawak tu Afza Hanani, bukannya Tengku Murni.Fuziana menambah sambil

    tersenyum sinis .Penulis menggunakan cakap berlawanan untuk menyedarkan Afza

    Hanani bahawa popularitinya di sekolah tidaklah standing dengan Tengku Murni.(h.85)

    Tak malu ke berkawan dengan penjual burger?Agak aneh pertanyaan itu

    berbalas dengan pertanyaan juga. Ayat berlawanan ini membawa maksud penjual burger

    Ekran sebenarnya agak keberatan hendak berkawan dengan Afza Hanani. Dia khuatir

    bahawa status dirinya yang rendah akan menjatuhkan maruah Afza Hanani yang

    merupakan anak orang berada. Tetapi jauh di nun hatinya, Ekran sebenarnya gembira

    kerana Afza Hanani tidak kisah tentang perbezaan taraf hidup mereka. Dia bertanyakan

    soalan ini untuk menguji keikhlasan hati Afza Hanani.(h.99)

    Hidup sebagai anak manja?Aku bertanya balas, pura-pura tidak mengerti.Ah,

    aku seperti mengejek diri sendiri pula! Erti pahit yang berlawanan dengan kehidupan

    sebagai anak manja cuba diutarakan oleh Afza Hanani kepada Ekran. Afza sering

    menerima layanan manja Datin Maziah tetapi terpaksa menepis pandangan serong Datuk

    Tengku Makmur dan Abang Muzaffar.Termasuk juga terpaksa makan menggunakan

    sudu dan garpu setiap masa.(h.111)

    4.4 Cakap Perantara

    Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga perantara bermaksud orang tengah yang

    menjadi penghubung dalam perundingan dan lain-lain. Cakap perantara banyak

    digunakan oleh masyarakat melayu untuk menyampai mesej yang tersirat semasa

  • 7/30/2019 ASSIG_cakap ketidaklangsungan

    11/14

    10

    berkomunikasi. Antara contoh cakap perantara yang digunakan oleh penulis Halis Azhan

    Mohd Hanafiah dalam novelnya yang berjudulAfza Hanani adalah seperti berikut:

    Nordin mengangkat bahu. Manalah aku tahu, Nani. Elok-elok tadi aku berjalan

    di depan pejabat sekolah dengan Lan, CC panggil. Dia suruh cari kau. Segera. Katanya,

    pengetua nak jumpa,beritahu Nordin. Nordin menjadi orang tengah yang

    menyampaikan pesanan CC kepada Nani. CC pula bertindak sebagai perantara bagi pihak

    pengetua yang memberi arahan kepada Nordin untuk mendapatkan Nani. (h.13)

    Nini yang sebenar amat peramah orangnya.Ellina yang mengutarakan ayat ini

    berperanan sebagai orang tengah untuk memberitahu Afza Hanani bahawa Tengku Murni

    sangat peramah orangnya.(h.51)

    Ini rancangan Laili sebenarnya.Sebab dia kena pergi mesyuarat, saya dan

    Ikalah yang kena beritahu,jelas Fuziana. Penulis menggunakan Fuziana dan Ika untuk

    menyampaikan rancangan Laili kepada Afza Hanani. Oleh kerana Laili terpaksa

    menghadiri mesyuarat, maka dia menggunakan khidmat orang tengah untuk menyampai

    rancangannya kepada Afza Hanani.(h.84)

    Laili kata, suara awak bagus untuk jadi pengacara pada malam itu, kata

    Fuziana lagi.Dalam novel ini , penulisnya Halis Azhan Mohd Hanafiah

    sering menggunakan perantara untuk menyampaikan maksud si perancangnya kepada

    orang lain. Contohnya Fuziana sekali lagi memberitahu Afza Hanani bahawa Laili

    memuji suaranya lunak dan sesuai menjadi pengacara majlis.(h.85)

    Cikgu Zamri selalu beritahu kami, suara Nini amat bagus untuk jadi pengerusi

    forum.Kalau bukan dia yang kata begitu, kami tak akan ajak Nini,beritahu Fuad.Fuad

  • 7/30/2019 ASSIG_cakap ketidaklangsungan

    12/14

    11

    juga mengambil peranan sebagai pihak ketiga yang menyampaikan kata-kata Cikgu

    Zamri kepada Nini.Fuad berkata sedemikian untuk memberi keyakinan kepada Nini

    bahawa bakatnya turut diakui oleh Cikgu Zamri. Tujuan Fuad ialah dia berharap Nini

    akan bersetuju untuk mempengerusikan forum bertajuk Peranan Beliau dalam

    Merealisasikan Wawasan Negara pada pagi lusa.(h.125)

    Semua orang kata suara kau bagus. Jelas, lunak, bernada, dan amat sedap

    didengar.Kau memang wajar menang.Suzana dan Adriani memberitahu Afza Hanani

    bahawa murid sekolah mereka dan murid sekolah-sekolah lain sebulat suara berpendapat

    bahawa dia memang patut diumumkan sebagai pengerusi forum terbaik. Penulis

    menggunakan watak Suzana dan Watak Adriani untuk memberitahu Afza Hanani bahawa

    dia mendapat sokongan daripada murid-murid lain.(h.142)

    Kak Finaz beritahu abang tadi, Nani nak jumpa Pak Madi dan Zura. Seketika

    masa berlalu tanpa sebarang kata-kata, Abang Norman yang berada di sisi pak long

    pula membuka mulut. Kak Finaz menjadi orang perantara yang menyampaikan hasrat

    Nani kepada Abang Norman. Kak Finaz memberitahu Abang Norman bahawa Nani

    ingin berjumpa dengan Pak Madi dan Zura.(h.168)

    5.0 Penutup

    Dalam bahasa Melayu, ketidaklangsungan dalam perbualan dilihat mempunyai tujuan-

    tujuan tertentu. Ketidaklangsungan menunjukkan nilai kesopanan dalam perbualan.

    Selain itu, terdapat juga gaya bahasa untuk menyindir, sindiran atau kiasan.

    Ketidaklangsunganjuga seringkali digunakan untuk menyatakan alasan kepada

    pendengar. Ini merupakan salah satu cara untuk menjaga hati pendengar, mengelakkan

  • 7/30/2019 ASSIG_cakap ketidaklangsungan

    13/14

    12

    salah faham atau memudaratkan ketegangan.

    Novel Azfa Hanani memang sesuai digunakan sebagai bahan bacaan dalam

    pengajaran dan pembelajaran komsas di sekolah memandangkan ceritanya yang menarik

    dan hiasan gaya bahasa yang kepelbagaian. Penulis juga telah menyelitkan banyak aspek

    ketidaklangsungan menerusi pertuturan watak-watak dalam novel ini. Novel ini juga

    mencerminkan kesantunan bahasa, kehalusan budi pekerti, kecekalan hati dan

    kesyukuran dalam hidup kita. Dengan menganalisis aspek-aspek ketidaklangsungan

    menerusi novel, kami dapat memahami dan menghayati keindahan bahasa Melayu

    dengan lebih mendalam

  • 7/30/2019 ASSIG_cakap ketidaklangsungan

    14/14

    13

    Rujukan

    Abdullah Hassan. (2007).Linguistik am siri pengajaran dan pembelajaran bahasa

    Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

    .

    Farsiah Haji Marzali.(1998). Implikatur Dalam Nyanyian Rakyat Masyarakat Melayu

    Sarawak. Penerbit: Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

    Kamaruddin Hj. Husin.(1995). Laras bahasa. Kuala Lumpur: Utusan Publications

    Distributors Sdn. Bhd.

    Kamus Dewan Edisi Keempat.(2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Kamus Linguistik susunan Ramli Md. Salleh et al.( 1997). Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Maimunah Ibrahim. Implikatur Dalam Iklan. Tesis. Penerbit: Universiti Malaya.

    Nor Hasyimah Hj. Jalaluddin.(1992). Semantik dan Pragmatik: Satu Analisis

    Pengenalan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.