(assgmt) pengurusan tingkah laku positif (2)

5
TEKNIK EKONOMI TOKEN Definisi Ekonomi Token Menurut Miltenberger (2004), token ekonomi adalah sebuah teknik dimana individu mendapatkan token untuk tingkah laku diingini yang ditunjukkan. Token yang dihasilkan boleh ditukar pula dengan peneguh simpanan (backup reinforcer). Tujuan token ekonomi dilakukan adalah untuk meneguhkan tingkah laku yang diinginkan terhadap klien. Token ekonomi juga digunakan sebagai intervensi untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini melalui sebuah aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran. Dalam kata lain, ekonomi token ialah satu sistem pengurusan di mana guru dan murid bersetuju tingkah laku sasaran yang akan diberi peneguhan. Murid diberi token dengan segera jika melakukan tingkah laku sasaran. Token ini kemudiannya boleh ditukarkan dengan ganjaran atau hadiah yang disukai oleh murid. Bagaimana ekonomi token dijalankan Sebelum ekonomi token dijalankan, beberapa perkara perlu diambil kira agar tingkah laku yang diingini itu tercapai.Antaranya ialah:- Mengenali dengan jelas tingkahlaku yang ingin diubah . Jelaskan perilaku tersebut kepada para pelajar secara spesifik. Pilih jenis token yang akan digunakan. Token adalah satu keadaan atau benda yang mempunyai nilai yang boleh dikumpul dan ditukar yang menjadi sokongan kepada sesuatu peneguhan tingkah laku. Guru boleh menggunakan token yang mudah untuk dihitung, dapat dilihat,

Upload: noor-ashikin-omar

Post on 27-Sep-2015

30 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

TEKNIK EKONOMI TOKENDefinisi Ekonomi TokenMenurut Miltenberger (2004), token ekonomi adalah sebuah teknik dimana individu mendapatkan token untuk tingkah laku diingini yang ditunjukkan. Token yang dihasilkan boleh ditukar pula dengan peneguh simpanan (backup reinforcer). Tujuan token ekonomi dilakukan adalah untuk meneguhkan tingkah laku yang diinginkan terhadap klien. Token ekonomi juga digunakan sebagai intervensi untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini melalui sebuah aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran. Dalam kata lain, ekonomi token ialah satu sistem pengurusan di mana guru dan murid bersetuju tingkah laku sasaran yang akan diberi peneguhan. Murid diberi token dengan segera jika melakukan tingkah laku sasaran. Token ini kemudiannya boleh ditukarkan dengan ganjaran atau hadiah yang disukai oleh murid. Bagaimana ekonomi token dijalankanSebelum ekonomi token dijalankan, beberapa perkara perlu diambil kira agar tingkah laku yang diingini itu tercapai.Antaranya ialah:-Mengenali dengan jelas tingkahlaku yang ingin diubah. Jelaskan perilaku tersebut kepada para pelajar secara spesifik. Pilih jenis token yang akan digunakan.Token adalah satu keadaan atau benda yang mempunyai nilai yang boleh dikumpul dan ditukar yang menjadi sokongan kepada sesuatu peneguhan tingkah laku. Guru boleh menggunakan token yang mudah untuk dihitung, dapat dilihat, disukai, sukar untuk dipalsukan dan selamat digunakan serta menarik perhatian pelajar seperti chip poker, stiker-stiker, jumlah objek seperti bintang atau wang permainan. Token yang telah dikumpul kemudiannya ditukar dengan sesuatu yang bernilai, penghargaan atau aktiviti yang disukai. Token diberikan dengan murid menampal token tersebut pada kad yang disediakan. Jika sebarang tingkah laku negatif wujud token akan ditarik.Pilih peneguh(back-up reinforcer)atau hadiah yang boleh ditukar dengan token.Pilih hadiah yang dapat ditukar dengan token yang telah dkumpulkan contohnya seperti dapat keluar rehat lebih awal, memilih aktiviti yang ingin dilakukan,atau memberikan makanan kesukaan. Hitung berapa nilai token untuk suatu perilaku.Guru perlu menetapkan berapa nilai token untuk suatu tingkah laku yang diinginkan. Contohnya datang awal ke kelas bernilai 1 token atau mengangkat tangan sebelum bertanya bernilai 1 token.Tentukan waktu penukaran token. Guru perlu berbincang dengan pelajar-pelajar untuk menentukan waktu mereka dapat menukarkan token secara berkala.

Pelaksanaan teknik ekonomi token.Memberi penjelasan tentang teknik ini.Guru harus menjelaskan dengan sejelas-jelasnya bagaimana teknik ini akan dilaksanakan kepada para pelajar. Berikan token beserta pujian. Pada masa pelajar menunjukkan perilaku yang diinginkan, token dan pujian harus diberikan dengan cepat dan tidak boleh ditunda.Kurangi token dan kekalkan pujian.Untuk perilaku baru yang positif, token hendaklah diberikan. Token dikurangkan apabila perilaku tersebut sudah mula dimiliki oleh pelajar, namun pujian tetap diberikan sebagai peneguhan . Token tetap diberikan untuk perilaku-perilaku baru yang harus dikuasai oleh pelajar. Buat penyesuaian yang diperlukan.Untuk menjaga motivasi dan minat pelajar, sesuaikan harga untuk hadiah yang akan ditukar dengan token dan sesuaikan sasaran aras kesukaran tingkah laku. Apabila perilaku terlalu mudah atau terlalu sulit maka para pelajar akan tidak bermotivasi untuk terlibat aktif dalam program ekonomi token.

TEKNIK MODELINGTeknik modeling juga dikenali sebagai teknik peniruan atau pemerhatian.Kanak-kanak mempunyai banyak respon positif dan negatif daripada pemerhatian terhadap orang lain. Justeru itu, modeling adalah satu teknik tingkah laku di mana guru-guru menetapkan satu tingkah laku yang baru di kalangan murid bermasalah dengan menyuruh murid ini membuat pemerhatian terhadap murid-murid lain yang sedang menunjukkan tingkah laku yang positif. Selepas membuat pemerhatian, murid-murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah disuruh untuk membuat simulasi atau role play mengenai keadaan yang diperhatikannya supaya murid tersebut dapat menunjukkan tingkah laku positif yang sama. Perry dan Furukawa (dalam Abimanyu dan Manrihu 1996) mendefinisikan modeling sebagai proses belajar melalui pemerhatian di mana tingkah laku dari seorang individu atau kelompok, sebagai model, berperanan sebagai rangsangan bagi cara pemikiran, sikap, atau tingkah laku dari individu yang lain yang memerhati model yang ditampilkan..Bandura (1986, 1994) dalam Feist (2008 : 409) memberikan sedikit pernyataan mengenai modeling bahawa teknik modeling melibatkan proses-proses kognitif, jadi ia tidak hanya meniru, lebih dari sekadar menyesuaikan diri dengan tindakan orang lain kerana sudah melibatkan dapatan secara simbolik dan menyimpannya untuk digunakan di masa depan.Teknik modeling ini sangat sesuai untuk meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak. Teknik ini boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid cara betul untuk bercakap dengan orang dewasa serta tidak menggunakan kata-kata yang kesat. PelaksanaanApabila teknik ini hendak digunakan, guru perlu meminta pelajar berkenaan untuk memerhati apa yang ditunjukkan oleh model.Sebelum itu, guru perlu memilih model yang sesuai dalam memaparkan tingkah laku yang akan diperhatikan oleh pelajar lain.Ketika model membuat demonstrasi,pelajar berkenaan boleh turutmengambil bahagian secara langsung.Selepas itu, guru perlu meminta pelajar tadi membuat kesimpulan dari pemerhatiannya terhadap model tadi dan guru perlu member penjelasan tentang tingkah laku positif yang telah dilihat oleh pelajar .Guru perlu menarik perhatian pelajar dahulu dengan menyediakan model yang menarik,suasana yang nyaman dan persekitaran yang selesa sekiranya ingin teknik ini berjaya.Guru juga perlu memberi penerangan yang jelas kepada pelajar terlibat dan meminta pelajar menterjemah semula tingkah laku model dengan melakonkan semula.Akhir sekali, guru juga boleh memberi motivasi kepada pelajar berkenaan sama ada dalam bentuk ganjaran atau pujian.