aspek ekonomi

2
ASPEK EKONOMI TAMADUN YUNANI 1. Tumpuan utama diberikan kepada aktiviti perdagangan kerana keadaan muka bumi Yunani yang bergunung-ganang dan tidak sesuai untuk pertanian. 2. Terdapat peningkatan yang tinggi dalam perdagangan dengan kuasa luar melalui jalan laut. 3. Perdagangan hanya berlaku antara kawasan di pesisir pantai yang berhampiran seperti Mesir, Syria, dan Phoenecia. 4. Athens dan Corinth menghadapi masalah masalah kekurangan makanan dan terpaksa mendapatkan bahan makanan dari luar seperti dari kawasan di Sparta dan Laut Hitam. 5. Athens menjadi pusat pengumpulan barang keperluan yang datang dari Timur. 6. Kegiatan perdagangan yang dijalankan di di negara kota dikenakan cukai dan hal ini telah menyebabkan berlakunya kenaikan harga barang. 7. Ramai rakyat Yunani berpindah ke tempat-tempat lain seperti Alexandria pada Zaman Graeco –Rom, iaitu pada tahun 300 S.M TAMADUN INDIA 1. Aktiviti perdagangan mengalami perkembangan pesat kerana melibatkan perdagangan di dalam wilayah India dan perdagangan luar seperti Mecedonia, Sri Langka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara. 2. Pusat perdagangan seperti Anga, Kalinga dan Karusa menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara. 3. Mempunyai pelabuhan yang menghubungkan India dengan Negara luar seperti Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul, Kalyan dan Cambay. 4. Disetiap bandar wujud persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenali sebagai sresthin antaranya persatuan tukang kayu, tukang logam dan tukang kulit. 5. Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja. 6. Raja bertindak untuk mengawasi perjalanan persatuan. 7. Telah menggunakan mata wang emas sebagai medium jual beli. 8. Terdapat sector perusahaan seperti pengeluaran tekstil, kain kapas, sutera, perusahaan yg berasaskan barangan emas, mutiara dan batu permata. 9. Pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai hasil perdagangan seperti hasil pertanian dan hasil buah-buahan. 10. Cukai ini dipungut bertujuan untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja. 11. Perdagangan dengan alam melayu telah berkembang untuk mendapatkan hasil seperti rempah, bedak wangi, gading gajah dan besi. Dari China seperti tekstil, tembikar, barang kaca, dan minyak wangi. TAMADUN CHINA 1. Dalam bidang pertanian tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas tanaman. 2. Kolar kuda digunakan untuk kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda dan kereta sorong beroda serta penyisir tanah.

Upload: norwahida-salim

Post on 26-Jul-2015

14 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aspek ekonomi

ASPEK EKONOMI

TAMADUN YUNANI

1. Tumpuan utama diberikan kepada aktiviti perdagangan kerana keadaan muka bumi Yunani yang bergunung-ganang dan tidak sesuai untuk pertanian.

2. Terdapat peningkatan yang tinggi dalam perdagangan dengan kuasa luar melalui jalan laut.3. Perdagangan hanya berlaku antara kawasan di pesisir pantai yang berhampiran seperti Mesir, Syria, dan

Phoenecia.4. Athens dan Corinth menghadapi masalah masalah kekurangan makanan dan terpaksa mendapatkan bahan

makanan dari luar seperti dari kawasan di Sparta dan Laut Hitam.5. Athens menjadi pusat pengumpulan barang keperluan yang datang dari Timur.6. Kegiatan perdagangan yang dijalankan di di negara kota dikenakan cukai dan hal ini telah menyebabkan

berlakunya kenaikan harga barang.7. Ramai rakyat Yunani berpindah ke tempat-tempat lain seperti Alexandria pada Zaman Graeco –Rom, iaitu pada

tahun 300 S.M

TAMADUN INDIA

1. Aktiviti perdagangan mengalami perkembangan pesat kerana melibatkan perdagangan di dalam wilayah India dan perdagangan luar seperti Mecedonia, Sri Langka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara.

2. Pusat perdagangan seperti Anga, Kalinga dan Karusa menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara.

3. Mempunyai pelabuhan yang menghubungkan India dengan Negara luar seperti Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul, Kalyan dan Cambay.

4. Disetiap bandar wujud persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenali sebagai sresthin antaranya persatuan tukang kayu, tukang logam dan tukang kulit.

5. Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.6. Raja bertindak untuk mengawasi perjalanan persatuan.7. Telah menggunakan mata wang emas sebagai medium jual beli.8. Terdapat sector perusahaan seperti pengeluaran tekstil, kain kapas, sutera, perusahaan yg berasaskan barangan

emas, mutiara dan batu permata.9. Pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai hasil perdagangan seperti hasil pertanian dan hasil buah-

buahan.10. Cukai ini dipungut bertujuan untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja.11. Perdagangan dengan alam melayu telah berkembang untuk mendapatkan hasil seperti rempah, bedak wangi,

gading gajah dan besi. Dari China seperti tekstil, tembikar, barang kaca, dan minyak wangi.

TAMADUN CHINA

1. Dalam bidang pertanian tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas tanaman.2. Kolar kuda digunakan untuk kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda dan kereta sorong beroda serta penyisir

tanah.3. Sistem penanaman bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah.4. Kawasan bukit telah diteres untuk pertanian pada Zaman Dinasti Shang5. Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian

terkawal.6. Pembinaan terusan juga bertujuan mengawal banjir.7. Perusahaan juga turut dijalankan, iaitu perusahaan logam dan perusahaan tembikar. 8. Hasil perusahaan ini didagangkan sehingga ke luar kawasan China, seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan

Barat.9. Turut muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar.10. Perkembangan ekonomi ini menyebabkan perkembangan system perhubungan , iaitu pembinaan jalan raya,

jambatan, dan alat pengangkutan seperti, kereta kuda dan kereta lembu.