aspek-aspek kemukjizatan al-qur’an _pm dr abdul rashid_

Upload: noor-hazwani-mansor

Post on 14-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 ASPEK-ASPEK KEMUKJIZATAN AL-QURAN _PM DR ABDUL RASHID_

    1/13

    1

    ASPEK-ASPEK KEMUKJIZATAN AL-QURAN

    Oleh:

    Abdul Rashid bin Ahmad*

    Pendahuluan

    Istilah mukjizat tidak pernah wujud dalam al-Quran al-Karim dan al-Sunnah al-Mutahharah,

    Istilah ini baharu sahaja muncul pada waktu mutakhir ini setelah zaman pembukuan ilmu

    bermula iaitu kira-kira kurun kedua dan permulaan kurun ketiga hijrah. Justeru itu, kita

    mendapati al-Quran menggunakan perkataan al-Ayah () sewaktu memberikan dalil-dalil

    bagi para rasul sebagai hujah kepada kaumnya. Yang demikian sebagaimana firman Allah:

    (#|%r&u!$$/yy_]yr&s9Eu!%yt#u9$p54%$y)MtF$#y!$#($tu

    .!$yrs)Nu!%ytMaksudnya: Dan mereka pula bersumpah dengan nama Allah, dengan

    menegaskan sumpah mereka bersungguh-sungguh, bahawa sesungguhnya

    jika datang kepada mereka sesuatu mukjizat (sebagaimana yang mereka

    minta itu), tentulah mereka akan beriman kepadaNya. Katakanlah (Wahai

    Muhammad): "Bahawa soal mendatangkan mukjizat-mukjizat itu hanyalah

    Allah yang menentukannya, dan kamu tidak menyedari (Wahai orang-orang

    Islam), bahawa apabila mukjizat-mukjizat (yang mereka minta) itu datang,

    mereka juga tidak akan beriman.

    (Surah al-Anam 6:109)

    Kadang-kadang Al-Quran al-Karim menggunakan lafaz al-Bayyinah ()bagi maksud yang

    sama, sepertimana firman Allah s.w.t. :

    s%6?u!$y_uht/i3n/(ys%$t!$#6s9Zt#u(Maksudnya: Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata

    (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah

    sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku).

    (al-Araf 7:73)

    Kadang-kadang pula al-Quran al-Karim menggunakan perkataan al-Burhan( ) untuk

    tujuan itu sebagaimana firman Allah :

    xs$uy/i/4n

  • 7/30/2019 ASPEK-ASPEK KEMUKJIZATAN AL-QURAN _PM DR ABDUL RASHID_

    2/13

    2

    (al-Qasas 28: 32)

    Mukjizat juga kadang-kadang diungkap dengan menggunakan lafaz al-Sultan () sebagai

    contoh firman Allah S.w.t. :

    t?r&$ts?$t%x.7t$t!$t/# u$t?'s9s=0&7Maksudnya: Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah

    apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada

    Kami satu bukti yang jelas nyata".

    (Ibrahim 14:10)

    Demikianlah beberapa istilah yang digunakan oleh al-Quran al-Karim dalam

    mengungkapkan maksud mukjizat.1

    Definisi Mukjizat

    Dilihat daripada segi bahasa, perkataan al-Mujizah() itu berasal daripada akar kata al-

    `ajz (). Dalam konteks ini, Al-Raghib al-Asfahani berkata: ( ) yang

    bermaksud penghujung hidup manusia. Jadi, asal bagi perkataan al-`ajz itu ialah bermaksud

    penghujung sesuatu.2

    Seorang tua disebut dalam bahasa Arab sebagai al-Ajuz ( ) kerana

    ia lemah dalam banyak keadaan.3

    Yang demikian sebagaimana firman Allah s.w.t.:

    )#Ygxt9t9$#Maksudnya: Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang

    kena azab itu.

    (al-Shuara 26:171)

    Ibn Faris pula berkata: bahawa huruf `ayn, jim dan zai adalah menunjukkan dua erti iaitu:

    pertama, lemah dan yang kedua ialah penghujung sesuatu.4

    Daripada segi istilah terdapat beberapa definisi yang diberi oleh para ulama dalam

    menjelaskan pengertian mukjizat. Antaranya dapat disimpulkan sebagai yang berikut:

    Pertama: Mukjizat ialah perkara luar biasa yang bersifat mencabar, tidak dapat ditentang,

    dianugerahi Allah kepada para rasul-Nya.5

    Kedua: Mukjizat ialah perkara yang menunjukkan perakuan Allah s.w.t. terhadap orang yangmendakwa dirinya sebagai Rasul, atau sokongan Allah terhadap orang yang mendakwa

    kenabian dan sekali gus membenarkan bahawa ia memang benar-benar utusan Allah s.w.t.6

    1Mustafa Muslim (2005),Mabahith fi I`jaz al-Quran. Cet 3, Dimasyq: Dar al-Qalam, h. 17.

    2Al-Husayn bin Muhammad al-Ma`ruf bi al-Raghib al-Asfahani (2001). Al-Mufradat fi Gharib al-

    Quran. Muhammad Khalil `Itani (ed.), cet.3, Beirut: Dar al-Ma`rifah, h.325.3 Ibid, h. 326. Lihat juga, Dr. Fadl Hasan Abbas dan Sana Fadl Hasan (2001). I`jaz al-Quran al-

    Karim. Cet.4, `Amman: Dar al-Furqan, h.104 Abu al-Hasan Ahmad bin Faris bin Zakariyya (1969).Mu`jam Maqayis al-Lughah. `Abd al-Salam

    Harun (ed), cet.2, Kaherah: Mustafa al-Babi al-Halabi, j.4, h. 232.5Mustafa Muslim (2005). op.cit., h. 18

    6 Fadl Hasan Abbas (2001). op.cit., h. 21.

  • 7/30/2019 ASPEK-ASPEK KEMUKJIZATAN AL-QURAN _PM DR ABDUL RASHID_

    3/13

    3

    Setelah merujuk kepada kedua-dua definisi di atas, dapatlah dirumuskan bahawa mukjizat itu

    adalah perkara luar biasa yang dianugerahi Allah s.w.t. kepada para rasul-Nya sebagai bukti

    bahawa meraka adalah benar-benar utusan daripada Allah s.w.t.

    Syarat-syarat Mukjizat

    Berasaskan definisi yang dibentangkan di atas dapatlah dikenalpasti antara syarat-syarat

    mukjizat itu adalah sebagai berikut:

    a. Mukjizat itu mesti terdiri daripada perkara luar biasa. Ia sama ada dalam bentukperkataan seperti anak-anak batu bertasbih, pelepah tamar merintih atau seumpama

    mukjizat al-Quran sendiri. Atau ia dalam bentuk perbuatan seperti terpancar air di

    antara celah-celah jari Baginda saw, makanan yang sedikit menjadi banyak dan

    mencukupi untuk orang ramai, atau ia berlaku dalam bentuk tiada tindakan seperti api

    tidak membakar Nabi Ibrahim a.s. dan air laut tidak menenggelamkan Nabi Musa a.s.

    bersama kaumnya.7

    b. Perkara luar biasa itu berlaku dengan kekuasaan Allah s.w.t. Oleh itu, apa sahajayang direkacipta oleh manusia dalam apa jua bentuk rekaanpun atau sesuatu yangberlaku pada sesetengah orang dalam bentuk silap mata tidak dinamakan mukjizat

    sekalipun ia pelik dan luar biasa dan di luar batas logik.8

    Justeru itu, bagi mukjizat

    tiada seorangpun yang mampu menentukan bila masa dan apa bentuk mukjizat itu

    akan berlaku. Sebagaimana Allah S.w.t. menegaskan:

    s)s9u$u=yr&Wiy7=7s%$o|s%y7n=tu9)tn=t3$tut%x.@t9r&A't>t$t/)*/!$#4#s*su!$y_r&!$#z%

    d,pt:$$/uyzu9$u=69$#Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul

    sebelummu; di antara mereka ada yang Kami ceritakan perihalnya

    kepadaMu, dan ada pula di antaranya yang tidak Kami ceritakan

    kepada kamu. dan tidaklah harus bagi seseorang Rasul membawa

    sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat melainkan

    dengan izin Allah; (maka janganlah diingkari apa yang dibawa oleh

    Rasul) kerana apabila datang perintah Allah (menimpakan azab)

    diputuskan hukum dengan adil; pada saat itu rugilah orang-orang

    yang berpegang kepada perkara yang salah.

    (Ghafir 40:78)

    c. Ia tidak mampu ditentang. Sekiranya ia boleh ditentang atau diatasi oleh mana-mana pihak dengan ada yang mampu mencipta sebagaimana yang dibawa oleh Nabi

    s.a.w, maka terbatallah hujahnya. Dengan demikian, tidaklah benar bahawa perkara

    luar biasa itu sebagai bukti kebenarannya sebagai utusan daripada Allah s.w.t.

    d. Ia mesti berlaku sesuai dengan dakwaan yang dibuat. Sekiranya ia berlakusebaliknya, maka ia tidak dipanggil mukjizat. Contohnya, seumpama seseorang

    7

    Mustafa Muslim (2001), op.cit., h. 198Sa`d al-Din al-Sayyid Salih (1993),al-Mujizah wa al-I`jaz fi al-Quran al-Karim. Cet.2, Kaherah:

    Dar al-Ma`arif, h. 45.

  • 7/30/2019 ASPEK-ASPEK KEMUKJIZATAN AL-QURAN _PM DR ABDUL RASHID_

    4/13

    4

    menyapu tangannya pada seorang pesakit supaya ia sembuh, tiba-tiba orang itu terus

    mati. Ia dinamakan al-Ihanah bukan mukjizat.9

    e. Ia bersifat mencabar. Ini merupakan syarat utama bagi mukjizat bagi mempastikanbahawa para penentangnya tidak berkemampuan mencabar nya. Sekiranya tidak

    membuka ruang untuk dicabar, tidak terbukti ia sebagai dalil dan bukti nyata, agar

    nanti mereka tidak berkata: sekiranya diberi peluang untuk mencabarnya, tentu kamimampu menandinginya.

    f. Perkara luar biasa itu berlaku selepas dakwaan menjadi rasul. Sekiranya iaberlaku sebelum dakwaan kenabian dinamakan al-Irhas, bukan al-Mu`jizah. Seperti

    keadaan awan memayungi baginda s.a.w semasa musafir ke negeri Syam sebelum

    menjadi nabi.10

    Perkara-perkara Luar Biasa Yang Bukan Mukjizat

    Antara perkara luar biasa yang tidak termasuk dalam pengertian mukjizat kerana ia tidak

    disertai dengan dakwaan kenabian dan ia boleh dicabar adalah sebagai yang berikut:

    a. Al-KaramahIaitu perkara luar biasa yang berlaku pada hamba yang soleh, yang komited

    mengikuti jejak Nabinya serta mempunyai akidah yang betul dan beramal soleh sama

    ada ia sedarinya atau tidak11

    .

    b. Al-SihrIaitu perkara luar biasa yang berlaku pada orang yang jahat yang mengerjakan

    amalan-amalan tertentu yang dipelajarinya.

    Perkataan al-Sihrdaripada segi bahasa ia bermaksud tiap-tiap suatu yang tersembunyi

    dan tidak jelas puncanya.12

    Berkata Abu Muhammad al-Maqdisi bahawa sihir itu ialah tangkal-tangkal, jampi-jampi dan simpulan-simpulan yang memberi kesan kepada hati dan tubuh badan

    seseorang, boleh menyebabkan ia sakit, mati dan berpisah antara suami dan isteri.13

    c. Al-IrhasIaitu perkara luar biasa yang merupakan tanda-tanda kebangkitan nabi dianugerahi

    Allah s.w.t. sebelum dibangkitkan menjadi nabi.14

    d. Al-MaunahIaitu perkara luar biasa yang dikurniai Allah s.w.t. kepada orang awam untuk

    melepaskannya daripada satu-satu ujian, musibah, bala atau kesempitan.15

    e. Al-IhanahIaitu perkara luar biasa yang dizahirkan Allah s.w.t. kepada orang fasik yang

    mendakwa diri menjadi nabi dengan tujuan menafikan apa yang didakwanya.16

    Hal

    9 Mustafa Muslim (2001), op. cit, h.20.10Ibid, h. 21-22.11

    Abd al-Karim Hasan al-Fawa (1966). Aqaid al-Tawhid `an Tuhfah al-Murid `ala al-Jawharah.

    Damanhur: Matba`ah al-Tawfiq, j.1, h. 150.12 Ibrahim Mustafa et.al (1960).Al-Mu`jam al-Wasit. Istanbul: al-Maktabah al-Islamiyyah, h.41913

    Abd al-Rahman bin Hasan Ali al-Shaykh (tt). Fath al-Majid Syarh Kitab al-Tawhid. Riyadh:

    Maktabah al-Riyad al-Hadithah, h. 23814Abu Farhah Jamal al-Husayni (1998).Mizan al-Nubuwwah al-Mu`jizah. Kaherah: Dar al-Afaq al-

    `Arabiyyah, h. 170.15Ibid, h. 171

    16 Al-Fawa (1966), op. cit., h. 48.

  • 7/30/2019 ASPEK-ASPEK KEMUKJIZATAN AL-QURAN _PM DR ABDUL RASHID_

    5/13

    5

    ini seperti apa yang berlaku kepada Musaylamah al-Kadhdhab ketika dia meludah

    pada seorang yang cacat penglihatan bertujuan supaya boleh sembuh, tiba-tiba terus

    buta kedua-dua sekali.

    f. Al-IstidrajIaitu perkara luar biasa yang dizahirkan Allah s.w.t. kepada orang yang mendakwa

    ketuhanan sebagai tipu daya baginya.

    g. Al-FirasahIaitu nur yang dicampak oleh Allah s.w.t. ke dalam hati hamba-Nya sehingga ia dapat

    membezakan antara yang betul dan yang salah, yang benar dan yang dusta. Firasat ini

    bergantung kepada kekuatan iman seseorang. Barangsiapa yang lebih kuat imannya

    maka ia lebih tajam firasatnya.17

    Ia keadaan dimana seseorang mengetahui hakikat

    sesuatu menerusi zahirnya.

    Perbezaan antara Mukjizat dan Sihir

    Mukjizat berbeza daripada sihir berdasarkan beberapa faktor yang boleh disenaraikan sebagaiberikut:

    a. Mukjizat berlaku pada Nabi, sedangkan Nabi adalah makhluk pilihan Allah s.w.t.Adapun sihir berlaku pada tukang sihir, sedangkan tukang sihir itu adalah manusia

    paling jahat.

    b. Mukjizat adalah perbuatan Allah, tiada seorang manusia pun mampu melakukannya.Adapun sihir itu adalah perbuatan tukang sihir dan ia sesuatu yang boleh dipelajari.

    c. Mukjizat itu memberi kebaikan kepada manusia. Adapun sihir hanya memberikeburukan dan kejahatan kepada manusia.

    18

    Teorial-Sirfah

    Teori ini sebenarnya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan isu kemukjizatan al-

    Quran. Ia sering juga dikenali sebagai Aliran al-Nazzam.Al-Nazzam ialah Abu Ishaq Ibrahim

    bin Sayyar bin Hani al-Nazzam al-Basri, beliaulah selaku pelopor kepada aliran ini.

    Pada umumnya teori ini terbahagi pula kepada dua aliran iaitu:

    a. Aliran al-Nazzam dan pengikutnya: Menurut mereka bahawa Allah s.w.t. sedari awallagi telah memalingkan orang Arab daripada menentang al-Quran serta tidak

    membuka ruang untuk tujuan itu, sekiranya mereka diberi ruang, tentu mereka akan

    mampu mencipta seumpama al-Quran.

    b. Aliran yang dipimpin oleh al-Sharif al-Murtada dan Ibn Sinan al-Khafaji sertapengikutnya: Menurut mereka bahawa Allah s.w.t. telah mencabut daripada orangArab ilmu-ilmu yang perlu bagi menentang al-Quran atau mencipta seumpamanya,

    sekira mereka diberi kebebasan untuk melakukannya, pasti mereka mampu

    melakukannya.19

    Berdasarkan kedua-dua pandangan tersebut jelas membuktikan bahawa orang Arab tidak

    mampu menandingi al-Quran itu, bukanlah kerana ketinggian gaya bahasa atau uslub dan

    keindahan susunannya, agung daripada segi balaghahnya, bahkan menurut mereka kerana

    mereka dipalingkan atau dihalang oleh Allah s.w.t. daripada berbuat demikian.

    17Umar Abd Allah Kamil (2002). Tariq al-Salikin ila Mardah Rabb al-`Alamin. Beirut: Dar Ibn

    Hazm, h. 291.18Fadl Hasan Abbas (2001), op.cit., h.23

    19 Mustafa Muslim (2005), op.cit., h. 64

  • 7/30/2019 ASPEK-ASPEK KEMUKJIZATAN AL-QURAN _PM DR ABDUL RASHID_

    6/13

    6

    Aspek-aspek Kemukjizatan al-Quran

    Para ilmuan tidak sepakat kata dalam menentukan aspek-aspek kemukjizatan dalam Al-

    Quran. Sebahagian mereka ada yang meneliti kemukjizatan Al-Quran daripada aspek

    kebahasaan dan gaya bahasanya, ada yang mengkajinya daripada aspek petunjuk yang

    menujuk jalan kebahagiaan kepada manusia, ada yang melihtnya sebagai pembawa berita

    ghaib yang tidak boleh ditanggapi akal fikiran, dan ada yang mendalaminya daripada aspek

    penciptaan alam semesta. Oleh kerana itu, ada yang menyenaraikan aspeknya sehingga

    sepuluh aspek, malah ada sebahagian yang lain menambah lebih banyak lagi daripada itu.

    Namun begitu, Dr. Mustafa Muslim telah merumuskan aspek-aspeknya kepada empat aspek

    utama iaitu:

    Pertama: al-Ijaz al-Bayani [kemukjizatan dari segi kebahasaan]

    Kedua: al-Ijaz al-`Ilmi (al-Tajribi) [kemukjizatan dari segi sains]

    Ketiga: al-Ijaz al-Tashri`i [kemukjizatan dari segi perundangan]

    Keempat: al-Ijaz al-Ghaybi

    20

    [ kemukjizatan dari segi perkara ghaib]

    Pertama:al-Ijaz al-Bayani (Kemukjizatan Dari Segi Kebahasaan)

    Dalam membincangkan aspek ini, ia sekaligus melibatkan aspekal-Fasahah dan al-Balaghah

    al-Quran.

    Pengertian al-Fasahah )( : pada bahasa ialah jelas dan terang. Manakala daripada segi

    istilah ia bermaksud mudah difahami21

    .

    Adapun al-Balaghah )( pula: pada bahasa bererti sampai kepada sesuatu. Pada istilah ia

    bermaksud menyampaikan sesuatu pengertian ke hati dengan cara yang sebaik-baiknya.22

    Perbezaan antara al-Fasahah dan al-Balaghah sepertimana disebut oleh al-Khafaji dalam

    karyanya Sirr al-Fasahah bahawa al-Fasahah yang berkait langsung dengan lafaz,

    sementara al-Balaghah sesuatu yang berkait dengan makna atau pengertian.

    Sebagai contoh firman Allah s.w.t. :

    *)!$#'ty9$$/|mM}$#u!$tG) u4n1)9$#4sStut!$tsx9$#x69$#ut79$#u43t6=ys9.xs?

    Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat

    kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang

    daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta

    kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya

    kamu mengambil peringatan mematuhiNya.

    (al-Nahl 16:90)

    Analisis daripada segi balaghahnya:

    Merujuk kepada ayat di atas dapatlah dikenalpasti beberapa faktor berikut:

    20

    Ibid., h. 11321Ibid., h.117

    22Ibid.

  • 7/30/2019 ASPEK-ASPEK KEMUKJIZATAN AL-QURAN _PM DR ABDUL RASHID_

    7/13

    7

    a. Allah s.w.t. memulai ayat-Nya dengan perintah agar berlaku adil, berbuat ihsan danmembantu kaum kerabat, dan pada pertengahannya Allah s.w.t. melarang pula

    daripada perbuatan keji, kemungkran dan kezaliman. Manakala pada akhirnya Allah

    s.w.t. sertai dengan nasihat dan peringatan. Di samping itu, pada setiap perkataan al-

    Adl, al-Ihsan, al-Fahsha dan al-Munkar itu disertai dengan alif dan lam yang

    membawa maksud al-Istighraq yang bererti meliputi iaitu bererti keadilan dalam

    segala bentuknya, perbuatan baik dalam segala bentuknya, demikianlah dengan

    perbuatan keji dan kemungkaran dalam segala bentuk dan jenisnya.

    b. Terdapat unsur al-Tibaq al-Lafzi dan al-Tibaq al-Ma`nawi.Al-Tibaq bermaksudperkataan yang bertentangan seperti perintah dan larang (al-Amr al-Nahy). Begitu

    juga antara perkataan al-`Adl dan al-Fahsha, al-Ihsan dan al-Munkar, ita dhi al-

    Qurba dan al-Baghy.

    c. Ia didahului dengan perintah berlaku adil kerana ia suatu yang wajib, kemudiandiiringi dengan Ihsan kerana ia adalah digalakkan dan kadang-kadang wajib.

    d. Ia menyebut perintah dahulu kemudian larangan. Kemudian disenaraikan segalaperintah demikian juga yang dilarang secara satu persatu.

    e. Sebagai penutupnya menyeru supaya kembali ke jalan Allah dengan hikmah dannasihat yang baik.

    Contoh lain seperti firman Allah s.w.t. :

    utr&2tnr&r&3s?s9y_i95>$or&ufs?$yFss?yF{$#s9$ye2NtyW9$#t/$|r&uy939$#&s!uh!$xy!$yt/$| r's$|)$t

    Ms%utIm$$s39 xx.it7!$#6s9MtF$#3=ys93xtGs?Maksudnya: Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuahkebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya

    beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu Segala jenis buah-

    buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih

    kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga

    terbakarlah ia? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-

    keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar).

    (al-Baqarah 2:266)

    Menerusi ayat di atas terdapat unsur balaghah yang disebut sebagai al-Tatmim atau

    penyempurnaan ayat. Analisisnya sebagai berikut:a. Apabila Allah menyebut kebun (al-Jannah) kurma dan anggur, padahal kalau

    menyebut kebun sahaja sudah memadai, akan tetapi boleh jadi kebun yang tidak

    mempunyai hasil, buah, atau yang berbuah pahit atau sebagainya. Kerana perkataan

    kebun itu sendiri membawa maksud mengandungi pokok yang banyak antara pokok

    itu ada yang mengeluarkan hasil yang banyak seperti kurma dan anggur. Kemudian

    kebun tadi dinyatakan Allah lagi bahawa mengalir di bawahnya sungai-sungai, kerana

    kalau sekiranya ia tidak mendapat air yang mencukupi tentu tidak subur dan tidak

    dapat mengeluarkan hasil yang memuaskan. Lalu disempurnakan lagi ayat tadi

    dengan menyatakan bahawa di dalam kebun itu mempunyai segala macam buah-

    buahan.

    b. Setelah selesai Allah s.w.t. manceritakan hal kebun itu, kembali menceritakan pulahal tuan kebun itu. Dinyatakan bahawa dia telah tua, sekiranya dia masih muda tentu

  • 7/30/2019 ASPEK-ASPEK KEMUKJIZATAN AL-QURAN _PM DR ABDUL RASHID_

    8/13

    8

    dia mampu mendapatkannya ganti apabila ia binasa. Lebih menyedihkannya lagi

    ialah dia pula mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Sekiranya dia tiada

    keturunan adalah kurang menyedihkan sangat. Lalu kebun itu ditiup angin yang kuat

    dan angin itu pula mengandungi api lalu terbakarlah kebun itu.

    Demikianlah kita dapati bahawa ayat yang mulia tadi mengandungi kehalusan maksud yang

    hendak disampaikan melalui perbandingan iaitu bagi menyatakan bahawa betapa sedihnyatuan punyai kebun tersebut dan ruginya di atas apa yang hilang daripadanya, terutama ketika

    ia sangat memerlukannya. Demikianlah perumpamaan orang yang ingin menunjuk-nunjukkan

    dengan sedekah atau dermanya semata-mata ingin dilihat orang, bukan kerana beriman

    kepada Allah dan hari akhirat, dimana pahala dan balasannya akan hilang pada saat ia sangat

    berhajat kepadanya bagi tujuan memberatkan timbangan amalnya.

    Selain daripada itu, kemukjizatan al-Quran dari aspek ini boleh dilihat daripada segi susunan

    huruf, kalimah dan ayat-ayatnya yang disebut sebagaial-Nazm al-Qurani.

    Dalam konteks ini, kita dapati al-Quran mempunyai keselarasan antara susunan katanya yang

    diungkapkan dengan mesej yang hendak disampaikan. Sebagai contoh lihatlah firman Allah

    s.w.t.:

    s9uGysti>#xty7n/u9)us9!$un= ut$)$2=sMaksudnya: Dan Demi sesungguhnya, jika mereka disentuh oleh sedikit

    sahaja dari azab Tuhanmu, sudah tentu mereka akan berkata: "Aduhai

    celakanya kami! sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim (terhadap

    diri sendiri)!"

    (al-Anbiya 21:46)

    Melalui ayat di atas, Allah s.w.t. menjelaskan betapa lemahnya manusia ini bila berhadapan

    dengan keperkasaan Pencipta. Ia menerangkan betapa lemahnya manusia bila berhadapandengan azab Allah sekalipun ringan lagi sedikit. Bagi tujuan itu, Allah datangkan perkataan-

    perkataan yang menunjukkan demikian keadaannya iaitu perkataan () yang bermaksud

    sekiranya dan lafaz () yang bermaksud sentuh, bukan lafaz ( )yang bermaksud

    menimpa. Begitu juga lafaz () disertai dengan tanwin yang menunjukkan sedikit azab

    tersebut, ditambah pula dengan () yang bermaksud sebahagian daripada azab, bukan seluruh

    azab. Kemudian perkataan azab itu sendiri tidak disandarkan kepada nama Allah yang bersifat

    perkasa atau keras, bahkan disandarkan kepada nama yang paling lembut dan penuh kasih

    sayang iaitu (), kemudian disandarkan pula kepada kekasihnya yang paling dekat iaitu

    baginda Rasulullah s.a.w.

    Kedua: Al-I`jaz al-`Ilmi (Kemukjizatan Daripada Segi Sains)

    Tujuan utama Al-Quran al-Karim adalah untuk memandu dan memimpin tingkah laku

    manusia. Justeru itu, dakwah dan panduan Al-Quran muncul dalam pelbagai bentuk dan cara.

    Ada yang menjurus kepada fitrah asal kejadian manusia, Kadang-kadang dalam bentuk

    pembuktian yang berdasarkan sesuatu yang boleh dikesan melalui pancaindera, kadang-

    kadang melalui dialog ilmiah, ada kalanya dengan cara mengambil pengiktibaran terhadap

    apa yang yang berlaku pada umat terdahulu dan lain sebagainya.

    Apabila kita meneliti tujuan dan metode Al-Quran dalam perbincangannya kita dapati

    banyak ayat-ayat yang berkaitan dengan penciptaan alam semesta termasuk langit, bumi dan

    diri manusia sendiri. Para pengkaji telah mengenal pasti bahawa didapati ratusan ayat Al-Quran yang membicarakan tentang hukum alam yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. serta

  • 7/30/2019 ASPEK-ASPEK KEMUKJIZATAN AL-QURAN _PM DR ABDUL RASHID_

    9/13

    9

    sistem yang berlaku kepada segala ciptaannya ini. Sebahagian pengkaji menganggarkan ayat-

    ayat tersebut lebih daripada 900 ayat terdapat di dalam surah-surah Al-Quran.23

    Namun begitu, para ulama dahulu dan masa kini tidak mempunyai kata sepakat sama ada

    bolehkah ayat-ayat Al-Quran ditafsirkan dengan secara sains. Dalam hal ini, mereka boleh

    dikategorikan dalam dua kumpulan. Kumpulan pertama, mereka yang menentang tafsiran Al-

    Quran secara sains. Kumpulan ini diketuai oleh salah seorang tokoh pemikir Islam yangulung iaitu al-Imam Abu Ishaq al-Shatibi Ibrahim bin Musa al-Lakhmi al- Gharnati (m.

    790H). Sementara ulama masa kini yang sependapat dengan kumpulan ini ialah al-Shaykh

    Amin al-Khuli suami Dr. Bint al-Shati. Demikian juga, al-Shaykh Mahmud Shaltut

    mantan Shaykh al-Azhar.24

    Kumpulan kedua, mereka yang berpendapat bahawa Al-Quran boleh ditafsirkan secara sains.

    Mereka ini diketuai oleh tokoh sufi terkenal iaitu al-Imam al-Ghazali, al-Imam al-Razi, al-

    Shaykh Muhammad Rashid Rida, Mustafa Sadiq al-Rafi`i dan lain-lain.25

    Walau apapun, mereka yang mengatakan bahawa pentafsiran Al-Quran secara sains itu boleh

    dilakukan dengan mengambilkira beberapa ketetapan asas sebagai berikut:26

    Pertama: Al-Quran adalah Kitab Hidayah.Sesungguhnya Al-Quran al-Karim sebuah kitab hidayah yang berperanan memberi

    petunjuk kepada manusia supaya kembali Allah untuk menerima tugas utamanya

    sebagai khalifah Allah di muka bumi.

    Kedua: Tidak melampau dan terabai.

    Tidak melakukan penyelidikan secara berlebih-lebihan tentang ayat-ayat Kawniyyat

    dan sebaliknya pula tidak mengabaikan aspek-aspek positif yang terdapat dalam alam

    ini yang dianugerahkan Allah untuk keperluan manusia.

    Ketiga: Pendekatan Al-Quran adalah fleksibel.

    Pendekatan Al-Quran dalam membentangkan ayat-ayatnya bersifat fleksibel yang

    boleh menerima pelbagai tafsiran yang sesuai.

    Keempat: Hakikat sains adalah asas pembuktian.

    Kita hendaklah elakkan daripada andaian-andaian dan teori-teori sains yang tidak

    sampai ke tahap hakikat sains.

    Kelima: Tidak menentukan makna satu ayat atas satu hakikat sahaja.

    Kadang-kadang satu hakikat sains yang kita tentukan maksud kepada satu ayat,

    padahal ia adalah salah satu maksud kepada ayat.

    Keenam: Mustahil berlaku pertembungan antara hakikat Al-Quran dan hakikat

    sains.

    Mustahil berlaku pertentangan antara hakikat Al-Quran dan hakikat sains kerana

    kedua-duanya daripada sumber yang satu.

    Ketujuh: Hendaklah mengikut metode Al-Quran dalam mencari ilmu pengetahuan.

    Kita mesti memahami bahawa segala hal itu bergantung kepada masanya. Justeru itu

    dikatakan bahawa sebaik-baik pentafsir bagi Al-Quran adalah masa.

    Ketiga: Al-I`jaz al-Tashri`i (Kemukjizatan Daripada Segi Perundangan)

    23 Mustafa Muslim (2005). op.cit., h. 158.24

    Sila lihat: Fadl Hasan Abbas (2001), op. cit., h. 245-253.25Ibid., h. 254-264.

    26 Mustafa Muslim (2005), op. cit., h. 160-163.

  • 7/30/2019 ASPEK-ASPEK KEMUKJIZATAN AL-QURAN _PM DR ABDUL RASHID_

    10/13

    10

    Al-Quran al-Karim mengandungi segala sistem yang diperlukan oleh manusia dalam

    kehidupan mereka. Al-Quran juga merupakan perlembagaan hidup yang mengatur hidup

    manusia dalam hubungannya dengan dunia, dirinya dan penciptanya Allah s.w.t. Dengan itu,

    manusia akan memperolehi ketenangan, kedamaian dan keselesaan hidup di dunia dan

    sekaligus menyedari keutamaannya dalam dunia ini berbanding dengan makhluk-makhluk

    Allah yang lain.

    Dalam konteks ini, Al-Quran menumpukan kepada tiga aspek utama, iaitu:

    a. Akidahb. Syariahc. Akhlak

    a. Aspek Akidah:Al-Quran al-Karim memperkenalkan akidah yang mudah difahami yang selaras dengan

    fitrah kejadian manusia, yang memberikan ketenangan kepada jiwa, cahaya kepada hati dan

    kepuasan kepada minda.

    Sebagai contoh, Al-Quran membentangkan hujahnya tentang akidah Tauhid seperti firman

    Allah s.w.t.:

    s9t%x.!$yo;#u)!$#$s?y|xs94zys6s!$#b>uy9$#$tttMaksudnya: Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan Yang lain dari

    Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. maka (bertauhidlah kamu

    kepada Allah Dengan menegaskan): Maha suci Allah, Tuhan Yang

    mempunyai Arasy, dari apa Yang mereka sifatkan.

    (al-Anbiya 21:22)

    b. Aspek Syariah:Al-Quran al-Karim menegakkan tiang-tiang masyarakat Islam di atas asas-asas yang kukuh,

    di samping itu menentukan syariat perundangannya di atas asas akidah yang mendalam bagi

    menjamin ketenangan dan kesempurnaan hidup. Kesebatian antara syariat dan akidah

    bagaikan sebatinya roh dengan jasad. Justeru itu, ia melahirkan beberapa prinsip utama yang

    digariskan oleh Al-Quran, iaitu:

    i. Hubungan antara anggota masyarakat Islam adalah hubungan wala kepadaAllah, Rasul-Nya dan orang beriman seluruhnya.

    ii.

    Kedudukan keluarga dalam Al-Quraniii. Kedudukan negara dan kerajaan dalam Al-Quraniv. Prinsip-prinsip Islam dalam hubungan Negara Islam dengan negara lain.

    c. Aspek Akhlak:Al-Quran al-Karim sangat mengutamakan isu akhlak dan menggalakkan manusia supaya

    memiliki akhlak-akhlak mulia dengan segala bentuknya. Sebaliknya melarang mereka

    daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dengan apa cara sekalipun. Pada

    perspektif Al-Quran akhlak juga bertunjangkan kepada pandangannya terhadap alam,

    kehidupan dan manusia.

  • 7/30/2019 ASPEK-ASPEK KEMUKJIZATAN AL-QURAN _PM DR ABDUL RASHID_

    11/13

    11

    Sekiranya akidah Islam bagaikan akar umbi kepada bangunan Islam itu sendiri. Syariah pula

    umpama cabang, dahan dan rantingnya, maka akhlak pula adalah buahnya yang segar serta

    mempamerkan pemandangan yang indah.

    Yang demikian, seperti mana firman Allah yang berikut:

    s9r&ts?y#x.z>u!$#WsWtZy=x.Zt6hs;tyftx.Bt7hs$y= r&M/$rO$ysu!$y9$#A?$yn=2&.m*/$yn/ u3Uou!$#t$sWF{$#$=9=ys9

    2xtGtMaksudnya: Tidakkah engkau melihat (Wahai Muhammad) bagaimana Allah

    mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai

    sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh,

    dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada

    tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan

    perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat(mendapat pelajaran).

    (Ibrahim 14:24-25)

    Keempat: Al-Ijaz al-Ghaybi (Kemukjizatan Daripada Aspek Perkara-Perkara Ghaib)

    Antara lain aspek kemukjizatan Al-Quran yang disebut oleh para ulama adalah kemukjizatan

    yang berkaitan dengan perkhabaran-perkhabaran ghaib iaitu perkara yang berlaku tidak

    semasa Nabi Muhammad s.a.w. dan baginda tidak menyaksi peristiwa tersebut kerana tidak

    ada pada masa itu.

    Dalam hal ini, ia terbahagi kepada tiga bentuk27

    , iaitu:

    a. Ghayb al- Madi ( perkara ghaib yang telah lalu)b. Ghayb al-Hadir(perkara ghaib semasa)c. Ghayb al-Mustaqbal (perkara ghaib akan datang)

    a. Ghayb al-Madi:Allah s.w.t. sendiri menamakan perkhabaran-perkhabaran tentang umat-umat terdahulu

    sebagai perkhabaran ghaib. Sepertimana firmanNya:

    =?!$t7/r&=t9$#!$pmy7s9)($t|M.!$yn=s?|M r&uy7s%6s%#xy( 9$$s()st6)y9$#)F=9(Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami

    wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad), yang Engkau dan kaum Engkau

    tidak mengetahuiNya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya

    kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di

    akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

    (Hud 11:49)

    27Ibid. h. 259-279

  • 7/30/2019 ASPEK-ASPEK KEMUKJIZATAN AL-QURAN _PM DR ABDUL RASHID_

    12/13

    12

    b. Ghayb al- Hadir:Yang dimaksudkan dengan Ghayb al-Hadiritu ialah apa-apa yang berlaku pada masa hidup

    Rasulullah s.a.w. tetapi Baginda tidak menyaksinya. Kemudian turun ayat berkenaannya dan

    menceritakannya apa yang sebenar berlaku.

    Contohnya ayat-ayat yang diturunkan berkaitan keadaan Yahudi seperti firman Allah s.w.t. :

    t|trBt%!$#tmtt!$y/(#s?r&t6tr&(#yt$o3s9(#=yts]u;|trB;y$xy/zi>#xy9$#(s9u>#xt9r&

    Maksudnya: Jangan sekali-kali engkau menyangka (Wahai Muhammad,

    bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah

    lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan

    - jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa,

    dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.

    (Ali Imran 3:188)

    Ayat di atas berkenaan dengan sikap Yahudi yang apabila Rasulullah s.a.w. bertanya sesuatu

    kepada mereka, lalu mereka menyembunyikannya, mereka menceritakan sesuatu yang lain

    (berbohong). Lantas mereka dipuji dengan perkhabaran itu, mereka pula gembira dengan

    pembohongan yang mereka lakukan.

    c. Ghayb al-Mustaqbal :Iaitu kejadian-kejadian yang akan berlaku yang disebut oleh Al-Quran al-Karim dan belum

    lagi semasa ayat diturunkan. Contohnya tentang peristiwa kejatuhan Rom sepertimana firman

    Allah :

    $!9#Mt7=9$#or&F{$#u-it/6n=y7=uy/3!F{$#6s%.ut/47ttuytt9$#

    Alif, Lam, Mim. Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat

    sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya.

    Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. kepada pentadbiran Allah jualah

    terpulang Segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan

    pada ketika berlakunya (Kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman

    akan bergembira.

    (al-Rum 30:1-4)

    Kesimpulan

    Sebagaimana maklum bahawa mukjizat adalah sentiasa datang bersama dengan al-Risalah

    dan Al-Quran al-Karim adalah mukjizat bagi al-Risalah yang abadi, maka semestinya ia

    akan sentiasa menjadi hujah kepada setiap generasi sepanjang zaman yang berhadapan

    dengan para penentang kesucian dan keagungan Al-Quran.

    Kajian ini memperlihatkan aspek-aspek kemukjizatan Al-Quran al-Karim yang menunjukkan

    betapa agung dan lengkapnya kandungan Al-Quran al-Karim. Secara ringkasnya

    dikemukakan di sini empat aspek utama iaitu:

    a. Kemukjizatan daripada aspek kebahasaan

  • 7/30/2019 ASPEK-ASPEK KEMUKJIZATAN AL-QURAN _PM DR ABDUL RASHID_

    13/13

    13

    b. Kemukjizatan daripada aspek sainsc. Kemukjizatan daripada aspek perundangan/al-Tashriid. Kemukjizatan daripada aspek perkhabaran yang akan berlaku.