aspek

6
ASPEK_ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU Kluckholn, Murray dan Schneider (1953), setiap manusia akan bertindak seperti manusia yang lain dalam sesuatu perkara, mereka akan bertindak mengikut kumpulan dalam sesuatu perkara dan mereka akan bertindak mengikut cara sendiri bagi sesuatu perkara. Ini menunjukkan corak kehidupan bagi setiap manusia adalah unik dan setiap individu adalah berbeza dari pelbagai aspek. Perbezaan individu boleh dihayati daripada huraian beberapa aspek perbezaan seperti: Perbezaan fizikal Semua murid berbeza dari segi saiz dan bentuk menyebabkan perbezaan kepada kekuatan fizikal. Secara amnya, kekuatan fizikal murid lelaki lebih kuat berbanding murid perempuan. Murid lelaki biasanya lebih lasak dan gemar terlibat dalam aktiviti luar seperti mendaki gunung, berkayak, bermain papan luncur dan lain-lain aktiviti yang mencabar. Perbezaan dari segi umur dan kematangan juga mempengaruhi kebolehan pembelajarab murid. Contohnya, murid yang lebih matang di dalam kelas mempunyai pencapaian akedemik yang lebih baik. banyak kajian telah menunjukkan murid perempuan murid perempuan mempunyai pencapaian akedemik yang lebih baik daripada murid lelaki. Tetapi, di peringkat sekolah menengah dan selepas berumur 15 tahun, murid- murid lelaki lebih Berjaya berbanding dengan murid-murid perempuan. Perbezaan fizikal juga jelas kelihatan dari segi warna kulit, mata, rambut, dan kadar kebotakan dan mempunyai uban. Akal atau struktur kognitif juga berubah mengikut kematangan. Aspek fizikal ini adalah perbezaan yang diwarisi. Ini dapat kita memerhatikan perbezaan individu dari dari segi kelihatan luaran seperti paras rupa, susuk badan dan sebagainya serta fizikal yang tidak boleh lihat iaitu fizikal dalaman seperti saiz otak dan jumlah neuron. Ini dapat kita lihat perbezaan perkembangan saiz badan kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki semasa

Upload: lydia-jia

Post on 14-Nov-2015

52 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

:)

TRANSCRIPT

ASPEK_ASPEK PERBEZAAN INDIVIDUKluckholn,Murraydan Schneider (1953), setiap manusia akan bertindak seperti manusia yang lain dalam sesuatu perkara, mereka akan bertindak mengikut kumpulan dalam sesuatu perkara dan mereka akan bertindak mengikut cara sendiri bagi sesuatu perkara. Ini menunjukkan corak kehidupan bagi setiap manusia adalah unik dan setiap individu adalah berbeza dari pelbagai aspek. Perbezaan individu boleh dihayati daripada huraian beberapa aspek perbezaan seperti:

Perbezaan fizikalSemua murid berbeza dari segi saiz dan bentuk menyebabkan perbezaan kepada kekuatan fizikal. Secara amnya, kekuatan fizikal murid lelaki lebih kuat berbanding murid perempuan. Murid lelaki biasanya lebih lasak dan gemar terlibat dalam aktiviti luar seperti mendaki gunung, berkayak, bermain papan luncur dan lain-lain aktiviti yang mencabar.Perbezaan dari segi umur dan kematangan juga mempengaruhi kebolehan pembelajarab murid. Contohnya, murid yang lebih matang di dalam kelas mempunyai pencapaian akedemik yang lebih baik. banyak kajian telah menunjukkan murid perempuan murid perempuan mempunyai pencapaian akedemik yang lebih baik daripada murid lelaki. Tetapi, di peringkat sekolah menengah dan selepas berumur 15 tahun, murid- murid lelaki lebih Berjaya berbanding dengan murid-murid perempuan.Perbezaan fizikal juga jelas kelihatan dari segi warna kulit, mata, rambut, dan kadar kebotakan dan mempunyai uban. Akal atau struktur kognitif juga berubah mengikut kematangan.

Aspek fizikal ini adalah perbezaan yang diwarisi. Ini dapat kita memerhatikan perbezaan individu dari dari segi kelihatan luaran seperti paras rupa, susuk badan dan sebagainya serta fizikal yang tidak boleh lihat iaitu fizikal dalaman seperti saiz otak dan jumlahneuron.Ini dapat kita lihat perbezaan perkembangan saiz badan kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki semasa mencapai umur lingkungan 10 tahun sehingga 12 tahun semasa belajar di sekolah rendah. Contohnya, kanak-kanak perempuan akan mencapai kematangan lebih cepat dan lebih tinggi daripada kanak-kanak lelaki.

Sheldon (1942) mengategorikan temperamen kepada tiga kategori iaituEndomorf(bertubuh bulat) dengan suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri tetapi mudah diserang tekanan perasaan.Mesomorf(tubuh badan otot yang kuat) menujukkan bersifat agresif, bertenaga dan kuat bersukan. ManakalaEktomort(kurus dan tinggi) dengan bersifat bimbang, suka bersendirian dan seorang pendiam. Walaupun pembawaan ini diwarisi, namun ia juga ditentukan oleh tindakbalas dengan persekitaran.

Perbezaan Kognitif.Secara lazimnya semua manusia mempunyai kebolehan kognitif yang berbeza-beza termasuk kebolehan lisan, memproses maklumat, kebolehan spatial dan matematik. Memori dan kemahiran menulis adalah berbeza di kalangan murid-murid. Secara amnya, murid-murid perempuan lebih baik dari segi ingatan daripada murid lelaki terutama di sekolah rendah. Kebolehan spatial ialah kebolehan mengagak membuat sesuatu, contohnya memasukkan perabot ke dalam kereta.Kebiasaannya, murid-murid lelaki lebih baik dalam bidang matematik dan sains, tetapi murid-murid perempuan lebih bagus dalam aspek mebaca dan bidang sastera.Selain itu, masalah pembelajaran seperti Kurang Upaya Kognitif seperti disleksia dan Attention Defict Hyperactive Disorder (ADHD) atau Learning disabilites (LD) mencacatkan kebolehan murid-murid untuk mencapai pencapaian akedemik yang lebih tinggi.Murid-murid mempunyai kepelbagaian tahap kestabilan emosi. Kepelbagaian ini disebabkan oleh keadaan emosi di sekeliling murid-murid semasa proses pembesaran mereka. Emosi seseorang kanak-kanak berasal daripada ibu bapa dan keluarganya yang mempunyai pelbagai kemahiran bersosial dan tahap sosio-emosi yang berbeza. Hal ini akan mengakibatkan melahirkan personality murid-murid yang berbeza.Sesetengah murid mempunyai tahap kecergasan emosi (EQ) yang tinggi berbanding murid-murid yang lain. Perezaan emosi merangkumi emosi-emosi ketakutan, sensitive, cepat marah, pemalu dan pasif.

Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul, menganalisis serta bakatnya. Murid-murid mempunyai aras kognitif yang berlainan. Mereka mungkin memproses rangsangan-rangsangan yang diterima daripada persekitaran dengan cara-cara yang berlainan. Contohnya murid-murid perempuan mempunyai kemahiran menulis dan memori yang lebih tinggi daripada lelaki. Kajian Santrock (2001) dapat membuktikan pencapaian murid-murid lelaki lebih baik berbanding murid-murid perempuan bagai matapelajaran Matematik, Sains dan sukan. Manakala pencapaian murid-murid perempuan adalah baik berbanding murid-murid lelaki dalam matapelajaran masakan dan jahitan.

Perbezaan SosialPerbezaan sosial berpunca dari latarbelakang sosio-ekonomi murid-murid dan kapasiti pendapatan keluarga masing-masing.Murid-murid berasal dari kalangan keluarga yang mewah mendapat nutrisi yang lebih bagus dan keadaan fizikal yang terjaga rapi. Manakala murid-murid yang berasal dari keluarga kelas pertengahan mendedahkan anak-anak mereka kepada pelbagai aktiviti yang mencabar seperti perkhemahan dan bengkel-bengkel kemahiran.Murid-murid yang berasal dari keluarga yang susah pula tidak mampu mempunyai nutrisi yang seimbang dan tidak mempunyai begitu banyak peluang untuk melibatkan diri dalam program-programyang pelbagai dan tidak mampu menghadiri kelas-kelas teras utama.

Menurut Guilford (1959), beliau menerangkan perbezaan sosial adalah mengikut ciri-ciri semulajadi iaitu trait yang akan tentukan sama ada individu itu permalu, pendiam, mengasingkan diri, gugup, gelisah, impulsif. Manakala minat, sikap, keperluan, kecenderungan serta temperamen juga turut mempengaruhi individu. Manakala Bandura (1997) menekankan pengaruh model ke atas tingkah laku individu yang belajar tingkah laku tertentu melalui pemerhatian terhadap orang lain.

Perbezaan sosial yang wujud adalah dipengaruhi wujudnya latarbelakang sosio-ekonomi seperti murid-murid yang mempunyai kapasiti pendapatan keluarga yang tinggi, maka nustrisi adalah lebih bagus dan keadaan fizikal terjaga dengan rapi. Di dalam kelas, guru perlu mengenalpasti tahap sosial murid-murid dan sentiasa menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

Perbezaan BudayaPerbezaan budaya wujud di dalam kelas yang terdapat pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan etnik yang lain. Perbezaan ini merangkumi perayaan, sistem kepercayaan, makanan dan pemakaian murid-murid.Oleh itu, murid-murid perlu mempunyai pengetahuan dan hormat-menghormati terhadap perbezaan budaya itu.

2.3EmosiMurid-murid mempunyai tahap emosi yang berlainan. Ini adalah kerana mereka berasal keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-kemahiran sosial yang berlainan. Emosi ini adalah berasal dari ibu bapa. Tahap kecerdasan emosi ini adalah berbeza. Contoh emosi, ketakutan, sensitif, cepat marah, pemalu, pasif dan sebagainya. Kanak-kanak lelaki lebih bersifat temperamen daripada kanak-kanak perempuan. Guru perlu mengenalpasti perbezaan emosi murid-murid dan menangani dengan cara yang sesuai serta mendisiplin mereka. Guru-guru perlu merancangkan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut personaliti murid-murid supaya dapat mempertingkatkan tahap keyakinan mereka semasa pembelajaran dijalankan.

Emosi : (struktur emosi yg menjd sebahagian personaliti) berebza dlm situasi yg samaKecenderungan yg disedari utk ke arah @ menjauhi objek dan diiringi dgn perasaan fizikal tertantuPerasaan @ reaksi afektif

Libatkan 4 aspek :Fisiologi : perubahan fizikal yg aktif (degupan jantung, mata terbeliak, berpeluh)Kognitif : pemikiran, kepercayaan, ekspetasiTingkah laku : ekspreasi emosi (muka, posisi, gerak badan, nada suara)Pengalaman Subjektif : keseronokan / tdk suka kerumitan perasaanKebolehan mengawal emosi & bertoleransi, menyatakan emosi, ketenteraman dan penyelesaian emosi, kebolehan menanggung kekecewaan, kesabaran dan mengawal emosi (gembira, duka, suka,marah, benci, cinta,kasih sayang,takut dll)

Emosi seronok (daya penarik terhadap sesuatu objek) kasih sayang, cinta, keinginan dan kegembiraanEmosi tdk seronok (menjauhi sesuatu objek) takut marah, benci / duka.KKL bersifat temperamen (resah & aktif) drp KKPPeranan guru :Beri perhatian wajarMembentuk nilai sbg objektif kurikulum sek & arah tuju matlamat pencapaian ind.KK tdk mahu berusaha disebabkan sikap / nilai terhadap pelajaran (sikap / nilai +ve terhadappelajaran berusaha)

2.4Tingkah lakuTingkah laku juga dikenali sebagai kebolehan khas yang diwarisi tetapi peluang alam sekitar yang luas juga turut mempengaruhi tingkah laku seseorang. Menurut Mok Soon Sang (2008), perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari segi pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial. Contohnya, terdapat peluang atau galakan yang positif maka akan wujudnya tingkah laku seseorang itu positif. Dari segi pengaruh persekitaran adalah seperti dari keluarga, sekolah, rakan sebaya, mediamassadan kebudayaan.

Perbezaan rohani dan AgamaSetiap individu mempunyai falsafah hidup dan keagamaan yang berbeza dengan individu yang lain. Mereka mempunyai agama mereka yang tersendiri. Anak- anak akan biasa mengikuti agama ibu bapa mereka. Contoh: Murid- murid daripada bangsa yang berlainan akan pergi ke tempat-tempat ibadat yang berlainan dan mempunyai kepercayaan- kepercayaan yang berlainan.

Kewujudan perbezaan rohani di kalangan murid-murid adalah disebabkan terdapatnya perbezaan budaya dengan kepercayaan masing-masing. Aspek rohani dalah lebih universal dengan hubungan tubuh badan-minda-jiwa. Murid-murid dibesar mengikut sistem agama tertentu dari ibu bapa. Guru-guru bertanggungjawab lebih sensitif terhadap agama dan menggunakan nilai-niali rohani am untuk membina kesihatan dan kekuatan minda murid-murid supaya melahirkan jiwa murid-murid yang stabil dan seimbang.

Selain daripda enam aspek yang utama ini telah menyebabkan perbezaan individu, maka terdapat juga faktor lain yang turut mempengaruhi perbezaan ini seperti bakat atau minat, perwatakan, pengunaan bahasa, sosialisasi, lokasi yang berbeza dan sebagainya.

Namun begitu, para pendidik perlu merancang strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang akur dengangayapembelajaran yang berbeza-beza di kalangan murid supaya tahap pencapaian matlamat pengajaran dapat dipertingkatkan.