asment tajwid

13
1. Hukum-hukum mempelajari ilmu Tajwid Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa mendalami ilmu mengenai membaca al-Quran dengan bertajwid. Dalam membaca Al-Quran kita wajib membacanya dengan bacaan yang terbaik yang mampu kita laksanakan. Yang dikehendaki dengan bacaan yang baik itu ialah membaca Al-Quran dengan bertajwid, kerana Nabi Muhammad S.a.w telah mengajarkan Al-Quran dan membacanya secara bertajwid kepada para Sahabat, kemudian Tabi'in dan Tabi' Tabi'in, begitu jugalah para Salafus-Soleh. Firman Allah Ta'ala : Surah Al-Baqarah 121 ( ه ب ون ن م ؤ ي ك ئ ل و أ ه لاوب ت ق ح ه وب ل ئ ي اب ئ ك ل م أ ه ا ئ ي ت ءأ ن ي ألذ) Telah berkata Imam Al-Alusi tafsir bagi ayat yang di atas : membaca Al-Quran dengan sebenar-benar bacaan, iaitu bacaan dengan sepenuh hati (tumpuan), membacanya dengan meraikan dhobt lafaz ( - ظ ف ل ل ظ أ ب ض), dan taammul pada maknanya". Oleh itu yang dikehendaki dari ayat tersebut ialah membacanya dengan bertajwid, iaitu meraikan setiap baris huruf, sukun, baris atas, bawah, hadapan, tanwin, sabdu, izhar, ikhfa', iqlab dan sebagainya yang termasuk dalam "bertajwid". Maka kita dituntut agar membaca Al-

Upload: cik-baco

Post on 20-Jun-2015

148 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asment tajwid

1. Hukum-hukum mempelajari ilmu Tajwid

Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa mendalami ilmu mengenai membaca al-

Quran dengan bertajwid. Dalam membaca Al-Quran kita wajib membacanya dengan

bacaan yang terbaik yang mampu kita laksanakan. Yang dikehendaki dengan bacaan

yang baik itu ialah membaca Al-Quran dengan bertajwid, kerana Nabi Muhammad

S.a.w telah mengajarkan Al-Quran dan membacanya secara bertajwid kepada para

Sahabat, kemudian Tabi'in dan Tabi' Tabi'in, begitu jugalah para Salafus-Soleh.

Firman Allah Ta'ala : Surah Al-Baqarah 121

( به يؤمنون أولئك تالوته حق يتلونه الكتاب ءاتيناهم (الذين

Telah berkata Imam Al-Alusi tafsir bagi ayat yang di atas : membaca Al-

Quran dengan sebenar-benar bacaan, iaitu bacaan dengan sepenuh hati (tumpuan),

membacanya dengan meraikan dhobt lafaz ( اللفظ ,(ضبط dan taammul pada

maknanya". Oleh itu yang dikehendaki dari ayat tersebut ialah membacanya dengan

bertajwid, iaitu meraikan setiap baris huruf, sukun, baris atas, bawah, hadapan,

tanwin, sabdu, izhar, ikhfa', iqlab dan sebagainya yang termasuk dalam "bertajwid".

Maka kita dituntut agar membaca Al-Quran sebagaimana ia diturunkan kepada Nabi

Muhammad S.a.w, samada dari segi lafaznya mahupun bacaannya.

Membaca Al-Quran tanpa bertajwid seolah-olah mengubah terhadap apa yang

diturunkan di dalam Al-Quran, dan mengubah setiap sesuatu yang ada di dalam Al-

Quran itu adalah ditegah dan berdosa (berdasarkan kepada umumnya lafaz ayat Al-

Quran). Maka membaca Al-Quran secara bertajwid itu sesuatu yang dituntut atau

dengan ertikata wajib bagi orang yang hendak membaca Al-Quran itu membacanya

dengan bertajwid, oleh itu barangsiapa yang tidak memperbaiki bacaannya ketika

membaca Al-Quran akan berdosalah ia sekiranya tiada usaha untuk ke arah itu.

Page 2: Asment tajwid

Sesungguhnya hukum mempelajari ilmu tajwid itu terbahagi kepada dua

keadaan iaitu Fadrdhu Kifayah dan Fardhu ‘Ain. Hukum Fardhu Kifayah ditujukan

kepada tuntutan mempelajari ilmu tajwid secara teori (Tajwid ‘Ilmi). Sebagaimana al-

Juraysi dalam kitab beliau ‘Nihayah al-Qawl al-Mufid Fi ‘Ilmi al-Tajwid telah

menerangkan bahawa tuntutan mempelajari hukum dan kaedah ilmu tajwid secara

teori adalah Fardhu Kifayah.

Manakala hukum Fardhu Ain ditujukan kepada tuntutan mempelajari ilmu

Tajwid secara amali. Sebagaimana yang diterangkan dalam kitab Hidayah al-Qari ila

Tajwid Kalam al-Bari yang dikarang oleh al-Marsafi (2005) bahawa hokum syarak

yang terdapat dalam ilmu tajwid adalah berkaitan dengan kewajipan secara fardhu

Ain bagi setiap mukallaf untuk memelihara hukum kesucian al-Quran. Demikian

seperti yang telah dinyatakan olehal-Imam al-Hafiz bin Al-Jazari, Abu Abdullah Nasr

al-Shirazi, al-Sayuti, al-Qastalani, Makki bin Abi Talib dan lain-lain lagi tentang

kefardhuan secara Ain ke atas setiap individu Muslim Mukallaf. Seterusnya Imam al-

Jazari turut menyebut dalam bayt syairnya al-Tayyibah :

Demikian menurut Imam al-Dani dalam kitab al-Tahdid Fi al-Itqan wa al-

Tajwid menjelaskan bahawa suruhan Allah s.w.t tidak hanya datang secara kata kerja

suruhan (fi’lu Amr) bahkan ia dikuatkan dengan kata terbitan (masdar) sebagai

mengagungkan bacaan Quran secara bertajwid dan menggalakkan manusia dalam

mendapatkan ganjaran pahala.

Page 3: Asment tajwid

Selain itu, Membaca al-Quran dengan bertajwid boleh dihuraikan dalam dua keadaan:

1) Membaca al-Quran dengan bertajwid pada kadar yang paling minimum iaitu

bacaannya tidak mengubah struktur perkataan atau merosakkan maknanya.

Hukumnya adalah fardu ‘ain.

2) Membaca al-Quran dengan bertajwid iaitu dengan memelihara keseluruhan hukum-

hukum tajwid dalam bacaan. Hukumnya wajib ke atas mereka yang mahir dengan

ilmu tajwid.

Aisyah r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Orang yang mahir dengan al-Quran ( hafalan dan bacaannya yang amat baik dan

lancar) kedudukannya di akhirat adalah bersama para malaikat yang mulia dan taat,

adapun orang yang membaca al-Quran dan tersekat-sekat dalam bacaannya, sedang

ianya amat payah, baginya adalah dua pahala.” [HR. Bukhari dan Muslim].

Oleh itu, sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa menjaga dan teliti dengan

pembacaan Al-Quran secara berajwid. Dan mendalami ilmu tajwid ini dengan lebih

mendalam agar pembacaan Al-Quran kita tidak merosakkan makna ayat dan akan

mendapat pahala.

2. Kepentingan dan kelebihan mempelajari ilmu Tajwid

Ilmu tajwid adalah ilmu yang berhubung dengan seagung-agung kitab iaitu Al-Quran.

Maka tidak dapat dinafikan lagi tentang kepentingan serta faedah mempelajari ilmu

tajwid. Antara kepentingan-kepentingan membaca Al-Quran dengan mengamalkan

hukum tajwid ialah seperti berikut:

1. Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam membaca Al-Quran.

Dengan mempraktikkan ilmu Tajwid dalam pembacaan Al-Quran, seseorang itu akan

terhindar daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang merosakkan bacaan atau

mencacatknya. Sekiranya membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul merupakan

Page 4: Asment tajwid

satu kewajipan bagi setiap muslim, maka membacanya dengan tajwid yang salah

merupakan suatu dosa.

2. Meningkatkan Minat Membaca Al-Quran

Berkat penguasaan ilmu Tajwid maka para pembaca Al-Quran akan yakin bahawa

mereka akan terhindar dari sebarang kesalahan, seterusnya dengan adanya penguasaan

ilmu tajwid juga kualiti bacaan Al-Quran akan terpelihara. Apabila tajwid itu betul

maka kecenderungan minat untuk membaca Al-Quran akan lebih meningkat lagi, ini

kerana adanya perkaitan hati sanubari dengan ayat-ayat yang dibaca. Dengan

demikian, kecenderungan tersebut bukan hanya di dalam peningkatan membacanya

sahaja, bahkan lebih cenderung untuk mendalami makna-makna yang terkandung di

dalam Al-Quran. Apabila terdapat motivasi sedemikian dalam diri individu,

membaca Al-Quran akan menjadi dasar dalam kehidupan manusia dan menjadi insane

yang bertaqwa kepada Allah. Seterusnya Allah akan memberikan darjat yang tinggi di

akhirat kelak.

Bagi mereka yang menyukai al-Quran sama ada minat untuk membacanya

atau minat dalam mencapai kefahaman ayat-ayatnya mendapat perumpamaan seperti

mana sabda Rasulullah s.a.w. :-

سائر على الرحمن كفضل الكالم سائر على القرءا فضل

خلقه

Maksudnya: Keutamaan al-Quran dibanding dengan lain-lain ucapan, adalah seperti

keutamaan Allah dibanding dengan seluruh ciptaanNya.Riwayat Baihaqi.

Dari makna hadith di atas jelas kepada kita bahawa mempelajari Al-Quran

sama ada membacanya hinggalah memahami makna yang terkandung di dalamnya

merupakan suatu perbuatan yang paling utama dibandingkan dengan lain-lain

perbuatan.

Page 5: Asment tajwid

3. Mencapai keyakinan dalam pembacaan Al-Quran yang betul.

Apabila seseorang itu mengetahui tentang hukum tajwid akan merasa yakin semasa

membaca Al-Quran. Mereka tidak lagi merasa ragu tentang apa jua bentuk ayat atau

hukum bacaan yang ditemui di mana-mana tempat dalam Al-Quran yang sebanyak 30

juzuk itu.

Manakala, bagi golongan yang tidak tahu tentang hukum tajwid mereka akan

gelisah dan tidak tenang dalam bacaannya kerana tidak yakin betul atau salah ayat

yang di bacanya dari segi hukum tajwid.

4. Mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat 

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat

dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka

dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang

tidak akan merugikan. Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka

dan menambah kepada mereka dari keurniaan-Nya. Sesungguhnya Allah Maha

Pengampun lagi Maha Mensyukuri.

وعلمه القرءان تعلم من خيركم

Maksudnya: Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Quran dan mengajarnya.

(Sahih Bukhari)

Semasa hayat Rasulullah s.a.w. Al-Quran dibacakan dengan penuh khusyuk

dan bertajwid. Bacaan baginda penuh menggambarkan pengertian dan maksud-

maksud yang dikehendaki. Oleh kerana itu pembaca-pembaca Al-Quran hendaklah

membaca sebagaimana bacaan Rasulullah s.a.w. supaya Kitab itu selalu memberi

kesan dan pengaruh kepada pembaca dan pendengarnya. Nabi Muhammad s.a.w.

telah pun bersabda:

Page 6: Asment tajwid

حرفعشرون بكل له كان قرأته في فأعرب القرءان قرأ من

، حسنة

ت حسنا حرفعشر بكل له كان اعراب بغير قرأ ومن

Maksudnya: Sesiapa yang membaca al-Quran menurut lidah yang terang (fasih) ia

memperolehi 20 ganjaran kebajikan dengan setiap huruf yang dibacanya, dan

sesiapa yang membaca al-Quran dengan sebutan bukan arab adalah ia memperolehi

10 ganjaran kebajikan dengan setiap huruf yang dibaca.

5) Dapat mengetahui seni bacaan Al-Quran yang pelbagai.

Al-Quran mempunyai seni bacaannya yang tersendiri. Seni bacaan al-Quran disertai

dengan pelbagai lagu yang diambil kira tentang makhraj huruf atau pengeluaran huruf

yang tepat keluarnya. Dengan mendalami ilmu tajwid, para individu muslim akan

dapat mengetahui dan mempelajari jenis-jenis tingkatan seni suara, seni lagu dan

perbezaan lagu. Perkara ini saling berkait dengan kaedah seni bertaranum.

Secara umumnya ilmu tajwid merupakan ilmu yang penting bagi umat Islam.

Umat Islam khususnya akan dapat membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan bacaan

yang betul dan dapat mengelakkan berlakunya kesalahan dalam bacaan. Dalam proses

memperhalusi pembacaan Al-Quran, individu Muslim juga akan mempelajari kaedah

dan metode hukum-hukum ketika membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Di antaranya

termasuklah makhraj huruf, tingkatan suara dan seni bertaranum yang pelbagai.

Oleh yang demikian itu, usaha dalam mempelajari tajwid seharusnya

ditingkatkan dalam setiap lapisan masyarakat termasuklah yang golongan muda dan

golongan tua. Sebagaimana hari ini, telah wujud pelbagai metode atau kaedah untuk

memudahkan pemahaman dalam bidang ilmu tajwid misalnya rancangan tilawah,

bertaranum dan tajwid Al-Quran, yang mana disiarkan melalui media-media

tempatan. Selain daripada itu menerusi internet juga banyak blog-blong yang

membincangkan ilmu tajwid. Walaupun terdapat sedikit perbezaan pendapat dan

prinsip seperti perbezaan qiraat dan sebagainya, namun ia boleh dibincangkan dengan

Page 7: Asment tajwid

lebih terperinci dalam kalangan cendikiawan dan para ilmuan pada zaman teknologi

ini.

Menurut Imam al-Sayuti, selain daripada berbakti kepada Allah dengan

memahami makna-makna dan hukum-hukumnya, umat Islam juga dikatakan berbakti

sekiranya melakukan ibadah dengan membetulkan sebutan, bacaan, menyebut dengan

tepat, dan sifat huruf-huruf yang diterima daripada para qura’yang bersambung

sanadnya dengan Rasulullah s.a.w. Ini menunjukkan bahawa ilmu Tajwid amat

penting untuk dipelajari supaya ilmu tersebut dapat diturunkan dan disampaikan

kepada generasi demi generasi

3. Dua orang tokoh ilmu Tajwid di Malaysia, kejayaan dan sumbangannya

dalam bidang ini.

Tokoh-tokoh tajwid yang banyak memberi sumbangan dalam pengajaran dan

pendidikan di Malaysia iaitu.

1) Yang Berbahagia Datok Haji Hassan bin Azhari. Beliau dilahirkan pada 18

ogos 1928 di Shuaib Amir Mekah. Beliau dilahirkan dalam keluarga berilmu dan

beragama. Ayah beliau adalah seorang ilmuan yang telah lama meneap di Mekah dan

mempunyai kesempatan masa yang banyak untuk mendalami ilmu agama dalam

pelbagai bidang. Ibunya Hj. Fatimah bt Abd Hakim dari campuran keturunan arab dan

Minangkabau.

Pada tahun 1939, Beliau terpaksa meningggalkan Mekah dan berpindah ke

Negeri Selangor mengikuti ayahnya yang berkhidmat sebagai guru. Ketika berada di

Malaysia, beliau dimasukkan ke Sekolah Marta al ’Ulum al Diniyyah, kemudian ke

Sekolah Arab Al Hayat Al Mardhiyyah sekolah arab ke dua di Kampung Jawa

Selangor. Beliau menyambung pelajarannya ke Sekolah al Junaid di Singapura.

Kemudian ke Sekolah Hishamuddin Selangor. Beliau pernah belajar di Sekolah

Melayu Kuala Langat dan Jublee School Klang.

Page 8: Asment tajwid

Penglibatan beliau dalam bidang Al Quran amat luas dan beliau

mengembangkan kepada masyarakat umum terutamanya dalam bidang tajwid dan

makhraj, jenis-jenis qiraat dan tarannum.Beliau meninggalkan asas pendidikan al

Quran untuk kanak-kanak melalui pendekatan muqaddam yang diwarisi dengan

memperkenalkan kaedahnya sendiri untuk pembacaan asas al Quran bagi kanak-

kanak dengan memperkenalkan huruf diikuti dengan perkataan al Quran dan

seterusnya diikuti dengan bacaan pula.Kaedah ini diperkenalkan melalui program

televisyen dan radio bagi membina kemampuan kanak-kanak membaca al Quran dan

juga orang dewasa.

Beliau telah menulis sebuah risalah bertajuk” Muqaddimah Ilmu tajwid” bagi

meningkatkan mutu bacaan di kalangan masyarakat Malaysia pada tahun 2001.Pada

tahun 2003,beliau telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk ”Penghayatan

Tajwid Al Quran Dan Amalannya Dalam Masyarakat Hari Ini” di Metrikulasi

Universiti Islam Antarabangsa.Beliau juga dijemput keluar negara untuk memberi

kursus dalam bidang tajwid di Singapura yang dianjurkan oleh badan masyarakat

beberapa kali pada tahun 2000. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang

penghakiman tajwid peringkat kebangsaan dan antarabangsa selama 50 tahun.

2) Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz. Beliau anak kelahiran Sanglang, Perlis,

dilahirkan pada 11 september 1948. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah

Arab di Arau, Perlis, kemudian melanjutkan pelajaran ke Maahad Tahfiz Al-Quran

Masjid Negara, Kuala Lumpur (1970 -1973), Pengajaran ilmu Qiraat secara

mushafahah dan talaqqi di Maahad Qiraat Shubra, Qahirah, Mesir dalam ilmu Qiraat

dan Tajwid, Universiti al-Azhar, Jabatan Usuluddin, dengan pengkhususan dalam

ilmu tafsir sehingga mendapat Sarjana Muda (B.A) dalam bidang tersebut.Kini beliau

bertugas di Pusat Islam Malaysia, aktif berceramah di jabatan-jabatan Kerajaan,

pernah diundang sebagai hakim musabaqah Tilawah al-Quran dan tahfiz sekaligus

sebagai Qari jemputan peringkat antarabangsa. Terbaru ialah beliau telah menjadi host

sebuah rancangan terbitan ASTRO Oasis iaitu IMAM MUDA.

3) Di sekolah, anda telah dilantik sebagai Ketua Panitia. Antara tugas

utama ialah merancang program peningkatan akademik bagi subjek

Page 9: Asment tajwid

Pendidikan Islam. Apakah program yang boleh anda laksana untuk

meningkatkan pencapaian murid dalam pelajaran Tajwid. Nyatakan masalah

yang dihadapi dan cara mengatasinya.