asign pra pelan lantai

18
1.0 PENGENALAN Pengurusan pusat pendidikan awal kanak-kanak yang cekap akan membantu memaksimumkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Perancangan yang rapi serta teliti perlu dibuat mengikut kesesuaian dengan objektif dan tujuan yang ditetapkan. Kemudahan-kemudahan yang disediakan, bersesuaian dengan kehendak semasa dan jangka masa yang panjang. Ruang dalam bangunan prasekolah meliputi bilik darjah, penyediaan makanan iaitu (dapur) dan bilik air (tandas). Manakala ruang bilik darjah termasuklah saiz kelas, pusat-pusat pembelajaran, jenis perabot, lantai dan warna dinding . Menurut Nani Menon dan Rohani Abdullah ( 2004), persekitaran prasekolah yang kondusif, menarik dan kemas dapat membantu meransang proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Ruang prasekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ruang dalam bangunan dan ruang luar bangunan. Kementerian Pendidikan (2003) telah memberi ketetapan bahawa ruang-ruang tadika perlu selesa, mendapat pencahayaan yang cukup serta peredaran udara yang baik. Peralatan serta susun atur perlu memudahkan pergerakan kanak-kanak. Ruang pembelajaran perlu diwujudkan sama ada di dalam dan juga di luar kelas. Aspek kebersihan perlu dititikberatkan selain ceria, menarik dan sudah semestinya selamat. Ruang yang disusun hendaklah boleh diubah atau mudah alih, sesuai mengikut situasi dan aktiviti yang ingin dijalankan. 2.0 ISI KANDUNGAN DAN PERBINCANGAN Ruang dalam sesebuah kelas prasekolah berfungsi untuk merangsang pembelajaran murid dan memantapkan peningkatan kemahiran kognitif seperti kemahiran berbahasa dan kemahiran berfikir. Ia juga dapat menggalakkan penerapan kemahiran

Upload: dayang-nur-zawani

Post on 06-Feb-2016

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

.....

TRANSCRIPT

Page 1: Asign Pra Pelan Lantai

1.0 PENGENALAN

Pengurusan pusat pendidikan awal kanak-kanak yang cekap akan membantu

memaksimumkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Perancangan yang rapi

serta teliti perlu dibuat mengikut kesesuaian dengan objektif dan tujuan yang ditetapkan.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan, bersesuaian dengan kehendak semasa dan jangka

masa yang panjang. Ruang dalam bangunan prasekolah meliputi bilik darjah, penyediaan

makanan iaitu (dapur) dan bilik air  (tandas). Manakala ruang bilik darjah termasuklah saiz

kelas, pusat-pusat pembelajaran, jenis perabot, lantai dan warna dinding . Menurut Nani

Menon dan Rohani Abdullah ( 2004), persekitaran prasekolah yang kondusif, menarik dan

kemas dapat membantu meransang proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Ruang

prasekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ruang dalam bangunan dan ruang luar

bangunan. Kementerian Pendidikan (2003) telah memberi ketetapan bahawa ruang-ruang

tadika perlu selesa, mendapat pencahayaan yang cukup serta peredaran udara yang baik.

Peralatan serta susun atur perlu memudahkan pergerakan kanak-kanak. Ruang pembelajaran

perlu diwujudkan sama ada di dalam dan juga di luar kelas. Aspek kebersihan perlu

dititikberatkan selain ceria, menarik dan sudah semestinya selamat. Ruang yang disusun

hendaklah boleh diubah atau mudah alih, sesuai mengikut situasi dan aktiviti yang ingin

dijalankan.

2.0 ISI KANDUNGAN DAN PERBINCANGAN

Ruang dalam sesebuah kelas prasekolah berfungsi untuk merangsang pembelajaran

murid dan memantapkan peningkatan kemahiran kognitif seperti kemahiran berbahasa dan

kemahiran berfikir. Ia juga dapat menggalakkan penerapan kemahiran bersosial dan nilai-

nilai murni di kalangan murid seperti bekerjasama, bertolak ansur dan membina keyakinan

diri. Selain itu, ruang ini juga berfungsi untuk membolehkan murid menjalankan

pembelajaran kendiri mengikut tahap kebolehan mereka.

Walau bagaimanapun, ruangan ini turut membantu guru dalam menjalankan aktiviti

bimbingan terhadap murid yang berkeperluan selain memudahkan guru untuk membuat

penilaian terhadap perkembangan murid dari aspek kognitif (pengetahuan dan kemahiran),

afektif (sikap dan tingkahlaku) dan psikomotor (fizikal). Jenis-jenis ruang dalam kelas dapat

dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pusat pembelajaran seperti Pusat Bahasa dan

Komunikasi, Pusat Kreativiti dan Estetika, Pusat Kognitif, Pusat Manipulatif, Pusat

Page 2: Asign Pra Pelan Lantai

Teknologi, Pusat Main Peranan serta Pusat Kerohanian dan Moral, Ruang Berkumpul (circle

time) dan pusat rujukan guru. Pembahagian ruang kelas ini mengikut tunjang pembelajaran

dalam Kurikulum Standard Prasekolah.

2.1PEMBAHAGIAN RUANG MENGIKUT TUNJANG PEMBELAJARAN

PUSAT-PUSAT PEMBELAJARAN

A)    PUSAT BAHASA DAN KOMUNIKASI

(Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)

Fokus utama Tunjang Komunikasi adalah kemahiran bahasa. Kemahiran bahasa merangkumi

kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan kemahiran menulis. Dengan adanya Pusat

Bahasa dan komunikasi diwujudkan akan membolehkan murid;

i) Meningkatkan kemahiran berkomunikasi

Murid bersama rakan-rakan akan berkomunikasi sesama mereka semasa aktiviti bercerita.

Secara tidak langsung kemahiran bersosialisasi dapat ditingkatkan.

ii) Mempertingkatkan interaksi dengan bahan ( gambar , bahan maujud , carta , model , bahan

cetakan dan lain-lain)

Murid mengeja perkataan dan membaca ayat pada buku-buku cerita, selain gambar yang

menarik, model sesuai disusun kemas.

iii) Menambah dan mengukuhkan perbendaharaan kata ,

Apabila komunikasi dua hala berlaku secara tidak langsung perbendaharaan murid

bertambah, melalui bacaan dan interaksi sesama rakan.

iv) Memupuk sikap sayangkan bahan bacaan

Murid akan mengambil bahan yang disusun contohnya buku cerita. Apabila telah selesai

bacaan, maka murid akan menyimpan semula buku yang diambil sebentar tadi. Murid

dilatih agar menyedari bahawa buku-buku yang disediakan perlu dijaga, disayangi agar

tahan lama, tidak rosak dan disimpan dengan kemas.

Page 3: Asign Pra Pelan Lantai

v) Menanam minat membaca murid

Penyediaan pelbagai bahan bacaan seperti buku-buku cerita sesuai dengan aras murid,

kad-kad perkataan, kad-kad ayat membantu guru memupuk minat membaca di kalangan

murid. Kad perkataan yang baik seperti menarik, tahan lasak, bergambar akan menarik

minat murid membaca.

vi) Mengembangkan kemahiran membaca dan menulis

Kemahiran membaca dan menulis dapat dikembangkan dengan bimbingan daripada guru.

Bimbing murid mengeja dan membaca perkataan yang mudah kepada yang susah.

Bimbing agar memegang pensel dengan betul selain menulis dengan cara yang betul.

vii)Membina keyakinan diri .

Apabila murid dapat mengenal abjad, suku kata dan ayat maka. Keyakinan diri mjurid

akan timbul. Mereka akan mengambil bahan dengan sendiri tanpa perlu diarahkan untuk

berbuat demikian.

B)    PUSAT KEROHANIAN DAN MORAL

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai merangkumi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral

Pusat Kerohanian dan Moral terdiri dari dua jenis ruang , iaitu Ruang Pendidikan Agama

Islam dan Ruang Pendidikan Moral.

Pusat Kerohanian dan Moral menyediakan persekitaran yang membolehkan murid :

i) Memupuk semangat cintakan agama

ii)        Memupuk nilai dan akhlak yang baik

iii)       Menyedari adanya Tuhan sebagai pencipta alam

iv)       Memupuk seamangat cintakan Negara .

Murid dididik dengan nilai-nilai murni contohnya bertanggungjawab, baik hati,

kepercayaan kepada Tuhan, hormat-menghormati, berterima kasih. Nilai-nilai murni ini

dipupuk agar dapat diaplikasi semasa aktiviti dijalankan.

Page 4: Asign Pra Pelan Lantai

Ruang Pendidikan Agama Islam 

Tujuan diwujudkan pusat ini adalah untuk :

i) Memupuk semangat cintakan agama dan perpaduan

ii) Memupuk nilai dan akhlak yang baik .

iii)   Menyedari adanya Tuhan sebagai pencipta alam

Murid dibimbing bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat. Selain mengenal asas

bahasa Al Quran, menghafaz beberapa surah. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan

melalui aktiviti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, dan bermain.

C)    PUSAT KOGNITIF DAN TEKNOLOGI

(Asas Sains dan Matematik)

Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi awal sains, awal matematik serta penggunaan

ICT.

  Menjalankan eksperimen

  Membuat ramalan

Pusat kognitif membantu menyediakan situasi pembelajaran yang bertujuan untuk :

i)      Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang proses sains dan matematik

ii)     Meningkatkan pengetahuan tentang konsep pranombor , asas nombor dan asas sains

iii) Meningkatkan kemahiran proses sains seperti membuat pemerhatian , pengelasan,

perbandingan dan menjalankan ekperimen.

iv) Meningkatkan kemahiran berfikir dan proses sains seperti seperti :

v)  Melahirkan dan meningkatkan daya kreativiti serta imaginasi

vi)    Menjalankan penerokaan pelbagai bahan semulajadi dan kitar semula

vii)  Menjalankan penerokaan konsep tekstur , saiz , warna dan bentuk .

viii)Menghasilkan sesuatu rekaan atau ciptaan pelbagai bahan

  Memerhati

  Mengelas

  Menyelesaikan masalah

Page 5: Asign Pra Pelan Lantai

 Pusat ini diwujudkan bagi membolehkan murid:

i)        Menggunakan pelbagai peralatan teknologi

ii)      Memperolehi maklumat

iii)    Berinteraksi dengan bahan teknologi untuk belajar mengikut kemampuan sendiri

iv)    Memperkaya pengalaman pembelajaran.

Pusat kognitif menyediakan murid-murid untuk meneroka alam sekitar menggunakan

organ deria dan juga peralatan yang mudah. Kemahiran asas proses penerokaan seperti

kemahiran memerhati, mengelas dan membanding akan diperkembangkan. Contoh ruang

pusat kognitif, murid meneroka kejadian alam kehidupan seperti tumbuhan, haiwan, objek

yang timbul atau tenggelam. Penyediaan objek seperti blok akan meningkatkan kreativiti

murid menyusun, membina di samping menguatkan kemahiran psikomotor halus.

Pengalaman awal matematik termasuk konsep pranombor, operasi nombor yang mudah, nilai

wang, bentuk dan ruang, waktu. Tunjang Sains dan Teknologi juga menyediakan ruang serta

peluang kepada murid-murid menggunakan komputer untuk melakukan tugasan tertentu,

seperti mengetahui kemahiran asas dalam mengendalikan komputer.

D)    PUSAT KREATIVITI DAN ESTETIKA

(Pendidikan seni dan Pendidikan Muzik)

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika merangkumi perkembangan fizikal dan

Penjagaan Kesihatan serta Perkembangan Kreativiti.

Susun atur dan peralatan serta bahan dalam pusat ini membolehkan murid :

i)      Mengecam dan membezakan pelbagai bunyi seperti bunyi haiwan , bunyi alam semula jadi

dan bunyi alat muzik.

ii)    Menikmati muzik melalui alat muzik, genderang

Page 6: Asign Pra Pelan Lantai

Aspek perkembangan fizikal amat penting kepada murid-murid prasekolah kerana ia

akan mempengaruhi murid di dalam melakukan aktiviti dengan mantap. Contohnya

memegang pensel dengan cara yang betul untuk menulis, melukis. Aktiviti-aktiviti yang

dirancang, dijalankan akan memberi peluang kepada murid meningkatkan kemahiran motor

halus, kemahiran motor kasar, kordinasi mata-tangan. Aktiviti fizikal seperti teknik

menyambut objek, membaling objek, serta melompat. Selain itu, penekanan terhadap amalan

penjagaan kesihatan fizikal murid-murid. Kebersihan persekitaran, pemakanan yang

berkhasiat. Tabiat menjaga kebersihan sentiasa dipupuk dalam aktiviti seharian. Contohnya

mengambil dan menyimpan semula alatan yang digunakan semasa menjalankan aktiviti di

ruang tersebut.

Perkembangan kreativiti termasuklah seni visual, pendidikan muzik, pergerakan

kreatif. Murid-murid diberi peluang berekspresi dengan menzahirkan idea secara kreatif.

Murid ditekankan konsep agar menghargai hasil kerja orang lain serta menghargai alam

sekitar. Hasilan kerja murid disimpan dan dipamerkan sebagai motivasi kepada diri serta

rakan-rakan yang lain pada ruang seni kreatif. Peralatan disimpan di rak agar mudah diambil

dan dikembalikan oleh murid. Aspek keselamatan seperti keadaan rak yang selamat, tiada

unsur-unsur yang boleh mencederakan murid contohnya pintu cermin yang mungkin

mengakibatkan pecah jika tidak digunakan dengan cermat.

G)   PUSAT MAIN PERANAN

       Pusat main  peranan boleh diwujudkan di ruang dalam kelas aktiviti main peranan yang

dijalankan membolehkan murid:

i)      Menjalankan aktiviti sendiri

ii)     Berinteraksi dan berkomunikasi

iii)      Mengalami suasana seperti rumah, klinik kedai dan lain-lain

iv)     Melahirkan emosi, minat dan bakat.

v)      Melakonkan cerita berdasarkan pengalaman

vi)     Memupuk nilai murni

vi) Melahirkan semangat perpaduan antara kaum

Page 7: Asign Pra Pelan Lantai

3.0 ORGANISASI PENULISAN

           Bilik darjah adalah medan perjuangan utama kepada kerjaya guru. Manakala ruang

bilik darjah merupakan ruang utama dalam sesebuah bilik darjah prasekolah. Proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku di sini. Suasana bilik darjah yang tidak kondusif akan

mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Bilik darjah yang kondusif mestilah dilengkapi

dengan kemudahan-kemudahan seperti air, api dan elektrik dan peralatan-peralatan seperti

bangku, meja dan sebagainya. Namun kemudahan-kemudahan ini jika tidak diselenggara dan

susun dengan baik akan menimbulkan masalah ketika proses pengajaran dan pembelajaran

berlaku. Justeru, pentingnya proses susun atur bilik darjah mempengaruhi proses

perkembangan murid dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang.

PELAN LANTAI PRASEKOLAH

Tunjang Fizikal dan Estetika

Berdasarkan pelan lantai prasekolah, rak-rak yang disusun dilengkapi dengan bahan-bahan

alatan muzik seperti kompang, kayu tik tok, tamborin, kerincing, kastenet, alatan permainan

luar, permainan pasir.

Faktor keselamatan seperti tidak dibiarkan bersepah dan berserekan di lantik yang oleh

mengundang bahaya akibat terjatuh memijak dan sebagainya. Murid dilatih agar dapat

mengambil dan memulangkan bahan dengan cermat dan dalam keadaan kemas.

Murid-murid bermain alat perkusi seperti kompang, dram dan simbal. Ternyata murid sangat

seronok dan teruja apabila dapat bermain bersama dengan rakan-rakan. Pengalaman yang

amat berharga buat mereka. Setelah selesai aktiviti, murid-murid akan meletakkan semula

alatan di rak dengan keadaan yang tersusun dan kemas. Elakkan daripada mempunyai alatan

Page 8: Asign Pra Pelan Lantai

yang terlalu berat, berkarat, bengkok atau patah. Sentiasa memastikan alatan di dalam

keadaan yang sempurna sebelum murid-murid menggunakannya.

Hasil kreativiti murid dipamerkan sebagai motivasi kepada murid-murid dalam menghasilkan

karya kreatif yang baik. Murid akan memerhati hasil kaya mereka di samping bercerita

pengalaman sepanjang menyiapkan aktiviti. Mereka juga dapat dididik agar menghargai hasil

kreativiti rakan lain seperti tidak merosakkan dan sebagainya. Hasil kreativiti murid yang

dipamerkan juga dapat dipantau oleh guru dari segi aspek perkembangan kordinasi motor

halus terutama dalam memegang pensel untuk melukis, mewarna, menggunting gambar dan

sebagainya. Adakah murid-murid telah menguasai psikomotor alus atau masih lagi lemah.

Jika masih lemah, maka guru perlu menjalankan aktiviti bimbingan kepada murid tersebut.

Warna-warna air, krayon atau warna pensel perlu dipastikan agar tiada bertoksid yang boleh

membahayakan murid.

Tunjang Kognitif , Sains dan Teknologi

Murid melakukan aktiviti membuat binaan dari permainan lego. Kemahiran psikomotor

halus dapat dikukuhkan selain perkembangan kognitig, murid membina binaan mengikut

kreativiti sendiri. Selain itu juga, amalan berkongsi alatan dapat diterapkan. Murid bersama-

sama bermain alatan tanpa sebarang masalah seperti berebut permainan dan sebagainya.

Alatan akan dikemas dan disimpan di rak dengan tersusun agar tidak berserakan bagi

Page 9: Asign Pra Pelan Lantai

mengelakkan kejadian terpijak atau terjatuh. Elakkan daripada mempunyai bahan permainan

yang berbucu tajam atau sisi yang patah, bengkok atau komponen yang terlalu kecil.

Gambar di atas menunjukkan murid-murid prasekolah menjalankan aktiviti membuat rantaian

manik. Salah satu aktiviti yang dijalankan di ruang kognitif dan teknologi. Kemahiran murid

dapat dinilai apabila mereka dapat memasukkan manik-manik ke dalam tali. Kemahiran

psiokomotor halus selain membina kreativiti apabila murid menggunakan pelbagai warna

manik-manik tersebut. Manik-manik kecil ini akan disimpan di tempat yang disediakan.

Manik-manik tidak terlalu kecil bagi mengelak daripada berlaku tertelan, tersumbat ke

hidung, telinga atau system pernafasan.

Murid-murid sedang asyik mengikuti aktiviti ICT. Murid dibimbing secara asas

mengendalikan komputer. Aktiviti menarik minat murid kerana mereka sendiri

mengendalikan computer. Satu pengalaman yang baharu bagi mereka. Aspek keselamatan

turut ditekankan iaitu pendawaian elektrik yang selamat. Contohnya wayar atau litar elektrik

diikat atau digulung serta diselenggara secara berkala. Ini terutama apabila penggunaan bahan

elektronik seperti televisyen, radio, komputer .Wayar perlu diletakkan di tempat yang

selamat, sesuai agar tidak dicapai atau diusik oleh murid-murid. Selain penggunaan alatan

dengan cermat. Ada dua meja computer diletakkan di bahagian tepi ruang dengan menghadap

ke tingkap. Murid akan bergilir-gilir akan mengendalikan komputer dengan bimbingan guru.

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

Murid menjalankan aktiviti menekap, melukis huruf hijaiyah seterusnya mewarna huruf

tersebut. Murid dididik agar mengenal huruf hijaiah dan Jawi. Melakukan aktiviti dengan

cermat, berkongsi alatan. Aspek keselamatan seperti semasa aktiviti menggunting kad akan

dipantau serta dibimbing oleh guru. Pastikan gunting yang bersaiz kacil sesuai dengan jari

Page 10: Asign Pra Pelan Lantai

mereka di samping, tidak berkarat, dan patah. Ini akan mengundang bahaya jika tigak

dipantau oleg guru.

Tunjang Komunikasi

Ruang Komunikasi dipenuhi dengan bahan-bahan seperti buku ‘big buku’ kad-kad bacaan,

buku-buku cerita yang tersusun dengan kemas. Murid-murid dapat menjalankan aktiviti

secara individu dan kumpulan. Guru boleh mendidik murid agar menjaga kebersihan buku,

menggunakan dengan cermat agar tidak rosak atau terkoyak. Amalan menyimpan semula di

rak selepas membaca perlu diterapkan kepada murid. Rak-rak disusun agar memberi

keselesaan murid, di samping penyediaan meja kecil dan kerusi amat sesuai dengan

ketinggian dan saiz murid.

Page 11: Asign Pra Pelan Lantai

4.0 KESIMPULAN

Penyediaan pelan lantai yang disusun dengan baik memerlukan kreativiti yang tinggi.

Kebiasaannya saiz kelas prasekolah tidak terlalu luas jadi adalah menjadi masalah utama

dalam menyusun atur perabot serta ruang-ruang yang memenuhi kehendak komponen-

komponen pembelajaran prasekolah. Guru perlu merancang peralatan serta perabot dengan

baik bagi memberi keselesaan murid-murid mengikuti aktiviti pembelajaran selain

menitikberatkan aspek keselamatan. Dekorasi yang baik akan memudahkan perjalanan

pengajaran dan pembelajaran guru dan murid. .Pelaksanaan aktiviti di prasekolah seharusnya

bersesuaian dengan tahap perkembangan dan kematangan kanak- kanak. Penyediaan aktiviti-

aktivitu yang boleh memperkembangkan tahap pemikiran kanak-kanak. Pada tahap umur ini,

pendidikan ilmiah tidak wajar diberi tekanan yang melampau.

Pelan lantai prasekolah yang baik perlu mengadakan pelbagai ruang-ruang

pembelajaran dan digunakan secara maksimum oleh guru dan murid-murid. Ruang seperti

kreativiti dan estetika, ruang komunikasi dan bahasa, ruang kerohanian dan moral, dan ruang

kognitif dan teknologi. Kepelbagaian ruang memberi pilihan kepada murid-murid semasa

menjalankan aktiviti bebas. Selain itu dapat meningkatkan dan menguasai pelbagai

kemahiran. Guru dapat membuat penilaian dan memantau perkembangan murid-murid dari

semasa ke semasa ketika menjalankan aktiviti secara individu, berkumpulan atau kelas. Pelan

lantai yang selesa memudahkan untuk proses menyimpan alatan dengan kemas dan teratur.

Aspek keselamatan tidak dilupa pada setiap masa sepanjang murid-murid berada di kelas

prasekolah dan semasa menjalankan aktiviti pembelajaran. Keselamatan dari segi

penggunaan alatan elektronik maupun bukan elektronik dan juga susun atur perabot.

Alatan perabot perlu bersesuaian dengan murid dari segi saiz tidak terlalu besar, bucu

yang tajam, tidak bercermin, memudahkan penyimpanan alatan oleh murid-murid serta dalam

menyusun atur dalam kelas prasekolah.

Page 12: Asign Pra Pelan Lantai
Page 13: Asign Pra Pelan Lantai
Page 14: Asign Pra Pelan Lantai

RUJUKAN

Dr. Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. (2007). Panduan

Pendidikan Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing.

Haliza Hamzah. et.al. (2008). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

Kasnani Ab. Karim. et. al. (2005). Perkembangan Pendidikan Prasekolah.          Subang

Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kasnani Ab. Karim. et. al. (2006). Perkembangan Pendidikan Prasekolah.         Subang

Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

Kuala Lumpur : KPM

Putri Zabariah. et. al. (2006). Tadika Berkualiti. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing.

Dr. Shahizan Hasan & Ahmad Shabudin Che Noh. (2005). Panduan Merancang Aktiviti

Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing.

http://my-prasekolah.blogspot.com/2008/12/pelan-lantai-kelas-prasekolah.html