asgmn en hajiman tokoh keusahawanan di malaysia datuk siti

14
CTD 2283 PENGENALAN KEUSAHAWANAN FALKUTI PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL DIPLOMA PENDIDIKAN PRA SEKOLAH TUGASAN INDIVIDU CTD 3383 PENGENALAN KEUSAHAWANAN TAJUK TOKOH KEUSAHAWANAN NAMA :NURUL SUHADA BINTI SAKARI NAMA KUMPULAN 3 ( KOHORT 16 ) NO.MATRIK: 3122004611 NO.K/P : 920224065690 pg. 1

Upload: yue-jenn-nuriha

Post on 14-Dec-2014

183 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kerja sem julai

TRANSCRIPT

Page 1: Asgmn en Hajiman tokoh keusahawanan di malaysia datuk siti

CTD 2283 PENGENALAN KEUSAHAWANAN

FALKUTI PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL

DIPLOMA PENDIDIKAN PRA SEKOLAH

TUGASAN INDIVIDU

CTD 3383 PENGENALAN KEUSAHAWANAN

TAJUK

TOKOH KEUSAHAWANAN

NAMA :NURUL SUHADA BINTI SAKARI

NAMA KUMPULAN 3 ( KOHORT 16 )

NO.MATRIK: 3122004611

NO.K/P : 920224065690

NAMA PENSYARAH: EN HAJIMAN IBRAHIM

pg. 1

Page 2: Asgmn en Hajiman tokoh keusahawanan di malaysia datuk siti

CTD 2283 PENGENALAN KEUSAHAWANAN

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGAHARGAAN

PENGENALAN

BIODATA

SITI SEBAGAI IKON SEMASA

GELARAN DATUK

SYARIKAT

RUJUKAN

3

4-7

8-9

9

9

10

11

pg. 2

Page 3: Asgmn en Hajiman tokoh keusahawanan di malaysia datuk siti

CTD 2283 PENGENALAN KEUSAHAWANAN

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah S.W.T,saya bersyukur kerana dapat menyepurnakan tugasan ini.dengan sempurna saya ingin mengucakapkan ribuan terima kasih saya kepada pensyarah saya yang mengajar saya dalam subjek ctd 2283 pengenalan keusahawan En Hajiman bin Ibrahim dengan dorongan beliau saya dapat menyiapkan tugasan saya.Dengan itu juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga saya yang banyak memberi dorongann kepada saya. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan saya yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan contoh bagai mana untuk membuat kerja saya yang bertajuk tokoh keusahawan, dalam pendidikan pengenalan keusahawan saya telah memilih tikoh keusahawan saya iaitu datuk siti norhaliza binti tarudin dimana beliau ialah seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia dan dinobatkan sebagai penjyanyi no satu Malaysia.

PENGENALAN

pg. 3

Page 4: Asgmn en Hajiman tokoh keusahawanan di malaysia datuk siti

CTD 2283 PENGENALAN KEUSAHAWANAN

Usahawan : Datuk Hajjah Siti Nurhaliza Tarudin

Entri saya pada kali ini merupakan sebahagian daripada tugasan Keusahawan

saya. Tugasan pada kali ini meminta kami memilih seorang usahawan dan

menceritakan latar belakangnya dan saya telah memilih Siti Nurhaliza sebagai

usahawan yang ingin saya ceritakan kejayaan. Diharapkan entri kali ini dapat

menceritakan kejayaan Datuk Siti dalam bidang keusahawanan.

Usahawan yang telah saya pilih ialah Datuk Hajjah Siti Nurhaliza,

seorang penyanyi yang berprolifik dan juga ikon dalam bidang keusahawanan.

16 tahun beliau berkecimpung dalam industri seni suara telah cukup meletakkan

beliau sebagai sebuah jenama yang cukup gah. Lahir pada 30 Oktober 1979 di

Kuala Lipis, kerjaya seni beliau bermula pada tahun 1991 apabila beliau

menjuarai sebuah program hiburan terbitan televisyen kerajaan. Bermula pada

tanggal dan detik itu beliau telah berjaya mengumpul sekelompok besar

peminatnya. Beliau juga berjaya mencipta kejayaan demi kejayaan dalam dan

luar negara.

Pemegang Malaysia’s Book of Record sebagai artis Malaysia yang paling

banyak menerima anugerah ini mula menunjukkan minat dalam bidang

keusahawanan apabila menubuhkan Siti Nurhaliza Production pada tanggal 2

Jun 1998 yang mana syarikat ini ditubuhkan bagi melancarkan perjalanan

pg. 4

Page 5: Asgmn en Hajiman tokoh keusahawanan di malaysia datuk siti

CTD 2283 PENGENALAN KEUSAHAWANAN

kariernya. Untuk pengetahun bersama, syarikat ini diselia dan ditadbir urus oleh

ahli keluarga Datuk Siti sendiri. Seperti usahawan-usahawan lain yang sentiasa

mahu kehadapan begitu juga halnya bagi Siti Nurhaliza, beliau turut juga

mencipta jenama sendiri melalui rangkaian teh yang diberi nama C-Tea. Teh C-

Tea menggunakan teh yang dipetik daripada Semenanjung Malaysia, Sabah.

Menggunakan pendekatan teh yang bebas daripada penggunaan kimia dilihat

mudah mendapat kepercayaan daripada pengguna-pengguna di Malaysia apatah

lagi peminatnya.

Impak daripada usaha Datuk Siti Nurhaliza dalam usahanya memajukan

diri dalam bidang keusahawanan telah mendapat pengiktirafan Anugerah Tokoh

Karyawan Usahawan Muda 2005 oleh Pusat Pengajian Pengurusan (PPP),

Universiti Sains Malaysia (USM) dan Akademi Pengurusan Asia. Anugerah itu

diberikan bertujuan memberi pengiktirafan kepada karyawan hiburan yang

berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa. Pengerusi Jawatankuasa

Penganjur Malam Gala Alumni PPP, Prof Madya Dr Yuserrie Zainuddin

berkata, penubuhan Siti Nurhaliza Production (SNP), idea bernas memanifestasi

fungsinya dalam industri hiburan untuk menguruskan persembahannya dengan

teratur serta profesional. Beliau turut berpendapat tidak keterlaluan jika

dikatakan Siti Nurhaliza menjenamakan dirinya melalui pengedaran produk teh

pg. 5

Page 6: Asgmn en Hajiman tokoh keusahawanan di malaysia datuk siti

CTD 2283 PENGENALAN KEUSAHAWANAN

yang memberi impak besar dalam memastikan namanya dikaitkan apabila

seseorang menikmati minuman tertentu.

Entah apa silapnya langkah Datuk Siti Nurhaliza dalam bidang

perniagaan teh sehinggakan perniagaan itu menemui titik noktahnya. Kegagalan

C-Tea sedikit sebanyak memberikan persepsi yang sedikit rendah terhadap

kebolehan penyanyi no.1 negara ini dalam bidang perniagaan. Tetapi

syarikatnya tetap kukuh dan utuh sehingga ke hari ini dan semakin rancak

menunggang karier Siti Nurhaliza ke suatu tahap yang maksima. Kemuncak

karier beliau, beliau sudah menerima banyak penganugerahan seperti mana

yang telah dinyatakan dan sinonim dengan beliau yang merupakan seorang

selebriti yang memerlukan beliau tampil menarik di hadapan khalayak

menyebabkan terlahirnya satu lagi produk keusahawanan beliau kali ini dalam

bidang kosmetik.

Momen yang terlakar pada tarikh 30 Mac 2010 di lokasi Hotel Mandarin

Oriental merupakan satu tarikh yang bakal diingati beliau dan mungkin sahaja

menentukan untung nasib empayar kariernya. Simplysiti merupakan produk

kosmetik beliau yang mengangkat motto penjenamaan, “Rahsiaku kini milikm”.

Apa yang melainkan produk beliau dengan produk di pasaran pada hari ini

adalah teknologi nano dalam bahan dan pembuatannya. Produk kosmetik ini

pg. 6

Page 7: Asgmn en Hajiman tokoh keusahawanan di malaysia datuk siti

CTD 2283 PENGENALAN KEUSAHAWANAN

memperkenalkan rangkaian kosmetik seperti gincu bibir, bedak asas,

pembayang mata dan juga variasi penjagaan wajah seperti Krim Simply5. Pada

awal kemunculan produk ini, Datuk Siti Nurhaliza telah memperkenalkan 2

produk utamanya iaitu Krim Simply5 dan Simply Gorgeous Lip yang mana

nama-nama gincu ini diambil bersempena 20 lagu popular beliau seperti Aku

Cinta Padamu, Kau Kekasihku dan sebagainya.

Dengan kemunculan produk kosmetik ini di persada tanah air dan

beberapa negara berdekatan akan datang seperti Singapura, Indonesia dan

Brunei telah memperlihatkan pengukuhan Datuk Siti Nurhaliza dalam bidang

keusahawanan. Variasi produk yang dipersembahkan Datuk Siti Nurhaliza

dalam bidang keusahawan dan seni suara telah menampakkan sisi baru Datuk

Siti Nurhaliza dalam usaha ingin sentiasa berada di hadapan untuk memajukan

diri sendiri. Memang usahawan seperti beliau harus dicontohi kerana beliau

bukan terus berjaya dalam produk kosmetik pada hari ini tetapi telah mengalami

saat jatuh bangun dalam bidang keusahawanan ini, norma seorang usahawan

yang berjaya. Beliau sememangnya layak digelar sebagai ikon dalam bidang

keusahawan dan tidak dapat dielakkan lagi sebagai ikon dalam bidang seni.

pg. 7

Page 8: Asgmn en Hajiman tokoh keusahawanan di malaysia datuk siti

CTD 2283 PENGENALAN KEUSAHAWANAN

biodata-datuk-siti-nurhaliza

Siti Nurhaliza dilahirkan di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh,

Pahang, Malaysia, kepada bapanya Tarudin bin Ismail, seorang polis, dan

ibunya Siti Salmah Bachik, seorang suri rumah. Beliau merupakan anak kelima

dalam sekeluarga lapan adik-beradik, yang mana salah satu daripada mereka

meninggal setelah lahirnya beliau.

Mula-mulanya, Siti digelar "tomboy" disebabkan kelakuannya yang

cergas dan kecenderungannya terhadap penampilan kelelakian. Memasuki

Sekolah Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh. Darjah 1 -

Darjah 6, memasuki Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford, akhirnya Siti beralih

kepada penampilan yang feminin; ibunya yang tersayang membesarkan Siti

Nurhaliza menjadi gadis Melayu yang berbudi bahasa dan anggun senantiasa.

Melanjutkan pembelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala

Lipis Pahang. ( Tingkatan 1 - Tingkatan 5 ). Sewaktu di sekolah menurut Siti

sendiri bahawa beliau sangat aktif dalam sukan.

Siti juga merupakan artis yang menjadi jutawan kerana bakat dan usaha, tidak

semata-mata keranan undian atau SMS

pg. 8

Page 9: Asgmn en Hajiman tokoh keusahawanan di malaysia datuk siti

CTD 2283 PENGENALAN KEUSAHAWANAN

Siti Sebagai Ikon Semasa

Sepanjang perjalanan karier beliau, Siti Nurhaliza sering kali

disenaraikan sebagai antara ikon semasa yang seringkali disebut di dalam filem

mahupun iklan. Antaranya, poster Siti Nurhaliza ditunjukkan di dalam filem

"KL Menjerit", gambar Siti di dalam filem "Aku No.1", filem "Diva Popular"

yang dikatakan berkisarkan Siti, drama bersiri "Fara" turut menyebut nama Siti

Nurhaliza, dan iklan-iklan yang menggunakan nama Siti.

Gelaran Datuk

Belum genap tiga bulan bergelar Datin setelah berkahwin dengan Datuk

Khalid, Siti Nurhaliza dikurniakan anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang

(DIMP, yang membawa gelaran "Datuk").Anugerah berlangsung pada 28

Oktober 2006 dan dianugerahkan oleh Sultan Pahang sempena hari keputeraan

baginda.

Syarikat

Siti juga telah menubuhkan syarikat-syarikatnya tersendiri untuk

membantu mengembangkan kerjaya beliau sebagai artis dan juga ahli

pg. 9

Page 10: Asgmn en Hajiman tokoh keusahawanan di malaysia datuk siti

CTD 2283 PENGENALAN KEUSAHAWANAN

perniagaan. Syarikat-syarikat tersebut adalah Siti Nurhaliza Productions (SNP),

Siti Nurhaliza Collections Sdn. Bhd. dan Siti Nurhaliza Marketing Sdn. Bhd.

RUJUKAN

pg. 10

Page 11: Asgmn en Hajiman tokoh keusahawanan di malaysia datuk siti

CTD 2283 PENGENALAN KEUSAHAWANAN

1) https://www.google.com.my/search?

q=DATUK+SITI+NURHALIZA+KEUSAHAWAN&hl=en&rlz=1C1CH

MO_enMY500MY514&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=Wp4yUZ-

8B4HprAff1YHYBA&ved=0CAoQ_AUoAQ&biw=1024&bih=457

2) https://www.google.com.my/search?

q=produk+simplysiti&rlz=1C1CHMO_enMY500MY514&aq=0&oq=PR

ODAK+SIMPLY&aqs=chrome.1.57j0l3.9306&sourceid=chrome&ie=UT

F-8

3) https://www.google.com.my/search?

q=anugerah+datuk+siti+nurhaliza&rlz=1C1CHMO_enMY500MY514&a

q=0&oq=ANUGERAH+DATUK+SITI&aqs=chrome.1.57j0l3j62l2.9227&

sourceid=chrome&ie=UTF-8

4) http://best-of-ctnurhaliza.blogspot.com/2007/09/mengenai-datuk-siti-

nurhaliza.html

5) http://best-of-ctnurhaliza.blogspot.com/2007/09/biodata-datuk-siti-

nurhaliza.html

pg. 11