asean community.pptx

11
ASEAN COMMUNITY NAMA:Nurul Athirah Bt Zainal KELAS : 2 Angsana

Upload: xelyn-chong

Post on 22-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: ASEAN COMMUNITY.pptx

ASEAN COMMUNITY

NAMA:Nurul Athirah Bt Zainal KELAS : 2 Angsana

Page 2: ASEAN COMMUNITY.pptx

Definisi

ASEAN Komuniti Ditubuhkan Pada Ogos 1967

Bertujuan Untuk Mewujudkan Kerjasama Yang Lebih Erat Di Kalangan NEGARA DALAM BIDANG EKONOMI , KEMAJUAN SOSIAL DAN PERKEMBANGAN KEBUDAYAAN

Page 3: ASEAN COMMUNITY.pptx

Peranan & Sumbangan • Tugasan ini bertujuan untuk membincangkan peranan dan sumbangan Malaysia

dalam persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967. Malaysia telah memainkan peranan dan memberikan sumbangan yang besar dalam pertubuhan ASEAN antaranya dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial dan secara tidak langsung dapat memastikan kestabilan politik dan kemakmuran di rantau Asia Tenggara.

• Dalam tugasan ini, antara isu utama yang akan dibincangkan ialah, matlamat ASEAN ditubuhkan serta apakah peranan dan strategi yang dilakukan oleh Malaysia dalam meningkatkan bidang ekonomi dalam kalangan Negara-negara ASEAN. Secara khususnya. Malaysia telah banyak memainkan peranan dan sumbangan yang amat besar dalam meningkatkan ekonomi diantara Negara serantau disamping mengambil tentang perkembangan dan kebajikan hubungan serantaunya.

• Didalam tugasan ini juga, turut dibincangkan  mengenai peristiwa yang menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan mana-mana Negara ASEAN. Terdapat beberapa peristiwa yang pernah mencalarkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan bebrapa Negara ASEAN antaranya ialah Filipina dan juga Vietnam. Walaubagaimanapun, setiap masalah ini sentiasa ditangani dengan sebaiknya demi mengkekalkan kelangsungan hubungan antara Negara-negara tersebut. Ikuti perbincangan mengenai isu-isu tersebut dan perkembangannya didalam tugasan ini.

Page 4: ASEAN COMMUNITY.pptx

Mengapa bergabung ?

•ASEAN dianggotai hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Timor Leste dan Papua Guinea

Page 5: ASEAN COMMUNITY.pptx
Page 6: ASEAN COMMUNITY.pptx

Diantara matlamat penubuhan Asean itu juga adalah untuk: i. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan kebudayaan di rantau ini. Ia dijayakan melalui usaha dan tindakan bersama dengan semangat persamaan dan perkongsian. Langkah-langkah ini sebagai usaha mengukuhkan asas untuk sebuah masyarakat yang aman, makmur di Negara-negara Asia Tenggara. ii. Menggalakkan keamanan dan kestabilan serantau. Ini hendaklah dilakukan berdasarkan hormat-menghormati sepenuhnya keadilan undang-undang di kalangan Negara rantau ini dan patuh kepada piagam pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB). iii. Menggalakkan kerjasama yang akif dan saling membantu terhadap perkara-perkara kepentingan bersama dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaaan, teknikal,santifik dan pentadbiran. iv. Tolong-menolong antara satu sama lain dalam bentuk latihan dan kemudahan-kemudahan penyelidikan dalam bidang pelajaran professional, teknikal dan pentadbiran. v. Bekerjasama yang lebih berkesan dalam penggunaan bidang pertanian dan industri. Meluaskan perdangangan termasuk kajian masalah perdagangan barangan antarabangsa, memperbaiki kemudahan-kemudahan pengangkutan dan perhubungan dan meninggikan lagi taraf hidup rayat Negara-negara anggota. vi. Untuk mengekalkan Asia Tenggara sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear dan bebas daripada segala senjata pemusnah besar-besaran yang lain; vii.Untuk mewujudkan suatu pasaran dan pangkalan pusat pengeluaran tunggal yang stabil, makmur, berdaya saing dan berintegrasi dari segi ekonomi dengan kemudahan berkesan bagi perdagangan dan pelaburan yang dalamnya wujud pengaliran bebas barangan, perkhidmatan dan pelaburan; memudahkan pergerakan ahli perniagaan, ahli profesional, bakat dan tenaga kerja; dan aliran modal yang lebih bebas;

Page 7: ASEAN COMMUNITY.pptx

Peranan MALAYSIA dalam ASEAN

INFORMATIVE – ASEAN akan percepatkan pelaksanaan pelan tindakan KOMUNITI ASEANATTRACTIVE –Melaka sebagai pintu masuk pelancongan Sumatera KNOWLEDGE – Meningkatkan daya saingan kawasan , dengan cara memperkuat Kapasitas masyarakat ASEAN dalam penguasaan ilmu pengetahuan dan Teknologi

Page 8: ASEAN COMMUNITY.pptx

• 4.1 Peristiwa yang menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan mana-mana Negara Asean.

• 4.1.1 Tuntutan Filipina ke atas Sabah

• Ketika awal penubuhan Asean, hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Filipina  kurang baik disebabkan tuntutan Filipina terhadap sabah. Filipina  tidak mahu menggugurkan tuntutannya ke atas sabah lebih-lebih lagi dalam tahun berikutnya iaitu pada tahun 1968. Pada tahun itu, Filipina telah melancarkan kegiatan pengkhianatan terhadap Malaysia. Filipina telah menghantar orang-orang yang dilatih khas menyusup masuk ke Sabah. Mereka ditugaskan untuk melakukan pengkhianatan terhadap wilayah Malaysia itu. Boleh dikatakan, sepanjang tahun 1968 itu, hubungan diantara Malaysia- Filipina adalah seperti “ ranjau di dalam daging”.  Walaubagaimanapun, Malaysia meneruskan usaha damainya dengan Filipina dan tidak berputus asa untuk mencari jalan penyelesaian. Rundingan demi rundingan telah beberapa kali diadakan di Bangkok namun semuanya gagal dan menemui jalan buntu. Malahan Filipina telah meletakkan satu undang-undang dengan memasukkan Sabah sebahagian daripada wilayahnya. Undang-undang ini telah dibuat melalui satu Akta Perampasan Sabah dan tindakan tersebut telah menyebabkan terputusnya semula hubungan dilomatik antara kedua-dua buah Negara.

• - Tuntutan berlarutan

• Akibat daripada persengketaan itu, kegiatan ASEAN telah terhenti buat seketika. Sungguhpun Malaysia telah menyambung kembali hubungan diplomatiknya dengan Filipina beberapa tahun kemudian, namun tuntutan Filipina tehadap sabah masih tidak digugurkan. Tuntutannya berlarutan hingga tahun 1991. Pada Ogos 1977, Presiden Marcos iaitu presiden kepada Filipina telah berikrar akan mengugurkan tuntutan  itu ketika Sidang Ketua Kerajaan ASEAN di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, ikrar itu tidak dikotakannya. Tuntutan Filipina itu merupakan “duri dalam daging” hubungan Malaysia- Filipina malahan dalam hubungan Negara-negara Asean seluruhnya.[5]

Page 9: ASEAN COMMUNITY.pptx

• Kemasukan pelarian Vietnam ke Malaysia

• Pada tahun 1978, Malaysia telah dikejutkan dengan kemasukan pelarian daripada Vietnam. Kemasukan pelarian Vietnam ini membimbangkan kerajaan kerana kemungkinan ada dikalangan pelarian ini yang terdiri daripada komunis. Kerajaan khuatir sekiranya mereka menjalankan kegiatan yang subversif apabila mereka mendarat di Negara ini. Kemungkinan besar juga berlaku kegiatan-kegiatan penyeludupan senjata api ke Negara ini. Inilah yang membimbangkan pihak berkuasa.

• Walaubagaimanapun, sejak tahun 1978 lagi, Negara kita telah mengambil pendirian tegas dalam hal ini walaupun amat mengambil berat tentang kebajikan dan berperikemanusiaan dalam menangani isu pelarian ini. Ini berikutan dengan ketibaan kapal kargo Hai Hong di pelabuhan klang. Kejadian ini berlaku dalam bulan November tahun tersebut. Apa yang menjadi isu ialah muatan kargo yang sepatutnya diisi dengan barang telah diisikan dengan sekumpulan manusia yang merupakan rakyat yang tidak diingini oleh Vietnam. Mereka juga tidak mahu tinggal di bawah pemerintahan komunis Negara mereka.

• Sebelum peristiwa ketibaan kapal Hai Hong ini, iaitu pada tahun 1977, Malaysia telah menyatakan hasrat untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam supaya kedua-dua Negara dapat memupuk persahabatan. Dengan adanya hubungan persahabatan yang baik, Kuala Lumpur akan menjadi ‘pendorong’ kepada hubungan baik dengna Negara-negara Asean yang lainnya. Bagaimanapun, niat baik kita untuk membantu Vietnam telah dibalas dengan perbuatan yang menghampakan kita. Negara itu telah mengambil kesempatan dengan niat baik Malaysia dengan mengeskportkan rakyatnya yang menentang pemerintahan komunis.

• Dato’ Tun Hussein Onn telah memberikan amaran keras kepada Vietnam dan Malaysia tidak teragak-agak memutuskan hubungan diplomatik jika Negara itu terus mengancam keselamatan Negara kita. Walaubagaimanapun, amaran itu tidak diendahkan oleh Vietnam dan Malaysia terpaksa menarik balik semua bantuannya terhadap Vietnam. Hubungan Malaysia dan Vietnam bertambah tegang namun Malaysia tidak memutuskan hubungan dengan Negara itu demi untuk mengekalkan saluran hubungan. Ini kerana Negara kita masih menaruh keyakinan ia akan menjadi saluran bagi menyelesaikan masalah berbagai-bagai masalah terutamanya masalah yang berbangkit dari sengketa Kampuchea.[6]

Page 10: ASEAN COMMUNITY.pptx

• Rumusan

• Sebagai konklusinya, antara matlamat penubuhan ASEAN itu sendiri itu adalah untuk membina kerjasama serantau dikalangan Negara Asia Tenggara dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan kebudayaan di rantau ini. Ia dijayakan melalui usaha dan tindakan bersama dengan semangat persamaan dan perkongsian. Langkah-langkah ini sebagai usaha mengukuhkan asas untuk sebuah masyarakat yang aman, makmur di Negara-negara Asia Tenggara.

•Secara tidak langsungnya, Malaysia telah memainkan banyak peranan dan sumbangan yang telah mewujudkan strategi efektif dalam melakar dan meningkatkan corak ekonomi yang berkembang dengan pesat serta penuh inovatif. Usaha Malaysia yang pelbagai dalam mengembangkan taraf ekonomi telah memberi galakan dan peluang kepada Negara serantau untuk turut sama dalam menaik taraf ekonomi Negara masing-masing. Hakikatnya, Malaysia adalah sebuah Negara yang amat mengambil berat mengenai perkembangan dan kebajikan Negara serantaunya dan cukup perihatin dalam menghulurkan bantuan dan sumbangan disaat memerlukan.

• Bagaimanapun, terdapat beberapa peristiwa yang pernah mencalarkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan beberapa Negara ASEAN sebagaimana yang telah dibincangkan didalam tugasan ini. Pun begitu, setiap permasalahan yang timbul, Malaysia sentiasa berusaha untuk mencari jalan penyelasaiannya demi mengekalkan kelansungan hubungan antara Negara ASEAN dan demi mewujudkan kerjasama dan keamanan sejagat.

Page 11: ASEAN COMMUNITY.pptx