ascabaran gueu01

14

Click here to load reader

Upload: zai-muhd

Post on 08-Jul-2015

535 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ascabaran gueu01

SMP KOHOT 5/SEP 08Siti Zalena bt Hj Abdullah

Noraidawati bt Hj Rahim

1.0 Pengenalan

Tujuan etika dibentuk pada amnya adalah digunakan untuk diri sendiri dan

masyarakat di sekelilingnya. Kod etika profesional adalah salah satu ‘alat kawalan’

sosial yang digunakan sebagai satu panduan dalaam mendisiplinkan diri ke arah yang

lebih beretika. Ianya berfungsi sebagai landasan dalam menjalankan pelbagai kerja

dengan lebih baik dan lebih teratur. Dalam pendidikan seringkali diterapkan perlakuan

dan amalan yang baik kepada pelajar agar mereka dapat mengamalkannya sepanjang

hayatnya.

Namun terdapat faktor-faktor tertentu yang menyebabkan seseorang itu

melanggar etika seperti faktor pengaruh keluarga (family influence), pengaruh rakan

(Peer Influence), pengalaman hidup (life experience), nilai peribadi dan prinsip moral

(personal value and morals) dan faktor keadaan (situation factors). Seringkali apabila

sesebuah organisasi berdepan dengan masalah etika, maka jalan terakhir untuk

menyelesaikannya ialah dengan merujuk kepada undang-undang untuk mengawal

keadaan tersebut.

2.0 Definisi Etika

Terlalu banyak definisi etika diberikan oleh pelbagai pihak dari semasa ke

semasa. Istilah etika berasal daripada perkataan Greek ‘ethos’ yang bermaksud khusus

kepada ‘character’, atau perwatakan dan keperibadian

Gluck (1986:176) telah mendefinisikan etika sebagai,’kajian filosofikal terhadap

moraliti’. Shea (1988: 17) mendefinisikan etika sebagai “prinsip-prinsip

bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesion “ dan sebagai “ satu standard

tingkah laku”

Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita dalam

apa juga tindak tanduk perlakuan. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu

sendiri tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat

mencapai tahap etika yang dikehendaki.

1

Page 2: Ascabaran gueu01

SMP KOHOT 5/SEP 08Siti Zalena bt Hj Abdullah

Noraidawati bt Hj Rahim

2.1 Definisi Etika dalam Islam

Moral dan etika dalam Islam, meskipun berbeza dikenali sebagai akhlak. Akhlaq

adalah perkataan Arab, kata jamak kepada perkataan Khuluq. Akhlak termasuklah

tabiat, adab, maruah dan lain-lain perbuatan mulia atau positif yang dilakukan oleh

seseorang individu. Dari segi istilah, akhlak boleh diringkaskan sebagai keadaan

kejiwaan yang akan membentuk tingkah laku manusia.

Menurut perspektif Islam, akhlak adalah suatu sains atau kajian terhadap sistem-

sistem keimanan (I’tiqadat) iaitu kajian terhadap baik buruk sesuatu tingkah laku dengan

objektif untuk memperaktikkan bukan untuk kepentingan ilmu tetapi mengkaji tentang

tingkah laku manusia berhubung dengan Allah sesama manusia dan alam semesta.

2.2 Definisi Etika menurut kamus Dewan

Menurut kamus Dewan edisi ketiga, etika bermaksud prinsip moral (atau akhlak)

atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu

kumpulan (persatuan, pekerjaan dan lain-lain)

2.3 Defisini nilai dan etika dari segi Bahasa

Nilai adalah ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau

sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama

dalam masyarakat. Penerimaan dan penghayatan nilai-nilai utama oleh masyarakat akan

menjamin rakyat yang berpendidikan lengkap dalam hubungan masyarakat iaitu perilaku

etika, sosial dan budaya ilmu.

Etika pula bermaksud tanggungjawb dan akibat bagi tingkah laku seseorang

terhadap masyarakat. Setiap anggota masyarakat atau organisasi berkewajipan

memahami tanggungjawab terhadap peranan dan perilaku seseorang individu tersebut.

2

Page 3: Ascabaran gueu01

SMP KOHOT 5/SEP 08Siti Zalena bt Hj Abdullah

Noraidawati bt Hj Rahim

3.0 Pembentukan teori etika

Etika bermula di zaman purba Greek apabila ahli-ahli falsafah hanya

memberikan tumpuan kepada kebaikan moral. Socrates menggunakan pendekatan yang

mencabar dan menggalakkan rakan-rakannya untuk berfikir tentang kebaikan dan

kesihatan roh. Idea utama Soccrates tentang etika adalah berhubung dengan menyakinkan

orang agar berakhlak mulia. Socrates menyatakan bahawa kebahagian adalah mustahil

diperolehi tanpa memiliki kebaikan moral dan tindakan yang tidak beretika akan

mengganggu orang lain malah beliau menganggap orang yang tidak beretika sebagai

orang yang lemah dan mempunyai psikologi yang tidak sihat.

Plato mengkaji hubungan etika dengan personaliti manusia. Kebaikan moral

adalah suatu imbangan dan harmoni dikalangan perbezaan yang wujud dalam roh.

Kebaikan moral adalah suatu keperluan terhadap kesihatan roh tetapi kebaikan sejati

adalah sukar dicapai. Mengikut Ploto kebaikan moral adalah berada di bahagian

intelektual. Aristotle pula, beliau melihat kebaikan moral agak berbeza daripada ploto

dan Soccrates di mana beliau menyatakan bahawa kebaikan moral mempunyai hubungan

yang sedikit dengan intelektual tetapi lebih kepada sifat (character) atau personaliti.

Ploto dan Socrates pula menyatakan beretika itu mempunyai hubungan yang rapat antara

kebaikan moral dan personaliti ang sihat. Bagaimanapun ketiga-tiga ahli falsafah ini

berpendapat bahawa kebajikan seseorang itu bergantung sepenuhnya dan berada dalam

tangan seseorang itu.

Sekiranya beretika dahulu menekankan kebaikan moral dan rasionalnya, etika

moden banyak memfokuskan kepada menentukan sifat-sifat beretika menerusi tindakan.

Etika moden telah membentuk dua persaingan iaitu tindakan yang mempunyai sifat etika

dalaman dan memerlukan status moral daripada akibat (consequences) yang dibuat.Atau

tindakan itu sama ada betul atau salah.

3.1 Penyataan dalam teori etika

3

Page 4: Ascabaran gueu01

SMP KOHOT 5/SEP 08Siti Zalena bt Hj Abdullah

Noraidawati bt Hj Rahim

Etika deskriptif merupakan suatu disiplin yang membicarakan tentang sejarah

sistem moral. Etika deskriptif memberitahu bagaimana ahli masyarakat harus

bertingkahlaku, apakah peraturan yang digunakan dan dianuti dalam sesebuah

masyarakat dan sebagainya. Etika deskriptif menyedarkan manusia bahawa terdapat

berbagai system moral yang bersifat relatif di muka bumi ini iaitu etika Islam,Kristian,

Buddha, Hindu dan sebagainya. Etika ini menyatukan bentuk atau karektor sesuatu

sistem moral yang ada tanpa membuat penilaian, pengadilan dan keputusan terhadap

system tersebut.

Etika nomatif merujuk kepada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan

tingkahlaku yang baik dan jahat. Ianya menjurus kepada kenyataan yang memberitahu

apa yang mesti dilakukan dan apa yang betul. Ia menilai, mengkritik dan membuat

keputusan terhadap sistem yang ada disamping menerangkan sesuatu undang-undang

moral yang dianggap terbaik, bukan undang-undang moral yang sedia ada dan sedia di

terima.

Etika normatif mengemukakan sistem moral yang piawai berpandukan sistem

sedia ada. Etika Normatif menyedarkan kita bahawa tidak semua nilai moral berubah

mengikut perubahan masa tetapi ada yang terus kekal dipelihara meskipun budaya

mengalami perubahan. Inilah yang dikatakan sebagai nilai mutlak dan biasanya

berkaitrapat dengan agama. Golden Rule merupakan contoh prinsip etika normatif

klasik. Jika mahu orang melakukan perkara yang baik kepada kita, kita perlu melakukan

perkara yang baik juga kepada orang lain.

3.2 Teori dan aliran pemikiran

Aliran pemikiran terhadap sesuatu teori itu adalah berbeza. Teleologi merupakan

teori yang melihat kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan. Sesuatu perbuatan itu

diketahui sama ada baik atau buruk sehinggalah melihat kepada kesannya. Deontologi

pula teori yang berasakan kepada prinsip asas iaittu kewajipan manusia. Teori ini berasal

daripada perkataan Greek, deon iaitu tugas (duty) yang merujuk kepada kewajipan

individu.

4

Page 5: Ascabaran gueu01

SMP KOHOT 5/SEP 08Siti Zalena bt Hj Abdullah

Noraidawati bt Hj Rahim

Subjektif ialah penilaian terhadap sesuatu etika berdasarkan kepada penilaian diri

sendiri. Individu berhak meletakkan nilai sama ada baik atau sebaliknya. Perasaan

peribadi terlibat dalam menilai dan menentukan baik buruk sesuatu tindakan. Objektif

pula kod moral adalah bebas dari kepentingan individu. Baik dan buruk tidak

bersandarkan kepada sikap individu tetapi wujud dengan sendirinya.

Naturalisme berpendapat sesuatu perbuatan itu baik atau buruk bergantung

kepada pengalaman keseronokan. ‘Baik ‘ perlu dijelaskan dengan dalam bentuk kualiti

fakta alam seperti memenuhi keperluan manusia, mendatangkan kebahagian, kenikmatan

dan sebagainya kepada manusia. Manakala Non Naturalisme pula moral adalah sesuatu

yang unik dan tidak boleh dikelaskan Sesuatu perlakuan itu baik kerana ianya memang

baik.

Relativisme berpendapat seuatu yang baik oleh satu masyarakat tidak mungkin

dianggap sedemikian oleh masyarakat yang lain. Contoh masyarakat Barat dan

masyarakat Timur memberikan nilai moral yang berbeza bagi tingkahlaku yang serupa.

Manakala Absolutisme pula berpendapat prinsip moral berbeza dari satu budaya dengan

budaya yang lain. Bagaimanapun prinsip asa sejagat adalah sama. Misalnya semua

masyarakat meletakkan nilai yang tinggi kepada kebaikan.

4.0 Kepentingan pendidikan beretika

Pendidikan beretika sewajarnya bermula dari rumah hinggalah ke peringkat

pendidikan yang lebih tinggi ibarat kata pepatah ‘ melentur buluh biarlah dari

rebungnya’. Hal yang demikian, pihak berwajib seperti Kementerian Pelajaran Malaysia

dan Pusat Perkembangan Kurikulum yang berkait rapat dengan pendidikan perlu

memberi perhatian sewajarnya bagaimana pendidikan beretika ini boleh dilaksanakan.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan “untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara”.

5

Page 6: Ascabaran gueu01

SMP KOHOT 5/SEP 08Siti Zalena bt Hj Abdullah

Noraidawati bt Hj Rahim

Di peringkat rendah seperti mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan (PSK),

pendidikan Moral, Pendidikan Islam perlu dikemaskini dengan menekankan kepentingan

etika dan akhlak. Guru sebagai pemangkin ilmu yang menyalurkan ilmu dan didikan

terhadap semua pelajar. Penerapan nilai-nilai murni dan moral dalam pengajaran dan

pembelajaran sudah pasti dapat membentuk etika yang diingini untuk masa akan datang.

Begitu juga ketika berada di pusat pengajian tinggi, pendidikan beretika ini perlu

diterapkan lebih awal dan diwajibkan kepada setiap graduan. Dengan adanya pendidikan

beretika ini dapat membimbing graduan untuk keluar berhadapan dengan realiti

kehidupan yang kompleks. Pendidikan beretika ini juga dapat mendidik seseorang itu

berfikir dengan waras dan menentukan sesuaatu perbuatan yang dilakukan sama ada baik

atau buruk.

Sebagai sebuah negara yang merdeka, Malaysia menekankan prinsip rukun negara

yang menitikberatkan etika kepada setiap warganegara selaras dengan prinsip Rukun

Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Dengan adanya pendidikan

beretika ini sudah pasti dapat membentuk masyarakat Malaysia yang dikehendaki

mengikut fahaman agama masing-masing yang menekankan lebih kepada kebaikan.

Sebagai contoh, orang Islam perlu menjalani kehidupan berlandaskan Al-Quran dan

Sunnah Rasulullah agar tidak terpesong akidah dan akhlaknya. Justeru dapat membentuk

sebuah masyarakat Madani (moden berteraskan Al-Quran).

4.1 Langkah-langkah ke arah pendidikan beretika

Bagi mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan (PSK), Moral dan Pendidikan

Islam, masa pengajaran perlu ditambah dan pengisian isi pelajaran lebih berfokus kepada

pendidikan beretika. Ini boleh diterapkan dalam aktiviti berkumpulan, pembelajaran

kolaboratif dan sebagainya. Bukan itu sahaja, matapelajaran lain juga boleh diserapkan

unsur etika dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Pihak Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu memperluaskan kempen

dan poster bagi mempromosikan etika dalam organisasi seperti pemakaian lencana “saya

anti rasuah” yang dipakai oleh setiap anggota Polis Di Raja Malaysia. Ini bertujuan

6

Page 7: Ascabaran gueu01

SMP KOHOT 5/SEP 08Siti Zalena bt Hj Abdullah

Noraidawati bt Hj Rahim

untuk menyedarkan kedua-dua pihak bahawa rasuah adalah amalan yang terkutuk dan

perlu dibenteras.

Aktiviti kemasyarakatan mahupun organisasi seperti ceramah, forum, seminar,

pameran dan sebagainya perlu sentiasa menyelitkan unsur-unsur positif dan beretika

dalam program yang dilaksanakannya seperti ceramah agama. Selain itu media massa

dan media elektronik perlu beretika dalam menyalurkan maklumat kepada umum kerana

kedua-dua media ini mempunyai pengaruh yang besar dalam penyebaran maklumat

kepada masyarakat.

Selain itu badan kerajaan seperti Kementerian Penerangan Malaysia perlu

memainkan peranan yang penting mempertingkatkan penyaluran bahan media dan

maklumat kepada segenap lapisan masyarakat dan bukan hanya tertumpu kepada

sesebuah organisasi sahaja. Contohnya penerangan kempen Bersih, Cekap dan Amanah

perlulah diwar-warkan secara langsung dan berterusan agar sentiasa menjadi pedoman

kepada setiap anggota masyarakat.

Badan Perundangan perlu mewartakan setiap Akta agar diketahui umum. Sebagai

contoh, penguatkuasaan undang-undang mampu membenteras kegiatan rasuah. Tindakan

memecat pesalah jenayah ini terutamanya jika mereka yang terbabit merupakan kaki

tangan kerajaan menjadi langkah yang bijak. Hukuman seperti sebat atau penjara yang

lama turut memberi kesan jika hukuman dijatuhkan tanpa mengira status dan kedudukan

seeorang pesalah.

Aspirasi kerajaan untuk modal insan yang cemerlang pada masa hadapan dengan

melibatkan remaja dalam program Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerana telah

terbukti pengisiannya lebih kepada penerapan nilai-nilai moral dan membentuk individu

yang lebih beretika menerusi prgramnya iaitu khidmat Masyarakat. Tambahan program-

program seperti ini membentuk seseorang individu itu mempunyai jati diri yang kuat.

5.0 Keperluan beretika dalam organisasi

Bagi seseorang individu yang bakal menyertai alam pekerjaan, mereka perlu

bersedia dan menerapkan latihan etika yang mencukupi dalam dirinya. Sebagai contoh,

7

Page 8: Ascabaran gueu01

SMP KOHOT 5/SEP 08Siti Zalena bt Hj Abdullah

Noraidawati bt Hj Rahim

untuk memaski bidang perguruan, setiap calon perlu menjalani ujian UKELP untuk

menilai sejauh mana nilai dan sahsiah yang ada dalam diri seseorang individu tersebut.

Selain itu sebagai orang Islam perlu mendalami ilmu agama yang mendalam

sebagai benteng dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam era globalisasi masa kini.

Ini adalah kerana pengaruh dan desakan hidup sering mempengaruhi pegangan dan etika

yang ada dalam diri mereka. Contohnya jenayah kolar putih dan jenayah ekonomi

berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk rasuah, jenayah siber, penyelewengan aset,

penipuan cek dan kad kredit, pengubahan wang haram dan sebagainya. Ini termasuk

dalam salah satu 5 faktor yang membentuk etika individu iaitu faktor keadaan ( situation

factors)

6. Kesalahan-kesalahan berkaitan dengan etika

6.1 Definisi rasuah

Rasuah boleh ditafsirkan sebagai “ganjaran atau imbuhan yang diperoleh hasil

daripada melakukan sesuatu kerja yang tidak sepatutnya dilakukan”. Rasuah bukan

sahaja boleh diberi atau diterima dalam bentuk wang ringgit tetapi juga dalam bentuk

material. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya

disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap “pilih kasih”

dalam tindakannya

Daripada Abu Hurairah RA. Ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk

orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rauah dalam soal

hukum menghukum”. Rasulullah SAW. yang bermaksud: “Pemberi dan penerim rasuah

kedua-duanya akan masuk neraka”.

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang

dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Biasanya

rasuah dijadikan sebagai satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah

atau dengan erti kata lain untuk mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya

orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi,

sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka.

8

Page 9: Ascabaran gueu01

SMP KOHOT 5/SEP 08Siti Zalena bt Hj Abdullah

Noraidawati bt Hj Rahim

6.2 Punca berlakunya rasuah secara umum

Antara punca penyebab berlakunya salah laku rasuah, ialah faktor keadaan

(situation factor). Bagi penjawat awam misalnya seperti bahagian penguatkuasaan,

mereka sangat terdedah dengan rasuah bilamana kecerdikan perasuah dengan

menawarkan sogokkan atau hadiah yang lumayan, ketiadaan saksi ketika itu dan

keinginan mendapatkan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri, maka tanpa berfikir

panjang, lantas mereka pun menerima rasuah. Apabila sekali mereka terjebak dan

terselamat dari hukuman, berkemungkinan ianya akan menjadi sesuatu yang tidak

ditakuti, bak kata pepatah ‘alah bisa tegal biasa’. Besar kemungkinan perbuatan sebegitu

akan berulang lagi di lain masa.

Jika diteliti laporan akhbar sejak akhir-akhir ini, ramai pegawai tinggi kerajaan

yang berpangkat telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan kes mereka

masih dalam siasatan dan perbicaraan. Hal ini telah mencemarkan imej organisasi

kerajaan yang pada dasarnya pendokong amanah dalam pelbagai bidang. Ibarat kata

pepatah ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Mereka yang didapati bersalah bakal

berdepan dengan masa depan yang gelap kerana hukuman yang dikenakan bukan sahaja

menghancurkan kerjaya mereka, malah mereka terpaksa menjelaskan lebih daripada

sekali ganda dengan nilai suapan yang mereka terima. Berbaloikah kita menjadi

penerima rasuah? Tepuk dada tanya selera.

Faktor yang kedua punca berlakunya rasuah ialah nilai peribadi dan prinsip moral

(personal values and morals). Kelemahan ini juga disebabkan kurang iman dan taqwa

seseorang. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang, tetapi

dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Sikap sesorang yang terlalu

mementingkan kejayaan, pangkat dan kewangan seringkali bertindak berdasarkn

keuntungan peribadi tanpa mengira kesannya terhadap orang lain.

Faktor seterusnya adalah disebabkan kelemahan dan pengurusan organisasi.

Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan , lembap

menjalankan tugas, lebih cenderung ke arah berlakunya penyelewengan khususnya

rasuah.

9

Page 10: Ascabaran gueu01

SMP KOHOT 5/SEP 08Siti Zalena bt Hj Abdullah

Noraidawati bt Hj Rahim

7.0 Masalah yang berkaitan rasuah di sekolah.

Tanpa disedari banyak masalah rasuah telah berlaku di sekolah walaupun tidak

dinyatakan. Kesalahan rasuah boleh berlaku didalam organisasi, pentadbiran, dan

dikalangan guru. Misalnya seorang guru Matematik yang mengajar di kelas 5A, anak

perempuannya juga belajar di kelas berkenaan. Semasa peperiksaan pertengahan tahun,

anaknya tidak mengapat Gred A dalam mata pelajaran berkenaan. Sebagai seorang ibu

beliau merasa kasihan terhadap anaknya. Beliau telah mengambil tindakan untuk

menaikkan markah anaknya kerana berasa malu dengan rakan guru yang lain. Adakah

tindakan guru ini beretika?

Menurut pandangan etika Utilitarianism, tindakan yang dilakukan oleh guru

dalam masalah ini adalah gagal dan tidak beretika dan tidak bermoral kerana tindakannya

tidak memberi menafaat kepada orang lain malah merugikan murid lain yang telah

berusaha keras untuk peperiksaan tersebut.

Dalam pandangan etika Universalism, tindakan guru tersebut adalah baik kerana

mempunyai niat yang baik untuk meningkatkan markah anaknya sendiri selain

meningkatkan bilangan A Matematik di dalam kelas berkenaan. Niat yang baik

seringkali membawa kepada kebaikan kerana mendahului kepentingan orang lain

daripada kepentingan diri sendiri.

Sebagai seorang guru saya berpendapat tindakan guru berkenaan tidak beretika

dan tidak bermoral. Guru tersebut secara jelas lebih mementingkan diri sendiri tanpa

memikirkan akibat terhadap orang lain atas tindakan yang dilakukannya. Kesan yang

pasti timbul adalah pandangan negatif daripada murid dan guru lain seandainya rahsia

guru ini diketahui umum. Dari segi pandangan agama pula, guru ini tidak amanah dan

tidak beriman kerana melakukan tindakan tersebut tanpa memikirkan dosa dan pahala.

Masalah rasuah lain yang berlaku di sekolah seperti pihak pentadbir yang

mempunyai sikap ‘pilih kasih’ terhadap kakitangan bawahannya. Situasi yang jelas

dilihat, pemilihan guru penerima pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang

tidak bertepatan. Kadang kala disebabkan pihak pentadbir yang mempunyai pertalian

yang akrab dengan guru seringkali ‘dipandang’ berbanding guru yang memberi

10

Page 11: Ascabaran gueu01

SMP KOHOT 5/SEP 08Siti Zalena bt Hj Abdullah

Noraidawati bt Hj Rahim

perkhidmatan sepenuh hati tetapi tidak dinilai setanding dengan perkhidmatannya atas

alasan guru berkenaan tidak popular dikalangan pentadbir.

Menurut pandangan Golden Rules, berdasarkan agama Kristian, menyatakan ‘do

to others as you would have them do to you’. Dalam hal ini, tindakan yang diambil oleh

pentadbir adalah baik kerana sesuatu kebaikan yang diterima perlu di balas dengan

kebaikan. Berbeza dengan pandangan Utilitariansm ianya tidak memberi manafaat

kepada organisasi kerana kepentingan tugas tidak menjadi keutamaan sebaliknya

perhubungan menjadi kayu ukur untuk penerimaan anugerah berkenaan. Kesan kepada

majoriti, atau anggota organisasi sekolah berkenaan, menyebabkan suasana bekerja tidak

menjadi kondusif . Secara tidak langsung, misi dan visi sekolah sukar untuk dicapai.

Secara peribadi tindakan yang dilakukan oleh pihak pentadbir ini jelas amat

mendukacitakan semua pihak. Secara terang-terangan pihak pentadbir mempunyai sikap

‘pilih kasih’ atau ‘pilih bulu’. Tindakan yang baik perlu diambil terhadap pihak

pentadbir atau individu yang terlibat dengan memindahkannya ke sekolah lain atau

dikaunseling oleh pihak atasan. Kesedaran tentang etika dan moral serta nilai dalam

pendidikan perlu diberikan semula agar masalah ini dapat dibenteras dari akar umbi.

Dalam hal ini peranan ‘Ombusman’ iaitu seseorang yang biasanya agak beumur

dan biasanya diberi tanggungjawab oleh pentadbir sebagai kaunselor. Orang seperti ini

sangat berguna apabila mereka memberi maklumat kepada pentadbir. Sekurang-

kurangnya pentadbir boleh mendapat pelbagai maklumat dan bukannya menilai

seseorang itu daripada mata kasar sahaja.

Tidak dapat dinafikan juga kewujudan Internal Whistel Blowing (kaki adu

dalaman) yang berperanan menyebarkan maklumat kepada pentadbir. Berkemungkinan

apa yang diadu tidak semestinya benar dan berkemungkinan untuk menjatuhkan

seseorang demi kepentingan dirinya sendiri, ibarat menikam musuh dari belakang.

8.0 Kesimpulan

Pendidikan etika perlu dipupuk di peringkat sekolah,di institut pengajian tinggi

dan seterusnya di tempat kerja. Pendidikan etika akan memberi garis panduan kod etika

kerja professional. Etika ini diwujudkan untuk mengawal tingkahlaku para professional

11

Page 12: Ascabaran gueu01

SMP KOHOT 5/SEP 08Siti Zalena bt Hj Abdullah

Noraidawati bt Hj Rahim

supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang

ada untuk kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini etika kerja professional

memainkan peranan penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya.

Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia perlu melangkaui

etika professional. Ini kerana terdapat banyak fakor yang mempengaruhi dan menentukan

tingkahlaku seseorang individu dan keputusan yang dibuatnya.

Oleh itu, faktor-faktor lain seperti keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup,

penguatkuasaan undang-undang, pendidikan agama, budaya kerja dan lain-lain perlu di

ambil kira supaya mewujukan satu persekitaran kehidupan yang sentiasa mendorong

seseorang individu melakukan sesuatu yang hanya mendatang faedah dan kebaikan

semua pihak.

Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan harian dan dalam apa

jua tindak tanduk kita. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri.

Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat mencapai

etika yang dikehendaki. Apabila masalah etika ini tidak dapat ditangani, maka jalan

terakhir ialah penguatkuasaan undang-undang. Apabila ini berlaku sudah tentu keadaan

sudah terlambat untuk diperbetulkan kerana sudah tentu ada hukuman yang menanti

mereka yang bersalah. Secara kesimpulannya dapatlah kita simpulkan bahawa etika itu

wujud dalam diri seseorang itu dengan adanya disiplin dan kekuatan diri individu itu

sendiri.

12

Page 13: Ascabaran gueu01

SMP KOHOT 5/SEP 08Siti Zalena bt Hj Abdullah

Noraidawati bt Hj Rahim

9. Rujukan

1. Charles Bernheimer (1994), Comperative Literature in the Age of

Multiculturalism, The Johns Hopkins University Press.

2. Joseph W.Weiss (2006), Business Ethics, Thomson, United States.

3. Steven Luper (2002), A Guide to Ethics, Mc Graw Hill, Yew York.

4. Malaysia Kita, Institut Tadbir Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991.

5. Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, Institut Tadbir Awam Negara,

Kuala Lumpur, 1991.

6. Kecemerlangan Pentadbiran (Dasar Dan Amalan Dalam Islam), Institut

Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991.

7. Laporan Seminar Kebangsaan Etika professional, 20-21 Oktober 1992, Hotel

Hilton, Kuala Lumpur.

8. Nota kuliah

9. Capaian-capaian Internet

.

13

Page 14: Ascabaran gueu01

SMP KOHOT 5/SEP 08Siti Zalena bt Hj Abdullah

Noraidawati bt Hj Rahim

14