asbabun-nuzul-psi

3
Ringkasan Asbabun Nuzul (Pendidikan Syariah Islamiah) Tingkatan 4 & 5 (SPM) Tajuk Asbabun Nuzul Rukshoh Tayamum 1. Semasa dalam perjalanan pulang dari peperangan Bani Mustholak, Rasulullah meminta beberapa orang sahabat untuk mencari seutas rantai Aisyah yang tercicir. 2. Mereka mencari sehingga masuk waktu solat. 3. Mereka tidak menemui air untuk berwudhuk lalu solat tanpa berwudhuk. 4. Maka, turunlah ayat ini yang memberi keringanan untuk bertayamum sekiranya tiada air untuk berwudhuk apabila hendak menunaikan solat. Qiamullail 1. Sewaktu Rasulullah didatangi Jibril pada kali pertama di gua Hirak, baginda terus pulang kerumah dalam keadaan ketakutan. 2. Baginda meminta isterinya menyelimutkannya. 3. Maka, turunlah ayat yang memerintahkan baginda bangun malam untuk beribadat kepada Allah. Puasa Ramadhan 1. Rasullah tiba di Madinah lalu baginda berpuasa Asyura dan 3 hari pada setiapa bulan. 2. Kemudian Allah menetapkan kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan. Adab Pergaulan dalam Rumah 1. Peristiwa ini berlaku kepada Asmak binti Murthad. 2. Seorang hamba yang telah baligh masuk ke bilik beliau pada waktu yang tidak disukainya. 3. Beliau memberitahu Rasulullah tentang peristiwa tersebut. 4. Maka turunlah ayat yang mewajibkan meminta izin sebelum memasuki bilik anggota keluarga.

Upload: percaya

Post on 16-Nov-2015

342 views

Category:

Documents


36 download

DESCRIPTION

Asbabun-Nuzul-PSI

TRANSCRIPT

Ringkasan Asbabun Nuzul (Pendidikan Syariah Islamiah)

Ringkasan Asbabun Nuzul (Pendidikan Syariah Islamiah)Tingkatan 4 & 5 (SPM)TajukAsbabun Nuzul

Rukshoh Tayamum1. Semasa dalam perjalanan pulang dari peperangan Bani Mustholak, Rasulullah meminta beberapa orang sahabat untuk mencari seutas rantai Aisyah yang tercicir.2. Mereka mencari sehingga masuk waktu solat.

3. Mereka tidak menemui air untuk berwudhuk lalu solat tanpa berwudhuk.

4. Maka, turunlah ayat ini yang memberi keringanan untuk bertayamum sekiranya tiada air untuk berwudhuk apabila hendak menunaikan solat.

Qiamullail1. Sewaktu Rasulullah didatangi Jibril pada kali pertama di gua Hirak, baginda terus pulang kerumah dalam keadaan ketakutan. 2. Baginda meminta isterinya menyelimutkannya.3. Maka, turunlah ayat yang memerintahkan baginda bangun malam untuk beribadat kepada Allah.

Puasa Ramadhan1. Rasullah tiba di Madinah lalu baginda berpuasa Asyura dan 3 hari pada setiapa bulan.2. Kemudian Allah menetapkan kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan.

Adab Pergaulan dalam Rumah1. Peristiwa ini berlaku kepada Asmak binti Murthad.2. Seorang hamba yang telah baligh masuk ke bilik beliau pada waktu yang tidak disukainya.

3. Beliau memberitahu Rasulullah tentang peristiwa tersebut.4. Maka turunlah ayat yang mewajibkan meminta izin sebelum memasuki bilik anggota keluarga.

Memelihara Ukhwah Islamiah1. Sekumpulan orang daripada Bani Tamin telah mengejek sahabat Rasulullah yang miskin dan selekeh.2. Maka, turunlah ayat yang melarang sesuatu kaum menghina kaum yang lain.

1. Ummu Salamah telah diejek oleh beberapaorang isteri Rasulullah kerana beliau pendek.

2. Maka, turunlah ayat yang melarang kaum wanita menghina kaum wanita yang lain.

1. Ketika Rasulullah sampai ke Madinah, penduduk-penduduknya mempunyai pelbagai gelaran tertentu dan dipanggil dengan gelaran tersebut.

2. Mereka memberitahu Rasulullah bahawa mereka tidak suka dipanggil dengan gelaran-gelaran tersebut.3. Maka, turunlah ayat yang melarang seseorang memanggil orang lain dengan gelaran buruk.

1. Suatu hari, Salman al-Farisi makan lalu tertidur kekenyangan.

2. Semasa tidur beliau berdengkur.

3. Orang yang mengetahui perihal makan dan tidurnya telah menyebarkan kepada orang lain.

4. Maka, turunlah ayat yang melarang perbuatan mengumpat orang lain.

Memberi Nasab Anak Angkat1. Daripada Umar bin aa-Khatab katanya, Zaid bin Harithah ialah anak angkat Rasulullah.2. Para sahabat memanggilnya Zaid bin Muhammad.

3. Sehinggalah turun ayat yang melarang menasabkan anak angkat kepada bapa angkat.

Berbakti kepada Ibu Bapa

Pengurusan Harta Anak Yatim1. Rifaah telah meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak yang bernama Thabit.2. Bapa saudara Thabit telah menemui Rasulullah untuk bertanya adakah halal baginya memakan harta anak saudaranya yang berada di bawah jagaaannya dan bilakah dia boleh menyerahkan harta tersebut.

3. Maka, turunlah ayat yang menerangkan cara pengurusan harta anak yatim.

Peperangan dalam Islam1. Daripada riwayat ad-Dhohak, para sahabat meminta kebenaran Rasulullah untuk memerangi orang Kafir yang telah mengkhianati mereka.2. Apabila Rasulullah serta para sahabat berhijrah ke Madinah, maka turunlah ayat yang memberi keizinan kepada orang islam untuk memerangi orang Kafir.

Membunuh Tanpa Sengaja1. Seorang sahabat bernama Usamah telah berhadapan dengan seorang lelaki musyrik dalam suatu peperangan.2. Sebaik sahaja Usamah mengangkat pedang untuk membunuhnya, lelaki itu mengucapkan 2 kalimah syahadah.

3. Usamah membunuh lelaki itu tanpa menghiraukan ucapannya.

4. Selepas peperangan tamat Rasulullah bertanya kepada Usamah adakah dia membunuh lelaki musyrik itu selepas syahadah.

5. Usamah menjawab bahawa dia sekadar ingin melepaskan diri lalu Rasulullah mengatakan bahawa perbuatannya itu tersalah ijtihad.

6. Maka, turunlah ayat yang menerangkan tentang membunuh tanpa sengaja.