asas-asas akidah islam

12
Asas-asas Akidah Islamiah Akidah Islam boleh di bahagikan kepada tiga; bahagian al- ilahiyyat(ketuhanan), bahagian nubuwwat(kenabian), dan bahagian hari akhirat. Di sini akan dihuraikan secara ringkasnya bahagian-bahagian tersebut. Bahagian Pertama: al-Ilahiyyat(ketuhanan) Ketuhanan bermaksud keimanan terhadap Tuhan yang Esa iaitu Allah ta'ala dan beriman kepada perkara yang bersangkut-paut denganNya. Iman di sini bermaksud percaya dengan penuh kepercayaan dan berpegang teguh bahawa Allah ta'ala adalah Tuhan bagi segala sesuatu, Pemiliki dan Pencipta segala sesuatu. Dialah Pencipta segala makhluk, Pemberi rezeki, Yang Menghidupkan dan Mematikan segala sesuatu. Dia bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan suci dari segala sifat kekurangan. Segala bentuk perhambaan dan ibadat hanya untukNya. Beriman kepada Allah ta'ala dan mengesakanNya terbahagi kepada tiga bentuk :- 1) Tauhid Rububiyyat(Keesaan Allah sebagai Tuhan Pencipta) Tauhid Rububiyyah ialah mengaku bahawa Allah ta'ala adalah Tuhan sekalian alam, Pencipta, Pemilik, Pemberi rezeki bagi segala makhluk. Dia Yang Menghidupkan dan Mematikan segala sesuatu, Yang Memberi manfaat dan mudarat, Yang Menerima dan Memakbulkan segala doa bagi semua perkara, segala kebaikan adalah di sisiNya, Yang Berkuasa ke atas semua perkara, yang tidak ada sekutu dan persamaan bagiNya dengan segala sesuatu. Dalam erti kata lain, tauhid ini ialah satu pengakuan bahawa Allah ta'ala adalah Pemilik dan Penguasa mutlak alam ini dan makhluk- makhlukNya, mentadbirnya, mengubahnya, manambahnya, mengurangkannya, menghidupkannya, mematikannya dan sebagainya. Tidak ada sesuatu yang berkongsi dengan Allah dalam menyusun dan mentadbir semua urusan- urusan tersebut.

Upload: lebingsaja

Post on 14-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

aqidah

TRANSCRIPT

Page 1: Asas-Asas Akidah Islam

Asas-asas Akidah Islamiah

Akidah Islam boleh di bahagikan kepada tiga; bahagian al-ilahiyyat(ketuhanan), bahagian nubuwwat(kenabian), dan bahagian hari akhirat. Di sini akan dihuraikan secara ringkasnya bahagian-bahagian tersebut.

Bahagian Pertama:al-Ilahiyyat(ketuhanan)

Ketuhanan bermaksud keimanan terhadap Tuhan yang Esa iaitu Allah ta'ala dan beriman kepada perkara yang bersangkut-paut denganNya. Iman di sini bermaksud percaya dengan penuh kepercayaan dan berpegang teguh bahawa Allah ta'ala adalah Tuhan bagi segala sesuatu, Pemiliki dan Pencipta segala sesuatu. Dialah Pencipta segala makhluk, Pemberi rezeki, Yang Menghidupkan dan Mematikan segala sesuatu. Dia bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan suci dari segala sifat kekurangan. Segala bentuk perhambaan dan ibadat hanya untukNya.

Beriman kepada Allah ta'ala dan mengesakanNya terbahagi kepada tiga bentuk :-

1) Tauhid Rububiyyat(Keesaan Allah sebagai Tuhan Pencipta)

Tauhid Rububiyyah ialah mengaku bahawa Allah ta'ala adalah Tuhan sekalian alam, Pencipta, Pemilik, Pemberi rezeki bagi segala makhluk. Dia Yang Menghidupkan dan Mematikan segala sesuatu, Yang Memberi manfaat dan mudarat, Yang Menerima dan Memakbulkan segala doa bagi semua perkara, segala kebaikan adalah di sisiNya, Yang Berkuasa ke atas semua perkara, yang tidak ada sekutu dan persamaan bagiNya dengan segala sesuatu.

Dalam erti kata lain, tauhid ini ialah satu pengakuan bahawa Allah ta'ala adalah Pemilik dan Penguasa mutlak alam ini dan makhluk-makhlukNya, mentadbirnya, mengubahnya, manambahnya, mengurangkannya, menghidupkannya, mematikannya dan sebagainya. Tidak ada sesuatu yang berkongsi dengan Allah dalam menyusun dan mentadbir semua urusan-urusan tersebut.

Antara bentuk-bentuk penyelewengan tauhid rububiyyah yang berlaku dalam masyarakat umat Islam dewasa ini ialah :

a) Berpegang bahawa di alam ini terdapat individu-individu tertentu di kalangan orang-orang soleh atau wali yang memiliki kuasa dalam mentadbir alam ini, dapat memberi manfaat dan mudharat dan dapat menyekat dan memberikan sesuatu. Di sana terdapat satu organisasi khas dikalangan wali-wali yang dikenali Dewan Ulamak Solih yang ahlinya terdiri dari kalangan wali-wali qutub atau abdal yang boleh mengeluarkan arahan dan keputusan dalam urusan-urusan agama yang bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam. Kita dapati banyak orang

Page 2: Asas-Asas Akidah Islam

ramai yang terpengaruh dengan individu-individu tersebut, berdoa dan meminta sesuatu kepada mereka bila berlaku kesusahan dan musibah. Ini bercanggah dengan tauhid rububiyyah.

b) Berpegang bahawa ruh para ulamak, orang soleh dan wali memiliki kuasa selepas kematian mereka. Mereka dapat menunaikan segala hajat, menyelesaikan segala musibah dan masalah dan dapat memberi manfaat dan mudharat. Kubur-kubur dan makam-makam mereka dijadikan tempat kunjungan untuk mengadu segala masalah, meminta dan berdoa bagi menyelesaikannya dan untuk menyembuhkan segala penyakit. Pegangan ini adalah bercanggah dengan tauhid rububiyyah kerana yang menerima doa, memberi manfaat dan mudharat hanyalah Allah ta'ala sahaja.

c) Rasa gerun dan takut pada jin dan syaitan, berdoa dan meminta pertolongan kepadanya, dan menyembelih binatang ternakan sebagai korban untuknya. Berpegang bahawa jin dan syaitan memiliki kuasa yang mengatasi kehendak dan kekuasaan Allah ta'ala adalah bercanggah dengan tauhid rububiyyah. Ia termasuklah juga berpegang dengan apa yang dicampakkan oleh jin dan syaitan semada melalui mimpi atau ilham kepada seseorang, beramal dengannya dan menyebarkannya sedangkan ia bercanggah dengan ajaran Islam.

d) Mengagung-agungkan ketua, syeikh atau individu-individu tertentu sehingga ke tahap memuja mereka dan mensucikan mereka dari segala keaiban dan dosa, mentaati mereka, menerima segala dakwaan mereka berkenaan perkara-perkara ghaib dan tersembunyi, mempercayai mimpi-mimpi mereka walaupun bercanggah dengan ajaran Quran dan Sunnah sehingga sanggup menyerahkan segala-segalanya kepada mereka samada harta, maruah, diri dan jiwa. Mentaati, tunduk serta serah secara mutlak diri kepada ketua atau guru adalah bercanggah dengan tauhid rububiyyah sebagaimana yang telah kita pelajari.

e) Tunduk di bawah pemerintahan golongan kafir dan patuh serta taati mereka tanpa ada rasa benci sedangkan mereka memerintah dengan kebatilan dan kekufuran, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Tindakan mentaati mereka tanpa mengingkari dan menolak, mematuhi, redha, dan tunduk serta bergantung kepada mereka adalah bercanggah dengan tauhid rububiyyah dan syirik kepada Allah subhanahuwata'ala.

Seorang sahabat Rasululullah sollallahualaihiwasallam yang bernama 'Ady al-To'ie yang menganut Kristian di zaman jahiliah kemudian beliau masuk Islam telah mendengar Rasulullah sollallahualaihiwasallam membaca ayat 31 dari surah al-Taubah yang bermaksud :(Mereka menjadikan orang-orang alimnya, rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) al-Masih putera Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia).

Lalu 'Ady al-To'ie menolak dakwaan yang ahli kitab iaitu golongan penganut

Page 3: Asas-Asas Akidah Islam

agama Yahudi dan Nasrani menyembah orang-orang alim dan rahib-rahib mereka. Rasulullah sollallahualaihiwasallam menjawab dengan sabdanya yang bermaksud:

(Sesungguhnya mereka tidak menyembah pemimpin-pemimpin agama mereka tetapi apabila pemimpin-pemimpin agama mereka menghalalkan yang haram mereka bersama menghalalkannya, apabila pemimpin-pemimpin mereka mengharamkan yang halal mereka bersama mengharamkannya).

Itulah maksud menjadikan orang-orang alim, rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah. Mereka mematuhi orang-orang alim, rahib-rahib mereka dengan membabi buta, biarpun orang-orang alim dan rahib-rahib itu menyuruh membuat maksiat atau mengharamkan yang halal.

2) Tauhid Uluhiyyat(Mengesakan Allah dalam ibadat)

Tauhid Uluhiyyat bermaksud mengesakan Allah ta'ala dalam ibadat samada ibadat zahir atau batin. Yang dimaksudkan dengan ibadat zahir ialah ibadat yang melibatkan anggota luaran yang boleh dilihat seperti solat, haji, jihad dan seumpamanya. Ibadat batin pula ialah ibadat yang melibatkan hati seperti sabar, tawakkal, takutkan Allah ta'ala dan seumpamanya yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Ibadat kepada Allah ialah semua perkara yang disukai dan diredhai oleh Allah samada perkataan atau amalan secara zahir atau batin seperti solat, zakat, puasa, haji, bercakap benar, menunaikan amanah, mentaati ibubapa, menghubungkan silaturrahim, menepati janji, menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran, jihad, berbuat baik kepada jiran tetangga, anak yatim, fakir miskin, orang gaji, dan haiwan, doa, zikir, sabar, cinta sesama saudara Islam, cinta kepada Allah dan Rasul, takutkan Allah, syukur terhadap nikmat Allah, redha dengan takdir Allah, tawakkal, mengharapkan rahmat Allah, takutkan seksaan Allah, dan seumpamanya adalah termasuk dalam pengertian ibadat kepada Allah subhanahuwata'ala. Setiap ibadat hendaklah dilakukan kerana Allah bukan kerana manusia, alim ulamak, guru atau syeikh, wali, mahupun kerana nabi dan rasul. Ini kerana sesuatu ibadat tidak akan diterima melainkan dilakukan kerana Allah dan terbina atas keikhlasan beribadat kepadaNya. Sesiapa yang tidak sempurna dalam tauhid ini, dia mensyirikkan Allah dan menyekutukanNya walaupun tauhid rububiyyahnya sempurna.

Syeikh Islam Ibni Taimiyyah ada menerangkan tentang pengertian tauhid uluhiyyat dengan berkata: (Tauhid yang disuruh oleh Allah ialah tauhid uluhiyyat yang merangkumi di dalamnya tauhid rububiyyat iaitu menghambakan diri kepada Allah sahaja dalam ibadat, tidak menyekutukanNya, menjadikan agama semuanya bagi Allah, tidak merasa takut melainkan kepada Allah, tidak berdoa melainkan kepada Allah, menjadikan cinta kepada Allah melebihi cintanya kepada sesuatu, cinta kerana Allah, marah kerana Allah, menyembah Allah, bertawakkal kepada Allah. Ibadat itu menghimpunkan setinggi-tinggi rasa cinta

Page 4: Asas-Asas Akidah Islam

kepada Allah dan serendah-rendah rasa hina di hadapan Allah, mencintai Allah sepenuh cinta, merasa hina dihadapan Allah sehina-hinanya, tidak menjadikan sekutu bagi Allah, dan tidak menjadikan selainNya sebagai pembantu dan penolong).

Allah ta'ala menceritakan dalam Quran sikap para musyrikin iaitu orang-orang yang menyekutukan Allah, mereka itu mengaku Allah yang mencipta langit dan bumi serta mencipta diri mereka tetapi mereka tidak mengesakan Allah dalam amalan dan ibadat, mereka menyembah berhala, meminta sesuatu dan berdoa kepadanya serta bergantung kepadanya. Allah berfirman dalam Quran ayat 87 dari surah al-Zukhruf yang bermaksud : Dan Demi sesungguhnya! Jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah Yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?

Dalam ayat 31 dari surah Yunus yang bermaksud: Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? atau siapakah Yang Menguasai pendengaran dan penglihatan? dan siapakah Yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? dan siapakah pula Yang mentadbirkan urusan sekalian alam? "(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah Yang Menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?

Secara ringkas bagi memastikan seseorang muslim sempurna akidah uluhiyyatnya, hendaklah melakukan beberapa perkara yang asasi berikut :-

a) Wajib ikhlas menghambakan diri kepada Allah dalam ibadat-ibadat dan tidak menyekutukanNya. Ia bermaksud memberi keseluruhan hak-hak kehambaan kepada Allah seperti memujaNya, menagungkanNya, mencintaiNya, dan tunduk secara mutlak kepadaNya. Ia boleh berlaku dengan tiga perkara:-

1- Tidak mengambil dan menganggap sesuatu selain Allah ta’ala sebagai tuhan dengan memuja dan mengagungkannya sebagaimana memuja dan mengagungkan Allah ta'ala. Allah berfirman dalam surah al-'An'am ayat 164 yang bermaksud: (Katakanlah: "Apakah aku akan mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia adalah Tuhan bagi segala sesuatu. Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan".).

Oleh itu, barangsiapa menyembah selain Allah sebagai Tuhan, memujanya dan membesarkannya samada dari kalangan manusia atau berhala, dia termasuk dalam golongan orang yang syirik kepada Allah. Rasulullah telah menyeru supaya tidak syirik kepada Allah dengan menyembah tuhan selainNya

Page 5: Asas-Asas Akidah Islam

sebagaimana firman Allah dalam surah Ali 'Imran ayat 64 yang bermaksud: (Katakalah: "Hai Ahli Kitab, marilah(berpegang) kepada suatu kalimah(ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri(kepada Allah").

2- Tidak mengambil selain Allah sebagai pelindung dan mencintainya sebagaimana mencintai Allah ta'ala. Allah berfirman dalam surah al-An'am ayat 14 yang bermaksud: Katakanlah(Wahai Muhammad): "Apakah akan aku jadikan pelindung selain dari Allah yang menjadikan langit dan bumi, padahal Dia memberi makan dan tidak diberi makan?". Katakanlah : "Sesungguhnya aku diperintah supaya aku menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri(kepada Allah), dan jangan sekali-kali kamu masuk golongan orang-orang yang musyrik".

Dalam surah al-Baqarah ayat 165 hingga 167, Allah berfirman yang bermaksud: (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan Dan jika sendainya orang-orang yang berbuat zalim itu(yang menyembah selain Allah) mengetahui semasa mereka melihat seksa(pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat seksaanNya(nescaya mereka menyesal). Iaitu ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat seksa; dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah orang-orang yang mengikut: "Seandainya kami dapat kembali(ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami". Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatannya menjadi sesalan bagi mereka; dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api neraka).

Ayat-ayat ini menceritakan terdapat dari kalangan manusia menyintai pelindung-pelindung dan pemimpin-pemimpin mereka dengan cinta yang disaluti oleh rasa hina, tunduk, takut, puja terhadap mereka yang tidak harus dan tidak boleh diberikan melainkan kepada Allah ta'ala.

Ibni Qayyim al-Jauziyyah ada menjelaskan hakikat golongan yang tidak menyintai Allah ta'ala dengan berkata: (Barangsiapa mendahulukan atau mengutamakan ketaatan kepada pemimpin-pemimpin mereka daripada ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ataupun mendahulukan kata-kata mereka daripada kata-kata Allah dan RasulNya, ataupun menuntut keredhaan mereka melebihi keredhaan Allah dan RasulNya, atau takut, harap dan tawakkal kepada mereka melebihi takut, harap dan tawakkal kepada Allah ta'ala, atau mengutamakan urusan-urusan mereka melebihi urusan-urusan Allah, dia adalah bukan dari kalangan orang yang menyintai Allah dan RasulNya. Jika dia

Page 6: Asas-Asas Akidah Islam

mendakwa dia cintakan Allah dan RasulNya, dia adalah pendusta. Demikian juga mereka yang mengutamakan undang-undang mereka melebihi hukum-hakam Allah dan RasulNya). Sesungguhnya pelindung yang sebenar hanyalah Allah sebagaimana firmanNya dalam surah al-Syura ayat 9 yang bermaksud: (Ataupun patutkah mereka mengambil pelindung-pelindung selain Allah?. Maka Allah, Dialah Pelindung(yang sebenar) dan Dia menghidupkan orang-orang yang mati, dan Dia adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu).

3- Tidak mencari undang-undang atau hukuman selain undang-undang atau hukuman Allah ta'ala untuk berhukum dan tidak mentaati undang-undang tersebut sebagaimana mentaati undang-undang Allah ta'ala. Allah berfirman dalam surah al-An'am ayat 114 yang bermaksud:

(Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab(al-Quran) kepadamu dengan terperinci? Orang-orang yang telah kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahawa Quran itu diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu).

Ini kerana perundangan dan hukuman yang berhak digunakan dalam urusan ibadat, perundangan, mahkamah, dan segala hal-ehwal akhirat dan dunia hanyalah hukuman dan undang-undang Allah ta'ala yang mengetahui maslahah(kepentingan) dan rahsia-rahsia hambaNya, yang bersifat kasih dan sayang terhadap hambaNya sebagaimana firmanNya dalam surah al-Mulk ayat 14 yang bermaksud: (Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui(yang kamu lahirkan dan rahsiakan); dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui).

Allah ta'ala juga menganggap mereka yang mengambil hukum-hakam dan undang-undang selain Allah ta'ala adalah keluar dari hakikat iman yang sebenar dan termasuk dari kalangan orang yang mentaati syaitan sebagaimana firmanNya dalam ayat 60-61 dari surah al-Nisa'yang bermaksud: (Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka(dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya. Apakah dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu(tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", nescaya kamu lihat orang-orang munafiq menghalangi(manusia) dengan sekuat-kuatnya dari mendekati kamu.)

b) Kufur atau tidak percaya terhadap toghut, tidak mengikut, dan beriman dengannya, tidak setia kepadanya serta bebas daripada segala bentuk perhambaan diri terhadapnya. Toghut ialah syaitan dan apa saja yang disembah selain Allah ta’ala. Toghut juga orang yang memusuhi nabi-nabi dan kaum muslimin termasuklah orang-orang yang menetapkan hukum-hukum menurut hawa nafsu. Mengikut ta'rif yang diberikan oleh Dr yusuf al-Qardhawi, Toghut ialah mana-mana kumpulan manusia yang orang ramai berhukum dengan

Page 7: Asas-Asas Akidah Islam

hukumnya selain hukum-hukum Allah dan rasulNya, atau mereka yang menghambakan diri kepadanya selain Allah ta'ala, atau mereka yang mengikutnya tanpa pandangan matahati atau mentaatinya dalam perkara yang mereka tidak tahu bahawa ia merupakan dari ketaatan kepada Allah ta'ala. Jika diperhati keadaaan toghut dan keadaan pengikutnya, mereka membelakangkan suruhan Allah ta'ala dan rasulNya dalam seluruh urusan kehidupan mereka.

Di dalam Al-Qur’an, antara beriman kepada Allah dan kufur kepada toghut, Allah ta'ala mendahulukan kufur kepada toghut disamping beriman kepadaNya menunjukkan ia menyempurnakan iman seseorang kepada Allah ta’ala. Firman Allah dalam ayat 256 dari surah al-Baqorah yang bermaksud: (Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam), sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu, barangsiapa yang ingkar kepada toghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui).

Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:

(Sesiapa yang mengucapkan kalimah la ilaha illallah( الله إال إله dan tidak (الmenyembah selain dari Allah ta'ala, haramlah(terpeliharalah) hartanya dan darahnya, dan nilainya atas Allah).

Tidak sempurna iman seseorang melainkan dia kufur atau mengingkari toghut dan itulah seruan sekalian Rasul dan nabi kepada kaum mereka masing-masing dengan berkata sebagaimana yang dinyatakan dalam Quran ayat 36 dari surah al-Nahl yang bermaksud: (Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat(untuk menyerukan): "Sembahlah Allah(saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat kesudahan orang-orang yang mendustakan(rasul-rasul).

c) Menjauhi kesemua bentuk dan jenis syirik kepada Allah ta'ala dan menutup pintu-pintu yang boleh membawa kepadanya. Syirik terbahagi kepada dua bentuk iaitu syirik besar dan syirik kecil. Syirik besar bermaksud menjadikan bagi Allah ta'ala sekutu dalam perkara-perkara yang hanya berhak bagi Allah ta'ala sahaja seperti menjadikan sesuatu sebagai tuhan selain Allah dengan menyembahnya, mentaatinya, mencintainya dan seumpamanya yang hanya berhak untuk Allah ta'ala sahaja. Ini adalah syirik besar. Segala amalan kebaikan tidak bermanfaat kerananya dan tidak diterima Allah kerana syarat pertama amalan diterima ialah ikhlas melakukanya kerana Allah ta'ala sahaja sebagaimana firman Allah ta'ala dalam surah al-Kahfi ayat 110 yang bermaksud: (Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya").

Page 8: Asas-Asas Akidah Islam

Syirik ini juga tidak diampunkan dosanya oleh Allah ta'ala sebagaimana firman dalam surah al-Nisa' ayat 48 yang bermaksud: (Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segal dosa yang selain dari(syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar).

Syurga pula diharamkan bagi orang yang syirik besar sebagaimana tempat kembali di akhirat kelak bagi mereka ialah neraka jahannam sebagaimana dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Maidah ayat 72 yang bermaksud: (Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam", padahal Al-Masih(sendiri) berkata: "Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhan kamu". Sesungguhnya orang yang mempersekutukan(sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun).

Syirik kecil pula ialah bentuk-bentuk syirik selain daripada syirik besar seperti memakai tangkai azimat, jampi serapah, sihir, dan seumpamanya. Syirik kecil ini walaupun ia kecil tetapi dosanya adalah besar dan dikatogerikan dalam dosa-dosa besar bahkan lebih besar dosanya disisi Allah ta’ala jika hendak dibandingkan dengan perbuatan dosa-dosa besar yang lain.

3) Tauhid al-Asma' wa Al-Sifaat(Mengesakan Allah ta'ala pada Nama-nama Dan Sifat-sifatNya)

Tauhid al-Asma' wa Al-Sifaat atau mengesakan Allah ta'ala pada nama dan sifatNya bermaksud percaya dengan sepenuhnya dan berpegang teguh bahawa Allah ta'ala bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, dan sama-sekali tidak bersifat dengan segala sifat kekurangan. Secara ringkasnya, seorang muslim hendaklah beriman dan mempercayai semua sifat-sifat dan nama-nama yang disebut oleh Allah ta'ala dalam Quran dan diceritakan oleh Nabi dalam hadisnya tanpa memesongkan makna dan lafaznya, menafikannya, mengambarkan atau menentukan bentuk kejadiaan dan keadaannya, dan tidak menyamakannya dengan sifat-sifat makhluk.

Setiap muslim wajib beriman bahawa Allah ta'ala tidak berjisim yang dapat digambarkan, tidak ada persamaan baginya dengan makhluk, tidak berhajat kepada ruang, tempat dan sempadan, tidak ada jarak dan zaman bagiNya, tidak menjelma ke dalam sesuatu dan sesuatu tidak dapat menjelma padaNya, zatNya tidak menerima perubahan, pertambahan dan pertukaran, dan bagiNya segala sifat-sifat yang cantik, agung, dan hebat. Tauhid ini terbina di atas tiga asas utama iaitu :-

a) Menyucikan Allah ta'ala daripada sebarang bentuk persamaan dengan makhluk dan daripada segala sifat-sifat kekurangan. Ia merangkumi penafian bagi Allah isteri, sekutu, tidur, letih, mati, jahil, zalim, lupa, mengantuk, dan selainnya daripada sifat-sifat lemah dan kurang.

Page 9: Asas-Asas Akidah Islam

b) Beriman dengan nama dan sifat Allah yang terdapat dalam Quran dan Sunnah tanpa menambahkannya, mengurangkannya, menafikannya dan mengubahnya.c) Tidak tamak untuk mengetahui bagaimana bentuk, keadaan dan terbentuknya sifat-sifat Allah secara terperinci. Ini kerana akal manusia tidak dapat menembusi rahsia-rahsia sifat Allah yang nyata tidak sama dengan sifat manusia untuk dibandingkan dengannya.

Untuk memastikan setiap muslim betul-betul beriman dengan tauhid al-asma' wa al-sifaat, hendaklah dia memelihara dirinya daripada melakukan perkara berikut :-

a) Tashbih(التشبيه): Menyamakan. Ia bermaksud menyamakan zat atau sifat Allah ta'ala dengan zat atau sifat makhluk selainNya.b) Tahrif(التحريف): Mengubah. Ia bermaksud mengubah atau menukar lafaz-lafaz nama dan sifat Allah dengan menambahnya atau mengurangkannya atau mengubah sebutannya atau memberikan makna yang baru atau menakwil maknanya bersalahan dengan maknanya yang asal.c) Ta'til(التعطيل): Menafikan. Ia bermaksud menafikan sifat-sifat ketuhanan bagi Allah ta'ala yang dikhabarkan melalui Quran dan Hadis dan mengingkari kewujudannya bagi zat Allah ta'ala.d) Takyif(التكييف): Membagaikan atau mengambarkan. Ia bermaksud membagaikan dan mengambarkan bagaimana bentuk-bentuk sifat Allah dan hakikatnya serta menentukan keadaannya.

Dengan ini, setiap muslim tidak boleh menyamakan zat atau sifat Allah ta'ala dengan zat atau sifat makhluk selainNya, tidak boleh mengubah atau menukar lafaz-lafaz nama dan sifat Allah dengan menambahnya atau mengurangkannya atau mengubah sebutannya atau memberikan makna yang baru atau menakwil maknanya bersalahan dengan maknanya yang asal, tidak boleh menafikan sifat-sifat ketuhanan bagi Allah ta'ala dan mengingkari kewujudannya bagi zat Allah ta'ala, dan tidak boleh tamak untuk mengetahui hakikat sifat Allah sehingga membagaikan dan mengambarkan bagaimana bentuk-bentuk sifat Allah dan hakikatnya serta menentukan keadaannya. Apabila sempurna empat perkara tersebut, sempurnalah tauhid al-asma' wa al-sifat bagi muslim tersebut.

http://dimtiyaz.blogspot.com/2007/09/akidah-asas-asas-akidah-islamiah.html