asal usul permainan ketingting

2
ASAL USUL PERMAINAN KETINGTING Ketingting adalah satu permainan tradisional yang selalu dimainkan oleh kanak-kanak. Kebiasaannya permainan ini lebih digemari oleh kanak-kanak perempuan berbanding lelaki. Ini kerana permainan ini tidak lasak dan hanya menggunakan kaedah lompatan satu kaki dan dua kaki. Permainan ini hanya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang kecil sahaja. Ketingting hanya diamainkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua hingga empat orang sahaja. Sekiranya lebih ia akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain kerana ianya hanya dimainkan di kawasan yang kecil sahaja. Gelanggang dan gundu ( buah teng-teng) Dikawasan kampung, gelanggang dibuat hanya dengan menggoreskannya di atas tanah sahaja. Gelanggang ini memerlukan kawasan yang rata untuk menggoreskannya. Di kwasan perumahan atau pekan yang tiada halaman bertanah, mereka menggunakan kapur tulis untuk dilukis dikawasan jalan bertar. Terdapat sembilan petak-petak bagi satu gelanggang. Selain dari gelanggang, gundu atau buah teng teng juga penting dalam permainan ini. Gundu mestilah berbentuk leper dan anggaran saiz bagi gundu adalah sebesar dit 50 sen . Antara benda yang boleh dijadikan gundu ialah pecahan pinggan, kepngan besi dan batu yang leper. Gundu berperanan sebagai tanda bagi para pemain untuk menggerakkan kedudukan mereka dipetak gelanggang. Undian Sebelum memulakan permainan ini, pemain haruslah melakukan undian untuk mengetahui pemain mana yang harus memulakan permainan dahulu. Sesetengah undian dengan cara memilih batang ranting atau lidi. Pemain yang memiliki batang ranting atau lidi yang terpanjang akan memulakan permainan dahulu daan begitulah sebaliknya. Selain itu, undiaan juga boleh dibuat dengan menggunakan kaedah lailali tam plong. Cara bermain Pada permulaan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu kedalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak.

Upload: ita-a-samat

Post on 21-Nov-2015

78 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

asal usul permainan ketingting

TRANSCRIPT

ASAL USUL PERMAINAN KETINGTINGKetingting adalah satu permainan tradisional yang selalu dimainkan oleh kanak-kanak. Kebiasaannya permainan ini lebih digemari oleh kanak-kanak perempuan berbanding lelaki. Ini kerana permainan ini tidak lasak dan hanya menggunakan kaedah lompatan satu kaki dan dua kaki. Permainan ini hanya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang kecil sahaja. Ketingting hanya diamainkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua hingga empat orang sahaja. Sekiranya lebih ia akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain kerana ianya hanya dimainkan di kawasan yang kecil sahaja. Gelanggang dan gundu ( buah teng-teng)Dikawasan kampung, gelanggang dibuat hanya dengan menggoreskannya di atas tanah sahaja. Gelanggang ini memerlukan kawasan yang rata untuk menggoreskannya. Di kwasan perumahan atau pekan yang tiada halaman bertanah, mereka menggunakan kapur tulis untuk dilukis dikawasan jalan bertar. Terdapat sembilan petak-petak bagi satu gelanggang.Selain dari gelanggang, gundu atau buah teng teng juga penting dalam permainan ini. Gundu mestilah berbentuk leper dan anggaran saiz bagi gundu adalah sebesar dit 50 sen . Antara benda yang boleh dijadikan gundu ialah pecahan pinggan, kepngan besi dan batu yang leper. Gundu berperanan sebagai tanda bagi para pemain untuk menggerakkan kedudukan mereka dipetak gelanggang.UndianSebelum memulakan permainan ini, pemain haruslah melakukan undian untuk mengetahui pemain mana yang harus memulakan permainan dahulu. Sesetengah undian dengan cara memilih batang ranting atau lidi. Pemain yang memiliki batang ranting atau lidi yang terpanjang akan memulakan permainan dahulu daan begitulah sebaliknya. Selain itu, undiaan juga boleh dibuat dengan menggunakan kaedah lailali tam plong.Cara bermainPada permulaan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu kedalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak. Setelah selesai melepasi permainan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Pemain dianggap mati atau hilang giliran jika gundu tidak masuk kedalam petak yang ditentukan atau terkeluar dari petak tersebut. Setelah pemain mati atau hilang giliran, pemain lain akan mengambil bahagian pula. Pemain dikehendaki melompat kedalam petak dengan sebelah kaki kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan diaman gundu berada dipetak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus kepetak kedua dan petak seterusnya. Setelah pemain melompat kembali kegarisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan dipetak kedua dan kaki kiri dipetak keepat. Setelah itu, pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga jika dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip dipetak pertama lalu melompat kepetak pertama dan terus ke garisan penamat. Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada diadalamnya samada kepunyaanya sendiri ataupun pihak lawan. Jika ini berlaku, ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.Membina rumahBagi mendapatkan rumah pemain perlulah berdiri membelakangkan semua petak digarisan permulaan dan mencampakkan kedalam mana-mana petak gelanggang dan disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh diatas garisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain mestilah memijak dengan kedua belah kaki dipetak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan memijak petak rumah lawan. PemenangPemenang dikira bedasarkan jumlah rumah terbanyak yang dapat dikumpul oleh pemain.MatiPemain dikira mati sekiranya buah yang dilontardan kaki terkena garisan petak, buah yang dilontar tidak mauk kegarisan petak yang sepatutnya serta pemain menukar kaki sewaktu giliran. Selain itu, pemain akan dianggap mati apabila terlupa memijak dua belah kaki serentak didalam sayap.