asal usul nama negeri perak

3
Asal Usul Nama Negeri Perak Nilai warisan paling utama yang menjadikan Sungai Perak amat penting sebagai khazanah Melayu adalah tentang asal-usul nama negeri Perak itu sendiri. Menurut Halim Nasir (1977 : 8) terdapat sebuah anak sungai di Chegar Galah daerah Kuala Kangsar yang

Upload: matserabut

Post on 30-Sep-2015

187 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Asal Usul Nama Negeri Perak Nilai warisan paling utama yang menjadikan Sungai Perak amat penting sebagai khazanah Melayu adalah tentang asal-usul nama negeri Perak itu sendiri. Menurut Halim Nasir (1977 : 8) terdapat sebuah anak sungai di Chegar Galah daerah Kuala Kangsar yang terdapat banyak jenis ikan-ikan berwarna putih seperti perak. Sungai tersebut ketika itu berkuala di Sungai Dinding. Menurut sejarah selepas banjir besar berlaku sungai tersebut mengalir dan berkuala di Teluk Anson (Teluk Intan) seperti sekarang. Ketika era tersebut menjadi kelaziman peniaga dan pedagang yang hendak ke tempat tersebut daripada Sungai Dinding yang telah terputus akan menyebut hendak ke Sungai Perak iaitu di kawasan Chegar Galah, Kuala Kangsar. Lama kelamaan apabila tempat tersebut dan di sepanjang Sungai Perak didiami oleh ramai orang maka tempat-tempat di sepanjang Sungai Perak disebut sebagai Negeri Perak. Dengan lain perkataan, pada asalnya Negeri Perak adalah kawasan penempatan di sepanjang Sungai Perak. Data ini sejajar dengan apa yang tertulis di dalam Salalatus Salihin apabila mengambarkan tentang kedudukan kerajaan tua Gangga Negara. Dalam Salalatus Salihin atau Sejarah Melayu dicatatkan bahawa : Setelah berapa lamanya, maka Raja Suran pun sampailah kepada sebuah negeri Gangga Negara namanya, Raja Gangga Syah Johan nama rajanya. Maka adapun negeri itu di atas bukit, dipandang dari hadapan terlalu tinggi, dan dari belakang rendah juga; ada sekarang kotanya di darat Dinding, ke sana Perak sedikit.

Catatan tersebut secara jelas menggambarkan bahawa Perak pada waktu dahulu bukanlah keseluruhan negeri Perak seperti peta geografi sekarang tetapi merujuk kepada penempatan di sepanjang Sungai Perak. Akhirnya nama negeri Perak digunakan untuk keseluruhan negeri ini sempena nama penempatan asal di sepanjang Sungai Perak tersebut.

Warisan Sejarah Dari sudut sejarah, Perak (Sungai Perak) digambarkan sebagai kawasan penempatan kecil oleh Tome Pires dalam Fawzi Basri (1986:13) berbanding dengan penempatan yang lebih besar seperti Manjung dan Beruas pada era kegemilangan Melaka.1 Kewujudan Perak mula menjadi penting dalam sejarah dan kebudayaan Melayu apabila ianya merupakan tapak kesinambungan kesultanan Melaka apabila pewaris Sultan Mahmud Syah iaitu Sultan Muzafar Shah dilantik menjadi Sultan di Tanah Abang2 di hilir Sungai Perak. Ia menjadi di antara titik awal kemunculan atau kelahiran sebuah negeri yang dipanggil negeri Perak. Semenjak itu kesultanan Melayu Perak berkembang seiring dengan perkembangan dan kemakmuran negerinya yang semakin meluas iaitu daripada Patani di Utara sehingga ke Bernam di bahagian Selatan.Sejarah perkembangan kesultanan Perak tercatat dengan baik dalam buku dan manuskrip seperti Misa Melayu oleh Raja Chulan Ibni Raja Hamid, buku Cempaka Sari oleh Fawzi Basri, catatan-catatan R.O Winstedt dan R.J.Wilkinson serta kajian oleh Barbara Watson Andaya. Melalui tulisan-tulisan tersebut tercatat nama-nama penting seperti Pulau Indera Sakti, Pulau Cempaka Sari, Kota Lama Kanan, Semat (berhampiran Manong), Bota Kanan, Geronggong (berhampiran Pulau Tiga) sebagai pusat pemerintahan masa silam. Sejarah kesultanan Perak selama lebih empat ratus tahun, perkembangan sistem kerajaan, perdagangan, peperangan saudara, campurtangan kuasa asing dan banyak lagi peristiwa dan kejadian yang berlaku di sepanjang zaman; samada diturunkan secara tradisi lisan, hikayat dan mitos atau dicatat atau dibukukan pasti membentuk suatu potensi yang tinggi dan kekayaan data tentang sejarah dan kebudayaan Melayu di Sungai Perak. Warisan