asal usul bajau

14
8/7/2019 asal usul bajau http://slidepdf.com/reader/full/asal-usul-bajau 1/14 http://my.opera.com/BGP/blog/show.dml/993961  aSAL USUL BANGSA BAJAU Thursday, 10. May 2007, 17:38 Lazimnya, apabila disebut Bajau, kita segera terbayang bahawa ia adalah suku bangsa yang mendiami kepulauan Filipina Selatan serta penduduk pribumi Sabah. Sebenarnya Bajau bukan sekadar wujud di dua wilayah tersebut. Sebaliknya bangsa Bajau adalah antara penduduk asal Nusantara ² dari kepulauan Belau (PALAU) di sebelah Timur hingga ke Sumatera di sebelah Barat dan dari Gugusan Kepulauan Irian di sebelah Selatan hingga ke Kemboja dan Myanmar (Burma) di Utara. Ada pendapat mengatakan bahawa Bajau berasal dari Johor. Ada juga yang mengatakan

Upload: vochelle88

Post on 08-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: asal usul bajau

8/7/2019 asal usul bajau

http://slidepdf.com/reader/full/asal-usul-bajau 1/14

http://my.opera.com/BGP/blog/show.dml/993961 aSAL USUL BANGSA

BAJAUThursday, 10. May 2007, 17:38

Lazimnya, apabila disebut Bajau, kita segera

terbayang bahawa ia adalah suku bangsa yang

mendiami kepulauan Filipina Selatan serta

penduduk pribumi Sabah.

Sebenarnya Bajau bukan sekadar wujud di dua

wilayah tersebut. Sebaliknya bangsa Bajau

adalah antara penduduk asal Nusantara ² dari

kepulauan Belau (PALAU) di sebelah Timur

hingga ke Sumatera di sebelah Barat dan dari

Gugusan Kepulauan Irian di sebelah Selatan

hingga ke Kemboja dan Myanmar (Burma) di

Utara.

Ada pendapat mengatakan bahawa Bajau

berasal dari Johor. Ada juga yang mengatakan

Page 2: asal usul bajau

8/7/2019 asal usul bajau

http://slidepdf.com/reader/full/asal-usul-bajau 2/14

Bajau berasal dari Kepulauan Riau-Lingga di

Indonesia dan ada pula yang mengatakan etnik

ini berasal dari kepulauan Maluku.

Hakikatnya, baik di Selatan Filipina, Borneo

Utara, Johor, Riau-Lingga atau Maluku,

kawasan-kawasan tersebut adalah dalam

lingkungan Nusantara. Kajian awal oleh BadanGalak Pusaka (2000) mengenai asal-usul

bangsa Bajau mendapati bahawa bangsa Bajau

adalah generasi asli Melayu Deutro yang mula

bergerak dari Yunan menuju arah selatan

(Asia Tenggara) pada kira-kira 1500 tahunSebelum Masehi iaitu 3500 tahun yang lalu,

yang kemudian tersebar luas di seluruh

kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik 1. Oleh

kerana bangsa Bajau adalah generasi asli

Melayu Deutro, maka mereka adalah Melayutulen.

Bangsa Bajau atau Samah dapat dibahagikan

Page 3: asal usul bajau

8/7/2019 asal usul bajau

http://slidepdf.com/reader/full/asal-usul-bajau 3/14

kepada dua kelompok utama iaitu Pala·u

(Bajau Laut) dan Samah (Bajau Darat).

Sehingga tahun 1950-an, Pala·u tinggal didalam lepa yang bergerak bebas di sekitar

laut Sulawesi; mereka hanya mendarat di

tepian pantai atau pesisiran sama ada di

jajaran pulau atau tanah besar, untuk

mendapatkan keperluan seperti ubi kayu, airatau untuk membaiki lepa mereka. Mereka

juga bukan penganut agama Islam. Justeru

itu, terdapat di kalangan orang-orang Samah

yang tidak mengakui Pala·u sebagai Bajau

oleh kerana kesuluruhan Samah adalahberagama Islam.

Daripada segi bahasa dan pertuturan, bahasa

Bajau mempunyai lebih daripada 20 subdialek.

Kajian awal oleh Badan Galak Pusakamenunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 26

subdialek bahasa Bajau.

Page 4: asal usul bajau

8/7/2019 asal usul bajau

http://slidepdf.com/reader/full/asal-usul-bajau 4/14

Kini masyrakat Bajau terpencar-pencar di

pelbagai negara seperti Indonesia, Filipina,

Malaysia, Brunei, Myanmar, Maldives danAfrika Selatan. Malah ada pendapat

mengatakan bahawa masyarakat Melayu di

Madagascar (Pulau Malagasi) sebenarnya

adalah dari etnik Bajau.

Mayarakat Bajau dikenali sebagai sea nomad

atau sea gypsies oleh penjajah atau penulis-

penulis Barat dan nama itu kekal menjadi

rujukan pihak-pihak tertentu hingga ke hari

ini. Bagi masyarakat Bajau itu sendiri merekamenamakan bangsa mereka sebagai

bangsa Samah dan daripada

perkataan Samah itulah terbit nama bahasa

mereka iaitu Sinamah.

Bagaimana bangsa ini mendapat namanya

sebagai Bajau, ia masih kabur. Kekaburan ini

menyebabkan perbahasan di kalangan

Page 5: asal usul bajau

8/7/2019 asal usul bajau

http://slidepdf.com/reader/full/asal-usul-bajau 5/14

segelintir individu sehingga ada antara mereka

yang membuat pengklasifikasian mengikut

logik masing-masing ² kononnya Bajau adalahyang menjadi peribumi Sabah, Badjao adalah

yang mendiami gugusan kepulauan

Mindanao, dan Badjoe adalah yang mendiami

wilayah Indonesia.

Hakikatnya, Bajau hanyalah satu. Lalu kenapa

timbul pelbagai nama seperti Bajau, Badjao

dan Badjoe? Jawapannya mudah. Ia adalah

disebabkan faktor penggunaan tulisan rumi

dalam Tamadun Melayu baik di Malaysiamahupun di Indonesia dan Filipina. Ketiga-tiga

wilayah ini pernah dijajah oleh tiga bangsa

penjajah dari Barat. Ketiga-tiga bangsa

penjajah ini menggunakan huruf Rumi dalam

sistem tulisan mereka. Kedatangan merekaturut memperkenalkan sistem tulisan Rumi

kepada Tamadun Melayu tetapi dalam bentuk

dan sistem ejaan yang berbeza-beza. Bahkan,

Page 6: asal usul bajau

8/7/2019 asal usul bajau

http://slidepdf.com/reader/full/asal-usul-bajau 6/14

sistem tulisan Rumi Bahasa Malaysia dan

Sistem Tulisan Rumi Bahasa Indonesia hanya

dapat dimantapkan pada 1970-an, walaupunSistem Tulisan Bahasa Malaysia masih

mengalami proses penambahmantapan akibat

peminjaman perkataan asing khususnya dari

Bahasia Inggeris.

KILAHUNBIH BANGSAHBIH

TABANGUN KAMIH NABANG BANGSAHTAH

--------------

1Sejarah Ringkas Bahasa Melayu dalam Nik

Safiah Karim et.al (2002): Tatabaha Dewan,

Kuala Lumpur: DBP

y  digg 

y  Facebook 

y  Twitter 

Page 7: asal usul bajau

8/7/2019 asal usul bajau

http://slidepdf.com/reader/full/asal-usul-bajau 7/14

y  del.icio.us 

y  StumbleUpon 

y  reddit 

BERHATI-HATI DENGAN RANCANGAN BARATMENGKRISTIANKAN BANGSA BAJAUTUN DR.DATU HAJI MUSTAPHA DATU HARUN (HADJITON) 

Comments

juldani # 10. May 2008, 12:54 

bangsa bajau @ sama - sinama memang ramai,

tapi negeri @ negara bajau, sama @ sinama

dekat mane? nak tanye je:)

Badan Galak Pusaka, BGP # 17. August 2008,03:46 

Seperti yang dapat difahami, kehidupan

tradisional bangsa Bajau adalah mencari

Page 8: asal usul bajau

8/7/2019 asal usul bajau

http://slidepdf.com/reader/full/asal-usul-bajau 8/14

rezeki di permukaan bumi nan luas ini

khususnya di kawasan Asia Tenggara, baik di

laut mahu pun di darat.

Meskipun masyarakat bangsa Bajau amat

mementingkan keutuhan dan pembangunan

keluarga serta penguasaan le'od (pusat

petempatan yang mereka dirikan) tetapi tidakwujud dalam pemikiran mereka untuk

membina atau mewujudkan sebuah negara.

Sudah tentulah ini berkait rapat dengan tahap

pemikiran mereka yang masih pagan (belum

mengenal erti peradaban atau tamadun) itu.Hal yang sama berlaku juga kepada bangsa-

bangsa lain seperti Iban, Murut, Melanau,

Dayak, Negrito, Ta'usug (orang Suluk),

Ilocano, Timor dan suku-suku bangsa lain yang

mendiami kawasan pergunungan di AsiaTengara termasuk Maori di Australia dan New

Zealand. Yang penting bagi suku-suku bangsa

ini ialah keharmonian dan kesejahteraan

Page 9: asal usul bajau

8/7/2019 asal usul bajau

http://slidepdf.com/reader/full/asal-usul-bajau 9/14

dalam suku kaum dan le'od.

Walau bagaimanapun, bangsa Bajau yangmendiami gugusan pulau-pulau di sekitar

Mindanao, berserta suku-suku bangsa lain

khususnya Ta'usug telah membentuk negara

mereka sendiri setelah diislamkan dan

mengangkat 'orang asing' juga untuk menjadiketua negara atau Sultan mereka. Itulah

negara dan Kesultanan Sulu dengan sultan

pertamanya Orang Arab yang

bertanggungjawab mengislamkan masyarakat

pagan khususnya Ta'usug (Suluk) dan Bajau didalam lingkungan Kerajaan Sulu itu.

Setelah beberapa abad negara dan Kesultanan

Sulu ini wujud, maka bangsa Bajau berserta

suku-suku bangsa lain khusus Dusun, Murutdan peribumi lain di Borneo Utara turut

menjadi rakyat kepada Kerajaan Sulu apabila

sebahagian daripada Wilayah Borneo Utara ini

Page 10: asal usul bajau

8/7/2019 asal usul bajau

http://slidepdf.com/reader/full/asal-usul-bajau 10/14

diberikan kepada Sultan Sulu oleh Sultan

Brunei. Maka dengan itu, negara orang-orang

Bajau di North Borneo juga adalah negaraSulu. Keadaan ini berkekalan sehinggalah pada

1963 apabila North Borneo diisytiharkan

menjadi Sabah untuk membolehkan Malaysia

dibentuk, maka negara orang-orang Bajau,

Dusun, Murut dan peribumi lain di BorneoUtara itu beralih kepada sebuah negara baru

iaitu Malaysia.

Keistimewaan suku bangsa Bajau dan

perbezaannya dengan suku-suku bangsa yanglain itu ialah masayarat Bajau tidak menumpu

di satu-satu kawasan geografi. Bahkan suku

bangsa ini terpencar-pencar di seluruh

Nusantara. Ini sudah tentu berkait langsung

dengan faktor kepakaran dan kemahiranmereka menguasai lautan; atau kepakaran

mereka menguasai jalan-jalan laut dan lautan

ini membolehkan mereka bergerak dan

Page 11: asal usul bajau

8/7/2019 asal usul bajau

http://slidepdf.com/reader/full/asal-usul-bajau 11/14

menetap di mana sahaja mereka sukai.

Justeru itu, apabila daerah luas Nusantara itudibahagi-bahagikan menjadi beberapa negara

oleh penjajah, suku bangsa Bajau menjadi

rakyat atau wujud di semua negara-negara

tersebut. Hal sedemikian tidak berlaku

kepada suku-suku bangsa lain seperti Dusun,Momogun, Murut, Ilocano, Maori dan lain-lain

itu kerana mereka menempati satu ruang

geografi yang lebih sempit.

Seperti yang telah disentuh di atas, dalammenjalani kehidupan seharian dan

mengekalkan keharmonian le'od, suku bangsa

Bajau terlibat sama ada secara langsung atau

tidak, dalam pembentukan kerajaan-kerajaan

Melayu tradisional termasuklah kerajaanMelayu Islam yang paling baharu (berbanding

kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang lain),

iaitu Kerajaan Kesultanan Sulu. Di Borneo,

Page 12: asal usul bajau

8/7/2019 asal usul bajau

http://slidepdf.com/reader/full/asal-usul-bajau 12/14

suku bangsa Bajau terlibat secara langsung

dalam pewujudan dan pentadbiran Borneo

Utara sama ada di bawah pemerintahanKerajaan Kesultanan Sulu atau di bawah

pentadbiran penjajah, manakala di Malaysia

suku bangsa Bajau terlibat secara langsung

dalam pewujudan dan pentadbiran kerajaan

negeri Sabah dan pembentukan Malaysia.

Jadi di manakah negara Bajau itu terletak?

Seandainya suku bangsa Bajau hanya wujud

dan mendiami kuala sungai Kinabatangan

sahaja, tentulah ramai beranggapan negaraorang Bajau itu Malaysia atau negeri orang

Bajau itu Sabah apabila negara Malaysia atau

negeri Sabah terbentuk atau dibentuk

(diwujudkan). Atau sekiranya suku bangsa

Bajau itu hanya wujud dan mendiami BalikPapan, atau Mindanao, tentulah umum

menganggap negara orang Bajau itu Indonesia

atau Filipina setelah negara-negara tersebut

Page 13: asal usul bajau

8/7/2019 asal usul bajau

http://slidepdf.com/reader/full/asal-usul-bajau 13/14

terbentuk (diwujudkan). Demikianlah

sekiranya suku bangsa Bajau itu hanya ditemui

di Bandar Seri Begawan, tentulah parapengkaji menuliskan bahawa negara orang

Bajau itu Brunei Darus Salam.

Kesimpulannya, suku bangsa Bajau bernegara

di negara-negara Melayu di Nusantara atau,negara orang Bajau adalah negara-negara

Melayu Nusantara.

Negara bangsa Cina itu di mana? Negara

bangsa Arab itu di mana? Negara bangsa Indiaitu di mana? Negara bangsa Bugis itu di mana?

Negara bangsa Iban itu di mana? Negara

masyarakat Dusun itu di mana? Negara orang

Sakai itu di mana? Negara orang Jawa itu di

mana? Negara orang Negro (bangsa kulithitam) itu di mana?

Write a comment

Page 14: asal usul bajau

8/7/2019 asal usul bajau

http://slidepdf.com/reader/full/asal-usul-bajau 14/14