asaimen

22
1.0 Carta Alir Peringkat Perkembangan dan Profesionalisme Guru Terdapat beberapa tokoh pendidikan telah mengemukakan teori berkenaan aliran peringkat perkembangan dan profesionalisme seorang guru. Menurut Trotter (1986), teori yang dibentangkan oleh beliau menunjukkan terdapat lima peringkat perkembangan dan profesionalisme seorang guru. Kajian telah dilakukan ke atas teori ini dan telah diperakui oleh David Berliner (1988) untuk mendapatkan kefahaman tentang fungsi guru dalam keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Lima peringkat perkembangan tersebut adalah seperti berikut:- EDU 3108 : ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 1 Novis Novis Lanju tan Cekap Mahir Pakar Tahun Pengajaran 1 3 5 10 15

Upload: mohamad-faiz-damanhuri

Post on 06-Feb-2016

243 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sbvbv

TRANSCRIPT

Page 1: asaimen

1.0 Carta Alir Peringkat Perkembangan dan Profesionalisme Guru

Terdapat beberapa tokoh pendidikan telah mengemukakan teori berkenaan aliran

peringkat perkembangan dan profesionalisme seorang guru. Menurut Trotter (1986),

teori yang dibentangkan oleh beliau menunjukkan terdapat lima peringkat

perkembangan dan profesionalisme seorang guru. Kajian telah dilakukan ke atas teori ini

dan telah diperakui oleh David Berliner (1988) untuk mendapatkan kefahaman tentang

fungsi guru dalam keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Lima peringkat

perkembangan tersebut adalah seperti berikut:-

Kesimpulan awal yang dapat dirumuskan disini adalah bahawa peringkat

perkembangan guru seperti yang disarankan oleh Trotter adalah perkembangan

profesionalisme guru adalah mengikut tahun pengajaran dan perkembangan kemahiran

profesionalisme guru itu sendiri

EDU 3108 : ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 1

NovisNovis

Lanjutan

Cekap Mahir Pakar

1510531

Tahun Pengajaran

Page 2: asaimen

2.0 Peringkat Perkembangan dan Profesionalisme Guru

Dalam mengkaji peringkat perkembangan dan profesionalisme guru, setiap satu

peringkat mempunyai kriteria dan asas yang tersendiri yang menerangkan dan

mendefinisikan ciri peringkat tersebut. Guru yang berada di peringkat tersebut harus

mempunyai dan memenuhi kriteria yang dijelaskan kerana ini menunjukkan tahap dan

kedudukan guru tersebut dari sudut perkembangan profesionalisme dan kemahiran guru

itu sendiri. Asas peringkat perkembangan guru boleh dihuraikan seperti yang dinyatakan

di bawah ini.

2.1 Guru Novis (baharu atau permulaan)

Guru novis juga dikenali sebagai guru baharu atau guru permulaan yang

dikategorikan daripada tahun pengajaran sekitar sejak bermula mengajar

sehingga tahun pertama. Guru ini biasanya baharu sahaja menamatkan

pengajian dan kursus ihtisas bidang perguruan seperti yang ditawarkan di

universiti pendidikan atau di institut pendidikan guru. Guru haruslah mempunyai

kelayakan ihtisas dalam bidang keguruan dan pendidikan supaya layak untuk

mengajar pelajar atau individu lain.

Pada peringkat ini, guru baru memperoleh pengetahuan dan ilmu secara

akademik dan telah didedahkan dengan pelbagai kaedah dan teori pengajaran

dan pembelajaran. Guru mempunyai literasi keguruan yang tinggi dan

mempunyai potensi yang penuh serta bakat yang boleh diserlahkan dalam

bidang pendidikan dan pengajaran. Guru perlu mempunyai daya usaha yang

tinggi untuk mengaplikasikan pengetahuan dan ilmu yang diperoleh untuk

membolehkan guru menyesuaikan diri untuk menghadapi situasi sebenar

pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah. Guru novis harus berusaha

membentuk suatu pandangan yang lengkap dalam menghuraikan konsep

‘menjadi seorang guru’ dalam setiap perbuatan, percakapan dan gaya hidup guru

tersebut. Setelah didedahkan dengan situasi di sekolah, guru permulaan

berpeluang memperolehi kemahiran-kemahiran ‘hands-on’ pengajaran,

mempelajari istilah-istilah baharu berkenaan profesion serta berupaya menjana

idea-idea dan daya usaha awal yang baharu dalam melaksanakan tugas-tugas

pengajaran.

EDU 3108 : ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2

Page 3: asaimen

Walaubagaimanapun, guru novis atau guru permulaan sering dikaitkan

dengan pelbagai masalah terutamanya dalam bidang teknikal dan sosialisasi

kerana kekurangan pengalaman dan pendedahan awal dalam bidang profesion.

Guru novis biasanya disifatkan sebagai kurang berkemahiran kerana mempunyai

asas pengetahuan dan kebolehan yang terhad berbanding guru cekap dan mahir

terutamanya dalam bidang pengurusan dan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti

sekolah.. Guru novis mempunyai kemahiran pengurusan kurikulum dan

kokurikulum yang rendah dan perlu menambahbaik kemahiran tersebut dari

semasa ke semasa. Tugas harian guru yang padat dan sibuk memerlukan guru

novis pantas menyesuaikan diri dan mendapatkan kemahiran dan pengetahuan

yang diperlukan untuk memberikan kesediaan dan kesempurnaan dalam

menyelesaikan tugas yang ada. Kekurangan teknikal lain seperti kemahiran

menguruskan aktiviti kokurikulum dan kemahiran menjalankan aktiviti sukan

penting dalam menunjukkan kebolehan seseorang guru itu. Selain itu, guru novis

menunjukkan kelemahan dalam memahami peraturan dan sistem disiplin sekolah

serta lemah dalam pengawalan bilik darjah. Hal ini boleh berlaku sekiranya guru

tersebut kurang pengetahuan teori dan amalan latihan serta tidan mempunyai

kemahiran sosial yang baik

Dengan itu, saranan yang boleh digunakan oleh guru novis adalah dengan

cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya sekolah. Setiap

sekolah mempunyai budaya unik tersendiri namun dari sudut asas semua iklim

sekolah adalah sama. Guru novis juga harus peka dan proaktif dalam

mendapatkan maklumat serta pengetahuan baru dalam pelbagai aspek dan

bidang penting di sekolah terutamanya dalam bidang pengajaran dan

pengurusan sekolah. Pengurusan yang baik boleh menjamin sistem kerja yang

efisien bagi guru novis. Guru novis juga boleh wujudkan keseronokkan dan

keceriaan pembelajaran dalam kalangan murid dalam memberikan semangat

kepada murid dan warga sekolah untuk turut membantu dalam membantu

perkembangan guru.

2.2 Guru Novis Lanjutan

Peringkat novis lanjutan merupakan peringkat kedua dalam perkembangan guru

yang dikategorikan dalam tempoh satu hingga tiga tahun pengajaran. Pada

peringkat ini, guru novis lanjutan sudah berjaya menyesuaikan diri dengan iklim

EDU 3108 : ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 3

Page 4: asaimen

dan budaya sekolah serta berupaya bekerjasama dengan guru yang lain dalam

melaksanakan tugas yang diberikan.

Guru novis lanjutan harus mempunyai daya yang berterusan dalam

mengumpul dan menambah pengetahuan dalam bidang pengajaran terutamanya

pengetahuan berbentuk fakta untuk membantu guru mengenali dan

membetulkan fakta yang tidak difahami pada peristiwa yang terdahulu. Guru

harus mempunyai pengetahuan yang tinggi untuk mengelakkan daripada

memberikan pengetahuan dan ilmu yang salah kepada murid selain daripada

mengelakkan daripada guru ‘kaku’ dalam aktiviti pengajaran. Guru juga harus

berusaha dalam menambah maklumat berkaitan proses pengajaran yang baik

serta memperkemaskan pengetahuan dari sudut peristilahan, prinsip-prinsip

serta konsep yang mempunyai kaitan dan pengaruh penting dalam

perkembangan profesion.

Pada peringkat novis lanjutan ini guru harus mempunyai semangat serta

kebolehan yang tinggi dalam mengaplikasikan dan mempraktikkan pengetahuan

teori dan perkara yang telah dipelajari dalam situasi sebenar dalam kelas dan

pergerakan iklim sekolah. Guru mahir atau cekap yang lain boleh membantu guru

novis lanjutan dengan memberikan teguran atau membimbing guru bagi

mengelakkan salah aplikasi konsep dari peringkat awal lagi. Guru novis lanjutan

boleh mempunyai suatu mentor atau idola yang boleh memberikan inspirasi

kepada guru tersebut untuk meneruskan usaha untuk berjaya dalam profesion.

2.3 Guru Cekap (kompeten)

Guru Cekap atau guru kompeten dapat diukur pada peringkat tempoh tiga hingga

lima tahun pengajaran. Pada peringkat ini, guru telah menguasai atau

mengetahui semua istilah-istilah serta konsep penting berkenaan profesion. Guru

juga sudah mampu menunjukkan kebolehan menguasai pengajaran dalam bilik

darjah dengan memberikan pengajaran yang berkesan. Guru juga mungkin

sudah memperoleh lulusan atau pengiktirafan dari sudut pengesahan jawatan

guru yang diukur daripada amalan profesionalisme guru tersebut.

Menurut Sufean (1995), Profesionalisme keguruan merujuk kepada sifat yang

ada dalam diri seseorang guru mencapai keberkesanan, produktiviti,

akauntabiliti, kecekapan dan kemahiran untuk mengajar. Hal ini membuktikan

EDU 3108 : ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 4

Page 5: asaimen

bahawa guru sudah layak mengajar dan boleh meneruskan usaha dalam

memperkembangkan diri dalam profesion keguruan. Pada peringkat cekap ini

kita dapat rumuskan bahawa guru telah menghayati konse ‘menjadi guru’ dengan

menunjukkan setiap perkembangan dan perbuatan seharian melambangkan ciri

sebagai seorang guru.

Pada peringkat cekap, guru seharusnya sudah mampu menilai sendiri kualiti

pengajaran melalui amalan refleksi. Guru sebaiknya mampu mengimbas semula

setiap aktiviti yang telah dijalankan serta menjalankan penambahbaikan bagi

kelemahan yang timbul daripada aktiviti tersebut. Guru boleh menggunakan

amalan deduksi seperti ‘saya telah’ atau ‘saya sudah’ dalam menilai semula

aktiviti dan menyelesaikan dengan ‘saya perlu’ atau ‘saya harus’ untuk

memberikan langkah penambahbaikan dalam kemahiran pengajaran guru. Guru

ini juga mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah dalam pengajaran

berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh.

Sekiranya seseorang guru itu tidak dapat bertahan dengan baik sehingga ke

peringkat guru cekap, ini merupakan petanda bahawa seseorang itu tidak

mampu atau menghadapi masalah dalam menjalankan tugas dan menghayati

profesion sebagai seorang guru.

2.4 Guru Mahir (Berkesan atau Efektif)

Guru peringkat mahir dikenali juga sebagai guru berkesan atau efektif yang dapat

dikategorikan pada peringkat lima hingga sepuluh tahun pengajaran. Guru pada

peringkat ini dikatakan adalah berada dalam peringkat terbaik profesion dari

sudut produktiviti dan kebolehan mengaplikasikan pengajaran yang berkesan

terhadap murid. Guru ini juga sudah memenuhi segala keperluan dan kehendak

sebagaimana yang telah diaspirasikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bilangan guru yang telah mencapai ke tahap ini juga kurang kerana untuk ke

tahap ini memerlukan seorang guru yang benar-benar menghayati

profesionalisme perguruan.

Seorang guru yang mahir sentiasa berusaha dalam meningkatkan kualiti

profesion perguruan. Menurut Mok Soon Sang (2002), Guru Mahir sentiasa

mengutamakan tanggungjawabnya terhadap ilmu, kebajikan dan keselamatan

murid-muridnya. Guru yang mahir juga mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi

dalam menganalisis dan mencerakinkan persekitaran pembelajaran secara

EDU 3108 : ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 5

Page 6: asaimen

kreatif dan tersendiri. Sejajar dengan perkembangan semasa, seorang guru

mahir harus mempunyai kemahiran dan pengetahuan pengaplikasian teknologi

maklumat yang baik. Guru ini mempunyai gaya pengajarannya yang unik

berdasarkan pengalaman yang diperoleh sebelum ini berlandaskan pengetahuan

yang ada dan tidak bergantung penuh terhadap kandungan latihan keguruan

yang diperoleh dahulu. Kefahaman yang tinggi terhadap tugas juga boleh

membantu guru dalam melaksanakan tugas. Guru sudah boleh menguruskan

aktiviti kurikulum dan kokurikulum secara efektif dan boleh memberikan impak

yang menyeluruh terhadap murid. Guru boleh memperbaiki kelemahan dan

kekurangan murid dari sudut mental dan moral serta berupaya membentuk murid

yang berupaya cemerlang dari segala aspek yang diperlukan. Guru ini dikatakan

mempunyai prinsip moral yang tinggi dan kaya dengan ilmu pengetahuan.

Kebiasaannya guru mahir menjadi pakar rujuk oleh murid dan warga sekolah dan

kewujudannya diperlukan dan disenangi semua.

Guru mahir kebiasaannya sudah menguasai semua aspek penting di sekolah

seperti pengajaran dan pengurusan sekolah. Oleh itu, guru mahir boleh menjadi

mentor atau pembimbing kepada guru novis untuk membantu guru novis

berkembang dengan baik dalam profesion guru. Selain itu, pengetahuan dan

pengalaman yang diperoleh guru mahir boleh dikongsikan melaui forum, kursus

latihan dalam perkhidmatan, diskusi ilmiah serta boleh diserapkan untuk menjadi

tenaga pengajar di institut pendidikan guru. Kebiasaannya, melalui pengajaran

yang berkesan yang ditunjukkan oleh guru mahir disukai dan diingati oleh bekas

muridnya dan sering dihubungi ketika sudah tamat pembelajaran dengan guru

tersebut.

2.5 Guru Pakar (Senior atau Elit)

Guru Pakar atau guru senior atau elit adalah peringkat tertinggi dalam

perkembangan dan profesionalisme guru menurut teori Trotter. Peringkat ini

dikenalpasti pada sekitar 15 tahun pengajaran dan ke atas. Pada peringkat ini,

guru telah mencapai tahap tertinggi dalam perkembangan dari sudut kemahiran

pengajaran serta penguasaan penuh dalam setiap tugasan dan tanggungjawab

sebagai seorang guru. Guru pakar kebiasaannya telah menerima pengiktirafan

perkhidmatan cemerlang samada di peringkat sekolah mahupun peringkat yang

lebih tinggi berdasarkan kemahiran keguruan yang diperolehinya secara holistik.

EDU 3108 : ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 6

Page 7: asaimen

Seorang guru pakar mempunyai tahap sahsiah dan peribadi yang tinggi

dengan mempunyai sahsiah yang terpuji, daya berketerampilan yang cemerlang

serta berpegang teguh kepada etika perguruan dan perkhidmatan awam. Guru

pakar sentiasa peka dan prihatin terhadap keperluan perkembangan murid serta

boleh menjadi role model kepada semua warga sekolah. Pengalaman luas yang

diperoleh guru pakar sentiasa membantunya menyelesaikan setiap

permasalahan dalam pengajaran secara lengkap dan berkesan. Setiap tugasan

atau perkara yang dijalankan oleh guru pakar sentiasa terlaksana dengan

cemerlang berbanding guru cekap atau mahir yang kadangkalanya mempunyai

kesilapan. Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh guru

pakar, beliau dianggap sebagai individu yang berautoriti atau mempunyai

pengaruh besar dalam perkembangan sekolah. Senioriti yang diperoleh guru

pakar digunakan melalui pelantikan kepada jawatan-jawatan penting dalam

organisasi pentadbiran sekolah seperti penolong kanan mahupun guru besar.

Setiap idea mahupun kepakaran yang ada pada guru pakar boleh diaplikasikan

dalam membentuk polisi sekolah mahupun mempengaruhi sistem pengurusan

bilik darjah yang lebih baik.

EDU 3108 : ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 7

Page 8: asaimen

3.0 Peranan dan Tugas Guru dalam Bidang Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

Pada peringkat sekolah rendah, guru merupakan pegawai perkhidmatan pelajaran yang

dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab penuh dalam melaksanakan dan

menguruskan sekolah disamping menjalankan tugas mengajar murid. Pentadbir sekolah

yang dilantik dalam kalangan guru mempunyai autoriti untuk menentukan pergerakan

sekolah mengikut kesesuaian semasa berdasarkan panduan yang diberikan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikut merupakan carta organsasi Sekolah Kebangsaan

Simpang Renggam, Kluang, Johor, tempat saya menjalani latihan praktikum sebelum ini.

(Rujuk lampiran)

EDU 3108 : ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 8

Page 9: asaimen

Berdasarkan carta organisasi di atas, didapati bahawa setiap pentadbir dan pengurus

sekolah adalah dilantik dalam kalangan guru dan dibantu dengan beberapa pegawai

pembantu tadbir untuk melicinkan urusan. Walaubagaimanapun, tugas induk tetap dikuasai

penuh oleh guru yang diketuai oleh guru besar

Berikut merupakan jadual senarai tugas guru dan pentadbir sekolah. (untuk senarai penuh

sila rujuk lampiran)

JAWATAN TEMPAT TUGAS KEPALA TUGAS

Guru Besar

Seluruh kawasan sekolah A. Pengurusan kurikulum dan kokurikulumB. Pengurusan kewangan, kemudahan dan

sumberC. Pengurusan tenaga pengajar dan

kakitanganD. Pengurusan kebajikan pelajarE. Pengurusan perhubungan dalaman dan

luaran

Guru Penolong Kanan 1

Seluruh kawasan sekolah A. MengajarB. Membantu Guru Besar dalam pengurusan

kurikulumC. Membantu Guru Besar dalam urusan

pentadbiran harianD. Membantu Guru Besar dalam pengurusan

stafE. Membantu Guru Besar dalam pengurusan

kemudahan dan sumberF. Membantu Guru Besar dalam tugas-tugas

lain

Guru Penolong

Kanan 2 (Hal Ehwal Murid)

Seluruh kawasan sekolah A. MengajarB. Membantu Guru Besar dalam pengurusan

kebajikan dan disiplin pelajarC. Membantu Guru Besardalam pengurusan

kemasukan dan pendaftaran pelajarD. Membantu Guru Besar dalam perhubungan

awamE. Membantu Guru Besar dalam tugas-tugas

lain

Guru Penolong

Kanan 3 (Ko-Seluruh kawasan sekolah A. Mengajar

B. Membantu Guru Besar dalam pengurusan

EDU 3108 : ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 9

Page 10: asaimen

Kurikulum)

kurikulumC. Membantu Guru Besar dalam pengurusan

kokurikulumD. Membantu Guru Besar dalam perhubungan

awamE. Membantu Guru Besar dalam pentadbiran

harianF. Membantu Guru Besar dalam tugas-tugas

lain

Guru Penyelia Petang

Seluruh kawasan sekolah A. MengajarB. Membantu Guru Besar dalam pengurusan

kurikulumC. Membantu Guru Besar dalam urusan

pentadbiran harianD. Membantu Guru Besar dalam pengurusan

disiplin dan kebajikan muridE. Membantu Guru Besar dalam pengurusan

stafF. Membantu Guru Besar dalam tugas-tugas

lain

Guru Kelas

Kelas A. Buku daftar kedatanganB. Pengurusan wang rampai/yuran khasC. Perkara-perkara akademikD. Bantuan kewangan dan biasiswaE. Mengendalikan tugas-tugas lain

Guru Biasa/ Guru

Terapung

Kelas A. MengajarB. Membuat perancangan (P&P)C. Melaksanakan pelbagai tugas khasD. Menjaga disiplin, kesalamatan dan kebajikan

muridE. Mentadbir dan mengurus bilik darjahF. Mengendalikan pelbagai tugas rasmi lain

Guru Bertugas Harian

Seluruh Kawasan Sekolah A. Persiapan sebelum memulakan kerjaB. Mengawas murid menjalankan kerjaC. Mengawas murid semasa rehatD. Mengawal disiplin muridE. Jenis-jenis kerja tumpuan

Ketua Panitia Mata Pelajaran Bilik Panitia A. Menguruskan penggunaan sukatan

pelajaran, alat bantu mengajar dan bahan dikemaskini

B. Merancang dan menyelaras peperiksaanC. Menentukan buku dan bahan yang

EDU 3108 : ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 10

Page 11: asaimen

diperlukanD. Membuat anggaran perbelanjaan panitiaE. Menjalankan mesyuarat dan tugas-tugas

panitia

Guru Disiplin

Seluruh Kawasan Sekolah A. Setiausaha lembaga disiplinB. Penasihat lembaga pengawas dan

menguruskannyaC. Membantu Guru Besar menguatkuasakan

peraturan disiplinD. Berurusan dengan pihak atau guru tertentu

berkenaan hal ehwal disiplinE. Menjalankan tugas yang diarahkan Guru

Besar dari semasa ke semasa

Guru Perpustakaan

Perpustakaan Sekolah A. Menyediakan peraturan perpustakaanB. Membuat anggaran perbelanjaanC. Membuat pesanan bukuD. Memproses buku perpustakaanE. Menyediakan kad-kad perpustakaanF. Menjalankan program menggalakan

penggunaan perpustakaanG. Menguruskan rekod penggunaanH. Membuat rawatan bukuI. Membuat penyemakan/hapus kira buku stok

Guru Sumber

Bilik-bilik Khas-Makmal Sains-Bengkel Kemahiran Hidup-Makmal Komputer-Bilik Sumber

A. Menguruskan pembelian alat/bahanB. Menguruskan penyimpanan stokC. Menyediakan katalogD. Menguruskan penggunaan media

pendidikan (TV/Radio/Internet)E. Menguruskan pengeluaran alat/bahanF. Mengawal tadbir bilik khasG. Menjalankan tugas-tugas khas

Guru Penasihat Persatuan

Bilik Persatuan A. Menjadi penasihat dan pembimbing persatuan

B. Menentukan perancangan tahunan dan aktiviti persatuan

C. Menggiatkan aktiviti dan ahli persatuanD. Menyertai pertandingan atau program yang

dianjurkanE. Menjalankan tugas-tugas khas

Guru Penasihat

Permainan dan Sukan

Bilik Permainan dan SukanPadangGelanggang

A. Menjadi penasihat dan pembimbing persatuan

B. Menentukan perancangan tahunan dan

EDU 3108 : ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 11

Page 12: asaimen

aktiviti persatuanC. Menggiatkan aktiviti dan ahli persatuanD. Membuat pemilihan dan latihan pemain

wakil sekolahE. Menjalankan urusan penyertaan

pertandingan dan membuat laporan analisisF. Menyertai pertandingan atau program yang

dianjurkanG. Menjalankan tugas-tugas khas

Perkembangan sistem pendidikan kini memerlukan guru menjalankan pelbagai

tugasan terutamanya dalam bidang pengurusan murid dan sekolah. Guru harus mampu

menguasai segenap bidang dalam profesionalisme di samping menjalankan tugas hakiki

mengajar yang perlu dilaksanakan tanpa kegagalan. Guru juga harus mampu bertindak

sebagai pengamal ilmu yang baik, pembimbing murid yang berjaya, mampu menjalankan

amalan reflektif dengan berkesan serta mampu menjalankan penyelidikan bagi setiap isu

atau masalah yang ditempuh untuk penambahbaikan. Selain itu, guru juga harus mampu

menjadi agen sosialisasi yang cergas dalam masyarakat disamping menjadi agen

perubahan untuk membentuk murid untuk masa hadapan yang lebih baik. Guru harus boleh

menjadi pengganti ibubapa ketika murid berada di sekolah dalam membentuk tingkah laku

positif murid disamping mengikis tingkah laku negatifnya. Semua ini penting bagi guru untuk

dilaksanakan semasa menguruskan pembelajarannya bersama murid.

Dalam hal ini, jika dilihat semula senarai tugas pentadbiran yang harus guru

laksanakan, dapat dikenalpasti bahawa tugas guru sememangnya luas dan menyeluruh.

Guru harus menguruskan masa dan tugasan dengan baik supaya setiap masa pengajaran

yang dilaksanakan bersama murid akan lebih berkesan dan tidak ketinggalan. Di sini dapat

dilihat bahawa peranan dan kebolehan guru mahir untuk menguruskan pengajarannya

dengan baik disamping menjalankan tugasan yang diberikan tanpa gagal. Selaku pegawai

perkhidmatan gred A, guru kini berada di pihak pengurusan yang membolehkan guru

mengawal selia tugasan dengan pembahagian tugas dengan baik. Ini adalah salah satu

cara yang boleh digunakan oleh guru untuk membantunya melaksanakan tugas disamping

meringankan serba sedikit tugas yang diberikan. Pembahagian tugas yang berkesan seperti

dalam senarai ini menunjukkan bahawa penurunan dan perincian tugas itu penting dalam

memastikan setiap perkara yang perlu dijalankan di sekolah terlaksana dengan baik. Guru

seharusnya bijak dalam menangani isu tanggungjawab disamping tidak mengabaikan

tugasnya berpandukan kod etika keguruan yang disarankan.

EDU 3108 : ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 12

Page 13: asaimen

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa isu atau permasalahan timbul apabila guru

diuar-uarkan telah dibebani tugas yang banyak sehingga tanggungjawab mengajar tidak

dapat diberikan penelitian yang sewajarnya. Perkara ini tidak seharusnya berlaku apabila

seseorang itu telah memilih dan menerima untuk menjadi guru. Ini berlaku apabila terdapat

perselisihan atau kurang kefahaman terhadap tugas oleh guru yang tidak bertanggungjawab

yang akhirnya mengakibatkan tugasan terabai dan menyusahkan orang lain. Contoh mudah

yang dapat dilihat ialah pengurusan fail mata pelajaran yang diuruskan oleh guru

matapelajaran sendiri yang tidak diselenggara dan dikemaskini dengan baik menyukarkan

guru panitia untuk menyemak dan memproses data untuk urusan lain seperti membuat

soalan peperiksaan dan mengenalpasti tahap perkembangan pelajar. Guru juga didapati

kurang memberikan komitmen dalam tugas-tugas tertentu terutamanya dalam bidang

kokurikulum. Perkara ini mungkin berlaku atas faktor kurang kemahiran atau pengetahuan

oleh guru tersebut yang akhirnya mewujudkan keadaan kurang komitmen oleh guru dalam

menjalankan aktiviti kokurikulum yang baik dan berkesan. Aktiviti kokurikulum juga penting

buat murid untuk pembentukan sahsiah dan jati diri yang ideal. Oleh itu, saranan untuk

mengadakan dan menghantar guru ke kursus dan latihan tertentu untuk menambah

kemahiran dan pengetahuan penting untuk membantu guru menguruskan aktiviti dengan

lebih baik di samping meningkatkan kualiti kurikulum dan kokurikulum sekolah.

Kesimpulannnya, sebagai pengamal ilmu, agen sosialisasi dan agen perubahan,

guru adalah sangat penting dah harus peka dengan kehendak globalisasi dan semasa. Ini

dapat apabila guru peka dan proaktif terhadap keperluan dan kehendak semasa terhadap

murid. Murid kini sudah berada di suatu zaman yang mempunyai sistem komunikasi yang

sangat canggih sehingga diluar kawalan yang membolehkan murid mengakses maklumat

tanpa sempadan. Dengan ini, cabaran guru untuk mendidik dan membentuk murid agar

mereka lebih mempunyai jati diri dan semangat cintakan kebaikan itu harus diterapkan.

Kesejahteraan masa hadapan bermula dengan keberkesanan pembentukan dan pengajaran

guru terhadap murid pada hari ini.

EDU 3108 : ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 13

Page 14: asaimen

4.0 Refleksi Kepentingan Kursus terhadap Perkembangan Kerjaya

Setelah menyiapkan tugasan ini, secara jujur, saya berasa amat seronok, penat dan lega.

Saya sudah meletakkan seluruh tenaga dan upaya saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Banyak ilmu dan pengetahuan baru telah saya peroleh ketika menjalankan kerja kursus ini.

Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka

sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara

ke arah meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan cabaran dunia globalisasi.. Cabaran

global kini memerlukan guru mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang

ditentukan oleh cara kurikulum yang dilaksanakan dan disesuaikan dengan konteks budaya

yang diwakili oleh setiap murid yang berlainan bangsa. 

Profesor Emeritus Tan  Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan bahawa untuk melonjak

transformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan terhadap guru terlebih

dahulu. 

Dalam mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan warganegara

yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains dan Matematik. Antara

peranan guru dalam melonjak transformasi pendidikan negara ini adalah dengan

mempersiapkan diri untuk memmbangunkan kemahiran dalam menjadi seorang yang kreatif

dan berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam bidang pendidikan yang

bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap program pendidikan secara

terancang dan sistematik. sehubungan dengan itu, latihan perguruan yang dipraktkikan d

iinstitusi pengajian tinggi mesti menyediakan tenaga guru yang dapat menonjolkan peranan

mereka dengan lebih efisyen dan berdaya saing alam menempuh dunia moden disamping

melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan selaras

dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

Dalam lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, guru harus dilengkapi oleh pakej

latihan yang dianjurkan oleh Jabatan pelajaran Negeri atau Jabatan Pelajaran Daerah.

Melalui pakej latihan yang dianjurkan ini, guru dapat dilatih untuk mengkaji semula,

mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dalam proses pembelajaran di kelas secara

kritis dan keratif.Pakej latihan dicadangkan menyediakan idea dan aktiviti yang berguna

untuk menyokong peningkatan kualiti pembelajaran melalui sumbangan idea daripada guru

yang berpengalaman, guru yang berprestasi cemerlang dan guru yang mempunyai

kepakaran dalam bidang tertentu. Selain menyertai pakej latihan, guru yang berinovasi juga

perlu menghadiri bengkel mengenai e-pembelajaran yang dianjurkan oleh badan kerajaan

EDU 3108 : ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 14

Page 15: asaimen

mahupun swasta. Melalui bengkel ini juga, guru akan didedahkan kepada persepsi umum

yang berkaitan dengan kuakiti dalam e-pembelajaran.

Kursus ini telah mengajar saya cara menjelaskan konsep profesion, etika, akauntabiliti dan

kesantunan dalam profesionalisme keguruan. Selain itu, saya sudah mampu mengenal pasti

ciri-ciri guru sebagai seorang profesionalisme. Saya juga boleh membuat analisis peringkat

perkembangan kerjaya guru dari peringkat permulaan ke peringkat yang lebih tinggi. Saya

sudah boleh membuat perancangan dalam perkembangan diri sebagai seorang guru yang

professional. Saya mampu menghuraikan pelaksanaan peranan dan tugas guru dalam

pelbagai aspek pengurusan sekolah. Saya juga boleh menyatakan penampilan ciri-ciri

kepimpinan yang bersesuaian dengan profesion perguruan. Melaui tugasan ini, saya telah

berupaya membina carta alir peringkat-peringkat perkembangan dalam kerjaya guru. Saya

juga telah menghuraikan peringkat-peringkat perkembangan kerjaya guru tersebut. Saya

juga boleh menghuraikan peranan dan tugas guru dalam pengurusan dan pentadbiran di

sekolah serta keberkesanannya terhadap pengajaran dan pembelajaran. Saya juga telah

berupaya menjelaskan bagaimana guru boleh meningkatkan tahap profesionalisme diri

masing-masing. Saya telah belajar cara untuk menghuraikan teks maklumat yang panjang

tetapi bermaklumat. Saya juga telah mempelajari cara-cara menulis refleksi yang baik.

Semasa melaksanakan tugasan ini saya telah mempelajari cara memperoleh dan

menguruskan maklumat. Saya juga belajar cara membuat folio yang lengkap.

Ketika proses melaksanakan tugasan yang diberi, saya telah mendapatkan pelbagai

sumber untuk memudahkan tugasan. Kami menggunakan pengalaman sedia ada semasa

menjalani praktikum sebagai panduan untuk mencari maklumat dan menghuraikannya untuk

melaksanakan tugasan ini. Oleh itu, saya dapati tugasan ini dapat membeir panduan kepada

guru pelatih untuk memahami konsep dan teori penting tentang asas kepimpinan dan

perkembangan profesionalisme perguruan supaya dapat diamalkan di sekolah apabila

bergelar guru pada masa akan datang. Ini kerana, ilmu yang diperolehi semasa

melaksanakan tugasan ini boleh dijadikan panduan dan dapat membantu murid dalam

memastikan aspek pengurusan keselamatan bengkel di pandang berat dan selalu berada

pada tahap terbaik.

Semasa melaksanaklan tugasan ini, terdapat kekuatan dan kelemahan yang telah

dikenal pasti. Antara kekuatan yang boleh diperbaiki lagi adalah sumber bahan yang mudah

untuk diperolehi. Saya boleh mendapatkan lebih banyak informasi dengan melayari internet

dan mencari bahan rujukan di perpustakaan. Disamping itu juga, saya dapati isi kandungan

yang kami gunakan juga merupakan bahan daripada sumber yang berkualiti dan boleh

EDU 3108 : ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 15

Page 16: asaimen

dipercayai. Kerjasama dari rakan-rakan juga amat membantu dalam menjayakan tugasan

ini.

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dalam melaksanakan tugasan yang

diberi walaupun menghadapi sedikit sebanyak masalah. Namun saya redha dan telah

berusaha untuk melakukan yang terbaik. Kami juga berharap agar terdapat

penambahbaikkan pada masa akan datang supaya program yang saya sedang jalani ini

akan memberikan impak yang lebih mendalam pada bakal guru pelatih yang akan datang.

Ini kerana subjek major Reka Bentuk dan Teknologi amat menarik dan memberi banyak

faedah kepada para guru pelatih. Kami secara tidak langsung telah memperolehi pelbagai

ilmu dalam pelbagai bidang untuk diajarkan kepada bakal anak murid kami nanti. Kami

sekali lagi berharap agar tugasan kerja kursus yang telah dilaksanakan ini akan dapat dinilai

dengan sebaik mungkin oleh pensyarah pembimbing. Kami juga berharap agar kelemahan

yang terdapat dalam prokjek ini akan di beri tunjuk ajar yang berkesan oleh pensyarah

pembimbing pada masa akan datang.

Saya melaksanakan tugasan ini di banyak tempat dan sepanjang masa. Hal ini adalah

kerana saya perlu merujuk kepada ramai orang untuk mendapatkan sumber yang betul

selain menantikan ilham dan idea datang untuk melaksanakan tugasan ini. Sebagai contoh,

semasa berada di sekitar kawasan insititut untuk mencari idea dan di dalam kelas bersama

pensyarah Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesionalisme Perguruan saya, Encik

Arman Bin Ali, saya banyak bertanya kepadanya.

Secara ikhlas, saya berasa seronok dan teruja ketika melaksanakan kerja kursus ini. Ia

mengajar saya cara-cara membuat kertas kerja dan laporan yang baik. Saya juga berharap

tugasan yang lain juga akan mengajar saya menjadi seseorang yang lebih baik dan berguna

kelak. Oleh itu, proses belajar tidak semestinya perlu berada di dalam kelas, ia boleh

berlaku dimana sahaja dan pada bila-bila masa. Jadi, janganlah kita membazirkan peluang

yang ada untuk menuntut ilmu selagi hayat dan tenaga kita masih ada. Wassalam…..

EDU 3108 : ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 16