artikel seni islam

2
Nama : Nurshafiqah binti Mohd Radzir No Matrik : IET130010 Seni Islam Membentuk Manusia Berjiwa Hamba Seni dan Islam merupakan dua unsur yang mempunyai hubungan istimewa serta tidak dapat dipisahkan pertalian antara keduanya ibarat air dicincang tidak akan putus. Keduanya merupakan refleksi antara satu sama lain. Seni secara etimologi dapat didefinisikan sebagai kesanggupan akal untuk mencipta sesuatu yang bermutu tinggi. Hasilnya mampu memukau ramai orang dek keindahan ciptaannya. Seni sukar digambarkan melalui kata-kata tetapi ia dapat difahami oleh bahasa jiwa. Menurut seorang tokoh terkenal iaitu Profesor Doktor Suwaji Bustomi, seni adalah aktiviti batin dengan pengalaman estetika yang dinyatakan dalam bentuk agung yang mempunyai daya membangkitkan rasa takjub dan haru. Al Farabi juga turut menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. Begitu juga pendapat Al Ghazali bahawa seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia sesuai dengan fitrahnya. Sebagaimana seni itu dibayangkan dengan konsep keindahan dan kecantikkan, Islam juga merupakan agama tauhid yang turut menitik beratkan konsep yang sama sekaligus membuktikan bahawa hubungan istimewa seni dan Islam tidak dapat disangkal. Sebuah hadis masyhur riwayat Imam Muslim yang bermaksud ‘Sesungguhnya

Upload: nurshafiqah-radzir

Post on 17-Feb-2016

247 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Seni Islam

TRANSCRIPT

Page 1: Artikel Seni Islam

Nama : Nurshafiqah binti Mohd Radzir

No Matrik : IET130010

Seni Islam Membentuk Manusia Berjiwa HambaSeni dan Islam merupakan dua unsur yang mempunyai hubungan istimewa serta tidak

dapat dipisahkan pertalian antara keduanya ibarat air dicincang tidak akan putus. Keduanya

merupakan refleksi antara satu sama lain. Seni secara etimologi dapat didefinisikan sebagai

kesanggupan akal untuk mencipta sesuatu yang bermutu tinggi. Hasilnya mampu memukau

ramai orang dek keindahan ciptaannya.

Seni sukar digambarkan melalui kata-kata tetapi ia dapat difahami oleh bahasa jiwa.

Menurut seorang tokoh terkenal iaitu Profesor Doktor Suwaji Bustomi, seni adalah aktiviti

batin dengan pengalaman estetika yang dinyatakan dalam bentuk agung yang mempunyai

daya membangkitkan rasa takjub dan haru. Al Farabi juga turut menjelaskan seni sebagai

ciptaan yang berbentuk keindahan. Begitu juga pendapat Al Ghazali bahawa seni dengan

maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia sesuai dengan fitrahnya. 

Sebagaimana seni itu dibayangkan dengan konsep keindahan dan kecantikkan, Islam

juga merupakan agama tauhid yang turut menitik beratkan konsep yang sama sekaligus

membuktikan bahawa hubungan istimewa seni dan Islam tidak dapat disangkal. Sebuah hadis

masyhur riwayat Imam Muslim yang bermaksud ‘Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan

kecantikkan’ mengukuhkan lagi fakta ini.

Walaubagaimanapun, realitinya pada zaman moden ini, seni seakan-akan cuba

diasingkan kewujudannya dengan Islam atas alasan seni bersifat hiburan yang melalaikan.

Hal ini perlu diperjelaskan agar takrifan seni menurut perspektif Islam tidak disalah ertikan

oleh golongan ekstremis agama. Seni menurut Islam perlu digunakan sebagai alat bantuan

untuk membuktikan kebesaran Allah. Seni Islam haruslah bermatlamatkan kepada perkara-

perkara kebaikan bersesuaian dengan kesucian fitrah manusia diciptakan. Seni harus dipandu

oleh ruh islam agar manusia sedar akan kebesaran dan keagungan Maha Pencipta.

Di akhirnya, seni islam mampu membawa manusia kembali ke arah konsep tauhid

dan pengabdian diri kepada Allah s.w.t serta membentuk manusia yang berjiwa hamba.

Page 2: Artikel Seni Islam