artikel berubah menjadi lebih baik

4
Berubah Menjadi Lebih Baik Argh! Geramnya aku pada si diaMacam mana aku nak selesaikan masalah ni.. HurmYa Allah, Aku redha sekiranya dia tidak ditakdirkan untuk aku.. Aku redha.” Pernahkah anda menghadapi situasi sedemikian? Sama ada diri sendiri, sahabat atau ahli keluarga sendiri? Bismillahirrahmanirrahim. ~SABAR~ Perkataan keramat yang biasa kita dengar tapi jarang dalam kalangan kita punyai kekuatan untuk mengawalnya. Barangsiapa yang dapat mengawalnya pasti beroleh ketenangan dalam hidup mereka. Perkataan sabar juga mudah untuk dilafazkan apabila kita Ingin menasihati orang lain ketika kenalan kita menghadapi dugaan seperti marah, sedih dan dihurung masalah. Bersabarlah ya. Ini semua dugaan Allah untuk menguji kita.

Upload: stylo-mylo

Post on 11-Jul-2015

558 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Artikel Berubah Menjadi Lebih Baik

“Berubah Menjadi Lebih Baik“

“Argh! Geramnya aku pada si dia”

“Macam mana aku nak selesaikan masalah ni.. Hurm”

“Ya Allah, Aku redha sekiranya dia tidak ditakdirkan untuk aku.. Aku redha.”

Pernahkah anda menghadapi situasi sedemikian? Sama ada diri sendiri, sahabat atau ahli keluargasendiri?Bismillahirrahmanirrahim.

~SABAR~

Perkataan keramat yang biasa kita dengar tapi jarang dalam kalangan kita punyai kekuatan untuk

mengawalnya.

Barangsiapa yang dapat mengawalnya pasti beroleh ketenangan dalam hidup mereka. Perkataan

sabar juga mudah untuk dilafazkan apabila kita Ingin menasihati orang lain ketika kenalan kita

menghadapi dugaan seperti marah, sedih dan dihurung masalah.

“Bersabarlah ya. Ini semua dugaan Allah untuk menguji kita.”

Page 2: Artikel Berubah Menjadi Lebih Baik

Teringat penulis kepada kisah seorang warden asrama. Bila sebut warden asrama sudah pasti semua dapat

membayangkan ketegasan mereka dalam mendidik pelajar. Betul? Tapi perkara menarik yang ingin saya kongsikan disini

adalah, warden ini merupakan seorang yang sangat penyabar. Kesabarannya terserlah melalui riak wajahnya yang

sentiasa tenang dalam menghadapi kerenah rakan-rakan penulis yang nakal (penulis baik orangnya, ahaks!).

Oleh kerana kesabarannya yang terlalu tinggi menyebabkannya tidak tahu cara-cara ingin memarahi pelajarnya

sendiri!

Terkejut?

Memang itulah realitinya. Walaupun beliau seorang warden namun atas kekuatannya mengawal dirinya dengan sifat

kesabaran menyebabkan beliau beroleh kesabaran yang sedemikian rupa.

Ingin berubah menjadi lebih baik?

Page 3: Artikel Berubah Menjadi Lebih Baik

Tahukah anda di dalam Al-Quran terdapat ayat supaya kita beroleh kesabaran dalam setiap perkara?

250. Tatkala Jalut dan tenteranya Telah nampak oleh mereka, mereka pun (Thalut dan tenteranya) berdoa: “Ya

Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami

menghadapi orang-orang kafir.”

(Al-Baqarah ayat ke 250, muka surat ke 41 Resam Uthmani)

“Sabar itu sebahagian daripada iman.”

Rasulullah juga bersabda di dalam hadisnya yang mana ianya telah dimuatkan di dalam Himpunan Hadis 40,

hadis yang ke-16 karya Imam al-Nawawi.

Page 4: Artikel Berubah Menjadi Lebih Baik

Daripada Abu Hurairah r.a.:

Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan aku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau

marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.)

Sabar itu manis apabila kita berjaya menghadapinya dengan sepenuh hati!

“Berubah Menjadi Lebih Baik“

Semoga bermanfaat.