articlefile_file_002907.pdf

2
KPM. BKK.(KOKU)100/16/06 ( 21 ) 03 April 2013 / 22 Jamadilawal 1434H Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri. (U.P. Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan ) YBhg. Datuk/Tuan/Puan, ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN 2013 Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perlis akan mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum yang akan dilaksanakan pada bulan November 2013. Anugerah ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid, guru, pentadbir sekolah dan Pusat Kokurikulum yang cemerlang dalam kegiatan kokurikulum dalam tahun yang dinilai. 3. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini memohon jasa baik YBhg. Datuk/Tuan/Puan untuk menghantar pencalonan peringkat negeri mengikut kelayakan berdasarkan kategori yang dinyatakan di dalam borang-borang dan panduan anugerah kecemerlangan kokurikulum tahun 2013 yang boleh dimuat turun dari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my/v/pemberitahuan- view?page=1&id=3199). Borang-borang dan maklumat yang berkaitan perlulah dilengkapkan dan dibawa semasa mesyuarat panel penilai Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum pada 04 September 2013, bagi JPN WP Putrajaya pula borang-borang dan maklumat tersebut hendaklah dihantar terus ke Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia pada atau sebelum 02 September 2013.

Upload: mohd-zaki-mustapha

Post on 18-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • KPM. BKK.(KOKU)100/16/06 ( 21 )

    03 April 2013 / 22 Jamadilawal 1434H

    Pengarah Pelajaran,

    Jabatan Pelajaran Negeri.

    (U.P. Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan )

    YBhg. Datuk/Tuan/Puan,

    ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

    2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran

    Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perlis akan mengadakan Hari Anugerah

    Kecemerlangan Kokurikulum yang akan dilaksanakan pada bulan November 2013. Anugerah ini bertujuan

    untuk memberi penghargaan kepada murid, guru, pentadbir sekolah dan Pusat Kokurikulum yang

    cemerlang dalam kegiatan kokurikulum dalam tahun yang dinilai.

    3. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini memohon jasa baik YBhg. Datuk/Tuan/Puan untuk

    menghantar pencalonan peringkat negeri mengikut kelayakan berdasarkan kategori yang dinyatakan di

    dalam borang-borang dan panduan anugerah kecemerlangan kokurikulum tahun 2013 yang boleh dimuat

    turun dari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-

    view?page=1&id=3199). Borang-borang dan maklumat yang berkaitan perlulah dilengkapkan dan dibawa

    semasa mesyuarat panel penilai Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum pada 04 September 2013, bagi

    JPN WP Putrajaya pula borang-borang dan maklumat tersebut hendaklah dihantar terus ke Bahagian

    Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia pada atau sebelum 02 September 2013.

  • 4. Pegawai Bahagian ini, Encik Nordin bin Mohd Radzi (03-88721626) dan Encik Wan Mohd Ariffin

    bin Wan Hussin (03-88721636 / emel: [email protected]) sedia membantu untuk memberikan

    penjelasan lanjut.

    Kerjasama dan sokongan pihak YBhg. Datuk/Tuan/Puan amat kami sanjung tinggi dan didahului dengan

    ucapan terima kasih.

    Sekian.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    PERPADUAN MELALUI KOKURIKULUM

    Saya yang menurut perintah,

    ZAINUDIN ABAS

    Pengarah

    Bahagian Kokurikulum dan Kesenian

    Kementerian Pelajaran Malaysia s.k. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

    Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan)