arkib - mstar

5
10/6/2015 Arkib mStar http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2012/9/21/mstar_berita/20120921210517 1/5 Utama Hiburan Berita Niaga Sukan Kolumnis Lain-Lain Media Sosial Rencana Kampus Permotoran Fesyen & Gaya Karier Jamu Selera Suara Inspirasi Peka Bahasa Model Muslimah mStar.tv Foto carian Utama artikel HUbungan Dua Hala Malaysia- UTAMA HIBURAN BERITA NIAGA SUKAN KOLUMNIS LAIN-LAIN MSTAR.TV FOTO carian Print Email Share 0 Facebook Tweet 0 0 0 0 0 Our Sites Share More LEBIH DEKAT, LEBIH PADAT

Upload: liew-connie

Post on 10-Feb-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hhhh

TRANSCRIPT

Page 1: Arkib - mStar

10/6/2015 Arkib ­ mStar

http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2012/9/21/mstar_berita/20120921210517 1/5

UtamaHiburanBeritaNiagaSukan

KolumnisLain-LainMedia SosialRencanaKampusPermotoranFesyen & GayaKarierJamu SeleraSuaraInspirasiPeka BahasaModel MuslimahmStar.tvFotocarian

Utama › artikel

HUbungan Dua Hala Malaysia-

UTAMA HIBURAN BERITA NIAGA SUKAN KOLUMNIS LAIN-LAIN

MSTAR.TV FOTO

carian

Print Email Share 0 Facebook Tweet 0

0

0

0 0

Our Sites Share More LEBIH DEKAT, LEBIH PADAT

Page 2: Arkib - mStar

10/6/2015 Arkib ­ mStar

http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2012/9/21/mstar_berita/20120921210517 2/5

China Ditingkatkan, Isu TuntutanBukan HalanganDiterbitkan: Jumaat 21 Sept, 2012

NANNING: Malaysia dan China terus mengorak langkah untuk mempertingkat hubungan dua halatanpa menjadikan isu pertindihan tuntutan di Laut China Selatan sebagai penghalang.

Hubungan dua hala itu dipereratkan lagi apabila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri MuhyiddinYassin mengadakan pertemuan pada Jumaat dengan Naib Presiden China Xi Jinping, yangmenunjukkan minat terhadap Malaysia kerana tidak dapat 'melupakan' tiga sokongan yangdiberikan Malaysia berkaitan hubungannya dengan China.

Dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira setengah jam itu, Muhyiddin dan Xi menyentuhpelbagai isu termasuk hubungan dua hala Malaysia-China, hubungan dengan Asean danmengenai pertindihan tuntutan Laut China Selatan.

Muhyiddin berkata Xi tidak dapat melupakan Malaysia kerana menjadi negara Asean pertamamenjalin hubungan diplomatik dengan China pada 1974, menjadi negara pertama mengajakrepublik itu menyertai Asean+1 dan menjadi tuan rumah bagi Sidang Kemuncak Asean-China.

"Dia (Xi) amat menghargai sokongan yang diberikan Malaysia," katanya kepada wartawanMalaysia yang membuat liputan lawatan kerjanya ke China selepas mengadakan pertemuandengan Xi.

Menyentuh pertindihan tuntutan Laut China Selatan, Muhyiddin berkata beliau menyatakanpendirian Malaysia kepada Xi bahawa soal itu tidak harus menghalang hubungan dua hala antaraMalaysia-China seperti dalam bidang ekonomi yang telah lama terjalin.

"Walaupun masalah belum selesai tapi hubungan dagang dan pelaburan mesti berjalan dan tidakterganggu," katanya.

Katanya Malaysia mengambil pendirian bahawa tuntutan bertindih itu harus diselesaikan secaraaman melalui dialog, rundingan antara negara yang terlibat atas dasar multilateral, hubunganpelbagai hala dan tidak menggunakan kuasa ketenteraan, ugutan, berdasarkan undang-undangantarabangsa dan tidak berdasarkan sejarah.

Beliau berkata pelaksanaan Kod Tatalaku (CoC) Laut China Selatan dan usaha berterusan untukmenjayakan kod tatalaku itu adalah penting untuk menyelesaikan isu tuntutan itu.

"Kita memandang ke depan untuk gunakan perundingan mengenai CoC serantau seberapasegera yang boleh. Sementara itu hubungan itu harus disegerakan dan isu ini tidak harus jadipenghalang hubungan China dan negara lain," katanya.

Page 3: Arkib - mStar

10/6/2015 Arkib ­ mStar

http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2012/9/21/mstar_berita/20120921210517 3/5

Malaysia, Filipina, Brunei, Vietnam, China dan Taiwan membuat tuntutan bertindih wilayahmembabitkan Laut China Selatan.

Pertemuan dua hala itu juga turut menekankan aspek perdagangan di mana kedua-duapemimpin itu berbincang mengenai bidang pelaburan dan pembangunan serta tamanperindustrian usaha sama Malaysia-China iaitu Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China(MCKIP) dan Taman Perindustrian Qinzhou.

Xi, menurut Muhyiddin, memberikan komitmen bahawa kedua-dua projek itu menjadi simboldalam hubungan China-Malaysia.

Dalam pertemuan dua hala itu, Muhyiddin berkata Xi menyatakan hasratnya untuk meningkatkanhubungan dagangan Asean-China dalam empat bidang.

Empat bidang itu ialah terus memperkukuh Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) China-Aseanyang melibatkan hubungan kerajaan-dan-kerajaan dan peranan swasta; kepentingan pelaburandua hala untuk meningkatkan hubungan China-Asean; soal kesalinghubungan dalam pelbagaibidang dan penekanan hubungan rakyat dengan rakyat terutama generasi muda, pelajar danbelia di mana beliau mencadangkan penubuhan program pertukaran melibatkan 100,000 pelajarChina dan 100,000 dari Asean.

Berhubung FTA, Xi dalam ucapannya ketika merasmikan Ekspo China-Asean menyatakan banyakkemajuan dicapai oleh Asean dan Malaysia berbanding sebelum ini.

"Skop (FTA) itu masih luas, dia sebut penyusunan FTA kena bagi banyak manfaat kepada pelabur,pedagang dan sebagainya kena ambil bahagian dalam FTA," katanya.

Pada pertemuan itu juga, Muhyiddin mengundang Xi untuk membuat lawatan rasmi ke Malaysia.

Katanya pemimpin China itu telah menyatakan kesediaan untuk mengunjungi Malaysia dan beliaumencadangkan agar ia dapat dilakukan sebelum akhir tahun ini.

Muhyiddin turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada Xi di atas pinjaman Panda yangdijadualkan tiba di Malaysia pada 2014.

"Beliau anggap ini perkara yang dianggap simbolik untuk hubungan Malaysia-China.

"China tidak beri (pinjaman Panda) pada semua orang," katanya.

Beliau berkata fasiliti untuk panda itu di Taman Wetlands sedang dibangunkan yang dijangkadapat menarik ramai pengunjung apabila haiwan itu ditempatkan di kawasan itu. - BERNAMA

Print Email Share 0 Facebook Tweet 0

0

0

0 0

Page 5: Arkib - mStar

10/6/2015 Arkib ­ mStar

http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2012/9/21/mstar_berita/20120921210517 5/5

Kembali ke atas

Rundingan TPPA Pertimbang Kebimbangan, Sensitiviti Malaysia ‐ Mustapa mstar.com.my/berita/berita‐…

mStar Online @mstaronline

mStar Online @mstaronline

31m

41m

Tweets Follow

Tweet to @mstaronline

Carian mStar

Mengenai mStar Iklankan di sini FAQ Hubungi Kami Terma & Syarat Dasar Privasi

Mengenai mStarIklankan di siniFAQHubungi KamiPeta Laman / RSSTerma & SyaratDasar Privasi

Hakcipta Terpelihara © 2015 Star Media Group Berhad (ROC 10894D) (Sebelum ini dikenali sebagai Star Publications (Malaysia) Berhad)

carian