arkib champa panduranga dalam bahasa sino-vietnamese

12

Upload: trinhnhi

Post on 15-Jan-2017

252 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Arkib Champa Panduranga dalam Bahasa Sino-Vietnamese
Page 2: Arkib Champa Panduranga dalam Bahasa Sino-Vietnamese

KANDIAN{jAN

Pentasan Sebuah Penguasaan: Analisis Terhadap Perkembangan 29Majlis Mesyuarat Negeri Selangor,1877-1927Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus & Zulkanain Abdul Rahman

Pemergian Haji dalam Teks Hikayat Hang Tuah, Tuhfat al-Nafis dan 51Kisah Pelayaran Abdullah Ka-JudahAiza Maslan Baharudin & Mohammad Redzuan Othman

Politik Melayu Sebelum dan Selepas Perang Dunia Kedua 85Alias Mohamed

Peranan Buluh Dalam Budaya Tradisi Masyarakat Than 103Anna Durin, Othman Yatim & Rahah Hasan

Dato' Onn Jaafar: Pencetus dan Penggerak Kebangkitan Serta 117Kemajuan Masyarakat di Tanah MelayuArba'iyah Mohd Noor

Kesan Pelaksanaan Polisi Pentadbiran Tentera Jepun di Tanah Melayu, 1311941-1945Azhar Mad Aros

Orang India Dalam Parti Komunis Malaya (PKM) 149Azharudin Mohamed Dali

Arkib Champa Panduranga dalam Bahasa Sino-Vietnamese 167Danny Wong Tze Ken

Evolusi Masyarakat Peribumi di Sabah, 1865-1941: Dimensi 175Politik -PentadbiranD.S. Ranjit Singh

Pengaruh Pemikiran Syeikh Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Patani 183Terhadap Perkembangan Agama dan Politik KelantanHasanudin Daud

Sejarah Pergerakan Parti Komunis Malaya (PKM) di Malaysia, 1930-1989 205HoHuiLing

Page 3: Arkib Champa Panduranga dalam Bahasa Sino-Vietnamese

Parti Perikatan dan Peranannya dalam Menuntut KemerdekaanJoseph Fernando

Menelusuri Sejarah Pembinaan Tambak JohorKassim Thukiman

Persaingan Kuasa di Pahang Pada Abad ke-19Mardiana Nordin

Isu dan Persoalan dalam Perkembangan Perusahaan Perikanan diSemenanjung MalaysiaMohammad Raduan Mohd Ariff

Penentangan, Masa Peralihan dan Perkembangan Politikdi Kedah, 1942-1946M;hd [sa Othman

Numismatik Terpilih Kesultanan di Semenanjung Tanah MelayuMohd Supian Sabtu

Gerakan Pro-Kemerdekaan di PahangNik Anuar Nik Mahmud

Hasil Kajian Arkeologi di Sepanjang Sungai JohorNik Hassan Shuhaimi Nik Abd Rahman & Kamaruddin A.Razak

Orang Melayu dan Perkhidmatan Perubatan di Negeri-negeriMelayu Bersekutu, 1896-1941Noraini Mohamed Hassan

Sulawesi Selatan Semasa Pentadbiran British, 1811-1816:Konflik di Antara British dengan BoneSalina Zainol

Manuskrip Melayu-Jawi di Borneo: Tinjauan Selayang PandangSanib Hj. Said

Penglibatan Orang Sikh dalam Pasukan Keselamatan KolonialBritish di Tanah Melayu Sehingga 1919Sarjit S. Gill

Dasar Ekonomi Baru dan Cabaran Perniagaan Asingdi Malaysia, 1970-2000Shakila Yakob

Page 4: Arkib Champa Panduranga dalam Bahasa Sino-Vietnamese

Konflik dan Kompromi antara Islam dan Kristian di Negeri-negeri Se1at 437dan Negeri-negeriMelayu Pada Abad Ke-19Sivachandralingam Sundara Raja

Kepentingan Orang Cina di Tanah Melayu dan Sarawak Terhadap China, 4511898-1940Suffian Mansor

Penanaman Ke1apadi Perak dan Selangor, 1900-1940 473Zulkanain Abdul Rahman & Ahmad Kamal ArifJin Muhd Rus

Page 5: Arkib Champa Panduranga dalam Bahasa Sino-Vietnamese

Arkib Champa Panduranga dalam BahasaSino-Vietnamese

Pengenalan

Bangsa Cham merupakan sebahagian daripada rumpun Melayu-Austronesian.Perkembangan sejarah awalnya mempunyai banyak persamaan dengan negeri-negeriMelayuyang berkembang di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah penerimaan pengaruhagama dan budaya Hindu-Buddha sepanjang abad kedua hingga abad ke-13 M. Hasildaripada perkembangan ini adalah penggunaan tulisan Sanskrit serta tradisi penulisanyangbanyak mencerminkan pengaruh agama dan budaya yang berasal dari India. Namunmenjelang abad ke-18, telah muncul dalam masyarakat Champa penggunaan BahasaVietnam(Sino-Vietnamese)yang digunakan semakin meluas, termasuk dalam urusan surat-menyurat harian. Asal-usul kemunculan dokumen Cham dalam tulisan Bahasa Sino-Vietnameseyang berlaku dalam abad ke-18, merujuk khas kepada sekumpulan dokumenurusan rasmi harian di antara orang Cham dengan orang Vietnam ataupun sesama orangCham. Selain itu kumpulan arkib ini akan dapat membantu dalam menerokai sejarahsosial-ekonomi masyarakat Cham sepanjang abad ke-18.

Sehingga 1987, kajian terhadap sejarah masyarakat Cham serta sejarahhubungannya dengan Vietnam ban yak bergantung kepada sumber rasmi dari istanaVietnam. Bahan-bahan rasmi ini termasuklah Dai Viet Su Ky Toan Thu (Sejarah LengkapDai Viet atau Complete History of Dai Viet) yang dikarang oleh istana Dinasti Le(1428-1788), Dai Nam Thuc Luc Tien Bien (Seja~ah Benar Dai Nam Awal atau VeritableHistory of the Former Dai Nam) dan Dai Nam Thuc Luc (Sejarah Benar Dai Nam atauVertitable History of Dai Nam) yang dikarang semasa Dinasti Nguyen (1802-1945).Maka dengan ini, perspektif sejarah tersebut banyak dilihat dari sudut pandangan.--Orang Vietnam. Pada tahun 1987,Po Dharma telah menerbitkan Le Panduranga, sebuahkajianmengenai sejarah hubungan di antara Champa dengan Vietnam pada saat-saatterakhir Champa sebelum dikalahkan oleh orang Vietnam dan seterusnya dihapuskannegerinya. Apa yang penting adalah bahan Champa yang dirujuk oleh Po Dharma. Inimerupakan kali pertama bahan dalam bahasa Cham yang dihasilkan oleh masyarakatCham diguna dalam penulisan sejarah. Walaupun kebanyakan bahan yang dirujukberada dalam bentuk kesusasteraan serta hikayat, ia masih mampu memungkinkansatu perspektif baru muncul dari kajian tersebut. Bahan ini merupakan satu koleksibahan Cham yang akan memungkinkan pemahaman terhadap sejarah Champamemasuki tahap yang lebih mendalam memandangkan kesemua dokumen inimerupakan dokumen yang digunakan dalam kehidupan seharian di wilayah Chamselepas ditakluki Vietnam.

Perbincangan mengenai kemunculan dokumen Cham dalam tulisan Sino-Vietnameseperlu bermula dengan melihat kepada sejarah hubungan Champa dengan Vietnam.

Page 6: Arkib Champa Panduranga dalam Bahasa Sino-Vietnamese

Hubungan ini telah bermula sejak wujudnya kesedaran dalam kalangan kedua bangsaini mengenai identiti mereka. Ini disusuli dengan kemunculan politi Viet dan politiCham sejak abad ke-2 masihi. Pada peringkat awal, ciri hubungan dua hala ini adalahkurang jelas memandangkan Vietnam pada masa tersebut masih berada di bawahpenjajahan China (sepanjang 11lSM hingga tahun 938 Masihi). Kemunculan sebuahnegara Vietnam yang merdeka sejak 938 telah mempergiatkan hubungan ini. Dalamjangka masa yang amat singkat, hubungan antara dua bangsa ini telah berkembangmenjadi tegang apabila persaingan mula berlaku antara mereka ke atas ruang dansumber alamo Akibat dari persaingan ini telah membawa kepada persengketaan yangberlanjutan sehinggalah Champa ditakluki oleh Vietnam pada penghujung abad ke-17.

Pada permulaan persaingan ini, kedua bangs a ini berada pada kedudukan yangagak setanding. Pada tahun-tahun tertentu, tentera Cham telah berjaya menyerangVietnam sehingga menawan Thang Long (Hanoi) pada tahun 1295. Namun selepasbeberapa kali ditewaskan oleh Vietnam, terutamanya pada tahun 1471, Champatelah tidak lagi nampu bersaing dengan Vietnam. Kekalahan 1471 yang membawakepada penaklukan Vijaya, ibukota Champa di bahagian tengah Champa oleh tentera}/ietnam, telah disifatkan oleh sejarawan seperti Hemi Maspero sebagai berakhirnyapoliti politik dan pentadbiran bangsa Cham.!

Selepas 1471, politi Orang Cham telah tertumpu di bahagian selatan Vijaya.Kawasan ini merangkumi Phu Yen di utara, Khanh Hoa, Phan Rang-Phan Thiet-Phan Ri, sehinggalah ke sempadan dengan Bien Hoa yang berdekatan denganSaigon. Politi Cham ini dikenali sebagai Panduranga oleh Orang Cham, atau ChiemThanh oleh Orang Viet. Kemunculan Panduranga sebagai politi Orang Cham masihmenimbulkan persoalan dalam pensejarahan. Isu yang biasa dibangkitkan adalahsarna ada Panduranga merupakan penerusan Tamadun Champa dari tempoh semasaVijaya merupakan pusat pentadbiran atau ianya merupakan sebuah politi Chamyang sarna sekali berasingan di Selatan. Namun apa yang nyata adalah mereka yangmenduduki Panduranga merupakan bangs a Cham yang wujud bersama dengankelompok Melayo-Austronesian yang lain, termasuk Rhade, Chru, Jarai dan lain-lain. Dengan wujudnya Champa di Panduranga, maka sejarah Champa sebenarnyatelah menjangkaui 1471, dan tidak tamat pada tempoh tersebut sebagai mana yangdicadangkan oleh Maspero dan para pengkaji sejarah Champa yang awaP

Kewujudan Panduranga sememangnya diakui oleh bangs a Viet. Walaupundengan kemenangan besar ke atas Vijaya pada tahun 1471, bangsa Viet sedar bahawabangsa Cham masih wujud sebagai sebuah kuasa politik di bahagian selatan. Politiyang digelar sebagai Chiem Thanh itu sememangnya dicatatkan dalam pensejarahanVietnam serta warta geografinya (geographical gazetteer).3 Tidak banyak maklumatyang wujud berkenaan hubungan antara Vietnam di bawah Dinasti Le (1400-1788)dengan Panduranga untuk tempoh 1471 hingga 1529. Apa yang nyata adalahPanduranga masih dianggap oleh Dinasti Le sebagai sebuah negeri naungan (negeriuftian/Tributary state) kepada Vietnam dan perlu menghantar ufti ke Thang Long.Bagi Vietnam, hubungan dua hala ini hanya boleh wujud dalam keadaan di manabangsa Cham perlu menerima pertuanan Vietnam. Walaupun Champa merupakansebahagian daripada rintangan yang harus diatasi oleh bangsa Viet dalam usahamereka untuk mengolak langkah ke Selatan (Nam Tien/southward movement),namun demikian suatu suasana status-quo telah wujud sepanjang abad ke-16 akibatdaripada Perang Saudara yang tercetus di antara keluarga yang berkuasa di Vietnamutara dan selatan. Ini telah memberi ruang kepada Champa untuk terus wujud buatseketika.

Page 7: Arkib Champa Panduranga dalam Bahasa Sino-Vietnamese

Pada tahun 1529, Mac Dang Dung, seorang Mandarin kanan telah merampaskuasa di Thang Long dan mengistiharkan penubuhan Dinasti Mac (1529-1592).Langkahini telah membawa kepada berlakunya perang saudara di antara penyokongMacdan mereka yang masih setia kepada Dinasti Le. Pada tahun 1558, NguyenHoang, pemimpin sebuah keluarga yang menyokong Dinasti Le telah dihantaruntukmentadbir wilayah Thuan-Hoa serta mengawal sempadan di bahagian selatanVietnam.Dalam tahun 1570, Nguyen Hoang telah juga diberi tanggungjawab untukmentadbir wilayah Quang-Nam. lni dengan sekali gus membawa pentadbiranNguyen berdepan dengan kerajaan Champa di Panduranga. Dalam tahun 1600,keluargaNguyen mula bersengketa dengan pemimpin pro-Le yang lain, khususnyakeluarga Trinh. Akibat daripada ini, perang saudara telah tercetus pada 1627, danberlanjutan sehingga tahun 1672.

Dalam usahanya untuk menangani serangan dati Trinh di utara, keluarga Nguyenmulamenghalakan fokus kepada kawasan di Selatan. Kawasan yang diduduki olehorangCham dilihat mempunyai nilai strategik sebagai benteng belakang yang bolehmembekalkan sumber asli yang amat diperlukan untuk ditukar kepada bahan-bahanstrategikyang lain, termasuk senjata. Maka sejak 1611,keluarga Nguyen telah melancarkanbeberapakempen peperangan ke atas Champa. lni termasuk serangan 1611ke atas PhuYen,1629ke atas Khanh Hoa, 1558ke atas kawasan di bahagian utara Sungai Phan Rangdanakhir sekali dalam tahun 1692di mana Panduranga telah ditakluki.

PenaklukanPanduranga oleh keluarga Nguyen pada tahun 1692-93 tidak menandakantamatnya politi Champa. Sebaliknya, sebuah entiti politik Champa yang bam telahdiasaskan atas dorongan dan naungan keluarga Nguyen. Sebuah kerajaan Champabonekayang dipimpin oleh Po Saktiraydaputih (r. 1693-1728) telah diwujukan, danberpusatdi Phan Rang. Dalam pensejarahan Cham, kerajaan ini masih dikenali sebagaiPanduranga. Namun bagi pihak Nguyen, kerajaan bam ini dikenali sebagai ThuanThanh,dan rajanya bertanggung jawab untuk mengawal keamanan dan memastikansupayaufti dihantar ke istana Nguyen di Phu Xuan (Hue).

Dengan kemunculan kerajaan Panduranga yang bam ini juga bermulalah suatuproses yang boleh disifatkan sebagai 'Vietnamisation', atau proses peng-Vietnam-an segala budaya Orang Cham. Proses ini telah bermula dengan pengistiharanpembentukan sebuah wilayah bam oleh kerajaan Nguyen yang dikenali sebagaiBinh-Thuan. Wilayah bam ini juga merangkumi seluruh wilayah Thuan- Thanh atauPanduranga. Ini disusuli dengan kemasukan orang Vietnam ke dalam kawasanChampasecara beramai-ramai. Langkah ini menerima galakan dati kerajaan Nguyen.Akibat daripada kemasukan orang Viet yang begitu ramai, komuniti Cham dankomunitiViet terpaksa hidup bersama.

Proses Vietnamisation telah mula-mula berlaku di peringkat istana Champa. RajaChampa, Po Saktiraydaputih misalnya, telah dilaporkan telah menjalin hubunganyangamat karib dengan Nguyen Phuc Chu, pemerintah Nguyen (1691-1725).4Jugadilaporkan bahawa Po Saktiraydaputih dan tiga orang anaknya telah diberi gelaranrasmiVietnam dan telah mula memakai pakaian orang Vietnam. Selain itu, istanaChampa juga mula menggunakan peraturan-peraturan rasmi Vietnam, khususnyadalam prosedur pembicaraan. Maka dengan langkah-Iangkah awal ini, beberapaaspek dalam budaya Vietnam mula diterimapakai oleh masyarakat Cham dan initermasuk dalam tulisan yang digunakan dalam umsan rasmi.

Page 8: Arkib Champa Panduranga dalam Bahasa Sino-Vietnamese

Satu perjanjian telah termetrai pada tahun 1712 antara Nguyen Phuc Chu and PoSaktiraydaputih yang meliputi lima perkara bertujuan untuk mengawalhubunganantaraorang Vietnam dan masyarakat Cham di wilayah Thuan Thanh atau Panduranga. RekodNguyen menerangkan bahawa perjanjian ini telah diminta oleh Po Saktiraydaputih,dan Nguyen Phuc Chu telah berkenan atas lima perkara tersebut.5 Adalah sukar untukdiketahui sama ada Po Saktiraydaputih benar-benar meminta diadakan perjanjiansedemikian. Tetapi apa yang jelas adalah hakikat bahawa kawasan Cham telah dimasukioleh orang Vietnam secara beramai-ramai sehingga perlu diadakan suatu bentukperjanjian yang turut mengandungi perkara yang mungkin merugikan masyarakatCham. Dengan kehadiran orang Vietnam yang membawa budaya dan bahasa yangberlainan ke tanah Champa sememangnya memaksa orang Cham untuk menerimakehadiran ini serta menerima-pakai beberapa aspek kehidupan orang Vietnam,termasuk busana Vietnam dan penggunaan bahasa Vietnam (Sino-Vietnamese).

Penggunaan tulisan rasmi Sino-Vietnamese oleh masyarakat Cham masih belumditeliti oleh para sarjana. Namun dari tulisan-tulisan yang terkandung dalam koleksimanuskrip ini, dua penelitian boleh dibuat. Yang pertama, terdapat orang Vietnam yangberpendidikan telah diupah untuk menulis dokumen-dokumen ini, yang antaranya~ng paling banyak dijumpai merupakan kontrak jual-beli yang dilakukan sama adadi antara orang Vietnam dengan orang Cham atau sesama orang Cham. Cadanganini diajukan memandangkan dokumen-dokumen ini telah dikarang dengan teliti dandengan perkataan yangtepat. Penelitianini juga disokongolehhakikat bahawa dokumen-dokumen ini telah ditulis tidak lama selepas Champa jatuh ke tangan Nguyen-Vietnam,iaitu sepanjang 1690an hingga 1740. Agak mustahil bagi ahli masyarakat Cham untukmenguasai bahasa Sino-Vietnamese dalam masa yang terlalu singkat memandangkanChampa hanya ditaluk oleh Nguyen pada tahun 1692. Penelitian kedua juga dibuatberdasarkan kepada kualiti tulisan dokumen-dokumen ini, khususnya yang ditulisselepas 1740.Jika kumpulan yang pertama adalah berasaskan kepada kualiti tulisan yangcermat dan tepat, maka kategori kedua merujuk kepada manuskrip yang menunjukkanbahawa besar kemungkinan dokumen-dokumen ini telah dikarang oleh orang Chamsendiri yang telah mula menggunakan bahasa Sino-Vietnamese tetapi belum mencapaitahap penguasaan yang mantap.

Jika dilihat dengan sepintas lalu, mungkin satu gambaran bahawa prosesVietnamization ini telah diterima baik oleh orang Cham. Namun keadaan yangsebaliknya berlaku. Terdapat beberapa percubaan di pihak orang Cham untukmenamatkan pegangan Vietnam ke atas Champa. Antaranya adalah pemberontakan1728 yang dilancarkan sebaik saja selepas Po Saktiraydaputih meninggal dunia.Namun, pemberontakan ini telah ditewaskan dengan cepat oleh tentera Nguyen.6Initelah membawa kepada perlanjutan proses 'Vietnamisation' di kalangan masyarakatCham.7 Penentangan orang Cham terhadap dominasi kuasa Vietnam tidak lenyapselepas pemberontakan 1728, namun ia telah menjadi agak lembap sehingga tahun1776. Maka sepnjang tempoh ini, proses 'Vietnamisation' telah menjadi semakin kuat,dan penyerapan budaya Vietnam oleh masyarakat Cham telah menjadi kelaziman. Inijelas terbayang dalam kemunculan manuskrip Cham dalam bahasa Sino-Vietnamese

. yang akan dibincangkan dalam bahagian yang seterusnya.

Manuskrip Cham dalam Bahasa Sino-VietnameseSehingga kini jumlah koleksi manuskrip Cham yang ditulis dalam bahasa Sino-Vietnamese belum diketahui. Buat masa ini, koleksi yang paling lengkap merupakan252 keping (folio) dokumen yang disimpan di Perpustakaan Societe Asiatique

Page 9: Arkib Champa Panduranga dalam Bahasa Sino-Vietnamese

(Pertubuhan Asia) di Paris. Koleksi ini belum dikatalog oleh perpustakaan terebutdan asalnya mungkin dari koleksi beberapa bekas pegawai Perancis seperti E.Aymonier. Asal usul koleksi ini tidak diketahui secara jelas tetapi isi kandungannyayangmengandungi dokumen yang ditulis oleh istana Cham dan surat yang ditujukankepadaistana Cham oleh pentadbiran Vietnam mencadangkan bahawa ia merupakansebahagiandaripada Arkib Diraja Panduranga (Archives Royale du Panduranga). Duausaha awal telah dilakukan untuk memberi index kepada koleksi ini. Yang pertamaolehYoshiaki Ishizawa pada tahun 1980 dan kemudiannya pada tahun 1984 oleh P.B.Lafont dan Po Dharma.8 Koleksi manuskrip ini bermula dengan tahun 1702, iaitusembilan tahun selepas Panduranga ditakluki oleh Nguyen-Vietnam, dan dokumenyangpaling lewat ditulis pada tahun 1810, iaitu tahun ke-8 pemerintahan MaharajahCiaLong (1802-1819).Ini bermaksud bahawa ia merangkumi tempoh masa 109 tahundalamsejarah Champa.

Seperkara yang menarik berkenaan koleksi ini adalah tarikh yang digunakanadalahberasaskan kepada tarikh pemerintahan Maharajah Dinasti Le, dan bukannyamengikut tahun pemerintahan Keluarga Nguyen di Vietnam Selatan yang telahmenaklui Panduranga. Maka tarikh dokumen-dokumen ini mengandungi namapemerintah Le seperti Chinh Hoa, Ao Thai, Vinh Khanh, Long Duc, Vinh Huu, CanhHung dan Hai Duc. Nama pemerintah Dinasti Nguyen yang pertama Cia Longdigunakan dalam dokumen selepas 1802.

Dokumen-dokumen ini ditulis atas kertas Vietnam atau Cina yang nipis denganmenggunakan dakwat Cina berwarna hitam. Format dokumen dan surat biasanyamengikutsusunan menulis surat yang digunakan oleh masyarakat Vietnam dan Cina. Iabermuladengan perkara (contohnya, Resit, Kontrak, Invois, Perintah), nama penerima,isi kandungan, tandatangan pengarang, dan kadang-kadang, penulis surat, tarikhmengikut tahun pemerintah Maharajah Vietnam dan cop. Memandangkan dokumeninitelah disimpan begitu lama, bukan semuanya berada dalam keadaan yang terbaik.

Semua dokumen telah ditulis menggunakan bahasa Sino-Vietnamese sebagaiasas. Namun demikian, terdapat beberapa dokumen yang mengandungi tulisanbahasa Cham (Skrip Sanskrit) dan juga dalam bahasa Nom, iaitu satu bentuktulisanyang mirip tulisan Sino-Vietnamese tetapi ditulis mengikut sebutan Vietnamtempatan. Bentuk tulisannya seolah tulisan Sino-Vietnamese yang dibentuk semula_mengikut fonetik.

Paciaumumnya, koleksi dokumen ini boleh dibahagi kepada dua kumpulan:Kumpulan PertamaDokumen rasmi yang berasal dari istana Raja Champa atau dari pentadbir Vietnam diBinhThuan. Ada di kalangan dokumen ini surat yang bersifat politik:

1) Surat dari Pemerintah Tempatan Vietnam di Provinsi Binh Thuan kepadaRaja Champa (Thuan Thanh Tran Vuong)a) Perintahb)

c)Invois Tuntutan PembayaranKontrak Pertukaran Harta

2) Surat Izin dari Raja Champa kepada Orang Vietnamf--

3) Surat dari Raja Champa kepada Pegawai Vietnam di Binh Thuan.I-

4) Surat dari Raja Champa kepada Orang Vietnam'--

Page 10: Arkib Champa Panduranga dalam Bahasa Sino-Vietnamese

Kumpulan KeduaDokumen rasmi yang berhubung urusan seharian dalam masyarakat Cham di BinhThuan dan Thuan Thanh Tran:

1 Perjanjian Jual Beli Tanah2 Perjanjian Jual Beli Kuda3 Perjanjian peminjaman wang dan cara pembayaran hutang4 Surat Menuntut Hutang5 Perjanjian Jual Beli Hamba-Abdi6 Surat Dari Individu Cham kepada Raja Cham7 Surat Dari Individu Vietnam kepada Raja Cham8 Surat Dari Individu Cham kepada Pegawai Vietnam

Memandangkan hampir kesemua dokumen dalam koeksi ini mempunyai sifatrasmi dalam ertikata perkara yang disetuh mempunyai hubungan dengan soallegGblatau undang-undang, maka surat-surat ini mengandungi tandatangan dancop rasmi. Tandatagan Vietnam biasanya merupakan nama mereka yang terlibatdalam urusan dokumen tersebut dan biasanya ditulis dengan jelas. TandatanganCham pula ditulis dengan cara yang agak unik dengan melukis satu garisan lurusdan ditanda dengan titik pada tempat yang berlainan pada garis tersebut. Ishizawamenggunakan istilah 'Diem-chi' apabila merujuk kepada tandatangan sedemikianIa bermaksud tanda jari.

Cop-cop rasmi yang dijumpai pada dokumen-dokumen ini boleh dibahagikepada dua kumpulan. Yang pertama, cop rasmi oleh pegawai Vietnam denganpangkatnya. Cop-cop ini lebih kompleks dan jelas menunjukkan tuan punya coptersebut. Kumpulan kedua merupakan cop yang lebih simple, yang tidak begitu jelastuan punya cop tersebut. Antaranya adalah cop yang mempunyai perkataan 'vuong'atau pun raja. Ini besar kemungkinan cop raja Champa.

Sej arah Sosial dan Ekonomi

Kepentingan kumpulan dokumen ini terletak pada hakikat bahawa ia telah membukalembaran baru dalam pengajian mengenai masyarakat Champa. Koleksi ini akanmemungkinkan para pengkaji untuk melihat sejarah Champa dan sejarah Vietnammenjangkaui pendekatan kepada sejarahVietnam dan Champa yang dilakukan selamaini, khususnya dalam sejarah.sosial-ekonomi. Sehingga koleksi manuskrip ini digunakan,penelitian ke atas Sejarah Champa lebih berfokus kepada isu berhubung usaha Champamenentang kemaraan Vietnam serta isu 'survival' entiti dan identity Cham.

Kecenderungan kepada sejarah politik dan ketenteraan semestinya membayangkanhad dan batasan yang timbul kerana status sumber sejarah yang sedia ada lazimmerupakan bahan rasmi dan lebih banyak berasal dari pihak Vietnam. Sumber-sumber seperti Dai Viet Su Ky Toan Thu, Dai Nam Thue Lue dan Kham Dinh Viet SuCuong Mue misalnya, telah dikarang oleh kerajaan Vietnam dan semestinya terhadperhatian yang diberikan ke atas apa yang berlaku dalam masyarakat Cham.

Setakat ini, penelitian ke atas sejarah sosial Champa lebih bergantung kepadabahan kesusasteraan serta Arkib Panduranga dalam Bahasa Cham. Namun, ia masih

Page 11: Arkib Champa Panduranga dalam Bahasa Sino-Vietnamese

tidak dapat memberi gambaran yang jelas mengenai kehidupan masyarakat Champadaperingkat bawahan. Tumpuannya tetap fokus kepada golongan karabat dirajadanatasan. Di sinilah terletaknya nilai utama koleksi manuskrip Cham dalam bahasaSino-Vietnamese ini untuk memungkinkan para penyelidik untuk menebusi benteng'rasmi' dari segi bahan sejarah dan membuka kemungkinan baru dalam melihatkepada suasana kehidupan sosial ekonomi rakyat Champa di Binh-Thuan di bawahpenjajahanNguyen-Vietnam.

Sehingga kini, bahan sejarah yang lazim digunakan untuk menulis sejarahChampa lebih merupakan kronik Vietnam seperti Dai Viet Su Ky Toan Thu dan DaiNam Thuc Luc, dan untuk tempoh abad ke-17 dan ke-18, lebih bertumpuh kepadaDai Nam Thuc Luc Tien Bien. Bahan sejarah sedemikian sebenarnya merupakanhasilkarangan sejarawan istana Vietnam yang telah memilih perkara-perkara yangdianggap bersesuaian untuk kepetingan istana dan kerajaan sebelum dimasukkandalam 'Sejarah Rasmi'(veritable records). lni sememangnya menghadkan liputanmaklumat yang boleh dimasukkan dalam teks-teks ini. Apa yang lebih penting lagiadalah hakikat bahawa sejarah rasmi ini dikarang atas perintah Maharajah Vietnam,maka tujuan utamanya adalah untuk kemegahan maharajah dan karabat diraja.Sehubungan ini, Champa yang merupakan negeri yang telah ditewaskan dan jugasebuah negeri naungan, sememangnya diberi liputan yang bersifat negatif sahajadalamsejarah hubungan dua hala ini. Ini sememangnya menghadkan nilai bahan inibagimendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai sejarah Champa, mahupunlebihlanjut lagi, sejarah sosial-ekonomi Champa.

Kesimpulan

Artikelini merupakan satu pengenalan kepada koleksi manuskrip Cham yang ditulisdalam tulisan Sino-Vietnamese yang buat selama ini tidak mendapat perhatianyangsewajarnya. Koleksi ini meliputi suatu tempoh masa yang amat penting dalamsejarah bangsa Cham memandangkan semasa tempoh ini, bangs a Cham terpaksahidup di bawah penjajahan Nguyen-Vietnam. Maka koleksi ini memungkinkankajian lanjut dilakukan untuk melihat bagaimana suasana kehidupan sosial danekonomi sepanjang tempoh 1702 hinggalah 1810. Gambaran tersebut amat pentingdalam melihat sejauhmanakah kehidupan di bawah penjajahan Nguyen-Vietnamkemudiannya mempengaruhi orang Cham di Panduranga untuk meminta bantuandarisaudara mer aka di Tanah Melayu untuk membantu untuk membebaskan Champadaricengkaman Vietnam.

Page 12: Arkib Champa Panduranga dalam Bahasa Sino-Vietnamese

* Profesor Danny Wong Tze Ken ialah Profesor di Jabatan Sejarah Universiti Malaya.1 Maspero telah menyatakan bahawa entiti Champa telah tamat pada tahun 1471. Pandangan ini

mempengaruhi kesarjanaan mengenai Champa buat satu masa yang amat panjang sehinggalahPo Dharma menerbitkan pendapatnya bahawa Champa sebenarnya berterusan sehingga 1835.Lihat Georges Maspero, Le Royaume de Campa, Paris: editions G. Vanoest, 1928 dan Po Dharma, LePanduranga (Campa) 1802-1835, Ses Rapports avec Vietnam, Vol. I, Paris: Ecole Francaise d'Extreme-Orient, 1987.

2 Pandangan Panduranga sebagai lanjutan dari politi Cham sebelum 1471 memang masihditeruskan. Eric Crystal mencadangkan bahawa politi politik Cham sebenarnya merupakan satuPersekutuan. Lihat Eric Crystal, "Champa and the Study of Southeast Asia", Le Campa et Le MondeMalais: Acts de la Conference Intemationale sur Ie Campa et IeMonde Malais, Paris: Centre d'Histoire etCivilisations de la Peninsule Indochinoise, 1991.

3 Lihat Dai Nam Nhat Thong Chi (Gazetteer of Unified Dai Nam), jilid-jilid bagi Binh Thuan, Thua-Thien, Quang-Binh, Quang-Ngai dan Phu-Yen.

4 Lihat Danny Wong Tze Ken, "Yietnam-Champa Relations and the Malay-Islam Regional Networkin the 17th-19th centuries", Kyoto Review of Southeast Asia, No.5, March 2004 dan Darmy WongTze Ken, "Historical Relations between the Chams and the Malays: Sustaining Common Identity,

••• Culture and Ethnicity through Two Millennia of Relations", Southeast Asia: History and Culture,Vo. 37, 2008, hIm. 112-136.

5 Dai Nam Thuc Luc Tien Bien, Yo!' 8, hIm. 14a.6 Maklumat tentang pemberontakan ini hanya didapati dalam "De Flory to another Priest", 1728,

Archives des Missions Etrangeres de Paris: Cochinchine, Yo!' 739, f. 600.7 Kita masih belum dapat memastikan siapakah pemerintah Champa yang pertama mula

menggunakan nama keluarga Nguyen. Apabila Maharajah Gia Long mengasaskan DinastiNguyen, beliau melantik Nguyen Yan Hau, seorang ketua masyarakat Cham sebagai phienvuong (native king). Pengganti Nguyen Yan Hau kemudiarmya menneruskan penggunaan namaNguyen sehingga 1835. Lihat Dai Nam Nhat Thong Chi, Yo!' 10:Binh Thuan, hlm. 19.

8 Lihat lshizawa Yoshiaki, "Les Archives Cam Redigees en Caracteres Chinois au Fonds de laSociete Asiatique avec Annotation Analysee", Historical Science Reports of Kagoshima University,Yo!' 29 Julai 1980,hIm. 13-40. Lihat juga Po Dharma, P. B.Lafont (comp.), Catalogues du CollectionsCams, Paris: Centre d'Histoire et Civilisations de la Peninsule Indochinoise, 1989.