puspawangsa175.28.13.2/kpkk_jan-theme/pdf/puspawangsa_bil.1 2010.pdforang ramai selari dengan visi...

12
PUSPAWANGSA ISSN 2180-3323 BIL. 1/2010. www.arkib.gov.my Berita Arkib Negara Malaysia Program Mengenang Tokoh Tun Abdul Razak Majlis Pelancaran Pameran Bergerak Sesi Dialog Ketua Pengarah Majlis Pelancaran Pameran Bergerak Program Mengenang Tokoh Tun Abdul Razak Ceramah Pengurusan Rekod Sesi Dialog Ketua Pengarah KUALA LUMPUR, 7 April 2010 – Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Dato’ Haji Sidek bin Haji Jamil menyarankan agar semua warga Arkib mengubah mentaliti dan cara berfikir dengan menjadikan kerja sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Justeru, dalam memastikan warga Arkib dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin, beliau telah memperkenalkan mantera ‘teliti, pasti, jangka’ sejak mula memegang teraju Arkib Negara Malaysia. ’Teliti’ maksudnya kita perlu membuat sesuatu dengan berhati-hati dan cermat untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang kesilapan. ‘Pasti’ pula bermaksud kita memastikan dan membuat susulan terhadap sesuatu tindakan yang kita lakukan dan ‘jangka’ pula ialah kita bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang boleh menghalang rancangan kita daripada berjalan lancar supaya kita ada pelan sokongan untuk membantu kita melaksanakan rancangan tersebut”, ujar beliau ketika ditanya maksud mantera diperkenalkan. “Teliti, Pasti, Jangka” Resipi Budaya Kerja Cemerlang bersambung ke ms 3...

Upload: others

Post on 27-Oct-2019

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PUSPAWANGSA175.28.13.2/kpkk_jan-theme/pdf/Puspawangsa_Bil.1 2010.pdforang ramai selari dengan visi jabatan ini untuk menjadikan Arkib Negara sebagai Pusat Arkib dan Penyelidikan Negara

PUSPAWANGSA 1BERITA ARKIB NEGARA MALAYSIA

PUSPAWANGSAISSN 2180-3323 BIL. 1/2010. www.arkib.gov.myBerita Arkib Negara Malaysia

Program MengenangTokoh Tun Abdul Razak

Majlis PelancaranPameran Bergerak

Sesi Dialog KetuaPengarah

Majlis PelancaranPameran Bergerak

Program MengenangTokoh Tun Abdul Razak

CeramahPengurusan Rekod

Sesi Dialog KetuaPengarah

KUALA LUMPUR, 7 April 2010

– Ketua Pengarah Arkib Negara

Malaysia, Dato’ Haji Sidek bin

Haji Jamil menyarankan agar

semua warga Arkib mengubah

mentaliti dan cara berfikir dengan

menjadikan kerja sebagai sesuatu

yang menyeronokkan. Justeru,

dalam memastikan warga Arkib

dapat melaksanakan tugas dengan

sebaik mungkin, beliau telah

memperkenalkan mantera ‘teliti, pasti, jangka’ sejak mula memegang teraju Arkib

Negara Malaysia.

“’Teliti’ maksudnya kita perlu membuat sesuatu dengan berhati-hati dan cermat

untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang kesilapan. ‘Pasti’ pula bermaksud

kita memastikan dan membuat susulan terhadap sesuatu tindakan yang kita lakukan

dan ‘jangka’ pula ialah kita bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang boleh

menghalang rancangan kita daripada berjalan lancar supaya kita ada pelan sokongan

untuk membantu kita melaksanakan rancangan tersebut”, ujar beliau ketika ditanya

maksud mantera diperkenalkan.

“Teliti, Pasti, Jangka”Resipi Budaya Kerja Cemerlang

bersambung ke ms 3...

Page 2: PUSPAWANGSA175.28.13.2/kpkk_jan-theme/pdf/Puspawangsa_Bil.1 2010.pdforang ramai selari dengan visi jabatan ini untuk menjadikan Arkib Negara sebagai Pusat Arkib dan Penyelidikan Negara

PUSPAWANGSA2BERITA ARKIB NEGARA MALAYSIA

PerutusanTerlebih dahulu saya mengucapkan syukur dan melahirkan rasa gembira kerana buat julung-julung kalinya Arkib Negara Malaysia mengeluarkan bahan bacaan berkonsepkan berita dengan menggabungkan elemen ilmu dan maklumat yang disampaikan secara santai dalam sebuah terbitan yang diberi nama PUSPAWANGSA. Tentunya saya amat berbangga dan berharap agar PUSPAWANGSA ini akan mampu menjadi wadah penyaluran pelbagai maklumat mengenai program, aktiviti dan isu terkini mengenai Arkib Negara Malaysia yang boleh dikongsi oleh seluruh warganya dan menjadi sebahagian daripada bahan bacaan yang berfaedah kepada orang ramai.

Dalam menyahut saranan pembinaan negara bangsa yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri melalui gagasan 1 Malaysia, Arkib Negara melaksanakan pelbagai aktiviti ke arah meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat tentang pentingnya rekod-rekod bernilai disimpan, dipelihara dan seterusnya digunakan oleh orang ramai sebagai bahan rujukan dalam memahami pembinaan negara bangsa.

Dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, Arkib Negara Malaysia akan sentiasa mengambil pendekatan proaktif agar sistem penyampaian perkhidmatan yang diberikan adalah lebih efektif sebagaimana yang digariskan di dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP). Selari dengan hasrat tersebut, saya sentiasa menyarankan kepada setiap warga Arkib Negara Malaysia untuk terus meningkatkan kredibiliti sebagai penjawat awam melalui kepakaran, pengetahuan dan keupayaan yang ada di samping mengekalkan nilai-nilai murni sewaktu menjalankan tugas.

Adalah menjadi harapan saya agar penerbitan PUSPAWANGSA ini akan menjadi salah satu perantara perkongsian maklumat sejarah yang ada di dalam simpanan di Arkib Negara Malaysia sama ada mengenai negara mahupun tokoh yang telah memainkan peranan dalam sejarah negara. Semoga PUSPAWANGSA ini juga dapat membantu usaha-usaha menyebarluaskan maklumat secara lebih menyeluruh dan berkesan kepada orang ramai selari dengan visi jabatan ini untuk menjadikan Arkib Negara sebagai Pusat Arkib dan Penyelidikan Negara Yang Unggul.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada pasukan Sidang Redaksi PUSPAWANGSA atas segala kesungguhan dan komitmen yang diberikan untuk menjayakan penerbitan sulungnya. Dengan perancangan untuk diterbitkan secara berkala setiap 3 bulan, tentunya ia adalah cabaran kepada ahli pasukan untuk memastikan PUSPAWANGSA dapat dikeluarkan sebagaimana dirancang.

DATO’ HAJI SIDEK BIN HAJI JAMIL

Penasihat

YBrs. Pn. Hjh. Daresah Hj. IsmailTimbalan Ketua PengarahPenyelidikan dan Pengembangan

Ketua Pengarang

Pn. Nor Zahriah Md. RazallyPengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan dan Dokumentasi

Sidang RedaksiPengarang

i) Pn. Zainab Rahmat (Seksyen Penerbitan dan

Percetakan)

ii) En. Nurul Azizi Shafie (Seksyen Penyelidikan Khas Negara)

iii) En. Mohd Ariffin Santol (Seksyen Rujukan Akses)

iv) Pn. Noriah Mohd Nor (Seksyen Perolehan)

v) Pn. Suzana Md. Isa (Seksyen Pelupusan Rekod)

vi) Cik Shahida Mohd Salleh (Seksyen Pengurusan Arkib

Negarawan)

vii) En. Mohd Salleh Abdul Manaf (Seksyen Teknologi Maklumat)

Rekabentuk dan Susun Atur

i. Pn. Siti Kamaliah Madil

ii. En. Mohd Ridzwan Suboh (Seksyen Penerbitan dan

Percetakan)

Jurufotoi. En. Hasnan Boslam

ii. En. Suhaimi Ramli

iii. En. Mahadir Khidir Mohamed (Seksyen Pemeliharaan dan

Reprografi)

Pihak Sidang Redaksi mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan/artikel/komen dari seluruh warga Arkib. Sila emel kepada: [email protected]

Page 3: PUSPAWANGSA175.28.13.2/kpkk_jan-theme/pdf/Puspawangsa_Bil.1 2010.pdforang ramai selari dengan visi jabatan ini untuk menjadikan Arkib Negara sebagai Pusat Arkib dan Penyelidikan Negara

PUSPAWANGSA 3BERITA ARKIB NEGARA MALAYSIA

Menurut beliau, mantera ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk melatih warga Arkib Negara agar melaksanakan tugas dengan betul, pantas dan menghasilkan impak yang signifikan kepada Jabatan dalam memenuhi kehendak stakeholder dan pelanggan. “Untuk merealisasikan mantera ini, saya menyeru warga Arkib supaya mengamalkan budaya berfikir dengan kreatif dan di luar kotak, mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan. Adalah juga menjadi hasrat saya supaya mantera ‘teliti, pasti, jangka’ ini dapat dihayati dan diamalkan oleh semua warga Arkib”, tegas beliau lagi.

Ditanya berkenaan penerimaan (respons) dari kalangan warga Arkib, beliau menjelaskan bahawa pada permulaannya beliau merasakan warga Arkib mengambil ringan dan tidak memandang serius terhadap mantera tersebut. “Walaubagaimana pun, lama kelamaan ianya sudah diterima dan menjadi satu budaya yang diamalkan dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Berdasarkan pemerhatian saya, hasil kerja yang diberikan oleh warga Arkib menjadi semakin baik dan kesilapan yang berlaku juga semakin minima dan berkurangan”, ujar beliau.

Menurutnya lagi, warga Arkib juga perlu berusaha untuk menimba ilmu dan kemahiran dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.

Mereka perlu banyak berfikir dan melengkapkan diri dengan menguasai pelbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan melalui pembacaan, pengamatan, pergaulan dan pengalaman selain sensitif dan peka dengan keperluan dan isu semasa yang berlaku di sekeliling. Sebagai contoh katanya, dalam melaksanakan sesuatu tugas atau projek tertentu, perlu difikirkan bagaimana untuk memenuhi kehendak audiens dan bagaimana untuk menarik minat masyarakat terhadap aktiviti yang dianjurkan. Aktiviti yang dilaksanakan mesti meninggalkan kesan dan dekat di hati masyarakat supaya program yang dilaksanakan itu dikenang sebagai satu momen yang indah dan menjadi sebutan masyarakat.

“Untuk memastikan kepantasan (speed) dapat dilaksanakan dengan jayanya, kita perlu bekerja secara matrik dan mengadakan strategic alliance supaya sesuatu kerja yang dihasilkan akan menjadi lebih baik dan dapat dihasilkan tepat pada masanya (on time). Sememangnya kepantasan (speed) bertindak akan menyebabkan keyakinan pelanggan bertambah terhadap perkhidmatan yang kita sediakan” tegas beliau ketika menutup sesi temubual.

Sepanjang perbualan, Dato’ Haji Sidek sangat menekankan tentang perlunya konsep ‘teliti, pasti, jangka’ dijadikan pegangan dalam melaksanakan tugas seharian. Beliau yakin bahawa mantera tersebut mampu menjadi resepi budaya kerja cemerlang jika setiap warga Arkib mengamalkannya secara serius.

system). Anda juga perlu memahami kaitan rekod yang diwujudkan dengan rekod-rekod lain yang merupakan sebahagian daripada fungsi dan proses utama agensi seterusnya menyimpan rekod kecuali menerima kelulusan atau arahan sama ada untuk dipindahkan atau dimusnahkan.

Dalam melaksanakan pengurusan rekod, penjawat awam tidak dibenarkan untuk memusnahkan rekod tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Arkib Negara, membawa keluar rekod dari jabatan/agensi tanpa kebenaran dan menghilangkan rekod yang berada dalam jagaan anda.

MENGURUS REKOD AWAM: TANGGUNGJAWAB SIAPA?

Rekod yang kita wujud, guna dan selenggara setiap hari menjadi teras kepada akauntabiliti dan integriti perkhidmatan awam. Sebagai asas kepada akauntabiliti dan integriti serta sumber strategik pengurusan, rekod perlu diurus dengan sistematik dan cekap mengikut amalan terbaik pengurusan rekod.

Rekod perlu diuruskan dengan baik kerana rekod penting untuk kesinambungan fungsi, aktiviti dan maklumat kerajaan. Rekod adalah asas akauntabiliti, ketelusan dan tadbir urus yang baik.

Sebagai penjawat awam adalah perlu untuk anda mengetahui bagaimana dan di mana rekod anda disimpan. Melaksanakan kaedah yang betul untuk mewujudkan rekod sebagai bukti untuk menyokong tugas rasmi yang anda lakukan. Menyimpan rekod yang diwujudkan dalam sistem pengurusan rekod jabatan (recordkeeping

... dari muka hadapan

Page 4: PUSPAWANGSA175.28.13.2/kpkk_jan-theme/pdf/Puspawangsa_Bil.1 2010.pdforang ramai selari dengan visi jabatan ini untuk menjadikan Arkib Negara sebagai Pusat Arkib dan Penyelidikan Negara

PUSPAWANGSA4BERITA ARKIB NEGARA MALAYSIA

PELAKSANAAN PROGRAM MENGENANG TOKOHProgram Mengenang Tokoh merupakan program

yang diadakan berkaitan tokoh-tokoh penting negara yang terdiri daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau pemimpin-pemimpin masyarakat pelbagai kaum yang telah memberi sumbangan besar kepada negara. Program ini diadakan mengikut tarikh-tarikh tertentu berkaitan dengan tokoh seperti tarikh lahir, tarikh perkahwinan ataupun tarikh pemergian tokoh negarawan.

Pogram ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada seluruh rakyat mengenali tokoh-tokoh negara di samping mendorong dan menggalakkan pelbagai lapisan rakyat menghargai dan menghayati jasa tokoh-tokoh negarawan yang diraikan. Selain itu, ia bertujuan untuk meningkatkan perasaan kebersamaan dan bersatu padu dalam kalangan masyarakat ke arah merealisasikan gagasan 1Malaysia.

Bagi memastikan pelaksanaan program ini memberi impak kepada golongan sasaran, beberapa aktiviti sampingan diadakan sepanjang program berlangsung seperti Bicara Tokoh, Pertandingan Melukis, Pameran, Kuiz, Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil. Sepanjang Januari hingga Mac 2010, Bahagian Arkib Negarawan telah mengadakan Program Mengenang Tokoh berkaitan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan Allahyarham Tun Abdul Razak.

Program Mengenang Tokoh berkaitan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra diadakan pada 7 Februari 2010 di Rumah Merdeka, Alor Setar, Kedah. Serentak itu juga YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah melancarkan Pameran Bergerak Koleksi Khas YTM Tunku. Pameran ini memaparkan koleksi berharga YTM Tunku yang tersimpan dalam peti besi yang pernah digunakan oleh beliau semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia. Melalui bahan-bahan yang dipamerkan, seluruh lapisan masyarakat dapat mengenali YTM Tunku sebagai

seorang pemimpin yang amat menghargai setiap pemberian yang diterima. Ini terbukti dengan keadaan artifak yang terpelihara dan dijaga dengan sempurna tanpa menggugat keaslian sifatnya.

Program Mengenang Tokoh Allahyarham Tun Abdul Razak pula telah diadakan pada 27 hingga 28 Mac 2010 di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Perak. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim. Program yang berlangsung selama dua hari ini berkonsepkan 1Malaysia yang menitikberatkan elemen perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Majlis Bicara Sejarah yang dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Zainal Abidin Borhan dan tokoh pembicara YBhg. Datuk Zakaria bin Dato’ Ahmad serta YM Tunku Tan Sri Dato’ Shahriman bin Tunku Sulaiman. Aktiviti-aktiviti lain yang diadakan sepanjang program mengenang tokoh ini turut melibatkan lain-lain jabatan/ agensi di bawah KPKK.

Penyerahan koleksi gambar YTM Tunku Abdul Rahman Putra oleh Haji Salahuddin Abdul Ghani kepada Arkib Negara Malaysia yang diterima oleh Menteri KPKK, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim. Turut kelihatan ialah YTM Tunku Dato’ Seri Ahmad Nerang Tunku Abdul Rahman Putra, YTM Dato’ Tunku Mukminah YTM Tunku Mohd Jiwa dan Ketua Pengarah Arkib Negara, Dato’ Haji Sidek Haji Jamil.

Menteri KPKK, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dan isteri Datin Seri Utama Masnah Rais melihat koleksi khas Tunku Abdul Rahman Putra bersempena dengan Program Mengenang Tokoh YTM Tunku Abdul Rahman Putra. Turut sama Pengarah Arkib Negara, Dato’ Haji Sidek Haji Jamil (tengah).

Barisan tokoh pembicara pada Program Mengenang Tokoh Tun Abdul Razak. Dari kanan, Datuk Zakaria Dato’ Ahmad, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan (Pengerusi) dan YM Tunku Tan Sri Dato’ Shahriman Tunku Sulaiman.

Page 5: PUSPAWANGSA175.28.13.2/kpkk_jan-theme/pdf/Puspawangsa_Bil.1 2010.pdforang ramai selari dengan visi jabatan ini untuk menjadikan Arkib Negara sebagai Pusat Arkib dan Penyelidikan Negara

PUSPAWANGSA 5BERITA ARKIB NEGARA MALAYSIA

Dalam usaha memastikan rekod-rekod di jabatan dan agensi kerajaan diuruskan dengan baik maka

sepanjang bulan Januari hingga Mac 2010, Seksyen Inspektorat telah mula melaksanakan Audit Pengurusan Rekod ke atas empat jabatan dan agensi kerajaan serta pembekal perkhidmatan pengurusan rekod swasta seperti berikut:-

i) 6 Januari 2010 Regalia Management Sdn Bhd

ii) 23 Februari 2010 Subalipack (M) Sdn. Bhd.

iii) 4 & 5 Mac 2010 Bahagian Khidmat Pengurusan dan Pusat Rekod, Kementerian Kesihatan Malaysia.

iv) 29 Mac 2010 Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri

Pelaksanaan pengauditan ini telah diketuai oleh Ketua Seksyen Inspektorat, Puan Hanizah bt. Jonoh bersama dua orang Pegawai Arkib dari seksyen tersebut. Pengauditan ini adalah satu pendekatan dan kaedah baru yang lebih tegas dan strategik bagi memastikan rekod kerajaan yang merupakan dokumen bukti dan

PELAKSANAAN AUDIT PENGURUSAN REKOD DI JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN

sumber maklumat dapat diurus dengan sistematik dan teratur.

Setakat ini, sambutan yang diterima dari jabatan dan agensi kerajaan serta pembekal perkhidmatan pengurusan rekod swasta sangatlah baik dan menggalakkan. Semoga usaha yang dilaksanakan oleh pihak Arkib Negara Malaysia melalui Seksyen Inspektorat akan meningkatkan kecekapan dan memantapkan lagi jentera pentadbiran kerajaan dalam pengurusan rekod.

• Spammer akan membeli secara haram senarai email pengguna. Mungkin mereka akan membelinya dari suatu laman web yang anda mendaftarkan email padanya. Maka jangan percaya semua laman web untuk mendaftarkan email anda.

• Pekerja-pekerja di ISP (Internet Service Provider) yang tidak jujur juga kadangkala menjual maklumat yang mereka ambil dari server kerja. Ini boleh berlaku seperti dalam ebay atau pasaran gelap. Penggodam (hackers) juga boleh menceroboh dan mencuri senarai ISP pelanggan.

• Spammer akan menggunakan program ‘penuaian’ yang menjelajah internet seperti Google dan Yahoo, dan menyalin teks yang mengandungi aksara “@”. Mereka juga mengekstrak alamat email dari chat room, forum, ruangan komen pada blog dan posting di Usenet.

• Spammer akan menggunakan ‘kamus’ (brute force) program-program seperti hackers.

• Anda akan secara tidak sedar sukarela memberikan email anda kepada servis-servis online yang tidak jujur yang mempelawa anda untuk subscribe/unsubscribe. Mereka akan menjual email anda untuk mendapatkan komisyen. Ada link unsubscribe sebenarnya bukan untuk berhenti melanggan (unsubscribe), tetapi untuk mengesahkan bahawa ada pengguna sebenar terhadap email tersebut.

I N F O I C T

KELONGGARAN PERATURAN BAGI PENYELIDIK DARI LUAR NEGARA

Mulai 11 November 2009, pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri telah memberikan kelonggaran sepenuhnya kepada semua penyelidik luar negara supaya mereka boleh terus mendapat akses koleksi arkib tanpa perlu mendapat kebenaran rasmi daripada EPU terlebih dahulu, yang akan mengambil masa lebih kuran enam (6) bulan untuk mendapat kelulusan. Mereka masih tertakluk kepada peraturan-peraturan penyelidikan di Arkib Negara.

Walau bagaimanapun, pengecualian ini hanya melibatkan penyelidik yang menjalankan penyelidikan di Arkib Negara sahaja. Sekiranya mereka berminat untuk menjalankan kajian di jabatan-jabatan/agensi kerajaan lain, mereka masih tertakluk kepada kepada kelulusan dan kebenaran pihak EPU terlebih dahulu.

BAGAIMANA SPAMMERMENDAPATKAN E-MELANDA

Page 6: PUSPAWANGSA175.28.13.2/kpkk_jan-theme/pdf/Puspawangsa_Bil.1 2010.pdforang ramai selari dengan visi jabatan ini untuk menjadikan Arkib Negara sebagai Pusat Arkib dan Penyelidikan Negara

PUSPAWANGSA6BERITA ARKIB NEGARA MALAYSIA

Ketua Pengarah Arkib Negara, Dato’ Hj. Sidek Hj. Jamil sedang menandatangani MoU Jadual Pelupusan Rekod Mahkamah

Persekutuan Malaysia sambil diperhatikan oleh Ketua Pendaftar, Datuk Hasnah Dato’ Mohammed Hashim di Istana Kehakiman,

Putrajaya pada 11 Februari 2010.

Lawatan Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) KPKK, Dato’ Dr. Rothiah Omar (tiga dari kanan) ke Tapak Bangunan Arkib Negeri Pahang pada 22 Januari 2010. Turut serta Ketua Pengarah Arkib

Negara Malaysia, Dato’ Hj. Sidek Hj. Jamil (dua dari kiri).

Taklimat sempena lawatan Ketua Setiausaha KPKK, Datuk Kamaruddin Siaraf ke Bangunan Pusat Pendokumentasian dan Pemeliharaan Audiovisual Negara pada 18 Februari 2010. Turut

kelihatan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Dato’ Hj. Sidek Hj. Jamil dan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan)

ANM, Dr. Hjh. Samsiah Mohamad.

Ketua Pengarah Arkib Negara, Dato’ Hj. Sidek Hj. Jamil sedang menyampaikan taklimat kepada Pegawai Arkib Singapura di Arkib Negara Singapura sempena penerbitan buku Tambak Johor pada 29 Januari 2010. Turut kelihatan Ketua Pengarah Arkib Negara

Singapura, En. Pitt Kuan Wah (duduk, depan tengah) dan Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) ANM, Pn. Hjh. Daresah Hj. Ismail

(duduk kiri).

Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Auditorium Wisma Warisan, Arkib Negara Malaysia pada 5 Mac 2010.

Lawatan dari Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri ke Bangunan Pusat Pendokumentasian dan

Pemeliharaan Audiovisual Negara pada 12 Februari 2010.

Bengkel Perlaksanaan Program Arkib Pendidikan di Memorial Tun Abdul Razak pada 4 Mac 2010.

Lawatan daripada Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera ke Memorial Tunku Abdul Rahman Putra pada 3 Mac 2010.

Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Dato’ Hj. Sidek Hj. Jamil sedang menyampaikan taklimat kepada Pegawai Perpustakaan

Negara Indonesia sempena Lawatan Kerja ke Arkib Negara Malaysia, 4 hingga 8 Januari 2010.

BERITA BERGAMBAR

Page 7: PUSPAWANGSA175.28.13.2/kpkk_jan-theme/pdf/Puspawangsa_Bil.1 2010.pdforang ramai selari dengan visi jabatan ini untuk menjadikan Arkib Negara sebagai Pusat Arkib dan Penyelidikan Negara

PUSPAWANGSA 7BERITA ARKIB NEGARA MALAYSIA

Pelaksanaan Projek Urus Rekod Untuk Simpan (URUS) di Bilik Penyimpanan Rekod, Istana Negara pada 9 Februari 2010.

Ceramah Khas Pengurusan Rekod di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada 19 Februari 2010.

Lawatan Pelajar Malaysian Institute of Baking ke Pustaka Perkhidmatan Awam pada 23 Februari 2010.

Pengarah filem, En. Othman Hafsham sedang bertanyakan soalan ketika Sesi Dialog Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia Bersama

Penggiat Seni Tanahair di Auditorium Pusat Pendokumentasian dan Pemeliharaan Audiovisual Negara pada 2 Mac 2010.

Pn. Sukana Suadi sedang memberi taklimat kepada pelawat dari Universiti Riau, Indonesia di Dewan Penyelidikan

Arkib Negara Malaysia pada 16 Mac 2010.

Taklimat sempena lawatan Dato’ Ketua Pengarah dan Pegawai Kanan ANM ke New Straits Times Press pada 2

Februari 2010.

Kursus Mencegah Kebakaran oleh Jabatan Bomba kepada kakitangan Arkib Negara Malaysia, 10-11 Mac 2010.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pengurusan) ANM, Dr. Hjh. Samsiah Muhamad sedang menyampaikan buku Archives Exclusive Heritage kepada John Mc Donald, Perunding

Pengurusan Rekod khususnya Rekod Elektronik dari Kanada sempena lawatan beliau ke Arkib Negara Malaysia pada 8 Mac

2010.

Lawatan Peserta Program Latihan Khidmat Negara Beranang, Selangor di Memorial Tun Abdul Razak pada 10 Februari 2010.

BERITA BERGAMBAR

Page 8: PUSPAWANGSA175.28.13.2/kpkk_jan-theme/pdf/Puspawangsa_Bil.1 2010.pdforang ramai selari dengan visi jabatan ini untuk menjadikan Arkib Negara sebagai Pusat Arkib dan Penyelidikan Negara

PUSPAWANGSA8BERITA ARKIB NEGARA MALAYSIA

ERMS (Electronic Records Management System) merupakan Sistem Pengurusan Rekod Elektronik. Sebagaimana rekod diuruskan secara konvensional, agensi kerajaan juga perlu bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pemeliharaan rekod elektronik dari peringkat pewujudan sehingga pelupusan. Adalah menjadi tanggungjawab agensi kerajaan untuk menguruskan rekod-rekod elektronik bagi membantu menyediakan akses yang setara, membina kepercayaan masyarakat dan mengoptimumkan perkongsian maklumat supaya lebih kos efektif. Pengurusan rekod yang sistematik adalah penting dalam mencapai akauntabiliti dan tadbir urus (good governance) yang berkesan.

Bagi tujuan melaksanakan program pembangunan rekod elektronik, satu mesyuarat Kick Off Projek Pembangunan ERMS Sektor Awam yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Normah Yusuf, Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah diadakan pada 6 April 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, MAMPU.

Projek ini dibangunkan hasil daripada keputusan mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) yang diadakan pada 30 November 2009 iaitu

MAMPU membangunkan ERMS dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia (ANM). Antara skop projek ialah membangunkan ERMS yang berupaya menguruskan rekod di sepanjang kitaran hayatnya selaras dengan Akta Arkib Negara 2003. Projek ini dibangunkan berasaskan sumber terbuka (open source). Tempoh masa bagi pembangunan aplikasi ERMS ini adalah selama 36 bulan iaitu dijangka siap pada 2012.

Peringkat pertama yang melibatkan modul Create and Capture telah bermula pada 15 Mac 2010. Pembangunan projek pada peringkat pertama ini tertumpu kepada kajian sistem secara menyeluruh. Projek ini juga secara tidak langsung dapat memberi faedah kepada Kerajaan antaranya dapat membangunkan kepakaran di kalangan penjawat awam serta menjimatkan kos.

Kerjasama dan komitmen dari ANM dan MAMPU adalah amat penting bagi memastikan kejayaan pelaksanaan projek pembangunan ERMS ini. Adalah diharapkan hasil daripada projek ini akan membolehkan pengurusan dan pemeliharaan rekod elektronik dihayati dan diamalkan sepenuhnya di dalam pengurusan dan pentadbiran kerajaan yang menjadi asas dan pemangkin kepada ketelusan dan kecekapan jentera kerajaan.

PROJEK PEMBANGUNAN ERMS SEKTOR AWAM

Seksyen Pameran dan Arkib Pendidikan telah mengadakan Bengkel Pelaksanaan Program Arkib

Pendidikan di Memorial Tun Abdul Razak (MTAR), Kuala Lumpur pada 4 Mac 2010. Bengkel sehari ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato’Haji Sidek Haji Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan sumbang saran fikiran antara pegawai Arkib Negara dan pegawai dari Kementerian Pelajaran agar program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan memberi kesan ’menang menang’ kepada kedua-dua pihak. Seramai 28 orang peserta yang mewakili jabatan/agensi masing-masing telah mengikuti bengkel ini.

Pelaksanaan Bengkel ini merupakan usaha Arkib Negara untuk memastikan setiap peringkat umur meliputi pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi perguruan di Malaysia mendapat pendedahan mengenai fungsi dan peranan Arkib Negara dengan lebih jelas melalui setiap program yang akan dilaksanakan.

Melalui bengkel tersebut, beberapa program telah dipersetujui untuk dilaksanakan seperti Pameran Arkib Warisan Negara, Pameran Sejarah Sekolah, Ceramah Arkib Pendidikan, Bengkel Asas Pengawetan dan Penjilidan, Kelab Arkib dan Arkivis Muda, Bengkel Sejarah Lisan, Pengedaran bahan arkib sebagai sumber

pembelajaran dan pengajaran, Lawatan Berpandu ke Arkib, Memorial, Pustaka, dan Projek Kem 1Malaysia.

Di samping itu, peserta Bengkel juga telah bersetuju mengenai perkara-perkara lain yang perlu diberi perhatian seperti melibatkan sekolah secara menyeluruh meliputi sekolah rendah dan menengah serta mengambilkira peraturan atau pekeliling yang digunapakai oleh Kementerian Pelajaran dari semasa ke semasa.

Arkib Negara juga akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk untuk mengadakan majlis perasmian Program Arkib Pendidikan yang dicadangkan sehari sebelum Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada 15 Mei 2010.

BENGKEL PROGRAM ARKIB PENDIDIKAN

Page 9: PUSPAWANGSA175.28.13.2/kpkk_jan-theme/pdf/Puspawangsa_Bil.1 2010.pdforang ramai selari dengan visi jabatan ini untuk menjadikan Arkib Negara sebagai Pusat Arkib dan Penyelidikan Negara

PUSPAWANGSA 9BERITA ARKIB NEGARA MALAYSIA

BENGKEL ‘ASEAN EMERGENCY RESPONSE AND RECOVERY TEAM FOR RECORDS’

Arkib Negara Malaysia akan menganjurkan sebuah bengkel di peringkat ASEAN pada 25 - 30 April 2010. Bengkel yang bertajuk ‘ASEAN Emergency

Response and Recovery Team for Records’ ini merupakan inisiatif yang diambil oleh Arkib Negara Malaysia bagi menubuhkan sebuah pasukan tindakan dan penyelamatan bencana yang khusus untuk menyelamatkan rekod di rantau Asia Tenggara. Pasukan ini akan bertanggungjawab untuk memberikan bantuan menyelamat ke atas rekod-rekod yang rosak akibat bencana alam yang sering berlaku di rantau ini.

Dua orang pakar dari luar negara akan dijemput untuk menjadi tenaga pengajar kepada peserta bengkel. Pakar yang dimaksudkan ialah Ms. Kay Soderlund dan Ms. Tegan Anthes yang banyak terlibat dengan kerja-kerja pengurusan risiko dan bencana di Australia. Mereka akan memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada peserta bengkel melalui taklimat, kajian kes, demonstrasi dan kerja berkumpulan yang akan dilakukan sepanjang bengkel berlangsung.

Dari segi penyertaan, seramai 40 orang peserta telah dijemput untuk menghadiri bengkel ini. Mereka terdiri daripada Pengurus Rekod dan Konservator yang mewakili negara-negara anggota ASEAN dan tiga negara rakan dialog iaitu China, Korea Selatan dan Jepun (ASEAN + 3). Daripada jumlah tersebut, seramai 18 peserta adalah daripada Malaysia yang meliputi pelbagai jabatan yang bertanggungjawab mengendalikan perkara-perkara berkaitan rekod dan bencana. Antaranya ialah Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Negara, MAMPU dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Bengkel yang akan berlangsung selama lima hari di Bilik Latihan, Pusat Pendokumentasian dan Pemeliharaan Audiovisual Negara, Arkib Negara Malaysia ini dijangka dapat memberikan faedah yang besar kepada ASEAN dan juga Malaysia. Bengkel ini bakal menghasilkan Standard Operasi Piawai bagi Pasukan Tindakan dan Pemulihan Bencana, Direktori Pasukan Tindakan dan Pemulihan Bencana ASEAN dan Template untuk Pelan Tindakan dan Pemulihan Bencana yang boleh dijadikan panduan oleh setiap negara anggota ASEAN + 3 dalam membangunkan pelan tindakan bencana masing-masing.

JEJAK-JEJAK PEMBANGUNAN 1957 - 2007

I N F O B U K U

Buku ini mengandungi 12 bahagian utama. Setiap bahagian memaparkan rancangan pembangunan negara yang dilaksanakan menerusi program jangka panjang lima tahun bermula daripada Draf Rancangan Pembangunan 1950-1955, Rancangan Malaya Pertama 1956-1960, Rancangan Malaya Kedua 1971-1975, Rancangan Malaysia Ketiga hingga Rancangan Malaysia Kesembilan.

Buku ini seharusnya dimiliki oleh setiap individu yang ingin mengetahui bagaimana pembangunan Malaysia dirancang dan dilaksanakan. Keterangan lanjut untuk memiliki buku ini sila layari www.arkib.gov.my

Tahun Diterbitkan: 2007Harga: RM 200.00ISBN: 978 – 967 – 61 – 2100 - 2Terbitan: Arkib Negara Malaysia

Page 10: PUSPAWANGSA175.28.13.2/kpkk_jan-theme/pdf/Puspawangsa_Bil.1 2010.pdforang ramai selari dengan visi jabatan ini untuk menjadikan Arkib Negara sebagai Pusat Arkib dan Penyelidikan Negara

PUSPAWANGSA10BERITA ARKIB NEGARA MALAYSIA

Sebuah buku mengenai Tambak Johor akan diterbitkan secara kerjasama antara Arkib Negara

Malaysia dengan Arkib Negara Singapura. Cadangan penerbitan buku ini telah diutarakan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim ketika beliau menjadi Menteri Luar Negeri bersama rakan sejawatnya Encik George Yeo, Menteri Luar Singapura pada November 2008. Berikutan pertukaran Kabinet Malaysia pada April 2009, satu perbincangan telah diadakan pada 22 Disember 2009 antara Arkib Negara Malaysia dengan Arkib Negara Singapura bagi menyambung semula projek penerbitan buku ini.

Objektif penerbitan Buku Tambak Johor ini adalah bagi merakamkan perkembangan sosial, ekonomi dan perdagangan serta kepentingan Tambak Johor kepada kedua-dua negara. Selain itu, penerbitan buku ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara Malaysia dengan Singapura yang telah lama terjalin. Buku Tambak Johor ini akan diterbitkan dalam bentuk mewah (coffee table) yang akan mengenengahkan bahan-bahan dalam bentuk gambar berkaitan Tambak Johor. Skop penulisan buku ini adalah merangkumi tahun-tahun antara 1989 sehingga 2009. Bagi fasa pertama, buku ini akan diterbitkan dalam bahasa Inggeris.

Bagi menjayakan projek terbitan bersama ini, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan Menteri Penerangan Singapura akan membuat

kenyataan bersama bagi menyeru dan menarik perhatian masyarakat Malaysia mahupun masyarakat Singapura agar dapat menyumbangkan bahan-bahan terutama dalam bentuk gambar berkaitan Tambak Johor yang ada dalam koleksi mereka kepada Arkib Negara masing-masing. Dengan adanya sumbangan bahan-bahan tersebut ia sekaligus dapat memperkayakan lagi koleksi berkaitan Tambak Johor untuk disimpan di Arkib Negara Malaysia dan Arkib Negara Singapura.

Buku Tambak Johor ini dijangka akan siap dicetak pada akhir Jun 2010 dan akan dilancarkan secara bersama oleh YB Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan Menteri Penerangan Singapura.

Jabatan Arkib Negara bertanggungjawab menyediakan kemudahan perkhidmatan penyelidikan kepada orang ramai umumnya dan penyelidik khususnya. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi menyebarkan

maklumat yang terdapat di dalam simpanan Arkib Negara, antaranya dengan menyediakan Senarai Kumpulan Arkib/Rekod yang telah mencapai taraf arkib iaitu berusia 25 tahun. Senarai ini mengandungi maklumat mengenai bahan yang baru dibuka untuk rujukan para penyelidik..

Bermula pada tahun 2010, Senarai Kumpulan Arkib/Rekod yang telah mencapai taraf arkib ini akan dikeluarkan mengikut suku tahun iaitu pada setiap awal bulan Januari, April, Julai dan Oktober. Bagi suku pertama 2010, sebanyak 142 kumpulan arkib/rekod yang mengandungi 534 buah fail telah mencapai taraf arkib dan sedia untuk dirujuk.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan fail-fail yang telah boleh dirujuk, sila layari portal arkib di www.arkib.gov.my atau datang terus ke Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur bagi fail yang terdapat di Ibu Pejabat dan ke Arkib Negara Cawangan Negeri yang berkenaan.

SENARAI KUMPULAN ARKIB/REKOD YANG BOLEH DIRUJUK BAGI SUKU PERTAMA 2010 DI IBU PEJABAT DAN CAWANGAN NEGERI,

ARKIB NEGARA MALAYSIA

Mesyuarat berkaitan penerbitan buku Tambak Johor yang diadakan di Arkib Negara Singapura. Kelihatan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Dato’ Haji Sidek Haji Jamil (kanan), Ketua Pengarah Arkib Negara Singapura, En. Pitt Kuan Wah (kiri) dan pegawai-pegawai Arkib Negara Malaysia dan Arkib Negara Singapura

PENERBITAN BUKU TAMBAK JOHOR

Page 11: PUSPAWANGSA175.28.13.2/kpkk_jan-theme/pdf/Puspawangsa_Bil.1 2010.pdforang ramai selari dengan visi jabatan ini untuk menjadikan Arkib Negara sebagai Pusat Arkib dan Penyelidikan Negara

PUSPAWANGSA 11BERITA ARKIB NEGARA MALAYSIA

Dari Puncak Bukit...Bukit Jalan DutaTerpancar sinar silau bercahayaBak mutiaraMenelusuri lapis masaMelayari zamanMemacu kehadapanMenongkah arus perdana... Oh! Arkib Negara MalaysiaNamamu gah di persadaDidadamu ada khazanah...Tinggi nilai ertinya...Nilai sejarah, nilai warisan, nilai budayaAgama, bangsa dan negara Teliti, Pasti dan Jangka...Mentera Dato’ KetuaMenyuntik bisanyaMemacu citaKe puncak jaya... Bukan fatamorgana lagiMengecapi indahnya namamudan,Bukan juga mimpiMenggapai segala citamuSipadan-Ligitan bukti nyataDiperjuang hingga jaya... Lima dasawarsaSudah pergi...Jubli Emas sudah kau lewatiGemilang namamuGemilang Malaysia... Nukilan :Utoh Dakullah HussinCawangan Sabah.

I N F OSIHAT

K e s i h a t a n

Adenoid – Terletak di saluran

yang menghubungi lubang hidung dengan

kerongkong. Ia serupa dengan tonsil yang

terletak di sebelah menyebelah kerongkong. Ia

terdiri daripada tisu-tisu lumpa yang berguna

kepada badan kita untuk melawan penyerangan

sebarang penyakit. Kadang-kadang adenoid

ini menjadi radang serta bengkak sehingga

menyebabkan lubang pernafasan dari hidung

ke paru-paru tersumbat. Ini menyebabkan kita

terpaksa menggunakan mulut untuk bernafas.

Untuk membolehkan ia bernafas secara normal,

satu pembedahan perlu dilakukan.gambarajah menunjukkan kedudukan sebenar adenoid

(Dipetik daripada Ensaikelopedia Sains, Perubatan, Kesihatan, Makanan dan Manusia) 1968

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”.

- Riwayat Muslim

Huraian

1. Islam menuntut umatnya beramal dengan sifat tawadduk dan

hormat menghormati sesama Islam dengan demikian akan

lahirlah sebuah masyarakat Islam yang harmoni.

2. Kedudukan orang Islam disisi Allah adalah sama sahaja

tarafnya. Oleh sebab itu Islam melarang umatnya melakukan

kezaliman dan hendaklah menjauhkan sifat-sifat keji seperti

membesar diri, bermegah dan sebagainya.

3. Islam melarang umatnya bersifat bangga diri, kerana

mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi, tetapi

hendaklah bersifat hormat menghormati antara satu sama

lain dan jangan merendahkan orang lain, kerana semulia

mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JANGAN MEMBANGGA DIRI

DARI BUKIT JALAN DUTA

Page 12: PUSPAWANGSA175.28.13.2/kpkk_jan-theme/pdf/Puspawangsa_Bil.1 2010.pdforang ramai selari dengan visi jabatan ini untuk menjadikan Arkib Negara sebagai Pusat Arkib dan Penyelidikan Negara

PUSPAWANGSA12BERITA ARKIB NEGARA MALAYSIA

Kad rokok adalah salah satu koleksi bahan bersejarah yang terdapat di Arkib Negara Malaysia yang diselitkan pada kotak rokok jenama Careras yang dijual di pasaran Tanah Melayu sekitar tahun 1900 oleh Syarikat Arcadia Works. Syarikat ini mula beroperasi pada tahun 1788 di London, England. Apa yang menarik mengenai Kad Rokok ini adalah ia mempamerkan gambar-gambar bangunan serta sejarah negara, industri pertanian dan perlombongan pada zaman pentadbiran ketika era pentadbiran Negeri-Negeri Selat (Straits Settlements).

Arkib Negara telah berjaya memperoleh 51 keping kad rokok yang setiap sekeping bernilai RM100 yang diperolehi daripada seorang pengumpul bahan bersejarah di Pulau Pinang. Kad Rokok ini amat penting kepada sejarah negara kerana ia menonjolkan keunikan bahan dan tidak terdapat lagi dalam kotak rokok pada masa ini. Selain itu, ia juga mengandungi maklumat mengenai bangunan yang kini telah berubah atau telah tiada. Arkib Negara telah menyenaraikan Kad Rokok ini dalam 3 kategori iaitu bangunan bersejarah (24 keping), aktiviti pertanian (23 keping) dan aktiviti perlombongan (4 keping). Rujukan bahan ini boleh dibuat di Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia atau melayari laman sesawang Arkib Negara di www.arkib.gov.my. Berikut adalah antara contoh-contoh Kad Rokok yang terdapat dalam simpanan Arkib Negara.

The Dutch Stadthaus, Malacca, Straits Settlemetns

Pen ‘Parker 61’ ini merupakan salah satu bahan dalam koleksi YTM Tunku Andul Rahman yang dipamerkan di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur. Pen ini digunakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra semasa menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

Kad Rokok

Pen Merdeka

KOLEKSI TERPILIH