majlis perpisahan dan serah tugas ketua pengarah arkib negara

16
Lawatan TYT YDP Negeri Pulau Pinang ke Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Majlis Penyerahan Bangunan Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang Anugerah Kewangan Terbaik ISSN 2180-3323 Berita Arkib Negara Malaysia Oktober-Disember BIL. 4/2010. www.arkib.gov.my A rkib Negara Malaysia telah mengadakan Majlis Perpisahan sempena persaraan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, YBhg Dato’ Haji Sidek bin Haji Jamil pada 5 Oktober 2010 jam 3.00 petang di Auditorium Pusat Pendokumentasian Pandang Dengar (PPPAV). Majlis yang dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Arkib Negara Malaysia termasuk dari Cawangan-cawangan Negeri yang mengikuti Majlis itu secara langsung melalui ‘video-streaming’ turut ditayangkan video khas yang memaparkan penglibatan YBhg Dato’ sepanjang 36 tahun 5 bulan 22 hari perkhidmatannya di Arkib Negara. Pada majlis tersebut juga turut diadakan acara Serah Tugas kepada Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia yang baru, YBrs. Dr. Hajah Samsiah Muhammad. Dalam ucapannya pada majlis tersebut, YBhg Dato’ Haji Sidek bin Haji Jamil mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perpisahan dan Serah Tugas Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia Mohd Syazwan Md Raus YBhg. Dato’ Haji Sidek Haji Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia menyampaikan Nota Serah Tugas kepada YBrs. Dr. Hajah Samsiah Muhamad, Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Pengurusan di Majlis Perpisahan dan Serah Tugas Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia. YBhg. Dato’ Haji Sidek Haji Jamil mengetip kad perakam waktu di hari terakhir perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia. Wawancara Bersama Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia Menarik di dalam semua warga Arkib yang selama ini sentiasa menyokong beliau dalam memajukan jabatan. YBhg Dato’ juga berharap sokongan padu yang diberikan selama ini akan berterusan kepada Ketua Pengarah yang baru dalam memastikan kecemerlangan jabatan dimasa hadapan.

Upload: trandiep

Post on 30-Dec-2016

403 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Majlis Perpisahan dan Serah Tugas Ketua Pengarah Arkib Negara

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

1

Lawatan TYT YDP NegeriPulau Pinang ke Memorial

Tunku Abdul Rahman Putra

Majlis Penyerahan Bangunan Arkib Negara Malaysia

Cawangan Pahang

Anugerah Kewangan Terbaik

ISSN 2180-3323 Berita Arkib Negara Malaysia Oktober-Disember BIL. 4/2010. www.arkib.gov.my

Arkib Negara Malaysia telah mengadakan Majlis Perpisahan sempena persaraan

Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, YBhg Dato’ Haji Sidek bin Haji Jamil pada 5 Oktober 2010 jam 3.00 petang di Auditorium Pusat Pendokumentasian Pandang Dengar (PPPAV). Majlis yang dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Arkib Negara Malaysia termasuk dari Cawangan-cawangan Negeri yang mengikuti Majlis itu secara langsung melalui ‘video-streaming’ turut ditayangkan video khas yang memaparkan penglibatan YBhg Dato’ sepanjang 36 tahun 5 bulan 22 hari perkhidmatannya di Arkib Negara.

Pada majlis tersebut juga turut diadakan acara Serah Tugas kepada Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia yang baru, YBrs. Dr. Hajah Samsiah Muhammad. Dalam ucapannya pada majlis tersebut, YBhg Dato’ Haji Sidek bin Haji Jamil mengucapkan terima kasih kepada

Majlis Perpisahan dan Serah Tugas Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia Mohd Syazwan Md Raus

YBhg. Dato’ Haji Sidek Haji Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia menyampaikan Nota Serah Tugas kepada YBrs. Dr. Hajah Samsiah Muhamad, Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Pengurusan di Majlis Perpisahan dan Serah Tugas Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.

YBhg. Dato’ Haji Sidek Haji Jamil mengetip kad perakam waktu di hari terakhir perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.

Wawancara Bersama Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia

Menarik di dalam

semua warga Arkib yang selama ini sentiasa menyokong beliau dalam memajukan jabatan. YBhg Dato’ juga berharap sokongan padu yang diberikan selama ini akan berterusan kepada Ketua Pengarah yang baru dalam memastikan kecemerlangan jabatan dimasa hadapan.

Page 2: Majlis Perpisahan dan Serah Tugas Ketua Pengarah Arkib Negara

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

2

Perutusan Ketua Pengarah

Alhamdulillah saya mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya Arkib Negara Malaysia dapat menerbitkan Buletin

Puspawangsa Bilangan ke-4 bagi tahun 2010 dan saya berpeluang untuk memberikan sepatah dua kata dalam ruang perutusan ini.

Kita sudah hampir untuk meninggalkan tahun 2010 dan akan melangkah masuk ke tahun baru dengan harapan dan iltizam untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti perkhidmatan jabatan ini yang seharusnya

terus membara di hati sanubari warga Arkib sekalian. Pencapaian baik jabatan ini di dalam negara dan di persada antarabangsa di sepanjang tahun 2010 merupakan manifestasi komitmen seluruh warga arkib yang terus cemerlang. Antara pencapaian yang memberangsangkan adalah seperti penerimaan Anugerah 5 Bintang Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA) 2010, Anugerah Pengurusan Kewangan terbaik di kalangan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan antara 10 jabatan terbaik untuk pencapaian HRMIS di kalangan jabatan dan agensi di bawah KPKK, penganjuran Mesyuarat dan Seminar SARBICA. Beberapa orang pegawai kanan jabatan juga telah dijemput sebagai pakar rujuk dalam bidang pengurusan pemeliharaan dan pengurusan rekod elektronik di luar negara. Pelbagai penerbitan telah dihasilkan selain berjaya memperolehi sijil pengiktirafan MS ISO 9001:2008.

Adalah menjadi harapan saya agar jabatan ini terus meningkatkan imej jabatan ini selari dengan hasrat dan aspirasi Kerajaan. Dalam konteks ini, Arkib Negara Malaysia perlu berhadapan dengan cabaran dan fokus baru seperti Projek My Creative Content, matapelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus SPM dan projek ERMS khususnya agar ianya dapat kita laksanakan bersama secara inovatif dan kreatif.

Akhir kata, tahun yang berubah perlu juga memperlihatkan perubahan yang positif pada diri kita sendiri dan terus dipertingkatkan tahun demi tahun. Kita juga harus sentiasa bersyukur dan ikhlas dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan demi kesejahteraan dan kemakmuran agama, bangsa dan negara.

Sekian, Wassalam, Selamat Tahun Baru dan Selamat Berjaya.

DR. HAJAH SAMSIAH MUHAMAD

Sidang RedaksiPenasihatPuan Hajah Daresah Hj. Ismail

Ketua PengarangPuan Nor Zahriah Md. Razally

Pihak Sidang Redaksi mengalu-alukan sebarang bentuk artikel/cadangan/komen dari seluruh warga Arkib. Sila e-mel kepada [email protected]

PUSPAWANGSAPuspawangsa ialah dua perkataan Melayu yang berasal dari bahasa Sanskrit yang sangat popular digunakan dalam kesusasteraan Melayu lama. Puspa

membawa dua erti berlainan iaitu bunga dan mahkota. Perkataan wangsa pula bermaksud bangsa, kaum, masyarakat atau keluarga.

Perkataan Puspawangsa kepada Jabatan Arkib Negara Malaysia merupakan istilah keramat dan ikon kepada fungsi jabatan. Bersesuaian dengan maksud perkataan puspawangsa dan falsafahnya, ianya boleh dirujuk sebagai bunga mahupun mahkota kepada bangsa. Perkataan puspawangsa juga digunakan

sebagai tajuk lagu rasmi jabatan ini.

PengarangPuan Roseline Mapong SabaiPuan Nor Kamisah YusofEncik Nurul Azizi ShafiePuan Suzana Md. IsaEncik Mohd Ariffin SantolCik Shahida Mohamad SallehEncik Mohd Syazwan Md Raus

Puan Francis Muna EmpariCik Norazrina Mohd Zin

Rekabentuk dan Susun AturPuan Siti Kamaliah Madil

JurufotoEncik Hasnan Boslan

WAKTU LAWATAN

ARKIB NEGARA MALAYSIA, JALAN DUTA, 50568 KUALA LUMPURTel : 03-6209 0600 Faks : 03-6201 5679

Waktu Rujukan di Dewan PenyelidikanHari MasaIsnin dan Jumaat 9.00 pagi - 5.00 petangSelasa hingga Khamis 9.00 pagi - 6.00 petangSabtu, Ahad & Cuti Umum Tutup

MEMORIAL, GALERIA DAN PUSTAKA

MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA JALAN DATO’ ONN 50480 KUALA LUMPUR Tel :03-26937740 Faks : 03-26937335

MEMORIAL TUN ABDUL RAZAK SRI TAMAN, JALAN PERDANA, 50480 KUALA LUMPUR. Tel : 03-26937740 Faks : 03-26937335

MEMORIAL TUN HUSSEIN ONN JLN DATO’ ONN, 50480 KUALA LUMPUR Tel : 03-20315540 Faks : 03-20708364

GALERIA SRI PERDANA JLN TERENGGANU, OFF JALAN DAMANSARA 50490 KUALA LUMPUR Tel : 03-20720033 Faks : 03-20722664

RUMAH MERDEKA JALAN PUTRA 05100 ALOR SETAR, KEDAHTel : 04-7204205 Faks : 04-7340235

RUMAH KELAHIRAN P. RAMLEE LOT 2180, JLN P. RAMLEE 10460 PULAU PINANG Tel : 04-2817484 Faks : 04-2637210

PUSTAKA PERINGATAN P. RAMLEE No. 22, JLN DEDAP, TMN P.RAMLEE, SETAPAK 53100 KUALA LUMPURTel : 03-40231131 Faks : 03-40248632

PUSTAKA PERKHIDMATAN AWAM JALAN CENDERAWASIH, 50480 KUALA LUMPUR. Tel : 03-26945284 Faks : 03-26945280

Hari MasaSelasa hingga Khamis 10.00 pagi - 5.30 petangJumaat 10.00 pagi - 12.00 tgh 3.00 petang - 5.30 petangSabtu & Ahad 10.00 pagi - 5.30 petangIsnin (kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah) Tutup

RUMAH KELAHIRAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD NO. 18, LORONG KILANG AIS, TEPI JALAN PEGAWAI, SEBERANG PERAK, 05000 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMANTel: 04-7722319 Faks : 04-7340235

Hari MasaSelasa hingga Khamis 10.00 pagi - 5.30 petangJumaat 10.00 pagi - 12.00 tgh 3.00 petang - 5.30 petangSabtu & Ahad 10.00 pagi - 5.00 petangIsnin (kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah) Tutup

MEMORIAL TUN GHAFAR BABA LOT 163, PERSIARAN TUN ABDUL GHAFAR BABA PERINGGIT 75450 MELAKA Tel : 06-2844593 Faks : 06-2829730

MEMORIAL PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN JLN PARAMESWARA, 75000 BANDAR HILIR, MELAKA Tel : 06-2841231 Faks : 06-2829730

Hari MasaSelasa hingga Khamis 9.00 pagi - 6.00 petangJumaat 9.00 pagi - 12.00 tgh 3.00 petang - 6.00 petangSabtu & Ahad 9.00 pagi - 6.00 petangIsnin (kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah) Tutup

Masuk adalah percuma

Page 3: Majlis Perpisahan dan Serah Tugas Ketua Pengarah Arkib Negara

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

3

WORKSHOP ON PRESERVATION OF AUDIOVISUAL ARCHIVES MATERIAL Nor Kamisah Yusoff

Arkib Negara Malaysia (ANM) telah menganjurkan bengkel mengenai pengurusan bahan audiovisual, iaitu Workshop on

Preservation of Audiovisual Archives Material pada 22 November 2010 hingga 10 Disember 2010 di Pusat Pendokumentasian Dan Pemeliharaan Audiovisual Negara (PPPAV), Arkib Negara Malaysia.

Bengkel ini diadakan bagi memenuhi keperluan modal insan ANM yang memerlukan pegawai dan kakitangan yang berkemahiran dan berkebolehan dalam mengendalikan bahan audiovisual, memberi pengetahuan dan kemahiran dalam membangunkan cara-cara

pemeliharaan dan pemuliharaan koleksi audiovisual dan mengenal pasti keperluan pemeliharan bahan tersebut. Program ini adalah di bawah pembiayaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Brain Gain Malaysia, iaitu di bawah Projek Transfer Of Knowledge Through Malaysian/ International Expatriates (TOKTME).

Bengkel yang dikendalikan oleh Mick Newnham, pakar pemeliharaan dan pemuliharaan audiovisual dari National Film and Sound Archives, Australia ini telah disertai oleh 29 orang peserta iaitu 24 orang dari ANM manakala masing-masing seorang dari

Agensi Angkasa Negara, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Perpustakaan Negara Malaysia serta dua orang dari Filem Negara Malaysia.

Bengkel ini turut dikendalikan di Filem Negara Malaysia pada 2 Disember 2010 bagi mendapatkan latihan praktikal dalam pemeliharaan dan pemuliharaan bahan audiovisual dalam bentuk filem serta bagi mempelajari pengurusan bahan audiovisual yang diterbitkan atau dihasilkan oleh stesen penyiaran. Lawatan ke Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) turut diadakan pada 30 November 2010.

Encik Mick Newnham sedang menunjukkan cara-cara pengurusan bahan audiovisual kepada peserta Bengkel ‘Preservation of Audiovisual Archives Material’.

Encik Mick Newnham sedang melihat para peserta mengendalikan bahan audiovisual semasa Bengkel ‘Preservation of Audiovisual Archives Material’.

Majlis Penyerahan Bangunan Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang Mohd Syazwan Raus

Majlis Penyerahan bangunan Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang

oleh Jabatan Kerjaraya Daerah Kuantan (mewakili Cawangan Kerja Bangunan Am, Ibu Pejabat Jabatan Kerjaraya Malaysia) telah diadakan pada 26 Oktober 2010 di Auditorium Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang.

Penyerahan bangunan yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang dan siap dibina pada 19 Oktober 2010 itu telah dilaksanakan oleh Jurutera Daerah Kuantan, Ir. Mansor Ibrahim kepada Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, YBrs. Dr. Hajjah Samsiah Muhamad melalui YBhg. Dato’ Dr. Rothiah Omar, Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan)Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Turut serta dalam majlis tersebut ialah Pengarah Cawangan Negeri Pahang, Encik Ahmad Sukri bin Abdul Kadir.

Bangunan Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang

YBhg. Dato’ Dr. Rothiah Omar , TKSU (Penerangan) KPKK, menyerahkan replika kunci bangunan Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang kepada YBrs. Dr. Hajah Samsiah Muhamad, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia di Majlis Penyerahan Bangunan Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang.

YBhg. Dato’ Dr. Rothiah Omar dalam ucapannya pada majlis tersebut mengingatkan Arkib Negara Malaysia supaya berkerja dengan lebih efisien dalam usaha memelihara rekod-rekod penting negara di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan. Majlis tersebut diakhiri

dengan lawatan di sekitar bangunan oleh YBhg. Dato’ Dr. Rothiah Omar diiringi oleh YBrs. Dr. Hajjah Samsiah Muhamad dan penerangan ringkas oleh Jabatan Kerjaraya Daerah Kuantan.

Page 4: Majlis Perpisahan dan Serah Tugas Ketua Pengarah Arkib Negara

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

4

Sepanjang bulan Oktober - Disember 2010, sebanyak tujuh pameran telah dilaksanakan

oleh Arkib Negara Malaysia melalui Seksyen Pameran dan Arkib Pendidikan (SPAP). Semua pameran ini diadakan adalah bertujuan untuk memasyarakatkan arkib dan menarik minat orang ramai supaya mendekati dan lebih mengenali Arkib Negara Malaysia. Pameran ‘Menyahut Lambaian Kaaba: Laluan Jemaah Malaysia’ sempena Program Karnival Sua Rasa TV9 telah diadakan di tiga tempat iaitu di Kuala Terengganu, pada 8 – 9 Oktober 2010, di Pulau Pinang, 6 – 7 November 2010 dan di Pameran MAHA, MARDI Serdang, 27 – 28 November 2010. Sempena pameran tersebut, pelbagai aktiviti sampingan menarik telah diadakan seperti kuiz, pendaftaran penyelidik melalui COMPASS, jualan buku terbitan Arkib Negara dan sebagainya.

Selain itu, ‘Pameran 1Malaysia’ sempena Karnival Ilmu dan Maklumat 1Malaysia juga telah diadakan di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada 8 – 9 Oktober 2010, bertujuan untuk meningkatkan pemahaman

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas

telah berkenan untuk membuat lawatan ke Memorial Tunku Abdul Rahman Putra pada 5 Oktober 2010 yang lalu. Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, YBhg Dato’ Haji Sidek bin Haji Jamil telah mengiringi lawatan TYT bersama dengan Timbalan Ketua Pengarah, Dr. Hajah Samsiah Muhamad, Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Cawangan Negeri, Pengurus-pengurus serta pegawai dan kakitangan Memorial.

Lawatan yang bermula pada pukul 10.00 pagi dimulakan dengan kunjungan ke Pameran Tunku dan Kemerdekaan yang terletak di aras bawah Memorial Tunku Abdul Rahman Putra untuk

Aktiviti PameranMohd Ariffin Santol

LAWATAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERIPULAU PINANG KE MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA Francis Muna Empari

melihat dengan lebih mendalam setiap jejak langkah Almarhum Tunku dalam usaha beliau menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, lawatan ke Pameran Biografi Tunku yang memaparkan tentang riwayat hidup dan keluarga Tunku Abdul Rahman Putra, lawatan ke Pameran Konsep dan Falsafah Tunku dan seterusnya ke Pameran Pejabat Lama Tunku dan bangunan Residensi. TYT Tun turut diberikan taklimat ringkas oleh Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, YBhg Dato’ Haji Sidek bin Haji Jamil.

Lawatan yang berakhir pada jam 12.30 tengahari ini merupakan lawatan peribadi TYT Tun memandangkan Almarhum Tunku adalah seorang tokoh negarawan yang amat dikenalinya. Semasa lawatan ini TYT Tun juga menyarankan supaya Arkib Negara meneruskan lagi usaha untuk meneroka dan mendapatkan maklumat bersejarah mengenai Almarhum Tunku, terutama yang berkaitan dengan kemerdekaan Negara.

Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang sedang menurunkan tandatangan pada Buku Pelawat sambil disaksikan oleh YBhg. Dato’ Haji Sidek Haji Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia dan YBrs. Dr. Hajah Samsiah Muhamad, Timbalan Ketua Pengarah.

Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang sedang diberi penerangan mengenai pameran oleh YBhg. Dato’ Haji Sidek Haji Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.

masyarakat mengenai konsep 1Malaysia dan mempromosi budaya membaca sebagai teras kemajuan Negara.

Pada 8 Disember 2010 pula, penduduk Jempol telah diberi pendedahan terhadap kepesatan teknologi di Arkib Negara dengan berpeluang mendaftar sebagai penyelidik secara atas talian (on-line) sempena Pameran COMPASS dan Kempen Daftar Penyelidik (Sempena Program Digital Jempol, Negeri Sembilan). Projek Digital Jempol 1Malaysia merupakan daerah digital yang ketiga, selepas Pekan dan Pagoh. Sempena Karnival Jom Heboh TV3

pula, pameran ‘Tokoh Ilmuan Islam’ telah diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 11 – 12 Disember 2010.

Arkib Negara Malaysia juga terlibat dalam pameran Titian Budaya Malaysia/Brunei sempena lawatan balas Brunei ke Malaysia pada 15 - 17 Oktober 2010 di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur. Pameran hubungan dua hala Malaysia-Brunei dan Salasilah Keturunan Raja Brunei telah dilawati oleh Menteri Belia dan Sukan Brunei, delegasi Brunei diiringi oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Para pengunjung di Pameran ‘Menyahut Lambaian Kaaba : Laluan Jemaah Malaysia’ sempena Program Karnival Sua Rasa TV9, Pulau Pinang sedang diberi penerangan oleh salah seorang petugas, Encik Mohd Shaiful Izham B. Muhd Faudzi sambil diperhatikan oleh Puan Hajah Saemah Mokhtar, Ketua Seksyen Pameran dan Arkib Pendidikan.

Page 5: Majlis Perpisahan dan Serah Tugas Ketua Pengarah Arkib Negara

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

5

Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2010, Jabatan Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan

Pustaka (DBP) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 19 Oktober 2010 jam 8.45 pagi telah mengadakan Majlis Bicara Bahasa di Auditorium Pusat Pendokumentasian dan Pemeliharaan Audio Visual Negara, Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Majlis ini bertujuan untuk meneliti dan berkongsi maklumat mengenai langkah-langkah penting yang diambil oleh pihak kerajaan dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di samping untuk meningkatkan perasaan

Persembahan Kumpulan I-Kreatif (KIK) di peringkat saringan telah berlangsung selama dua hari bermula pada 28 hingga

29 Oktober 2010 di Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman Putra.

Dalam pertandingan ini Arkib Negara Malaysia telah gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya, namun begitu, pencapaian hasil projek kumpulan ini telah mengukuhkan piagam pelanggan jabatan,

MAJLIS BICARA BAHASA Hasfiza Abdullah

PERSEMBAHAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) Suzana Md Isa

Pengerusi dan tokoh pembicara di Majlis Bicara Bahasa. Dari kiri, YBhg. Dato’ Dr. Haji Hassan Ahmad, YBhg. Profesor Datuk Dr. Abdul Latif Abdul Bakar (Pengerusi) dan YBhg. Dato’ Haji A.Aziz Deraman.

Kumpulan I-KREATIF, Arkib Negara Malaysia sedang mengemukakan hujah mengenai ‘Kelewatan Penilaian Rekod’ ketika peringkat saringan sempena Sambutan Hari Inovasi Peringkat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

kebersamaan dan bersatu-padu di kalangan masyarakat 1Malaysia berasaskan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, YBrs. Dr. Hajah Samsiah Muhamad. Dua orang tokoh pembicara iaitu YBhg. Dato’ Dr. Haji Hassan Ahmad dan YBhg. Dato’ Haji A.Aziz Deraman merupakan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan dipengerusikan oleh YBhg. Profesor Datuk Dr. Abdul Latif Abdul Bakar, Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya. Majlis yang dihadiri seramai 220 orang peserta ini turut diserikan dengan persembahan kebudayaan oleh Tokoh Budaya, YBhg. Dato’ Aripin Said yang mendendangkan lagu-lagu rakyat.

penjimatan masa dalam proses penilaian rekod, meningkatkan output/hasil kerja Pegawai Penilai, mengurangkan backlog penilaian rekod dan yang paling penting meningkatkan tahap kepuasan hati pelanggan dalam keberkesanan penyampaian perkhidmatan Arkib Negara Malaysia.

Kumpulan I-Kreatif, Arkib Negara Malaysia ditubuhkan pada 1 Mac 2010 yang dianggotai seramai lapan orang pegawai-pegawai daripada pelbagai Seksyen di bawah Bahagian Pengurusan Rekod Kerajaan. Kumpulan ini telah mengadakan persembahan KIK dengan tajuk ‘Kelewatan Penilaian Rekod’ di peringkat saringan sempena Sambutan Hari Inovasi Peringkat Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi. Sebanyak enam belas kumpulan yang terdiri daripada Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi.

Page 6: Majlis Perpisahan dan Serah Tugas Ketua Pengarah Arkib Negara

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

6

MAJLIS PENYERAHAN BAHAN PERKIM Noriah Mohd Noor

MAJLIS PENYERAHAN BAHAN UMNO Noriah Mohd Noor

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Yang Dipertua PERKIM menyerahkan bahan PERKIM kepada YB. Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

YBhg. Datuk Ab. Rauf bin Yusoh, Setiausaha Kerja UMNO Malaysia sedang menyerahkan Bahan UMNO kepada YBhg. Dato’ Hj. Sidek Hj. Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia sambil disaksikan oleh YBrs. Dr. Hajah Samsiah Muhamad, Timbalan Ketua Pengarah dan En. Jamaluddin Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Bahagian UMNO.

YBhg. Dato’ Hj. Sidek Hj. Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia sedang menyampaikan ucapan di Majlis Penyerahan Bahan UMNO.

YB. Senator Mejar Jeneral (B) Dato’ Jamil Khir bin Baharom melawat pameran yang disediakan oleh Arkib Negara Malaysia.

Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-50 PERKIM dengan tema ‘Ke Arah Memartabatkan Islam Dalam Transformasi Negara’ telah

diadakan pada 6 November 2010 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis telah dirasmikan oleh YB. Senator Mejar Jeneral (B) Dato’ Jamil Khir bin Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pada majlis ini juga Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Yang DiPertua PERKIM telah menyerahkan Laporan Tahunan PERKIM dari tahun 1980 hingga 2010 kepada YB. Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk simpanan Arkib Negara Malaysia.

Majlis Penyerahan Bahan UMNO kepada Arkib Negara Malaysia (ANM) telah diadakan pada 5 Oktober 2010 bertempat di

Dewan Seri Endon, Tingkat 23, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra. Koleksi Bahan UMNO telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Ab. Rauf bin Yusoh, Setiausaha Kerja UMNO Malaysia kepada YBhg. Dato’ Haji Sidek Haji Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.

Sempena majlis tersebut juga Arkib Negara Malaysia telah mengadakan pameran mengenai 50 tahun PERKIM yang merangkumi sejarah penubuhan, kegiatan dakwah, kebajikan, pendidikan dan peranan PERKIM di peringkat antarabangsa. Pameran ini diadakan dari 5 hingga 7 November 2010 di Perkarangan Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kerjasama dengan UMNO ini bermula dengan Projek URUS di Bangunan UMNO Jalan Tuanku Abdul Rahman mulai 25 Januari hingga 5 Februari 2010. Hasil dari Projek URUS ini sebanyak 8,614 rekod telah disemak merangkumi surat-menyurat, keratan akhbar, terbitan, laporan, fail-fail serta bahan audiovisual seperti gambar dan video kaset dari tahun 1946 – 2010.

Penyerahan bahan ini adalah untuk rujukan para penyelidik terutamanya dari segi evolusi pemerintahan UMNO dari awal penubuhannya hingga kini di samping menjadi pemangkin kepada pertubuhan-pertubuhan lain supaya menyerahkan rekod mereka untuk simpanan kekal di ANM memandangkan ANM mempunyai kemudahan prasarana yang sesuai untuk memelihara rekod seperti bangunan, peralatan dan suhu yang terkawal.

Page 7: Majlis Perpisahan dan Serah Tugas Ketua Pengarah Arkib Negara

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

7

MAJLIS PELANCARAN PAMERAN“TUNKU & THE STAR” Francis Muna Empari

YB. Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bersama-sama isteri beliau YBhg. Datin Seri Masnah Rais (tiga dari kanan) memotong reben sebagai simbolik pelancaran Pameran Tunku dan The Star sambil disaksikan oleh YBhg Datin Linda Ngiam, Pengarah Urusan Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif Star Publications (M) Berhad (dua dari kiri), YBhg. Tan Sri Datuk Seri Kamal Mohamed Hashim Pengarah Ekskutif Star Publications (M) Berhad (kanan) dan YBrs. Dr. Hajah Samsiah Muhamad, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia (kiri).

Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama pihak Star Publications (M) Berhad telah

mengadakan Majlis Pelancaran Pameran “Tunku & The Star” pada 15 Disember 2010 bertempat di aras 3, Memorial Tunku Abdul Rahman Putra. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Antara tetamu kenamaan yang turut hadir pada majlis ini ialah YBhg Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), YBhg Datin Linda Ngiam, Pengarah Urusan Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif Star Publications (M) Berhad, Tan Sri Datuk Seri Kamal Mohamed Hashim Pengarah Ekskutif Star Publications (M) Berhad, Ketua-ketua Agensi KPKK, serta ahli keluarga dan kenalan kepada Almarhum Tunku. Pameran ini adalah sumbangan sepenuhnya oleh Star Publications (M) Berhad sebagai menghargai ketokohan dan sumbangan YTM Tunku Abdul Rahman Putra sebagai negarawan ulung negara di samping

penglibatan Almarhum sebagai Pengerusi pertama syarikat akhbar tersebut.

Pameran ini merupakan kesinambungan kepada pameran yang pernah diadakan oleh pihak Star Publications pada tahun 1994. Justeru itu, selari dengan peredaran masa pihak Star Publications telah bermurah hati untuk menaiktaraf dan menukar pameran terdahulu untuk tatapan umum. Pameran ini merupakan sebahagian daripada pameran tetap di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra dan mampu menjadi daya tarikan pengunjung ke Memorial ini.

Pameran “Tunku & The Star” ini memaparkan mengenai perjuangan dan usaha Tunku bagi menuntut kemerdekaan Negara 53 tahun yang lalu. Segala komitmen, pengorbanan serta perhubungan beliau dengan rakyat dan media, terutamanya dengan The Star digambarkan melalui gambar-gambar dan artikel-artikel yang dipamerkan di sini. Pameran ini terbahagi

YB. Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia sedang menandatangani plak Pelancaran Pameran “Tunku & The Star”.

kepada lima bahagian utama, iaitu “Looking Back”, “View Point”, “Remembering Tunku”, “Tunku And The Star” dan “Tribute To Tunku”. Mungkin ramai di antara mereka yang berada di luar sana tidak menyedari sejauh mana penglibatan Tunku di dalam akhbar The Star, malah mungkin tidak mengetahuinya langsung. Jadi, dengan adanya pameran ini, mereka didedahkan dengan pembabitan dan hubungkait antara tokoh negarawan ini dengan The Star.

Di samping itu, pameran ini antara lain merupakan pelengkap kepada pameran sedia ada kerana ianya memaparkan mengenai kegiatan Tunku selepas bersara sebagai Perdana Menteri. Pameran ini juga merupakan salah satu pendekatan yang dilakukan oleh pihak Arkib Negara dengan kerjasama akhbar The Star untuk memasyarakatkan dan memperluaskan program dan aktiviti mengenang Tokoh Negarawan kepada semua pihak termasuk pihak swasta.

Page 8: Majlis Perpisahan dan Serah Tugas Ketua Pengarah Arkib Negara

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

8

WAWANCARA BERSAMA KETUA PENGARAH

Timbalan Ketua Pengarah pada tahun 2007 dan seterusnya sebagai Ketua Pengarah berkuatkuasa mulai 6 Oktober 2010.

Beliau turut mengakui pelantikannya yang berkuatkuasa mulai 6 Oktober 2010 adalah satu amanah berat. Beliau melahirkan perasaan terima kasih kepada mantan Ketua Pengarah Arkib

Negara, Ketua Setiausaha dan Menteri yang memberi kepercayaan kepada beliau untuk menerajui Jabatan dengan cabaran besar dalam program-program kerajaan seperti RMK-10, 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, GTP dan NKEA.

Dalam keadaan penjimatan ekonomi, dalam mana sebahagian peruntukan dikurangkan, program-program yang telah dirancang perlu diteruskan tetapi disuntik dengan kaedah atau pendekatan baru yang dipenuhi dengan kreativiti dan inovasi. Walaupun kaedah penyampaian maklumat telah berubah, namun yang pentingnya keberhasilannya tercapai dan maklumat mengenai sejarah negara dapat disebarkan kepada masyarakat.

Ketika ditanya mengenai perancangan tahun depan, beliau menegaskan bahawa Arkib Negara akan meneruskan usaha-usaha ke arah transformasi dan inovasi terhadap program-program Arkib Negara seperti dalam program-program pengembangan. Tumpuan berat akan diberikan kepada

Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia yang baru, Dr. Hajah Samsiah bt

Muhamad akan meneruskan kecemerlangan Arkib Negara Malaysia dalam menjayakan program yang diperkenalkan oleh kerajaan. Beliau juga mengharapkan kerjasama dan sokongan yang padu daripada semua pihak terutama warga Arkib Negara dapat diteruskan seperti sebelum ini walaupun Jabatan ini telah bertukar kepimpinan.

Mengimbau sejarah perkhidmatannya, beliau yang dilahirkan pada 19 September 1953 di Kuala Lumpur dan berkelulusan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Kearkiban dari Universiti of London telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Arkib pada 1 November 1977. Pernah menerajui beberapa Cawangan iaitu sebagai Pengarah Cawangan Sarawak, Ketua Cawangan Perkhidmatan Arkib, Ketua Cawangan Perolehan dan Pemprosesan, Ketua Cawangan Penyelidikan Khas dan seterusnya sebagai Pengarah Pengurusan Perolehan, Pendokumentasian dan Pusat Pandang Dengar pada tahun 2006,

pemantapan Program Pengurusan Rekod Kerajaan supaya dapat memberi kesan atau impak yang mendalam kepada Jabatan Kerajaan dalam menguruskan rekod dengan baik. Ini termasuklah memperkasakan pelaksanaan Sistem Pengurusan Rekod Elektronik (ERMS) dan menyediakan klasifikasi fail bagi kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan.

Menurutnya lagi, warga Arkib Negara perlu meneruskan penekanan mantan Ketua Pengarah terdahulu iaitu Teliti, Pasti dan Jangka dengan tindakan pantas dan berkesan sebagai pegangan asas dalam melaksanakan tugas. Ini ditambah lagi dengan berfikiran yang luas dan jauh. Beliau turut mengingatkan kepada warga Arkib Negara supaya perlu lebih kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk dan memberikan perkhidmatan. Semua ini penting dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan supaya produktiviti dapat dipertingkatkan dan program yang dilaksanakan dapat memberi impak yang positif kepada pelanggan terutamanya stakeholder.

Dalam usaha memantapkan Jabatan, beliau juga turut memaklumkan bahawa struktur organisasi yang baru ini akan dikaji semula bagi memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada dengan melihat semua aspek supaya penempatan, pembahagian tugas dan perjawatan lebih setara dengan kedudukan yang ada. Selain itu, usaha-usaha ke arah pemantapan profesionalisme

Nurul Azizi ShafieSuzana Md. Isa

YBrs. Dr. Hajah Samsiah Muhamad menerima “Anugerah Prestasi Cemerlang Malaysia Government Portals and Websites Assessment 2010” daripada YBhg. Datuk Mohd Badlisham Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation (MDeC) pada 11 November 2010 di Hotel One World, Damansara atas kejayaan Arkib Negara mendapat penarafan 5 Bintang dan berada di tangga ke-5 secara keseluruhan melalui Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA).

Page 9: Majlis Perpisahan dan Serah Tugas Ketua Pengarah Arkib Negara

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

9

kearkiban akan diteruskan melalui latihan dan kerjasama dengan pihak-pihak yang terlibat seperti Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Teruskan Kecemerlangan Arkib Negara MalaysiaAdalah menjadi harapan beliau untuk melihat warga Arkib Negara supaya bersikap lebih terbuka, berusaha sendiri, membuat perubahan sikap dan berfikiran kreatif dan proaktif dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Beliau juga mengharapkan supaya budaya-budaya negatif tidak diamalkan di Jabatan ini. Beliau turut mengingatkan supaya warga Arkib Negara perlu memperbaiki prestasi diri dan tidak melanggar peraturan-peraturan sebagai penjawat awam. Ini untuk menyakinkan pelanggan atau orang ramai dari aspek integriti dan bertelusan.

YBrs Dr. Hajah Samsiah Muhamad bergiat aktif dalam bidang penulisan sebagai Ketua Pengarabg, penyelidik dan penulis. Antara terbitan yang dihasilkan ialah buku Zakiah Hanum, Seikhlas Bakti, Seluhur Budi pada tahun 2006, Citra Merdeka 1957-2007, Buku Terbitan Khas Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-50 dan Arkib Warisan Eksklusif pada tahun 2007. Beliau juga sering dijemput membentangkan kertas-kertas persidangan dan seminar di dalam dan luar negara, antaranya ialah pembentangan kertas kerja Pemeliharaan

Sesi wawancara bersama YBrs. Dr. Hajah Samsiah Muhamad, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia yang diadakan di pejabat beliau oleh Sidang Redaksi, Encik Nurul Azizi Shafie dan Puan Suzana Md. Isa.

Manuskrip Melayu: Koleksi Agung Warisan Dunia, Seminar Antarabangsa Manuskrip Melayu di Kuala Lumpur pada tahun 2006, `Audio-Visual Archives in Malaysia. A Country Report’. Seminar on Audio-visual Archives, Philippines International Convention Center di Manila pada 3-4 November 1981 dan ̀ The Ideal Audiovisual Archive in Malaysia: Vision and Hope, 7th SEAPAVAA Conference and General Assembly di Vientiane, Laos pada 13-17 Mei 2002.

Sesuatu yang menarik mengenai pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah Arkib Negara ialah keunikan angka sepuluh (10) iaitu beliau merupakan Ketua Pengarah Arkib yang ke 10, dilantik pada bulan 10 (Oktober) dan dalam tahun 2010 untuk 10/10/10. Semoga dengan pelantikan Ketua Pengarah yang baru ini akan dapat meneruskan legasi kecemerlangan Arkib Negara Malaysia untuk menjadi Pusat Sumber Arkib dan Penyelidikan Negara yang unggul.

YBrs. Dr Hajah Samsiah Muhamad sedang memerhatikan Timbalan Ketua Setiausaha (Warisan) KPKKW, Datuk Nor Azmal Mohd Nazir sedang memotong reben semasa pelancaran Program Ramai-Ramai ke Arkib sempena Hari Arkib pada 1 Disember 2008.

Page 10: Majlis Perpisahan dan Serah Tugas Ketua Pengarah Arkib Negara

Arkib Negara Malaysia telah menghantar empat orang pegawai untuk melaksanakan penyelidikan dan pengesanan bahan

mengenai Malaysia di tiga buah institusi di India mulai 11 Oktober hingga 5 November 2010. Pegawai-pegawai tersebut adalah Puan Wan Zainon Wan Awang, Encik Nurul Azizi Shafie, Encik Mohd. Ariffin Santol dan Cik Shahida Mohamad Salleh.

Kajian dimulakan di Tamil Nadu State Archives, Egmore, Chennai yang dulunya dikenali sebagai Madras Record Office mulai 11 hingga 15 Oktober 2010 dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Kehadiran pada hari pertama diiringi oleh Pegawai Konsular Malaysia di Chennai, Puan Zarina Mohd Ali.

Banyak rekod yang mempunyai kaitan dengan negara kita masih tersimpan di sana berikutan era pemerintahan Syarikat Hindia Timur Inggeris yang berpangkalan di India. Namun begitu, hanya sedikit sahaja bahan yang dapat dilihat dan dirujuk kerana tidak semua bahan yang dipohon dapat disediakan oleh Tamil Nadu State Archives di samping beberapa masalah lain seperti gangguan bekalan elektrik dan upacara keagamaan yang dijalankan pada petang 15 Oktober oleh pegawai dan kakitangan institusi tersebut sempena Saraswati Puja (Dewi Ilmu Pengetahuan).

Kajian di West Bengal State Archives, Kulkotta dijalankan mulai 18 hingga 22 Oktober 2010 namun tugas tersebut hanya dapat dilakukan selama tiga hari sahaja kerana pada 18 dan 22 Oktober 2010 (Isnin dan Jumaat), institusi tersebut terpaksa ditutup berikutan upacara

keagamaan yang diadakan di kawasan sekitar pejabat tersebut.

Kajian yang dijalankan kurang mendapat kerjasama dari pegawai bertugas dan kami hanya dibenarkan untuk merujuk indeks tertentu yang dipilih oleh pegawai tersebut sahaja. Borang permintaan juga perlu diisi bagi setiap buku indeks yang dikeluarkan oleh mereka.

Penyelidikan kemudiannya diteruskan di National Archives of India, Janpath, New Delhi iaitu mulai 25 Oktober hingga 5 November 2010. Amalan yang ditetapkan di dewan penyelidikan di sini hampir sama dengan di Arkib Negara Malaysia di mana penyelidik bebas untuk memilih mana-mana indeks yang terdapat di rak-rak yang tersusun di dalam dewan penyelidikan tersebut.

Setiap penyelidik dibenarkan untuk membuat permohonan bahan sebanyak 30 tajuk setiap kali permintaan. Perkhidmatan di dewan penyelidikan National Archives of India dibuka setiap hari mulai jam 9.00 pagi hingga 8.00 malam kecuali pada hari Ahad dan tiga cuti umum yang utama. Malahan pada hari Diwali (Deepavali) yang jatuh pada 5 November 2010 juga ia turut dibuka kepada penyelidik.

Kajian dan penyelidikan di India memberikan banyak pengajaran dari aspek kehidupan mahupun kerjaya. Walau pun terdapat kekurangan dari segi pengunaan teknologi moden di India tetapi mereka masih mampu menyimpan dan memelihara bahan-bahan arkib berusia ratusan tahun dengan baik sehingga ke hari ini.

PENYELIDIKAN DAN PENGESANAN BAHAN DI INDIA 2010 Nurul Azizi Shafie

Pasukan penyelidik pengesanan bahan dari Arkib Negara Malaysia bergambar kenangan bersama Encik Aminuddin Othman, Pegawai di High Commission of Malaysia, New Delhi.

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

10

State Archives of West Bengal

Menjalankan penyelidikan di Tamil Nadu State Archives

Page 11: Majlis Perpisahan dan Serah Tugas Ketua Pengarah Arkib Negara

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

11

Persidangan Tahunan Ke-41 International Association of Sounds and Audiovisual Archives (IASA) Mohd Farizal Bidin Persidangan Tahunan Ke-41

International Association of Sounds and Audiovisual Archives (IASA) di Philadelphia, Amerika Syarikat yang berlangsung pada 1-6 November 2010 telah dihadiri oleh empat orang pegawai dari Arkib Negara Malaysia iaitu Puan Azimah Mohd Ali, Puan Sulasteri Abd. Hamid, Encik Datu Royniehashim Datu Pindatun dan Encik Mohd Farizal Bidin. Persidangan tahunan anjuran IASA ini merupakan forum bagi pakar-pakar dalam bidang audiovisual dari seluruh dunia untuk berkongsi pengalaman dan perkembangan terkini dalam teknologi pemeliharaan bahan audiovisual. Persidangan ini telah mendapat kerjasama erat daripada Association of Moving Image Archivist (AMIA).

Penyertaan Arkib Negara Malaysia dalam IASA ini selaras dengan penubuhan Pusat Pendokumentasian dan Pemeliharaan Audio Visual Negara (PPPAV) oleh Arkib Negara Malaysia yang di antara tujuannya ialah untuk memelihara dan memulihara segala bentuk bahan audiovisual sebagai warisan khazanah negara. PPPAV yang siap pada penghujung tahun 2009 memerlukan kepakaran dan tenaga mahir dalam memastikan matlamat penubuhannya dapat dicapai serta operasinya pada masa hadapan berjalan dengan lancar.

Melalui persidangan ini para peserta telah didedahkan dengan inovasi terkini dalam bidang pemeliharaan audiovisual di samping memperolehi maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti yang dijalankan berkaitan pemeliharaan bahan audiovisual oleh institusi-institusi lain yang menyertai persidangan ini. Melalui pembentangan-pembentangan yang diadakan jelas menunjukkan bahawa teknologi dalam pemeliharaan bahan audiovisual di negara-negara maju bergerak pantas dan serius dalam memelihara bahan audiovisual untuk masa hadapan.

Satu lawatan juga telah diadakan pada 8 November 2010. Lawatan ke Library of Congress National Audiovisual Conservation Centre (NAVCC), Packard Campus di Mount Pony Road, Culpeper, Virginia pula telah diadakan pada 8 November 2010. NAVCC terletak kira-kira sejam perjalanan dari ibu negara Amerika Syarikat, Washington DC dibina di atas sebuah kawasan seluas kira-kira 45 ekar dan merupakan pusat audiovisual yang memperoleh, memelihara dan menyediakan kemudahan capaian kepada koleksi filem, program televisyen, siaran radio serta rakaman bunyi yang terlengkap dan terbesar di dunia. Di pusat ini para peserta telah didedahkan dengan sejarah penubuhan pusat ini, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam memelihara bahan audiovisual serta teknologi-teknologi terbaru yang digunakan dalam proses pemeliharan dan pendigitalan bahan audiovisual.

Delegasi Arkib Negara Malaysia juga telah mengadakan lawatan ke Kedutaan Besar Malaysia di Amerika Syarikat yang terletak di Washington DC untuk memberikan taklimat mengenai fungsi dan peranan Arkib Negara Malaysia khususnya dalam bidang pengurusan rekod kerajaan bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan pemeliharaan rekod kerajaan yang berkesan.

Prof. Anthony Seeger, pakar dalam bidang ethnomusicology Universiti California, Los Angeles (UCLA) sedang menyampaikan ucaptamanya yang bertajuk ‘Before Convergence Was Divergence: Putting Humpty Dumpty Together Again’ pada Persidangan Tahunan Ke-41 IASA di Philadelphia, Amerika Syarikat.

Salah seorang kakitangan Library of Congress National Audiovisual Conservation Centre sedang memberikan penerangan mengenai proses pendigitalan dan pemuliharaan bunyi daripada piring hitam yang dijalankan di pusat tersebut.

Puan Azimah Mohd Ali sedang menyampaikan taklimat berkaitan Pengurusan Rekod kepada para pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia di Washington DC, Amerika Syarikat pada 10 November 2010.

Page 12: Majlis Perpisahan dan Serah Tugas Ketua Pengarah Arkib Negara

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

12

MAKMAL AUDIT DAN INSPEKTORAT REKOD (AIR-LAB) Saudah Ab Manaf

Audit dan Inspektorat dalam Pengurusan Rekod Kerajaan di Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan adalah satu bidang yang baru dilaksanakan oleh Arkib Negara Malaysia melalui Seksyen Inspektorat. Pelaksanaan AIR Lab ini adalah bertujuan untuk mencari pendekatan yang lebih strategik, inovatif dan kreatif ke arah penambahbaikan serta meningkatkan kecekapan dalam perkhidmatan semasa melaksanakan tugas pemeriksaan dan pemantauan rekod awam. AIR Lab ini telah dilaksanakan secara serentak melalui tiga (3) makmal iaitu Audit Pengurusan Rekod (Apple Lab), Inspektorat Rekod (Mango Lab; dan Kerjasama Strategik Rekod (Orange Lab).

Majlis Polemik Sejarah Malaysia ke 23 telah

diadakan oleh Arkib Negara Malaysia pada 9 Disember 2010 di Auditorium Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, Kuala Lumpur dengan tema Petempatan dan Kerajaan Awal Malaysia Sebelum 1400M. Kajian tema ini bukan sahaja akan meliputi negeri-negeri di Semenanjung bahkan juga Sabah dan Sarawak. Dua pakar sejarah telah membuat kajian dan membentangkan kertas kerja mereka iaitu YBhg

Prof Emeritus Dato’ Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM), Bangi dengan kertas kerja yang bertajuk ‘Hubungan Kerajaan-kerajaan Awal di Malaysia Sebelum 1400M di Nusantara’ dan YBrs. Prof Dr. Stephen Chia Ming Soon dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dengan kertas kerja yang bertajuk ‘Penempatan Awal di Malaysia Sebelum 1400M’. Majlis ini telah dipengerusikan oleh Prof Dr. Mohd. Mokhtar Saidin dari USM.

Lebih seratus orang tetamu telah menghadiri majlis ini yang terdiri daripada ahli-ahli akademik, wakil-wakil persatuan sejarah dan pusat sumber IPT dari seluruh negara, pegawai dan kakitangan kerajaan serta pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Di akhir majlis, penonton juga telah diberi peluang untuk mengemukakan soalan atau isu serta memberikan pendapat berkaitan dengan tajuk yang dibentangkan yang dianggap menjadi polemik sejarah negara.

YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman sedang membentangkan kertas kerja yang bertajuk Hubungan Kerajaan-kerajaan Awal di Malaysia Sebelum 1400M.

Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan Makmal

Audit dan Inspektorat Rekod (AIR-Lab) pada 9 – 10 November 2010 di Dewan Tun Rahah, Memorial Tun Abdul Razak. AIR Lab yang telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Samsiah Bt. Muhamad, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia telah dihadiri oleh 36 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah dari UiTM dan pegawai-pegawai Arkib Negara Malaysia.

YBrs. Dr. Samsiah Muhamad, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia (duduk di tengah) bergambar ramai bersama para peserta AIR Lab di Memorial Tun Abdul Razak .

Pengerusi dan pembentang kertas kerja di Majlis Polemik Sejarah Malaysia Sesi ke-23 bertemakan Petempatan dan Kerajaan Awal di Malaysia Sebelum 1400M. Dari kiri, YBrs. Prof. Madya Dr. Stephen Chia Ming Soon, YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd. Mokhtar Saidin (Pengerusi) dan YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman.

MAJLIS POLEMIK SEJARAH MALAYSIA Azizah Sapuan

Page 13: Majlis Perpisahan dan Serah Tugas Ketua Pengarah Arkib Negara

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

13

ARKIB NEGARA CAWANGAN TERENGGANU ANJURPERTANDINGAN BOWLING ANTARA KAKITANGAN Haji Mohd Nasir Haji Ismail

AKTIVITI PUSPANITA ARKIB NEGARAOKTOBER – DISEMBER 2010 Suzana Md Isa

Peserta pertandingan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu serta Pegawai Khidmat Sambilan TESDEC.

Tuan Haji Mohd Nasir Haji Ismail, Pengarah Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu sedang menyampaikan hadiah kepada salah seorang kakitangan yang memenangi kategori jumlah pungutan mata terbanyak.

Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu telah mengadakan pertandingan bowling

antara kakitangan pada 4 Disember 2010 yang lalu di Kuala Ibai, Terengganu. Turut serta dalam pertandingan ini adalah Pengarah Arkib Negara Cawangan Terengganu dan tema pertandingan ialah ̀ Bowls Day’. Sebanyak 4 pasukan bertanding mewakili Kumpulan Waja, Wira, Kancil dan My Vii yang mana setiap pasukan terdiri dari 6 orang.

Pengarah Arkib Negara Cawangan Terengganu, Tuan Haji Mohd Nasir bin Haji Ismail berkata, pertandingan ini diadakan adalah bagi menggantikan Hari Keluarga Cawangan yang telah dirancang lebih awal tetapi tidak dapat diladakan kerana ketibaan musim tengkujuh. Menurutnya lagi, adalah lebih sesuai mengadakan aktiviti sukan di dalam bangunan bagi menggantikan Hari Keluarga berkenaan.

Katanya, aktiviti ini adalah julung kali dianjurkan dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan pegawai dan kakitangan. Pertandingan ini diadakan dalam suasana yang penuh meriah dengan gelagat kakitangan Arkib Negara Cawangan Terengganu terutamanya yang pertama kali memegang bola bowling. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pengerusi jawatankuasa pertandingan iaitu Tuan Haji Wan Hussin Wan Mohd dan seluruh warga Arkib Negara Cawangan Terengganu yang telah sama-sama menjayakannya.

Menurut Mohd Nasir, tujuan pertandingan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sedia ada antara pegawai dan kakitangan Arkib Negara Cawangan Terengganu di samping memupuk semangat bekerjasama dalam semua aktiviti sama ada aktiviti rasmi atau tidak rasmi. Aktiviti seumpama ini amat digalakkan di kalangan kakitangan di semua peringkat supaya segala

beban tugas yang dilaksanakan selama ini tidak terasa berat jika dapat dilakukan secara bersama. Beliau menyeru kepada pegawai dan kakitangan cawangan ini supaya bergiat aktif dalam program dan aktiviti yang membina nilai-nilai murni dan positif di mana ianya secara langsung boleh memberi impak terhadap peningkatan prestasi perkhidmatan mereka.

Sepanjang tempoh bulan Oktober hingga Disember 2010, PUSPANITA Arkib Negara Malaysia (ANM) telah mengadakan sebanyak dua aktiviti utama. Pada 29 Oktober 2010, Biro Agama PUSPANITA Arkib Negara Malaysia telah melaksanakan aktiviti Majlis Bacaan Yaasin

Sempena Penubuhan Kumpulan Bacaan Yaasin PUSPANITA ANM. Seramai 38 orang peserta telah menyertai program ini yang diadakan di Ruang Pameran, Bangunan Pusat Pendokumentasian dan Pemeliharaan Audio Visual Negara (PPPAV). Ustazah jemputan ialah Puan Hajah Hamizah Sidek. Majlis dimulai dengan bacaan Yaasin, Tazkirah (doa-doa), Solat Zohor berjamaah dan jamuan makan tengah hari

Manakala bermula pada awal bulan November dan berakhir pada pertengahan Disember 2010, Biro Sukan PUSPANITA ANM telah melaksanakan aktiviti Pertandingan ‘Indoor Game’ yang terbuka kepada semua ahli PUSPANITA ANM. Sebanyak empat jenis permainan dipertandingkan iaitu permainan congkak, dart, karom dan batu seremban.

Pada tahun 2011, lebih banyak aktiviti seumpama ini dirancang dilaksanakan seperti program-program keagamaan dan sukan yang turut melibatkan penyertaan jabatan serta agensi persekutuan dan negeri. Sementara itu, pasukan My Vii telah menjuarai kejohanan tersebut dengan mengalahkan tiga pasukan lain yang bertanding.

Page 14: Majlis Perpisahan dan Serah Tugas Ketua Pengarah Arkib Negara

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

14

The Legacy Of The Malay Letter Warisan Warkah Melayu Siti Kamaliah Madil

Sinopsis

Katalog ini diterbitkan dengan kerjasama pihak British Library merupakan bahan pameran ‘Warisan Warkah Melayu’ bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 1994.Ia memaparkan ilustrasi berwarna surat Raja-Raja Melayu daripada abad ke-16 sehinggalah menjelang abad ke-20.

Tahun Diterbitkan : 1994Harga : RM80.00

MAJLIS IBADAH KORBAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 2010/1431 Mohd Ariffin Santol

Para petugas sedang menyembelih lembu sempena Majlis Qurban Arkib Negara Malaysia

Petugas wanita sedang memasak daging lembu yang telah disembelih untuk dibuat jamuan sempena Majlis Qurban Arkib Negara Malaysia.

Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama BA’IS pada 18 November 2010 telah

mengadakan Majlis Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidil Adha 1431H. Majlis yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari ini telah berlangsung dengan suasana mesra dan harmoni dalam kalangan warga Arkib di belakang Bangunan Wisma Warisan, Arkib Negara Malaysia.

Sebanyak tiga ekor lembu telah disembelih dalam majlis korban tersebut. Majlis ini diteruskan dengan tahlil ringkas yang telah diadakan di ruang legar Auditorium Wisma Warisan, Arkib Negara dan turut dihadiri oleh YBrs. Dr Hajah Samsiah Muhamad, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai buku ini dan lain-lain terbitan Arkib Negara Malaysia, sila layari www.arkib.gov.my atau hubungi Seksyen Penerbitan dan Percetakan Kuala Lumpur. Tel 03 - 62090693 / 62090694

I N F O B U K U

Page 15: Majlis Perpisahan dan Serah Tugas Ketua Pengarah Arkib Negara

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

15

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009Perkhidmatan 25 Tahun dan Persaraan

Arkib Negara telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

(APC) 2009, Anugerah Perkhidmatan 25 Tahun serta Persaraan Pegawai dan Kakitangan Arkib Negara Malaysia pada 2 Disember 2010 di Auditorium, Arkib Negara Malaysia. Majlis ini juga merupakan sebahagian dari acara sambutan Ulang Tahun Hari Arkib ke 53 tahun yang disambut pada 1 Disember pada setiap tahun. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan penghargaan Kerajaan kepada kakitangannya yang telah memberikan mutu perkhidmatan atau kuantiti sumbangan yang melebihi

Para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 bergambar bersama YBrs. Dr. Hajah Samsiah Muhamad, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia (duduk, tengah), Puan Hajah Daresah Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan dan Pengembangan (duduk, tiga dari kanan) dan Pengarah-pengarah Bahagian.

Roseline Mapong Sabai

Majlis Ceramah Agama dan Bacaan Tahlil Sempena Sambutan Hari ArkibMajlis Ceramah Agama dan Bacaan

Tahlil telah diadakan pada 3 Disember 2010 di Auditorium, Arkib Negara Malaysia. Majlis ini merupakan salah satu daripada acara sambutan Ulang Tahun Hari Arkib ke 53 yang jatuh pada 1 Disember. Ceramah dan bacaan tahlil ini telah disampaikan dan dipimpin oleh YBrs Ustaz Soghir bin Sunny, Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Ceramah yang diadakan juga bersesuaian dengan Maal Hijrah yang disambut oleh seluruh umat Islam pada 7 Disember 2010.

Ustaz Soghir bin Sani, Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sedang menyampaikan ceramah agama sempena Sambutan Hari Arkib Negara Malaysia 2010 kepada warga Arkib Negara.

Shahida Mohamad Salleh

daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Manakala Anugerah Perkhidmatan 25 tahun bagi memberi penghargaan kepada warga Arkib yang telah lama berkhidmat dan banyak memberi sumbangan kepada jabatan.

Seramai 43 orang pegawai dan kakitangan Arkib Negara Malaysia telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 34 orang menerima Anugerah Perkhidmatan 25 Tahun. Pada majlis itu juga, seramai 8 orang kakitangan yang telah bersara turut diraikan. Setiap penerima APC dianugerahkan Sijil

Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi berjumlah RM1,000. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada anggota awam, khasnya warga Arkib Negara sebagai satu dorongan untuk meningkatkan prestasi kerja serta sebagai teladan dan pengerak kepada anggota yang lain. Majlis tersebut turut diserikan dengan tayangan video program dan aktiviti Arkib Negara Malaysia sepanjang tahun 2010 dan deklamasi sajak oleh pegawai-pegawai Arkib Negara.

Page 16: Majlis Perpisahan dan Serah Tugas Ketua Pengarah Arkib Negara

| PU

SPA

WA

NG

SA B

erita

Ark

ib N

egar

a M

alay

sia

16

Arkib Negara telah mengadakan Pameran Inovasi dengan tema “DUNIA INOVASI ARKIB” pada 1 Disember 2010 bersempena

dengan Majlis Sambutan Inovasi 2010 dan Majlis Pelancaran Logo bagi Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur. Tujuan Majlis ini diadakan ialah untuk memberi kesedaran dan memperkukuhkan nilai-nilai budaya inovasi dan kualiti di kalangan anggota Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Jabatan dan Agensi di bawahnya.

Pameran oleh Jabatan Arkib Negara ini menjelaskan tiga aktiviti yang dilaksanakan secara inovasi dan kreatif: Kebenaran Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan, Khidmat Capaian dan Pemeliharaan Arkib Awam. Melalui Jadual Pelupusan Rekod kewangan dan perakaunan proses kebenaran pelupusan rekod kewangan di jabatan-jabatan kerajaan telah dapat dipendekkan daripada 8 bulan kepada 14 hari.

Bagi Khidmat Capaian, Web-COMPASS (Computerised Archival Systems and Services) adalah satu inovasi yang memanfaatkan keupayaan teknologi terkini dalam meningkatkan mutu perkhidmatan. Manakala Pemeliharaan Arkib Awam, iaitu kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan bahan arkib, penyediaan larutan pengenyahan asid menggunakan bahan magnesium bikarbonat telah berjaya dicipta, serta berjaya memendekkan tempoh masa pengenyahan kandungan asid pada dokumen dari 24 jam kepada

YB. Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia menyerahkan sijil dan plak Anugerah Kewangan Terbaik Kementerian kepada YBrs.Dr. Hajah Samsiah Muhamad, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.

YB. Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia sedang diberi penerangan oleh YBrs. Dr. Hajah Samsiah Muhamad, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia mengenai cara menghasilkan kertas ketika melawat gerai pameran Arkib Negara Malaysia.

Anugerah Kewangan Terbaik Roseline Mapong Sabai

Roseline Mapong Sabai

kesungguhan dan komitmen jabatan dalam usaha meningkatkan tahap pengurusan kewangan jabatan. Penganugerahan tersebut yang telah disempurnakan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur adalah juga bersamaan dengan hari ulang tahun ke-53 penubuhan Arkib Negara Malaysia.

Anugerah ini merupakan hadiah yang amat bermakna kepada seluruh warga Arkib dan juga merupakan satu penghargaan di atas

ketelusan akaun dan kewangan yang diamalkan di Arkib Negara. Diharap jabatan akan terus memberikan komitmen dan sentiasa melaksanakan yang terbaik bagi meningkatkan tahap kecekapan dan ketelusan dalam pengurusan kewangan jabatan.

30 - 45 minit. Melalui pameran ini, Jabatan Arkib Negara telah memperkenalkan cara kerja baru yang lebih cekap dan berkesan dalam menghasilkan output dan outcome yang 'quantum' dan bukan 'incremental'.

Jabatan Arkib Negara adalah agensi ke-dua di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang telah berjaya mendapatkan sijil MS ISO 9001:2008 pada 18 Jun 2010.

Pameran - “Terokai Dunia Inovasi ARKIB”

Pada 1 Disember 2010 Arkib Negara Malaysia telah mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila telah berjaya menerima

Anugerah Kewangan Terbaik Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bagi tahun 2010. Anugerah tersebut yang telah disampaikan kepada Ketua Pengarah Arkib Negara YBrs. Dr. Hajah Samsiah binti Muhamad oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bersempena dengan Majlis Sambutan Hari Inovasi 2010, telah membuktikan