arkib

8
ARKIB : 31/08/2008 Nilai kemerdekaan Oleh Zulkiflee Bakar ''Sambutan merdeka kali ini suram'' - Itulah suara-suara yang sering kita dengar sepanjang bulan ini. Walaupun hari ini kita menyambut hari kemerdekaan yang ke-51, sambutan bagi mengalu-alukan tanggal bersejarah itu seolah-olah tidak terasa. Seruan mengibar Jalur Gemilang yang melambangkan kedaulatan sesebuah negara disambut hambar. Tidak begitu ramai pihak yang mahu 'berdiri' di plaza tol untuk mengedar Jalur Gemilang. Tidak banyak lagi organisasi bersedia 'menghalang' kereta di jalanan untuk melekat jalur keramat itu. Semua ini berlaku kerana kita seolah-olah merasakan tiada apa yang istimewa lagi mengenai 31 Ogos. Apa yang sebahagian besar daripada kita fahami, pada tarikh itu negara merdeka dan ia akan disusuli dengan perarakan di Dataran Merdeka. Hakikat sebenarnya erti kemerdekaan itu sudah semakin pudar dalam jiwa kita terutama generasi muda. Bagi mereka, tiada apa-apa yang istimewa mengenainya malah sambutan tahun baru dianggap lebih menarik. Kemerdekaan yang disambut dianggap oleh mereka sebagai salah satu pesta dalam 'kalendar kegembiraan' mereka. Menjelang 31 Ogos, mereka berpeleseran sehingga ke awal pagi, ini kerana pada tafsiran mereka, 31 Ogos hanyalah sekadar 'satu cuti umum' . Tidak terlintas di hati mereka untuk merenung sejenak betapa peritnya 'kalendar kegembiraan' itu hendak diwujudkan oleh pejuang-pejuang tanah air 51 tahun lalu. Mereka tidak merasa keperitan itu dan tidak mahu mempelajarinya, kalau mahu mengetahuinya ia sekadar kerana hendak lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan. Sikap memandang ringan betapa penting menghayati kemerdekaan ini semakin dirosakkan oleh sesetengah ahli politik yang mengamalkan pendekatan matlamat menghalalkan cara. Mereka mewujudkan pelbagai teori dan mengatur pelbagai tindakan bagi mencapai cita-cita politik tanpa memikirkan kesan kepada kemerdekaan. Bagi mereka, soal sama ada negara ini akan dijajah dalam bentuk baru tidak dipedulikan. Apa yang lebih penting ialah merebut kekuasaan politik sebanyak mungkin biarpun terpaksa merobohkan tiang perpaduan antara kaum yang selama ini menjadi tulang belakang sehingga tercetusnya laungan merdeka di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Upload: grmetalrock

Post on 19-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

best

TRANSCRIPT

ARKIB : 31/08/2008

Nilai kemerdekaanOleh Zulkiflee Bakar''Sambutan merdeka kali ini suram'' - Itulah suara-suara yang sering kita dengar sepanjang bulan ini.Walaupun hari ini kita menyambut hari kemerdekaan yang ke-51, sambutan bagi mengalu-alukan tanggal bersejarah itu seolah-olah tidak terasa.Seruan mengibar Jalur Gemilang yang melambangkan kedaulatan sesebuah negara disambut hambar. Tidak begitu ramai pihak yang mahu 'berdiri' di plaza tol untuk mengedar Jalur Gemilang.Tidak banyak lagi organisasi bersedia 'menghalang' kereta di jalanan untuk melekat jalur keramat itu. Semua ini berlaku kerana kita seolah-olah merasakan tiada apa yang istimewa lagi mengenai 31 Ogos. Apa yang sebahagian besar daripada kita fahami, pada tarikh itu negara merdeka dan ia akan disusuli dengan perarakan di Dataran Merdeka.Hakikat sebenarnya erti kemerdekaan itu sudah semakin pudar dalam jiwa kita terutama generasi muda.Bagi mereka, tiada apa-apa yang istimewa mengenainya malah sambutan tahun baru dianggap lebih menarik. Kemerdekaan yang disambut dianggap oleh mereka sebagai salah satu pesta dalam 'kalendar kegembiraan' mereka.Menjelang 31 Ogos, mereka berpeleseran sehingga ke awal pagi, ini kerana pada tafsiran mereka, 31 Ogos hanyalah sekadar 'satu cuti umum' .Tidak terlintas di hati mereka untuk merenung sejenak betapa peritnya 'kalendar kegembiraan' itu hendak diwujudkan oleh pejuang-pejuang tanah air 51 tahun lalu. Mereka tidak merasa keperitan itu dan tidak mahu mempelajarinya, kalau mahu mengetahuinya ia sekadar kerana hendak lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan.Sikap memandang ringan betapa penting menghayati kemerdekaan ini semakin dirosakkan oleh sesetengah ahli politik yang mengamalkan pendekatan matlamat menghalalkan cara.Mereka mewujudkan pelbagai teori dan mengatur pelbagai tindakan bagi mencapai cita-cita politik tanpa memikirkan kesan kepada kemerdekaan.Bagi mereka, soal sama ada negara ini akan dijajah dalam bentuk baru tidak dipedulikan. Apa yang lebih penting ialah merebut kekuasaan politik sebanyak mungkin biarpun terpaksa merobohkan tiang perpaduan antara kaum yang selama ini menjadi tulang belakang sehingga tercetusnya laungan merdeka di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.Mereka sengaja melupakan bagaimana melalui perpaduan dan kestabilan politik antara kaum lain yang memungkinkan benih kemerdekaan itu tumbuh subur sehingga hari ini.Gelagat ahli-ahli politik ini sudah tentu menambahkan kejumudan generasi muda untuk memahami betapa penting kemerdekaan itu dipertahankan melalui cara, pendekatan dan acuan sendiri.Generasi muda akan terus leka dengan keseronokan mereka tanpa mempedulikan betapa pentingnya usaha dilakukan bagi mengisi kemerdekaan.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui sajaknya bertajuk,Perjuangan Yang Belum Selesaitelah menyatakan bahawa: ''Tugas kita bukan kecil kerana mengisi kemerdekaan rupanya lebih sukar daripada bermandi keringat dan darah menuntutnya.''MenghayatiPersoalannya berapa ramaikah antara kita yang menghayati pesanan ini? Sebahagian besar kita terus tenggelam dengan kemajuan yang dicapai. Kita leka dengan apa yang dinikmati kini tanpa mahu mengambil kira bagaimana keseronokan tersebut mampu dikecapi.Kita lupa bagaimana kemerdekaan harus dituntut dengan keringat, darah dan air mata pejuang-pejuang kemerdekaan. Malah kita juga tanpa sedar seolah-olah melupakan perjuangan perajurit-perajurit tanah air.Mereka ini bertugas siang dan malam, di laut, udara dan darat bagi memastikan keselamatan negara terjamin. Mereka juga dihantar bertugas di luar negara dan semua ini mampu dilakukan kerana kita adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.Sama ada hendak diakui atau tidak, banyak pihak bersalah dalam soal ini. Penghayatan kemerdekaan tidak dilakukan bersungguh-sungguh. Kita gagal memupuk semangat nasionalisme di kalangan rakyat untuk memahami bahawa kemerdekaan Malaysia yang tercinta ini perlu dipelihara sebaik-baiknya.Akibat kegagalan itulah maka wujud 'makhluk-makhluk perosak' yang bertindak biadap menyeru supaya Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik.Kononnya ada mesej hendak disampaikan tetapi perbuatan berkenaan atas alasan apa sekalipun adalah satu penghinaan kepada kedaulatan negara ini.Mungkin perit untuk kita menerima kenyataan tetapi hakikatnya sambutan kemerdekaan tahun ini menjadi suram ada kaitannya dengan pergolakan politik tanah air sejak 8 Mac lalu.Hari demi hari, satu persatu episod politik dihidangkan kepada rakyat. Mereka digesa bersatu mengukuhkan perpaduan tetapi di kalangan ahli politik sendiri mendendangkan lagu perkauman yang memualkan demi undi.Kesuraman menyambut merdeka menjadi semakin malap apabila berlaku krisis kenaikan harga minyak yang ternyata meruntun ekonomi rakyat.Lanjutan itu kehadiran kemerdekaan tidak dirasai. Rakyat lebih asyik membahaskan soal periuk nasi mereka daripada memikirkan apa yang hendak dilakukan bagi menyambut atau menghayati kemerdekaan.Di mana-mana pelbagai pihak melahirkan kekesalan kerana sambutan kemerdekaan kali ini agak muram. Jalur Gemilang tidak begitu banyak dikibarkan malah di jalan raya, tidak banyak kenderaan yang bermegah untuk mengibarkannya.Tetapi apa yang anehnya ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh, perang bendera dan poster begitu sengit. Malah ribuan kereta atau motosikal dengan megahnya mengibarkan bendera parti yang mereka sokong.Justeru persoalannya, apakah meraikan 'pesta demokrasi' itu lebih penting berbanding menyambut hari kemerdekaan?Mungkin tidak salah mereka berbuat demikian tetapi semangat yang ada juga harus ditonjolkan pada tanggal 31 Ogos kerana 'pesta demokrasi' tidak akan wujud tanpa sebuah kemerdekaan.Justeru semua episod malang ini harus dihentikan. Semua pihak terutama ahli politik tanpa mengira fahaman politik mereka harus kembali kepada matlamat sebenar kemerdekaan.Mereka tidak harus leka berpolitik sehingga kadang kalanya menimbulkan keresahan kepada rakyat. Lebih malang lagi melalui sikap taksub merebut kuasa politik, mereka memecah-belahkan perpaduan rakyat negara ini. Malah di dalam kaum yang samapun bertelingkah kerana berbeza fahaman politik.Persoalannya, sampai ke bilakah kita harus membiarkan tanggal 31 Ogos hanya dikenang sebagai hari merdeka sahaja? Bagaimana dengan pengisian kemerdekaan itu sendiri? Apakah kita sudah benar-benar merdeka sedangkan semakin banyak budaya luar 'kembali menjajah' negara ini?Apakah kita sudah benar merdeka sedangkan dalam masa yang cuba meniru cara Amerika Syarikat (AS) ingin berkuasa melalui cara yang tidak berdemokrasi? Atau sudah merdekakah kita, jika generasi muda sendiri tidak faham apa peranan mereka bagi mempertahankan kemerdekaan?Justeru langkah yang lebih positif harus dilakukan bagi memberikan kesedaran kepada generasi muda bahawa kemerdekaan yang sudah terwujud di negara ini sejak 51 tahun lalu harus dipertahankan.Mereka tidak harus diajar politik matlamat menghalalkan cara, apatah lagi melalui politik perbalahan, pertelingkahan dan perkauman yang ternyata tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan kepada negara ini.LekaUsaha juga perlu dilakukan di peringkat sekolah lagi untuk menyerapkan perasaan cintakan negara dan memahami kepentingan kemerdekaan.Ketika ini kita harus akui bahawa kelemahan untuk menyerapkan erti kemerdekaan itu telah menyebabkan generasi pelajar menjadi leka. Bagi mereka, 31 Ogos tiada apa-apa keistimewaan. Ia hanyalah sekadar mengingati tarikh kita mencapai kemerdekaan tidak lebih daripada itu.Apa yang membimbangkan, jika pengisian kemerdekaan itu tidak diterapkan dalam jiwa generasi muda tidak mustahil suatu hari kelak, kita hanya merdeka dari segi tarikh sahaja tetapi dari segi kehidupan sebenar kita terus dijajah dalam semua sudut. Atas sebab itulah, mereka yang ingin merebut kuasa politik harus memahami bahawa mereka mempunyai peranan besar untuk memastikan negara ini tidak dijajah semula dalam bentuk baru.Jangan sia-siakan segala usaha pejuang kemerdekaan yang terdiri daripada pelbagai kaum sehingga memungkinkan Malaysia berada pada tahap sekarang. Kemerdekaan hakikatnya bukan sahaja perlu dipertahankan malah perlu diisi dengan jiwa yang benar-benar merdeka.Itu semua hanya akan tercapai jika semua pihak benar-benar ikhlas dan tidak menganggap 31 Ogos hanya sekadar satu sambutan. Apa yang dibimbangi jika kita terus leka tidak mustahil kemerdekaan yang dinikmati mampu dicabuli oleh pihak-pihak luar.Mungkin bukan melalui kekuatan ketenteraan seperti mana berlaku di Iraq tetapi dalam bentuk lebih canggih sehingga kita tidak merasa bahawa kita hakikatnya sedang dijajah semula. Justeru sebelum terlambat, atas nama rakyat Malaysia, marilah mengisi kemerdekaan dengan erti kata sebenar bukan sekadar tahun menyambutnya sahaja.

Penghayatan Kemerdekaan Bukan Sekadar LaungSloganOleh Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh

TANGGAL 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia tidak mengira usia, keturunan, bangsa dan agama.Sebenarnya, perkara yang lebih utama dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan negara bagi semua rakyat Malaysia adalah menterjemahkan sambutan ke dalam bentuk penghayatan, kesedaran dan kesyukuran. Slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai merdeka yang sebenarnya.Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka. Ia juga bermaksud penghayatan dan pemahaman maksud serta kepentingan kemerdekaan yang dikecapi. Kesedaran kemerdekaan bukan saja bermakna tahu bila dan di mana sambutan kemerdekaan diadakan. Malah, lebih bermakna sedar bahawa kemerdekaan wajib dipertahankan kerana negara boleh dijajah kembali. Mensyukuri kemerdekaan bukan saja bererti gembira dengan kemerdekaan, malah memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas anugerah kemerdekaan yang begitu berharga ini.Itulah yang perlu dilakukan oleh generasi pascamerdeka iaitu menghayati, menyedari dan mensyukuri kemerdekaan yang tidak ternilai harganya ini. Hakikatnya, generasi hari ini tidak melalui kesusahan, kepayahan dan kegetiran zaman sebelum merdeka, baik zaman penjajahan Inggeris mahupun zaman pendudukan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.Generasi pascamerdeka hanya mengetahui zaman sebelum merdeka daripada buku sejarah. Mungkin kerana tidak dapat menghayati sendiri erti kemerdekaan sebenar, maka ada generasi pascamerdeka yang mengambil mudah sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Ada yang menganggap tarikh 31 Ogos cuti umum semata-mata. Hal ini sangat menyedihkan kerana ketiadaan penghayatan kemerdekaan yang sebenar boleh mengundang penjajah kembali ke negara kita.Kita perlu sedar bahawa penjajahan yang boleh berlaku ini tidak lagi sama bentuknya seperti penjajahan ketenteraan suatu masa dulu. Penjajahan bentuk lama ini masih lagi boleh berlaku seperti yang dilihat di sesetengah negara. Hakikatnya, penjajahan bentuk baru lebih berbahaya. Perkara ini kerana ia berlaku secara halus, tersembunyi dan tidak disedari. Antara bentuk penjajahan bentuk baru ialah penjajahan pemikiran, budaya dan ekonomi. Atas sebab ini, maka generasi pascamerdeka ini perlu lebih berhati-hati berbanding generasi terdahulu.Serangan ketenteraan dapat dilihat dan ditentang kembali. Persoalannya jika serangan yang dilakukan itu dalam bentuk serangan pemikiran, budaya dan ekonomi, bagaimana mungkin menangkisnya?Generasi pascamerdeka yang diracuni pemikiran menerusi penjajahan bentuk baru akan memperjuangkan nilai Barat yang bertentangan dengan nilai Islam dan ketimuran. Hakikatnya, peradaban Barat sudah mula terhakis nilai murninya. Tidak wujud lagi sebenarnya peradaban Barat, yang ada mungkin adalah perbiadapan Barat yang menjunjung nilai songsang dengan merosakkan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan.Keracunan pemikiran akibat penjajahan bentuk baru ini seterusnya boleh menyebabkan pencemaran budaya. Rakyat Malaysia bangga dengan kepelbagaian budaya dan adat resam pelbagai bangsa. Keunikan ini boleh terhakis jika penjajahan budaya yang terkesan daripada proses globalisasi membawa masuk budaya negatif yang membawa kerosakan.Penjajahan ekonomi juga tidak kurang bahayanya. Mengimbas kembali kegawatan ekonomi pada tahun terakhir 1990-an, kita bersyukur kerana tidak membuat kesilapan yang sama seperti negara lain di rantau Asia Timur dengan menerima ubat yang ditawarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia.Apa yang disangka ubat sebenarnya racun yang dijadikan senjata untuk mengawal dan mengongkong kedaulatan sebuah negara merdeka.Islam sebenarnya memberikan beberapa pendekatan yang mampu untuk memastikan kelangsungan kemerdekaan yang dikecapi oleh negara. Pendekatan ini perlu dilaksanakan oleh generasi pascamerdeka yang juga majoriti penduduk Malaysia hari ini. Di atas bahu generasi inilah terletaknya amanah dan tanggungjawab untuk memastikan agar negara terus merdeka dan makmur.Islam turut menganjurkan kita mempersiapkan diri, masyarakat dan negara dengan segala jenis kekuatan. Dalam kata lain, kekuatan yang perlu dibina itu bukan saja da ripada aspek ketenteraan, malah ekonomi, politik, sosial dan ilmu pengetahuan. Hanya dengan kekuatan dalaman yang dapat membantu mempertahankan kemerdekaan negara.Aspek perpaduan juga perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh generasi pascamerdeka. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Antara seorang Mukmin dengan seorang Mukmin yang lain adalah seperti sebuah binaan, di mana satu bahagian memperkukuhkan bahagian yang lain.Jika diterjemahkan hadis ini dalam konteks Malaysia, jelas bahawa kita perlu mewujudkan kesepaduan dan kesepakatan jitu. Jika berpecah-belah dan bercakaran sesama sendiri, nescaya akan memudahkan pencerobohan musuh ke atas negara tercinta.Penting bagi generasi pascamerdeka untuk menghayati dan memahami sejarah silam. Kejatuhan Empayar Melayu Melaka kerana perselisihan dalaman dan perebutan kuasa. Akibatnya Portugis menyerang dan berjaya menjajah Melaka. Bermula dari detik hitam pada 1511 itu, negara terpaksa menunggu 446 tahun sebelum kembali merdeka.Kita mengambil masa 446 tahun lamanya untuk kembali merdeka. Kini kita baru merasakan nikmat kemerdekaan ini selama51 tahun. Sanggupkah kita menggadainya sekali lagi?

Pertahankan nilai merdekaOleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL(WARTAWAN UTUSAN)DENGAN hanya berbaki dua hari sahaja lagi sebelum seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini, semangat kemerdekaan itu malangnya tidak begitu kelihatan atau dapat dirasai sehingga kini.Berbeza dengan sambutan sebelum ini terutamanya tahun lalu, kedatangan kemerdekaan ke-51 negara seolah-olah dibiarkan berlalu begitu sahaja, tanpa ada usaha mega untuk meraikannya.Melihat kepada situasi semasa, pastinya ramai yang bersetuju kurangnya kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan kali ini adalah disebabkan tumpuan berlebihan orang ramai terhadap isu semasa yang sedang hangat berlaku ketika ini.Antaranya tumpuan terhadap pilihan raya kecil Permatang Pauh yang baru sahaja berlangsung beberapa hari lalu, ketidaktentuan terhadap turun naik harga minyak dalam negara atau global serta isu-isu dalaman lain.Keadaan itu diburukkan lagi dengan kurangnya usaha di peringkat kerajaan sendiri untuk menganjurkan program mega sebelum menjelangnya detik sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos ini.Sektor swasta kali ini juga seolah-olah langsung tidak berminat untuk menyumbang khidmat sosial mereka kepada masyarakat dalam bersama-sama menyemai semangat patriotik.Barangkali situasi itu ada kaitannya dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sejak awal tahun ini kesan kenaikan harga minyak serta beberapa faktor lainnya.Justeru, sebagai langkah berjimat cermat, sektor korporat terpaksa mengeluarkan acara sambutan Hari Kebangsaan termasuk peruntukan bendera dalam belanjawan tahunan mereka.Lalu bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila tidak banyak Jalur Gemilang dilekatkan pada kenderaan kali ini, yang dalam sambutan kemerdekaan sebelum ini banyak diagihkan oleh sektor korporat kepada orang ramai secara percuma.Namun bagi Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian, biar apa pun alasannya, semangat untuk mempamerkan rasa cinta kepada negara tidak seharusnya dijadikan kompromi, sebaliknya perlu dihayati sepanjang masa setanding dengan nilai kemerdekaan yang dikecapi sehingga kini.Walaupun perjuangan untuk menuntut kemerdekaan itu tidak membabitkan pertumpahan darah, namun dalam konteks masyarakat pelbagai kaum di negara ini pada ketika itu, pengorbanan yang terpaksa ditempuh oleh tokoh negara dalam menuntut kemerdekaan adalah satu perjuangan yang tidak terbanding.Perjuangan menuntut kemerdekaan oleh tokoh nasionalis itu juga katanya, membolehkan negara menikmati proses pembangunan dan modenisasi seperti hari ini seterusnya memberi peluang untuk rakyat Malaysia memiliki kualiti hidup yang lebih baik.''Mengenang erti sebenar kemerdekaan itu juga membolehkan setiap daripada kita merenung diri sebagai seorang ahli dalam sebuah keluarga yang besar melangkaui batasan agama, etnik, bangsa atau gender."Di samping itu, elemen perjuangan kemerdekaan itu juga akan mengukuhkan pegangan rakyat Malaysia kepada nilai-nilai penting seperti toleransi, sikap saling memahami dan menghormati serta mempertahankannya agar sentiasa dinikmati oleh setiap generasi akan datang," katanya.Sesuai dengan kepentingan nilai-nilai kemerdekaan yang menjadi tunjang kepada kehidupan masyarakat Malaysia keseluruhannya, Sivamurugan berkata, ia seharusnya menjadi pegangan sepanjang masa dan bukannya disuburkan hanya ketika menjelangnya sambutan Hari Kemerdekaan.Kesedaran untuk mempertahankan nilai-nilai kemerdekaan itu katanya, perlu dijadikan proses berterusan bermula dari peringkat sekolah selain aktiviti massa yang mencakupi keseluruhan masyarakat.Sivamurugan turut menyentuh peranan media cetak dan elektronik, yang disifatkan tidak memainkan peranan kolektif bagi sambutan Hari Kebangsaan kali ini dalam membangkitkan dan menyemai semangat patriotik di kalangan orang ramai.Media ujar beliau, seharusnya lebih mendekatkan orang ramai kepada keperitan perjuangan tokoh-tokoh nasionalis terdahulu dalam usaha mencapai kemerdekaan supaya ia dapat dihayati dengan lebih berkesan.Melihat sambutan secara fizikal seperti mengibarkan bendera hanyalah satu simbol semata-mata, Pensyarah Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Mohd. Noor Yazid bagaimanapun menekankan, kesedaran dan semangat asal kemerdekaan dalam diri setiap rakyat Malaysia itu seharusnya menjadi keutamaan.Daripada apa yang diperhatikan beliau, erti kemerdekaan di kalangan masyarakat hari ini terutama generasi muda tidak sama dengan asas perjuangan menuntut kemerdekaan yang dirintis oleh tokoh pejuang negara seperti Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman.Perjuangan kemerdekaan katanya, adalah perjuangan yang sangat besar dalam membentuk sebuah negara Malaysia berasaskan prinsip Melayu sebagai bangsa dominan dengan kerjasama kaum-kaum lain.Dalam erti kata yang lain, perjuangan kemerdekaan itu menuju kepada konsep satu negara satu bangsa serta berteraskan kepada satu rumpun budaya.Malangnya apa yang berlaku ketika ini memberikan gambaran sebaliknya apabila konsep negara bangsa itu tidak lagi menjadi pegangan apabila keistimewaan Melayu sebagai identiti kebangsaan semakin lantang dicabar.''Dalam situasi seperti ini, pengertian kemerdekaan yang subur di kalangan orang ramai hari ini tidak lagi berteraskan kepada prinsip asal kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 atau pembentukan Malaysia pada 16 September 1963."Sebaliknya, mereka melihat Hari Kemerdekaan itu tidak lebih daripada sebuah sambutan perayaan dalam bentuk fizikal seperti mengibarkan bendera semata-mata, sedangkan roh sebenar pembebasan sebuah negara daripada penjajahan tidak lagi wujud dalam diri mereka," katanya.Menilai lunturnya semangat sebenar kemerdekaan itu, Mohd. Noor berkata, ia berlaku apabila wujudnya pertembungan di antara cendekiawan dan pejuang nasionalis baru yang semakin melencong daripada prinsip kemerdekaan terdahulu dan meletakkan perjuangan kebangsaan di tempat yang tidak sepatutnya.Dalam gerakan yang boleh disifatkan sebagai satu bentuk penjajahan baru itu katanya, ia seolah-olah kembali semula kepada rancangan Malayan Union yang cuba dihidupkan oleh British untuk menghapuskan segala tradisi serta sistem kerajaan negeri-negeri Melayu.