aras dalam pembinaan soalan

Upload: tque-zurr-eisyal

Post on 14-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Aras Dalam Pembinaan Soalan

    1/2

    Terdapat dua model yang biasanya digunakan dalam pembinaan soalan dan juga pembelajaran iaituTaksonomi Bloom dan Taksonomi Solo (Structure of Observed Learning Outcomes). Di Malaysia kitamenggunakan Taksonomi Bloom dalam membina aras-aras dalam ujian. Berikut adalah kata kunci yangboleh dijadikan panduan oleh guru-guru dalam pembinaan soalan berdasarkan Taksonomi Bloom.

    Pengetahuan Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa

    dan lain-lain daripada pembelajaran. Contohnya Bacakan, Catatkan, Daftarkan, Kenal

    pasti, Labelkan, Namakan, Nyatakan, Padankan,Pasangkan, Perihalkan, Pilihkan,

    Sebutkan, Senaraikan, Tandakan

    Kefahaman Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-

    idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan

    menterjemah draf. Contohnya Anggarkan, Bandingkan, Bezakan, Hitungkan, Huraikan,

    Jelaskan, Kategorikan, Kemukakan, Parafrasa, Perluaskan, Ramalkan, Rangkumkan,

    Simpulkan, Terangkan, Terjemahkan

    Aplikasi Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah

    menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Contohnya Binakan, Carikan,

    Gambarkan, Gunakan, Kaitkan, Kemuk akan, Kirakan, Laksanakan, Organisasi ,

    Ramalkan, Selesaikan, Simulasikan, Suaikan, Tentukan, Terapkan, Tunjuk kan

    Analisis Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta

    daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur

    organisasi. Contohnya Bandingkan, Beri sebab, Bezakan, Buat analisis, Inferensi,

    Buktikan, Cerakinkan, Diagnosis, Diskriminasi, Ilustrasi, Kategorikan, Kesan, Kritik,

    Modelkan, Perincikan

  • 7/29/2019 Aras Dalam Pembinaan Soalan

    2/2

    Sintesis Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan

    masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Contohnya Bentukkan, Buktikan,

    Cadangkan, Ciptakan, Gabungkan, Gubal, Jana, Perincikan, Perjelaskan, Putuskan,

    Rancangkan, Rumuskan, Sediakan, Simpulkan, Tafsirkan

    Penilaian Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau

    luaran, mentafsir dan mengkritik. Contohnya Bahaskan, Pertahankan , Bandingkan, Beri

    hujah, Justifikasi, Pendapat, Bincangkan, Anggarkan, Menghakim, Meramal, Buat

    Rumusan, Buat Verifikasi, Buktikan, Nilaikan