arahan pentadbiran perkhemahan krs 2009

8
PERKHEMAHAN KRS DAERAH 2009 ARAHAN PENTADBIRAN PERKHEMAHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) PERINGKAT DAERAH 2009 PADA 22 HINGGA 25 APRIL 2009 DI PUSAT KOKURIKULUM NEGERI, KUALA BERANG, HULU TERENGGANU, TERENGGANU DISEDIAKAN OLEH ABD HAZAM BIN ABD GHANI MOHD ZAKI BIN AWANG PEJABAT PELAJARAN MARANG 1

Upload: othman-che-yusoff

Post on 07-Oct-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

VV

TRANSCRIPT

PAGE PERKHEMAHAN KRS DAERAH 2009

ARAHAN PENTADBIRAN

PERKHEMAHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

PERINGKAT DAERAH 2009

PADA 22 HINGGA 25 APRIL 2009DI PUSAT KOKURIKULUM NEGERI,

KUALA BERANG, HULU TERENGGANU,

TERENGGANUDISEDIAKAN OLEH

ABD HAZAM BIN ABD GHANI

MOHD ZAKI BIN AWANG1. Pendaftaran

: 22 April 2009

10.00 pagi di Pusat Kokurikulum Kuala Berang

2. Majlis Penutup

: 25 April 200910.00 pagi

: Peserta mengambil tempat & Ketibaan Dif-dif Jemputan

10.15 pagi

: Ketibaan Pegawai Pelajaran Daerah Marang

10.30 pagi - Bacaan doa

- Ucapan Aluan oleh Penolong Pegawai PPD Marang,

Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

- Ucapan Perasmian Penutup oleh Pegawai Pelajaran

Daerah Marang

- Penyampaian Hadiah, Cenderamata dan sijil

- Lagu Negaraku

- Jamuan

- Bersurai

3. JADUAL

Rujuk Lampiran

4.PENGINAPAN

4.1 Kawasan Perkhemahan Peserta dan Guru Pengiring

4.2 Rumah pegawai Jurulatih dan Urusetia

5.pENGANGKUTAN

Perjalanan Pergi-Balik disediakan oleh sekolah masing-masing

6. MAKAN MINUM

Sekolah masing-masing

7.PAKAIAN DAN KETRAMPILAN PERSERTA

7.1 PEGAWAI: Pakaian uniform dan separuh uniform

7.2 PESERTA: Pakaian uniform dan separuh uniform

7.3 PAKAIAN AKTIVITI : T-Shirt KRS7.4 TUDUNG: Berwarna hijau atau hitam sahaja

7.5 KASUT:Berwarna putih atau hitam sahaja

7.6 RAMBUT (Lelaki):Nombor 2

* Pegawai dan peserta dikehendaki mematuhi tatacara pemakaian di atas. Kontinjen sekolah dikehendaki memastikan tatacara pemakaian di atas dipatuhi.8. PETI BANTU MULA

Setiap kontingen mesti membawa minimum dua peti bantu mula / pertolongan cemas

9. BORANG PENYERTAAN PEGAWAI DAN PESERTA

9.1Setiap kontingen perlu mengisi borang penyertaan pegawai dan peserta perkhemahan

9.2 Setiap kontinjen berdaftar hendaklah menyerahkan perkara berikut semasa pendaftaran:

(a) maklumat borang penyertaan dalam bentuk cetakan dan data (disket / CD) berdasarkan format Microsoft Excel seperti dalam lampiran.

(b)salinan KEBENARAN WARIS 9.3 Borang penyertaan hendaklah dihantar sebelum 15 Mac 2009 ke Pejabat

Pelajaran Daerah Marang, 21600 Marang Terenganu.

(u.p En. Azman bin Abd Hadi Penyelia Kokurikulum PPD Marang)

Tel: 09-6181500/Fax:09-6183816 H/P: 019-9203945

10. SURAT KEBENARAN DAN STATUS KESIHATAN

10.1 Setiap kontinjen perlu menyediakan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk

Setiap peserta yang menyertai perkhemahan seperti dalam LAMPIRAN.

10.2 Setiap kontingen perlu memastikan setiap pegawai dan peserta mempunyai

tahap kesihatan yang baik dan bebas daripada sebarang penyakit kronik

11.PERALATAN YANG PERLU DIBAWA

11.1Sekolah

11.1.1 Khemah peserta

11.1.2 Peti pertolongan cemas

11.1.3 Borang pendaftaran yang lengkap (cetakan dan disket)

11.1.4 Surat Kebenaran Waris

11.1.5 Peralatan aktiviti di tapak perkhemahan (gergaji, cangkul, tali, parang

dan yang berkaitan)

11.1.6 Peralatan memasak

11.1.7 Bahan untuk pertandingan memasak

11.1.8 Bahan dan peralatan kraf perkhemahan

11.2 Peserta

11.2.1 Pakaian uniform KRS & NGO

11.2.2 Seluar dan T.Shirt KRS & NGO secukupnya

11.2.3 Pakaian Riadah / Sukan termasuk kasut

11.2.4 Pakaian Ibadah

11.2.5 Peralatan peribadi

11.2.6 Ubatan Peribadi12.HADIAH Johan dan Naib Johan aktiviti Pertandingan

Hamper

Sijil penyertaan

13. PERATURAN DAN ARAHAN PERKHEMAHAN

13.1 ARAHAN UMUM

13.1.1Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturan

dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti di sepanjang

perkhemahan

13.1.2 Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan / Timbalan Kem Komandan / Pihak Urusetia menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada keperluan semasa perkhemahan

19.1.3 Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan selengkapnya kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Pengurus Pasukan atau pegawai perubatan yang bertugas

19.1.4 Bagi peserta Islam, solat ikut pada waktunya dan dinasihatkan untuk sentiasa berjemaah. Bagi pelajar bukan Islam, sila ikut arahan untuk aktiviti kerohanian19.1.5 Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan hormat diutamakan

19.1.6 Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham.19.1.7 Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim di sepanjang perkhemahanLAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA URUSETIA DENGAN SEGERA

14.1 KOMUNIKASI / ALAT KOMUNIKASI

14.1.1PERHATIAN: Peserta / pelajar tidak dibenarkan membawa `Hand Phone semasa perkhemahan 14.2 BAHASA PANGGILAN ATAU GELARAN SEMASA PERKHEMAHAN:

14.2.1 Tetamu mengikut protokol / panggilan hormat (Contoh: Datuk/Datin)

14.2.2 Urusetia dan Jurulatih Tuan / Puan

14.2.3 Peserta Saudara / Saudari

14.3 KESELAMATAN: UTAMAKAN KESELAMATAN SEPANJANG MASA

14.3.1Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak pihak.

14.3.2Jika berlaku kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan berterusan serta diikuti dengan arahan / arah pergerakan

14.3.3PERHATIAN: Patuhi arahan / arah pergerakan yang telah ditetapkan.

14.4 Amaran Keras dan Tindakan Tatatertib

14.4.1Semua jenis senjata, termasuk pisau dan parang adalah ditegah disimpan dalam khemah peserta (perlu disimpan di bawah penyeliaan pegawai kontingen daerah)

14.4.2Semua bentuk perbuatan sumbang atau menjolok mata adalah ditegah sama sekali.14.4.3Kawasan perkhemahan Puteri adalah larangan bagi peserta Putera dan sebaliknya

14.4.4Tindakan Keras dan Tatatertib akan dikenakan jika terdapat peserta yang ditangkap atau didapati melanggar amaran di atas sama ada disengajakan ataupun tidak disengajakan. 14.5 KETETAPAN & KETEPATAN MASA / PERGERAKAN ANGGOTA

14.5.1Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa aktiviti yang telah ditetapkan

14.5.2Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan/ denda

14.5.3Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan minimum 2 orang

14.5.4Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan kem / seumpamanya

14.5.5 Tiada pergerakan keluar dari kawasan perkhemahan kontinjen selepas jam 12

tengah malam (0000H) sehingga jam 5 pagi (0500H) kecuali terdapat sebarang

kecemasan atau diringi oleh pegawai

14.6 PERATURAN KEBERSIHAN :

14.6.1 Kawasan luar/ dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan teratur

14.6.2 Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah

14.6.3 Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kebersihan

14.6.4 Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan

14.6.5 Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di kawasan

perkhemahan atau sekitarnya

14.6.6Tempat solat hendaklah sentiasa berkeadaan bersih dan tersusun

14.6.7 Kumpulan bertugas hendaklah memastikan keadaan yang memuaskan dan

teratur sebelum solat bermula

14.6.8 Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik kerana ia adalah untuk

kegunaan ramai dan bersama

14.6.9 Bagi kaum wanita sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu sebelum

dibuang ditempat yang sepatutnya.

14.7 PERATURAN KELUAR MASUK

14.7.1 Semua urusan keluar masuk kawasan kem perlu didokumen / dicatatkan dalam

buku keluar masuk serta dimaklumkan kepada urusetia

14.7.2 Dinasihatkan agar dapat meminimumkan pergerakan keluar masuk dari kawasan

kem

14.7.3 Para peserta dilarang sama sekali keluar masuk melainkan mempunyai dokumen

dan tujuan yang sah dari ketua kontinjen masing-masing.

15. PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan KRS Peringkat Daerah dapat dijalankan dengan lebih baik dan lancar. Kerjasama daripada para pegawai dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan hasrat murni Pejabat Pelajaran Marang.

PERKHEMAHAN KRS PERINGKAT DAERAH MARANGTAHUN 2009Disediakan oleh

Unit Kokurikulum

Pejabat Pelajaran Marang

PERINCIAN TUGAS JAWATANKUASA KERJAPERKHEMAHAN KRS PERINGKAT DAERAH MARANG TAHUN 2009

1. Jawantankuasa kerja Urusetia

1. Melantik AJK

2. Menguruskan surat pelantikan jawatankuasa pengelola dan ahli-ahli

3. Bekerjasama dengan jawatankuasa jemputan, penyambut tamu, dan protokol untuk urusan surat jemputan

4. Menempah cenderamata peserta

5. Bekerjasama dengan JK Buku Program

6. Bekerjasama dengan JK perasmian penutup

7. Membuat tempahan cenderamata VIP

8. Menyelaraskan tugasan di antara semua JK kerja

9. Menghadiri semua mesyuarat JK dan membentangkan laporan

10. Sentiasa ada kakitangan di bilik operasi dan berfungsi setiap masa.

11. Menyediakan borang penilaian akhir perkhemahan.

2. Jawatankuasa Perasmian Penutup, Juruacara dan Protokol

1. Mengadakan raptai perasmian penutup

2. Menyusun aturcara penutup

3. Mengenalpasti juruacara dan pembaca doa

4. Bekerjasama dengan jawatankuasa siaraya

5. Menentukan tempat

6. Mengemas semula selepas upacara

3. Jawatankuasa Aktiviti ( Pertandingan & Integrasi ) dan Jurulatih

1. Menyediakan jadual aktiviti dengan petugas-petugas

2. Menyelaras dan memantau urusetia/ petugas bahagian dan perjalanan aktiviti sepanjang perkhemahan

3. Menyediakan borang pertandingan dan borang keputusan

4. Menetapkan tempat pertandingan

5. Menyediakan format/ syarat pertandingan

6. Menentukan jumlah hakim pertandingan

7. Melantik panel jawatankuasa rayuan

8. Mengatur taklimat untuk Pengurus-Pengurus Pasukan dan Jurulatih-Jurulatih

4. Jawatankuasa Keselamatan, Kebajikan dan Kecemasan

1. Memaklumkan kepada Pusat Kesihatan

2. Menyediakan kenderaan yang bertindak sebagai ambulans sekiranya berlaku kecemasan

3. Menyediakan ubat-ubatan dan peralatan pertolongan cemas

4. Menyediakan petugas dengan peralatan yang mencukupi semasa/ setiap aktiviti yang dijalankan.

5. Memastikan petugas mahir dalam Pertolongan Cemas

6. Merekod rawatan pesakit

5. Jawatankuasa Siaraya

1. Menyediakan peralatan siaraya

2. Memastikan peralatan siaraya berfungsi

6. Jawatankuasa Peralatan dan Logistik1. Bekerjasama dengan semua jawatankuasa untuk menentukan peralatan yang diperlukan

2. Menetapkan tempat pengagihan dan pemulangan alatan

3. Memastikan alatan selamat digunakan

4. Memastikan alatan dipulangkan dalam keadaan yang baik dan cukup

7. Jawatankuasa Persiapan Tempat

1. Menyediakan/ Menanda tapak perkhemahan mengikut jantina

2. Memastikan peraturan di tapak perkhemahan dipatuhi setiap masa

3. Memastikan tapak perkhemahan bersih

4. Menyediakan tapak pelupusan sampah bagi lelaki dan perempuan

5. Menyediakan kemudahan tandas dan air

6. Menyediakan bilik untuk urusetia dan jurulatih

8. Jawatankuasa Seranta , Publisiti dan Pamplet

1. Menyediakan kain rentang

2. Membuat hebahan yang berkaitan dengan perkhemahan 3. Menyediakan Pamplet

4. Menghubungi media massa

5. Berkerjasama dengan pihak urusetia

9. Jawatankuasa Sijil, Hadiah dan Cenderamata

1. Menyusun tempahan hadiah (Johan dan Naib Johan )

2. Menguruskan cenderamata VIP

3. Menyediakan dan menguruskan sijil penyertaan, sijil penghargaan.

4. Menyediakan keperluan alatan untuk majlis penyampaian hadiah

5. Mendapatkan senarai pemenang-pemenang daripada JK Pertandingan

6. Menyediakan petugas untuk majlis penyampaian hadiah

7. Memastikan penerima bersiap sedia awal10. Jawatankuasa Kerohanian, Penghayatan Islam dan Moral

1. Memastikan segala kelengakapan dan kemudahan di surau

2. Merancang pengisian penghayatan Islam dan moral

3. Memastikan surau dalam keadaan sedia dan bersih

4. Memastikan semua peserta perkhemahan mengikuti program di surau

5. Menyediakan tempat dan menjalankan aktiviti moral bagi peserta bukan Islam

11. Jawatankuasa Jemputan dan Penyambut Tamu

1. Menyedia dan membuat urusan pos, surat dan kad jemputan kepada tetamu

2. Menyediakan penyambut tetamu

3. Menyediakan senarai tetamu jemputan

4. Mendapatkan maklumbalas kehadiran tetamu yang dijemput

5. Menentukan tempat duduk VIP, tetamu, dan jemputan

6. Bekerjasama dengan jawatankuasa buku program dan perasmian penutup

PAGE 7PEJABAT PELAJARAN MARANG