arahan-arahan organisasi yang diiktiraf (ro) · pdf file4.1 keperluan bagi pelan keselamatan...

15
Arahan RO 6/2011_Pindaan Januari 11 ARAHAN-ARAHAN ORGANISASI YANG DIIKTIRAF (RO) 6/2011 _ PINDAAN JANUARI 11 Arahan Untuk Melaksanakan Semakan, Meluluskan Pelan, Meluluskan Manual, Memeriksa dan Mengeluarkan Sijil-sijil Yang Diperlukan Di Bawah Konvensyen-konvensyen Antrabangsa bagi Pihak Kerajaan Malaysia (Pindaan : 26 Januari 2011)

Upload: lamdang

Post on 06-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: ARAHAN-ARAHAN ORGANISASI YANG DIIKTIRAF (RO) · PDF file4.1 Keperluan bagi Pelan Keselamatan dan takrif diterjemahkan ke Bahasa Malaysia 4.1.1 Pelan Kebakaran dan Pelan Keselamatan

Arahan RO 6/2011_Pindaan Januari 11

ARAHAN-ARAHAN ORGANISASI YANG DIIKTIRAF (RO) 6/2011 _ PINDAAN

JANUARI 11

Arahan Untuk Melaksanakan Semakan, Meluluskan Pelan, Meluluskan Manual, Memeriksa dan

Mengeluarkan Sijil-sijil Yang Diperlukan

Di Bawah Konvensyen-konvensyen Antrabangsa bagi Pihak Kerajaan Malaysia

(Pindaan : 26 Januari 2011)

Page 2: ARAHAN-ARAHAN ORGANISASI YANG DIIKTIRAF (RO) · PDF file4.1 Keperluan bagi Pelan Keselamatan dan takrif diterjemahkan ke Bahasa Malaysia 4.1.1 Pelan Kebakaran dan Pelan Keselamatan

Arahan Untuk Melaksanakan Semakan, Meluluskan Pelan, Meluluskan Manual, Memeriksa

dan Mengeluarkan Sijil-sijil Yang Diperlukan

Di Bawah Konvensyen-konvensyen Antrabangsa bagi Pihak Kerajaan Malaysia

1.0 Pemberian Kuasa

1.1 RO diberikuasa untuk meluluskan pelan dan manual, memeriksa dan

mengeluarkan sijil bagi kesemua jenis kapal-kapal Malaysia yang

diperlukan di bawah Konvensyen-konvensyen Antarabangsa di bawah :

1.1.1 SOLAS – Konvensyen Antrabangsa bagi Keselamatan Nyawa di Laut

74/78 atau seperti yang dipinda.

1.1.2 MARPOL – Konvensyen Antrabangsa bagi Pencegahan Pencemaran

daripada Kapal-kapal 73/78 – kapal yang tidak mematuhi hendaklah tidak

beroperasi di luar perairan Malaysia dan kumbahan hendaklah dibuang ke

laut di luar 12 b.n.

i. Lampiran I MARPOL

ii. Lampiran II MARPOL

iii. Lampiran III MARPOL

iv. Lampiran IV MARPOL

(kapal sedia ada hendaklah mematuhi sepenuhnya selepas 31 Mac

2011)

v. Lampiran V MARPOL

vi. Lampiran VI MARPOL

(kapal sedia ada hendaklah mematuhi sepenuhnya selepas 30 Jun

2011)

1.1.3 AFS – Konvensyen Antarabangsa berhubung Kawalan Sistem Anti-

Kotoran Berbahaya Atas Kapal-kapal, 2001 – kapal yang tidak mematuhi

hendaklah tidak beroperasi di luar perairan Malaysia

(kapal sedia ada hendaklah mematuhi sepenuhnya selepas 1 Januari 2011

atau sehingga memasuki limbungan kering seterusnya)

1.1.4 COLREG – Konvensyen berhubung Peraturan Antarabangsa bagi

Pencengahan Perlanggaran di Laut 1972

1.1.5 Garisan Beban, 1966 – Konvensyen Antarabangsa berhubung Garisan

Beban, 1966 termasuk Garisan Beban Berbilang

Page 3: ARAHAN-ARAHAN ORGANISASI YANG DIIKTIRAF (RO) · PDF file4.1 Keperluan bagi Pelan Keselamatan dan takrif diterjemahkan ke Bahasa Malaysia 4.1.1 Pelan Kebakaran dan Pelan Keselamatan

1.1.6 Tanan – Konvensyen Antarabangsa berhubung Pengukuran Tanan Kapal-

kapal 1969

1.1.7 Peralatan Mengangkat – Konvensyen Organisasi Buruh Antarabangsa

(International Labour Organisation) No. 152*

1.1.8 Pengurusan Air Balast – Konvensyen Antarabangsa bagi Kawalan dan

Pengurusan Air Balast dan Mendapan Kapal-kapal 2004

1.1.9 Kod IBC, Kod BCH, Kod IGC, Kod IS, Kod Bijian, Kod ISM (hanya bagi

Sijil Pengurusan Kapal) Kod ISPS (kesemua rekod berkaitan hendaklah

disimpan di Pejabat RO di Malaysia) Kod NOx Teknikal, dan

Pengangkutan Barangan Berbahaya

1.1.10 Skim Syarat-syarat Penilaian bagi kapal tangki sepertimana Peraturan 20

(G) Lampiran I MARPOL 73/78.

* Konvensyen yang tidak diratifikasikan oleh Malaysia

* Sila lihat Lampiran I

1.2 Kapal Penumpang, Kapal Berkelajuan Tinggi, Bot Anak Kapal, Kapal

Untuk Tujuan Khusus, Kapal Berkipas membawa lebih daripada 12

kakitangan (termasuk kakitangan industri)

1.2.1 Pemberian Kuasa diperlukan bagi menjalankan pemeriksaan dan

pengeluaran sijil

1.2.2 Kapal-kapal penumpang baru tidak kira saiz dan kawasan operasinya yang

dibina selepas tarikh penguatkuasaan MSN 16/2002 hendaklah dilengkapi

dengan Sistem Pengenalan Automatik (AIS)

1.2.3 Kapal-kapal penumpang sedia ada yang beroperasi di Sabah, Sarawak dan

Labuan tidak kira kawasan operasinya adalah digalakkan untuk mematuhi

keperluan AIS.

1.3 Penginapan Anak Kapal

1.3.1 Kapal hendaklah mematuhi Peraturan Penginapan Anak Kapal UK 1997

atau ILO 92 dan ILO 133, pemberian kuasa diperlukan bagi menjalankan

pemeriksaan atau sebagaimana di dalam Senarai Semak Jabatan Laut

1.3.2 Garispanduan Petronas bagi Baj Beroperasi di Luar Pesisir Pantai

Malaysia (PGBOOM) diterima bagi keperluan penginapan FPSO dan FSO

Page 4: ARAHAN-ARAHAN ORGANISASI YANG DIIKTIRAF (RO) · PDF file4.1 Keperluan bagi Pelan Keselamatan dan takrif diterjemahkan ke Bahasa Malaysia 4.1.1 Pelan Kebakaran dan Pelan Keselamatan

1.4 Kapal Bukan Konvensyen

1.4.1 RO diberi kuasa untuk meluluskan pelan dan manual, memeriksa dan

mengeluarkan sijil bagi kesemua kapal bukan konvensyen berdaftar di

bawah Bendera Malaysia

2.0 Keperluan Untuk Penyimpanan dan Pemunggahan Produksi Terapung

(FPSO) serta Pemunggahan Simpanan Terapung (FSO)

2.0.1 FPSO dan FSO hendaklah diperiksa dan dikeluarkan sijil sebagai Kapal

Tangki Minyak, FPSO dan FSO yang dibina atau lunasnya dipasang atau

pengubahsuaian besar dilakukan selepas 1 Januari 2011 hendaklah

mematuhi Kod MODU

2.1 Keperluan bagi Bot Anak Kapal

2.1.1 Bot Anak Kapal atau Bot Laju Anak Kapal yang membawa kakitangan

industri hendaklah mematuhi

(i) Kod Kestabilan Utuh - IMO Res 749(18) dan Kestabilan

Kerosakan – Kod Kapal Bekalan Luar Pesisir Pantai IMO Res

A.235(82)

(ii) Peralatan LSA, FFA, Radio, Pelayaran – Cadangan IACS untuk

Peraturan Kapal Bukan Saiz Konvensyen (pelayaran tanpa had)

(iii) Pembinaan – Bot Anak Kapal atau Peraturan Kelas Kapal

Berkelajuan Tingi

(iv) Kesemua Keperluan Konvensyen Antarabangsa yang terpakai

2.2 Keperluan bagi Penginapan Baj Tanpa Kipas

2.2.1 Penginapan Baj yang membawa kakitangan industri hendaklah mematuhi

(i) Kesemua keperluan Konvesyen Antarabangsa yang terpakai

(ii) Kod Unit Penggerudi Luar Pesisir Pantai Mudahalih

(nota : pematuhan kepada Kod MODU bagi baj sedia ada yang berdaftar

dengan Pendaftaran Pelabuhan Malaysia sebelum 1 November 2008

adalah sukarela)

2.3 Keperluan untuk Kapal Bagi Tujuan Khusus seperti Bot Kerja

Selenggaraan/Utiliti

2.3.1 Kapal Bagi Tujuan Khusus (Bot Kerja Selenggaraan/Utiliti) yang

membawa kakitangan industri hendaklah mematuhi

Page 5: ARAHAN-ARAHAN ORGANISASI YANG DIIKTIRAF (RO) · PDF file4.1 Keperluan bagi Pelan Keselamatan dan takrif diterjemahkan ke Bahasa Malaysia 4.1.1 Pelan Kebakaran dan Pelan Keselamatan

(i) Kesemua keperluan Konvesyen Antarabangsa yang terpakai

(ii) Kod SPS - Kod SPS 2008 menggantikan Kod SPS yang diterima

melalui resolusi A.534 (13) bagi kapal-kapal bagi tujuan khusus.

Kod yang disemak akan diterimapakai bagi lunas kapal yang

dipasang atau dibina selepas 1 Januari 2009. Kapal-kapal Malaysia

yang menepati kriteria Kapal Bagi Tujuan Khusus di bawah Kod

ini hendaklah diberi kuasa daripada Jabatan Laut untuk

pemeriksaan dan pensijilan.

(iii) Kapal yang dibina atau kontrak ditandatangani sebelum 31

Disember 2007 boleh mematuhi Kod Kapal Pembekalan Pesisir

Pantai tetapi operasi adalah terhad kepada Had Pesisiran Pantai

Malaysia sebagaimana ditakrifkan oleh Ordinan Perkapalan

Malaysia 1952 atau 200 batu nautika daripada daratan terdekat dan

bilangan kakitangan industri terhad kepada 200 orang.

2.4 Keperluan bagi Kapal Kargo Bukan Konvensyen

*Perenggan 2.4.1 dimansuhkan

2.4.2 Kapal Bukan Konvensyen hendaklah mematuhi

(i) MSN No 16/2009 (Keperluan dan Standard Teknikal bagi Kapal

Kargo Bukan Konvensyen Berhubung dengan Pembinaan

Keselamatan, Radio, Peralatan Penyelamat Nyawa dan Peralatan

bagi Bantuan Radio Pelayaran)

(ii) Cadangan IACS bagi keselamatan kapal kargo yang kurang

daripada saiz konvensyen

2.4.3 Keperluan MSN 16/2009 berikut adalah sukarela

(i) Bab VIII Peralatan Penyelamat Nyawa

- Bot Penyelamat

(ii) Bab VIII Peralatan Penyelamat Nyawa

- Keperluan GMDSS

(iii) Bab VII Pencegahan Kebakaran dan Pemadaman Kebakaran

- Keperluan 71 – Pengesan kebakaran kekal dan sistem

penggera kebakaran

2.4.4 Sistem Pengenalan Automatik (AIS)

Page 6: ARAHAN-ARAHAN ORGANISASI YANG DIIKTIRAF (RO) · PDF file4.1 Keperluan bagi Pelan Keselamatan dan takrif diterjemahkan ke Bahasa Malaysia 4.1.1 Pelan Kebakaran dan Pelan Keselamatan

Keperluan AIS bagi Kapal-kapal Bukan Konvensyen

(i) Kapal kargo1500 GT ke atas beroperasi di luar Had Pelabuhan

hendaklah mematuhi keperluan tersebut.

3.0 Pensijilan

3.1 RO perlu menghantar salinan sijil yang pertama dikeluarkan bagi rekod

jabatan atau secara alternatif, Pentadbiran hendaklah diberi capaian kepada

sijil-sijil melalui laman web RO. Kesemua pembaharuan/pengeluaran sijil

berikutnya perlu dihantar apabila diminta.

3.2 Dokumen Kepatuhan atau Penyataan Kepatuhan hendaklah dikeluarkan

bagi konvensyen yang tidak diratifikasikan oleh Malaysia.

3.3 Sijil Jangka Pendek & Bersyarat

3.3.1 RO dibenarkan untuk mengeluarkan sijil jangka pendek bagi tempoh

maksimum 2 bulan bagi syarat-syarat berikut :

(i) Pembetulan tidak boleh dibuat dengan sebab yang sah atau tiada

alat ganti di pelabuhan di mana terdapat kerosakan atau dilaporkan

* (hanyalah sah bagi kerosakan peralatan Pelayaran dan Radio,

kerosakan atau selenggaraan dan ujian peralatan LSA dan FFA)

Atau

(ii) Pengurusan yang berpatutan atau alternatif atau langkah-langkah

sementara telah disediakan sehingga memuaskan pemeriksa yang

hadir berdasarkan keperluan berkanun

*Pemilik hendaklah dengan serta merta atau tidak lewat daripada 2 minggu dari tarikh

pengeluaran sijil-sijil melaporkan kepada Unit Akreditasi Kapal, Jabatan Laut Malaysia

beserta dokumen sokongan termasuk kesukaran untuk memperbaiki kekurangan, langkah

berpatutan telah ditetapkan dan cadangan pelan tindakan pembetulan untuk memperbaiki

kekurangan.

3.4 Sijil Pengecualian

3.4. RO tidak dibenarkan untuk mengeluarkan sijil pengecualian melainkan

diberi kuasa oleh Jabatan kecuali bagi keperluan di bawah :

(i) Kapal yang sentiasa berada di dalam pelayaran di antara 30 Utara

dan Selatan melainkan kapal pengangkut pukal dikecualikan

Page 7: ARAHAN-ARAHAN ORGANISASI YANG DIIKTIRAF (RO) · PDF file4.1 Keperluan bagi Pelan Keselamatan dan takrif diterjemahkan ke Bahasa Malaysia 4.1.1 Pelan Kebakaran dan Pelan Keselamatan

daripada mematuhi keperluan SOLAS Bab III 32.3.2 pengangkut

sut kedap bagi setiap orang yang berada di atas kapal

3.5 Lanjutan Sijil bagi penangguhan pemeriksaan di limbungan kering

3.5.1 RO dibenarkan untuk melanjutkan pemeriksaan di limbungan kering bagi

tempoh maksimum tidak melebihi 3 bulan daripada tarikh tamat dalam

keadaan berikut :

(i) Dalam hal di mana berlabuh di limbungan kering diperlukan, tetapi

tidak dapat dijalankan, pemeriksaan bahagian bawah kapal di

dalam air akan dijalankan sebelum tarikh tamat Pemeriksaan

Berlabuh

(ii) Dalam hal pemeriksaan di dalam air adalah mustahil (cth

penglihatan tidak jelas, sekatan draf, arus yang kuat, penolakan

oleh pihak berkuasa pelabuhan), pemeriksaan dalaman bagi

struktur bawah kapal akan dijalankan sehingga ke tahap

maksimum yang praktikal.

(iii) Dalam hal lanjutan tidak melebihi satu (1) bulan sebagai ganti

kepada pemeriksaan bahagian bawah kapal, pemeriksaan umum

ketika terapung bagi menentukan kesesuaian untuk terus belayar

semasa tempoh lanjutan akan dipertimbangkan. Pemeriksaan

termasuk pemeriksaan dan ujian jentera stereng jika dianggap

perlu, semakan rekod di atas kapal untuk mengesahkan operasi

jentera pendorog memuaskan, dan tiada kerosakan dan/atau

kejadian tersadai sejak kehadiran terakhir RO. Selain itu,

pemeriksaan luaran sistem air laut dengan perhatian khusus kepada

bahagian pengembangan bukan metalik (jika dipasang), injap laut

dan sambungan kepada bekas kemasukan air laut perlu juga

dilakukan.

3.5.2 Faktor-faktor berikut hendaklah dipertimbangkan tetapi tidak terhad

kepada, sebelum RO memberi lanjutan pemeriksaan berlabuh :

(i) Ketiadaan limbungan kering atau kemudahan membaikpulih atau

ketiadaan bahan penting, peralatan atau alat ganti bagi limbungan

kering

(ii) Kelewatan yang disebabkan tindakan bagi mengelak cuaca buruk

(iii) Kelewatan di luar dugaan di kemudahan memuat/memunggah

3.5.3 Lanjutan Sijil Peralatan dan Radio Keselamatan

Page 8: ARAHAN-ARAHAN ORGANISASI YANG DIIKTIRAF (RO) · PDF file4.1 Keperluan bagi Pelan Keselamatan dan takrif diterjemahkan ke Bahasa Malaysia 4.1.1 Pelan Kebakaran dan Pelan Keselamatan

(i) RO dibenarkan untuk melanjutkan Sijil Peralatan dan Radio

Keselamatan bagi tempoh tidak lebih daripada 3 bulan bagi tujuan

menjalankan pemeriksaan bersama Sijil Pembinaan Keselamatan

Garisan Beban Antarabangsa.

Pemilik hendaklah memaklumkan kepada Jabatan Laut (Unit Akreditasi Kapal)

tujuan menangguh pemeriksaan di limbungan kering beserta dokumen sokongan

satu (1) bulan sebelum tarikh tamat tempoh.

Dalam apa-apa hal keadaan, lanjutan sijil di limbungan kering tidak boleh

diberikan di atas sebab-sebab komersial.

Pemberian kuasa di dalam bahagian ini adalah sah bagi kesemua jenis kapal yang

berumur kurang daripada 10 tahun

3.6 Pensijilan bagi FPSO dan FSO

3.6.1 Garisan Beban Antarabangsa

3.6.2 Pencegahan Pencemaran Minyak Antarabangsa

3.6.3 Pengukuran Tanan Antarabangsa

3.6.4 Pembinaan Keselamatan Kapal Kargo

3.6.5 Peralatan Keselamatan Kapal Kargo

3.7 Pensijilan bagi Baj Tanpa Kipas termasuk Pengangkutan Kakitangan

Industri

3.7.1 Kesemua pensijilan Konvensyen yang terpakai

3.7.2 Sijil Peralatan Keselamatan Bukan Konvensyen dan Pembinaan

Keselamatan Kapal (bagi kapal yang dibina sebelum 6 November 2008)

atau Sijil MODU (selepas 1 November 2008)

3.8 Pensijilan bagi Kapal Kargo Bukan Konvensyen

3.8.1 Kesemua pensijilan Konvensyen yang terpakai

3.8.2 Sijil Pembinaan Keselamatan Kapal Bukan Konvensyen

3.8.3 Sijil Peralatan Keselamatan Kapal Bukan Konvensyen

3.8.4 Sijil Radio Keselamatan Kapal Bukan Konvensyen

Page 9: ARAHAN-ARAHAN ORGANISASI YANG DIIKTIRAF (RO) · PDF file4.1 Keperluan bagi Pelan Keselamatan dan takrif diterjemahkan ke Bahasa Malaysia 4.1.1 Pelan Kebakaran dan Pelan Keselamatan

4.0 Peralatan Keselamatan Kapal

4.1 Keperluan bagi Pelan Keselamatan dan takrif diterjemahkan ke Bahasa

Malaysia

4.1.1 Pelan Kebakaran dan Pelan Keselamatan hendaklah diterjemahkan ke

Bahasa Malaysia

4.1.2 Organisasi yang diberi kuasa untuk menentusahkan terjemahan adalah

Dewan Bahasa dan Pustaka, Saz Marine Services Sdn Bhd dan Institut

Terjemahan Negara Malaysia.

4.2 Pemeriksaan Berkala, Penyelenggaraan Silinder Gas Termampat, Pemadam

Kebakaran dan Sistem Pencegahan Kebakaran Kekal

4.2.1 Pemadam Kebakaran Mudahalih

(i) Pemeriksaan

(a) Kesemua pemadam hendaklah diperiksa setiap tahun oleh

pegawai kapal atau jurutera atau ejen yang diberi kuasa

(ii) Ujian

(a) Tempoh ujian hidraulik bagi semua jenis pemadam kebakaran

mudahalih hendak dibuat dalam jarak masa tidak melebihi 10

tahun, kecuali pemadam yang didapati rosak semasa

pemeriksaan.

(b) Ujian hidraulik mestilah dilakukan oleh ejen penyelenggaraan

yang bertauliah atau kemudahan ujian

(c) Sebelum mengisi semula pemadam, pemeriksaan teliti dan

pemeriksaan dalaman hendaklah dijalankan oleh

penyelenggara dan RO perlulah menentusahkan protokol ujian

tersebut adalah berdasarkan manual pengilang.

*Peralatan marin yang diluluskan berdasarkan Arahan Peralatan Marin

Eropah 96/98/EC yang diterima oleh Jabatan Laut.

(iii) Penyelenggaraan

(a) Pemadam air dan buih mestilah diisi setiap 12 bulan oleh

pegawai kapal atau jurutera atau ejen yang diberikuasa

Page 10: ARAHAN-ARAHAN ORGANISASI YANG DIIKTIRAF (RO) · PDF file4.1 Keperluan bagi Pelan Keselamatan dan takrif diterjemahkan ke Bahasa Malaysia 4.1.1 Pelan Kebakaran dan Pelan Keselamatan

(b) Lain-lain pemadam perlu diisi semula oleh ejen

penyelenggaraan yang diberikuasa setiap 2 tahun.

4.2.2 Pemadam Kebakaran Kekal

(i) Pemeriksaan

(a) Pemeriksaan tahunan hendaklah dilaksanakan oleh pegawai

kapal atau jurutera atau ejen yang diberikuasa

(ii) Ujian

(a) Tempoh ujian hidraulik bekas tekanan tinggi hendaklah

dilaksanakan ke atas 10% bekas setiap tempoh 10 tahun atau

100% bekas selepas 20 tahun daripada tarikh pembuatan

(b) Ujian hidraulik yang diperlukan selepas dibaiki

(c) Ujian hidraulik juga diperlukan jika kehilangan kandungan

lebih daripada 10% bagi CO2 dan 5% bagi Halon

4.2.3 Sistem Pemadam Buih Kekal

(i) Pensampelan buih

Analisa sampel buih mestilah dilaksanakan selepas 3 tahun

daripada tarikh pembuatan dan seterusnya setiap tahun oleh ejen

penyelenggaraan yang diberikuasa atau makmal pengilang.

4.2.4 Silinder bagi SCBA

(i) Pemeriksaan

(a) Kesemua silinder, lekapan tekanan tinggi dan hos

hendaklah diperiksa secara luaran setiap tahun oleh

pegawai kapal atau jurutera atau ejen yang diberikuasa

(ii) Ujian

(a) Ujian hidraulik bagi Silinder SCBA hendaklah

dilaksanakan dalam jarak waktu tidak melebihi 5 tahun.

(iii) Gantian Pengecas

(a) Seperti keperluan SOLAS

Page 11: ARAHAN-ARAHAN ORGANISASI YANG DIIKTIRAF (RO) · PDF file4.1 Keperluan bagi Pelan Keselamatan dan takrif diterjemahkan ke Bahasa Malaysia 4.1.1 Pelan Kebakaran dan Pelan Keselamatan

4.2.5 Sut Kedap

(i) Bilangan sut kedap hendaklah mematuhi Peraturan 32.3 Bab III

SOLAS

(ii) Dua (2) sut kedap tambahan hendaklah diperuntukkan di Jambatan,

Bilik Kawalan Enjin dan stesen haluan berhampiran lokasi haluan

rakit penyelamat

(iii) Kapal beroperasi di dalam 30 U dan S dikecualikan daripada

keperluan ini.

4.2.6 Peralatan Pernafasan Kecemasan (Emergency Escape Breathing Devices (

EEBD)

(i) EEBD hendaklah diperuntukkan seperti berikut

(a) Ruang jentera yang mengandungi jentera pembakaran

dalaman yang digunakan untuk pendorong utama

1. Satu untuk bilik kawalan enjin

2. Satu di dalam kawasan tertutup di mana bengkel

enjin terletak

3. Satu berhampiran dengan laluan keluar di setiap dek

.

Dalam hal, di mana kedudukan bilik kawalan enjin

dan/atau bengkel dan lalun keluar adalah

berhampiran, EEBD bagi bilik kawalan enjin

dan/atau bengkel boleh bahagikan. Walau

bagaimana pun, bilangan EEBD hendaklah tidak

kurang daripada 2

(b) Ruang jentera Kategori A selain daripada di atas

1. Satu EEBD berhampiran laluan keluar di setiap dek.

EEBD tidak diperlukan bila ruang hanya di atas satu

aras dan laluan ke ruang yang selamat dijamin mudah.

(c) Kapal-kapal Kargo

1. 2 set EEBD di ruang penginapan

(ii) Bilangan EEBD lebihan hendaklah sekurang-kurangnya 50%

daripada peruntukan sebenar

Page 12: ARAHAN-ARAHAN ORGANISASI YANG DIIKTIRAF (RO) · PDF file4.1 Keperluan bagi Pelan Keselamatan dan takrif diterjemahkan ke Bahasa Malaysia 4.1.1 Pelan Kebakaran dan Pelan Keselamatan

4.2.7 Penyelenggaran Bot Penyelamat, Peralatan Pelancar dan Gear Pelepasan

Beban Berkala

(i) Ujian dan penyelenggaraan hendaklah dilakukan oleh

(a) Ejen pengilang yang diberikuasa, atau

(b) Mana-mana penyelenggara (RO diberikuasa untuk

meluluskan penyelenggara yang tidak diberikuasa oleh

pengilang), atau

(c) Orang yang kompeten (yang telah menjalani lathan yang

ditetapkan oleh pengilang)

5.0 Kapal Tangki

5.1 Pemeriksaan CAS

5.1.1 Pemeriksaan hendaklah dilaksanakan berdasarkan MEPC 94 (46)

seperti pindaan

5.1.2 Unit Akreditasi Kapal hendaklah dimaklumkan satu bulan sebelum

pemeriksaan CAS dimulakan.

5.2 Pengangkut gred berat bagi kapal tangki kurang daripada 5000 dwt

dan lebih daripada 600 dwt yang tidak mematuhi Peraturan 20

MARPOL Lampiran I

5.2.1 Pembaharuan atau pemeriksaan segera hendaklah dilaksanakan

dengan kehadiran Pemeriksa Jabatan

5.2.2 Unit Akreditasi Kapal hendaklah dimaklumkan satu bulan sebelum

pemeriksaan dijalankan

5.3 Pengecualian daripada mematuhi Keperluan Peraturan

Antarabangsa bagi Pencegahan Perlanggaran di Laut 1972

Kapal-kapal yang digunakan untuk operasi tertentu dikecualikan daripada

mematuhi keperluan Peraturan Antarabangsa bagi Pencegahan

Perlanggaran di Laut 1972 seperti yang diperuntukkan di bawah :

(i) Peraturan 23 (a) (ii)

(ii) Peraturan 2 (i)(i) Lampiran I

Tertakluk kepada :

Page 13: ARAHAN-ARAHAN ORGANISASI YANG DIIKTIRAF (RO) · PDF file4.1 Keperluan bagi Pelan Keselamatan dan takrif diterjemahkan ke Bahasa Malaysia 4.1.1 Pelan Kebakaran dan Pelan Keselamatan

(i) Jarak melintang di antara lampu-lampu tidak kurang daripada 1

meter

Pengecualian di atas hanya terpakai kepada kapal-kapal yang panjangnya

(panjang keseluruhan LOA) kurang daripada 100 meter.

LAMPIRAN 1 : TAHAP PEMBERIAN KUASA

PERALATAN Pemula

(*)

Pembaharuan

(*)

Tahunan

(*)

Pengecualian

(Ya/Tidak)

Semakan

(Ya/Tidak)

1 Konvensyen SOLAS 1974 atau seperti

pindaan

1.1 Sijil Pembinaan Keselamatan Kapal

Kargo

F F F L Ya

1.2 Sijil Peralatan Keselamatan Kapal

Kargo

F F F L N/A **

1.3 Sijil Radio Keselamatan Kapal Kargo F F F L Ya

1.4 Sijil Keselamatan Kapal Penumpang L L L L Ya

1.5 Sijil Keselamatan Kapal Berkelajuan

Tinggi

L L L L Ya

1.6 Kod Keselamatan Antarabangsa bagi

Pelabuhan dan Kapal (ISPS)

F F L Ya

1.7 Kod Pengurusan Keselamatan Antarabangsa (ISM)

(a) SMC F F L

(b) DOC L L L L

1.8 Pengangkut Gas Cecair Secara Pukal

1.8.1 Sijil bagi Pembina Kapal sebelum 31

Oktober1976

F F F L Ya

1.8.2 Sijil bagi Pembina Kapal

sebelum/selepas 31 Oktober1976 dan

sebelum 1 Julai 1986

F F F L Ya

1.8.3 Sijil Antarabangsa bagi Pembina Kapal

pada/selepas 1 Julai 1986, Kod IGC

F F F L Ya

1.9 Pengangkut Bahan Kimia Berbahaya

Secara Pukal

1.9.1 Sijil Pembuat Kapal sebelum 1 Julai

1986, Kod BCH

F F F L Ya

1.9.2 Sijil Antarabangsa Pembuat Kapal

selepas Julai 1986, Kod IBC

F F F L Ya

1.10 Dokumen Pemberian Kuasa bagi

Pengangkut Bijian

F F F L Ya

1.11 Dokumen Pematuhan dengan

Keperluan Khusus bagi Kapal-kapal

Pembawa Barangan Berbahaya

F F F L N/A

2 Konvensyen MARPOL 73/78

2.1 Lampiran I – Sijil Pencegahan Pencemaran Minyak Antarabangsa

F F F N/A Ya

2.2 Lampiran II – Sijil Pencegahan

Pencemaran Antarabangsa bagi

Pengangkut Bahan Cecair Beracun

secara Pukal (NLS)

F F F N/A Ya

Page 14: ARAHAN-ARAHAN ORGANISASI YANG DIIKTIRAF (RO) · PDF file4.1 Keperluan bagi Pelan Keselamatan dan takrif diterjemahkan ke Bahasa Malaysia 4.1.1 Pelan Kebakaran dan Pelan Keselamatan

2.3 Lampiran III –Bahan Berbahaya, Fakta

Penyataan

F F F N/A N/A

2.4 Lampiran IV - Kumbahan F F F N/A N/A

2.5 Lampiran VI - Sampah F F F N/A N/A

2.6 Lampiran VI (termasuk Kod Teknikal

NOx)

F F F N/A N/A

3 Peraturan Antarabangsa bagi

Pencegahan Perlanggaran di Laut 1972

F F F L N/A

4 Konvensyen Antarabangsa berhubung

Pengukuran Tanan Kapal 1969

F F F L N/A

5 Konvensyen Antarabangsa berhubung

Garisan Beban 1966 atau seperti

pindaan

F F F L N/A

6 Kod Penggerudi Luar Pesisir Pantai Mudahalih, Edisi 1979 & 1989

F F F L N/A

7 Konvensyen Antarabangsa bagi

Kawalan dan Pengurusan Air Balast

dan Mendapan Kapal-kapal 2004

F F F L N/A

8 Konvensyen Antarabangsa berhubung

Sistem Kawalan Anti-Kotoran

Berbahaya atas Kapal 2001

F F L N/A

9 Kod Keselamatan bagi Kapal Untuk

Tujuan Khusus

L L L L N/A

10 Manual Pemasangan Kargo F Ya

11 Kapal Kargo Bukan Konvensyen

11.1 Sijil Pembinaan Keselamatan Kapal

Kargo

F F F L

11.2 Sijil Peralatan Keselamatan Kapal

Kargo

F F F L

11.3 Sijil Radio Keselamatan Kapal Kargo F F F L

*Jenis pemberian kuasa berikut adalah terpakai seperti nota :

F : Pemberian kuasa penuh untuk menyemak dan meluluskan pelan, dokumen dan

manual yang diperlukan, melaksanakan pemeriksaan dan mengeluarkan dan/atau

membatalkan sijil interim dan penuh

L : Pemberian kuasa terhad untuk mengambilkira kategori khusus lain yang tidak

terangkum di atas, seperti pemberian kuasa kes ke kes atau batasan geografi.

N/A : Tidak terpakai

Bagi peralatan di mana Pentadbiran bukan penandatangan, Penyataan Pematuhan boleh

dikeluarkan bagi menggantikan sijil.

Page 15: ARAHAN-ARAHAN ORGANISASI YANG DIIKTIRAF (RO) · PDF file4.1 Keperluan bagi Pelan Keselamatan dan takrif diterjemahkan ke Bahasa Malaysia 4.1.1 Pelan Kebakaran dan Pelan Keselamatan

BUTIRAN UNTUK DIHUBUNGI

Ketua Pengarah

Jabatan Laut Malaysia

Ibu Pejabat Laut

Peti Surat 12, Jalan Limbungan

42007 Pelabuhan Klang

Selangor Darul Ehsan

Pengarah Bahagian Kawalan Industri Maritim

Jabatan Laut Malaysia

Ibu Pejabat Laut

Peti Surat 12, Jalan Limbungan

42007 Pelabuhan Klang

Selangor Darul Ehsan

Tel +603 3346 7777

Faks +603 3164484

Laman Web www.gov.my

E-mel [email protected]

Pengarah Bahagian Kawalan Industri Maritim

Tuan Haji Ahmad Khairuddin Bin Ismail

[email protected]

Unit Pendaftaran Kapal

Mohd Fairoz bin Rozali

[email protected]

Unit Akreditasi Kapal

Kapt Abdul Samad Bin Shaik Osman

[email protected]

Unit Keselamatan Pengurusan Kapal

Kapt Abdul Samad Bin Shaik Osman

[email protected]

Unit ISPS

Mohd Hisham Bin Ali

[email protected]