apresiasi psv3110
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 Apresiasi PSV3110
1/5
PSV3110 Sejarah dan Apresiasi Seni
1.0 Teori Apresiasi EDMUND BURKE FELDMAN ( Karya Seni Catan )
1.1 Seni Catan Malaysia
Karya Abdul Latif maulan yang bertajuk Fantasy Dream. Karya ini bersaiz 36 Inci x 48 Inci di
lukis pada kanvas menggunakan cat minyak. Menurut Feldmen (1967) dan Smith (1967)
Teori Edmund
Burke Feldman
Apresiasi Karya
Diskripsi Abdul Latiff Maulan karya fantasy dream mengetengahkan
figura manusia yang sedang berehat di dalam kawasan rehat
atau rumah setinggan untuk pekerja binaan. Pemuda yang
sedang berehat itu sedang memakai kain pelikat yang
mempunyai corak berpetak-petak, hasil gabungan garisan telah
menyebabkan jalinan. Terdapat juga surat khabar, seluar yang
digantung, topi kerja, resit-resit yang berselerak.
-
7/29/2019 Apresiasi PSV3110
2/5
PSV3110 Sejarah dan Apresiasi Seni
Analisis Unsur garisan pada karya dilihat berdasarkan garisan halus,
kasar dan beralun yang terdapat dalam karya tersebut. Garisan
halus dilihat pada tulisan-tulisan yang terdapat pada poster artis
perempuan serta tulisan pada surat khabar dan juga pada
seluar yang tergantung didinding. Garisan kasar pula dilihat
kesan-kesan tompokan warna yang tidak sekata pada dinding
rumah dan juga garisan pembinaan bangunan di luar rumah
yang menimbulkan kesan kukuh terhadap bangunan yang
sedang di bina. Selain itu, kesan garisan beralun juga
diperlihatkan pada gambar-gambar poster serta figura pemuda
untuk menimbulkan kesan posisi sesuatu imej yang hendak
dihasilkan serta menimbulkan kesan pergerakan.
Interpretasi Ekspresif merujuk kepada pernyataan perasaan. Ia melibatkan
perasaan, mood dan idea dalaman. Mood sedih memikirkan
duit dan pekerjaan dan inginkan seorang teman wanita disisi.
Penilaian Karya ini baik kerana dapat meluahkan perasaan pengkarya
dan mesej jelas , sampai kepada pemerhati.
-
7/29/2019 Apresiasi PSV3110
3/5
PSV3110 Sejarah dan Apresiasi Seni
1.2 Seni Catan Barat
ASPIRASI DI SEBALIK KARYA CLAUDEMONET IMPRESSION, SUNRISE, 1872
(1840-1926)
Seniman/PembuatClaude Monet(18401926)
Judul English: Impression, SunriseDeutsch: Impression, SonnenaufgangFranais : Impression, soleil levant
Tahun1872
MediumOil on canvas
Ukuran48 63 cm
LokasiMuse Marmottan MonetParis
http://risalahproseni.blogspot.com/2010/08/aspirasi-di-sebalik-karya-claude-monet.htmlhttp://risalahproseni.blogspot.com/2010/08/aspirasi-di-sebalik-karya-claude-monet.htmlhttp://risalahproseni.blogspot.com/2010/08/aspirasi-di-sebalik-karya-claude-monet.htmlhttp://commons.wikimedia.org/wiki/Claude_Monethttp://commons.wikimedia.org/wiki/Claude_Monethttp://commons.wikimedia.org/wiki/Mus%C3%A9e_Marmottan_Monethttp://commons.wikimedia.org/wiki/Mus%C3%A9e_Marmottan_Monethttp://2.bp.blogspot.com/_yI48gYDBVGA/TG4mCIhBbBI/AAAAAAAAAxg/dqAxjEHmZ8g/s1600/Impression,Sunrise,1872,oil+on+canvas,49.5x65cm-CLAUDE+MONET.jpghttp://commons.wikimedia.org/wiki/Mus%C3%A9e_Marmottan_Monethttp://commons.wikimedia.org/wiki/Claude_Monethttp://risalahproseni.blogspot.com/2010/08/aspirasi-di-sebalik-karya-claude-monet.html -
7/29/2019 Apresiasi PSV3110
4/5
PSV3110 Sejarah dan Apresiasi Seni
Teori Edmund Burke
Feldman
Apresiasi Karya
Diskripsi Karya catan Impression's Monet, Sunrise melambangkan
semangat impresionis dihasilkan oleh Claude Monet. Wap,
kabus dan asap dari cerobong sebagai kesan latar
belakang yang diletakkan menjadi aliran jalan antara satu
sama lain. Cahaya itu segera menyebar sinarnya untuk
bertembung dengan kabut dan memberikan pandangan
yang agak samar-samar dari dermaga yang agak romantis.
Ditonjolkan matahari dan pantulan cahaya juga bayang
diterap tebal dan kukuh.
Analisis Mood yang separuh istirehat dalam kelapangan
diseimbangkan bersama kekuatan cahaya matahari.
Segalanya menjadi suatu kesan tampak sebagai sekilas
pandang dalam cuaca pagi. Segalanya nampak tenangtetapi masih ada gangguan pada cahaya matahari yang
terasa mulai menghembuskan nafas panasnya.
Ketenangan itu dimainkan peranannya oleh pelaut sedang
mendayung dan divisualisasikan secara tenang bersama
bayangan yang jatuh ke air. Hanya pemerhati yang mampu
berimaginasi dikatakan boleh membezakan antara kargo
dan dermaga yang berada di belakang pelaut
Interpretasi Kepekaan pelukis pada kesan cahaya yang membawa
perubahan atmosera di langit dan terjatuh pada permukaan
air merupakan realiti, keajaiban yang mahu dijelmakan.
-
7/29/2019 Apresiasi PSV3110
5/5
PSV3110 Sejarah dan Apresiasi Seni
Permukaan air yang bergerak dan bersinar dengan warna
merah jingga telah digunakan oleh Monet untuk
menyatakan aspirasi semangat impresionisme sebagai
pergerakan, perjuangan mengangkat gaya dalam seni
lukis. Dari semangat gerakan impresionisme ini suatu
penemuan berasaskan saintifik telah melahirkan teori
persepsi dan teori warna yang membuktikan cahaya dan
bayang adalah suatu fenomena alam. Juga dalam teori
yang diketengahkan itu membuktikan tiada warna hitam
dalam alam semulajadi. Dengan bukti ini pelukis boleh
menolak warna hitam pada palet ketika melukis.
Berasaskan kefahaman dan hubungkait mekanisme
kamera dengan mata, suatu yang dicipta dari sumber
pencahayaan yang merentas kanta mencetuskan imej
impresif. Itulah visi sebenar pergerakan impresionisme ini
yang mementingkan hasil cahaya dan warna memainkan
peranan pada setiap permukaan.
Penilaian Karya ini menarik perhatian dari segi pencahayaan yangterang untuk menggambarkan keindahan lautan ketika
sang suria terbit. Namun yang lebih penting, pelukis
bukannya bertujuan mahu melahirkan lukisan yang indah
dan cantik. Matlamatnya ialah mencipta suatu rakaman
realiti yang dilihatnya sendiri. Dari sudut pandangan pelukis
sebagai suatu semangat Impresionisme yang mahu
menangkap kesan visual dari realiti. Ada pergerakan,
cahaya dan sesuatu yang amat dekat dengan mata kita
yang boleh digambarkan secara realiti.