apresiasi karya hoessein enas-gadis melayu

5
KARYA TEMPATAN Karya diatas merupakan karya yang telah dihasilkan oleh Mohd Hossein Enas. Beliau menggunakan media cat minyak dan menggunakan tema figuratif sebagai tema utama iaitu figura seorang perempuan. Karya ini merakamkan gambar seorang gadis yang mempunyai raut wajah gadis melayu yang berambut hitam, bersanggul, bibir yang tebal, beranting- anting, memandang ke arah satu tempat dan memakai baju kemeja. APRESIASI KARYA Karya: Hoessein Enas (1924-1995) Tajuk: Gadis Melayu Media: Cat Minyak (55cm x 45cm)

Upload: siti-zur-aida

Post on 11-Aug-2015

1.966 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Apresiasi karya tempatan

TRANSCRIPT

Page 1: Apresiasi Karya Hoessein Enas-Gadis Melayu

KARYA TEMPATAN

Karya diatas merupakan karya yang telah dihasilkan oleh Mohd Hossein Enas. Beliau

menggunakan media cat minyak dan menggunakan tema figuratif sebagai tema utama iaitu

figura seorang perempuan. Karya ini merakamkan gambar seorang gadis yang mempunyai

raut wajah gadis melayu yang berambut hitam, bersanggul, bibir yang tebal, beranting-

anting, memandang ke arah satu tempat dan memakai baju kemeja.

Rambut yang hitam dan bibir yang tebal memberi makna seorang gadis melayu yang

asli. Baju kemeja pula membawa makna kemodenan. Karya potret ini secara

keseluruhannya membawa makna seorang gadis Melayu yang menjaga kemelayuannya di

dunia serba moden. Ini juga merupakan fesyen gadis Melayu dizaman itu.

APRESIASI KARYA

Karya: Hoessein Enas (1924-1995)

Tajuk: Gadis Melayu

Media: Cat Minyak (55cm x 45cm)

Page 2: Apresiasi Karya Hoessein Enas-Gadis Melayu

Hossein Enas bijak menggunakan teknik sapuan berus dengan baik dan Berjaya

menimbulkan pandangan fokus kepada wajah gadis tersebut. Riak wajah gadis tersebut

juga menimbulkn pelbagai takrifan dan dapat dijadikan bahan dokumentasi visual dan

rujukan dalam banyak perkara seperti potret ‘Monalisa’.

MENGGAMBAR

Pelukis menggunakan garisan yang lembut pada karya ‘Gadis Melayu’ ini dan

menampakkan kelembutan pada rambut, bulu kening, bulu mata an bibir gadis tersebut

tetapi pelukis menggunakan garisan tebal pada kolar baju kemeja dan menampakkan

elemen bayang-bayang.

Pelukis juga mengguna unsur rupa pada telinga gadis tersebut dan menggunakan

bentuk pada hidung, mata dan kolar baju gadis tersebut yang telah menampakkan bentuk 3

dimensi pada karya yang dinyatakan ini. Jalinan pada garis halus yang digunakan oleh

Hossein Enas menampakkan rambut gadis tersebut tampak lebat dan sihat.

Warna yang digunakan juga menunjukkan kematangan pada raut wajah gadis

tersebut dan menggambarkan ciri-ciri gadis melayu yang berkulit sawo matang. Campuran

warna yang digunakan menimbulkan kesan ruang pada karya tersebut dan menampakkan

gadis tersebut berada di hadapan dan dibelakangnya terdapat satu ruang yang boleh

ditakrifkan sebagai dinding ataupun pemandangan yang dikaburkan.

MENGANALISA

Hoessein Enas merupakan pengkarya yang banyak menghasilkan karya figuratif yang

bersifat realistik dan bijak menggunakan warna. Warna yang digunakan beliau dalam karya

ini menunjukkan kelembutan pada gadis tersebut walaupun gadis tersebut berpakaian

kemeja dan moden pada zamannya.

Jalinan garisan halus juga menimbulkan pergerakan pada rambut gadis tersebut.

Manakala mata yang agak besar dan bibir yang sedikit terbuka menimbulkan mood yang

tenang dan selesa. Gabungan elemen-elemen ini menimbulkan perasaan harmoni. Kesan

warna Berjaya diolah oleh beliau dengan begitu baik. Beliau juga menggunakan warna

sekunder iaitu hijau, oren dan ungu yang dicampur halus dan menampakkan kesan ruang.

Walaupun pada karya tersebut, pemberatan ruang kosong adalah disebelah kanan

karya, tetapi karya tersebut tidak nampak cacat dan kelihatan kadar banding warna yang

digunkan menampakkan keseimbangan dan tidak bosan kerana terdapat ciri kemodenan

Page 3: Apresiasi Karya Hoessein Enas-Gadis Melayu

pada karya tersebut. Penggunaan ton warna yang bersesuaian dapat menghasilkan

kawasan yang terang dan gleap dengan baik sekali dan begitu neutral dan semula jadi.

Stail yang digunakan oleh pengkarya ini bersifat realistik iaitu karya yang

menggambarkan sepertimana objek atau situasi asal melibatkan imitasi, peniruan daripada

bentuk asal. Beliau juga menggunakan bahan cat minyak iaitu bersifat legap dan dan

menggunakan teknik sapuan berus yang pelbagai yang menjadikan karya tersebut kelihatan

hidup dan menarik.

Dalam karya yang dihasilkan ini unsur harmoni jelas dapat dilihat pada penggunaan

warna yangdihasilkan. Pelukis pandai memainkan warna agar kelihatan bersahaja dan

santai. Dari segi penegasan, peukis membuat enegasan dari segi warna iaitu di mana

terdapat warna yang agak terang dan ada bahagian tertentu pelukis menggunakan warna

yangagak gelap untuk menimbulkan satu suasana kontra dan menjadikan karya yang

dihasilkan lebih menarik.

Dalam karya ini, Hossein memberi makna ekspresif iaitu beliau telah melahirkan rasa

bangga dan kagum beliau terhadap identiti gadis-gadis melayu dengan dengan fesyennya

pada masa itu dengan mengabadikannya di dalam potret agar boleh dilihat dan terus kekal

selagi hasil karyanya ini masih ada.

TAFSIRAN

Dalam karya yang telah dihasilkan oleh Hossein Enas ini, apat dilihat warna baju gadis

tersebut melambangkan kesederhanaan tetapi masih mengikut fesyen pada zaman

tersebut. Warna tersebut juga dapat mencerminkan perbezaan zaman dahulu dan sekarang

di mana pada zaman sekarang warna baju yang menjadi kegemaran adalah warna yang

lebih terang.

Dalam potret ini juga, dapat dilihat bahawa gadis tersebut memakai anting-anting. Ini

menunujukkan bahawa gadis tersebut dari keluarga yang berada tetapi masih mengekalkan

ciri-ciri kesederhanaan dan kesopanan kerana pakaian tersebut tidak mencolok mata.

PENILAIAN

Jika dilihat dengan teliti, karya Hossein Enas ini dilihat teknik yang digunakan begitu teliti

sehinggakan perasaan gadis tersebut dapat dirasai olehorang lain. Teknik yang digunakan

iaitu teknik sapuan lembut menghasilkan struktur warna yang sangat berkesan dan

menampakkan keaslian gadis melayu terutama pada bahagian wajahnya.

Page 4: Apresiasi Karya Hoessein Enas-Gadis Melayu

Gambar potret seorang gadis yang berambut hitam, bersanggul, bibir yang tebal,

beranting-anting memandang ke satu tempat dengan pandangan mata yang galak dan

memakai baju kemeja bukannya sekadar potret kosong tetapi memberi makna yang

mendalam.

Karya potret ini secara keseluruhannya dapat dinilai membawa makna seorang gadis

Melayu yang menjaga kemelayuannya di dunia serba moden. Pemakaian kemeja juga

merupakan fesyen gadis Melayu paa zaman tersebut. Disini beliau cuba menimbulkan

identiti kebangsaan dengan imej figura rakyat tempatan yang digambarkan secara natural.

Setiap garisan-garisan yang ada pada karya juga disampaikan dengan baik bagi

menimbulkan unsur pergerakan terutama pada wajah gadis tersebut walaupun figuratif

tersebut hanya menampakkan separuh badannya tetapi tidak menampakkan ketidakkakuan

dalam potret tersebut.