aplikasi perisian “multimedia builder 4.9” dalam pembangunan koswer hypermedia: penyalur daya...

16
Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05) APLIKASI PERISIAN “MULTIMEDIA BUILDER 4.9” DALAM PEMBANGUNAN KOSWER HYPERMEDIA: PENYALUR DAYA KREATIVITI Oleh: Mohd. Nizam Hj. Nasrifan Jabatan Muzik Fakulti Seni & Muzik Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim Perak [email protected] / [email protected] Abstrak Pembinaan hypermedia merupakan suatu contoh aplikasi penggunaan ICT sebagai alat pemikiran (cognitive tool). Ia selari dengan pendekatan konstruktivisme yang menekankan kemahiran membina pengetahuan sendiri, seterusnya mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif. Dalam kajian ini, pelajar yang sedang mengikuti Kursus Multimedia Dalam Pendidikan Muzik peringkat Sarjana didedahkan kepada aktiviti membina alat bantu mengajar berbentuk koswer hypermedia menggunakan perisian pengarangan yang amat berkesan dan mudah digunakan (user friendly), iaitu Multimedia Builder 4.9. Seramai 10 orang pelajar mengikuti kursus ini selama satu semester. Hasil kajian mendapati para pelajar berjaya menghasilkan koswer yang menarik dan berdaya kreatif yang tinggi, malah turut mempelajari dan mengaplikasikan kemahiran dalam mengguna pelbagai peralatan dan perisian lain yang berkaitan yang tidak pernah dipelajari di dalam kelas. Mereka turut menunjukkan minat yang tinggi dalam membangun dan merekabentuk bahan pembelajaran berasaskan hypermedia selain terlibat secara aktif di dalam proses pembelajaran.

Upload: suhaimi-shoib

Post on 28-Jul-2015

161 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

APLIKASI PERISIAN “MULTIMEDIA BUILDER 4.9” DALAM PEMBANGUNANKOSWER HYPERMEDIA: PENYALUR DAYA KREATIVITI

TRANSCRIPT

Page 1: APLIKASI PERISIAN “MULTIMEDIA BUILDER 4.9” DALAM PEMBANGUNAN KOSWER HYPERMEDIA: PENYALUR DAYA KREATIVITI

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05)

APLIKASI PERISIAN “MULTIMEDIA BUILDER 4.9” DALAM PEMBANGUNAN

KOSWER HYPERMEDIA: PENYALUR DAYA KREATIVITI

Oleh:

Mohd. Nizam Hj. Nasrifan

Jabatan Muzik

Fakulti Seni & Muzik

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim Perak

[email protected] / [email protected]

Abstrak

Pembinaan hypermedia merupakan suatu contoh aplikasi penggunaan ICT

sebagai alat pemikiran (cognitive tool). Ia selari dengan pendekatan

konstruktivisme yang menekankan kemahiran membina pengetahuan sendiri,

seterusnya mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif. Dalam

kajian ini, pelajar yang sedang mengikuti Kursus Multimedia Dalam Pendidikan

Muzik peringkat Sarjana didedahkan kepada aktiviti membina alat bantu mengajar

berbentuk koswer hypermedia menggunakan perisian pengarangan yang amat

berkesan dan mudah digunakan (user friendly), iaitu Multimedia Builder 4.9.

Seramai 10 orang pelajar mengikuti kursus ini selama satu semester. Hasil kajian

mendapati para pelajar berjaya menghasilkan koswer yang menarik dan berdaya

kreatif yang tinggi, malah turut mempelajari dan mengaplikasikan kemahiran dalam

mengguna pelbagai peralatan dan perisian lain yang berkaitan yang tidak pernah

dipelajari di dalam kelas. Mereka turut menunjukkan minat yang tinggi dalam

membangun dan merekabentuk bahan pembelajaran berasaskan hypermedia

selain terlibat secara aktif di dalam proses pembelajaran.

Page 2: APLIKASI PERISIAN “MULTIMEDIA BUILDER 4.9” DALAM PEMBANGUNAN KOSWER HYPERMEDIA: PENYALUR DAYA KREATIVITI

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05)

Pengenalan

Perkembangan teknologi moden dan penggunaan teknologi maklumat

berperantaraan komputer di dalam bidang pendidikan semakin pesat di Malaysia.

Komputer dikatakan sebagai peralatan yang sangat penting dalam membantu

pelajar dan guru sama ada dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasrat kerajaan

melalui rangka Rancangan Kementerian Pendidikan bagi tempoh 1996,

pembudayaan teknologi maklumat dijadikan sasaran utama kepada pelajar-pelajar

semenjak di peringkat sekolah (Mazlan Hamzah, 2000). Pengaruh

penggunaannya kini semakin meluas di dalam pengajaran dan pembelajaran

kerana keupayaannya dalam menyampaikan isi kandungan pembelajaran dengan

lebih cekap dan menarik. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan

Eropah, penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan telah

diperkenalkan sejak awal tahun 60-an lagi (Tengku Zawawi, 2000).

Banyak institusi tinggi atau pun sekolah turut sama berusaha menggunakan

perkembangan teknologi ke dalam pendidikan . Guru-guru diberi penyediaan dari

segi pengetahuan dan kemahiran ICT melalui kursus-kursus di peringkat zon,

daerah, negeri dan kebangsaan di bawah kelolaan Pejabat Pendidikan Daerah,

Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran. Tidak kurang juga guru-

guru melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama, Ijazah Sarjana dan

Ijazah Kedoktoran di bidang berkenaan di institusi pengajian tinggi awam dan

swasta.

Di Universiti Pendidikan Sultan Idris, selain dari menawarkan kursus yang khusus

dalam bidang komputer di Fakulti Sains Dan Teknologi, fakulti-fakulti lain juga

menawarkan kursus yang berkaitan di peringkat jabatan masing-masing. Jabatan

Muzik, Fakulti Seni Dan Muzik menawarkan kursus Teknologi Pendidikan Muzik di

peringkat Ijazah Pertama dengan mendedahkan pelajar dengan penggunaan

komputer sebagai medium utama untuk penulisan skor lagu dan penggubahan

muzik.

Di peringkat Ijazah Sarjana ditawarkan kursus SPM 6413 Multimedia Dalam

Pendidikan Muzik dengan fokus kearah pembangunan koswer hypermedia

Page 3: APLIKASI PERISIAN “MULTIMEDIA BUILDER 4.9” DALAM PEMBANGUNAN KOSWER HYPERMEDIA: PENYALUR DAYA KREATIVITI

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05)

interaktif sebagai alat bantuan mengajar Pendidikan Muzik di sekolah.

Pembangunan hypermedia tersebut berasaskan perisian pengarangan tertentu.

Definisi Operasi Hypermedia dan Hyperteks

Jonassen (1996) mendefinisikan hypermedia sebagai integrasi antara pelbagai

elemen dalam multimedia dan hyperteks. Antara elemen dalam multimedia ialah

teks, grafik, animasi, audio dan video, manakala hyperteks pula didefinisikan

sebagai kaedah yang bukan linear dalam mengorganisasi dan memaparkan teks.

Berdasarkan definisi tersebut, dapatlah difahami bahawa secara ringkasnya

hypermedia bermaksud integrasi teks, grafik, animasi, audio, video, dan hyperteks.

Pembinaan hypermedia sebagai alat pemikiran kritis dan kreatif

Dapatan kajian berkaitan strategi pengajaran dan pembelajaran memperlihatkan

bahawa aktiviti pembelajaran berpusatkan pelajar terbukti berkesan dalam

menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran menyelesaikan

masalah (Brush dan Saye, 2001), selain berperanan sebagai alat yang mewakili

keupayaan kognitif dan tahap pengetahuan sebenar pelajar (Chen dan McGrath,

2003). Dalam menggalakkan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P)

berpusatkan pelajar, integrasi ICT amat dialu-alukan. Antara contoh integrasi ICT

dalam menggalakkan strategi P&P berpusatkan pelajar ialah aktiviti membangun

koswer hypermedia. Dalam aktiviti ini, pelajar diberi peranan sebagai penulis ilmu

(authors of knowledge) yang bertanggungjawab menentukan arah pembelajaran

mereka sendiri. Berbeza dengan pendekatan pembelajaran berpusatkan guru,

aktiviti ini memberi lebih peluang kepada pelajar menentukan objektif pembelajaran

dan strategi mencapai objektif pembelajaran tersebut. Dalam hal ini, pelajar

mengambil alih peranan guru dalam merancang, menyusun, menganalisis, dan

menilai isi kandungan pelajaran. Secara tidak langsung, pelajar diberi

tanggungjawab sepenuhnya terhadap aktiviti pembelajaran mereka dan tidak

hanya bergantung kepada guru semata-mata

Page 4: APLIKASI PERISIAN “MULTIMEDIA BUILDER 4.9” DALAM PEMBANGUNAN KOSWER HYPERMEDIA: PENYALUR DAYA KREATIVITI

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05)

Selain itu, Jonassen (1996) menyatakan bahawa aktiviti membina koswer

berasaskan hypermedia menuntut pelajar memaksimumkan keupayaan dan

kemahiran berfikir peringkat tinggi seperti yang digariskan dalam Taksonomi Bloom

iaitu kemahiran menganalisis, mensistesis dan menilai. Ini kerana pelajar

digalakkan untuk menganalisis, mensistesis dan menilai maklumat yang didapati

untuk menghasilkan suatu koswer yang baik. Ia juga merupakan satu contoh

penggunaan ICT sebagai alat pembinaan pengetahuan (MindTools) sepertimana

yang digariskan oleh Jonassen (1996) dalam Jadual 1.

Jadual 1 Ciri-ciri alat pembinaan pengetahuan (MindTools).

Sumber: Jonassen (1996)

Ciri-ciri alat pembinaan

pengetahuan (MindTools)

Penerangan

1. Berasaskan computer - Hanya perisian aplikasi berasaskan

komputer sahaja dianggap sebagai MindTools

2. Mudah didapati - Perisian aplikasi mesilah sedia ada, mudah

didapati dan bersifat umum.

3. Mampu dimiliki - Perisian aplikasi mesti bersifat mampu

dimiliki oleh semua golongan, contohnya

aplikasi Microsoft Office dan shareware

4. Bersifat membina

pengetahuan

- Perisian aplikasi boleh digunakan untuk

membina dan berupaya menunjukkan atau

mewakili tahap pengetahuan individu

5. Bersifat umum - Perisian aplikasi dapat digunakan dalam

semua bidang ilmu seperti sains tulen, sains

social, kesusasteraan dan sebagainya, dan

tidak terbatas kepada hanya satu bidang

Page 5: APLIKASI PERISIAN “MULTIMEDIA BUILDER 4.9” DALAM PEMBANGUNAN KOSWER HYPERMEDIA: PENYALUR DAYA KREATIVITI

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05)

tertentu sahaja

6. Pemikiran kritis - Perisian aplikasi berupaya memimpin pelajar

untuk berfikiran kritis dan pembelajaran yang

bermakna, bukan hanya sekadar untuk

mempersembahkan maklumat daripada buku

teks dan sumber lain dalam bentuk media

7. Pemindahan pengetahuan - Perisian aplikasi berupaya membina

pengetahuan dan kemahiran individu yang

boleh digeneralisasi dan diaplikasi ke dalam

pelbagai bidang lain

8. Mudah tetapi

berkeupayaan tinggi

- Perisian aplikasi harus mudah (simple) tetapi

mampu membina kemahiran berfikir tahap

tinggi. Contohnya, pembinaan pangkalan data

yang boleh dibina dengan perisian Microsoft

Access yang mudah, tetapi aktiviti ini mampu

mencabar pemikiran kritis pelajar

9. Mudah dipelajari - Perisian aplikasi harus bersifat mudah

dipelajari oleh pelajar.Ia bertujuan

mengelakkan pelajar menumpukan perhatian

yang lebih kepada mempelajari perisian

tersebut semata-mata, sedangkan objektif

pengajaran sebenar yang disasarkan tidak

tercapai. Sebaik-baiknya, perisian aplikasi

tersebut dapat dipelajari dalam masa yang

singkat, contohnya antara 2-3 jam.

Page 6: APLIKASI PERISIAN “MULTIMEDIA BUILDER 4.9” DALAM PEMBANGUNAN KOSWER HYPERMEDIA: PENYALUR DAYA KREATIVITI

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05)

Latar belakang kajian

Kajian ini dijalankan keatas pelajar yang mengikuti kursus SPM 6413 Multimedia

Dalam Pendidikan Muzik peringkat Ijazah Sarjana di makmal komputer Jabatan

Muzik, Fakulti Seni Dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultn Idris, Tanjong

Malim.Salah satu objektif kursus ini ialah mendedahkan pelajar kepada beberapa

perisian asas berkaitan pemprosesan perkataan, helaian elektronik, pangkalan

data dan persembahan maklumat. Objektif utama kursus ini pelajar-pelajar dapat

membangunkan satu koswer hypermedia interaktif yang berkaitan dengan

Pendidikan Muzik untuk dijadikan bahan pengajaran di sekolah atau di maktab.

Seramai 10 orang responden (pelajar) terlibat dalam kajian ini yang mengikuti

kelas tersebut setiap Sabtu dari pukul 8.00 hingga 11.00 pagi (3 jam). Mereka

diminta menghasilkan satu koswer hypermedia menggunakan perisian “Multimedia

Builder 4.9” dalam masa 14 minggu. Minggu pertama hingga minggu kelima

dikhususkan untuk tajuk yang berkaitan dengan elemen-elemen hypermedia

seperti hyperteks, audio, video dan animasi. Pelajar-pelajar didedahkan kaedah

memformatkan teks, suntingan audio video, dan penciptaan animasi dengan

menggunakan perisian-perisian tertentu seperti Ulead 3D, Ulead Video Studio,

Swish Max dan lalin-lain. Minggu keenam dikhaskan untuk pembentangan projek-

projek suntingan audio, video dan penghasilan animasi. Pengetahuan dan

kemahiran dalam pembinaan dan penyuntingan elemen-elemen multimedia

tersebut sangat berguna sebagai penyediaan bahan dalam projek pembangunan

koswer hypermedia interaktif kelak. Seterusnya 7 minggu diperuntukkan untuk

pelajar mendalami penggunaan perisian Multimedia Builder 4.9 sebagai tapak

pembinaan koswer hypermedia Pendidikan Muzik. Mereka juga diminta untuk

memformatkan koswer tersebut dalam bentuk autorun CD-ROM. Koswer

hypermedia yang dihasilkan dinilai sebagai sebahagian tugasan pelajar.

Page 7: APLIKASI PERISIAN “MULTIMEDIA BUILDER 4.9” DALAM PEMBANGUNAN KOSWER HYPERMEDIA: PENYALUR DAYA KREATIVITI

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05)

Responden Kajian

Responden kajian ini merupakan 10 pelajar semester 1 Ijazah Sarjana Pendidikan

Muzik 2005 yang mengikuti kursus SPM6413 Multimedia Dalam Pendidikan Muzik

selama 14 minggu bermula Julai 2005 hingga Oktober 2005. Analisa data daripada

soalselidik taksiran keperluan (need assessment) sebelum kajian bermula

mendapati kesemua responden tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran

lansung menggunakan perisian Multimedia Builder 4.9. Hanya 5 orang (50%)

responden berpengalaman menggunakan Microsoft PowerPoint untuk membina

presentation sebagai bahan mengajar di sekolah.

Soalan Kajian

Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut:

1. Adakah pelajar dapat menguasai kemahiran menggunakan perisian Multimedia

Builder 4.9 untuk membangunkan koswer hypermedia?

2. Sejauhmana pelajar mengaplikasi kemahiran kritis dan kreatif semasa

membangunkan koswer hypermedia menggunakan perisian Multimedia Builder

4.9?

Mengapa Multimedia Builder 4.9 dipilih?

Terdapat beberapa rasional perisian ini dipilih, antaranya:

1. Ia merupakan suatu perisian yang mudah diperolehi. Perisian ini boleh dimuat

turun secara percuma di laman web syarikat yang membangunkannya iaitu di

www.mediachance.com dan boleh diinstall ke dalam setiap sistem komputer di

sekolah-sekolah. Ini bermakna guru tidak perlu mencari perisian lain yang mungkin

sukar diuruskan, terutama dari segi pelesenan perisian.

2. Fungsi-fungsi yang disediakan adalah bersifat mudah digunakan (user friendly)

dan mudah dipelajari dalam masa yang singkat. Ini membolehkan guru

menghasilkan seberapa banyak bahan pengajaran dalam jangkamasa singkat.

Page 8: APLIKASI PERISIAN “MULTIMEDIA BUILDER 4.9” DALAM PEMBANGUNAN KOSWER HYPERMEDIA: PENYALUR DAYA KREATIVITI

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05)

3. Ia membenarkan integrasi elemen teks, grafik, animasi, audio, video dan

hyperlink dengan cara yang lebih ringkas berbanding perisian multimedia lain

seperti Macromedia Flash, Swish dan sebagainya.

Kaedah Kajian

Kajian ini mengadaptasi model rekabentuk ADDIE (Analysis – Design –

Development – Implementation – Evaluation). Terdapat 5 fasa dalam model ini iaitu

(1) Analisis,

(2) Rekabentuk,

(3) Pembangunan,

(4) Pelaksanaan dan

(5) Penilaian.

Soalselidik taksiran keperluan (need assessment analysis) digunakan dalam fasa

analisis untuk mengenalpasti keperluan pelajar (responden), manakala

perancangan dan persediaan rapi berkaitan kajian ini, termasuk kuliah, tutorial dan

latihan-latihan telah dilakukan dalam fasa rekabentuk dan fasa pembangunan.

Dalam fasa pelaksanaan, pelajar terlibat dalam membina koswer hypermedia

menggunakan perisian Multimedia Builder 4.9, manakala dalam fasa penilaian,

aspek kognitif pelajar yang melibatkan pemikiran kritis dan kreatif dinilai dari masa

ke masa. Masa yang diambil untuk melakukan kajian ini adalah selama 14 minggu.

Minggu pertama hingga minggu kelima dikhususkan untuk tajuk yang berkaitan

dengan elemen-elemen hypermedia seperti hyperteks, audio, video dan animasi.

Minggu keenam dikhaskan untuk pembentangan projek-projek suntingan audio,

video dan penghasilan animasi. Seterusnya 7 minggu diperuntukkan untuk pelajar

mendalami penggunaan perisian Multimedia Builder 4.9 sebagai tapak pembinaan

koswer hypermedia Pendidikan Muzik. Minggu terakhir diperuntukkan untuk sesi

pembentangan hasil projek koswer dan pensyarah-pensyarah Jabatan Muzik serta

pensyarah dari fakulti lain turut sama dijemput mengikuti pembentangan

seterusnya memberi penilaian dan komen.

Page 9: APLIKASI PERISIAN “MULTIMEDIA BUILDER 4.9” DALAM PEMBANGUNAN KOSWER HYPERMEDIA: PENYALUR DAYA KREATIVITI

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05)

Kaedah Pengumpulan Data

Kajian ini memfokuskan kepada kaedah pemerhatian dan temubual sebagai

kaedah utama pengumpulan data. Pemerhatian dilakukan setiap kali kelas

pengajaran, iaitu 1 kali seminggu. Setiap waktu pengajaran ialah 3 jam. Temubual

pula dilakukan secara rambang dengan beberapa pelajar semasa dan selepas

pemerhatian dilakukan untuk memastikan kesahan pemerhatian yang dilaksanakan

sebelum ini.

Manakala kaedah penilaian produk yang dihasilkan pelajar digunakan untuk

mengenalpasti kemahiran menggunakan Multimedia Builder 4.9 selain bagi tujuan

triangulation. Analisis data dibuat secara deskriptif menggunakan kaedah frekuensi

dan peratusan.

Dapatan dan Perbincangan

Bahagian ini membincangkan dapatan kajian yang menjurus kepada 2 persoalan

utama iaitu kemahiran menggunakan perisian pengarangan Multimedia Builder 4.9

dan kemahiran pemikiran kritis dan kreatif hasil daripada aktiviti membangunkan

koswer hypermedia.

Kemahiran menggunakan perisian Multimedia Builder 4.9

Perisian Multimedia Builder 4.9 sering digunakan di negara luar seperti Amerika

untuk menyampaikan sesuatu maklumat dalam bentuk yang menarik perhatian

umum dan digunakan untuk tujuan pengarangan (authoring). Ini disebabkan

perisian ini lebih mudah diaplikasikan dan menawarkan ciri-ciri interaktiviti yang

lebih menarik.

Penyelidik juga berpendapat perisian Multimedia Builder 4.9 merupakan asas

kepada kemahiran mengarang yang boleh menggabungkan hasil kerja perisian-

perisian lain untuk menjadikan sebuah presentation atau koswer pempelajaran

interaktif. Ini kerana ia lebih mudah dipelajari dalam masa yang singkat, selain

menawarkan interaktiviti paling asas menggunakan ciri animasi yang disediakan.

Ciri ini sangat penting terutama dalam usaha memperkenalkan kemahiran

Page 10: APLIKASI PERISIAN “MULTIMEDIA BUILDER 4.9” DALAM PEMBANGUNAN KOSWER HYPERMEDIA: PENYALUR DAYA KREATIVITI

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05)

mengarang kepada mereka yang tidak mempunyai asas mengarang koswer

sepertimana responden kajian ini.

Di antaraa tajuk/skop koswer hypermedia interaktif Pendidikan Muzik Yang

dihasilkan ialah:

1. Mari Mengenal Gitar

2. Teknik Rekoder

3. Teknik Trumpet

4. Angklung

5. Dikir Barat

6. Teknik Nyanyian

7. Klasifikasi Alat Muzik

Berdasarkan analisis terhadap koswer hypermedia yang dihasilkan menunjukkan

pelajar telah berjaya mencapai tahap cemerlang (fluent users) dalam

menggunakan perisian tersebut. Tahap kecemerlangan ini diukur berdasarkan nilai

min 94.2%. Ia diukur dengan kebolehan pelajar memasukkan teks, bunyi, grafik

dan animasi dalam frame.

Selain itu, mereka juga menunjukkan kemahiran pengarangan yang baik, terutama

dalam menyediakan pautan (link) antara slaid persembahan. Sebagai contoh,

setiap isi kandungan yang dipaparkan dalam slaid menu utama akan dihubungkan

dengan slaid yang berkenaan menggunakan butang-butang pautan tertentu. Begitu

juga, setiap slaid yang mengandungi isi kandungan tertentu dihubungkan dengan

menu utama melalui satu butang tertentu. Kebolehan ini secara tidak langsung

menunjukkan keupayaan merancang dan merekabentuk koswer. Malah mereka

juga telah berjaya menyediakan storyboard yang merupakan salah satu keperluan

dalam membangunkan koswer hypermedia.Ini menunjukkan para pelajar tersebut

telah membuat perancangan yang rapi dan teliti sebelum membangunkan koswer

terutama dalam menetapkan merancang objektif pengajaran dan pembelajaran, isi

kandungan dan aktiviti pembelajaran yang sesuai.

Page 11: APLIKASI PERISIAN “MULTIMEDIA BUILDER 4.9” DALAM PEMBANGUNAN KOSWER HYPERMEDIA: PENYALUR DAYA KREATIVITI

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05)

Selain menghasilkan pautan antara slaid ke slaid dalam perisian yang sama,

mereka juga berjaya menggabungjalinkan perisian tersebut dengan perisian lain.

Contohnya, salah satu kumpulan pelajar tersebut telah menghubungkan perisian

tersebut dengan perisian Microsoft Office dan Acrobat Reader untuk tujuan aktiviti

menulis dan membaca. Keupayaan kumpulan ini menggabungjalin Multimedia

Builder 4.9 dengan program lain adalah suatu pencapaian yang tidak diduga

memandangkan pemerhatian yang dijalankan di peringkat awal mendapati

kemahiran mereka dalam menggunakan komputer amat rendah dan perisian

tersebut tidak pernah langsung didedahkan semasa ini

Berdasarkan analisis terhadap hasil projek, bolehlah dirumuskan bahawa pelajar-

pelajar telah menunjukkan keupayaan yang tinggi dalam penggunaan Multimedia

Builder 4.9 sebagai tapak bagi penghasilan koswer hypermedia interaktif

Pendidikan Muzik.

Aplikasi kemahiran pemikiran kritis dan kreatif

Kemahiran kritis dan kreatif pelajar dalam menghasilkan koswer ini diukur

menggunakan kriteria yang adaptasi daripada kajian Carver, Lehrer, Connell dan

Erickson (1992) dan Jonassen (1996). 5 kriteria utama pemikiran kritis dan kreatif

kajian ini :

(1) kemahiran pengurusan projek,

(2) kemahiran penyelidikan,

(3) kemahiran organisasi dan pewakilan maklumat,

(4) kemahiran persembahan maklumat, dan

(5) kemahiran refleksi.

Hasil analisis data adalah seperti berikut:

a. Kemahiran Pengurusan Projek

Terdapat 3 elemen yang dinilai dalam kemahiran ini iaitu

(1) penyediaan pelan tindakan (action plan)

Page 12: APLIKASI PERISIAN “MULTIMEDIA BUILDER 4.9” DALAM PEMBANGUNAN KOSWER HYPERMEDIA: PENYALUR DAYA KREATIVITI

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05)

(2) menentukan sumber bahan

(3) pengagihan tugas kepada setiap ahli kumpulan.

Data yang diperolehi menunjukkan 7 daripada 10 pelajar menyediakan pelan

tindakan (timeline) atau carta alir bagi projek yang akan dilaksanakan. Manakala

kesemua pelajar berjaya mengagihkan sumber, masa dan tugas yang akan

dilakukan sepanjang tempoh menghasilkan projek selama 7 minggu itu dengan

baik. Ini menunjukkan kemahiran menguruskan projek adalah adalah memuaskan

b. Kemahiran Penyelidikan

Terdapat 5 elemen yang dinilai dalam kemahiran ini iaitu

(1) mengenalpasti masalah dan cara penyelesaiannya

(2) menanyakan soalan berkaitan masalah

(3) mencari maklumat daripada sumber bercetak dan elektronik,

(4) membina maklumat baru melalui kaedah tinjauan, cuba-jaya, eksplorasi,

temubual dan sebagainya.

(5) menganalisis dan menginterpretasi maklumat yang dikumpul untuk

mendapatkan corak tertentu sesuatu maklumat.

Data menunjukkan kesemua pelajar mengaplikasikan kesemua elemen

dalam kemahiran penyelidikan. Mereka banyak menghadapi masalah pada

peringkat permulaan disebabkan ianya merupakan sesuatu yang baru, tetapi

kesemuanya dapat diselesaikan melalui menanyakan soalan kepada pensyarah,

berbincang dengan rakan, mencari maklumat-maklumat melalui buku manual dan

menggunakan kaedah cuba-jaya (try and error) serta melakukan eksplorasi sendiri

di rumah.

c. Kemahiran Organisasi Dan Pewakilan Maklumat

Terdapat 4 elemen yang dinilai dalam kemahiran ini iaitu

(1) membuat perancangan untuk menyusun maklumat agar mudah difahami,

(2) membuat keputusan bagaimana menyampaikan maklumat dengan berkesan

menggunakan teks, grafik, video dll.,

Page 13: APLIKASI PERISIAN “MULTIMEDIA BUILDER 4.9” DALAM PEMBANGUNAN KOSWER HYPERMEDIA: PENYALUR DAYA KREATIVITI

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05)

(3) membuat keputusan bagaimana maklumat diorganisasi (secara hirarki, linear

atau link),

(4) menghadapi dan menangani halangan.

Data menunjukkan kesemua pelajar mengaplikasikan kesemua elemen

dalam kemahiran organisasi dan pewakilan maklumat. Ini menunjukkan kesemua

pelajar berjaya mengaplikasikan sepenuhnya kemahiran mengorganisasi dan

pewakilan maklumat dengan baik.

d. Kemahiran Persembahan Maklumat

Kemahiran ini dinilai berdasarkan 3 elemen, iaitu

(1) memetakan rekabentuk maklumat ke dalam media persembahan,

(2) mengintegrasikan elemen multimedia dalam media persembahan, dan

(3) menarik dan mengekalkan minat pengguna terhadap persembahan.

Data daripada pemeriksaan hasil projek menunjukkan kesemua pelajar

menunjukkan kemahiran mempersembahkan maklumat secara kreatif dan mudah

difahami. Tahap kekreatifan ini diperincikan lagi dengan penilaian terhadap produk

yang dihasilkan dimana mereka telah mendapat gred B ke atas.

e. Kemahiran Refleksi

Kemahiran ini dinilai berdasarkan 2 elemen, iaitu

(1) menilai keberkesanan produk yang dihasilkan dan proses yang terlibat, dan

(2) membaiki rekabentuk produk berdasarkan maklumbalas yang diterima.

Melalui pembentangan persembahan di akhir minggu ke 14, 4 pensyarah

Jabatan Muzik UPSI dan 2 orang pensyarah dari Jabatan lain yang berkaitan

dengan multimedia pendidikan telah menilai keberkesanan produk dan memberi

komen-komen yang membina bagi menambahbaikkan hasil koswer hypermedia

pelajar-pelajar tersebut. Terdapat 2 koswer yang dihasilkan telah diperakukan

tanpa dibaiki manakala selebihnya memerlukan minor correction dan telah dihantar

semula pada minggu berikutnya.

Page 14: APLIKASI PERISIAN “MULTIMEDIA BUILDER 4.9” DALAM PEMBANGUNAN KOSWER HYPERMEDIA: PENYALUR DAYA KREATIVITI

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05)

Kesemua data di atas menunjukkan bahawa kemahiran kritis dan kreatif pelajar

amat terserlah semasa melaksanakan aktiviti penyelidikan bahan, persembahan

bahan tersebut dan refleksi terhadap bahan yang dihasilkan. Ini kerana kesemua

aktiviti ini melibatkan perancangan yang rapi berkaitan penyusunan bahan,

pemilihan perkataan, dan animasi yang sesuai agar mudah difahami oleh

pengguna serta memaksimumkan kekreatifan individu agar bahan tersebut mampu

menarik minat pengguna, di samping dapat mencapai objektif yang digariskan

dengan berkesan.

Salah satu aspek yang sangat jelas dapat diperhatikan ialah pelajar amat

menitikberatkan aspek ketepatan maklumat yang dipersembahkan. Kebanyakan

pelajar didapati merujuk kepada kurikulum sebenar yang disediakan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai panduan isi kandungan koswer. Mereka

juga didapati sentiasa peka terhadap keperluan bakal pengguna koswer mereka.

Situasi ini amat ketara semasa dalam sesi perbincangan kumpulan di peringkat

perancangan dan merekabentuk koswer tersebut. Secara tidak langsung, ia

menunjukkan pelajar berupaya mengaplikasi kemahiran menganalisis, mensintesis

dan menilai yang dinyatakan dalam taksonomi Bloom.

Selain itu, pelajar juga didapati mempunyai daya kreativiti yang amat

membanggakan. Sebagai contoh, mereka bukan setakat memasukkan bunyi yang

sedia ada yang dijual dalam CD ke dalam slaid persembahan, malah mengambil

inisiatif merakam sendiri suara mereka dan pelbagai bunyi-bunyian lain di sekitar

mereka menggunakan mikrofon dan perisian Sound Recorder yang sedia ada di

dalam komputer masing-masing. Keupayaan mengolah bahan yang terdapat di

sekeliling mereka sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran mereka ini juga

satu pencapaian yang menunjukkan kemahiran kritis dan kreatif yang tinggi.

Page 15: APLIKASI PERISIAN “MULTIMEDIA BUILDER 4.9” DALAM PEMBANGUNAN KOSWER HYPERMEDIA: PENYALUR DAYA KREATIVITI

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05)

Kesimpulan

Aktiviti membina koswer hypermedia interaktif dengan menggunakan perisian

Multimedia Builder 4.9 terbukti mampu melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan

kreatif. Selain itu, ia turut menggalakkan pelajar mengaplikasikan dan

mengintegrasikan pengetahuan yang diperolehi dalam pelbagai kurikulum lain ke

dalam koswer hypermedia mereka. Ia juga berjaya menyuntik motivasi dalaman

(intrinsic) ke dalam diri pelajar untuk meningkatkan kemahiran mengguna pelbagai

perisian dan perkakasan komputer. Motivasi ini amat penting dalam memupuk

falsafah pembelajaran sepanjang hayat yang merupakan asas mewujudkan

masyarakat berpengetahuan (k-society) yang ditekankan oleh Malaysia selama ini.

Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa para pelajar dapat menyesuaikan diri

dengan kaedah pembelajaran konstruktivis sosial (social constructivism) yang

menekankan kepada pembinaan pengetahuan dan kemahiran secara bersama

melalui interaksi sosial dengan rakan sebaya. Mereka banyak berbincang dan

bertukar-tukar pendapat sesama mereka bagi menyelesaikan masalah dan

berusaha bersama-sama bagi menghasilkan koswer hypermedia interaktif

Pendidikan Muzik yang bermutu.

Walau bagaimanapun, bagi memastikan pelajar mempraktikkan kemahiran berfikir

secara kritis dan kreatif ini, pensyarah memainkan peranan yang sangat penting.

Pensyarah bukan sekadar merancang dan melaksanakan aktiviti seumpama ini,

malah harus sentiasa bersedia membimbing pelajar terutama di peringkat

perancangan projek dan di peringkat membangunkan koswer. Dalam konteks

kajian ini, kuliah dan tutorial yang dilaksanakan di peringkat awal menjadi

pembimbing asas kepada pelajar dalam menguasai teknik asas perisian

Multimedia Builder 4.9 tersebut dan secara amnya penyelidik berpendapat bahawa

penggunaan perisian ini telah menjadi penyalur dan penggalak daya kreativiti

pelajar bagi penghasilan koswer hypermedia interaktif Pendidikan Muzik.

Page 16: APLIKASI PERISIAN “MULTIMEDIA BUILDER 4.9” DALAM PEMBANGUNAN KOSWER HYPERMEDIA: PENYALUR DAYA KREATIVITI

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05)

Rujukan

Brush,T. & Saye, J. (2001). The use of embedded scaffolds with hypermedia-

supported studentcentered learning. Journal of Educational Multimedia and

Hypermedia, 10(24), p333

Carver,S.M., Lehrer,R., Connell,T. & Erickson,J. (1992). Learning by hypermedia

design: Issues of assessment and implementation. Educational

Psychologist, 27(3), p236

Chen,Der-Thang, Hsu,Jackie J.F. & Hung,D. (2000). Learning theories and IT: The

computer as a tool. Dalam William, M.D. (2000). Integrating technology into

teaching and learning: Concepts and applications: An Asia-Pacific

perspective. Singapore: Prentice Hall

Chen, P. & McGrath,D. (2003). Knowledge construction and knowledge

representation in high school students’ design of hypermedia documents.

Journal of Educational Multimedia and Hypermedia, 12(29), p233

Jonassen, D.H. (1996). Computers as MindTools for schools: Engaging critical

thinking 2nd ed. New Jersey: Prentice Hall

Kommers, P., Jonassen, D. H. & Mayes T. (Eds.). (1992). Cognitive tools for learning. Heidelberg FRG: Springer-Verlag.

Salomon, G. (1993). On the nature of pedagogic computer tools. The case of the wiring partner. In S.P. LaJoie & S.J. Derry (Eds.), Computers as cognitive tools. Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.