aplikasi matematik dalam seni

9
APLIKASI MATEMATIK DALAM KESENIAN ISLAM Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan. Ahli matematik mencari pola, memformulasikan konjektur yang baru dan menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dan definisi yang dipilih dengan baik. Penggunaan pengabstrakan dan penaakulan logik, matematik berevolusi dari pembilangan, pengiraan, pengukuran, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan pergerakan objek fizikal. Matematik gunaan telah wujud dalam aktiviti seharian manusia sejak kewujudan rekod bertulis. Hujah yang rapi mula wujud dalam Matematik Yunani, antara yang terkenal ialah karya Euclid, Elemen. Matematik kemudiannya terus berkembang, contohnya di China pada kurun ke-3 sebelum masihi, di India pada kurun pertama masihi dan di dunia Islam pada kurun ke-8 masihi, sehingga kemunculan Zaman Pembaharuan, apabila penciptaan matematik berinteraksi dengan penemuan saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan yang sangat besar dalam penemuan matematik yang kekal berterusan sehingga hari ini. Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang termasuklah bidang senibina. Matematik dan seni telah dilihat dua bidang yang berbeza oleh rata-rata masyarakat terutama di Malaysia. Situasi di Malaysia yang amat sukar untuk kita temui seseorang yang mempunyai kepakaran dalam kedua-dua bidang matematik dan seni sekaligus. Kolerasi intim antara matematik dan seni sebenarnya telah diperlihatkan sejak zaman Mesir dan Greek purba lagi iaitu dengan penggunaan 'nisbah emas' (golden ratio) dalam rekaan monumen-monumen seperti Piramid Mesir, Parthenon, dan Colloseum. Malah, terdapat banyak penggiat seni pada zaman dahulu yang mengkaji matematik demi memperhalusi seni rekaan mereka, antaranya Ploykleitos yang merupakan pengukir terkenal tamadun Greek dan beberapa tokoh pelukis zaman Renaissance, seperti Leonardo Da Vincci dan Piero della Fracesca. Di Malaysia sekarang penggunaan seni islam terhadap pembinaan bangunan-bangunan semakin meluas seperti masjid, Stesyen kereta api, Istana negara, bangunan berkembar Petronas, dan lain-lain lagi. Salah satu ciri utama dalam seni islam yang menjadi identiti dunia muslim yang berbeza adalah penggunaan corak-corak geometri. Di aplikasikan secara universal pada logam, kayu, seramik, tekstil, permaidani, miniatur sebagai dekorasi atau hiasan senibina kaedah yang dirumuskan dengan jelas dan menggabungkan sistem adaptasi komposisi yang membolehkan kepelbagaian variasi dan inovasi. 1

Upload: nuradni74253

Post on 21-Dec-2015

139 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Matematik aplikasi

TRANSCRIPT

Page 1: Aplikasi Matematik Dalam Seni

APLIKASI MATEMATIK DALAM KESENIAN ISLAM

Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan

perubahan. Ahli matematik mencari pola, memformulasikan konjektur yang baru dan

menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dan definisi yang dipilih dengan

baik. Penggunaan pengabstrakan dan penaakulan logik, matematik berevolusi dari

pembilangan, pengiraan, pengukuran, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan

pergerakan objek fizikal. Matematik gunaan telah wujud dalam aktiviti seharian manusia

sejak kewujudan rekod bertulis. Hujah yang rapi mula wujud dalam Matematik Yunani,

antara yang terkenal ialah karya Euclid, Elemen. Matematik kemudiannya terus

berkembang, contohnya di China pada kurun ke-3 sebelum masihi, di India pada kurun

pertama masihi dan di dunia Islam pada kurun ke-8 masihi, sehingga kemunculan

Zaman Pembaharuan, apabila penciptaan matematik berinteraksi dengan penemuan

saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan yang sangat besar dalam penemuan

matematik yang kekal berterusan sehingga hari ini.

Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai

bidang termasuklah bidang senibina. Matematik dan seni telah dilihat dua bidang yang

berbeza oleh rata-rata masyarakat terutama di Malaysia. Situasi di Malaysia yang amat

sukar untuk kita temui seseorang yang mempunyai kepakaran dalam kedua-dua bidang

matematik dan seni sekaligus. Kolerasi intim antara matematik dan seni sebenarnya

telah diperlihatkan sejak zaman Mesir dan Greek purba lagi iaitu dengan penggunaan

'nisbah emas' (golden ratio) dalam rekaan monumen-monumen seperti Piramid Mesir,

Parthenon, dan Colloseum. Malah, terdapat banyak penggiat seni pada zaman dahulu

yang mengkaji matematik demi memperhalusi seni rekaan mereka, antaranya

Ploykleitos yang merupakan pengukir terkenal tamadun Greek dan beberapa tokoh

pelukis zaman Renaissance, seperti Leonardo Da Vincci dan Piero della Fracesca.

Di Malaysia sekarang penggunaan seni islam terhadap pembinaan bangunan-

bangunan semakin meluas seperti masjid, Stesyen kereta api, Istana negara, bangunan

berkembar Petronas, dan lain-lain lagi. Salah satu ciri utama dalam seni islam yang

menjadi identiti dunia muslim yang berbeza adalah penggunaan corak-corak geometri.

Di aplikasikan secara universal pada logam, kayu, seramik, tekstil, permaidani, miniatur

sebagai dekorasi atau hiasan senibina kaedah yang dirumuskan dengan jelas dan

menggabungkan sistem adaptasi komposisi yang membolehkan kepelbagaian variasi

dan inovasi.

1

Page 2: Aplikasi Matematik Dalam Seni

Pembinaan reka bentuk dan corak keseniaan islam di masjid-masjid dan juga

bangunan di malaysia pada asas permulaannya dibina berdasarkan kepada asas

geometri iaitu asas segi empat, oktagon, sgi tiga sama sisi dan heksagon. Terdapat juga

penggunaan dalam corak yang lebih rumit iaitu berdasarkan kepada segi lima, dekagon,

heptagon dan juga nonagon. Corak geometri memainkan peranan penting dalam

pembinaan corak kesenian islam. Ia membentuk satu daripada tiga jenis rajah dekorasi

dalam kesenian islam yang juga mencakupi kaligrafi dan corak-corak tumbuh-tumbuhan

sama ada secara tunggal ataupun digunakan dalam kombinasi dengan rajah perhiasan

atau gambaran rajah, corak-corak geometri yang popular berkaitan dengan seni islam.

Rekaan abstrak ini tidak hanya menghiasi permukaan monumen seni bina islam tetapi

juga berfungsi sebagai elemen hiasan utama pada permukaan yang luas meliputi semua

jenis benda. Ini dapat dilihat di rajah 1.

Rajah 1.

Geometri telah mencapai kemuncak tinggi di dalam dunia islam yang mana sumber-

sumber untuk kedua-dua bentuk dan corak-corak yang rumit sudah ada pada kalangan

orang Greek, Rom, dan Sasanid di Iran. Kesenian islam disesuaikan dari elemen tradisi

klasik, kemudian dilengkapkan dan dihuraikan dalam merangka untuk mencipta bentuk

baru dari dekorasi yang menekankan pentingnya kesatuan dalam kepelbagaian dan

kepelbagaian dalam kesatuan. Sumbangan ilmuan islam yang bijaksana dalam bidang

matematik, astronomi, dan sains sangat penting untuk penciptaan gaya baru yang unik

ini.

Geometri islam terdiri atau terhasil daripada bentuk-bentuk sederhana seperti

bulatan dan segiempat, corak-corak geometri yang digabungkan, diulang, dihubungkan,

dan disusun dalam dalam kombinasi lengkap sehingga menjadi salah satu ciri khas

kesenian dalam islam. Berdasarkan fakta, penghiasan geometri dalam kesenian islam

menunjukkan jumlah yang luar biasa terutama dalam pengulangan dan begitu kompleks.

Ia memberi ruang kepada kemungkinan percambahan corak yang hebat dan dapat

disesuaikan dengan perhiasan yang lain.

2

Page 3: Aplikasi Matematik Dalam Seni

Empat bentuk asas rekaan geometri islam di mana corak yang lebih lengkap dibuat

adalah melibatkan daripada asas bulatan dan gabungan bulatan, segi empat atau sisi

empat poligon, corak bintang, segi empat dan segitiga yang terlukis dalam sebuah

bulatan serta melibatkan pelbagai sisi poligon. Contoh-contoh bagi corak-corak geometri

yang dianalisis dikumpulkan dalam kategori yang berbeza sesuai dengan sistem

pengkadaran yang ditetap bagi unit pengulangan corak yang diberikan. Analisis

terperinci akan menunjukkan bagaimana dalam setiap kumpulan corak-corak, unit

pengulangan dan grid corak menentukan komposisi mereka adalah dihasilkan oleh

manipulasi susunan poligon iaitu segi empat sama, segi tiga sama sisi, heksagon dan

seterusnya. Grid corak yang dihasilkan oleh gabungan titik-titik garis lurus adalah yang

dipilih daripada sisi simpang bagi sisi-sisi poligon. Akhirnya, komposisi unit pengulangan

corak keseluruhannya tercapai.

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu rekaan

geometri. Diantaranya ialah penggunaan konsep pengulangan. Dalam dunia islam hari

ini, para penukang telah terlibat dalam membuat corak geometri pada kayu, marmar,

logam, seramik dan lain-lain yang mana ia menggunakan alat-alat tradisional iaitu

kompas dan pembaris. Hakikatnya, kaedah geometri telah diterapkan, dikembangkan

dan disempurnakan oleh para pengusaha pada masa lalu. Asas ukuran digunakan iaitu

jejari diambil sebagai jejari. Pembahagian awal sekeliling bulatan menjadi 4, 6 atau 5

jumlah bahagian (atau gandaan dari bahagian ini) menentukan sistem kadaran yang

digunakan untuk menghasilkan unit pengulangan bagi rekaan tersebut.

Kaedah yang kedua adalah konsep segi empat sama dan sistem nisbah asas dua.

Melalui konsep ini, ia menyatakan bahawa pengulangan corak yang telah memberi

karakter bagi rekaannya yang mana ia ditentukan oleh heretan garisan grid antara titik

yang dibuat oleh sudut penyilangan bagi segi empat sama yang dilukis dalam bulatan.

Bagi melukis segi empat sama di antara bulatan, satu metod geometri diberikan bagi

kadar pembahagian setiap kawasan untuk unit pengulangan tersebut. Apabila sesuatu

permukaan dibuat, salahsatu sisinya dibahagikan menjadi beberapa bahagian sesuai

dengan jumlah unit pengulangan yang diperlukan. Kawasan tersebut kemudian di isi

dengan bulatan dengan diameter yang sama dengan sub bahagian daripada sisi

permukaan yang dibuat.

Konsep yang ketiga ialah heksagon dan sistem kadar asas tiga. Rekaan yang

ditunjukkan dalam konsep ini berasaskan pada grid lukisan bagi bentuk bintang

heksagon. Satu sisi bagi kawasan yang akan dihias dibahagikan dengan menggunakan

3

Page 4: Aplikasi Matematik Dalam Seni

kompas menjadi beberapa bahagian yang sama dengan unit pengulangan yang

dimasukkan dalam rekaan sepanjang sisi ini. Seluruh kawasan ini kemudiannya

dibahagikan oleh bulatan dan heksagon dimasukkan berdekatan setelah kaedah titik

digunakan seperti rajah 2. Ia adalah unit mengulang kerana ia adalah heksagon. Sisi

yang sama dengan garis lilitan bulatan grid master dibentuk oleh heretan bintang-

bintang heksagon dalam heksagon ini dengan menggabungkan salah satu sudut

heksagon yang lain atau di tengah-tengah titik seperti rajah 3. Sistem bintang

heksagonmemberikan sebuah metod pembahagian diameter heksagondengan nisbah

1:2 . Sistem ini juga membahagikan ketinggian heksagon dalam nisbah yang sama iaitu

1:2.

Rajah 2

4

Page 5: Aplikasi Matematik Dalam Seni

Rajah 3

Konsep yang keempat pula ialah konsep pentagon dan golden ratio seperti di

rajah 4. Menurut Euclid, konsep Golden Ratio ini bermaksud sebagai ekstrim dan

nisbah. Manakala seorang penulis zaman Renaissance berpendapat ia dianggap

sebagai "Pengkadaran" dan pada abad kesembilan belas konsep ini dikenali

sebagai "Golden Section". Dalam konsep ini ia membentuk enam corak.

Berdasarkan grid master, corak-corak yang terbentuk adalah berbentuk bintang

dekagon. Unit pengulangan yang baik adalah menggunakan bentuk segi empat

tepat atau rombus tetapi dalam kes terkini adalah lebih mudah dengan

menggunakan bentuk segi empat tepat yang berasal dari rombus.

5

Page 6: Aplikasi Matematik Dalam Seni

Rajah 4

Konsep geometri yang seterusnya adalah berdasarkan konsep corak

berasaskan gandaan heksagon seperti di rajah 5. Corak geometri berdasarkan

konsep ini akan dibahagikan sekeliling bulatan menjadi dua belas bahagian

yang sama. Unit mengulang rekaan keseluruhannya boleh menjadi salah satu

lukisan segi enam. Hasil mengulangi corak-corak itu, dari bentuk segitiga sama

sisi, segiempat sama, segi enam, oktagon, dodekagon, dan bintang-bintang

maka terhasil suatu bentuk yang menciptakan visual khas yang harmoni dalam

rekaan yang digambarkan dalam bahagian ini.

6

Page 7: Aplikasi Matematik Dalam Seni

Rajah 5

Rajah 6

7

Page 8: Aplikasi Matematik Dalam Seni

Rajah 7

Rajah 8

8

Page 9: Aplikasi Matematik Dalam Seni

Rajah 9

Secara kesimpulannya, penggunaan geometri dalam kesenian islam dapat dilihat

dengan jelas terutama di masjid-masjid dan juga bangunan-bangunan di Malaysia.

Pelbagai corak geometri yang digabungkan dan dilakukan proses pengulangan

menghasilkan suatu corak yang menarik dan mencerminkan kebudayaan islam di

Malaysia seperti yang ditunjukkan dalam rajah 6,7,8 dan 9 . Konsep matematik yang

diaplikasikan ke dalam seni bina dapat menghasilkan suatu bentuk yang menarik.

Matematik memainkan peranan penting dalam seni bina dan kesenian islam.

9