aplikasi konsep pembezaan dalam kehidupan seharian

Upload: cik-ma

Post on 14-Apr-2018

938 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Aplikasi Konsep Pembezaan Dalam Kehidupan Seharian

    1/2

    APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

    Pembezaan yang dikenali sebagai differentiation atau derivate adalah

    pengukuran bagaimana sebuah fungsi perubahan sebagai perubahan daripada

    inputnya. Derivatif boleh dianggap perubahan sesuatu kuantiti sebagai tindak balas

    kepada perubahan dalam kuantiti yang lain. Pembezaan merupakan salah satu

    daripada aplikasi yang sangat berguna dalam kehidupan kita. Pembezaan membantu

    kita dalam menyenangkan kehidupan kita dan membantu dalam pengenalan pelbagai

    perkara baru dalam matematik dan juga dalam kehidupan harian.

    Pembezaan dapat diaplikasikan dalam pebagai bidang. Sebagai contohnya

    adalah dalam bidang ekonomi. Pembezaan dapat membantu kita mengenali

    keuntungan yang dianggarkan dalam penjualan sesuatu barang atau modal yang perlu

    dikeluarkan dalam membuat sesuatu barang berdasarkan jumlah kuantitinya. Pembezaan

    membantu sesuatu peniaga untuk membuat keputusan dalam perniagaannya berdasarkan

    anggaran yang dibuat berdasarkan persamaan yang dibuat menggunakan

    pembezaan.Daripada ini juga, kita dapat mencari dan mengelakkan kerugian yang

    mungkin berlaku dalam sesuatu perniagaan. Malah kita juga dapat menganggarkan

    sama ada sesuatu perniagaan itu akan laris atau tidakberdasarkan pembinaan graf dan

    menganggarkan keputusan yang boleh berlaku dalam masa depan. Ini amat membantudalam ekonomi terutamanya pada para usahawan.

    Disamping itu juga, pembezaan digunakan dalam menganggarkan nilai

    maksimum dan minimum dalam sesuatu perkara. Sebagai contoh adalah

    menganggarkan keuntungan tertinggi dalam sesuatu ataupun juga kuantiti maksimum

    dan minimum yang boleh digunakan bagi mengelakkan kerugian. Dalam pembinaan

    bangunan, seseorang usahawan perlu tahu kuantiti bahan yang digunakan dan

    pembezaan membantu dalam mencari nilaimaksimum atau minimum bagi memastikan

    kualiti pengeluarannya adalah terjamin dan dalam masa yang sama kita

    tidak mengalami kerugian. Bukan itu sahaja, penggunaan tenaga kerja serta bahan juga

    boleh dianggarkan menggunakan pembezaan ini. Oleh itu, secara keseluruhannya,

    penggunaanpembezaan daam ekonomi adalah tidak dapat dielakkan dan semestinya

  • 7/29/2019 Aplikasi Konsep Pembezaan Dalam Kehidupan Seharian

    2/2

    dapat membantu kita dalammeningkatkan kualiti keusahawanan seseorang itu

    dan membantu dalam membuat keputusan.

    Selain itu juga, pembezaan banyak digunakan dalam bidang kejuruteraan

    dan juga sains. Semasa zaman Isaac Newton lagi, pelayaran kapal adalah memang

    berbahaya kerana kita tidak kenal akan arahmembawa kapal dengan betul dan satu-

    satunya garis panduan yang digunakan adalah melalui bintangdan cara itu juga adalah

    susahmelihatkan cuaca yang tidak menentu. Dengan adanya kalkulus ini, maka adalah

    lebih senang untuk pelayaran dilakukan dan arah dapat dibaca dan dikenali dengan

    lebih senang.

    Selain daripada itu juga, dalam bidang kejuruteraan, pembezaan membantu

    dengan banyak dimana dalam aplikasi piston, yang banyak digunakan bukan sahaja

    dalam perkapalan tetapi juga kenderaan. Pembezaan membolehkan kita menemui dan

    mengaplikasikan piston yang digunakan dalam semua kenderaan. Penemuan ini adalah amat

    penting dan berguna kepada kita hasil daripada perkembangan pembezaan

    ini. Disamping itu juga, dalam bidang sains, pembezaan dapat digunakan untuk mencari

    kadar perubahan atau rate ofchange tidak kira dalam tindak balas kimia mahupun

    benda lain.

    Pembezaan membantu seorang untuk mencari kadar tindak balas sesuatu

    bahan kimia terhadap bahanlain dan ini membantu kita untuk menciptaan pelbagai

    peralatan atau bahan kegunaan harian. Perubahan dari segi keadaan, suhu

    dan sebagainya boleh disukat dan dikaji menggunakan pembezaan ini dan ini amatlah

    berguna dalam penemuan bahan-bahan baru.