aplikasi buluh dalam reka bentuk aksesori … buluh dalam reka bentuk... · gambarajah 1.6 : peta...

24
APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI DALAMAN KERETA Fandi Ahmad Syah Bin Amir Syah Disertasi ini diserahkan bagi memenuhi keperluan untuk ijazah Sarjana Seni Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2013

Upload: phungnhu

Post on 06-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI … buluh dalam reka bentuk... · Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12 ... Reka bentuk panel dalaman

APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI DALAMAN KERETA

Fandi Ahmad Syah Bin Amir Syah

Disertasi ini diserahkan

bagi memenuhi keperluan untuk ijazah

Sarjana Seni

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2013

Page 2: APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI … buluh dalam reka bentuk... · Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12 ... Reka bentuk panel dalaman

i

PENGAKUAN PENULIS

Saya mengaku bahawa kerja-kerja di dalam disertasi/tesis ini telah dilaksanakan selaras

dengan peraturan-peraturan Universiti Malaysia Sarawak. Ia adalah asal dan adalah hasil

kerja saya, kecuali dinyatakan sebaliknya atau diakui sebagai kerja dirujuk. Ia belum pernah

lagi dikemukakan di Universiti Malaysia Sarawak atau mana-mana institusi akademik atau

bukan akademik lain untuk mana-mana ijazah atau kelayakan.

Nama Pelajar: Fandi Ahmad Syah Bin Amir Syah

No Kad Pelajar: 10021654

Program Ijazah: Ijazah Sarjana Seni (Seni Reka Perindustrian)

Fakulti: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

Tajuk Disertasi/Tesis: Aplikasi Buluh Dalam Reka Bentuk Aksesori Dalaman Kereta

Tandatangan Pelajar :

Tarikh :

Page 3: APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI … buluh dalam reka bentuk... · Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12 ... Reka bentuk panel dalaman

ii

DEDIKASI

Saya dedikasikan penyelidikan ini

khas buat Ibubapa saya Amir Syah bin Syah Minan dan Sumiati Binti Rahmat serta seluruh

ahli keluarga yang banyak membantu dan memberi sokongan.

Sekalung penghargaan buat anda semua.

Page 4: APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI … buluh dalam reka bentuk... · Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12 ... Reka bentuk panel dalaman

iii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat

menyiapkan tesis ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan ditujukan kepada pihak

Universiti Malaysia Sarawak kerana telah menjadi institusi yang menyalurkan bantuan dan

segala ilmu pengetahuan kepada saya dalam menjalankan penyelidikan ini. Sekalung budi

juga diberikan kepada pihak universiti kerana telah berjaya melahirkan graduan-graduan yang

berkaliber dan menjadikan saya salah seorang graduan yang berwawasan dan berusaha gigih

dalam mencari ilmu pengetahuan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia saya, Prof Dr. Hj Khairul Aidil Azlin

Abd Rahman dan Dr. Saiful Bahari Mohd Yusoff atas bimbingan dan tunjuk ajar yang

dicurahkan selama proses penyelidikan ini dijalankan. Penghargaan juga kepada Fakulti Seni

Gunaan dan Kreatif serta semua pensyarah dan warga fakulti yang membantu secara langsung

dan tidak langsung atas sumbangan idea serta pandangan mereka dalam memantapkan lagi

penyelidikan saya.

Terima kasih juga atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Sarawak Forestry, iaitu

Dr Alik Duju kerana sudi berkongsi ilmu serta memberi tunjuk ajar dan membenarkan saya

menggunakan fasiliti di Sarawak Forestry. Tidak lupa juga kepada pihak Sabah Forestry yang

membenarkan saya mengadakan lawatan sambil belajar disana. Seterusnya sejuta

penghargaan kepada Dr. Hamdan Husain daripada Bahagian Keluaran Hutan (Forest Research

Institute Malaysia (FRIM) dan Dr. Syed Mustafa Syed Jamaludin daripada Kumpulan

Teknologi Plastik dan Komposit (SIRIM Berhad) serta warga kerja yang terlibat

membenarkan saya menjalankan latihan industri dan penyelidikan saya di sana.

Akhir sekali, terima kasih juga kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (MyBrain

Master) kerana menaja yuran pengajian saya dan membolehkan saya melaksanakan

penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa serta rakan-rakan yang sentiasa

memberi sokongan dan galakkan kepada saya dalam menempuh segala cabaran dan dugaan

sepanjang pengajian saya. InsyaAllah berkat dorongan dan doa-doa yang diberikan dapat

membantu saya mencapai cita-cita saya kelak. Sekian terima kasih.

Page 5: APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI … buluh dalam reka bentuk... · Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12 ... Reka bentuk panel dalaman

iv

SENARAI KANDUNGAN

KANDUNGAN HALAMAN

PENGAKUAN PENULIS i

DEDIKASI ii

PENGHARGAAN iii

SENARAI KANDUNGAN iv

SENARAI GAMBARAJAH viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI GRAF DAN CARTA PAI xv

ABSTRAK xvi

ABSTRACT xvii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Penyataan Masalah 4

1.3 Persoalan Kajian 6

1.4 Objektif 7

1.5 Kepentingan Kajian 9

1.6 Hipotesis 10

1.7 Skop Kajian 11

1.8 Limitasi Kajian 13

1.9 Kesimpulan 14

BAB 2 KAJIAN LEPAS

2.1 Pengenalan 15

2.2 Mengenali Sifat Fizikal Tumbuhan Buluh 16

2.3 Spesis Buluh Yang Popular Di Malaysia 18

2.4 Rawatan Buluh 21

2.5 Kegunaan Buluh Dalam Industri 23

2.6 Kandungan Kimia Dalam Buluh 27

2.7 Perekatan Buluh 28

2.8 Pengenalan Komposit 29

2.9 Proses Bahan Plastik 32

2.9.1 Termoplastik 32

2.9.2 Termoplastik Polipropilena, Polietilena Dan Ejen Gandingan 33

2.9.3 Proses Penyemperitan 36

2.9.4 Proses Pembentukkan Termo 39

2.9.5 Proses Pengacuan Mampatan 39

2.10 Industri Pembuatan Komponen Dan Aksesori Kereta 41

2.11 Penggunaan Bahan Semulajadi Dalam Proses Penyemperitan 43

2.12 Penggunaan Bahan Semulajadi Dalam Industri Pembuatan

Aksesori Kereta 47

2.13 Kerangka Teori 51

2.14 Kesimpulan 57

Page 6: APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI … buluh dalam reka bentuk... · Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12 ... Reka bentuk panel dalaman

v

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 58

3.2 Kaedah Kualitatif 58

3.3 Kaedah Kuantitatif 65

3.4 Kajian Rintis 68

3.5 Proses Kajian 70

3.5 Kesimpulan 72

BAB 4 EKSPERIMEN DAN PROSES PENGHASILAN BAHAN BARU

4.1 Pengenalan 73

4.2 Proses Tekanan/Mampatan 74

4.2.1 Proses Penyediaan Bahan Mentah 75

4.2.2 Analisis Thermogravimetric (TGA) Termoplastik 79

4.2.3 Proses Campuran Polipropilena (PP) Dan Polietilena (HDPE)

Dengan Partikel Buluh Menjadi Pelet Menggunakan Mesin

Campuran Plastik 81

4.2.4 Proses Membentukkan Bahan Baru Daripada Butiran Pelet

Menjadi Papan Plastik Menggunakan Mesin Tekanan Haba

Dan Mesin Tekanan Sejuk 82

4.2.5 Komposisi Bahan 85

4.2.6 Ujian Bahan 91

4.2.6.1 Pemotongan Dan Pengukuran Bahan 92

4.2.6.3 Ujian Tegangan 93

4.2.6.3 Ujian Lenturan 94

4.2.6.4 Ujian Serapan Dan Pengembangan Dalam Air 94

4.2.6.5 Analisis Data Ujian Bahan 95

4.2.7 Proses Menghasilkan Produk Aksesori Kereta Daripada

Papan Plastik Menggunakan Mesin Pembentukkan Vakum 103

4.2.7.1 Proses Menghasilkan Papan Plastik Bersaiz

46.5 x 60 x 0.3cm Menggunakan Mesin Tekanan

Haba Dan Tekanan Sejuk 103

4.2.7.2 Proses Menghasilkan Acuan Kayu 105

4.2.7.3 Proses Membentuk Lembaran Papan Plastik

Menggunakan Mesin Pembentukkan Vakum 107

4.3 Proses Penyemperitan 111

4.3.1 Proses Penyediaan Bahan Mentah 112

4.3.2 Komposisi Bahan 116

4.3.3 Proses Penyemperitan Komposit Buluh Dan Plastik 117

4.3.3.1 Proses Campuran Polipropilena Dan Partikel

Buluh Menjadi Pelet Komposit 118

Page 7: APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI … buluh dalam reka bentuk... · Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12 ... Reka bentuk panel dalaman

vi

4.3.3.2 Proses Menghasilkan Bahan Baru Daripada Pelet

Kepada Profil Buluh Komposit 121

4.3.4 Ujian Bahan 124

4.3.4.1 Pemotongan Dan Pengukuran Bahan 125

4.3.4.2 Ujian Tegangan 123

4.3.4.3 Ujian Serapan Air 129

4.3.4.4 Ujian Lenturan 132

4.3.4.5 Ujian Hentaman Izod 135

4.3.4.6 Ujian Ketumpatan Bahan 139

4.3.5 Kaedah Perbandingan Kekuatan Komposit Buluh Dan

Polipropilena (BB-PP) Dengan Komposit Sekam Padi Dan

Polipropilena (RH-PP) 143

4.3.6 Kaedah Perbandingan diantara Kekuatan Komposit Buluh

Dan Polipropilena (BB-PP) Dengan Kayu Mampatan

Berlaminat Daripada Kayu Tropika Berketumpatan Rendah 147

4.3.7 Kaedah Perletakan Komposit Buluh Plastik Dan

Polipropilena (BB-PP) Di Dalam Kumpulan Kekuatan

Kayu Piawai Malaysia (MS) 150

4.3.8 Kaedah Klasifikasi Komposit Buluh Dan Polipropilena

(BB-PP) Pada Papan Partikel Piawai Perindustrian

Jepun (JIS) 155

4.4 Kesimpulan 158

BAB 5 REKA BENTUK DAN VALIDASI PRODUK AKHIR

5.1 Pengenalan 159

5.2 Lakaran Awal Produk 159

5.3 Lakaran Perkembangan Idea 161

5.4 Validasi Secara Visual Lakaran Idea Produk Akhir 163

5.5 Lukisan 3 Dimensi Produk Akhir 167

5.6 Validasi Produk Akhir 168

5.7 Reka Bentuk Produk Akhir 171

5.8 Pilihan Warna 173

5.9 Cadangan Produk Akhir 174

5.10 Lakaran Idea Awal Produk Cadangan 174

5.11 Lakaran perkembangan Idea Produk Cadangan 175

5.12 Lukisan 3 Dimensi Produk Cadangan 176

5.13 Validasi Produk Cadangan 179

5.14 Kesimpulan 181

Page 8: APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI … buluh dalam reka bentuk... · Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12 ... Reka bentuk panel dalaman

vii

BAB 6 KESIMPULAN

6.1 Sumbangan Ilmu Baru Dalam Penyelidikan 182

6.2 Penyelidikan Masa Hadapan Bahan Buluh 187

RUJUKAN 189

LAMPIRAN 193

Page 9: APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI … buluh dalam reka bentuk... · Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12 ... Reka bentuk panel dalaman

viii

SENARAI GAMBARAJAH

GAMBARAJAH HALAMAN

Gambarajah 1.1 : Contoh kraftangan dan perabot daripada buluh. 5

Gambarajah 1.2 : Bahagian reka bentuk kereta. 7

Gambarajah 1.3 : Reka bentuk aksesori dalaman kereta. 8

Gambarajah 1.4 : Contoh reka bentuk dalaman kenderaan yang menggunakan

bahan besi dan plastik. 9

Gambarajah 1.5 : Peta Malaysia, bandaraya Kuching dan kawasan sekitar

penebangan buluh. 11

Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12

Gambarajah 2.1 : Kelebihan buluh. 15

Gambarajah 2.2 : Morfologi buluh. 17

Gambarajah 2.3 : Kaedah penyemburan batang buluh dengan bahan awetan dan

merendamkan batang buluh di dalam larutan asid borik. 22

Gambarajah 2.4 : Penggunaan buluh dalam kehidupan. 23

Gambarajah 2.5 : Kegunaan buluh di Malaysia. 25

Gambarajah 2.6 : Kegunaan buluh di luar negara. 26

Gambarajah 2.7 : Mesin penyemperitan. 36

Gambarajah 2.8 : Ringkasan proses penyemperitan. 37

Gambarajah 2.9 : Proses acuan mampatan yang digunakan untuk plastik. 40

Gambarajah 2.10: Reka bentuk panel dalaman kereta Triumph TR7 dikilangkan

pada september 1974 hingga 1981 oleh Triumph Motor

Company. 42

Gambarajah 2.11: Proses pembuatan produk stering kereta menggunakan acuan

dengan proses pengubahsuaian suntikan (reaction injection

moulded) RIM daripada Sheller Clifford Industry. 43

Gambarajah 2.12: Jenis-jenis profil dan produk komposit sekam padi dan

termoplastik. 47

Gambarajah 2.13: Penel hadapan dan pintu yang menggunakan komposit

semulajadi. 49

Gambarajah 2.14: Reka bentuk dalaman kereta yang menggunakan penggunaan

bahan semulajadi Rolls-Royce Phantom. 50

Gambarajah 2.15: Kerangka konsep. 52

Gambarajah 3.1 : Mesin pemotongan batang buluh. 59

Gambarajah 3.2 : Contoh aplikasi bahan buluh kepada pelbagai reka bentuk

produk. 60

Gambarajah 3.3 : Pembuatan aksesori kereta berasaskan buluh. 64

Gambarajah 3.4 : Profil plastik yang dihasilkan daripada bahan plastik

menggunakan proses penyemperitan. 64

Gambarajah 3.5 : Kerangka kerja eksperimen. 66

Page 10: APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI … buluh dalam reka bentuk... · Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12 ... Reka bentuk panel dalaman

ix

Gambarajah 3.6 : Proses perolehan dan penyediaan maklumat ujian bahan. 67

Gambarajah 3.6 : Proses kajian. 70

Gambarajah 4.1 : Carta menilai bahan buluh melalui proses komposit. 73

Gambarajah 4.2 : Proses menghasilkan komposit buluh plastik menggunakan

proses tekanan haba dan tekanan sejuk. 74

Gambarajah 4.3 : Proses menebang buluh. 75

Gambarajah 4.4 : Proses mengukur diameter, ketebalan, dan berat buluh. 76

Gambarajah 4.5 : Proses menghancurkan buluh menggunakan mesin

pengisar drum chipper. 77

Gambarajah 4.6 : Proses menghancurkan buluh menggunakan mesin pengisar

knife ring flaker. 77

Gambarajah 4.7 : Proses memasukkan hancuran buluh kedalam ketuhar. 77

Gambarajah 4.8 : Proses mengasingkan hancuran dan partikel buluh mengikut

saiz menggunakan mesin pengayak steel screener. 78

Gambarajah 4.9 : Proses Analisis Thermogravimetric (TGA). 79

Gambarajah 4.10: Analisis Thermogravimetric (TGA) untuk plastik

polipropilena (PP). 80

Gambarajah 4.11: Analisis Thermogravimetric (TGA) untuk plastik

polietilena (HDPE). 80

Gambarajah 4.12: Proses mencampurkan hancuran buluh dan plastik

menggunakan mesin percampuran plastik. 82

Gambarajah 4.13: Perubahan bentuk bahan sebelum dan selepas dicampurkan. 82

Gambarajah 4.14: Proses meletakkan sebatian bahan komposit ke dalam

mesin tekanan haba. 83

Gambarajah 4.15: Proses meletakkan sebatian bahan komposit ke dalam

mesin tekanan sejuk. 84

Gambarajah 4.16: Proses membuka papan plastik daripada acuan. 84

Gambarajah 4.17: Papan plastik yang sebati dan tidak sebati. 85

Gambarajah 4.18: Struktur ujian terhadap bahan. 91

Gambarajah 4.19: Proses memotong bahan menggunakan mesin pemotong. 92

Gambarajah 4.20: Proses mengukur spesimen. 93

Gambarajah 4.21: Ujian tegangan komposit plastik dengan partikel buluh. 93

Gambarajah 4.22: Ujian lenturan komposit plastik dengan partikel buluh. 94

Gambarajah 4.23: Ujian serapan dan pengembangan dalam air bahan

komposit buluh dan plastik. 95

Gambarajah 2.24: Proses meletakkan sebatian komposit kedalam acuan

Aluminium bersaiz 46.5 x 60 x 0.3 cm. 104

Gambarajah 4.25: Proses meletakkan acuan aluminium bersaiz 46.5 x 60 x 0.3

cm berisi sebatian komposit ke dalam mesin tekanan haba. 104

Gambarajah 4.26: Proses membuka dan membersihkan permukaan acuan

aluminium 46.5 x 60 x 0.3 cm. 105

Page 11: APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI … buluh dalam reka bentuk... · Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12 ... Reka bentuk panel dalaman

x

Gambarajah 4.27: Proses membuat acuan kayu untuk proses pembentukkan

vakum. 106

Gambarajah 4.28: Mesin dan proses pembentukkan vakum lembaran plastik

dan komposit. 107

Gambarajah 4.29: Proses menghasilkan komposit buluh plastik menggunakan

proses penyemperitan. 112

Gambarajah 4.30: Hancuran buluh bersaiz 3mm sebelum dimasukkan kedalam

mesin pengisar turbo mill. 113

Gambarajah 4.31: Partikel buluh berlainan saiz selepas dimasukkan kedalam

mesin pengisar turbo mill dan keluar melalui shifter. 113

Gambarajah 4.32: Bahagian-bahagian utama mesin pengisar turbo mill Model:

TM 250 System. 114

Gambarajah 4.33: Partikel buluh diletakkan ke dalam mesin ujian kandungan

lembapan. 115

Gambarajah 4.34: Partikel buluh diletakkan ke dalam mesin pengering. 116

Gambarajah 4.35: Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan buluh

plastik komposit. 117

Gambarajah 4.36: Acuan yang digunakan dalam proses penyemperitan

percampuran partikel dan plastik. 118

Gambarajah 4.37: Pelet buluh plastik hasil daripada proses penyemperitan

campuran. 119

Gambarajah 4.38: Bahagian-bahagian utama mesin penyemperitan

Bausano Model: MD 72/36 Plus. 120

Gambarajah 4.39: Contoh profil kayu plastik hasil daripada proses

penyemperitan profil. 121

Gambarajah 4.40: Bahagian-bahagian utama mesin penyemperitan

Cincinati Model: Fiberex T 45. 122

Gambarajah 4.41: Proses memotong profil kayu menggunakan mesin pemotong. 125

Gambarajah 4.42: Proses meratakan spesimen mengikut saiz piawaian

menggunakan mesin penggiling. 125

Gambarajah 4.43: Proses mengukur spesimen menggunakan penimbang dan

digital micrometer. 126

Gambarajah 4.44: Proses ujian tegangan dengan jig dan extensometer sedang

dijalankan. 128

Gambarajah 4.45: Buluh komposit plastik dalam proses ujian tegangan. 129

Gambarajah 4.46: Proses merekodkan berat bahan sebelum dan selepas

direndam. 130

Gambarajah 4.47: Proses mengisi air suling di dalam bekas. 130

Gambarajah 4.48: Proses ujian serapan air komposit buluh plastik. 131

Gambarajah 4.49: Dua kaedah asas yang digunakan dalam ujian lenturan. 133

Gambarajah 4.50: Proses ujian lenturan komposit buluh plastik sedang

dijalankan. 134

Page 12: APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI … buluh dalam reka bentuk... · Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12 ... Reka bentuk panel dalaman

xi

Gambarajah 4.51: Proses dan mesin dalam ujian hentaman izod. 135

Gambarajah 4.52: Antara alatan yang diperlukan untuk ujian hentaman

izod pada suhu -30C. 136

Gambarajah 4.53: Dimensi spesimen hentaman izod mengikut piawaian

ASTM 256. 136

Gambarajah 4.54: Kerja- kerja membuat lekuk (V) menggunakan mesin

pembuat lekuk. 137

Gambarajah 4.55: Kerja meletak spesimen komposit buluh plastik pada

pemegang spesimen dalam ujian hentaman izod. 138

Gambarajah 4.56: Proses pemotongan spesimen untuk ujian ketumpatan bahan

komposit buluh dengan plastik. 139

Gambarajah 4.57: Mesin densimeter (Electronic densimeter, SD 200L, E22b)

yang digunakan untuk ujian ketumpatan bahan. 140

Gambarajah 4.58: Kerja meletakkan spesimen komposit buluh dengan plastik

pada mesin densimeter. 141

Gambarajah 4.56: Antara perabot dalam rumah yang dihasilkan oleh

Bio-Komposit (SIRIM). 145

Gambarajah 5.1 : Lakaran awal produk stering kereta. 161

Gambarajah 5.2 : Lakaran idea aksesori stering kereta. 162

Gambarajah 5.3 : Lakaran perkembangan idea stering kereta yang

diaplikasikan di dalam reka bentuk dalam kereta. 162

Gambarajah 5.4 : Lakaran reka bentuk produk akhir stering menggunakan

perisian rhinoceros. 167

Gambarajah 5.5 : Ukuran reka bentuk stering kereta mengikut pandangan

hadapan. 168

Gambarajah 5.6 : Reka bentuk akhir stering kereta (prototaip) daripada

komposit buluh dengan plastik melalui proses penyemperitan. 172

Gambarajah 5.7 : Reka bentuk akhir stering kereta (3D rendering) daripada

komposit buluh dengan plastik melalui proses penyemperitan. 172

Gambarajah 5.8 : Bahagian pemegang utama dalam reka bentuk stering kereta. 173

Gambarajah 5.9 : Pilihan warna reka bentuk stering kereta. 174

Gambarajah 5.10: Lakaran idea awal reka bentuk cermin pandang belakang

kereta. 175

Gambarajah 5.11: Lakaran perkembangan idea produk cadangan. 175

Gambarajah 5.12: Reka bentuk produk cadangan. 176

Gambarajah 5.13: Lukisan 3 dimensi menggunakan perisian rhinoceros

produk cadangan rangka luaran cermin pandang belakang. 177

Gambarajah 5.14: Produk rangka cermin dalaman kereta daripada komposit

buluh dengan polipropilena menggunakan proses

penyemperitan. 177

Page 13: APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI … buluh dalam reka bentuk... · Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12 ... Reka bentuk panel dalaman

xii

Gambarajah 5.15: Produk rangka luaran lampu ketiga kereta daripada komposit

buluh dengan polipropilena menggunakan proses

penyemperitan. 178

Gambarajah 5.16: Reka bentuk produk cadangan apabila diaplikasikan dalam

reka bentuk aksesori dalaman kereta. 178

Gambarajah 6.1 : Hasil dapatan daripada tumbuhan buluh dan produk akhir

yang dapat dikitar semula. 182

Gambarajah 6.2 : Nilai tambah produk. 186

Page 14: APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI … buluh dalam reka bentuk... · Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12 ... Reka bentuk panel dalaman

xiii

SENARAI JADUAL

JADUAL HALAMAN

Jadual 2.1 : Ringkasan beberapa spesies buluh di Malaysia. 18

Jadual 2.2 : Komposisi bahan kimia daripada beberapa jenis buluh di Malaysia. 27

Jadual 2.3 : Penggunaan beberapa plastik dalam pengaplikasian kepada

beberapa produk di pasaran. 33

Jadual 2.4: Sifat dan kandungan struktol TR 016. 35

Jadual 2.5 : Kata kunci. 51

Jadual 3.1 : Ringkasan temuramah dengan pihak industri dan agensi yang

terlibat. 62

Jadual 3.2 : Proses eksperimen awal dalam kajian rintis. 69

Jadual 4.1 : Komposit campuran polietilena (HDPE),(MAPE) dan partikel buluh. 86

Jadual 4.2 : Proses memasukkan (HDPE) ke dalam ketuhar. 88

Jadual 4.3 : Komposit campuran polipropilena (PP) dan partikel buluh. 89

Jadual 4.4 : Ringkasan (SAS) analisis komposit buluh dengan polietilena

(HDPE) menggunakan mesin proses tekanan haba. 98

Jadual 4.5 : Ringkasan (SAS) analisis komposit buluh dengan polipropilena

(PP) menggunakan mesin proses tekanan haba. 100

Jadual 4.6 : Masa yang digunakan semasa eksperimen pembentukkan vakum. 108

Jadual 4.7 : Hasil eksperimen proses pembentukkan lembaran plastik dan

komposit menggunakan mesin pembentukkan vakum. 109

Jadual 4.8 : Hasil keputusan daripada ujian kelembapan partikel buluh

menggunakan mesin ujian kandungan lembapan. 115

Jadual 4.9 : Ciri-ciri profil komposit buluh dengan plastik yang dihasilkan

melalui proses penyemperitan. 123

Jadual 4.10: Daya dan kelajuan yang dikenakan untuk mengukur setiap jenis

kekuatan dalam proses ujian tegangan. 127

Jadual 4.11: Keputusan ujian tegangan komposit buluh dengan plastik. 129

Jadual 4.12: Keputusan ujian komposit buluh dengan plastik dalam ujian

serapan air. 131

Jadual 4.13: Keputusan ujian lenturan komposit buluh dengan plastik. 135

Jadual 4.14: Keputusan ujian hentaman izod untuk spesimen komposit buluh

dengan plastik. 138

Jadual 4.15 : Keputusan ujian ketumpatan bahan untuk spesimen komposit

buluh dengan plastik. 142

Jadual 4.16: Keputusan ujian bahan (BB-PP) dan perbandingan kekuatan bahan

komposit dengan (RH-PP). 143

Page 15: APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI … buluh dalam reka bentuk... · Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12 ... Reka bentuk panel dalaman

xiv

Jadual 4.17: Kekuatan mekanikal mampatan laminasi kayu berketumpatan

rendah iaitu mahang (Macarangga sp.), sesenduk (Endospermum

malaccense), jelutung (D.costulata) dan perbandingan dengan

komposit buluh plastik dan polipropilena (BB-PP). 148

Jadual 4.18: Formula determining basic stresses. 150

Jadual 4.19: Jenis kekuatan komposit buluh dengan polipropilena (BB-PP)

di dalam kumpulan kekuatan kayu. 154

Jadual 4.20: Jenis kekuatan kayu mengikut kumpulan SG 5, SG 6 dan SG 7

(MS 544: part 2:2011). 154

Jadual 4.21: Klasifikasi mengikut kekuatan lenturan papan partikel

(JIS: A 5908, 1994). 155

Jadual 4.22: Kualiti dalam klasifikasi berdasarkan asas papan partikel dan papan

partikel hiasan (decorative particle board) (JIS: A 5908, 1994). 157

Page 16: APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI … buluh dalam reka bentuk... · Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12 ... Reka bentuk panel dalaman

xv

SENARAI GRAF

GRAF HALAMAN

Graf 5.1: Hasil dapatan min validasi secara visual reka bentuk stering kereta

mengikut pekerjaan. 165

Graf 5.2: Hasil dapatan min validasi secara visual reka bentuk aksesori

stering kereta. 166

Graf 5.3: Graf analisis komponen plot untuk reka bentuk aksesori stering kereta. 167

Graf 5.4: Validasi reka bentuk akhir aksesori stering kereta daripada komposit

buluh dengan polipropilena. 169

Graf 5.5: Validasi pemilihan warna produk akhir. 170

Graf 5.6: Validasi cara pemegangan produk akhir . 171

Graf 5.7: Validasi produk cadangan rangka cermin pandang belakang

kereta daripada komposit buluh dengan polipropilena. 160

SENARAI CARTA PAI

CARTA PAI HALAMAN

Carta pai 5.1: Peratus jantina responden dalam proses validasi. 164

Carta pai 5.2: Peratus umur responden dalam proses validasi. 164

Page 17: APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI … buluh dalam reka bentuk... · Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12 ... Reka bentuk panel dalaman

xvi

Abstrak

Buluh merupakan tumbuhan semulajadi yang banyak terdapat di Malaysia. Buluh digunakan

secara meluas melalui penghasilan produk kraf sehinggalah penghasilan perabot. Berdasarkan

pemerhatian, tanaman buluh lebih menguntungkan oleh kerana ia mencapai tahap matang yang

lebih singkat berbanding kayu lain. Maka, objektif utama penyelidikan ini untuk menyelidik

secara fizikal dan fisiologi pengaplikasikan buluh sebagai komponen utama dalam penghasilan

produk aksesori dalaman kereta. Ia bagi menilai dan menentukan proses komposit yang sesuai

melalui kaedah campuran partikel buluh bersama bahan plastik. Bahan komposit ini pula dibentuk

melalui proses acuan, mampatan dan penyemperitan sebelum produk akhir terhasil. Hasilnya,

penghasilan komposit ini dapat mencari alternatif bagi menggantikan penggunaan besi dan plastik

sepenuhnya. Hasil dapatan validasi juga menunjukkan bahawa produk aksesori dalaman kereta

daripada bahan komposit buluh dengan polipropilena juga dapat memenuhi citarasa pengguna

yang cenderung ke arah reka bentuk moden dan mesra alam.

Kata kunci : buluh, pelet komposit, proses acuan, mampatan, penyemperitan, aksesori kereta.

Page 18: APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI … buluh dalam reka bentuk... · Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12 ... Reka bentuk panel dalaman

xvii

Abstract

Bamboo is a natural plant that grows abundantly in Malaysia. Bamboo is extensively used

especially for the creation of craft products and furniture. The observation made has proven that

bamboo planting is economical as compared to other wood trees as it takes shorter time to grow.

Therefore, this research analyses the application of bamboo as the major component in creating

car interior accessories. The study entails the study of evaluation and confirmation of composite

material process involving particle mixture of bamboo and plastic. These composite materials are

formed through the process of molding, compression, and extrusion before the final product is

produced. The creation of bamboo composite provides alternatives to the usage of plastic and

metal for interior car accessories. It is validated that interior car accessories made of bamboo

and polypropylene is able to fulfill the interest of consumers who are keen on environmental

friendly products and modern design.

Keywords: bamboo, composite pellet, molding, compression, extrusion, car accessories.

Page 19: APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI … buluh dalam reka bentuk... · Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12 ... Reka bentuk panel dalaman

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penyelidikan ini dijalankan bertujuan memperbaharui bahan daripada tumbuhan buluh

untuk diaplikasikan sebagai salah satu bahan yang digunakan di dalam pembuatan aksesori

kereta. Dalam kajian ini kaedah komposit bahan digunakan sebagai bahan pengikat. Partikel

buluh dan termoplastik telah digunakan untuk dijadikan bahan komposit. Teknologi

pembuatan yang digunakan adalah berkaitan proses kejuruteraan bahan seperti proses

penyemperitan dan proses mampatan. Bahan baru buluh yang diperolehi akan diproses dan

dibentuk menjadi produk akhir iaitu sebagai produk aksesori dalaman kereta. Penggunaan

partikel buluh sebagai bahan dalam komposit adalah kerana kelebihan buluh yang mempunyai

sifat yang boleh digunakan semula, kos yang rendah, biodegradasi dan mempunyai kekuatan

mekanikal yang sesuai dalam pembuatan produk.

Buluh merupakan salah satu hasil hutan bukan kayu yang sangat penting di Malaysia.

(Khairuddin Kamaruddin, 2009) dalam penyelidikannya menerangkan buluh adalah sejenis

tumbuhan dari keluarga rumput (Graminae) dan tergolong dalam sub-keluarga bambusoidae.

Malaysia mempunyai tanah seluas 32.83 juta hektar dan daripada keluasan ini kawasan

berhutan ialah 20.20 juta hektar (Khairuddin Kamaruddin, 2009). Menurut sumber yang

diperoleh daripada Jabatan perhutanan Semenanjung Malaysia 2005, seluas 576 hektar tanah

telah ditanam dengan buluh. Taburan tumbuhan buluh mudah ditemui di seluruh negeri di

Malaysia termasuklah di Sabah dan Sarawak (Khairuddin Kamaruddin, 2009). Negeri

Kelantan mencatatkan keluasan tanaman buluh yang paling tinggi iaitu seluas 155 hektar

diikuti dengan negeri Pahang seluas 122 hektar.

Page 20: APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI … buluh dalam reka bentuk... · Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12 ... Reka bentuk panel dalaman

2

Buluh diakui mempunyai pelbagai kegunaan dalam kehidupan tradisional masyarakat

Malaysia. Namun begitu, kepentingan buluh semakin berkurangan ditelan arus kemodenan.

Pelbagai usaha dilakukan beberapa pihak untuk mencari kaedah bagi memanfaatkan buluh

dalam kehidupan moden. Menurut (Razak Wahab et al., 1997), kebiasaannya buluh

digunakan untuk kegunaaan tradisional seperti bakul, lidi sate, penyepit makanan, bahan

hiasan, colok dan perabot. Selain itu juga, penggunaan buluh sebagai papan laminasi panel

dan lantai telah mula mendapat perhatian daripada masyarakat dan pengusaha tempatan sejak

beberapa tahun kebelakangan ini.

Buluh sering di ibaratkan sebagai “kayu yang lemah”. Walau bagaimanapun, istilah

ini tidak tepat kerana dalam beberapa aspek (Khairuddin Kamaruddin, 2009) menyatakan

buluh masih mempunyai kelebihan berbanding kebanyakan kayu. Buluh merupakan

tumbuhan pelbagai guna yang boleh menjadi bahan pengganti semulajadi bagi spesies-spesies

kayu tropika yang sedang menghadapi kekurangan bekalan disebabkan penekanan kerajaan ke

arah usaha-usaha pemuliharaan hutan. Selain itu, (Chia & Kamo, 2005) juga menerangkan

bahawa buluh merupakan tumbuhan yang digunakan sebagai alternatif.

Di dalam kedua-dua iklim tropika dan subtropika (Razak Wahab, 2006) menyatakan

buluh tumbuh secara liar atau ditanam akan mencapai ketinggian maksimum dalam masa

yang singkat. Menurut (Unchi & Zamri, 2009) pula, antara kelebihan buluh adalah batang

buluh dapat ditebang dengan cepat selepas empat atau lima tahun penanaman. Kulma buluh

yang berumur diantara tiga dan empat tahun mempunyai ketebalan yang sesuai untuk

dijadikan produk pelbagai guna. (Razak Wahab et al., 1997) telah menyatakan tumbuhan

buluh dapat menghasilkan antara empat hingga lima kali lebih biojisim berbanding mana-

mana pokok kayu yang ada sekarang.

Page 21: APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI … buluh dalam reka bentuk... · Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12 ... Reka bentuk panel dalaman

3

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan dan industri di negara kita bagi

mempelbagaikan lagi aktiviti berkaitan tumbuhan buluh. Antara aktiviti-aktiviti tersebut

terdiri daripada penyelidikan, penanaman, pemeliharaan dan pemuliharaan, latihan, bantuan

kewangan dan promosi pemasaran. Penanaman buluh boleh dilakukan secara komersil dan

secara berkelompok melibatkan pekebun kecil yang diuruskan dalam satu organisasi.

(Khairuddin Kamaruddin, 2009) menyatakan di dalam pembangunan dan penyelidikan

terhadap bahan mentah buluh, agensi utama yang terlibat ialah Institut Penyelidikan

Perhutanan Malaysia atau lebih dikenali sebagai (FRIM). FRIM kini telah meneliti beberapa

cara bagi penambahbaikan pertumbuhan dan pengeluaran produk nilai tambah buluh. Untuk

menentukan perabot dan barangan buluh yang dihasilkan mencapai tahap piawaian yang

ditetapkan bagi tujuan eksport pula, agensi seperti Institut Piawaian dan Penyelidikan

Perindustrian Malaysia (SIRIM) telah diberi mandat tersebut.

Fokus penyelidikan ini menekankan penggunaan teknologi oleh beberapa agensi

kerajaan dan swasta dari sudut penggunaan mesin dan proses. Pengetahuan mengenai sifat-

sifat semulajadi buluh adalah penting dalam menentukan hasil sama ada bahan asas daripada

buluh tersebut dapat dijadikan produk seperti pulpa dan kertas atau digunakan dalam industri

pembuatan komposit.

Persepsi masyarakat mengenai buluh sebagai tumbuhan lemah dan murah tidak lagi

boleh diterima kerana buluh dapat dijadikan sebagai bahan yang lebih produktif. Hal ini dapat

dilihat melalui penggunaan buluh dalam kehidupan harian manusia. Penggunaan rebung

buluh sebagai bahan makanan sehinggalah sisa buangan yang telah digunakan sebagai bahan

komposit adalah membuktikan kegunaan buluh amat penting dalam kehidupan manusia.

Page 22: APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI … buluh dalam reka bentuk... · Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12 ... Reka bentuk panel dalaman

4

(Jamaludin Kasim, 2006) menyatakan di Malaysia, banyak kayu dan industri

berasaskan buluh menghasilkan banyak serbuk kayu sebagai bahan buangan. Serbuk kayu ini

juga telah dibakar tanpa penggunaan yang bermakna. Menurut (Jamaludin Kasim, 2006) juga

terdapat kira-kira 27 % hingga 48 % daripada buluh yang digunakan dalam industri buluh

adalah dibuang sebagai sisa. Bahan buangan ini jika ditukar atau digunakan semula akan

menjana pendapatan yang lebih kepada industri.

Penyelidikan yang dijalankan tertumpu pada partikel buluh iaitu hasil daripada

tanaman dan sisa buangan buluh yang dicampurkan dengan bahan plastik dan dijadikan

sebagai bahan komposit. Hal ini membolehkan biojisim buluh dimanfaatkan sebagai nilai

tambah sebagai produk bernilai tambah yang tinggi yang dapat dikomersilkan dalam

penghasilan produk baharu dalam industri pembuatan komponen kereta.

1.2 Penyataan Masalah

Pengeluaran produk berasaskan buluh banyak terdapat dipasaran. Produk buluh

kebanyakannya digunakan dalam penghasilan kraftangan dan pembuatan perabot. Walau

bagaimanapun, beberapa masalah yang dihadapi daripada penggunaan bahan semulajadi ini.

Antara masalah-masalah yang dihadapi adalah :

1. Bahan buluh kebiasaanya digunakan dalam keadaan lurus. Sifat buluh ini

sememangnya sukar untuk dibentuk dan teknologi yang digunakan adalah rendah

menjadikan masalah kepada pengusaha menghasilkan produk yang mempunyai bentuk

yang pelbagai. Selain itu spesies buluh di Malaysia juga adalah nipis dan tidak kuat.

Page 23: APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI … buluh dalam reka bentuk... · Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12 ... Reka bentuk panel dalaman

5

(Khairuddin Kamaruddin, 2009) usaha untuk memindahkan kaedah teknologi terkini

dalam sektor pemprosesan keluaran buluh masih baru dijalankan di negara ini. Dari segi

penggunaan peralatan pemprosesan pula, mesin yang khusus untuk membelah batang buluh

yang berlainan saiz amat sukar diperoleh. Gambarajah 1.1 di bawah menunjukkan batang

buluh yang lurus digunakan sebagai bahan dalam pembuatan kraftangan dan perabot.

Gambarajah 1.1 : Contoh kraftangan dan perabot daripada buluh.

2. Produk daripada komposit buluh dan termoplastik yang dijadikan sebagai aksesori

kereta juga tiada di pasaran. Melalui pemerhatian yang dijalankan juga produk buluh

yang dihasilkan daripada bahan komposit kurang dipasaran kerana penggunaan

teknologi mesin yang canggih seperti proses acuan suntikan dan proses penyemperitan

yang kurang digunakan dan memerlukan kos mesin yang tinggi.

Menurut (Razak Wahab et al., 1997), kebiasaanya buluh digunakan dalam industri

kraftangan dan perabot. Industri ini lebih bercorak industri kampung dan industri kecil di

mana tahap teknologi pembuatan yang digunakan adalah rendah, tetapi memerlukan

kemahiran yang tinggi dalam pembuatan. Hasil pulangan balik bagi industri ini juga adalah

agak rendah dan penghasilan produk terhad berbanding dengan industri berasaskan hasil

hutan yang lain.

Page 24: APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI … buluh dalam reka bentuk... · Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12 ... Reka bentuk panel dalaman

6

1.3 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan telah wujud di dalam kajian ini. Persoalan-persoalan tersebut

adalah:

a) Bagaimanakah sifat fizikal bahan dan kaedah pemprosesan dalam membentukkan bahan

kepada reka bentuk produk?

b) Bagaimanakah bahan buluh dapat diaplikasikan kepada nilai tambah pembuatan akesori

kereta?

c) Bagaimanakah penerimaan pengguna terhadap reka bentuk produk baru daripada bahan

komposit buluh plastik ?