a.penulisan

12
1.0 PENGENALAN Pendidikan merupakan entiti yang sangat penting dalam sesebuah negara. Negara yang memiliki pendidikan sempurna dapat membangunkan ketamadunan secara menyeluruh. Dalam sejarah dunia, pembangunan negara kebiasaannya selari dengan pembinaan sekolah-sekolah atau pusat pengajian walaupun memiliki perbezaan dari aspek pendekatannya. Sewaktu negara Islam Madinah al-Munawwarah berkembang, masjid dijadikan pusat utama pendidikan. MenurutIshak Ramly (2005), asuhan budaya pendidikan bermula dari rumah, masjid, dan berkembang pesat melalui sistem lebih terancang. Sekolah formal menjadi institusi siginfikan di mana-mana negara seluruh dunia. Produk - produk dari sekolah ialah aset terpenting yang mengubah struktur kemajuan negara. Kejayaan sekolah terletak kepada banyak faktor, antaranya peranan kelas dan bilik darjah itu sendiri. Hal ini ditandai oleh unsur-unsur yang terkandung di dalam bilik darjah yang mempengaruhi emosi murid. Bilik darjah sepatutnya menjadi tempat paling menyeronokkan bagi semua pihak. Kelas secara harfiahnya dapat ditakrifkan sebagai ruang tertentu yang menjadi tempat belajar murid-murid bagi menerima seberapa banyak input berguna sebagai persediaan untuk cemerlang darisemua aspek kehidupan. Pembelajaran yang diterima berlaku secara formal

Upload: yan-ruo-hen

Post on 13-Dec-2015

246 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

Page 1: A.penulisan

1.0 PENGENALAN

Pendidikan merupakan entiti yang sangat penting dalam sesebuah negara.

Negara yang memiliki pendidikan sempurna dapat membangunkan

ketamadunan secara menyeluruh. Dalam sejarah dunia, pembangunan negara

kebiasaannya selari dengan pembinaan sekolah-sekolah atau pusat pengajian

walaupun memiliki perbezaan dari aspek pendekatannya. Sewaktu negara Islam

Madinah al-Munawwarah berkembang, masjid dijadikan pusat utama pendidikan.

MenurutIshak Ramly (2005), asuhan budaya pendidikan bermula dari rumah,

masjid, dan berkembang pesat melalui sistem lebih terancang. Sekolah formal

menjadi institusi siginfikan di mana-mana negara seluruh dunia. Produk - produk

dari sekolah ialah aset terpenting yang mengubah struktur kemajuan negara.

Kejayaan sekolah terletak kepada banyak faktor, antaranya peranan kelas dan

bilik darjah itu sendiri. Hal ini ditandai oleh unsur-unsur yang terkandung di

dalam bilik darjah yang mempengaruhi emosi murid.

Bilik darjah sepatutnya menjadi tempat paling menyeronokkan bagi semua

pihak. Kelas secara harfiahnya dapat ditakrifkan sebagai ruang tertentu yang

menjadi tempat belajar murid-murid bagi menerima seberapa banyak input

berguna sebagai persediaan untuk cemerlang darisemua aspek kehidupan.

Pembelajaran yang diterima berlaku secara formal tetapi secara tidak langsung,

terdapat juga nilai diterima melalui cara tidak formal melalui kurikulum

tersembunyi. Kelas mesra budaya perlu diaplikasikan dengan berkesan supaya

impaknya membawa kesan terbaik. Guru sepatutnya meneliti latar belakang

murid-murid dan meraikan budaya yang berbeza dalam kalangan semua pihak

termasuklah kepelbagaian sosiobudaya, ekonomi, tahap intelek, dan latar

keluarga. Proses pembelajaran yang mesra budaya memberikan natijah yang

besar dalam diri murid khususnya. Sesungguhnya, terdapat implikasi positif dan

negatif kepada murid, sekolah, termasuk masyarakat sekiranya kelas mesra

budaya berjaya dilaksanakan atau hal sebaliknya berlaku. Sebagai guru,

langkah-langkah dan tindakan yang sesuai amat diperlukan semasa pengajaran

Page 2: A.penulisan

dan pembelajaran (P&P) berlaku supaya kelas mesra budaya dapat diwujudkan.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA TERHADAP

PENGAJARAN BILIK DARJAH.

Pelaksanaan kelas mesra budaya meningkatkan kualiti keguruan. Menurut

Mok Soon Sang (2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan

semata-mata, tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan

mematuhi peraturan masyarakat. Bertepatan dengan itu, guru perlu bersedia

dengan kepelbagaian sosiobudaya murid yang datangnya daripada pelbagai

kelas sosial dan kaum. Roland Meighan (1986) berpendapat kelas sosial

menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu

bangsa yang sama. Manakala menurut Kamus Dewan, kaum didefinisikan

sebagai puak, suku bangsa ataupun jenis bangsa seseorang. Di sini, guru

secara tidak langsung bersikap rasional dan adil dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Contohnya guru perlu bijak menangani murid yang

berasal daripada kelas sosial dan kaum yang berlainan.

          Kedua, hubungan interpersonal yang baik di antara guru dan murid

dapat dikecapi. Proses pengajaran dan pembelajaran yang mengenepikan

perbezaan kelas sosial dan kaum mampu menggalakkan interaksi serta

pergaulan yang sihat. Suasana sekolah yang positif mampu mempengaruhi

emosi dan perlakuan warga sekolah. Contohnya, guru dan pelajar akan

bertambah mesra kerana mereka sentiasa mengamalkan budaya memberi salam

dan bertanya khabar. Dalam keadaan ini, para guru akan sentiasa berusaha

untuk meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme mereka untuk lebih

berjaya. Manakala di kalangan pelajar pula, semangat sayang dan bangga akan

sekolah mereka akan sentiasa segar dalam ingatan dan jiwa mereka. Ini

menunjukkan betapa pentingnya budaya dan iklim positif di sekolah untuk

membentuk pelajar yang berjaya.

Page 3: A.penulisan

Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berjalan dengan lancar

kerana suasana kelas yang kondusif dapat meningkatkan keberkesanan proses

pengajaran pembelajaran. Pengurusan di sekolah akan dapat berjalan dengan

lancar dan teratur. Dengan mengamalkan kelas mesra budaya yang positif

dan berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan,

idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan

tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham.

Menurut Hamidin (2003), pengajaran berkesan ialah proses mengajar yang

menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar yang

menghasilkan proses pengajaran tersebut. Ia dapat mengubah tingkah laku,

membina dan mengembangkan aspek rohani, minda serta jasad pelajar. Dalam

bahasa yang mudah, pelajar berasa seronok, bertambah minat, faham,

menghayati bahan yang diajar, meningkat kemahiran dalam aspek kognitif dan

manipulasi mereka serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses

pengajaran yang telah dijalani. Selanjutnya, pelajar lulus cemerlang dalam

peperiksaan yang dijalani.

Seterusnya, kelas mesra budaya ini mampu membentuk pemikiran yang

terbuka dalam kalangan muridnya. Lahir daripada latar belakang dan pengaruh

persekitaran yang berbeza, pastinya mempengaruhi pemikiran serta fahaman

murid pada sesuatu perkara. Sebagai contoh, murid yang beragama Islam dan

murid beragama Buddha pastinya mempunyai pandangan tersendiri terhadap

agama dan budaya mereka. Oleh hal demikian, guru perlu peka dengan

perbezaan pemikiran itu dan mendengar segala pandangan atau idea yang

murid sampaikan. Guru perlu memberi respon dan ulasan yang positif yang

boleh menyebabkan mereka saling menghormati dan sedia mendengar

pandangan sahabat mereka. Respon yang baik daripada guru akan

meningkatkan pemahaman mereka dan meningkatkan perasaan ingin tahu

dalam diri murid. Di samping itu, guru juga perlu menekankan budi bahasa dan

tutur kata yang sopan ketika menyampaikan pandangan bersesuaian dengan

Page 4: A.penulisan

nilai-nilai murni yang dinyatakan dalam konsep 1 Malaysia.

Pengukuhan penggunaan bahasa standard juga merupakan salah satu

implikasi kelas mesra budaya diwujudkan. Malah kemahiran mendengar dan

bertutur dalam kalangan murid juga dapat ditingkatkan. Murid yang terdiri

daripada pelbagai kaum dan latar belakang ini menyebabkan berlaku

pertembungan dialek yang memberi impak kepada proses pengajaran dan

pembelajaran. Penggunaan bahasa dialek di dalam kelas seharusnya dikawal

bagi memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar. Penggunaan

laras bahasa yang betul juga perlu ditekankan dalam kalangan murid bagi

mengelakkan pergaduhan dan salah faham antara satu sama lain.

Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut membantu murid mencapai

kematangan sosial. Di sini, tugas gurulah untuk memberi penekanan

penggunaan bahasa standard yang mampu difahami oleh semua agar

penglibatan murid di dalam aktiviti pembelajaran dapat dioptimumkan dan lebih

berkesan.

Selain itu, melalui bilik darjah yang mesra budaya ini juga dapat

mengurangkan stereotaip dan prasangka dalam kalangan guru dan murid.

Ada guru yang mempunyai prasangka (negatif) kepada murid disebabkan ras,

agama, kecacatan atau kebolehan mereka. Pelaksanaan kelas mesra budaya

memberi peluang kelompok yang berasa tersisih, meningkatkan keyakinan diri

mereka selain meningkatkan peluang mereka mengecapi kejayaan. Persekitaran

yang mesra budaya dapat meningkatkan peluang untuk berjaya dan

menimbulkan kesefahaman dan perpaduan dalam kalangan murid. Seperti yang

dinyatakan sebelum ini, budaya asal seseorang murid itu boleh mempengaruhi

tingkah lakunya di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, kajian menunjukkan

bahawa kanak-kanak yang lemah dan datang dari keluarga yang miskin

mempunyai gaya belajar yang berbeza. Mereka memerlukan bimbingan dan

tunjuk ajar yang lebih spesifik berbanding dengan murid yang lebih berupaya

yang hanya memerlukan bimbingan sahaja dan boleh belajar sendiri.

Page 5: A.penulisan

Implikasi negatif jika guru gagal melaksanakan kelas mesra budaya ialah

timbulnya masalah perkauman. Contoh terdekat yang boleh kita nampak pada

hari ini, di sekolah kebangsaan, kaum Melayu dengan kelompoknya, yang Cina

dengan kelompoknya sendiri dan selebihnya. Murid – murid memandang

kepada kepentingan kaumnya sendiri. Hal ini bukanlah suatu perkara kecil dan

tidak patut dipandang dengan sebelah mata sahaja. Guru yang tidak peka

dengan masalah ini mampu menyebabkan segolongan pelajar tercicir dari

proses pengajarannya. Agama dan kepercayaan merupakan suatu isu yang

amat sensitif. Oleh yang demikian, agama dan kepercayaan murid tidak harus

dipertikaikan. Murid – murid patut didedahkan proses sosiolisasi antara kaum

tanpa mengira anutan agama agar proses pembentukan kendiri murid dapat

dilaksanakan. Kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan sosio budaya

memerlukan sikap percaya antara satu sama lain. Aktiviti yang dirangka mestilah

berupaya untuk menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa murid.

Semangat kepercayaan yang tinggi akan meruntuhkan tembok perkauman dan

secara tidak langsung perpaduan antara kaum akan terjalin.

Seterusnya, masalah disiplin juga semakin berleluasa dalam kalangan murid.

Keadaan bilik yang tidak kondusif seperti kekurangan meja dan kerusi mampu

membuka ruamng kepada murid untuk ponteng. Penglibatan rakan sebaya

memberi pengaruh yang besar dalam diri murid. “Oregon Youth Study” (Dishion,

et al, 1991) menunjukkan bahawa penolakan daripada rakan sebaya sebab

utama remaja terlibat dengan rakan sebaya yang bertingkah laku negatif. Rakan

sebaya merupakan insan yang paling dekat dengan golongan murid ini. Contoh

masalah disiplin yang biasa berlaku di sekolah ialah ponteng. Hal ini akan

menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah. Banyak masa terpaksa dihabiskan oleh guru untuk menangani masalah

displin di dalam bilik darjah sehingga menyebabkan guru itu tidak dapat

menumpukan sepenuh masa dan perhatian kepada proses pembelajaran dan

pengajaran. Kekangan masa atau waktu yang diberi contohnya 30 minit untuk

satu waktu menyebabkan guru mengajar murid dengan cepat untuk

Page 6: A.penulisan

menghabiskan sukatan pelajaran dan mengabaikan aspek pemahaman dan

penguasaan pelajar terhadap subjek mata pelajaran tersebut.

Selain itu pelajar juga terpaksa belajar dalam persekitaran yang tegang

dan tidak aman kerana merasa terancam. Pelajar ini mungkin berasa

terancam kerana rakan – rakan mereka menunjukkan perilaku yang negatif

seperti berlawan dengan guru dan pelajar tidak membuat kerja yang diarahkan.

Tumpuan mereka juga terjejas kerana terdapat segelintir pelajar yang membuat

biasing, menyanyi, dan mungkin juga berlari – lari di dalam kelas. Implikasinya

semua pelajar tidak berasa tenang untuk menerima pembelajaran yang akan

diajar oleh guru tersebut. Perasaan marah atau kecewa guru terhadap segelintir

murid yang tidak berdisiplin mampu menimbulkan keresahan kepada mereka

yang berdisiplin. Guru dan pihak sekolah patut sentiasa memantau aktiviti dan

pergaulan murid – muridnya di sekolah. Murid – murid patut didedahkan dengan

interaksi yang sihat bersama rakan sebaya mereka seperti belajar secara

berkumpulan. Dengan ini, mereka banyak menghabiskan waktu untuk melihat

kepada sesuatu yang lebih jelas dalam proses pembelajaran. Dalam masa yang

sama, batas pergaulan antara jantina perlu diberikan penekanan agar tidak

bertentangan dengan tuntutan agama.

Masalah komunikasi di dalam kelas juga merupakan isu yang timbul jika

persekitaran bilik darjah yang mesra budaya tidak dapat dilaksanakan. Bilik

darjah yang terdiri daripada murid yang pelbagai kaum mempunyai bahasa

interaksi yang berbeza. Perkara ini memberi cabaran dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas, terutamanya kepada guru. Guru tidak berjaya

menyampaikan objektif pengajaran dengan lancar apabila adanya batas untuk

berkomunikasi di dalam bilik darjah. Contohnya, seorang guru luar yang tidak

pandai bahasa dialek Kelantan akan mengalami kesukaran untuk menyampaikan

pengajarannya. Aspek bahasa harus diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh

guru. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek

bahasa yang sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pembelajaran di

Page 7: A.penulisan

dalam bilik darjah. Jurang yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa

dialek haruslah dielakkan. Penggunaan bahasa yang standard akan memberi

peluang yang sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti

pembelajaran di dalam bilik darjah.

5.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, konsep bilik mesra budaya bukan sahaja bergantung kepada

pewujudan persekitaran fizikalnya, tetapi juga melibatkan penyediaan ruang dan

emosi. Malah pengurusan persekitaran nsosioemosi murid mempengaruhi

perkembangan murid dalam aspek sosioemosi dan persekitaran kehidupan

murid. Keupayaan guru dalam menguruskan bilik darjah merupakan satu tugas

yang besar dalam mendidik anak bangsa yang bakal memimpin dan meneraju

negara kita pada masa hadapan. Disiplin diri patut dilatih di bangku sekolah dan

tanggungjawab guru amat besar dalam pembentuk insan yang berakhlak.

Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid merupakan perkara yang

penting dan perlu bagi menjamin keselesaan dan persekitaran bilik darjah yang

kondusif dan selesa. Guru perlu mengambil kira akan ciri fizikal yang baik, faktor

emosi murid-murid, suasana sosial, serta peraturan dan rutin yang dilaksanakan.

Persekitaran kelas mesra budaya mempunyai keupayaan untuk

merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat

memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat

mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat

pembelajaran. Menurut Steele (1973), persekitaran fizikal mempunyai enam

fungsi, iaitu keselamatan dan perlindungan, konteks sosial, identifikasi simbolik,

penyempurnaan tugas, keseronokan dan pertumbuhan dan perkembangan .

Selain itu, keberkesanan peraturan yang dilakukan akan menjadi latihan kepada

Page 8: A.penulisan

diri murid – murid agar sedar akan apa yang patut dilakukan dan apa yang tidak

patut dilakukan. Justeru itu, pengurusan tingkah laku di sesebuah sekolah

berjaya dengan tidak mengabaikan aspek hak asasi murid dan juga

tanggungjawab guru. Hal ini kerana peraturan yang wujud adalah disokong oelh

pihak pentadbiran dan ibu bapa di mana pertimbangan yang dilakukan mampu

mengekalkan persekitaran pembelajaran di sekolah secara optimum.

RUJUKAN

Carol,SW & Mignano, A.J(2003). Elementery Classroom management.(3rd Ed) : McGraw Hill.

Pafkay,W.F.( 2004). Becoming a teacher. 6th Edition .Boston: Allyn & Bacon.

Bull, Shirley & Solity Jonathan. (1987). Classroom management: Principles to Practice. NSW:

Dcroom Helm.

Cheyney, A.B. (1967). Teaching children of different cultures in the classroom.(2nd Ed) Bell&Howell, Columbus, Ohio.

Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating Positive Learning Environments for all Students. Mass: Allyn & Bacon.

Lambert,N.M.(1994). Seating arrangements in classrooms. The International Encyclopedia of Education( 2nd ed), 9 ,5355-5359.

Robiah Sidin (1993). Classroom management. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Steele, FI.(1973). Physical setting and organization development. Reading,MA:Addison-Wesley.

Weinstein,C.S. (1987). Spaces for children. New York:Plenum Press.

Woolfolk (2001). Educational psychology.( 8th Ed.). Boston: Allyn and Bacon

Page 9: A.penulisan

http://www.slideshare.net/NorfizaBulka/implikasi-kepelbagaian-sosio?related=1http://www.slideshare.net/wongyinkuen/implikasi-kepelbagaisosiobudayadalambilikdarjah