apa itu jenayah rasuah

Upload: suriati

Post on 07-Aug-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/20/2019 Apa Itu Jenayah Rasuah

    1/3

    Apa Itu Jenayah Rasuah? 

    • Apa-apa penerimaan atau pemberian suapan sebagai dorongan atau upah untuk 

    seseorang kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan

    dengan tugas rasmi.

    •   Suapan terdiri daripada wang, hadiah, harta, bonus, diskaun, komisen, jawatan,

    kontrak pekerjaan, perkhidmatan dan lain-lain tafsiran di bawah seksyen 3 Akta

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah alaysia !""# $Akta SPR !""#%.

    Kesalahan Rasuah

    • Akta SPR !""# memperuntukkan kesalahan rasuah &

    '. eminta atau menerima suapan di bawah seksyen '( dan ')$a% Akta SPR

    !""#*

    !. enawar atau memberi suapan di bawah seksyen ') $b% Akta SPR !""#*

    3. engemukakan tuntutan palsu di bawah seksyen '+ Akta SPR !""#*

    . enggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan pegawai badan awam

    di bawah seksyen !3 Akta SPR !""#.

    • Sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak lebih !" tahun dan denda tidak kurang

    daripada kali ganda jumlah atau nilai suapan atau R'",""" mengikut mana-mana

    yang lebih tinggi di bawah seksyen ! Akta SPR !""#.

    Kegagalan Melaporkan Rasuah

  • 8/20/2019 Apa Itu Jenayah Rasuah

    2/3

    • Akta SPR !""# memperuntukkan kegagalan melaporkan rasuah merupakan

    kesalahan &

    '. agal melaporkan pemberian atau tawaran suapan di bawah seksyen ! $'%

    dan $!% Akta SPR !""#* denda tidak lebih R'"",""" atau penjara tidak 

    lebih '" tahun atau kedua-duanya sekali*

    !. agal melaporkan permintaan atau memperoleh suapan di bawah seksyen

    ! $3% dan $% Akta SPR !""#* denda tidak lebih R'","""

    atau penjara tidak lebih ! tahun atau kedua-duanya sekali.

    Perlindungan Pemberi Maklumat

    • Pemberi maklumat merupakan seseorang yang membuat pendedahan mengenai

     perlakuan rasuah berdasarkan pengetahuannya yang diberikan perlindungan di bawah

    seksyen ( Akta SPR !""#.

    • Pemberi maklumat boleh diberikan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi

    aklumat !"'".

    • Pemberi maklumat yang menjadi saksi bagi perbicaraan kes rasuah diberikan

     perlindungan di bawah Akta Perlindungan Saksi !""#.

    /es rasuah ini adalah satu kes yang sangat berkait-rapat dengan masalah etika dan moral. 0rang

    atau indi1idu yang terlibat dengan gejala tersebut sama ada memberi atau menerima rasuah

    adalah orang yang tidak beretika serta kurang nilai-nilai moral. ereka yang menjalankan

    kegiatan tersebut adalah bertujuan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri serta tidak 

    mengambil-kira hak dan kepentingan orang lain.

    2emi untuk kesenangan diri sendiri, mereka bukan sahaja lupa dengan tanggungjawab mereka

    terhadap masyarakat malah telah meletakkan diri mereka di dalam situasi yang amat

    membahayakan. erdasarkan kepada kes gejala rasuah di kalangan syarikat-syarikat korporat

    gergasi di negara kita pula, gejala ini memang sangat berleluasa justeru kerajaan pada masa kini

  • 8/20/2019 Apa Itu Jenayah Rasuah

    3/3

    telah mengambil inisiatif untuk membendung permasalahan tersebut dengan

    memperkuatkuasakan rang undang-undang dan peranan pihak PR untuk mencegah masalah ini

    daripada semakin berleluasa.

    Roscoe Pound menyatakan dalam dunia moden ini, undang-undang telah menjadi alat kawalan

    sosial yang paling utama menggantikan kemoralan dan agama. Saya pula berpendapat demi

    untuk membendung rasuah, kawalan bukan undang-undang harus diberi penekanan yang

    secukupnya. /ita harus merenungi apa yang dikatakan oleh ahli falsafah 4ina, 4onfucius&

    5Sekiranya rakyat jelata dikawal dengan undang-undang, maka mereka akan cuba sedaya upaya

    untuk tidak diheret ke penjara dan mereka tidak akan berasa malu untuk melakukan kesalahan.

    6ika mereka dididik dengan moral dan etika, maka mereka akan berasa malu untuk melakukan

    kesalahan dan akan menjadi orang yang baik.7 2i samping penguatkuasaan undang-undang

    yang sedia ada, rancangan meningkatkan ketelusan dari segi sistem kewangan, sistem

     pembekalan dan seumpamanya harus dititikberatkan.